Thursday, June 6, 2013

Satu Dua Tiga 2013

Bab 17


            “Assalamualaikum, Angah!” Alina tersenyum sebaik saja menjawab panggilan Alisa. Dia melihat ke arah Aleya yang sedang memandu kereta BMW.
            “Walaikumussalam.” Jawab Alisa sambil berjalan keluar dari kedai Buku MPH. Beberapa buah novel telah dibelinya untuk mengisi masa lapangnya.
            “Ibu dan Angah, sihat ke?’ tanya Alina dengan lembut.
            “Kami sihat saja. Cuma tangan ibu belum sembuh lagi. Hmmm…Bila Acu nak balik ke sini?”
            “Pesakit Acu masih lagi dalam ICU. Acu perlu pantau perkembangannya. Rasanya minggu ni Acu tak dapat balik ke Malaysia.”
            “Apa!” jerit Alisa dengan kuat. Orang ramai yang berada di situ terkejut dengan jeritan Alisa. Alisa menunduk kepalanya bila sedar dirinya menjadi perhatian orang ramai yang berada hampir dengannya.
            Alina menjarakkan telefon bimbitnya sebaik saja mendengar jeritan kakaknya.
            “What!” nada suara Alisa separuh bisik.
            “Tapi Angah jangan bimbang, minggu ini Along akan pergi ke sana! Sebaik saja urusan Along di sini selesai. Along akan pulang ke Malaysia tapi sebaik saja tiba di sana Along terpaksa pergi ke Langkawi untuk berjumpa dengan client dia kat sana.”jelas Alina.
            “I know that tapi siapa yang akan date Dr. Zahari minggu ni…” nada suara Alisa masih lagi separuh bisik. Matanya melirik ke kiri dan kanan. Bimbang jika suaranya kuat       “Apa! Angah, cakap apa? Tak dengar la.”
            Alisa melepaskan keluhannya. Mampus aku kali ini. Takkan la aku yang kena date dengan doctor skema tu. Eee….bukan taste aku la. “Hmmm…nothing.”
            “Abah, macam mana? Sihat?” tanya Alina. Aleya yang sedang memandu tiba-tiba menoleh ke arah adiknya. Perkataan itu begitu sensitive  pada diri mereka.
            “Why should I know about him?” balas Alisa dengan kasar.
            “Angah!”  Alina terkejut dengan kata-kata kakaknya
            Langkah Alisa terhenti bila melihat ada seseorang sedang menghalang perjalanannya. Dahi Alisa berkerut. KL ni memang kecil betul la. Mereka ni ada ilmu ke? Ke mana saja mesti jumpa? “I have to go, sis! Terserempak dengan ular pulak!” Alisa terus menamatkan perbualan mereka. Matanya merenung wanita yang bergaun pandek separah lutut tanpa lengan berwarna putih.
            “Ular!” Berkerut dahi Alina. Panggilannya telah dimatikan. Matanya melirik ke arah Aleya yang sedang memandu. “Ular!” ulang Alina lagi dengan penuh tanda tanya. Aleya hanya tersenyum. Dia tahu maksud perkataan tersebut.
            “Kakak!” Alisa tersenyum. Aku Alina , jadi aku mesti berlagak macam Alina.
            “Aku bukan kakak kau!” jawab Suziela dengan kasar. Tak sangka pula pulak, aku boleh terserempak dengan perempuan ni. Kedua-dua belah tangannya penuh dengan beberapa beg yang mengandungi baju yang dibelinya. Pasti semuanya berjenama.
            “Maaf!” balas Alisa dengan lembut. Dia membuat muka kasihan.
            “Kau jangan nak hipokrit dengan aku, Alina! Depan orang lain, kau boleh la berdrama tetap dengan aku, tak payahlah!”
            “Lina tak sangka Kak Su sanggup tuduh Lina yang bukan-bukan!” Alisa menundukkan kepalanya. Alisa ketawa kecil di dalam hati. Menjadi jugak aku tiru perangai Alina.
            “Hey, aku nak beri amaran kat kau! Dr Nazri milik aku! Aku yang sukakan dia dulu sebelum kau. Hanya aku yang layak memiliki Dr. Nazri. Perempuan macam kau tak layak berdampingan dengan Dr. Nazri. Kalau aku nampak lagi kau bersama Dr. Nazri! Nahas kau, aku kerjakan. Penampar hari tu, kau masih tak serik-serik lagi ke!”
            Penampar! Pantas Alisa mengangkat kepalanya, matanya tepat merenung Suziela. Apa maksud dia?
            “Ooo….pasti kau masih ingat lagi kan!” Suziela tersenyum.
            “Penampar!” nada suara Alisa berubah tegas. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Alina tak pernah cerita apa-apa pun pasal hal ini. Oooo…jadi kau pernah tampar adik aku ye, siap la kau nanti! Mentang-mentang la adik aku tu tak pandai melawan,
suka-suka kau  buli adik aku. Siap la kau kali ni, sekarang ni buku bertemu ruas. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa. Dah dapat idea! Tiba-tiba saja mata Alisa berair, Suziela terkejut melihat Alina yang tiba-tiba menangis.
            “Sanggup kakak layan Lina begini! Walaupun kita adik-beradik tiri tapi Lina anggap kakak seperti kakak kandung sendiri. Apa salah Lina? Apa dosa Lina pada kakak?” tangisan Alisa semakin kuat. Tangisan Alisa menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.
            Suziela gelabah melihat orang ramai yang sedang merenung kea rah mereka. Dia malu. “Hey, Lina! Aku tak pernah anggap kau sebagai adik aku pun. Jadi kau tak payah la nak berlakon baik dengan aku!” marah Suziela. Bengang!
            “Kakak, salah ke kalau Lina baik dengan kakak! Walaupun ibu kakak isteri kedua tapi ibu sebagai isteri pertama, kami tetap terima kakak dan ibu kakak sebahagian dari keluarga kami!” ucap Alisa. Dia sengaja ingin memalukan perempuan ini. Baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah.
            “Hey! Lina, kau sengaja nak malukan aku kan!” jerit Suziela. Dia sudah tak tahan bila sedar akan pandangan orang di situ terhadapnya. Pasti mereka kutuk aku!
            Alisa mengesat air matanya. Wajahnya merah akibat menangis. “Lina tak ambil hati pun kalau kakak tuduh Lina yang bukan-bukan. Lina reda! Tetapi percayalah kakak, tujuan Lina dan ibu balik hanya untuk melawat ayah. Tak pernah terlintas di hati kami pun untuk berebut harta ayah dengan kakak dan ibu kakak. Kalau kakak dan ibu kakak nak harta ayah, ambillah! Kami tak kisah. Dalam beberapa hari lagi, kami akan pergi dari sini. Kakak tak payah risau lagi.” Alisa terus mengatur langkahnya meninggalkan Suziela yang masih tercengang dengan kata-katanya.
            Suziela menoleh ke kiri dan kanan. Sakit telinganya bila mendengar kata-kata orang ramai yang berada di situ. “ Anak bini kedua tapi berlagak!” “Tamak! Nak belot semua harta!” Suziela menggenggam erat tangannya.
            “Hey! Tak ada kerja lain ke? Busybody!” jerit Suziela. Mereka semua terkejut bila Suziela menjerit kea rah mereka, pantas mereka berlalu dari situ. Ada yang tersenyum sinis padanya sebelum berlalu pergi. Suziela mengalihkan pandangannya pada
Alina yang  sudah jauh berjalan meninggalkannya. “Alina!” jerit Suziela. Kakinya dihentak beberapa kali melepaskan geram yang bersarang di hatinya.
            Senyuman terukir di bibir Alisa bila mendengar jeritan Suziela. “Rasakan!” Alia membetulkan beg tangan LV miliknya. Aku ni ratu drama, siapa kau nak lawan dengan aku?
                                    ****************************************

            Alisa meletakkan lauk yang dimasaknya untuk makan malam di atas meja makan .Gulai ikan kering, sayur bayam ikan bilis dan sambil belacan dihidang. Alisa menelan air liurnya. Semua ni favourite aku. Selera aku takkan lengkap tanpa sambal belacan. Wah…kalau ada sedikit ulam-ulam ni, mesti marvelous la. Alisa tersengih seorang diri. Kalau aku pergi market esok, semua ulam-ulaman aku nak beli. Jantung pisang…Hmm…pasti sedap jika dimakan.
            “Angah! Angah!” Munirah menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat Alisa. Nampak makanan sahaja pasti bulat matanya. Tunggu masa nak terkam sahaja.
            “Ibu! Duduklah.” Pelawa Alisa. Pinggan yang berisi nasi putih sudah siap dihidang.
            Munirah tersenyum. Walaupun Alisa adalah wanita yang berkerjaya namun memasak adalah hobinya. Dia sangat suka memasak.Jika di rumah, aku dah tak payah nak memasak lagi. Semuanya anak-anak aku buat. Aku bertuah kerana mempunyai mereka. Terima Kasih tak terhingga kepadaNya.
            “Oh ya, ibu! I’m forget to tell you something. Along! Minggu depan Along akan datang ke Malaysia>”
            “Apa!” Munirah tercengang. Biar betul atau aku tersalah dengar ni!”
            “Ya. Kenapa? Ibu takut kami berdua buat ribut di sini ke?” kata Alisa sambil tersenyum lebar.
            “Taklah….kita akan balik ke London pada hujung bulan ni. Kenapa pula Along nak datang?” Munirah mula risau. Entah apa yang sedang dirancang oleh mereka berdua ni?
            “Ibu! Along datang ke Malaysia disebabkan urusan business. Along nak jumpa client di Langkawi. Selepas tu, baru Along datang jumpa kita di sini.”
            “Betul ke! Along dan Angah …..kalau bersama, ibu tak boleh nak percaya sikit pun. Ada-ada saja perkara yang akan terjadi nanti.”
            “Ibu! Sampai hati kata kami macam tu. Kami ni jahat sangat ke?” Alisa membuat mimic muka sebagai tanda merajuk.
            “Bukan jahat tapi licik. Ibu yang besarkan Along dan Angah so apa saja yang sedang bermain di fikiran anak-anak ibu, ibu tahu. Ibu beri warning pada Along dan Angah, jangan buat sesuatu yang akan memburukkan keadaan, Ibu tak suka.” Tegas Munirah. Renungannya tepat ke anak mata Alisa.
            “Ibu suka fikir yang bukan-bukan. Mana ada! Kami tak ada rancangan apa-apa pun. Lagipun apa yang bermain di fikiran kami sekarang ni  ….membawa ibu balik ke London. Itu sahaja.”
            Munirah terdiam apabila mendengar kata-kata Alisa.
            Alisa tersenyum. Fuh, nasib baik ibu tak bertanya lagi. Ibu ni tahu saja. Apa yang kami buat ini untuk ibu juga. Alisa menarik kerusi dan duduk.
                                    *************************************
            “Apa ni, Maria! Apa yang Maria bebelkan sejak dari tadi sampai ke sini abang boleh dengar?” soal Tengku Ismail sebaik saja isterinya duduk di sebelahnya.
            “Maria tengah geram ni, abang! Tersangat-sangat geram! Kak Munirah dan Alina hilang tanpa dikesan. Pasti semua ni gara-gara Kartika. Pasti dia ada buat sesuatu pada mereka berdua.” Maria meluahkan perasaan marah dan geramnya pada isteri sepupunya itu. Tangannya pantas mencapai roti bakar dan menyapu jem strawberry di atasnya.
            “Hish…tak baik Maria tuduh orang tanpa bukti. Berdosa!”
            “Tak payah tunggu ada bukti, abang! Siapa lagi yang suka kalau Kak Munirah dan Alina hilang begitu saja kalau bukan si Kartika tu. Memang hati busuk! Tak pernah elok. Entah-entah Kak Munirah accident hari tu disebabkan Kartika.”
            Tengku Ismail hanya menggelengkan kepala. Sejak dulu lagi Maria begitu membenci Kartika kerana baginya Kartika adalah punca penderitaan Kak Munirah selama ini.
            “Aduh, Umi! Pagi-pagi lagi dah dengar suara Umi. Apa halnya ni, Umi!” tegur Iskandar sebaik saja kakinya melangkah ke ruang makan. Dia terus duduk berhadapan dengan Tengku Ismail sambil tersengih.
            “Biasa la, Is! Orang perempuan, suka sangat jaga tepi kain rumahtangga orang!” perli Tengku Ismail.
            Iskandar ketawa besar apabila mendengar kata-kata ayahnya.
            “Amboi….sedap betul abang mengata Maria! Abang, Abang Kadir tu satu-satunya sepupu Maria yang tinggal. Maria nak Abang Kadir hidup bahagia dan aman damai. Bukannya seperti sekarang, huru-hara dibuatnya. Ini semua gara-gara Kartika!”
            “Ooo…sekarang ni Umi dah jadi anggota PRB ye!”
            “PRB?” Berkerut dahi Maria.
            “Pengaman rumahtangga Bersatu!” usik ISkandar
            Kini giliran Tengku Ismail ketawa besar. Air muka Maria berubah sebaik saja mendengar usikan Iskandar. Dia mencemikkan mukanya. “Eloklah! Ayah dan anak sama saja.” Maria memberi roti bakar yang disapunya dengan jem strawberry kepada anak tirinya. Tanpa segan silu, Iskandar terus mengambilnya dari tangan ibu tirinya. “Pagi ni flight Is ke Langkawi pukul berapa?”
            “Pukul 10, Umi!” balas Iskandar. Roti bakar tersebut terus disuapkan ke dalam mulutnya.
            “Betul ke arkitek tu setuju?” soal Tengku Ismail tidak percaya.
            “See the legs la, abah! Ini Tengku Iskandar, nak pujuk perempuan no. 1”puji Iskandar. Dia tersengih.
            “Ya ke? Si Sofea macam mana?” Tiba-tiba nama Sofea disebut oleh Tengku Ismail.
            Raut wajah Iskandar terus berubah apabila nama Sofea disebut. “Waktu-waktu begini pulak, abah sebut nama Sofea tu. Nanti tak pasal-pasal dia datang sini, mampus Is!”
            “Maria tak berkenaan la dengan Sofea tu.  Perangai dia macam Kartika. Eee….Tak sesuai jadi menantu Maria.” Maria membuat mimic muka. Jangan harap la anak Kartika jadi menantu aku! Simpang malaikat 44!
            “Itu Is setuju!” Iskandar tersengih ke arah Maria. Dia gembira kerana Maria menyebelahi dirinya.
            “Is! Is!” jerit Pak Man.
            Mereka bertiga menoleh bila nama Iskandar dipanggil. Pak Man mendekati majikannya yang sedang bersarapan. Nafasnya turun naik kerana berlari.
            “Pak Man! Tarik nafas dulu! Pak Man ni baru lepas join larian marathon ke?” usik Iskandar pada tukang kebun rumahnya. Sejak kecil lagi, dia memang rapat dengan Pak Man. Pak Man seumpama ayah keduanya.
            “Cik Sofea datang! Baik Is lari!” beritahu Pak Man yang masih tercungap-cungap.
            “Apa!” Wajah Iskandar berubah pucat lantas dia bangun. Iskandar bersalam dengan ibu dan ayahnya dengan tergesa-gesa Iskandar mencapai begnya dan mengekori Pak Man.
            Maria terus mencubit lengan suaminya.
            “Aduh, sakit! Kenapa Maria cubit lengan abang ni?” Tengku Ismail menggosak tempat yang dicubit oleh isterinya. Sakit!
            “Ini semua salah abang! Disebabkan oleh mulut abang yang capoi tu, Is tak sempat nak bersarapan.” marah Maria. Dia merenung suaminya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
            “Abang!” Belum sempat Tengku Ismail membela dirinya, satu suara manja menegur mereka berdua.
            “Hello! Good morning, auntie! Uncle!” Sofea tersenyum melihat bakal keluarga mertuanya. Dia sudah agak waktu begini mesti mereka semua sedang bersarapan begitu juga dengan Abang Is. Selalunya waktu begini, dia belum bangun lagi tetapi disebabkan oleh Abang Is, dia sanggup bangun awal semata-mata ingin berjumpa buah hatinya.
            “Waalaikumussalam!” perli Maria. Dah la masuk rumah orang tanpa dijemput, beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan budak ni? Dahi Maria berkerut melihat cara pemakaian Sofea. Seluar pandek hitam atas dari lutut, t-shirt tanpa lengan dan rambut diwarnakan dengan warna merah, macam ni nak jadi menantu aku! Sorry, jangan harap la.
            Sofea hanya tersenyum. Dia sudah lali dengan sindiran Auntie Maria. Aku peduli apa! Abang Is bukannya anak kandung dia. Dia tak layak campur tangan dalam urusan Abang Is. “Uncle, Abang Is ada tak?” tanya Sofea tanpa segan-silu. Matanya meliar ke kiri dan kanan mencari kelibat Iskandar.
            “Dia tak ada.” Ringkas jawapan Maria. Dia menjawab bagi pihak suaminya. Dia malas nak melayan anak sulung Kartika.
            “Tak ada!” Sofea terkejut. Dia melihat jam dinding di ruang makan itu menunjukkan pukul 7.30 pagi. “Abang Is pergi mana, Uncle?” Sofea masih tidak berpuas hati.
            “Kerja la, ke mana lagi! Kamu ingat Is macam kamu ke? Tahu menghabiskan duit saja!” sindir  Maria.
            Sofea mengetap bibirnya menahan geram. Aku tanya Uncle, tapi Auntie Maria ni pulak yang sibuk sangat menjawab! Menyampah betul. Matanya tepat melihat ke arah cawan yang terhidang di atas meja. Ada 3 cawan. Dahi Sofea berkerut. Dia melihat roti yang telah dimakan separuh di atas pinggan. Sofea terkejut bila mendengar enjin kereta di luar. “Abang Is!” kata Sofea secara tiba-tiba. Dia terus berlari keluar tanpa mempedulikan Maria dan Tengku Ismail yang berada di situ.
            “Tengok tu! Dia ingat kita ni patung ke? Tak ada adab sopan langsung. Hish…pakaian mengalahkan orang putih! Semuanya terdedah.” Maria mengeluh.
            “Orang muda biasa la. Dah tua nanti dia tutup la semua.” Kata Tengku Ismail. Meletakkan cermin mata yang dipakainya di tepi.
            “Ya ke? Si Kartika tu, dah tua pun tak tutup aurat. Pakai ketat sana sini. Ingat badan dia tu cantik sangat ke? Lemak sana sini.” Maria mula berleter.
            “Hish, mulut tu tak ada insurans langsung. Sudahlah, Maria! Jom kita makan!” kata Tengku Ismail. Jika dilayan perangai Maria ni, sampai esok harilah dia tak berhenti cakap. Tengku Ismail mula menjamah mihun goreng yang dimasak oleh isterinya.
            Maria mencemikkan mukanya apabila ditegur oleh suaminya. Di dalam hatinya, dia bimbang jika sesuatu terjadi kepada Kak Munirah.
           
                                    ************************************

            Aleya memeluk erat adik bongsunya. Hatinya berasa berat untuk meninggalkan Alina keseorangan di bumi asing ini. Walaupun sudah 25 tahun, mereka tinggal di sini …negera ini tetap negera asing baginya.Aleya meleraikan pelukannya apabila mendengar pengumuman tentang penerbangannya ke Malaysia.
            “Ingat! Kalau ada apa-apa, cari Auntie Khaty! Along dah pesan pada Auntie Khaty untuk tengokkan Acu di sini.” Aleya tersenyum. Dia merenung adiknya. Melihat Alina seolah-olah seperti melihat dirinya di cermin.
            “Along, Acu bukannya budak kecil lagi. Tahu la Acu jaga diri Acu sendiri.”
            “Macam mana Along tak susah hati, Acu tu terlampau baik hati sangat.”
            Alina ketawa bila mendengar kata-kata kakaknya.  “Along, nanti kirim salam kat Ibu dan Angah ye! Dan satu lagi, jangan buat ribut kat sana pulak. Along dengan Angah bukannya boleh diharap sangat.” Alina menjeling ke Aleya yang tersengih.
            “Ya lah! Along takkan buat ribut kat sana tapi Along tak boleh janji ye! Kalau anak beranak tu berani cari pasal dengan Along, Angah dan Ibu, siap la! Along takkan lepaskan mereka begitu saja.”
            “Tengok tu, belum apa-apa lagi dah rancang dah. Mesti pening kepala ibu dibuatnya.” Alina mencemikkan muka. Macam la dia tak tahu perangai kakaknya. 2 x 5 saja.
            “Ala….Acu jangan risau, nanti bila kakak jumpa ular-ular tu, Along ikat tangan ni.” Aleya menunjukkan pergelengan tangannya.
            “Elok sangat la! Angah zip mulut, Along pulak ikat tangan! Memang sesuai sangat la.”
            “Ok, I have to go! Take care of yourself.”
            “I will, sis!” Alina tersenyum simpul.
            Aleya terus memakai cermin mata hitam Christian Dior miliknya. Dia sedar banyak mata sedang memandang ke arahnya. Kehadiran mereka di Lapangan Terbang Heathrow, London menjadi tumpuan orang yang berada di situ. Setiap orang yang lalu-lalang di situ pasti akan menoleh dua kali setiap kali melihat dia bersama adiknya. Pelik sangat ke bila kembar seiras? Langkahnya dia atur kemas menuju ke balai berlepas.
            Alina tersenyum. Tiba-tiba saja dia berasa sunyi. Dia melihat Aleya sehingga kakaknya itu hilang dari pandangannya.


                                    **************************************

Wednesday, May 29, 2013

Pengumuman! Novel Rahsia Hati telah dibukukan .....

Salam ....

Kepada semua pembaca Novel Rahsia Hati,



Saya ingin menyampaikan berita baik kepada semua .....novel kedua saya iaitu Novel Rahsia Hati telah berjaya dibukukan. Novel Rahsia Hati akan berada di pasaran pada bulan Jun keluaran Karya Seni. Saya ada menambah beberapa bab yang baru di dalam novel ini. Saya berharap anda semua terhibur. Terima Kasih kepada semua yang menyokong dan membaca karya saya selama ini. Love u all! ......

Salam Sayang ,
Azimah Lily

Thursday, May 23, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 16


            Kartika terkejut bila ada tangan yang menghalangnya dari membuka pintu kereta BMW X6 hitam miliknya. Kartika merenung wanita muda yang berkemeja biru muda dan berseluar jeans itu.
            “Kita perlu berbincang, Datin Kartika.” Alisa merenung wanita yang berbaju gaun ketat separas lutut itu. Dah tua-tua pun tak sedar diri lagi, perasaan diri muda la tu.
            Kartika tersenyum sinis. “Kau nak apa?”
            Alisa ketawa kecil bila mendengar pertanyaan wanita itu. “Tujuan Lina jumpa Datin Kartika hari ini sebab nak beri amaran pada Datin supaya jangan ganggu ibu lagi.”
            “Kau siapa nak beri arahan pada aku, hah!”
            “Datin! Datin ingat Lina tak tahu apa rancangan Datin pada ibu dan Lina?” Alisa tersenyum.
            Kartika tergamam. Apa maksud budak ni? Dia tahu ke plan aku? Mustahil.
            “Untuk pengetahuan Datin, segala gerak-geri Datin …. Lina tahu. Datin pergi mana? Datin jumpa siapa? Pukul berapa? Semua Lina tahu.”
            Bulat mata Kartika sebaik saja mendengar pengakuan Alisa. “Kau!”
Jerit Kartika menahan marah.
            “Apa! Datin ingat Datin seorang saja yang boleh upah orang ekori ibu? Ini Alina. Sesiapa yang telah cederakan keluarga Lina lebih-lebih ibu Lina, Lina takkan biarkan begitu saja.”
            “Hey, kau siapa nak lawan aku, hah! Kau tu masih mentah. Oooo…depan mak ayah kau, kau pandai berpura-pura baik tetapi sebenarnya kau ni jahat.” Kartika bengang. Berani dia nak ugut aku.
            “Suka hati la, Datin nak cakap! Kalau nak banding Datin dengan Lina, Datin lebih jahat lagi.” Perli Alisa.
            “Kau!” Kartika terus mengangkat tangannya dan ingin menampar Alina. Tangannya terhenti bila melihat Alina juga telah mengangkat tangan dan ingin menamparnya juga.
            ‘Apa lagi! Tampar la. Ingat Lina tak berani nak tampar Datin ke?” Bulat mata Alina merenung Kartika.
            Kartika mengetap bibir menahan geram. Ingatkan perangai budak perempuan sebiji seperti ibunya tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya anak Munirah ni bukan sebarangan. Kartika terus menurunkan tangannya.
            “Ibu tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir. Datin Kartika kena bersabar. Lina akan pastikan ibu menceraikan Dato’ Kadir. Lelaki itu tidak layak menjadi suami ibu. Oleh itu, Datin sepatutnya tahu apa yang perlu Datin lakukan. Mulakanlah peranan sebagai isteri yang baik. Jangan pulak habiskan masa dengan anak-anak ikan peliharaan Datin. Mereka tu sekadar hiburan saja, betul tak!” Alina tersenyum sinis.
            “Kau jangan cuba nak ajar aku!” marah Kartika. Jarinya ditunjukkan tepat ke Alina.
            “Lina tak ada niat nak ajar Datin lagipun siapalah Lina untuk mengajar Datin tentang kesetiaan pada suami. Datin lebih berpengalaman dari Lina. So, don’t mess up with me because I’m not Alina. Oh ya, sebelum terlupa! Jangan ganggu hidup kami lagi, jika tidak gambar-gambar yang tak sepatutnya orang lain tahu akan sampai ke tangan pihak media. Datin pasti kena jaga resputasi Datin, kan” Alisa tersenyum. Dia terus memakai cermin mata hitam D&G. Senyuman masih terukir di bibirnya. Alisa berjalan meninggalkan Kartika dan terus masuk ke dalam kereta Mazda 3 putih miliknya.
            Kartika mengenggam erat beg tangan Bonia miliknya. Kau ingat kau layak nak berlawan dengan orang yang makan garam dulu dari kau, hah! Tunggu la nasib kau selepas ini. Kartika merenung kereta milik Alina yang meluncur laju meninggalkannya.

                                                ****************************
           
            “Awak, tolong la faham! Antara kita sudah tak ada harapan lagi! Hubungan kita sudah putus sejak awak halau Munirah keluar dari rumah awak 26 tahun yang lalu. Tolong la, Munirah tak mahu disebabkan Munirah, rumahtangga yang dibina oleh awak dan
Kartika musnah. Munirah tak nak menjadi orang ketiga. Tolonglah faham keadaan Munirah. Munirah nak selesaikan semua ini dengan cara baik.” Jelas Munirah. Dia sudah tak tahu perkataan apa lagi yang perlu digunakan agar Dato’ Syed Mohd Kadir faham akan situasinya sekarang ini.
            “Perkahwinan abang dan Kartika dah lama bergoyang. Hanya tunggu masa untuk runtuh saja. Selama ini abang tak pernah berasa bahagia walau seminit pun sepanjang kami bergelar suami isteri. Mungkin ini balasannya selepas apa yang abang pernah lakukan pada Munirah dahulu.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir  perlahan. Sayu hatinya bila mengenangkan sikapnya pada Munirah dahulu.
            “Semua itu dah berlalu. Munirah terima dan reda. Mungkin itu suratan takdir Munirah yang perlu Munirah hadapi. Awak tak perlu memikirkan semua ini lagi. Munirah takkan minta satu sen pun duit dari awak. Munirah nak kita berpisah secara baik.” Jelas Munirah dengan lembut. Selepas keluar dari hospital, telefon bimbit Samsung  miliknya tidak henti berbunyi. Munirah tahu siapa pemanggilnya. Alisa tidak membenarkan dia menjawab panggilan itu tetapi hari ini dia menjawab panggilan tersebut kerana menyangka panggilan tersebut dari Maria. Nama Maria tertera di skrin telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Munirah terus menjawab panggilan tersebut namun sangkaanya meleset sama sekali sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah Kadir.
            “Tidak! Abang takkan berpisah dengan Munirah sampai mati pun Munirah tetap isteri abang.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir. Perkataan cerai begitu sensitive baginya. “Munirah, cuba Munirah fikir tentang Alina! Anak kita.”
            “Mereka sudah besar. Mereka tidak membantah bila Munirah membuat keputusan ini.”
            “Mereka?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut. Mereka? Siapa lagi yang Munirah maksudkan?
            Munirah tergamam. Aku sudah terlepas cakap. “Aaa…Alina! Mereka tu Munirah maksudkan Alina.” Munirah cuba menutup kesalahannya.
            “Ooo…Abang ingatkan abang ada anak lain selain Alina!” Dato’ Syed Mohd Kadir  mengeluh.
            Munirah menelan air liurnya. Pahit! Kalaulah dia tahu selain Alina ada lagi Aleya dan Alisa pasti  dia berkeras enggan ceraikan aku.
            “Munirah!” panggil Dato’ Syed Mohd Kadir. Senyap.
            Munirah tersentak bila namanya dipanggil. “Ya”
            “Munirah walau apa yang terjadi, abang tetap takkan cerai Munirah. Talak terletak di tangan suami. Selagi abang masih bernyawa abang takkan ceraikan Munirah. Abang takkan lakukan perkara yang sama lagi. Di mana Munirah dan Alina bersembunyi sekarang ini, abang tetap akan cari sehingga dapat.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir  sebelum mematikan perbualan mereka.
            Munirah tercengang. Kata-kata terakhir Dato’ Syed Mohd Kadir  membuat hati Munirah resah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Munirah terkejut.
            “Kenapa ni ibu macam nampak hantu saja?” kata Alisa menutup pintu rumah. Dia memandang kea rah ibunya yang terkejut melihat dirinya.
            “Angah! Lain kali kalau masuk rumah, berilah la salam! Ini main masuk saja. Mana ibu tak terkejut.”
            “Mulut Angah ni dah kebas beri salam tapi tiada siapa jawab pun. Ibu cakap dengan siapa tadi.” Alisa melihat telefon bimbit yang dipegang oleh ibunya.
            “Khaty!” bohong Munirah. Kalaulah Alisa tahu siapa sebenarnya yang menelefon sebentar tadi pasti Alisa akan mengamuk.
            “Oooo…Auntie Khaty rupanya. Mesti dia rindu kat ibu.”
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya. “Angah pergi mana tadi?” soal Munirah.
            “Jumpa kawan sekejap.” Pantas Alisa menjawab. Dia tak mahu ibu tahu yang dia sebenarnya berjumpa dengan Datin Kartika. “Ibu, Angah nak pergi sembahyang Asar dulu. Selepas tu Angah masak dan kita makan sama-sama ye!” Alisa tersenyum. Langkahnya diatur kemas berjalan menuju ke biliknya.
            Munirah merenung Alisa dengan pandangan yang pelik. Dia dapat rasakan Alisa cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Perlahan-lahan Munirah duduk di sofa. Dahinya berkerut. Munirah mengeluh kuat. Sekarang ni fikirannya berserabut memikirkan Dato’ Kadir dan juga anaknya.

                                                ****************************

            Dato’ Syed Mohd Kadir  meletakkan telefon bimbit Nokia 8500 milik di dalam poket bajunya. Langkahnya diatur kemas menuju ke balkoni di biliknya. Dato’ Syed Mohd Kadir melihat awan hitam sedang berarak menuju ke destinasinya. Pasti petang ni akan hujan. Namun fikirannya masih memikirkan tentang Munirah. Wanita yang menjadi pilihan keluarganya.
            “Apa! Kahwin dengan anak Pak Rahman!” Dato’ Syed Mohd Kadir  terkejut bila ayahnya, Tan Sri Harun menyampaikan hasratnya untuk menjodohkan dia dengan anak tukang kebun rumah mereka. Matanya tepat merenung ayahnya. “Abah sedar tak, apa abah cakapkan tadi. Pak Rahman tu tukang kebun rumah kita! Tukang kebun. Mereka tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita.”
            “Kadir! Jaga sikit bahasa kamu tu! Pak Rahman dan keluarganya bukan orang lain. Mereka sebahagian dari keluarga kita. Sudah lama Pak Rahman berkhidmat dengan keluarga kita sejak kamu kecil lagi, Pak Rahman sudah bekerja dengan kita.Keluarga kita terhutang budi pada Pak Rahman. Kamu jangan lupa tentang siapa yang selamatkan kamu sewaktu kamu hampir lemas semasa kamu kecil.”marah Tan Sri Harun. Kata-kata anak tunggalnya itu benar-benar mengguris hatinya. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Ketika itu mereka sekeluarga sedang bercuti di rumah persinggahan mereka di Johor. Pak Rahman adalah pekerja yang bekerja di rumah persinggahannya di Mersing,Johor.
            “Itu Kadir tahu. Abah tak payah la nak mengingatkan Kadir tentang semua itu. Kalau iya pun, abah nak balas budi Pak Rahman kenapa mesti abah suruh Kadir kahwin dengan anak Pak Rahman. Banyak lagi cara abah boleh lakukan untuk membalas budi Pak Rahman. Bagi tanah ke? Duit ke? Rumah ke? Syarikat ke? Semua itu abah boleh beri kan! Kenapa mesti paksa Kadir kahwin dengan perempuan itu?”
            “Kadir!” Tan Sri Harun terus bangun dari sofa.
            “Kadir, ibu tak sangka Kadir sanggup cakap begitu. Ibu tak pernah ajar Kadir merendah-rendahkan maruah orang lain. Hutang budi kita pada Pak Rahman tak boleh diukur dengan wang ringgit.” Puan Sri Farhana bersuara. Sejak pulang dari belajar luar negara, perangai anak tunggalnya itu berubah sama sekali. Kaki mabuk! Kaki perempuan!
            “Dengan mengahwinkan Kadir dengan perempuan itu, bukan tindakan yang bijak. Mereka tu hanya nakkan nama dan harta kita saja. Dasar mata duitan. Sanggup jualkan anak sendiri demi wang ringgit. Entah-entah anak perempuan Pak Rahman tu perangainya seperti perempuan pisau cukar di luar sana. Low class.” Hina Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia berkeras takkan setuju dengan hasrat ayahnya itu. Nak jadi apa pun jadilah.
            Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Dato’ Syed Mohd Kadir. Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Matanya tepat merenung ibunya yang sedang merenungnya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
            “Kadir! Kamu jangan samakan Munirah dengan perempuan-perempuan yang berdampingan dengan  kamu. Munirah budak baik. Kadir tak kenal Munirah lagi, jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan! Ibu percaya Munirah adalah wanita yang sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kamu, Kadir.” Marah Puan Sri Farhana. Baginya Munirah adalah wanita yang baik.
            “Ibu! Orang yang nak kahwin adalah Kadir bukannya ibu. Kadir tetap tak setuju. Ini keputusan muktamad Kadir. Kadir takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu. Apa ni jadi, jadilah!” jerit Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo yang tersergam indah itu Tan Sri Harun dan Puan Sri Farhana kecewa dengan sikap anak mereka.
            Lamunan Dato’ Syed Mohd Kadir  terganggu bila mendengar ketukan pintu. Dia menoleh. Pintu bilik terbuka. Dato’ Syed Mohd Kadir  tersenyum bila melihat kedatangan Zahari. Wasiatnya perlu diubah.
            “Assalammualaikum, Uncle” Zahari melangkah dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Waalaikumussalam ….Duduklah, Zahari!”
            “Jauh uncle termenung …..Ada apa-apa ke?”
            ‘Tak adalah. Hanya terkenang perkara lalu. Oh ya, tentang Fuad! Di mana Fuad sekarang ni?
            “selepas bersara, Uncle Fuad balik ke kampung halamannya ….di Aru, Perlis.”
            “Kalau begitu, jom kita pergi sekarang.” Tiba-tiba Dato’ Syed Mohd Kadir bangun. Dia ingin bersemuka dengan Fuad.
            “But Uncle ….Uncle Fuad sedang menunaikan umrah sekarang ni. Next week baru Uncle Fuad balik.” Beritahu Zahari. Pasti Uncle kecewa sekarang ni.
            “Apa!” Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir berubah. Dia mengeluh kuat.
            “Selepas Uncle Fuad balik, kita akan berjumpa dia di sana. Uncle, jangan risau. Uncle mesti berjumpa dengan Uncle Fuad. Dia mesti jelaskan segala-galanya pada Uncle. Aaa….masih tiada berita mengenai Auntie Munirah dan Alina ke?”
            “Uncle dah mati akal sekarang ni? Panggilan Uncle pun tidak dijawab. Kenapa mesti mereka menyembunyikan diri dari Uncle? Apa salah Uncle? Perangai Alina sejak kebelakangan ni banyak berubah. Lina tak peramah seperti dulu. Perangai Alina pun pelik semacam. Tak sama semasa awal perkenalan dulu.” Dato’ Syed Mohd Kadir meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Hatinya sedikit terguris. Dia kembali duduk di sofa.
            “Zahari pun sama, Uncle. Perangai Alina lain macam saja. Sekelip mata berubah seperti orang lain.”
            “Mungkin Alina marah kat Uncle di atas semua yang terjadi terhadap Munirah.”
            “Sabarlah, Uncle. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua yang berlaku.” Zahari cuba memujuk Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Ok! Shall we?” Dato’ Syed Mohd Kadir kembali tersenyum. Dia hampir sahaja terlupa tujuan kedatangan Zahari di situ.
            Zahari hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda sedia.
           

                                    **********************************

            Munirah meletakkan secawan kopi di hadapan ayahnya yang sedang duduk di pangkin kayu. Munirah melihat ayahnya yang begitu asyik merenung laut biru yang terbentang luas. Kehadirannya di situ tidak disedari. Pasti ayah masih memikirkan permintaan Tan Sri Harun.
            “Ayah, kopi dah siap.” Akhirnya Munirah bersuara. Kalau dah sejuk, pasti tak sedap.
            Pak Rahman menoleh dan tersenyum melihat anak tunggalnya. “Kenapa Munirah tak goreng pisang awak yang ayah bawa balik dari kebun tu?” soal Pak Rahman . Hanya air kopi saja. Waktu  ni kalau makan pisang goreng mesti sedap.
            “Tak masak lagi, ayah. Esok pagi baru Munirah boleh goreng.” Munirah tersengih. Pisang goreng adalah makanan kegemaran ayahnya. Setiap kali minum petang, pisang goreng mesti disertakan bersama.
            “Ya ke?” nada suara Pak Rahman hampa. Dia minum air kopi dengan perlahan-lahan. Setelah selesai minum, Pak Rahman meletakkan kembali cawan itu di atas piring.
“Tentang permintaan Tan Sri Harun ……”
            Munirah memandang tepat ke arah ayahnya. “Kita ni pipit, ayah. Mereka tu enggang. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Kita orang kampung. Tiada pangkat. Tiada harta. Lagipun Munirah belajar sampai STPM je.” Jelas Munirah. Permintaan majikan ayahnya, Tan Sri Harun begitu berat untuk diterimanya.    
            “Jadi, Munirah menolak hasrat mereka.”
            “Ya, ayah!Mungkin Tuan Syed Kadir mempunyai pilihannya sendiri. Munirah tahu Tan sri dan Puna Sri telah banyak berjasa kepada keluarga kita. Kos pembedahan jantung ayah pun mereka yang tanggung. Munirah sedar semua itu.Munirah takkan lupa jasa mereka seumur hidup.”
            Pak Rahman mengeluh. Dia pun sependapat dengan Munirah. Dia tak akan memaksa Munirah. Dia hormati keputusan Munirah. “Jika begitu keputusan Munirah, ayah faham Esok ayah akan telefon Tan Sri Harun. “ Pak Rahman mengangguk kepalanya beberapa kali. Walaupun begitu berat untuk menolak permintaan Tan Sri Harun, namun dia harus memikirkan kebahagiaan Munirah.  Dia tak akan memaksa Munirah.
            “Terima kasih, ayah” Munirah tersenyum lebar. Hilang sedikit perasaan resah yang terbuku di hati.
            “Ibu!”
            Munirah terkejut apabila Alisa memegang tangannya secara tiba-tiba. Lamunannya terhenti. “Angah, jangan selalu buat ibu terkejut. Hampir nak tercabut jantung ibu.” Munirah mengurut dadanya beberapa kali.
            “Ibu, berangan ke? Dah banyak kali Angah panggil ibu tapi ibu buat tak tahu je.” Dahi Alisa sedikit berkerut. Apa yang sedang difikirkan oleh ibu? Tentang lelaki tu ke?
            “Salah ke kalau ibu berangan?” Munirah tersengih. Dia membetulkan kedudukan di kerusi. Selesa sikit.
            “Tak salah malah digalakkan lagi!”
            Munirah ketawa kecil. “Cantik-cantik ni, nak pergi mana? Ada date ke?” usik Munirah melihat Alisa memakai kemeja merah berbunga putih.
            “Tak ada masa nak date. Ibu, Angah nak kejap jap. Beli novel. Boring la. Ibu nak ikut tak?”
            “Hmm…malas la. Angah pergi la.”
            “Ok. Ibu ada apa-apa nak pesan?”
            “Nothing.”
            “Ok! Angah pergi sekejap je.” Alisa menghulurkan tangan dan bersalam dengan ibunya sebelum berlalu keluar. 

Tuesday, May 21, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 15


            Aleya meletakkan pensil yang dipegangnya Apa yang diceritakan oleh Alisa sebentar tadi mengejutkan dirinya. “What are you gonna do,sis?”
            “Angah tak tahu lagi. Sekarang ni fikiran Angah tengah buntu. Ibu tetap berdegil untuk tinggal di sini sehingga proses penceraian dia selesai.”
            “Orang macam Datin Kartika tu takkan biarkan perkara ni begitu saja. You should be careful.”Aleya risau.
            “I know.”
            “Angah perlu lakukan sesuatu dengan segera. Sebelum dia bertindak, Angah kena bertindak dulu. Jangan ingat dia boleh lakukan sesuka hati terhadap kita.” Tegas Aleya. Dia tak suka jika ada orang cuba membuli keluarganya.
            “I know! Angah rasa angah tahu apa yang perlu Angah lakukan.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa.
            “Good! Along akan selesaikan semua kerja di sini dengan segera. Along akan ke Malaysia bila semua kerja di sini selesai.”
            “Ok! I have to go. Angah tak nak ibu syak sesuatu.” Kata Alisa melirik ke kiri dan kanan. Dia berdiri di luar bilik ibunya.
            “Ok. Kirim salam kat ibu.”
            “Baiklah!” kata Alisa sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Aleya termenung seketika. Sebenarnya, hatinya bimbang. Bimbang jika sesuatu akan terjadi pada ibu dan adiknya. Pantas dia mendail nombor telefon setiausahanya.
            “Mary! I want all my appoinment this month, change to this week. Next week, i’ll  go back to Malaysia for a month. I want to settle all my work this week. Can you do that?  Thank you, Mary” kata Aleya terus meletakkan telefonnya. Aleya bangun dan berjalan menuju ke tingkap. Dia melihat salji yang sedang turun. Sekarang musim salji sudah tiba, Aleya lihat halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan salji. Aleya mengeluh! Walauapa yang terjadi, dia akan bawa ibunya pulang.

                                                **********************************

            Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum sebaik sahaja melihat Munirah keluar dari bilik air. Dia mengatur langkah mendekati Munirah dan ingin membantu.
            “Tak payah! Munirah masih boleh berjalan lagi.” Tegas Munirah.
            Dato’ Syed Mohd Kadir terdiam kaku.
            Munirah duduk di sofa. Munirah membetulkan tangannya yang disimen. Berat! “Bunga-bunga ni ....Munirah harap awak jangan hantar ke sini lagi. Membazir saja.”
            “Tetapi abang ikhlas ....semua bunga ni untuk Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir terus duduk di sofa yang bertentangan dengan Munirah.
            Munirah melirik anak matanya ke arah lain. Ikhlas! Geli hati aku mendengarnya. Bunga ros ni bukan bunga kesukaan aku. Aku suka orkid. Nampak sangat  ....dia tak tahu apa-apa tentang aku. Tiba-tiba Munirah tersenyum sinis. Tetapi ....kenapa aku masih mencintai lelaki ini? Hati aku ni memang ada masalah.
            “Munirah! Kenapa?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir hairan melihat Munirah tiba-tiba tersenyum.
            Senyuman Munirah hilang sebaik sahaja mendengar pertanyaan Dato’ Kadir.
“Dato’ Kadir, kenapa awak masih enggan menunaikan permintaan Munirah. Selepas apa yang terjadi, mustahil hubungan kita akan kembali menjadi suami isteri. Semua itu mustahil. Anggap saja kita tiada jodoh.”
            “Munirah, kenapa hati Munirah begitu keras untuk menerima abang kembali. Abang sedar apa yang pernah abang lakukan pada Munirah begitu kejam sekali. Abang menyesal. Sebab itu abang mahu kita mulakan hidup baru. Hanya kita bertiga. Abang berjanji ...abang tak akan mensia-siakan hidup Munirah. Abang akan jadi Munirah wanita yang paling bahagia. Cinta abang hanya satu. Hanya untuk Munirah.” Ucap Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia menatap wajah Munirah. Cintanya pada Munirah adalah ikhlas.
            Munirah berpaling. Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir direnung dengan tajam. Amboi ....manisnya mulut apabila bercakap. Dasar playboy. Sebelum ni, kau campak aku dan sekarang ni kau nak kutip aku balik. Tolonglah. “Beginilah, Dato’ Kadir! Tujuan Munirah balik ke sini hanya satu iaitu .....bercerai dengan awak. Keputusaan saya tak berubah.”
            “Munirah!” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir separuh merayu.
            “Sepatutnya apa yang terjadi di antara kita dahulu, awak jadikan sebagai pengajaran. Awak jangan ulanginya sekali lagi. Awak jangan lakukan perkara yang sama terhadap Kartika.” Nasihat Munirah.
            “Munirah! Selama 26 tahun, kami hidup bersama ...kami tak pernah bahagia. “
            “Tapi ....dulu, Kartika adalah pilihan awak kan! Sekarang ni pula, awak menyesal berkahwin dengan Kartika. Bagi awak, semua ini perkara mudah kan! Awak anggap wanita ni ....barang mainan. Bila dah tak nak, buang saja.” Tegas Munirah.
            “Bukan itu maksud abang .......”
            “Maksudnya tetap sama kan!” Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Alisa berdiri memerhati gelagat mereka berdua. Kehadirannya di situ tidak disedari mereka. Alisa merenung tajam ke arah lelaki itu. Tiada secalit senyuman di wajah Alisa.
            “Lina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut. Dia sedar pandangan Alina berbeza dari sebelumnya. Kenapa tiba-tba sikap Lina berubah? Dingin! Sikap Lina berubah selepas Munirah kemalangan. Adakah Lina marahkan aku disebabkan kemalangan yang menimpa Munirah?
            Munirah turut sama terkejut. Sejak bila Angah ada di situ? Munirah risau.  
            Alisa berjalan dan duduk di katil Munirah. Dia buat tak tahu sahaja. Dia membelek telefon bimbitnya. Pandangan ibu tidak diendahkan.
            Munirah mengetap bibir menahan geram dengan perangai Alisa. Budak bertuah ni....Dia tak salam pun dengan ayahnya. Apa nak jadi ni? Munirah sedar , pasti Dato’ Kadir berasa hairan dengan sikap Alina.

                                    *************************************

            Dr. Nazri tersenyum melihat Alina yang sedang makan nasi goreng di hadapannya. Dia tak sangka dengan tiba-tiba saja Alina mengajaknya keluar. Hatinya berbunga riang. Sudah lama dia berangan-angan yang satu hari nanti dia akan makan berdua bersama Alina.
            “Actually, Lina nak minta pertolongan!”
            “Pertolongan!” Dr. Nazri terkejut. Matanya merenung mata Alina yang berwarna coklat itu.
            “Yes, i need your help. About my  mother. Lina nak bawa ibu balik hari ini. Lina perlukan kebenaran dari awak untuk bawa ibu saya pulang.” Alisa terus berterus-terang tentang tujuannya mengajak Dr. Nazri makan tengahhari bersama.
            “Apa!” Dr.Nazri terkejut.
            “Lina nak bawa ibu balik.”
            “Tapi keadaan Auntie Munirah belum pulih sepenuhnya. Kenapa Lina nak bawa Auntie Munirah balik? Saya rasa lebih baik  jika Auntie Munirah tinggal lama di hospital, boleh la saya pantau keadaan Auntie Munirah. Dia perlu terima rawatan lagi”
            “Lina tahu tetapi Lina perlu bawa ibu keluar hari ini juga. I hope you understand.”
            “Aaa....Uncle Kadir dah tahu ke tentang hal ini?”
            “Dia tak berhak tentang hal ini. Sebab dia la ibu jadi macam ni.” Alisa tiba-tiba meninggikan suaranya. Hatinya panas bila mendengar nama lelaki itu. Bencinya pada lelaki itu semakin membuak-buak.
            Dr. Nazri tergamam bila Alina tiba-tiba meninggikan suara ke arahnya. Inilah pertama kali dia melihat Alina seperti ini.
            “Aaa...Maaf, tadi Lina terlalu emosi.” Alisa tersedar. Alisa merenung lelaki itu. Walauapa yang terjadi, aku perlu bawa ibu balik hari ini jugak. Alisa mengeluh kuat. “Awak tahu kan keluarga Dato’ Kadir macam mana lebih-lebih lagi Datin Kartika.Kehadiran kami di sini tidak dialukan”
            “Saya faham dengan situasi awak, Lina!”
            “Kalau begitu, awak setuju untuk membenarkan ibu Lina keluar hari ini? Lina janji hujung minggu depan, awak nak bawa Lina tengok wayang ke jalan-jalan ke. Lina ikut saja.” Janji Alisa. Minggu depan Acu balik, nampaknya Acu la yang akan keluar dengan mamat doktor ni. Alisa ketawa kecil di dalam hati.
            “Betul ke?’ Dr. Nazri seolah-olah tidak percaya. Sudah beberapa kali dia mengajak Alina keluar tetapi bermacam alasan Alina berikan tetapi kali ini Alina sendiri yang mengajaknya keluar. Macam bermimpi pula.
            “Ya!” Alisa tersenyum.
            “Hey, perempuan! Kau ni tak ada kerja lain ke? Teman lelaki orang pun kau nak rampas. “ marah Suziela yang tiba-tiba berada di situ. Alisa terkejut akan kehadiran Suhaila. Orang ramai yang berada di cafe memandang ke arah mereka.
            Alisa terus bangun. “Kau ni ada masalah ke? Tak boleh ke bercakap seperti orang bertamadun. Ini tidak, datang sini saja terus menjerit macam orang gila. Kau sedar tak kau sekarang ni berada di mana?”
            “Aku peduli apa? Yang penting sekarang ni, kau cuba rampas Dr. Nazri dari aku! Kau ni memang perempuan tak tahu malu.” Sakit hati Suziela bila melihat mereka berdua sedang makan di cafe seperti pasangan kekasih.
            “Suziela, kita tak ada apa-apa hubungan pun sekadar kawan biasa saja.” Dr. Nazri mencelah . suka-suka saja Suziela mengaku aku ni boyfriend dia. Dr. Nazri bimbang jika Alina salah faham dengan kata-kata Suziela tadi.
            “Abang!” Suziela terkejut. Matanya merenung tepat wajah Dr. Nazri. Pertengkaran mereka menjadi tumpuan orang yang berad a di situ.
            “Sekarang ni siapa perempuan yang tak tahu malu.” Perli Alisa sambil tersenyum kambing.
            “Kau dengan mak kau sama saja! Perampas!”jerit Suziela seolah-olah seperti orang hilang akal.
            Alisa ketawa. Lucu sekali bila mendengar kata-kata Suziela. Perempuan ni memang ada masalah mental. Entah dia sedar ke tak apa yang telah dia cakapkan tadi. Dahi Suziela berkerut melihat Alisa ketawa.
            “Hey, dengar sini ye! Ibu aku isteri pertama, manakala mak kau bini kedua! Sekarang ni cuba kau guna otak kau yang tepu tu untuk berfikir, siapa yang perampas suami orang!” balas Alisa. Matanya bulat merenung kakak tirinya.
            “Kau!” jerit Suziela geram.
            “Jerit la!  Jerit la sekuat hati! Biar bergegar seluruh hospital ni dengar suara kau! Jerit la lagi!” perli Alisa. Langkahnya terus diatur meninggalkan Suziela. Alisa sedar orang ramai yang berada di situ memerhati ke arahnya. Adegen pertengkaran tadi menjadi perhatian orang ramai yang berada di cafe itu. Alisa hanya tersenyum. “Crazy women!” jelas Alisa pada orang ramai yang berada di situ. Mereka hanya tersengih bila mendengar kata-kata Alisa.
            “Suziela, what’s wrong with you? Tak malu ke?” marah Dr. Nazri. Sikap Suziela membuatkan dirinya rimas. Hidupnya tidak pernah aman sejak kehadiran Suziela  dalam hidupnya.
            “Malu! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni! Perempuan tu yang tak malu! Dia...”
            Belum sempat Suziela menghabiskan ayatnya, Dr. Nazri terus mencelah. “Suziela, boleh tak berhenti berperangai seperti budak-budak! Walaupun kamu berdua adik-beradik tiri, selaku kakak kamu sepatutnya tunjukkan contoh yang baik pada seorang adik.” Marah Dr. Nazri.
            “Dia bukan adik Su! Kami tak ada apa-apa pertalian darah pun. Su tak ingin ada adik macam perempuan tu.” Suziela bengang bila Dr. Nazri menyebelahi Alina.
            “Abang tak tahu nak cakap apa lagi dengan Su!” Satu keluhan dilepaskan. Dr. Nazri sudah malas menasihati Suziela. Macam ni nak jadi girlfriend aku, baik tak payah la. Laju kakinya berjalan meninggalkan Suziela.
            “Abang! Abang Nazri!” jerit Suziela. Kakinya dihentak beberapa kali untuk melepaskan geram. Tergamak Abang Nazri meninggalkan aku seorang diri kat sini. Ini semua gara-gara Alina. Sejak kepulangan Alina dan ibunya, hidup aku dan mama kucar-kacir dibuatnya. Aku takkan biarkan perkara ni begitu saja. Suziela mengetap bibirnya menahan geram.

                                    *******************************************

            Kartika terkejut pintu bilik dibuka dengan kasar. Dato’ Syed Mohd Kadir  melihat Katrika seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Pintu bilik ditutup dengan kasar.
            “Apa yang kau dah buat pada Munirah dan Alina, hah?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir dengan kasar. Dia terkejut bila Munirah tiada sewaktu dia ingin melawat Munirah di hospital. Sudah beberapa kali dia menelefon Alina dan Munirah namun panggilannya tidak dijawab. Lebih mengejutkkan lagi bila Dr. Nazri memberinya sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Munirah kepadanya. Munirah bertekad untuk bercerai dengannya. Ini pasti ada kaitan dengan isteri keduanya.
            “Apa maksud, abang? Tika tak faham.”
            “Kau jangan nak berlakon dengan aku, Kartika. Aku kenal sangat perangai kau yang sebenarnya. Apa yang telah kau buat sehingga Munirah tergesa-gesa keluar dari hospital?”
            “Apa!” Kartika terkejut. Dia dah keluar hospital! Habis rancangan aku kali ni.
            “Kau jangan nak berpura-pura terkejut. Aku nak ingatkan kau sekali lagi, kalau kau berani apa-apa Munirah dan anak aku, tahulah nasib kau nanti.” Dato’ Syed Mohd Kadir  memberi amaran. Perangai Kartika semakin hari menguji kesabarannya.
            “Abang ni memang jenis kacang lupakan kulit. Abang dah lupa ke? Siapa yang berada di sisi abang selama 25 tahun ni? Tika, abang! Tika.” Kartika sudah naik angin.Dia geram bila dirinya dipersalahkan.
            “Ya, memang selama 25 tahun ni kau bersama aku tapi ada kau jalani tanggungjawab kau sebagai isteri! Tiada. Waktu aku jatuh sakit, terlantar kat hospital, kau ingat aku tak tahu apa kau buat di belakang aku! Aku belum buta lagi, Kartika.”
            Pengakuan Dato’ Syed Mohd Kadir mengejutkan dirinya. Jadi selama ini dia tahu apa aku buat di belakangnya selama ini? Tak guna! Kartika mengetap bibirnya menahan geram.
            “Buat kali terakhir aku ingatkan kau, kau jangan sentuh isteri dan anak aku. Kalau kau masih berdegil jugak, aku tahu macam mana nak ajar kau.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir  Kali ini dia mesti bertegas dengan Kartika. Dia bimbang jika sesuatu terjadi pada Munirah dan Halina.
            “Mama! Su, benci! Benci dengan Alina” jerit Suziela terus meluru masuk ke bilik. Kehadiran Dato’ Syed Mohd Kadir  di dalam bilik itu mengejutkan Suziela.
            “Ini seorang lagi. Nak masuk ke bilik, tak reti ke ketuk pintu dulu. Ini tidak, main redah saja.” Marah Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Papa ni, kenapa tiba-tiba marah Su? Kalau iya pun tengah marahkan mama, jangan lepaskan kemarahan papa tu kat Su. Ini tak adil.” Jawab Suziela dengan kasar. Sekarang ni aku dah la tengah bengang dengan Halina, papa pula tiba-tiba naik angin.
            “Suziela, ini ke cara kamu bercakap dengan orang tua? Tak hormat langsung. Kau sedar tak dengar siapa kau sedang bercakap sekarang ni. Perangai mak dengan anak sama saja! Kurang ajar.” Marah Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum mengatur langkah meninggalkan mereka berdua. Pintu dihempas dengan kasar.
            “Mama! Tengok papa tu.” Suziela mendekati ibunya  Dia merengek meminta simpati.
            Mata Kartika masih belum berganjak memerhati pintu biliknya. Kata-kata suaminya itu telah melukai hatinya. Sekarang ni di mata abang, hanya ada perempuan tu saja. Dialah yang terbaik. Aku pula jahat. Tak apa, aku takkan biarkan semua ini begitu saja. Perempuan tu dan anaknya perlu diajar. Kartika sudah bertekad.

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...