Emma membasuh kereta Perodua Viva miliknya dengan bersungguh-sungguh. Dia memastikan tiada kotoran di kereta itu. Maklumlah petang ini, dia akan pulang ke rumah sewanya di Pulau Pinang. Dua hari lagi bermulalah kehidupan dia sebagai pelajar tahun ketiga di USM Nibong Tebal dalam jurusan kejuruteraan awam.
“Oi… Orang sebelah basuh kereta ke?”
Emma menoleh ke rumah sebelah dan
melihat Aiman yang tersengih.
“Tak la aku tengah basuh lori
tanah.” Jawab Emma dengan wajah selamba.
“Suka sangat loyar buruk dengan
aku!” Aiman menggelengkan kepala. Dia dan Emma sama-sama belajar di universiti
yang sama malah dalam jurusan yang sama.
“Dah soalan kau tak masuk akal
langsung, kau nampak kan aku tengah basuh kereta kan! Aaa…. Bila kau nak balik
rumah sewa kau?” soal Emma.
“Esok pagi, ni mesti kau nak tanya
bila Rauf balik sana kan?” jawab Aiman dan kemudian ketawa. Dia tahu Emma
memang tergila-gilakan kawan baiknya, Rauf.
“ Baguslah kalau kau faham. Hmm…
Cinta hati aku balik bila?” tanya Emma. Pertama kali jumpa dengan Rauf, dia
terus jatuh cinta. Lelaki tinggi lampai berkulit kuning langsat itu adalah
cinta pertama dia. Rauf seorang yang pendiam dan bijak. Bagi dia, Rauf adalah
lelaki idaman yang dia cari-cari selama ini namun sayang cintanya berkali-kali
ditolak oleh Rauf tetapi dia tetap tidak berputus asa untuk memiliki cinta Rauf
selagi hati Rauf masih belum berpunya.
“Sama aku jugak, esok pagi. Kau bila
balik pulak?”
“Aku balik petang ini sebab housemates
aku semuanya balik petang ini, esok kami nak bersihkan rumah sewa kami, dah
tinggal lama kan, mesti berhabuk dengan kotor. Nanti jumpa Rauf, kirim salam
sayang aku dekat dia.” Jawab Emma. Dia tersenyum meleret.
“Yalah! Tak habis-habis aku jadi
posmen karat kau. Tahun ini dah masuk tahun ketiga, kau still lagi nak mengorat
Rauf lagi ke? Sudah-sudahlah tu, cinta kau rasanya dah kali keberapa Rauf
tolak? Dah lebih seratus kan?” kata Aiman. Walaupun beberapa kali ditolak oleh
Rauf, Emma tetap tidak putus asa malah cuba mendekati Rauf. Memang keras kepala
betul anak sulung Pak Cik Umar dan Mak Cik Hidayah. Dia memandang wanita kecil
molek dan bertudung litup di hadapannya.
“Eh… tolong sikit, cinta aku baru 95
kali ditolak Rauf. Kau jangan nak sebar berita palsu pulak. Cinta aku dekat
Rauf tulus dan sejati, aku ini jenis setia pada yang satu. Datanglah lelaki
handsome macam Chris Evans nak mengorat aku, hati aku takkan berubah seinci
pun. Hanya Rauf di hati aku dan sentiasa abadi sehingga ke nafas yang
terakhir.” Emma membetulkan kata-kata Aiman.
“Wek… Nak termuntah aku dengar, suka
hati kau lah. Aku masuk dulu.” Kata Aiman. Dia terus meninggalkan Emma.
“Ingat tau, kirim salam aku dekat
Rauf.” Pesan Emma sebelum Aiman masuk ke dalam rumah.
“Ya…” sahut Aiman dengan kuat.
Emma tersenyum gembira dan kembali
menyambung kerjanya membasuh kereta pada pagi ini. Dia sudah tak sabar mahu
memulakan sesi kuliah yang baru tahun ini. Yang paling penting, dia sudah tidak
sabar berjumpa Rauf. Walaupun orang mengata dia terhegeh-hegeh dekat Rauf, dia
sikit pun tak peduli asalkan dia ikhlas menyukai Rauf.
No comments:
Post a Comment