Setelah
Puan Arini keluar, Emma mengemas barang-barang dia dan dimasukkan ke dalam bag
galasnya.
“So girls, kita nak lunch kat mana?”
tanya Emma. Perut dia mula berkeroncong lapar. Dia melihat ke arah Janna,
Zaleha, Pamela dan Wani yang merupakan teman sekelas dan jugak teman serumah
dia.
Janna terus bangun.
Zaleha, Pamela dan Wani turut sama
terkejut.
“Kau tak sihat ke hari ini? Tak
pernah-pernah kau nak lunch dengan kami, selalunya kau ikut Rauf dengan Aiman
pergi lunch.” Tanya Janna. Dia rasa pelik dengan perangai Emma.
“Sekali sekali aku nak jugak lunch
dengan korang, lagipun kelas ini bukan ramai pun geng perempuan.” Jawab Emma.
Tak mustahil kalau mereka rasa dia pelik sebabnya selama ini, dia selalu lunch
dengan Rauf dan Aiman. Dia akan mengikut ke mana saja Rauf dan Aiman pergi
sepanjang berada di universiti.
“Kau gaduh dengan Rauf ke?” tanya
Pamela dengan dahi berkerut.
“Mana ada gaduh pun, jom makan! Aku
lapar la, breakfast tadi aku makan roti saja.” Emma bangun dan menggosok
perutnya beberapa kali. Tanpa mempedulikan pandangan kawan-kawannya, Emma
mengatur langkah keluar.
No comments:
Post a Comment