Rahsia Hati (2013)
“Dalam usia muda, dia memegang
jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak
Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh
syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di
dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak
majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di
Malaysia?”
TENGKU DANIA DAHLIA – Sebut sahaja namanya,
semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang
jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah
pintu kedukaan...
Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas
yang dirancang, TENGKU DANIA DAHLIA bertekad habis-habisan melindungi
satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.
“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas,
Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”
Demi menjaga status, TENGKU DANIA DAHLIA
ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan HAIRI AZWAN. Bagai buku bertemu
ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.
“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri
aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci
perempuan macam kau.” - HAIRI AZWAN
“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta
aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada
kau. Perasan lebih.” - TENGKU DANIA DAHLIA
Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti
lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!
Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama
sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi TENGKU DANIA
DAHLIA, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu HAIRI
AZWAN, si kaki perempuan.
Tapi kenapa TENGKU DANIA DAHLIA seolah-olah jual
mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran HAIRI AZWAN? Apa benar benci
yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?
Bocorkan rahsia ini dalam RAHSIA HATI...
Sebenarnya Rahsia Hati ni adalah karya pertama yang saya siapkan. Lepas saja novel Siapa Orang Gajiku diterbitkan, saya hantar manuskrip Rahsia Hati pada Karyaseni. Alhamdulillah diterima. Novel Rahsia Hati berkonsepkan keluarga, kasih sayang, dendam dan tamak. Saya harap sesiapa saja yang beli atau baca novel Rahsia Hati ini terhibur dengan gelagat Tengku Dania Dahlia, Hairi Azwan dan Tengku Daniel ....
Novel Rahsia Hati diadaptasi ke drama. Dah habis shooting tahun lepas. Akan datang di RTM. Lakonan Nur Risteena dan Syed Hasan Nabil.
Sesiapa yang masih belum dapatkan novel Rahsia Hati ini, jom dapatkan sekarang. Dengan harga RM 25. Hubungi Karyaseni dengan segera. Dapat diskaun dan free postage. Boleh layari FB Penerbitan Karyaseni dan IG Karyaseni untuk maklumat lanjut.
Salam Sayang,
Azimah Lily
1 comment:
saya minat akak,
el, 2020.
Post a Comment