Bukan Dua Tapi Tiga (2014)
Setelah 26 tahun membawa diri
ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama
anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed
Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri
kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan
kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all
this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR
ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia
dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu?
Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR
ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah,
dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” –NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah
untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh
Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun,
kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir,
Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat
milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya
zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan
Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin
memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita
yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan
Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut
yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara
mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu
semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The
Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir
seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.
Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui
kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa
mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah
disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?
Ini novel ke-3 saya yang diterbitkan oleh Penerbitan Karyaseni tapi kali ini dibawah Penulisan2U. Tetap bertemakan kekeluargaan plus pengorbanan dan kemaafan. Asalnya nak tulis kembar dua tapi why not tulis kembar tiga .... Meriah sikit. Kali ini novel memang tebal. Heheheh .... Ambil masa setahun lebih nak siapkan. Rasakan... Hehehehe...
To all my gojess-gojess reader yang dah beli novel ini, saya ucapkan terima kasih. Harap anda terhibur.
Bagi yang belum lagi miliki novel ini, boleh dapatkan segera dengan Penerbitan Karyaseni dan Makcik Karyaseni. Harga RM 31. Free postage and ada diskaun lagi. Anda akan terhibur dengan telatah kembar 3 yang mencuit hati.
Salam Sayang,
Azimah Lily
No comments:
Post a Comment