Novel Pertama - Siapa Orang Gajiku
![]() |
Terbitan Karyaseni (2012) |
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?
Novel pertama saya yang diterbitkan oleh Penerbitan Karyaseni pada tahun 2012. Masa tu terkejut jugak bila dapat email dari Karyaseni, diorang cakap nak terbit jadi buku. Mula-mula tu memang tak percaya, iyalah saya sekadar suka-suka jer post kat blog. Saya menulis sekadar hobi. Seronok-seronok jer. Tapi syukur alhamdulillah, saya dapat peluang ini. First time jadi novelist... Hehehehe.
Terima kasih banyak-banyak buat Penerbitan Karyaseni dan pembaca-pembaca yang selalu singgah di blog saya.
Sesiapa yang masih belum miliki novel Siapa Orang Gajiku lagi, boleh dapatkan segera di Penerbitan Karyaseni dengan harga RM 21.
Salam Sayang
Azimah Lily
No comments:
Post a Comment