Tuesday, October 12, 2010

Satu Dua Tiga 15

BAB 15

            Aleya meletakkan pensil yang dipegangnya Apa yang diceritakan oleh Alisa sebentar tadi mengejutkan dirinya. “What you gonna do,sis?”
            “Angah tak tahu lagi. Sekarang ni fikiran Angah tengah buntu. Ibu tetap berdegil untuk tinggal di sini sehingga proses penceraian dia selesai.”
            “Orang macam Datin Kartika tu takkan biarkan perkara ni begitu saja. You should be careful.”Aleya risau.
            “I know.”
            “Angah perlu lakukan sesuatu dengan segera. Sebelum dia bertindak, Angah kena bertindak dulu. Jangan ingat dia boleh lakukan sesuka hati terhadap kita.” Tegas Aleya. Dia tak suka jika ada orang cuba membuli keluarganya.
            “I know! Angah rasa angah tahu apa yang perlu Angah lakukan.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa.
            “Good! Along akan selesaikan semua kerja di sini dengan segera. Along akan ke Malaysia bila semua kerja di sini selesai.”
            “Ok! I’ll have to go. Angah tak nak ibu syak sesuatu.” Kata Alisa melirik ke kiri dan kanan. Dia berdiri di luar bilik ibunya.
            “Ok. Kirim salam kat ibu.”
            “Baiklah!” kata Alisa sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Aleya termenung seketika. Sebenarnya, hatinya bimbang. Bimbang jika sesuatu akan terjadi pada ibu dan adiknya. Pantas dia mendail nombor telefon setiausahanya.
            “Mary! I want all my appoinment this month, change in this week. Next week, i’ll gonna go back to Malaysia for a month. I’ll want to settle my work this week. Can you do that?  Thank you, Mary” kata Aleya terus meletakkan telefonnya. Aleya bangun dan berjalan menuju ke tingkap. Dia melihat salji yang sedang turun. Sekarang musim salji sudah tiba, Aleya lihat halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan salji. Aleya mengeluh! Walauapa yang terjadi, dia akan bawa ibunya pulang.

                                                **********************************

            Dr. Nazri tersenyum melihat Alina yang sedang makan nasi goreng di hadapannya. Dia tak sangka dengan tiba-tiba saja Alina mengajaknya keluar. Hatinya berbunga riang. Sudah lama dia berangan-angan yang satu hari nanti dia akan makan berdua bersama Alina.
            “Actually, Lina nak minta pertolongan!”
            “Pertolongan!” Dr. Nazri terkejut. Matanya merenung mata Alina yang berwarna coklat itu.
            “Ye, i need your help. About my  mother. Lina nak bawa ibu balik hari ini. Lina perlukan kebenaran dari awak untuk bawa ibu saya pulang.” Alisa terus berterus-terang tentang tujuannya mengajak Dr. Nazri makan tengahhari bersama.
            “Apa!” Dr.Nazri terkejut.
            “Lina nak bawa ibu balik.”
            “Tapi keadaan Auntie Munirah belum pulih sepenuhnya. Kenapa Lina nak bawa Auntie Munirah balik? Saya rasa lebih baik  jika Auntie Munirah tinggal lama di hospital, boleh la saya pantau keadaan Auntie Munirah. Dia perlu terima rawatan lagi”
            “Lina tahu tetapi Lina perlu bawa ibu keluar hari ini juga. I hope you understand.”
            “Aaa....Uncle Kadir dah tahu ke tentang hal ini?”
            “Dia tak berhak tentang hal ini. Sebab dia la ibu jadi macam ni.” Alisa tiba-tiba meninggikan suaranya. Hatinya panas bila mendengar nama lelaki itu. Bencinya pada lelaki itu semakin membuak-buak.
            Dr. Nazri tergamam bila Alina tiba-tiba meninggikan suara ke arahnya. Inilah pertama kali dia melihat Alina seperti ini.
            “Aaa...Maaf, tadi Lina terlalu emosi.” Alisa tersedar. Alisa merenung lelaki itu. Walauapa yang terjadi, aku perlu bawa ibu balik hari ini jugak. Alisa mengeluh kuat. “Awak tahu kan keluarga Dato’ Kadir macam mana lebih-lebih lagi Datin Kartika.Kehadiran kami di sini tidak dialukan”
            “Saya faham dengan situasi awak, Lina!”
            “Kalau begitu, awak setuju untuk membenarkan ibu Lina keluar hari ini? Lina janji hujung minggu depan, awak nak bawa Lina tengok wayang ke jalan-jalan ke. Lina ikut saja.” Janji Alisa. Minggu depan Acu balik, nampaknya Acu la yang akan keluar dengan mamat doktor ni. Alisa ketawa kecil di dalam hati.
            “Betul ke?’ Dr. Nazri seolah-olah tidak percaya. Sudah beberapa kali dia mengajak Alina keluar tetapi bermacam alasan Alina berikan tetapi kali ini Alina sendiri yang mengajaknya keluar. Macam bermimpi pula.
            “Ya!” Alisa tersenyum.
            “Hey, perempuan! Kau ni tak ada kerja lain ke? Teman lelaki orang pun kau nak rampas. “ marah Suhaila yang tiba-tiba berada di situ. Alisa terkejut akan kehadiran Suhaila. Orang ramai yang berada di cafe memandang ke arah mereka.
            Alisa terus bangun. “Kau ni ada masalah ke? Tak boleh ke bercakap seperti orang bertamadun. Ini tidak, datang sini saja terus menjerit macam orang gila. Kau sedar tak kau sekarang ni berada di mana?”
            “Aku peduli apa? Yang penting sekarang ni, kau cuba rampas Dr. Nazri dari aku! Kau ni memang perempuan tak tahu malu.” Sakit hati Suhaila bila melihat mereka berdua sedang makan di cafe seperti pasangan kekasih.
            “Suhaila, kita tak ada apa-apa hubungan pun sekadar kawan biasa saja.” Dr. Nazri mencelah . suka-suka saja Suhaila mengaku aku ni boyfriend dia. Dr. Nazri bimbang jika Alina salah faham dengan kata-kata Suhaila tadi.
            “Abang!” Suhaila terkejut. Matanya merenung tepat wajah Dr. Nazri. Pertengkaran mereka menjadi tumpuan orang yang berada di situ.
            “Sekarang ni siapa perempuan yang tak tahu malu.” Perli Alisa sambil tersenyum kambing.
            “Kau dengan mak kau sama saja! Perampas!”jerit Suhaila seolah-olah seperti orang hilang akal.
            Alisa ketawa. Lucu sekali bila mendengar kata-kata Suhaila. Perempuan ni memang ada masalah mental. Entah dia sedar ke tak apa yang telah dia cakapkan tadi. Dahi Suhaila berkerut melihat Alisa ketawa.
            “Ibu aku isteri pertama, manakala mak kau bini kedua! Sekarang ni cuba kau guna otak kau yang tepu tu untuk berfikir, siapa yang perampas suami orang!” balas Alisa. Matanya bulat merenung kakak tirinya.
            “Kau!” jerit Suhaila geram.
            “Jerit la!  Jerit la sekuat hati! Biar bergegar seluruh hospital ni dengar suara kau! Jerit la lagi!” perli Alisa. Langkahnya terus diatur meninggalkan Suhaila Alisa sedar orang ramai yang berada di situ memerhati ke arahnya. Adegen pertengkaran tadi menjadi perhatian orang ramai yang berada di cafe itu. Alisa hanya tersenyum. “Crazy women!” jelas Alisa pada orang ramai yang berada di situ. Mereka hanya tersengih bila mendengar kata-kata Alisa.
            “Suhaila, what’s wrong with you? Tak malu ke?” marah Dr. Nazri. Sikap Suhaila membuatkan dirinya rimas. Hidupnya tidak pernah aman sejak kehadiran Suhaila dalam hidupnya.
            “Malu! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni! Perempuan tu yang tak malu! Dia...”
            Belum sempat Suhaila menghabiskan ayatnya, Dr. Nazri terus mencelah. “Suhaila, boleh tak berhenti berperangai seperti budak-budak! Walaupun kamu berdua adik-beradik tiri, selaku kakak kamu sepatutnya tunjukkan contoh yang baik pada seorang adik.” Marah Dr. Nazri.
            “Dia bukan adik Su! Kami tak ada apa-apa pertalian darah pun. Su tak ingin ada adik macam perempuan tu.” Suhaila bengang bila Dr. Nazri menyebelahi Alina.
            “Abang tak tahu nak cakap apa lagi dengan Su!” Satu keluhan dilepaskan. Dr. Nazri sudah malas menasihati Suhaila. Macam ni nak jadi girlfriend aku, baik tak payah la. Laju kakinya berjalan meninggalkan Suhaila.
            “Abang! Abang Nazri!” jerit Suhaila. Kakinya dihentak beberapa kali untuk melepaskan geram. Tergamak Abang Nazri meninggalkan aku seorang diri kat sini. Ini semua gara-gara Alina. Sejak kepulangan Alina dan ibunya, hidup aku dan mama kucar-kacir dibuatnya. Aku takkan biarkan perkara ni begitu saja. Suhaila mengetap bibirnya menahan geram.

                                    *******************************************

            Kartika terkejut pintu bilik dibuka dengan kasar. Kadir melihat Katrika seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Pintu bilik ditutup dengan kasar.
            “Apa yang kau dah buat pada Munirah dan Halina, hah?” soal Kadir dengan kasar. Dia terkejut bila Munirah tiada sewaktu dia ingin melawat Munirah di hospital. Sudah beberapa kali dia menelefon Halina dan Munirah namun panggilannya tidak dijawab. Lebih mengejutkkan lagi bila Dr. Nazri memberinya sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Munirah kepadanya. Munirah bertekad untuk bercerai dengannya. Ini pasti ada kaitan dengan isteri keduanya.
            “Apa maksud, abang? Tika tak faham.”
            “Kau jangan nak berlakon dengan aku, Kartika. Aku kenal sangat perangai kau yang sebenarnya. Apa yang telah kau buat sehingga Munirah tergesa-gesa keluar dari hospital?”
            “Apa!” Kartika terkejut. Dia dah keluar hospital! Habis rancangan aku kali ni.
            “Kau jangan nak berpura-pura terkejut. Aku nak ingatkan kau sekali lagi, kalau kau berani apa-apa Munirah dan anak aku, tahulah nasib kau nanti.” Kadir memberi amaran. Perangai Kartika semakin hari menguji kesabarannya.
            “Abang ni memang jenis kacang lupakan kulit. Abang dah lupa ke? Siapa yang berada di sisi abang selama 25 tahun ni? Tika, abang! Tika.” Kartika sudah naik angin.Dia geram bila dirinya dipersalahkan.
            “Ya, memang selama 25 tahun ni kau bersama aku tapi ada kau jalani tanggungjawab kau sebagai isteri! Tiada. Waktu aku jatuh sakit, terlantar kat hospital, kau ingat aku tak tahu apa kau buat di belakang aku! Aku belum buta lagi, Kartika.”
            Pengakuan Kadir mengejutkan dirinya. Jadi selama ini dia tahu apa aku buat di belakangnya selama ini? Tak guna! Kartika mengetap bibirnya menahan geram.
            “Buat kali terakhir aku ingatkan kau, kau jangan sentuh isteri dan anak aku. Kalau kau masih berdegil jugak, aku tahu macam mana nak ajar kau.” Tegas Kadir. Kali ini dia mesti bertegas dengan Kartika. Dia bimbang jika sesuatu terjadi pada Munirah dan Halina.
            “Mama! Su, benci! Benci dengan Halina” jerit Suhaila terus meluru masuk ke bilik. Kehadiran Kadir di dalam bilik itu mengejutkan Suhaila.
            “Ini seorang lagi. Nak masuk ke bilik, tak reti ke ketuk pintu dulu. Ini tidak, main redah saja.” Marah Kadir.
            “Papa ni, kenapa tiba-tiba marah Su? Kalau iya pun tengah marahkan mama, jangan lepaskan kemarahan papa tu kat Su. Ini tak adil.” Jawab Suhaila dengan kasar. Sekarang ni aku dah la tengah bengang dengan Halina, papa pula tiba-tiba naik angin.
            “Suhaila, ini ke cara kamu bercakap dengan orang tua? Tak hormat langsung. Kau sedar tak dengar siapa kau sedang bercakap sekarang ni. Perangai mak dengan anak sama saja! Kurang ajar.” Marah Kadir sebelum mengatur langkah meninggalkan mereka berdua. Pintu dihempas dengan kasar.
            “Mama! Tengok papa tu.” Suhaila mendekati ibunya  Dia merengek meminta simpati.
            Mata Kartika masih belum berganjak memerhati pintu biliknya. Kata-kata suaminya itu telah melukai hatinya. Sekarang ni di mata abang, hanya ada perempuan tu saja. Dialah yang terbaik. Aku pula jahat. Tak apa, aku takkan biarkan semua ini begitu saja. Perempuan tu dan anaknya perlu diajar. Kartika sudah bertekad.

No comments:

Post a Comment