Wednesday, April 10, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 9

           
            Alina terus meluru  masuk dan matanya tepat melihat ibunya yang sedang terbaring di katil. Alina mendekati katil sambil hatinya berdebar-debar. Dia terkejut bila mendapat panggilan dari hospital yang mengatakan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan, Alina tak putus-putus berdoa agar ibunya selamat. Dia tak sanggup jika kehilangan ibunya.
            “Ibu Lina, selamat cuma tangan kanan patah. Ada sikit luka-luka di muka dan badan. Berdasarkan pada X-ray, tak ada yang serius cuma ibu Lina perlu banyakkan berehat” kata Dr. Nazri dengan lembut. Dia lihat Alina masih merenung ibunya.
            “Alhamdulilah.” Alina menghembus nafas lega. Perlahan-lahan Alina mendekati ibunya dan memegang lembut tangan ibunya. “Aaa...Abah Lina dah tahu ke tentang perkara ni?”
            “Belum. Kalau Lina nak.....”
            “Tak payah! Lina rasa abah tak perlu tahu, lagipun keadaan abah baru stabil. Jika dia tahu ibu kemalangan pasti kesihatan abah terganggu. Lina tak nak ambil risiko.”
            “Baiklah jika Lina dah cakap seperti itu. Saya akan rahsiakan hal ni.”
            “Aaa...boleh tak, Lina nak tengok rekod perubatan ibu Lina. Just for checking.” Kata Alina.
            “Boleh! Tak ada masalah. Lina boleh datang ke bilik saya.”
            “Terima kasih...nanti....” belum sempat Alina menghabiskan ayatnya. Telefon bimbitnya berbunyi. Dahi Alina berkerut apabila melihat no telefon yang tertera di skrin telefon. Siapa call ni? Tak kenal pun. Dia perasaan no telefon inilah yang telah menelefonnya beberapa kali tetapi pada waktu dia telah silent telefon bimbitnya. Nasib baiklah sewaktu pihak hospital telefon, dia sedang memegang telefon bimbitnya. “Hello!”
            “Finally, you pick up the phone! Where are you? Dah banyak kali Angah call tapi Acu tak jawab pun. Ibu mana? Ibu pun tak jawab call Angah.”  Kata Alisa sebaik saja mendengar suara adiknya.
            “Aaaa....Angah!” suara Alina separuh berbisik apabila mendengar suara kakaknya. Alina berpaling ke belakang. Dia lihat Dr. Nazri sedang melihat ke arahnya.
            “Aaa...Lina, saya keluar dulu.” Dr. Nazri sedar Alina berasa kurang selesa bercakap dalam telefon apabila kehadirannya mengganggu Alina.

            “Ok, sekejap lagi Lina datang.” Alina tersenyum. Sebaik saja memastikan Dr. Nazri terus keluar , Alina berjalan menuju ke bilik air.
            “Acu, what’s going on?” Alisa dapat merasakan sesuatu yang tak kena.
            “Aa....nothing.” Nada suara Alina terketar-ketar.
            Alisa mengeluh. “Don’t try lie to me?” Alisa syak sesuatu. Sejak dulu lagi, Alina tak pandai berbohong jika dia berbohong nada suaranya akan terketar-ketar.
            “Tak ada apa-apa!”
            “Really!” Alisa tak percaya.
            “Ok! Make sure you not lie to me because i’m here. Now, i’m in Malaysia to pick up both of you back to London.” Beritahu Alisa. Dia tahu kedatangannya pasti mengejutkan ibu dan Alina. Dia sudah tak sanggup menunggu lagi. Dia tak mahu ibu menangguh lagi kepulangan ke London. Dia buat keputusan menjemput ibu dan Alina pulang walaupun keputusannya tidak diketahui oleh Aleya.Ini satu-satunya jalan untuk memastikan ibu dan Acu benar-benar pulang.
            “What!” bulat mata Alina bila mendengar kata-kata kakaknya.
            “So, tell me what’s going on?”
            Alina mengeluh kalau tak beritahu pasti Angah akan marah padanya lagipun Angah dah ada di sini. “Ibu kemalangan! Sekarang ni kat hospital.”
            “What!” jerit Alisa bila mendengar kata-kata adiknya. Jantungnya berdengup kencang. Bibirnya terketar-ketar. Wajah ibunya mula terbayang. “Where are you right now? Tell me” Langkahnya diatur pantas.

                                    ************************************

            “Ibu! Ibu tak apa-apa ke?” soal Alisa sebaik saja melihat ibunya sedang terbaring. Air matanya mengalir apabila melihat tangan ibunya disimen.
            “Ibu tak apa-apa! Jangan risau, sikit je.”
            “Sikit ibu cakap! Ni ... tangan patah. Ini Ibu kata sikit. It’s take time to recover.”
            Alina hanya memerhati kakaknya. Dia berasa lega akan kehadiran kakaknya pada waktu ini. Selalunya jika terjadi sesuatu mereka bertiga akan bersama. Kehadiran Alisa sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan di hatinya.
            “Dah tengok rekod perubatan ibu?”
            “Dah! Tak ada yang serius.”
            “Betul ke? Angah rasa kita perlu bawa ibu pulang ke London, terima rawatan di sana.”
            “Angah! Tak payah susah-susah. Kan sini pun, dah elok. Mereka layan ibu dengan baik.”ujar Munirah dengan lembut.
            “But....teknologi perubatan di London lebih maju dari sini. Angah rasa ibu perlu terima rawatan di sana. Buat medical check up lagi.” Pujuk Alisa. Dia bimbang jika ada perkara yang tak diingin berlaku lagi.
            “Teknologi perubatan di sini pun dah bertambah maju. Lagipun di sini, yang menjaga ibu adalah bangsa kita sendiri. Angah jangan bimbang.Ibu selesa di sini.” Tegas Munirah. Dia tahu Alisa bimbang akan kesihatannya.
            “tapi ibu....”
            “Angah! Doktor suruh ibu banyakkan berehat. Nanti kita bincang perkara ni lagi.” Alina mencelah. Jika dibiarkan pasti keadaan menjadi keruh.
            “Baiklah!” Alisa mengalah.
            “Acu nak ke bilik air jap. Nak basuh buah epal ni.” Alina mengambil 2 biji buah epal yang dibelinya sebentar tadi. Dia masuk ke dalam bilik air.
            Alisa duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil ibunya. Alisa hanya tesenyum. Tangannya erat memegang tangan kiri ibunya. Munirah hanya tersenyum. Mereka berdua terkejut bila pintu bilik dibuka dengan kasar. Bulat mata Munirah bila melihat kehadiran mereka bertiga.
            “Benar-benar menakjubkan. Ilmu apa kau pakai,hah?!” ucap Kartika sambil menepuk tangannya bila melihat musuhnya terlantar di atas katil. Liat betul nyawa perempuan ni nak mati. Dia tak sangka rancangannya gagal. Dia dah upah orang supaya rosakkan brek kereta Munirah tapi kejayaan tidak berpihak padanya. Munirah hanya cedera saja. Ini yang membuatkan dia geram. “Aku ingat kau dah mati!”
            Alisa terkejut bila mendengar kata-kata wanita itu. Alisa terus bangun tapi Munirah sempat memegang tangan Alisa. Alisa berpaling ke arah ibunya. Munirah menggelengkan kepalanya. Dia tak nak Alisa bertindak terburu-buru.  Alisa kembali merenung 3 orang wanita yang berada tidak jauh darinya. Dia sedar 2 orang wanita muda yang berdiri di sisi wanita itu tersenyum sinis ke arahnya.
            “Kartika! Kak tak faham! Apa yang Kartika tak puas hati lagi? Kak akan bercerai dengan Dato’ Kadir tak lama lagi. Selepas ni keadaan akan kembali seperti biasa.Tiada siapa yang akan mengganggu rumahtangga Kartika lagi”
            Alisa menoleh ke arah ibunya. Bercerai! Inikah urusan yang dikatakan oleh ibu? Tujuan ibu pulang ke Malaysia sebab ingin bercerai dengan lelaki tu.
            “Kau jangan nak bodohkan aku! Aku dengar sendiri suami aku beritahu anak kau yang dia takkan ceraikan kau tapi dia nak ceraikan aku pula. Kau ingat aku akan berdiam diri saja tengok kau bolot semua harta suami aku.” Marah Kartika.
            “Ya, Allah! Kartika, kak tetap akan ceraikan Dato’ Kadir walauapa yang terjadi.Dia setuju atau tak, kak tetap akan ceraikan dia.”
            “Kau ingat aku akan percaya cakap kau lagi. Jangan harap la. Aku beri amaran kalau kau sayangkan nyawa kau dan anak kau, baik kau balik ke tempat asal kau. Di sini bukan tempat kau jika tak aku tak jamin keselamatan kau dan anak kau. Kau ingat tu.” Tegas Kartika.
            “It’s mean it’s a thread, right.” Alisa bersuara.
            Dahi mereka bertiga berkerut bila mendengar kata-kata Alisa.
            “Apa!” Sofea bersuara. Dia bukannya faham sangat dengan bahasa Inggeris begitu juga adik dan ibunya. Setakat you and I, mereka faham  la. Mereka bertiga bersekolah pun setakat SPM saja.
            Alisa tersenyum sinis. “So you don’t know how to speak english, right?  Hmm....Jadi ini satu ugutan.”
            “Ya!” Kartika merenung wanita yang rambutnya bersanggul. Penampilan Alina berbeza pada hari ni.
            Perlahan-lahan Alisa menganggukkan kepalanya. Dia sudah faham sekarang ni. “Ini bermakna you la yang upah orang untuk rosakkan brek kereta ibu I?”
            “Ya dan aku takkan teragak-agak untuk lakukannya sekali lagi.” Kartika mengaku. Renungannya masih pada Alina. Dia dapat rasakan ada kelainan pada Alina hari ni. Gaya percakapannya juga lain.
            “Ooo....I see! Ibu, she don’t know that her statement wil make her in trouble. This can be prove to put her in jail. Idiot women” Alisa menunjukkan alat perakam yang berada ditangannya. Alisa tersenyum ke arah ibunya. Walau ke mana saja dia pergi, dia akan sentiasa membawa perakam suara sebagai persediaan.
Munirah terkejut. Kartika tidak nampak alat perakam yang dipegang oleh Alisa.
            “Kau cakap apa, hah!” Suziela bengang. Dia tahu pasti perempuan tu sedang mengutuk mereka.
            “Tak ada apa-apa la!” jawab Alisa dengan wajah selamba.
            “Kau ingat! Aku nak kau cepat berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Kata Munirah terus keluar dari situ. Sofea dan Suziela terus mengikut ibu mereka. Sebaik saja mereka bertiga keluar, Alina keluar dari bilik air. Dia sudah mendengar segala-segalanya. Kemalangan yang dialami oleh ibu adalah rancangan auntie Kartika. Alina menghampiri kakaknya.
            “Don’t tell me that they’re.....” Alisa menuding jarinya ke arah pintu manakala matanya tepat melihat ibunya. Takkan la telahannya tepat.
            “Your stepmother and stepsisters.” Jawab Munirah.
            Alisa mengetap bibirnya menahan geram. Perangai mereka memang melampau. Macam mana ibu boeh bersabar? Dah jelas perempuan tu ingin membunuh ibu. “Angah takkan biarkan perkara ni! Angah akan buat police report! Bukti dah ada dalam tangan kita.”
            “Angah! Ibu tak nak Angah buat laporan polis. Ibu tak nak perkara ni diperbesarkan.”
            “What! Ibu, kita tak boleh biar mereka pijak kepala kita. Lepas ni entah apa lagi dia akan lakukan. Kita perlu buat laporan polis. Dia cuba bunuh ibu.” Tegas Alisa.
            “Angah! Kalau Angah masih sayang dan hormatkan ibu, ikut saja apa yang ibu cakap!” tegas Munirah. Dia tahu anak keduanya itu memang degil.
            Alisa tergamam. Lidahnya kelu berkata-kata. Pandangannya diarahkan pada Alina. Alina membuat mimik muka agar Alisa mengalah dan setuju dengan permintaan ibu.
            “Ok!” Alisa mengalah dan terus berlalu keluar dari bilik itu. Alina hanya memerhati kelibat Alisa keluar dari situ. Pasti sekarang ni Angah tak puas hati.

                                    ***************************************

            “Kenapa Angah tak beritahu Along? Why?” jerkah Aleya sebaik sahaja panggilannya dijawab. Sudah beberapa kali, Aleya call tetapi Alisa off telefon bimbitnya.Aleya geram. Dia terkejut apabila melihat sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Alisa padanya. Alisa membuat keputusan tanpa memberitahu dirinya.
            “Becouse Angah tahu, Along takkan setuju.”
            “Angah faham tak dengan maksud sabar! Sabar. Angah suka bertindak melulu. Sekarang ni ada dua Alina di Malaysia, Angah tahu kan ertinya! Jika lelaki tu tahu, kita ni triplet. Dia takkan lepaskan ibu dan kita bertiga. Faham tak?” Aleya meninggikan suaranya. Sikap Alisa sering membuat dirinya hilang sabar. Asyik bertindak ikut hati saja.
            “I know about that, sis!”
            “Tetapi Angah tetap buat jugak.”
            “Angah minta maaf, ok!”  Alisa meminta maaf. Alisa tahu Aleya tengah marah sekarang ni. Aleya jarang marah tetapi jika dia sudah marah, sakit telinga apabila mendengar suara Aleya.
            “Ok but don’t do it again. So Angah dah sampai ke?” Kemarahannya reda sebaik sahaja Alisa meminta maaf padanya.
            “Dah!”
            “Ibu dan Acu! Angah dah jumpa mereka ke?”
            Alisa mengeluh dengan kuat secara tiba-tiba. “Ibu accident!”
            “Apa!” Bulat mata Aleya mendengarnya. Aleya bangun dari sofa secara tiba-tiba. Perasaan bimbang mula timbul. Teruk ke?
            “Tangan kanan ibu patah dan ada sedikit luka di badan. Ibu okey! Don’t worry, along . Angah dan Acu ada. Kami akan jaga ibu.”
            Aleya menundukkan kepalanya. Rambut panjang yang melepas bahunya menutupi wajahnya. Aleya mengeluh lega. Mujurlah ibu tak mengalami kecederaan yang teruk. Aleya membetulkan kedudukan rambutnya. Aleya kembali duduk. “Macam mana ibu boleh accident? Siapa yang drive? Ibu ke? Acu! Acu pergi mana waktu tu?” Bertubi-tubi Aleya mengajukan soalannya.
            Sedikit senyuman terukir di bibirnya. “Ibu yang drive. Acu pula pergi jumpa lelaki tu.”
            Aleya terdiam seketika.
            “Along! Do you want to know why ......Kenapa ibu tak mahu balik ke London? Sebab ibu mahu bercerai dengan lelaki tu. Itulah perkara yang sepatutnya ibu beritahu kita” Terang Alisa.
            Dahi Aleya sedikit berkerut.
            “Tetapi lelaki itu tak mahu ceraikan  .....sebaliknya dia ingin ceraikan isteri keduanya.”
            “What!” Aleya mengetap bibir. Kenapa pula dia tak mahu ceraikan ibu? Dah 26 tahun, mereka hidup dengan haluan masing-masing. Apa sebenarnya motif lelaki ni? Tetapi kenapa pula dia nak ceraikan isteri mudanya. Adakah kerana Alina? Kerana dia tahu dia mempunyai anak sebab itu dia enggan ceraikan ibu. Keadaan semakin rumit. Tetapi kenapa pula ibu mesti meminta cerai pada lelaki itu?
            “Angah dah jumpa madu ibu dan kakak tiri kita.”
            “So ....”
            “Mereka tu gila.”
            Aleya ketawa.
            “Along tahu tak? Mereka bertiga datang melawat ibu di wad.”
            “jadi mereka nampak Angah dan Acu ke?”
            “Tak. Kebetulan Acu pergi toilet waktu tu. Berlagak nak mampus. Macam diva. Dia ingat dia popular sangat ke? Tetapi bila Angah cakap bahasa inggeris, sepatah haram pun tak faham.” Alisa ketawa dengan kuat.
            “Biarlah mereka tu .....Jangan cari masalah dengan mereka.”
            “But you don’t hear this part yet .....Perempuan itu mengaku dia upah orang untuk rosakkan brek kereta ibu. Dia memang berani. Bertindak seperti itu. Dia ingat negara ni tak ada undang-undang ke?”
            “Dia memang sudah melampau.. Kenapa Angah tak report saja pada polis?”
            “ Memang Angah nak report tetapi ibu ....Ibu halang Angah untuk buat laporan polis. Ibu tak mahu besarkan hal ini.”
            “Pasti kerana lelaki tu kan!”
            “Angah tak faham la dengan sikap ibu. Cinta itu buta ke? Sehingga ibu masih memikirkan tentang lelaki tu. Semuanya tentang lelaki tu. Angah geram, Along . Apa Angah nak buat sekarang. Angah nak bawa ibu balik dan jalani rawatan di London tetapi ibu tak mahu. Kata ibu, ibu lebih selesa menjalani rawatan di sini” Alisa mula meradang.
            Aleya memejamkan matanya seketika. Berfikir. “Just take care of her! Ok! ”
            “Itu saja ke?” Alisa terkejut.
            “And ....bring ibu and Acu home safely.”
            “Tentang Datin Kartika! Tak mustahil jika lakukan benda yang sama pada ibu. Angah takut jika sesuatu terjadi pada ibu dan Acu.”
            “Tiada apa-apa yang akan terjadi pada ibu. Believe me!”
            “Along dah ada plan ke?” soal Alisa secara tiba-tiba. Dari gaya percakapan Along macam ada plan saja. Dahi Alisa berkerut.
            “Wait and see, sis. Along ada hal sikit dengan Auntie Khaty. Kirim salam pada ibu dan Acu. Bye. Assalammualaikum ......”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Alisa. Plan apa ye? Apa yang Along tengah fikirkan sekarang?

           
            

Saturday, February 23, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 8 

            Munirah melangkah keluar dari kedai runcit itu. Beberapa beg plastik yang berisi barang-barang dapur digenggam erat. Dia hanya membeli sedikit barang. Cukup untuk 2 hari sahaja.  Walaupun dia masih tidak mahu menceraikan aku, aku akan tetap dengan pendirian aku. Langkah Munirah diatur menuju ke kereta.
            Pintu kereta dibuka. Beg plastik itu diletakkan di tempat duduk belakang.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
            Munirah mengeluarkan telefon bimbitnya dengan segera. Dia tersenyum sebelum menjawab panggilan itu
            “Perempuan tu dah gila ke!” itulah perkataan yang pertama keluar dari mulut Khatijah. Dia terkejut apabila mendapat e-mail dari Munirah. Munirah telah menceritakan segala-galanya tentang kedatangan Datin Kartika bersama anak-anaknya. Khatijah geram dan marah.
            “Khaty! Kau ni ....kenapa? Beri salam pun tidak. Kau marah kat siapa ni?” Dahi Munirah sedikit berkerut.
            “Siapa lagi .....jika bukan madu kau! Munirah, kau ni terlalu baik hati sangat. Dia pijak kepala kau macam tu, kau masih boleh buat tak tahu saja. Kalaulah aku di tempat kau, aku tarik rambut dia sehinggga kepala dia botak. Biar dia tahu status dia yang sebenarnya!” Khatijah melepaskan geram.
            Munirah ketawa.
            “Munirah! Aku serius la. Kau ingat aku buat lawak ke?” Wajah Munirah masam apabila mendengar Munirah ketawa.
            “Kau ni emosional sangat, Khaty! Biarlah Kartika nak fikir apa-apa pun. Lagi dua hari aku dan Lina akan pulang ke London. Don’t worry about us! Lagipun aku dah lantik peguam untuk uruskan penceraian aku.”
            “Baguslah! Selagi kau ada di sana, hidup aku tak tenteram! Siang malam aku ingat kau. Makan pun tak lalu. Tidur tak lena. Kau tahu tak?” Khatijah meluahkan kebimbangan yang selama ini bersarang di dalam hatinya.
            “Khaty, kau ni! Ada-ada saja. Aku dan Lina pasti akan balik. Kau jemput aku di airport nanti ye! Rindu la kat kau! Aku rasa macam lama saja tak jumpa kau!” Munirah tersenyum lebar. Dia berasa selesa setiap kali berbual dengan Khatijah. Walaupun di antara mereka berdua tiada pertalian darah, namun Khatijah seperti ahli keluarganya sendiri.
            “Baiklah! Call me bila kau nak bertolak nanti”
            “Yes, bos! Kirim salam sayang aku pada Leya dan Lisa” Pesan Munirah. Dia sangat rindukan Aleya dan Alisa.
            “aku tahu! Assalammualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Munirah. Pintu kereta dibuka. Munirah masuk ke dalam perut kereta Mazda 2.  Enjin kereta dihidupkan .
Tanpa disedari , ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-gerak Munirah sejak dari tadi. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat kereta Mazda 2 berwarna merah bergerak meninggalkan tempat itu.


**************************************************


            Alina tersenyum bila melihat ayahnya sedang berdiri di balkoni. “Termenung jauh nampak!” tegur Alina sambil berjalan mendekati ayahnya. Dia bersalaman dengan  Dato’ Syed Mohd Kadir
            “Lina datang seorang saja! Ibu mana?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir. Matanya melirik ke arah pintu biliknya. Tiada siapa! Hanya Alina saja.
            “Abah tahu kan apa sebabnya!”
            Dato’ Syed Mohd Kadir. mengeluh. “ Ini rumah ibu kamu jugak. Dia ada hak lebih-lebih lagi, dia isteri pertama abah.” Kadir berrasa hampa bila tidak bertemu dengan Munirah. Sudah beberapa hari tidak datang melawatnya malah telefon pun tidak.
            “Ibu tak nak keruhkan lagi keadaan. Dia tak nak abah dan Auntie Kartika ada masalah disebabkan ibu.”
            “Hubungan abah dan kartika dah lama ada masalah sejak dulu lagi. Tak ada kena mengena langsung dengan ibu Lina.”
            “Abah...tujuan Lina datang jumpa hari ni ....” Berat Alina untuk berterus terang tentang tujuannya untuk berjumpa dengan ayahnya. Tapi ini pesanan ibu, dia perlu cakap juga. “Aaa....ibu suruh saya tanya abah samada abah dah setuju .....”
            Belum sempat Alina menghabiskan ayatnya, Dato’ Syed Mohd Kadir terus mencelah. “Tak! Abah takkan ceraikan ibu Lina walauapa yang terjadi. Abah nak ibu Lina menjadi isteri abah selama-lamanya.”
            “Tapi abah....”
            “Kenapa? Benci sangat ke ibu Lina kat abah sehingga dia tak boleh maafkan abah. Dia tak cintakan abah ke?”kata Kadir dengan nada yang sedih. Dia ingin mulakan hidup baru bersama Munirah tapi munirah masih tidak berganjak dari keputusannya untuk bercerai dengan dia.
            “Bukan macam tu,abah. Abah dah salah faham. Ibu hanya tak nak masalah ni berterusan. Ibu hanya nak ketenangan, abah!”
            “Ketenangan!”
            “Ya, ketenangan hidup! Abah, Lina tahu abah kahwin dengan ibu bukan atas suka sama suka tapi disebabkan arwah atuk dan nenek yang ingin jodohkan abah dan ibu. Lina tak tahu apa yang telah dialami oleh ibu sewaktu berkahwin dengan abah jadi Lina tak boleh nak
membuat kesimpulan sendiri. Tapi yang pasti, Lina tahu Ibu inginkan ketenangan. Abah, Lina tak kisah! Apa saja keputusan ibu, Lina akan ikut sebab Lina tahu apa yang ibu buat ni untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.” Alina menuturkan kata-katanya dengan berhati-hati. Dia sedar ayahnya baru sembuh dari penyakit jantung. Dia tak nak ayahnya terlalu beremosi.
            “Perasaan abah, ada ibu Lina fikir? “
            “Perasaan!” Dahi Alina berkerut. “Apa maksud, abah? Bukan ke abah tak menyintai ibu?”
            “Siapa kata! Abah cinta dan sayangkan ibu Lina. Selepas abah halau ibu Lina, hidup abah jadi tidak bermakna. Sunyi dan suram. Hidup abah kosong. Selepas itu baru abah sedar yang, abah telah jatuh cinta pada ibu Lina. Tapi sudah terlambat, ibu Lina dah pun menghilangkan diri entah ke mana. Abah cuba cari tapi tak jumpa jadi abah buat keputusan untuk berkahwin dengan Kartika. Tapi rumahtangga kami tak bahagia.”
            Alina terkejut dengan bila ayahnya meluahkan apa yang terbuku dalam hati. “Jadi abah tetap tak nak ceraikan ibu? Auntie Kartika macam mana? Takkan abah nak biarkan begitu saja.”
            “Abah akan ceraikan Auntie Kartika. Apa yang abah nak sekarang ni adalah hidup bersama dengan Lina dan Ibu Lina. Abah nak tebus kembali masa yang telah abah lepaskan.”
            “Abah!Abah tak faham!” Alina mula susah hati. Ugutan Auntie Kartika semalam masih lagi segar dalam ingatan dia.
            “Beritahu ibu Lina, abah takkan bercerai. Muktamad.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir.. Dia tak nak kehilangan isteri dan anaknya lagi.
            “Abah!”Alina menggaru kepalanya yang tak gatal.
            Kartika mengetap bibirnya menahan geram. Sakit hatinya bila mendengar perbualan mereka. Tangannya digenggam erat menahan marah. Nak ceraikan aku! Jangan harap. Ingat aku tak tahu tujuan kau yang sebenar. Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja. Semua harta kau mesti jadi milik aku. Hanya milik aku. Aku perlu lakukan sesuatu dengan segera.

                                    *****************************************

            Alisa mengeluh kuat sebaik saja melabuhkan punggungnya di kerusi. Tangannya masih lagi mendail no telefon Alina. Matanya tepat merenung skrin telefon bimbitnya. “Acu, pick up the phone?”
            Alisa mengeluh lagi bila panggilannya tidak dijawab. Jarinya sudah lenguh mendail no telefon Alina. Tiba-tiba Alisa berasa tak sedap hati. No tel ibu dan Acu sudah beberapa kali dia mendail tapi tiada siapa yang jawab. Hatinya tidak tenang selagi tidak mendengar suara ibu atau Acu.Alisa menoleh ke kiri dan kanan. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki di Malaysia. Suasana sibuk di KLIA tidak menarik perhatiannya langsung. Apa yang bermain di fikirannya adalah Alina dan Ibunya. Alisa menghentak telefon bimbitnya beberapa kali di kerusinya.
            “Handphone awak akan rosak kalau awak buat macam tu?” tiba-tiba ada orang menegur Alisa.
            Alisa menoleh ke arah lelaki bercermin mata hitam yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum.
            “Like I care!” jawab Alisa.
            Lelaki itu ketawa bila mendengar kata-kata Alisa. “Kalau handphone tu rosak, awak juga yang susah nanti. Tak ada siapa datang jemput awak dan saya rasa awak baru pertama kali ke Malaysia kan?”
            Giliran Alisa pula ketawa. “How do you know?I don’t know you and you no nothing about me so please keep your mouth shut up.Before I make your life miserable.”
            “Awak ni memang sombong. Awak ugut saya tadi, awak ingat saya takut. Awak nak buat apa? “ cabar lelaki itu.
            “You still talking to me!”
            “Yes!”
            “Ok!’ Alisa tersenyum. This guy really annoying me. Lelaki ni memang tak faham bahasa langsung. Aku dah la tengah susah hati, dia sengaja nak naikkan darah aku lagi.Tunggu la apa yang aku nak buat kat kau.
Alisa tiba-tiba menjerit.
Semua orang yang berada di sekitar itu menoleh ke arah Alisa. Lelaki itu juga terkejut dengan jeritan Alisa.
“you pervert! You raba punggung I. You...you memang lelaki gatal. “ Alisa meninggikan suaranya. Dia mengundurkan langkahnya ke belakang beberapa tapak. Dia menunding jari ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya.
            Lelaki yang bercermin mata hitam itu tergamam bila mendengar kata-kata Alisa. Dia sedar semua orang yang berada di situ memerhati ke arahnya dan ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain dengan pandangan yang pelik.
            “Lelaki miang!” kata Alisa lagi sebelum melangkah pergi meninggalkan lelaki itu yang masih tercengang-cengang. Alisa sempat menoleh ke belakang dan memberikan senyuman sinis pada lelaki itu. Rasakan! Nak cari pasal dengan aku! Alisa kembali  mendail no tel Alina sambil langkahnya diatur menyusuri keluar.


                                                ****************************

            Alina berjalan menuju ke dapur. Langkahnya terhenti bila Sofea dan Suhaila menghalang perjalanannya.
            “Wah, happy nampak! Sekarang ni aku tengok kau anggap rumah ni macam rumah kau sendiri pulak. Kenapa dah berangan nak jadi tuan puteri dalam rumah ni ke?” perli Sofea.
            “Kak, Lina datang sini pun sebab abah yang suruh Lina datang.”
            “Jadi, apa saja yang bapak kau cakap, kau ikut la. Nak jadi anak yang baik konon!” Giliran Suhaila pula bersuara.
            “Kak, Lina tak nak cari gaduh dengan kakak berdua. Kita kan keluarga.”
            “Keluarga! Siapa keluarga kau, hah! Kau dengan kami tak ada pertalian langsung. Kau tu anak haram.” Sofea bengang.
            “Kak!” Alina terkejut.
            “Kau dengar sini baik-baik, kami tak mengalukan kedatangan kau di sini! Baik kau berambus balik ke tempat asal kau. Ini bukan tempat kau.”
            “Kak, susah sangat ke kak nak menerima Lina dan ibu? Kami tak pernah buat apa-apa yang salah.”
            “Tak pernah buat salah!Sebab kehadiran mak kau,keluarga kami porak peranda.” Marah Sofea.
            “Kak....” Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi kanan. Alina tergamam.
            “Hey, kan aku cakap! Jangan panggil kami kakak kau! Kau ni memang jenis perempuan yang tak tahu malu. “ Suhaila naik angin. Matanya tepat merenung Alina. Entah apa yang buat dia menyampah bila tengok perempuan ni. Mungkin disebabkab oleh Dr. Nazri.
            “Kau sedar tak sekarang ni ,kau berdiri di mana? Ini tempat kami” Sofea memberi amaran.
            “Amboi....amboi....Sedapnya mulut tu bila bercakap! Hey, kau berdua tu yang tak sedarkan diri. Hanya anak tiri tapi berlagak lebih.” Sampuk Mak Jah yang mendekati mereka bertiga.
            Serentak mereka berdua menoleh bila mendengar kata-kata Mak Jah. “Mak Jah, ini hal kami bertiga! Mak Jah tu orang gaji,jangan masuk campur hal kami. Kalau nak dapat gaji bulan ni, baik Mak Jah diam.” Sofea memberi amaran pada orang gaji yang sudah lama berkhidmat dengan keluarga ayah tirinya.
            “Kenapa pulak, Mak Jah nak diam? Bukannya kamu berdua yang bayar gaji Mak Jah! Duit poket sendiri pun minta kat mak lagi.Tak malu ke?”
            “Mak Jah!” jerit Sofea dan Suhaila serentak. Mereka tahu Mak Jah memang anti terhadap mereka berdua dan mama. Asyik cari kesalahan mereka berdua saja. Mama pun tak berani melawan cakap Mak Jah! Mulut Mak Jah berbisa. Dalam rumah ni, dia hanya hormatkan Syed Kadir saja.
            “Apa!Aku tak pekak lagi. Tak payah la, nak tunjuk kuasa kau berdua kat aku. Ingat aku takut. Setakat ulat bulu macam kau berdua, aku  pijak-pijak saja sampai lumat.”          
            Sofea dan Suhaila mengetap bibir menahan geram. Kata-kata Mak Jah memang menyakitkan hati.Lidah mereka menjadi kelu. Jika mereka bersuara pasti teruk mereka kena nanti.
            “Apa lagi yang tak puas hati?” soal Mak Jah.
            ”Benci!” jerit Sofea sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua. Suhaila hanya mengekori kakaknya.
            “Itu je yang dia tahu! Menjerit-menjerit! Sebiji macam mak dia.” Mak Jah sempat mengomel bila melihat dua beradik itu pergi dari situ.
            “Terima kasih, Mak Jah!”
            “Kamu ni, Lina! Orang macam tu jangan bagi muka sangat nanti naik tocang pulak!” Mak Jah mendekati Alina. Perangai dia sama macam Munirah. Suka bertolak ansur dengan orang lain.
            “Tak ada apa-apa, Mak Jah.” Alina tersenyum. Dia malas nak panjangkan cerita. Nanti cerita lain pula yang jadi bila dia melawan.

Satu Dua Tiga 2013


Bab 7


            “Maaf, Is! Aku terlambat!”  Dr. Nazri terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Iskandar di Coffee Bean Cafe
            “Tak apa! Aku baru saja sampai. Ni aku dah order minuman kegemaran kau.” Iskandar tersengih.
            “Thanks, my friend.”
            ”Aaa....tadi Zahari ada call aku, minggu depan kalau tak ada-apa hal dia akan balik ke Malaysia.” Beritahu Iskandar.
            “Wah, dah lama kita tak jumpa dia. Rasa-rasanya dah setahun lebih kita tak jumpa dia selepas dia sambung belajar master kat London.” Dr. Nazri teringat akan sahabat karib mereka sejak kecil lagi. Keluarga mereka bertiga sangat rapat seolah-olah seperti keluarga sendiri. Kebetulan pula mereka bertiga sebaya.
            “Ya! Aaa...dah lama kita tak lepak bertiga. Baru meriah.”
            “Itu la!  Aku tak sabar-sabar ni tunggu Zahari balik.”
            “Kenapa?” soal Iskandar hairan.
            “Aku nak kenalkan kau berdua dengan wanita yang telah berjaya mencairkan hati aku yang keras ni.” Dr. Nazri tersenyum bila mengingatkan tentang Alina.
            “Siapa? Suhaila!”
            Lamunan Dr. Nazri terhenti bila mendengar nama Suhaila. “Kau ni memang sengaja nak hilangkan mood aku.”
            Iskandar ketawa bila mendengar kata-kata sahabatnya. “Kau ni memang sensitif betul bila dengar nama Suhaila.”
            “Ooo...suka ye! Sofea! Kau nak aku call Sofea ke?”
            Ketawa Iskandar mati sebaik saja Dr. Nazri menyebut nama Sofea. “Eh, Nazri! Kau jangan cari pasal! Kalau Sofea tu tiba-tiba muncul, mampus aku.”
            Giliran Dr. Nazri pula yang ketawa. “Takut juga kau ni!”
            “Bukan takut, seram!”
            “Oklah...jangan kita sebut nama mereka berdua lagi. Isu sensitif.”
            “Betul tu....” Iskandar setuju dengan pendapat Dr. Nazri.
            ” Ni masalah kau, dah selesai ke belum?”
            “Masalah aku? Oooo....pasal hotel kat Langkawi tu ke?”
            “Ya la....Masalah kau dengan arkitek tu dah settle ke belum?”
            “Belum. Ini yang buat aku bengang giler ni. Dah lama ia tertangguh disebabkan oleh arkitek yang berlagak tu.”
            “Dah tahu dia berlagak. Kenapa kau masih lagi nak dia rekabentuk hotel kau tu?”
            “Kau tak tahu! Hasil kerja dia kreatif . Hotel Paradise kat Hawai menjadi salah satu hotel bertaraf lima bintang yang terkemuka di dunia adalah hasil rekaan dia. Aku nak dia.” Tegas Iskandar.
            “Kau ni memang degil. Kenapa dia tak nak berkerjasama dengan kau?”
            “Dia kata dia tak berminat!”
            “Apa” Dr. Nazri terkejut.
            “Ya! Itu yang buat aku geram sangat-sangat ni. Macam-macam tawaran aku buat untuk dia berkerjasama dengan syarikat aku. Tapi jawapannya tetap sama, tak berminat!”
            “Kau pernah cakap dengan dia ke?”
            “Tak pernah! Selama ni staff aku yang berhubung dengan dia. Kali ni aku rasa aku perlu cakap dengan dia jugak.”
            Dr. Nazri mengeluh. “Apa yang nak dihairankan, Is! Bangsa dia....mesti la dia tolong bangsa orang putih  dulu.”
            “Dia tu orang Malaysia! Malaysia! Melayu lagi.”
            “Apa! Melayu? Apa nama dia?”
            “Nur Aleya!” jawab Iskandar.
            “Perempuan!” Bulat mata Dr. Nazri bila mendengar nama Arkitek itu.
            “Ya. Perempuan! Aku sakit hati bila dia sanggup tolong bangsa lain dari bangsanya sendiri.” Iskandar menggenggam erat tangannya bila mengingatkan tentang perkara itu.
            “Ala. Kau nak hairan apa? Kerja dengan orang putih lebih baik dari kita. Duit masuk banyak.”
            “Aku takkan putus asa. Aku pasti akan buat dia setuju berkerjasama dengan projek aku, Kau tunggu dan lihat.”
            “Suka hati kau la, Is! Kau tu kepala batu! Malas aku nak layan! Rasanya hingga tahun depan projek kau tak berjalan. Semoga berjaya la.” Sindir Dr. Nazri. Dia faham benar dengan perangai Iskandar.
            “Kau ni bukannya nak fikirkan cara untuk selesaikan masalah aku, kau menyumpah lagi ada la.”
            Dr. Nazri hanya tersengih bila mendengar kata-kata Iskandar. Tiba-tiba serentak telefon bimbit mereka berbunyi. Segera mereka melihat nama yang tertera di skrin telefon masing.-masing. Wajahnya mereka berubah sebaik saja tahu siapa pemanggil itu. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
            “Sofea!” kata Dr. Nazri pada Iskandar.
            “Suhaila!” kata Iskandar pula. Perlahan-lahan Dr. Nazri menganggukkan kepalanya. Tanpa berlengah lagi mereka terus mematikan telefon bimbit. Mereka berdua mengeluh lega.

                                    ***************************************

            Sebaik saja pintu dibuka, Kartika dan anaknya terus saja masuk. Alina terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.
            “Ibu kau mana?”soal Kartika dengan kasar.
            “Ooo.....Kartika!” tegur Munirah sebaik saja lihat akan kehadiran wanita itu. Dia baru saja selesai menunaikan solah Zohor.
            “Bagus la, kau ada di sini! Aku tak nak buang masa aku kat sini.”
            Sofea dan Suhaila memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan yang menjijikkan. Mereka membuat mimik muka.
            “Berapa kau nak? Beritahu aku! 1 juta? 2 Juta?” kata Kartika.
            “Kak tak faham!”
            “Kau ni memang pandai berpura-pura! Berapa yang kau nak supaya kau berambus dari sini,hah! Aku tak nak kau ganggu suami aku lagi.” Marah Kartika.
            Munirah dan Alina terkejut mendengar kata-kata Kartika.
            “Berapa? Aku boleh bagi asalkan kau jangan jejakkan kaki di Malaysia lagi! Berapa?”
            “ Kartika, kak balik ke sini bukannya untuk keruhkan lagi keadaan. Niat kak hanya untuk melawat suami Kartika saja.”
            “Ya, Auntie! Selepas semua hal selesai, kami akan balik ke London.” Alina mencelah.
            Tiba-tiba satu penampar hinggap di muka Alina. Alina tergamam. Dia memegang pipinya yang masih terasa pedih .

            “Hey, kau ni memang tak ada adab sopan langsung. Orang tua-tua bercakap, kau menyampuk pulak!” marah Suhaila. Dia berasa puas bila dapat menampar wanita yang cuba merampas Dr. Nazri darinya.
            Alina terdiam. Munirah berdiri di hadapan mereka. “Kartika, tujuan kak balik ni bukannya nak berebut harta dengan Kartika. Tujuan sebenar kak balik adalah untuk bercerai dengan Dato’   Kadir.” Tegas Munirah.
            Kartika terkejut dengan kata-kata Munirah.
            “Ya! Kak dah pun beritahu Dato’ Kadir tentang perkara ni. Hanya tunggu persetujuan dari Dato’ Kadir saja. Selepas semua ni selesai kak akan segera pulang ke London. Lagipun dia sini bukannya tempat kakak!”
            Kartika diam seketika. Bagus! Kalau mereka bercerai, seluruh harta akan menjadi milik aku seorang. Aku tak perlu berkongsi dengan sesiapa pun. “Baiklah! Aku percaya cakap kau kali ni. Tapi aku bagi tempoh hingga hujung bulan ni, kalau aku dapat tahu kau tipu aku, siap la kau!” Kartika memberi amaran sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Sofea dan Suhaila hanya mengekori ibu mereka keluar.
            “Lina, sakit tak?” soal Munirah. Dia melihat pipi kiri Alina yang kemerahan.
            “Sakit sikit je.”Alina tersenyum.
            Munirah mengeluh. “Lina, boleh tak kalau Lina jumpa Dato’ Kadir? Pujuk dia supaya setuju dengan permintaan ibu. Ibu dah penat dengan semua ni!”
            “Baiklah, ibu! Esok pagi Lina pergi.” Alina memegang erat tangan ibunya. Dia faham apa yang difikirkan oleh ibunya sekarang.

                                    *************************************

            “Assalamualaikum....Ibu!” kata Aleya sebaik saja panggilan telefonnya dijawab.
            “Waalaikummusalam. Along!”
            “Ibu sihat?”
            “Sihat. Alhamdulilah. Along dan Angah sihat?”
            “Sihat, ibu. Bila ibu nak pulang ke Malaysia?” soal Aleya secara tiba-tiba. Setiap kali mengingatkan ibu dan Acu di sana, hati aku resah. Bimbang! Seperti ada perkara yang tidak baik akan berlaku pada ibu dan Acu.
            Munirah mengeluh. Dia sudah agak tujuan anak sulungnya itu menelefonnya pada awal pagi ni. “Selepas urusan ibu selesai, ibu akan segera pulang.”
            “Urusan apa, ibu!” tanya Aleya ingin tahu.
            “Urusan ibu dan abah along.”
            “Urusan apa lagi yang belum selesai lagi, ibu!” nada suara Aleya sudah lain. Dia tetap juga ingin tahu sebabnya.
            “Ada la.”
            “Ibu, Along tak faham la kenapa ibu masih lagi boleh berbaik dengan dia tu! Ibu dah lupa ke apa yang dia telah buat kat ibu. Ibu tak serik lagi ke?”
            “Along! Kenapa dengan Along ni? Along kena jaga sikit bahasa Along tu. Dia yang Along maksudkan adalah ayah kandung Along sendiri. Ibu tak pernah ajar anak ibu menjadi seorang yang kurang ajar. Apa yang berlaku antara ibu dan abah Along, itu masalah  kami berdua. Along dan Angah tak ada kena mengena langsung.”
            “I’m sorry, ibu” Aleya meminta maaf. Dia tak berniat untuk menyinggung perasaan ibu.
            “sudah! Ibu tak nak dengar lagi. Ibu tahu apa yang ibu buat sekarang ni. Selepas urusan ibu selesai, ibu dan Acu akan pulang ke London. Ini muktamad. Ibu ada hal sekejap. Malam nanti ibu call Along lagi.Jaga diri baik-baik. Kirim salam kat Angah.” Kata Munirah terus menamatkan perbualan mereka. Jika perkara ini berurusan pasti dia dan anaknya akan bergaduh besar. Munirah mengeluh. Dia sudah tak tahu nak buat apa lagi supaya anaknya menerima kehadiran ayah kandung mereka sendiri. Yang pasti sekarang ni masalahnya adalah Kartika. Kata-kata Kartika tidak boleh dipandang ringin .

Satu Dua Tiga 2013


Bab 6


            “Baru balik ke, Umi?” soal Iskandar sebaik saja melihat ibu tirinya menghampiri mereka yang sedang minum petang. Dia pun baru saja balik dari pejabat bersama ayahnya.
            “Ya.” Maria meletakkan beg tangan berjenama Guess di atas meja dan duduk bersebelahan dengan suaminya.
            “Ada apa-apa hal yang berlaku ke?” soal Tengku Ismail bila melihat wajah isterinya yang kelihatan masam mencuka.
            Maria mengeluh. “Apa lagi kalau bukan Kartika tu buat hal. Abang tahu tak, pagi tadi dia mengamuk bila lihat Kak Munirah melawat Abang Kadir. Yang buat Maria geram bila dia tampar Kak Munirah. Eee....dia tu memang nak kena la.”
            “Lepas tu Auntie Munirah balas balik tak?” sampuk Iskandar.
            “Eh...budak ni, orang tua-tua bercakap boleh dia menyampuk pulak tu....”
            “Ala....Umi, cerita depan Is! Mesti Is dengar.” Iskandar ketawa.
            “Lepas tu?” soal Tengku Ismail ingin tahu.
            “Abang kan kenal dengan perangai Kak Munirah macam mana! Dia tu baik sangat bagi muka kat Kartika sampai dia berani menampar Kak Munirah sedangkan dia tu isteri kedua.”
            “Jadi Umi, adegen tampar menampar tak ada la.Tak best la macam tu” Iskandar mencelah lagi.
            “Is” serentak Maria dan Tengku Ismail menyebut nama Iskandar yang mengganggu mereka bercerita.
            “Ok!.” Iskandar terus berdiam diri namun telinganya masih ingin mendengar setiap detik perbualan antara ayah dan ibu tirinya.
            “Dia tuduh Kak Munirah macam-macam. Nakkan harta Abang Kadir la. Nak goda Abang Kadir la! Nak balas dendam la. Apa yang dia merepek pun, Maria tak tahu. Yang buat dia bengang sangat-sangat bila dia dapat tahu, Abang Kadir ada anak dengan Kak Munirah. Apa lagi, dia mula la kata Alina tu bukan anak kandung Abang Kadir. Dia sengaja nak buat Abang Kadir rasa was-was dengan Alina. Macam la Maria tak tahu agenda dia. Dia takut sangat segala kemewahan yang dia ada sekarang akan dirampas oleh Alina. Perempuan mata duitan memang itu perangainya yang sebenarnya. Semua dia nak kawal seorang.” Bebel Maria.


            “Abang rasa Kartika takkan biarkan Munirah dan anaknya begitu saja.”
            “Maria pun fikir begitu.”
            “Umi, bukan ke Auntie Munirah nak bercerai dengan Uncle Kadir?” soal Iskandar secara tiba-tiba. Kisah antara Auntie Munirah, Auntie Kartika dan Uncle Kadir , dia tahu. Itu pun sebab dia terdengar perbualan antara abah dan umi.
            “Ya tapi Uncle Kadir tak nak.”
            “Abang pelik dengan perangai Kadir! Kenapa pulak dia tak nak ceraikan Munirah pulak sedangkan dulu dia benci sangat dengan Munirah sebab itu dia buat keputusan untuk berkahwin dengan Kartika.”
            “Maria pun tak faham dengan perangai Abang Kadir tu. 26 tahun, Kak Munirah besarkan Alina seorang diri di luar negara. Susah payah dia besarkan anak sendiri di luar negara, Maria tak dapat bayangkan. Kenapa la dia nak seksa hidup Kak Munirah lagi? Cukuplah Kak Munirah hidup bergantung tak bertali, ada saja suami tapi tak berguna langsung. Kadang-kadang tu Maria malu nak berhadapan dengan Kak Munirah.” Geram Maria.
            “Is rasa pasti Uncle Kadir tak tahan dengan perangai Auntie Kartika sebab tu dia nak baik semula dengan Auntie Munirah.” Iskandar memberi pendapat.
            “Maksud Is.....” Maria melihat anak tirinya.
            “Is rasa Uncle Kadir nak tebus kembali kesalahannya 26 tahun yang lalu, maksud Is....Uncle Kadir nak jadi seorang suami dan bapa yang baik ataupun sebenarnya Uncle Kadir dalam diam-diam mencintai Auntie Munirah.”
            Tiba-tiba Tengku Ismail ketawa bila mendengar kata-kata anak tunggalnya. Lucu! “Boleh pakai ke teori Is ni? Masalah cinta sendiri pun belum selesai, ada hati nak jadi doktor cinta.”
            “Apa halnya, Abang” Maria tak faham apa yang suaminya cuba sampaikan.
            “Anak teruna awak ni sepanjang hari ada di bilik abang . Takut! Larikan diri dari Sofea.” Tengku Ismail ketawa.
            “Abah ni! Perkara ni perkara serius. Tiap-tiap hari dia datang jumpa Is. Rimas giler. Asyik nak berkepit saja macam gam uhu.”
            “Si Sofea tu kacau Is lagi ke?”
            “Ya, Umi! Is dah hilang akal. Jenis tak faham bahasa. Is dah pun berterus-terang dengan dia. Selama ni Is anggap dia macam adik Is sendiri. Tapi dia masih jugak tak faham.

Abah, Is tak kisah kalau abah tukarkan Is kat mana-mana cawangan kita kat Malaysia asalkan Is tak jumpa dengan Sofea tu.” Rayu Iskandar. Ayahnya nak hantar ke hujung dunia pun dia sanggup asalkan tak berjumpa dengan Sofea tu.
            “Itu la Umi suruh kawin cepat-cepat, Is tak nak.”
            “Ala...Umi! Tak sampai seru lagi. Lagipun Is masih muda lagi.”
            “Muda! Dah 30 tahun, Is masih cakap Is masih muda lagi.”
            “Is tak puas enjoy lagi la.”
            “Suka hati Is la! Umi nak sembahyang Asar ni. Dah lewat dah.” Maria segera bangun dan meninggalkan mereka berdua beranak yang sedang menikmati minum petang.

                                    *****************************************

            “Kau! Apa perempuan ni buat kat sini,hah?” jerit Kartika sebaik saja melihat tetamu yang tidak diundang itu melangkah masuk ke rumahnya. Jari telunjuknya diarahkan tepat pada Alina yang sedang berdiri di sebelahnya. “Abang sengaja nak malukan Ika, kan! Abang sengaja nak sakitkan hati dengan bawa anak haram ni balik ke rumah.”
            “Kartika! Kau jaga sikit mulut kau tu. Alina anak aku yang sah. Darah daging aku. Rumah ni rumah dia jugak. Dia lebih berhak dari kau.” Marah Dato Syed  Mohd Kadir bila Kartika menghina anaknya.
            “Auntie, Lina datang ni sebab nak teman abah balik saja. Lepas ni Lina balik.” Alina bersuara. Dia sedar kehadirannya tidak dialu-alukan di dalam rumah ni.
            “Hey! Kau jangan nak buat baik dengan aku. Kau dan mak kau sama saja.”
            Dr. Nazri yang kebetulan menemani Dato’ Syed Mohd Kadir hanya mendiamkan diri. Suasana kini tegang.
            Alina terkejut bila ditengking oleh Kartika.
            “Ni rumah aku! Alina berhak datang sini. Kau siapa nak halang dia dari datang jumpa aku.”
            “Abang!”
            “Kau diam! Kalau kau halang Alina dari datang ke rumah ni, jangan harap la kau dapat satu sen dari aku. Kau ingat tu.”
            Kartika tergamam mendengar ugutan suaminya. Dia terdiam.
            “Lina, teman abah masuk ke bilik. Nazri, jom ikut sekali.” Kata Dato Syed  Mohd Kadir.
            “Baiklah, abah!” Alina memimpin tangan ayahnya meninggalkan Kartika yang sedang menahan geram melihat telatah mereka berdua ni. Dr. Nazri hanya mengikut saja. Dia malas nak masuk campur dalam urusan keluarga ni walaupun keluargnya sangat rapat dengan keluarga Dato’ Syed Mohd Kadir.
            Kartika menghentakkan kakinya menahan geram. Dia menjerit sekuat hati. Sofea dan Suhaila yang baru pulang dari shopping terkejut dengan jeritan ibu mereka.
            “Kenapa mama?” soal Sofea.
            Kartika menoleh ke arah dua orang anaknya. Dia merenung mereka berdua seolah-olah ingin ditelan hidup-hidup. Secara tiba-tiba Kartika menjerit lagi dan terus meninggalkan anaknya.
            Sofea dan Suhaila terkejut dengan reaksi ibu mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Mereka tak tahu apa yang berlaku sewaktu ketiadaan mereka di rumah.

                                                ****************************

            Suhaila menghempas pintu biliknya dengan kuat. Sakit hatinya bila melihat Dr. Nazri berbual dengan anak perempuan ayah tirinya di luar bilik Dato’ Syed Mohd Kadir. Mereka kelihatan begitu mesra sekali. Tak pernah Dr. Nazri melayannya seperti itu. Segera Suhaila mendekati ibunya.
            “Mama, tengok la anak haram tu! Mesra sangat dengan Abang Nazri. Sakit hati Su!”
            Kartika mengalih pandangannya ke arah lain. Dia malas nak layan kerenah anak bongsunya.
            “Mama, dengar tak apa Su cakap ni!” Suhaila geram bila ibunya buat tak tahu saja.
            “Su, nak mama buat apa? Itu masalah Su! Pandai-pandai la Su selesaikan sendiri. Mama tengak pening kepala ni! Masalah mama tak selesai lagi, Su jangan nak kusutkan fikiran mama.” Kartika naik angin.
            “Mama!”
            “Shut up, Su.” Marah Sofea. Suhaila terkejut bila kakaknya memarahi dirinya. “Mama! Perkara ni tak boleh ditangguh lagi. Jika kita lambat bertindak, pasti papa akan berbaik semula dengan isteri pertamanya. Bila ini terjadi, habislah kita, mama!”
            “Mama tahu la!”
            “Mama nak buat apa?” soal Sofea.
            “Mama perlu bersemuka dengan perempuan tu.”
            “Mama, senang saja. Mama bagi duit kat perempuan tu suruh dia jangan ganggu kita lagi. Suruh ja dia dan anak dia berambus dari sini. Balik ke London, jangan datang sini lagi.” Kata Suhaila.
            “Betul tu, mama! Wang dapat atasi semua masalah. Siapa yang tak nak wang? Wang adalah segala-galanya.” Sofea setuju dengan cadangan adiknya
            Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibir Kartika. “Tak sangka anak mama ni bijak jugak.”
            “ Anak siapa!” Suhaila tersenyum bila ibunya memuji dirinya.Bila perempuan tu berambus, Dr.Nazri akan menjadi milik aku.

                                                **************************************

            “Assalammualaikum ....”
            “Waalaikumussalam! How are you today?” Munirah tersenyum apabila menjawab panggilan dari Khatijah. Dia melipat sejadah. Dia baru sahaja selesai sembahyang subuh.
            “Fine! Aleya dan Alisa juga sihat.Tiap-tiap hari aku jenguk mereka berdua di rumah. Don’t worry about them! Lagipun  mereka berdua selalu juga tolong aku di restoran ”
            “Terima kasih, Khaty. Kau memang kawan aku.” Munirah tersenyum lebar. Jasa baik Khatijah terhadap keluarga aku , tak mungkin aku lupakan. Selepas aku dihalau keluar, aku sebatang kara. Tiada tempat bergantung mujurlah aku terjumpa dengan Khatijah. Dia banyak membantu aku.
            “Kau ni .....Ahh....Macam mana? Kau mesti dah jumpa suami kau kan! Dia dah setuju ke?” soal Khatijah ingin tahu. Dah dua hari, Munirah tak call aku! Aku nak tahu juga pekembangannya.
            Munirah mengeluh kuat.
            “Aku tak sempat bincangkan perkara ni lagi.”
            “Kenapa pula?”
            ‘Aku memang ada jumpa dia tetapi ada sesuatu telah berlaku. Aku terjumpa dengan Datin Kartika.”
            “So apa masalahnya?”
            “Dia tak suka dengan kedatangan aku.”
            “Ewah! Ewah! Dia tu tak sedar diri ke? Dia tu bini kedua. So apa hak dia tak puas hati dengan kau?” Suara Khatijah meninggi. Walaupun dia tak pernah jumpa Kartika, dia tahu Kartika bukanlah seorang wanita yang baik.
            “Aku tak salahkan Kartika dalam hal ini, Khaty! Mungkin Kartika rasa dirinya tergugat dengan kehadiran aku di situ lebih-lebih lagi apabila tahu yang Alina adalah anak aku dan suaminya.”
            “Kau ni suka sangat pentingkan orang lain. Sepatutnya kau fikirkan tentang diri kau sendiri. Kadang kala tu ...kita mesti pentingkan diri kita sendiri. Jika tak, kita akan dibuli ....macam kau.” Khatijah mula berleter. “So ....apa yang terjadi?”
            Sekali lagi Munirah mengeluh. “Kartika tampar aku. Dia ingat aku nak rampas suaminya.” Beritahu Munirah.
            “Apa!”  Khatijah mengetap bibir. Perempuan ni memang dah melampau.
            “I don’t blame her, Khaty!”
            “Munirah! Kau ni .......! Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau. Kau ni suka sangat beri muka pada orang la.” Suara Khatijah meninggi sekali lagi.
            “Khaty, kau tahu kan tujuan sebenar aku balik ke Malaysia kan! Aku tak mahu cari masalah lain. Aku mahu selesaikan urusan hal ini dan kemudian pulang ke London dengan segera.”
            “Baiklah! Aku faham. Aku tak mahu kusutkan lagi fikiran kau. Berehatlah ....Kalau ada apa-apa , jangan teragak-agak call aku! Ingat tu. Bye” Khatijah beralah. Dia tak mahu kusutkan fikiran Munirah.
            “Bye” Munirah tersenyum sebelum menamatkan perbualan mereka. Munirah duduk di birai katil. Dia termenung seketika. Kenapa aku harus lalui semua ini sekali lagi? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku bersemuka dengan dia lagi? Kenapa perangai dia masih tidak berubah? Kenapa ? Tak cukup lagi ke dia menyeksa aku selama ini? Apa lagi dia mahu dari aku ? Kenapa? Munirah menangis. Hatinya sakit. Luka yang sudah lama sembuh, mula berdarah sekali lagi. Munirah menangis sekuat hati.    

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...