Friday, November 6, 2009

Rahsia hati 8

Bab 8

“Bila kau sampai?” tanya Salwa bila melihat Halina sudah balik. Tuala yang berada dibahunya disidai. Salwa tersenyum melihat kawan baik dan juga merangkap sebagai teman sebiliknya sudah balik.
“Baru je.” Jawab Halina mengemas buku yang berada di atas mejanya yang berselerak. Banyak keje aku kena siapkan minggu ni. Ini semua gara-gara Kak Erma dengar cakap Mak Eton la.
“Cenderahati dari Sabah untuk aku tak ada ke?” tanya Salwa lagi
“Ye la, cenderahati! Kau ingat aku pergi melancong ke? Bercuti kat sana. Mana ada ! Tiba je kat sana, aku terus jadi spy. Cari Abang Firdaus.” Komputer riba miliknya dihidupkan.
”Jadi betul la Abang Firdaus ada perempuan lain?” tiba-tiba Salwa berasa ingin tahu. Dia terus duduk di katil Halina
”Mana ada. Perempuan yang Mak Eton mulut murai katakan tu sebenarnya secetery client Abang Firdaus. Dia hanya teman Abang Firdaus saja sebelum bos dia datang.” cerita Halina. Tangannya masih ligat mengemas buku di atas meja study.
“Ada adegen tarik rambut tak?” tanya Salwa lagi.
”Tak ada la sampai ke situ. Jerit menjerit tu ada la.” Jawab Halina. Selepas mengemas buku-buku di atas meja, tangan Halina beralih pula pada beg pakaian. Satu persatu baju dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bakul baju. Nasib baik sikit je baju.
”Siapa yang menjerit?”
”Kak Erma la. Aku dah cakap, sabar! Tengok dulu apa yang berlaku. Tapi Kak Erma tak dengar cakap aku. Terus je serbu perempuan tu. Mula menjerit. Aku malu gila. Ramai orang tengok kami. Siap ada adegan tampar-menampar lagi.”
“Kak Erma tampar perempuan tu?” bulat mata Salwa apabila mendengarnya. Makin menarik ni.
”Tak, Kak Erma tampar aku la.”
”Apa!” Suara Salwa separuh menjerit terkejut.
”Dia nak tampar perempuan tu tapi aku halang terus penamparnya hinggap kat muka aku la.”
Salwa ketawa terbahak-bahak bila mendengar cerita Halina.
Berkerut dahi Halina bila melihat Salwa ketawa. ”Kau ni kenapa? Dah buang tabiat ke apa?”
”Tak la, lepas tu jadi apa?” Salwa masih ingin tahu kesambungan cerita Halina.
”Tergamam la semua orang lebih-lebih lagi Kak Erma. Muka dia pucat lesi. Lepas tu bos perempuan tu muncul la, terus dia beri penjelasan. Malu gila la Kak Erma. Sampai tak terkata apa-apa tapi Abang Firdaus baik. Dia maafkan begitu juga Cik Secetery tu. Salah faham je. Tapi yang peliknya .....” Sejak balik dari Sabah, kenapa dia masih teringatkan lelaki yang bercermin mata hitam tu. Pelik! Ada sesuatu tentang lelaki ni. Dia sendiri tak dapat tafsirkan.
“Pelik?” tanya Salwa. Wajah Halina direnung. Dari air muka Halina macam ada sesuatu yang sedang mengganggu dirinya.
“Aaaa....nothing.” Halina tersenyum.
“Hmm.....sebelum aku terlupa, aku dah set dengan Sarimah, Janie dan Murni yang kita adakan discussion kat library pukul 3 petang ni. Kau setuju tak?” Salwa bangun dan menuju ke arah meja study miliknya.
“Ok....” ringkas jawapan Salwa.
Bakul baju yang berisi baju diangkat untuk dibasuh. “Lina.”
Halina berpaling bila namanya dipanggil. Wajah sahabatnya direnung. Salwa terdiam. Dari riak wajahnya, Salwa ingin menyatakan sesuatu tapi seolah-olah ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk bersuara. ”Apa halnya?”
”Aku....sebenarnya ni serba salah. Cakap salah, tak cakap pum salah.” Salwa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
”Cakap je la.”
”Semalam aku jumpa Abang Rizal kat sini.”beritahu Salwa.
”Dia datang nak jumpa aku ke? Ala...aku terlupa la nak beritahu dia yang aku ikut Kak Erma ke Sabah.”
”Dia bukan jumpa kau, Lina!”
Halina terkejut. ”Habis tu siapa?”
”Melissa!” jawab Salwa.
Bakul baju yang dipegang oleh Halina tiba-tiba terlepas. Nama Melissa benar-benar memberi tamparan hebat pada dirinya. Halina kaku. Lidahnya kelu. Berita yang diterimanya seolah-olah seperti jantungnya direntap dari tubuhnya. Mata Halina tepat memandang Salwa.

**************************************

Hairi berjalan ulang alik di ruang tamu apartment miliknya berulang kali. Sesekali tangannya digenggam erat. Geram dan sakit hati pun ada. Ugutan atuknya benar-benar mengusutkan fikirannya. Hatinya tak tenang. Semua kemewahan yang dikecapinya sekarang akan hilang dalam sekelip mata. Ini tak boleh jadi. Semua harta milik atuk sepatutnya jatuh ke tangan aku. Aku satu-satunya cucu tunggal atuk tetapi atuk tak pernah main-main. Jika itu yang dikata pasti itu yang dibuatnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar jean miliknya. No telefon Dato’ Razali di dailnya.
”Assalamualaikum, atuk! Hairi akan pulang tapi atuk perlu beri masa seminggu untuk Hairi uruskan hal di sini sebelum Hairi pulang ke Malaysia.” kata Hairi.
”Baiklah.” jawab Dato’ Razali sambil tersenyum. Akhirnya Hairi mengalah juga. Dia tahu kelemahan Hairi.Jika disentuh tentang harta dan wang, Hairi pasti akan menjadi lemah dan akan mengikut katanya. Sejak kecil lagi, Hairi dilimpahi dengan kekayaan dan kemewahan disebabkan itulah Hairi seorang yang sombong dan memandang rendah pada orang yang bukan setaraf dengannya.
Hairi terus menamatkan panggilan. Telefon bimbitnya digenggam. Aku takkan biarkan diri aku dipergunakan. Kau ingat kau akan menang Dania. Pantas no telefon Dania didail.
”Hello!” Dania terus menjawab tanpa melihat no telefon yang tertera di telefon bimbitnya. Tangannya masih ligat menulis.
”Kau ingat kau menang kali ni. Kau silap.” kata Hairi berjalan menuju ke balkoni.
Dahi Dania berkerut terus tangannya berhenti menulis. Macam pernah dengar saja suara ni? Dania melihat di skrin telefon bimbitnya. Dania tersenyum. Mamat ni rupanya. Aiii....dah setahun tak dengar suara mamat ni. Kali ni dia nak maki aku lagi ke? ”Hmmm....siapa ni? ” Dania berpura-pura tak tahu.
”Tunang kau la bodoh.” jerit Hairi. Perempuan ni sengaja nak naikkan kemarahan aku.
Bodoh! Amboi....sedapnya kata kat orang. ”Hmm...ya, apa yang saya oleh bantu?”
”Jangan nak hipokrit dengan aku la, Dania. Lakonan kau hanya berkesan kat family aku tapi bukan aku. Kau ingat aku balik kali ni, aku akan kahwin dengan kau. Kau silap, tujuan aku balik kali ni hanya nak menyusahkan hidup kau. Aku akan buat kau hidup menderita sehingga kau putus tunang dengan aku.”
”Saya rasa awak sudah salah faham. Saya kahwin dengan awak disebabkan saya suka kat awak. Bila atuk beritahu yang saya akan ditunangkan dengan awak, saya gembira sebab akhirnya impian saya tercapai.” kata Dania dengan lembut. Dania tersenyum. Macam tak percaya je aku cakap macam ni! Eeee....nak termuntah. Kau ingat aku suka kat kau ke? Tolong la. Aku cakap macam ni sebab nak buat kau perasaan lebih. Dania ketawa kecil.
Hairi diam seketika. Kata-kata yang diluahkan oleh Dania memang mengejutkan dirinya. Dia suka aku? Tak mungkin. Kami mana pernah berjumpa hanya bercakap melalui telefon saja lagipun aku tak pernah pun tengok gambar dia. Entah-entah dia cuba nak perangkap aku dengan kata-kata manis dia. Hairi ketawa. ”Kau ingat aku akan percaya dengan luahan perasaan kau yang bodoh ni. Sukakan aku konon tapi kau hanya nak harta yang akan diwarisi oleh aku, kan! Cermin la dulu muka tu, tak malu ke! Menagihkan cinta pada orang yang benci kat kau.”
Dania menjarakkan telefon bimbit Samsung miliknya dari telinga. Dahi Dania berkerut. Aku nakkan harta dia. Gila ke apa lelaki ni? Aiii...kau tu yang bengap, jika nak dibandingkan antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. 10 kali ganda dari kau. Perasaan lebih. Dia ni tak tahu ke siapa aku yang sebenarnya.
”Sampai hati awak cakap begitu pada saya. Saya suka awak bukan berdasarkan harta dan kekayaan tapi atas dasar ikhlas dan sayang.” Dania membuat mimik muka. Mesti mamat ni perasaan giler.
Hairi ketawa. Tunang aku ni giler ke apa? Sayang konon, ye la tu. ”Aku peduli apa yang penting sebaik saja aku jejakkan kaki di Malaysia, aku akan buat hidup kau merana sehingga kau melutut dan merayu agar pertunungan ini diputuskan. Aku akan menjadi mimpi buruk kau. Wait and see.” Hairi terus menamatkan perbualan mereka.
”Hish....teruk betul la perangai mamat ni, siapa yang jadi isteri dia mesti malang.” Dania meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg tangan Guess miliknya. ”Mimpi buruk! Aku yang akan jadi mimpi ngeri kau nanti, Hairi. Tunggu je la.” Dania teringat akan amaran dari Hairi sebentar tadi.
Pintu diketuk. Ali masuk. ”Cik Muda!”
“Ya , Ali! Ada apa?” tanya Dania. Dania membetulkan tudung yang dipakainya. Kerongsang yang berada dibahunya dibetulkan juga. Senget!
“Murni ingin bercakap dengan Cik Muda.” Ali mendekati Dania dan menghulurkan telefon bimbit miliknya.
”Ya, Murni! Hmm...baiklah. Kamu cari dia sampai dapat.” kata Dania. Nada suaranya tegas. Ali hanya memerhati.

*********************************

“Sorry la girls, perut meragam la tadi.” Kata Sarimah sebaik saja tiba di meja di mana Halina, Salwa, Janie dan Murni sedang berkumpul di Perpustakaan.
“Lunch tadi kau makan apa?” tanya Murni.
”Hmm...nasi putih, ayam goreng, telur masak kicap, ikan bakar dan sawi masak ikan bilis.” jawab Sarimah.
’Woi....kau makan ke melantak? Patut la perut kau meragam, terlebih overload.” Salwa ketawa. Janie hanya tersengih.
”Bukannya selalu aku makan! Sekali sekala je!?’ Sarimah tersenyum.
”Aaaa...sudah, kita kena settle tajuk untuk projek kita ni. Dr. Fauziah nak kita beri nama tajuk untuk rancangan 5 minit padanya sebelum pukul 5 nanti. So....cepat, rancangan apa yang sesuai untuk kita buat. Siapa ada cadangan?” kata Halina selaku ketua kumpulan. Matanya memandang satu persatu rakan sekumpulannya.
”Apa kata kita buat tentang makanan tradisional kat malaysia?” Sarimah tiba-tiba bersuara.
”Kau ni asyik fikir makanan je. Tak ada perkara lain ke kau nak fikir. ” Salwa menggelengkan kepalanya.
”Hmmm...pasal makanan! Tak sesuai la.” kata Janie. Murni menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata Janie.
”Betul tu. Lain? Sarimah, kau jangan cadang pasal kuih tradisional pulak?” Halina tersenyum.
”Ya la.....” Sarimah tersengih. Tahu-tahu je!
”Tajuk kita ni nak tumpu dari aspek apa? Politik? Ekonomi? Sosial? Pendidikan?” tanya Murni.
”Ya la. Baik kita kecilkan skop kita, senang sikit nak fikir!” Salwa mencelah.
”Aku setuju jugak. So?”
”Ekonomi! Kita interview usahawan yang berjaya di Malaysia. Kita soal tentang latarbelakang usahawan tersebut dari segi pendidikan, bagaimana dia berjaya sehinggga sekarang dan macam-macam lagi. Ok tak?” cadang Salwa.
”Hmmm...aku setuju.” kata Sarimah.Dia memandang Janie yang berada di sebelahnya.
”Aku on je!” kata Janie tersenyum.
”Aku pun sama. Lina, kau macam mana pulak?” tanya Murni. Mereka berempat memandang tepat pada Halina yang masih berdiam diri. Mereka menunggu jawapan penamat dari Halina.
”Kalau semua setuju, aku pun sama.” Halina tersengih.
”Yes!” jerit Salwa terus bangun. Dia gembira kerana cadangannya diterima.
”Kot iye pun kau seronok, tengok dulu kau sekarang ada kat mana!” kata Sarimah menunjuk ke arah mata-mata yang berada di situ sedang memandang ke arah Salwa.
”Maaf! Maaf ye!” Salwa menundukkan kepalanya beberapa kali sebagai tanda minta maaf kerana mengganggu pelajar-pelajar yang berada di situ. Dia kembali duduk di sisi Janie.
”Kalau semua setuju, lepas ni aku pergi jumpa Dr. Fauziah. Tetapkan tajuk projek kita. Lagi cepat, lagi bagus.” kata Halina.
”Aku nak projek kita lebih hebat dari Melissa. Biar dia putih mata bila projek kita terpilih sebagai yang terbaik. Biar padan muka dia.” Salwa ketawa.
Di sebalik rak buku yang berhampiran dengan mereka, ada mata sedang memerhati mereka dan mendengar setiap butir yang dibincangkan oleh kumpulan Halina sambil tersenyum. Melissa tersenyum lebar.

*********************************

Daniel melangkah masuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu sambil diiringi beberapa pengawal peribadi. Kehadiran Daniel menjadi tumpuan orang yang berada di situ. Daniel membetulkan cermin mata hitam Giorgio Amani miliknya. Dia kurang senang dengan renungan mata orang yang berada di situ.
”Abang Daniel!”
Langkah Daniel terhenti bila namanya dipanggil. Dia kenal benar dengan pemilik suara yang memanggilnya sebentar tadi. Daniel mengeluh. Aku balik pun dia tahu. Hish....menyampah betul. Ilmu apa yang dia guna ni.
Irfan menoleh ke arah Daniel yang hanya terdiam. ”Tuan Muda!”
”Biarlah! Buat tak tahu saja.” kata Daniel kembali mengatur langkah menuju ke balai berlepas.
Irfan akur dan mengekori Daniel tanpa banyak soal. Begitu juga pengawal peribadi yang lain. Daniel buat tak tahu saja apabila namanya dipanggil beberapa kali. Langkahnya diatur pantas. Tiba-tiba telefon bimbit Daniel berbunyi, pantas Daniel menjawabnya.
”Ya!” jawab Daniel dengan kasar.
”Amboi.....garangnya!“ kata Dania sebaik saja Daniel menjawab panggilan. Tangan Dania menyiram pokok bunga ros miliknya satu persatu.
”Apa halnya?“
”Saja! Takkan nak call adik kandung sendiri pun tak boleh.“
”Bukan tak boleh, i’m in hurry right now.” Kata Daniel. Dahinya berkerut. Suara Shiela semakin lama semakin dekat dengannya. Daniel menoleh ke belakang. Shiela benar-benar berada di belakangnya.
”Abang Daniel! Abang tak dengar ke Shiela panggil abang tadi? Sakit tekak Shiela bila dari tadi asyik jerit nama abang.” Tiba-tiba saja Shiela berada di hadapan dan menghalang perjalanan Daniel. Shiela tersenyum manja dengan renungan yang menggoda.
”Shiela!” nama tersebut tiba-tiba terbit di bibir Dania. Aiii....perempuan ni memang tak tahu malu. Ke mana saja Daniel pergi pasti dia akan ikut. Otak dia ni ada masalah ke?
”What do you want Shiela?” Tanya Daniel endah tak endah. Dia melihat Omar yang berdiri di belakang Shiela. Mmmm…Uncle Johari hantar Omar pasti dia takut apa-apa akan terjadi pada anak kesayangannya. Ingat aku takut.
“Tak sangka Shiela boleh jumpa Abang Daniel kat sini. Kita berdua ni memang ada jodoh kan. Flight abang pukul berapa?” tanya Shiela. Kacak betul Abang Daniel bila pakai cermin mata hitam. Abang Daniel memang taste aku.
” 5pm!” jawab Daniel. Jodoh? Ya ke, macam la aku tak tahu kau ikut aku! Kau bukan jodoh aku, Shiela. Tentang tu aku pasti.
”Oh my god, sama la. Abang duduk seat first class kan?” Tanya Shiela lagi.
“Tuan Muda, Cik Muda beritahu yang kapal terbang persendirian milik Cik Muda akan tiba pukul 6.00 petang. Saya sudah cancel flight Tuan Muda pada pukul 5 ni.” Zamri tiba-tiba berdiri di sisi Daniel.
Wajah Shiela berubah apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Zamri. ”Apa!” jerit Shiela.
”Ya, Cik Shiela! Kenapa?’ tanya Zamri.
Daniel membuat membuat muka selamba. Dia pura-pura tak dengar apa yang dijerit oleh Shiela. Nasib baik! Kakak ni memang cerdik la, tahu tahu je!
“Kalau macam tu, Shiela pun nak ikut sama balik dengan Abang Daniel. Kebetulan kami nak balik tempat yang sama. Boleh kan?” Tanya Shiel tanpa segan silu menawarkan diri sendiri.
“Hmmm….Shiela tanya sendiri pada Kak Dania. Kapal terbang tu dia yang punya.” Daniel terus menghulurkan telefon bimbitnya pada Shiela.
“Aaa….” Shiela hairan bila Daniel memberi telefon bimbitnya.
”Kak Dania on the line.” Beritahu Daniel.
Shiela teragak-agak untuk mengambil telefon bimbit yang dihulurkan oleh Daniel. “Talk to her!” kata Daniel lagi.
Shiela mengambil telefon bimbit Daniel. Shiela menarik nafas panjang. Dia perlu ada kekuatan untuk bercakap dengan Kak Dania. Omar hanya memerhati. “Hello!”
“Kalau Shiela nak mati cepat, cuba la naik!” kata Dania tiba-tiba.
Bulat mata Shiela bila mendengar kata-kata Dania. Jantung berdegup pantas lantas dia memberi telefon bimbit kembali pada Daniel. Shiela memandang Zamri yang tersenyum ke arahnya.
”Cepatnya! Kak Dania cakap apa?” tanya Daniel apabila melihat air muka Shiela berubah sebaik saja bercakap dengan kakaknya. Entah apa yang dicakapkan oleh kakak sampai reaksi Shiela begitu rupa.
”Aaa...tiba-tiba Shiela teringat yang Shiela terpaksa balik awal sebab ada temujanji dengan member lama. Aa...jumpa nanti ye! Bye!” pantas Shiela beredar dari situ sambil diekori oleh Omar. Shiela menggenggam erat tangannya. Kata-kata Kak Dania masih kedengaran di telinganya.
”What do you say to her?” Tanya Daniel.
“Just say hello. Ok la, jumpa kat rumah nanti. Bye. Have a nice trip.” Jawab Dania. Terus menamatkan perbualan mereka berdua.
Daniel menggelengkan kepalanya. Kadang kala dia sendiri tidak faham dengan sikap sebenar kakaknya.

*********************************

Halina bergegas menghampiri Melissa sebaik saja kelas Dr. Hamid tamat. Wajah Halina serius. ”Aku ada hal nak cakap dengan kau!” Halina menghempas bukunya di atas meja.
”Cakap sajalah!” Kata Melissa endah tak endah. Tangannya ligat memasukkan buku rujukannya di dalam beg.
”Macam mana tajuk projek aku boleh sama dengan kau, hah?” Dia terkejut bila berjumpa dengan Dr. Fauziah sebelum kelas Dr. Hamid bermula sebentar tadi, Dr. Fauziah beritahu tajuknya sama dengan kumpulan Melissa. Sebelum dia masuk berjumpa dengan Dr. Fauziah, dia selisih dengan Melissa yang baru saja keluar dari bilik Dr. Fauziah.
”Mana aku tahu.” jawab Melissa.
”Sebelum aku masuk jumpa Dr. Fauziah, apa maksud kau bila kata good luck kat aku tadi?” tanya Halina lagi. Dia benar-benar tak puas hati. Telinganya masih kedengaran apa yang diucapkan oleh Melissa sebelum masuk ke bilik Dr. Fauziah.
”Salah ke aku wish kat kau?”
”Tapi kau tak pernah ikhlas bila wish kat orang!“ Mata Halina tepat merenung Melissa yang masih tersenyum.
”Kau ni memang perempuan tak tahu malu! Kau sanggup curi idea orang lain. Kau ni memang hati busuk.” Salwa tiba-tiba berada di situ.
”Hey, kau ada bukti ke aku curi idea kau ! Banyak cakap pulak. ”Melissa bangun.
Salwa mencekak pinggangnya sambil tersenyum. ”Hey, Melissa ! Macam mana kau tahu idea tu idea aku, hah ? ”
Melissa terdiam. Alamak...aku ni terlepas pulak cakap. Wajahnya berubah lain.
Janie dan Murni turut sama berada di situ. Mereka merenung Melissa seolah-olah ingin menelannnya.
”Kau jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan! Kau tak bukti langsung.” jerit Melissa. Kali ni dia pula yang naik angin.
”Hey, perempuan sundal! Petang tadi, aku nampak kau kat libary la. Kau nak berdolak-dalih lagi. Kau ni memang teruk!” Sarimah menolak bahu Melissa.
”Woi, tomboy! Kau ni nak cari pasal dengan aku ke?” marah Melissa bila Sarimah menolaknya.
”Kau panggil aku apa?” jerit Sarimah pula. Dia cuba dekati Melissa tapi dihalang oleh Halina.
”Jangan buang masa cari pasal dengan dia ni. Tak ada apa-apa faedah pun. Kita ada maruah bukan macam dia. Tak ada maruah dan harga diri langsung. Otak dia tumpul sebab tu perangai dia macam tu sanggup mencuri idea orang lain.” Kata Halina.
“Halina!” jerit Melissa bila Halina menghinanya.
Mereka berempat tersengih bila Halina cakap sebegitu. Nah, ambil kau! Rasakan!
”Kau nak sangat berlawan dengan aku, kan! Fine! Kita lihat siapa yang akan menang nanti! Kau tak kenal aku lagi, Melissa. Bila aku marah, kau lihat la nanti akibatnya.” Halina memberi amaran pada Melissa sebelum beredar dari situ.
”Bodoh!” kata Sarimah sebelum mengekori Halina keluar. Begitu juga Janie, Murni dan Salwa.
Melissa menghempas begnya. Dia geram. ”Permainan kita belum tamat lagi, Halina! Kau lihat la siapa yang akan menang nanti. Ini Melissa!” jerit Melissa.

1 comment:

hana_aniz said...

sempoi r dania tu!
ske watak dia!

mmm.. cik writer.. maaf ye??
tolong besarkn tulisan leh x?
rapat sgt. smpaikn leh terskip plak sy bc.
pliz.. thanks ye!!
da x de shortform! ske2!

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...