Sunday, May 25, 2025

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 2)

 



     Selepas memparkir keretanya, Emma mempercepatkan langkah menyusuri koridor menuju ke dewan kuliah pagi ini. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan Rauf, hatinya berbunga-bunga apabila memikirkan pujaan hatinya.

            Langkah Emma tiba-tiba terhenti, pandangan tepat ke arah Rauf yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di koridor. Hatinya tersentak apabila melihat Rauf tersenyum dan ketawa. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu, sepanjang dua tahun Rauf tak pernah pun senyum dan ketawa sebegitu dekat dia.

            Emma mengubah laluan dan berjalan ke arah tandas perempuan. Mujurlah tiada orang, dia melihat dirinya di cermin. Dia berfikir seketika dengan wajah serius.

            “Selama ini sikit pun Rauf tak pernah senyum dan ketawa dekat aku. Bila aku cakap, Rauf hanya cakap sepatah lepas itu terus diam. Aku ada sebelah pun, Rauf buat macam aku tak wujud pun. Entah-entah selama ini Rauf rimas dengan aku sebab itu Rauf tak pernah senyum dan ketawa. Aku ke penyebabnya?” Emma bercakap seorang diri. Bila difikirkan dia hanya memikirkan dirinya saja tanpa memikirkan pasal Rauf.

            Emma terkejut apabila telefon pintarnya berbunyi. Dia segera menjawab.

            “Waalaikumssalam. Ya, Janna. Aku dah sampai, aku kat toilet. Jap gi aku masuk.” Jawab Emma. Dia melihat jam tangannya sudah pukul 8.30 pagi. Alamak, kelas dah nak bermula. Selepas menamatkan panggilan Janna, Emma berlari anak-anak memasuki dewan kuliah itu.

            Emma melihat tempat duduk kosong di belakang Janna. Dia terus duduk di situ.

            “Fuh, nasib baik aku sempat sebelum Puan Arini datang.” Kata Emma.

            Janna menoleh ke belakang dengan wajah terpingga-pingga.

            “Apa hal pulak kau duduk di sini?” tanya Janna dengan wajah terkejut.

            “Aku duduk kat sini sebab aku nak belajar la.” Jawab Emma tanpa menyedari yang semua orang di dalam dewan kuliah itu melihat ke arahnya.

            “Selalunya kau …..” Belum sempat Janna menghabiskan ayatnya bertanya, dia terkejut mendengar suara pensyarah mereka. Dia cepat-cepat memandang ke hadapan.

            Emma mengeluarkan buku nota dan pencil case dari bag galasnya. Tumpuan dia ke arah Puan Arini yang berdiri di hadapan mereka.


No comments:

Post a Comment

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  πŠπŽπŒππˆπ‹π€π’πˆ 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - ππŽπ’π“π€π‹π†πˆπ€ - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐒𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚π₯𝐚𝐦 𝐑𝐞π₯𝐚𝐒𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...