Thursday, May 20, 2010

Rahsia Hati 37

BAB 37

Halina melihat ke arah lelaki tua yang berada di sebelah mejanya. Matanya tepat merenung pinggan yang berada di hadapan lelaki tua itu. Nasi kosong! Tak ada lauk. Berkerut dahi Halina melihat lelaki tua itu. Hatinya sayu melihat lelaki tua itu hanya makan nasi kosong saja. Jika arwah atuk masih hidup, pasti mereka sebaya.
‘Kau tengok apa, Lina?” soal Salwa. Dari tadi dia perasaan, Halina belum lagi menyentuh makanan yang diambilnya. Hari ini dia sengaja mengajak Halina makan di luar. Tiap-tiap hari makan makanan di cafeteria. Bosan jugak. “Lina!” panggil Salwa lagi.
”Ya.” jawab Halina. Matanya masih lagi memerhati gelagat lelaki tua itu.
”Apa yang kau tengok tu?’ Salwa menoleh ke belakang.
”Kasihan la, atuk tu! Makan nasi kosong saja. Air tak ada pulak tu. Kenapa la tuan kedai ni kedekut sangat? Apa salahnya kalau bersedekah! Beri la lauk sikit ke? Air sikit ke? Tak rugi pun!” bebel Halina.
”Orang pemalas macam tu la. Kau nak kasihan buat apa?”
”Kau ni tak baik la, kau cakap macam tu? Macam mana kau tahu atuk tu pemalas ? Kau kenal dia ke?”
“Memang la aku tak kenal dia. Kau tengok pakaian dia! Kotor! Busuk pulak tu. Entah berapa hari tak mandi. Orang pemalas macam ni la.”
”Hish....kau ni! Main sedap mulut saja kritik orang lain.Kau ni judge orang melalui luaran je. Kita tak tahu apa masalah dan kesusahan yang atuk tu alami. Kehidupan ni tak seindah yang kita sangka.” Halina tiba-tiba bangun.
”Eh, Lina ! Kau nak ke mana?’ tanya Salwa. Apa kena dengan Lina hari ni? Kebelakangan ni mood dia asyik tak baik saja. Datang bulan ke? Salwa hanya memerhati gelagat Halina.
Halina terus berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Salwa. Pinggan kosong yang berada di atas meja di ambilnya. Sesekali dia menoleh ke arah lelaki tua itu.

***********************************

”Ali, pasal Suffian masih tak ada perkembangan lagi ke?” tanya Dania. Wajahnya serius.
”Belum, Cik Muda!”
Dania mengeluh sambil langkahnya di atur menuju ke kereta Mazda milik. Hatinya resah. Selagi dia tak jumpa Suffian, hatinya takkan tenang. Suffian adalah kunci untuk menjatuhkan Uncle Johari. Langkah Dania terhenti. Matanya bulat melihat ke arah keretanya. ”Apa bendanya tu?” Dania menoleh ke arah Ali
Ali tersenyum.
”Kalau tak silap saya....itu Tom, kan! Karekter kartun dalam walt disney. Tom & Jerry!“ kata Zamri melihat orang yang memakai custome kucing sambil memegang sejambak bunga
”Saya tahu la, itu Tom! Tapi kenapa kucing itu buat kat kereta saya?” Dania menunding jari ke arah kucing itu. Dania pantas melangkah dan mendekati.
”Awak...” belum sempat Dania bercakap. Tiba-tiba orang yang memakai costume Tom itu melutut dan memberi sejambak bunga ros pada Dania.
Dania terkejut.Tangan kanannya digenggam erat. ”Hairi, awak tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata jangan ganggu saya lagi.“
”Macam mana awak tahu saya sedangkan saya ....”Belum sempat Hairi menghabiskan katanya, Dania terus mencelah.
”Perfume yang awak pakai ni!kalau awak duduk 1km pun, saya boleh hidu. Busuk!” Dania membuat mimik muka. Mamat ni, apa lagi dia nak dari aku? Dania terus menarik kepala Tom yang dipakai oleh Hairi. Rimas. ”Awak tak panas ke?” tanya Dania secara tiba-tiba. Dania memegang kepala Tom. Jambangan bunga Hairi tidak dipedulikannya. Dania merenung Hairi yang sedang membetulkan rambutnya.
”Tentu la panas.” Hairi mengesat peluh di dahinya. Rambutnya basah. Hampir sejam dia memakai custome Tom tu semata-mata ingin mengambil hati Dania. Semalam Daniel beritahu kakaknya sukakan karakter kartun Tom. Sebab itu dia sanggup berpakaian seperti ini.
”Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat apa! Tak ada kerja lain ke?” marah Dania. Ali hanya tersenyum.
”Daniel beritahu saya, awak suka Tom! Jadi saya pakai la custome ni.”
Dania mengetap bibirnya. Daniel.....Memang dah nak kena ni! Bila masa dia mula berpihak pada Hairi ni. Balik nanti siap la.
Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Hairi. Dia merenung Dania.
Dania sedar Hairi sedang merenung wajahnya. “Apa!” Dania meninggikan suaranya.
“Saya tak sangka awak ambil berat tentang saya!” kata Hairi. Hatinya berbunga riang.
“Bila pulak saya ambil berat kat awak?” Dahi Dania berkerut. Apa la mamat ni merepek?
”Ehhh….buat-buat tak ingat pulak ! Tadi, nak saya ulang balik ke kata-kata awak tadi! Emm...Awak tak panas ke? Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat ape!” Hairi tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur.
Dania mengecilkan anak matanya. Dia ni.......Malas nak layan. ”Stop behaves like this, Hairi!”
“Suka hati saya la! Yang pasti, saya tahu awak juga sukakan saya.” Hairi mengambil kepala Tom dari tangan Dania. Jambangan bunga yang dipegangnya diberi pada Dania dengan kasar. “Love you!” Hairi terus berlalu pergi meninggalkan Dania yang tercengang. Senyuman terukir di bibir Hairi.
Jambangan bunga dipegangnya erat. Aduh….serabut otak aku! Tak abis-abis, masalah datang menimpa. Kenapa Hairi? Kenapa aku? Aku tak layak untuk kau. Mata Dania tepat merenung jambangan bunga ros merah yang diberikan oleh Hairi.

***********************

Halina memerhati dari jauh gelagat Daniel yang sedang berbual dengan Melissa di lobi GBTVS. Eee….mesranya mereka berdua tu. Amboi…manjanya si Melissa tu! Kertas yang berada di tangannya digengam erat. Sekarang ni hatinya benar-benar panas melihat mereka berdua. Dasar lelaki! Hari tu cakap cintakan aku, sekarang ni bila dah jumpa perempuan cantik mula la naik miang.
”Lina!” Tiba-tiba ada orang menegur Halina berpaling. Halina terkejut akan kehadiran Salwa di belakangnya. Bila masa dia ada dekat sini?
”Kau ni, terkejut aku!”
”Kau tu yang khusyuk sangat sampai aku ada kat belakang kau pun kau tak sedar. Jealous ke?” Salwa tersengih. Dia tahu Halina tengah mengintip seseorang.
”Mana ada! Kau ingat aku tak ada kerja lain ke!” Wajah Halina berubah.
”Ala...kau ni dengan aku pun nak berahsia. Mengaku je la yang kau suka kat Tuan Muda. Tak rugi pun kalau berterus-terang.“ Salwa mengenyitkan mata kanannya.
”Kau jangan pandai-pandai buat cerita pulak! Aku dengan Daniel tak ada apa-apa hubungan,ok!“ Halina masih cuba berdalih.
”Ye la tu! Aku pelik la, apa masalah Melissa dengan kau? Kenapa la dia berdendam sangat dengan kau? Tu....mesra betul dengan Tuan Muda. Mentang-mentang la dah break dengan Abang Rizal.“
“Lantak la kat dia. Aku malas nak fikir. Dia nak buat apa-apa pun suka hati dia la. Hmm...apa halnya kau cari aku, Salwa.”
“Tadi Kak Munirah beritahu aku, ada orang nak jumpa kau. Kat luar.” Tujuan dia mencari Halina adalah untuk menyampaikan pesanan Kak Munirah.
“Siapa?”
“Tak tahu. Kau pergi la tengok siapa dia! Aku ada hal jap.” Salwa terus berlalu pergi.
Siapa ye? Halina melihat ke luar.

************************************

”Atuk!” Halina tersenyum dan segera menghampiri lelaki tua itu. ”Atuk sihat?” soal Halina.
”Sihat!”
”Maaf la kalau atuk ganggu Lina. Atuk datang ni sebab nak berikan buah rambutan ni kat Lina.” Lelaki tua itu menghulurkan beg plastik yang berisi buah rambutan. ”Manis ni!”
”Terima kasih.” Halina mengambil beg plastik itu dari tangan lelaki tua itu. ”Atuk, kita duduk kat sini ye.” Halina berjalan menuju ke kerusi kayu yang berada hampir di belakang mereka. Lelaki tua itu hanya mengikut saja. ”Atuk dah makan tengah hari ke belum?” tanya Halina dengan lembut. Senyuman masih kekal di bibirnya. Dia melihat pakaian atuk hari ni kemas. Cuma rambutnya saja yang tak tersusun masih berserabut dan berjambang.
”Dah makan tadi. Atuk nak ucapkan terima kasih sebab belanja atuk hari tu”
”Hal kecil saja atuk. Kita sesama manusia harus saling membantu, hari ni hari atuk mana tahu lain kali hari Lina pula. Atuk dah dapat kerja ke?”
”Dah. Kat kedai makan. Kerja atuk cuci pinggan mangkuk je.” sayu saja suaranya
”Tak apa atuk. Asalkan kerja tu halal,itu sudah memadai. Kalau atuk ada apa-apa masalah, atuk cari saja Lina kat sini. Insya Allah, Lina akan tolong atuk.”
Lelaki tua itu hanya tersenyum.
”Tak sangka sekarang ni taste kau sudah berubah, Lina. Pengemis macam ni pun kau suka. Kau dah hilang akal ke?” Melissa tiba-tiba berada di situ. Dia melemparkan senyuman sinis pada Halina.
Halina berpaling sebaik saja mendengar suara Melissa. Halina menarik nafas panjang. Eee....tak boleh nampak aku senang sikit. Halina terus bangun. ”Melissa, kau ni tak tahu hormat orang tua ke? Percakapan kau tu, ingat sikit batasnya. Sedar la diri sikit.”
”Salah ke dengan apa yang aku cakapkan ni! Duduk berdua-duaan kat sini pulak tu. Lain macam je aku tengok.”
”Mulut kau tu tolong jaga sikit. Atuk ni aku anggap macam datuk aku sendiri.” Halina meninggikan suaranya. Geram dan marah.
”Aku pelik la dengan kau ni, suka sangat bergaul dengan orang kelas bawah atau lebih tepat lagi pengemis.” Melissa melihat ke arah lelaki tua yang sedang memerhati ke arah mereka berdua.
”Melissa! Kau ni sudah melampau, aku nak kau minta maaf kat atuk ni sekarang.” marah Halina. Melissa sudah melampau. Dia ingat dia siapa nak perkecilkan maruah orang.
”Kenapa pulak aku nak minta maaf? Cakap aku ni ada betulnya.” Melissa suka bila melihat Halina marah. Nampaknya dia sudah menang.
”Melissa!”
”Lina, sudah la. Jangan gaduh lagi.” Lelaki tua itu bersuara. Dia tak nak disebabkan dirinya mereka berdua ni bergaduh.
”Tak, atuk! Lina takkan biarkan dia ni memperkecilkan maruah atuk. Lina nak dia minta maaf kat atuk jugak.” Halina berpaling. Wajah lelaki tua itu direnungnya. ”Hey, Melissa! Kau ingat disebabkan kau ada segulung ijazah, kau boleh memandang rendah pada orang lain. Kau ingat darjat kau sudah tinggi la. Tolong sikit! Cermin diri dulu sebelum mengata orang. Kelakuan kau sekarang ni lebih rendah dari orang kelas bawahan. Untuk pengetahuan kau, kita hidup di muka bumi ni sama saja. Tak ada bezanya. Kita bernyawa pun melalui udara yang sama. Kita berpijak sekarang pun di muka bumi yang sama. Mati nanti pun dikebumikan di muka bumi yang sama. Tak ada bezanya, kelas atasan dan kelas bawahan tak pernah wujud. Hanya orang yang berfikiran sempit saja fikir macam tu.” perli Halina.
”Lina!” Wajah Melissa berubah.
”Kenapa? Cakap aku betul kan! Aku tak faham la kenapa kau suka sangat perkecilkan maruah orang? Aku nak tanya kau sesuatu! Kau tu anak orang kaya ke? Anak Dato’? Anak Tan Sri? Anak diraja ke? Tak kan! Kau tu sebelum mengata orang, lebih baik cermin diri kau dulu, Melissa.” Puas hati Halina apabila meluahkan apa yang dirasanya selama ini.
”Kau!”
”Aku belum habis bercakap lagi. Kau ingat aku tak tahu sebab kenapa kau berpisah dengan Abang Rizal! Sebab kau dah jumpa mangsa baru kau kan, Melissa. Hey, Melissa, Tuan Muda tak sebodoh yang kau sangka. Kau ingat mudah kau nak perdayakan Tuan Muda!”
”Suka hati la aku nak berkawan dengan siapa pun! Yang kau sibuk buat apa! Kalau kau nak sangat Abang Rizal tu, kau ambil la dia balik. Aku dah bosan dengan dia.”
”Melissa! Kau ni memang tak ada perasaan langsung! Dengan senang saja kau ketepikan Abang Rizal. Abang Rizal sangat cintakan kau!” Marah Halina. Sekarang ni dia sudah menyampah dengan perangai Melissa.
”Aku peduli apa! Kau dengar sini baik-baik, Halina. Tuan Muda akan jatuh ke tangan aku! Aku akan jadi isteri Tuan Muda dan orang pertama yang aku pecat dari GBTVS adalah kau, Halina.” kata Melissa penuh yakin. Senyuman terukir di bibirnya.
”Kau suka sangat berangan! Belum apa-apa lagi kau dah yakin sangat. Kau ingat Cik Muda dan Tan Sri Daud benarkan perempuan pisau cukur macam kau dekati Tuan Muda. Jangah harap la.” Halina ketawa kecil. Kau ni Melissa memang perasaan.
”Halina!” Melissa menundingkan jari ke arah Halina. Dia sudah melampau. Apa hak dia untuk memperkecilkan maruah aku?
”Apa! Kau yang cari pasal dengan aku dulu, kan! Kau dengar sini baik-baik, Melissa! Aku tak takut la kalau kau nak jadi madam besar kat sini. Ada aku kisah.” Halina merenung wanita yang berambut perang itu. Ingat aku takut dengan dia ke! Tolong sikit.
Melissa mengetap bibirnya menahan geram.
Halina tiba-tiba teringat sesuatu.Halina berpaling ke belakang. Kasihan atuk ni tiba-tiba menjadi mangsa keadaan. Halina mendekati atuk itu. ”Atuk, apa kata kita pergi ke tempat lain! Kat sini ada lalat besar. Busuk pulak tu.” kata Halina membantu atuk itu bangun.
Lelaki tua itu hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
”Halina!” jerit Melissa apabila Halina berkata sebegitu padanya. Halina buat tak peduli saja, dia terus meninggalkan Melissa yang masih tercegat di situ.
Sejak dari tadi Murni memerhati mereka dari jauh. Matanya tepat memandang lelaki tua yang bersama dengan Halina. Dahi Murni berkerut. Hatinya gelisah. Pantas no telefon Cik Muda di dail.
”Hello, Cik Muda! We got big problem here.” Kata Murni. Matanya masih lagi belum berganjak dari memerhati lelaki tua itu.

*********************************************

Halina memerhati sekelilingnya. Besarnya rumah ni….Jantungnya berdengup kencang. Semasa dia balik dari kerja tadi, dia terkejut bila tiba-tiba saja sebuah kereta menghalang perjalanannya. Seorang lelaki keluar dan memberitahu Tan Sri Daud ingin berjumpa dengan dirinya. Sewaktu dalam perjalanan, dirinya tertanya kenapa Tan Sri Daud ingin berjumpanya. Bila ditanya pada lelaki tadi, leaki tu hanya diam membisu. Takkan lah kerana Daniel. Tak mungkin. Aku dengan Daniel sudah tidak berhubung lagi. Lagipun aku sedar siapa aku jika ingin dibandingkan dengan Daniel. Hati Halina berdebar-debar.
Setiap sudut di ruang tamu rumah itu diperhatikannya. Semua perabot jati. Biar betul. Mesti mahal. Ruang tamu rumah ni sebesar rumahnya. Aduh...memang rumah orang kaya ni. Halina mula gelabah.
“Cik Halina kan!” Tiba-tiba ada suatu suara menegur Halina. Halina berpaling. Ada seorang wanita sedang menghampirinya. Wanita itu tersenyum ke arah Halina.
”Ya.” Halina membalas senyuman wanita itu.
”Duduk la. Jangan malu-malu. Sekejap lagi Tan Sri turun. Ni, minum dulu!” Mak Munah meletakkan secawan air teh dan sepinggan donat.
”Terima kasih.” Pelahan-lahan Halina melabuhkan punggungnya di sofa. ”Aaa...Mak cik.”
”Panggil saja Mak Munah.” Mak Munah merenung wanita itu. Cantik dan berbudi bahasa. Patut la Tuan Muda suka sangat kat Cik Halina ni. Berbeza dengan Cik Shiela.
”Aaaa...Mak Munah, tahu tak kenapa Tan Sri nak jumpa Lina?” soal Halina teragak-agak.
”Tak tahu! Tapi pasti tentang Tuan Muda.”
”Kenapa?” Halina ingin tahu.
”Tuan Muda tak ceritakan pada Cik Halina ke?”
Pantas Halina menggelengkan kepalanya. Apa yang berlaku? ”Tuan Muda dan Cik Muda bergaduh dengan Tan Sri. Lepas tu mereka terus keluar dari rumah ni. Sehingga sekarang mereka masih belum berbaik lagi dengan Tan Sri.” terang Mak Munah panjang lebar.
”Kenapa mereka bergaduh Mak Munah?”
Mak Munah mengeluh. Perlu ke aku beritahu Halina perkara ni? Mak Munah serba salah.
”Mak Munah!” Halina hairan kenapa Mak Munah masih enggan menjawab pertanyaannya.
”Aaaa.....”
”Sebab kamu, Halina! Dania dan Daniel bergaduh dengan saya disebabkan kamu” Tiba-tiba ada suatu suara mencelah.
Serentak Mak Munah dan Halina berpaling. Halina terkejut melihat lelaki tua itu. Halina macam tak percaya saja melihat lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. ”Atuk!” nama itu muncul dari bibirnya. Halina melihat lelaki tua itu dari atas dan bawah.
”Tan Sri!” kata Mak Munah. Wajahnya berubah. Mak Munah terus berlalu meninggalkan.
”Tan Sri!” Mata Halina bulat apabila mendengar nama itu dari mulut Mak Munah. Penampilan atuk memang berbeza dari sebelumnya. Takkanlah atuk ni Tan Sri Daud. Inikah lelaki tua yang dikenalinya di kedai makan minggu lepas. Mustahil atuk Tan Sri Daud. Bermacam-macam persoalan timbul di fikirannya.
”Atuk!” jerit Daniel sebaik saja tiba di ruang tamu mahligai itu. Dengan pantas Daniel menghampiri Halina. Tangan Halina terus dipegangnya. Sewaktu dia mesyuarat tadi, dia terkejut bila mendapat panggilan dari kakaknya yang Halina telah diculik oleh atuknya. Kerana terlalu bimbangkan Halina, Daniel terus meninggalkan mesyuarat itu begitu saja. Fikirannya hanyalah bimbangkan keselamatan Halina. Dia takut atuknya akan mencederakan Halina. ”Apa niat atuk culik Halina?” marah Daniel.
”Culik!” Berkerut dahi Tan Sri Daud. Culik? Bila pulak aku culik Halina ni?
”Atuk! Walau apa yang terjadi Daniel takkan berpisah dengan Halina. Daniel sanggup lepaskan segalanya demi Halina. Daniel tak kisah kalau atuk buang Daniel dari keluarga ni asalkan Daniel dapat bersama Halina. I love her, atuk!“
Halina melihat ke arah Daniel. Halina terkejut dengan kata-kata Daniel sebentar tadi. Pengakuan Daniel secara terang-terangan mengejutkan Halina
”Daniel!” Tan Sri Daud meninggikan suaranya.
”Maafkan Daniel, atuk. Daniel tak boleh hidup tanpa Halina.” Daniel memegang erat tangan Halina.
Wajah Tan Sri Daud berubah.
”Lina, jom ikut saya!” Daniel terus menarik tangan Halina agar mengikutnya keluar dari mahligai mewah ini. Halina hanya mengikut sahaja
”Daniel, atuk tak abis cakap lagi!Stop right now!” marah Tan Sri Daud bila lihat Daniel dan Halina beredar dari situ.
”Daniel, let’s hear what’s atuk want to say!” Dania menghalang perjalanan adiknya. Halina terkejut dengan kehadiran Dania. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Dia tak faham apa yang berlaku tapi yang pasti dia tahu, segalanya
“Kakak….! Atuk!” Daniel tidak setuju dengan kata-kata Dania. Mendengar kata-kata atuk akan lebih menyakitkan hati.
”I said listen, ok!” tegas Dania. Dia menjegilkan matanya agar Daniel akur dengan katanya.
Tan Sri Daud melihat ke arah Dania. Pelik betul si Dania ni, sekejap berpihak pada Daniel, sekejap berpihak pada aku. Aku tak faham betul dengan perangai Dania ni. Takkan la Dania dah tahu rancangan aku!
Daniel mengeluh dan memandang ke arah atuknya.
”Daniel, disebabkan cinta kamu sanggup ketepikan atuk kamu sendiri. Baiklah, jika begitu keputusan kamu. Atuk juga dah buat keputusan. Kamu takkan dapat satu sen pun dari atuk jika kamu kawin dengan perempuan lain selain Halina.” tegas Tan Sri Daud dengan wajah yang serius.
”Duit dan harta atuk tak penting....apa!” Belum sempat Daniel menghabiskan katanya, dia terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Biar betul atau telinga aku ni ada masalah.
Senyuman terukir di bibir Dania. Dia percaya satu hari nanti atuk akan menerima Halina tetapi yang menjadi masalah sekarang adalah Halina. Dania menoleh ke arah Halina yang juga tercengang dengan kata-kata atuk sebentar tadi.
“Atuk....betul ke dengan apa yang Daniel dengar ni! Atuk terima....Halina!” Mata Daniel terkebil-kebil memandang atuknya. Dia ingin mendengar kepastian.
“Kamu hanya boleh kahwin dengan Halina saja. Kalau dengan orang lain, jangan harap atuk terima. Hanya Halina saja boleh jadi cucu menantu atuk.” Tiba-tiba Tan Sri Daud tersenyum. Kini dia faham kenapa Daniel benar-benar mencintai Halina. Sepanjang seminggu mereka berkenalan, Halina seorang yang baik hati. Dia silap kerana menilai Halina seorang perempuan pisau cukur.
”Betul ke, atuk!”
”Ya.” Tan Sri Daud menganggukkan kepalanya.
Daniel terus memeluk atuknya. Senyuman lebar terukir di bibir Daniel. Dia gembira kerana atuknya setuju dengan pilihannya.Kalau boleh hari ni juga, dia suruh atuknya pergi meminag Halina.
Tan Sri Daud ketawa bila melihat gelagat Daniel. Bahu Daniel ditepuk perlahan-lahan.
”Wait!“ Akhirnya Halina bersuara. Wajah merah menahan gerama. Kahwin? Ini kerja gila namanya.
Serentak mereka bertiga menoleh ke arah Halina.
”Atuk....aaa...Tan Sri! Apa semua ni? Kenapa hari tu Tan Sri....?”
Dania tiba-tiba mencelah. ”Ya, atuk! Dania nak tahu kenapa hari itu atuk menyamar sebagai pengemis?”
Daniel melihat ke arah Tan Sri Daud dengan penuh tanda tanya. Apa maksud cakap kakak tadi?
“aaa….” Tan Sri Daud mula gelabah. Apa aku nak jawab ni? Kalau aku beritahu hal sebenarnya pasti Daniel dan Halina akan marah aku. ”Aaa...sebenarnya, atuk nak kenali Halina dengan lebih dekat sebab itu atuk menyamar. Atuk minta maaf ye!”
Dania tersengih. Ye la tu....
”Dan atuk sudah buat keputusan, Halina akan berkahwin dengan Daniel tak lama lagi. Minggu depan atuk....”
”Tan Sri, Lina rasa Tan Sri sudah salah faham. Lina dan Daniel hanya berkawan tak lebih dari itu.” tegas Halina.
”Lina!” Daniel terkejut dengan kata-kata Halina.
”Maaf, Lina minta diri dulu.” Halina terus berlalu pergi. Wajah Daniel tidak pandangnya. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia menampar Daniel tetapi disebabkan kehadiran Cik Muda dan Tan Sri hasratnya terbantut. Aaaa....geramnya. Suka-suka saja anggap aku ni girlfriend dia. Berani betul. Langkah Halina diatur pantas. Kini apa yang penting ialah dia perlu keluar dari sini dengan segera.
Dania hanya memerhati Halina keluar dari situ. Dah agak dah.
”Halina!” jerit Danie. Segera dia mengejar Halina.
”What;s going on?” Tan Sri Daud terpinga-pinga. Dia tak faham apa yang berlaku.
”Ala atuk, bergaduh sikit je. Biasa la. Lepas ni ok la.” Dania tersengih. Dia gembira kerana akhirnya atuk dapat menerima pilihan Daniel.

2 comments:

GOlDEn SaNd said...

best2..cpt r smbung..xsbar nie..

aqilah said...

bila murni call cik muda, baru dpt tangkap org tua selekeh tu ialah tan sri!!!!! pandai tul la h tan sri ye..............gelak besar akak tau!!!! kalau tak, takkan dania begitu bijak, kan!!!!!!! lepas ni, mesti melissa terduduk, lepas tu langgar dgn bulldozer..................... and hairi, so sweet..........................

Post a Comment