Tuesday, October 5, 2010

Satu Dua Tiga 2

Bab 2

            Aleya meletakkan jag air yang berisi jus kiwi. Mata Aleya tepat melihat ke arah kerusi Ibunya dan Alina. Selama ni, mereka berempat sering makan bersama tapi malam ni hanya mereka berdua saja. Tiba-tiba dia terasa kosong. Aleya mengeluh perlahan.
            “Along! Kenapa?” tanya Alisa. Dia dengar keluhan Aleya sebentar tadi.
            “Nampaknya minggu ni,kita berdua je la makan bersama.” Aleya terus duduk dan tangannya mencapai jag air dan menuang air ke dalam 2 biji gelas yang berada di hadapannya.
            “Along rasa ibu dan Acu dah sampai ke?” Mata Alisa tepat melihat ke arah jam dinding di dapur.
            “Agaknya belum lagi kot. Kalau dah sampai pasti Acu dah call.” Kata Aleya.
            “Along rasa ibu marah kat kita tak?” tanya Alisa. Dia risau juga ibu terasa dengan sikap mereka semalam.
            “Tak tahulah.” Kata Aleya. Semasa menghantar Ibu dan Alina ke airport, Ibu tak banyak cakap hanya suruh mereka menjaga diri masing-masing. Itu saja.
            “Aaa...ni dah makan ke belum?” tanya seseorang secara tiba-tiba.
            Aleya dan Alisa terkejut bila ada seseorang menyapa mereka berdua. Mata mereka tepat memandang wanita yang sebaya ibu yang sedang ketawa.
            “Aduh...Auntie Khaty! Kus....semangat Leya! Hampir nak tercabut jantung ni dibuatnya.” Aleya mengurut dadanya beberapa kali akibat terkejut dengan sapaan kawan ibu mereka yang juga merupakan rakan kongsi restoran yang dibuka oleh ibu.
            “Auntie ni guna ilmu apa, masuk ke rumah sampai kami tak sedar!”kata Alisa.
            “Ni berbuih mulut auntie beri salam, siapa pun tak jawab. Bila auntie ketuk pintu, tak ada apa-apa response pun. Itu yang buat auntie risau terus auntie masuk menggunakan kunci rumah yang diberikan oleh ibu kamu sebelum berlepas. Dia pesan suruh auntie jaga kamu berdua sementara dia tak ada.”
            “Ala auntie....kami ni dah besar. Umur pun dah 25 tahun. Tahulah kami jaga diri kami. Auntie tak payah risau la.” Aleya tersengih.
            “Hmm...malam ni masak apa?” tanya Khatijah.
            “Nasi goreng!” jawab Alisa menunjukkan pinggan yang dipenuhi nasi goreng yang digorenginya sebentar tadi. Panas lagi.
            “Nasi goreng je!” Khatijah terkejut.
            “Ya la. Abis tu nak masak apa?” soal Aleya hairan.
            “Masak la....lauk apa-apa ke? Eh....kamu berdua ni reti tak memasak?”
            “Eh....Eh.....Auntie Khaty, jangan pandang kami sebelah mata. Kami ni anak chef. Kalau kami tak reti masak, jatuh reputasi ibu. Semua masakan kami reti masak. Auntie cakap je.” Kata Aleya.
            “Auntie, sekarang ni rumah ni ada berapa orang?” soal Alisa
            “Dua orang.” Jawab Khatijah. Dahinya berkerut. Apa kaitannya nasi goreng dengan soalan yang diajukan oleh  Alisa.
            “ Ya, betul! Dua orang. Kalau kami masak pelbagai jenis lauk, siapa nak makan sedangkan kami berdua saja. Jadi kami masak nasi goreng, simple dan tak membazir.” Alisa tersenyum.
            “Gaya kamu cakap ni macam berada dalam court pulak.” Khatijah membuat mimik muka.
            Aleya ketawa kecil bila mendengar kata-kata Auntie Khatijah.
            “Sorry auntie! Terbawa-bawa la pulak.” Alisa bangun dan mengambil pinggan kosong di rak.
            “Mentang-mentang la, kamu ni lawyer. Auntie cakap sepatah, beribu-ribu patah perkataan kamu jawab.” Khatijah menggelengkan kepalanya. Alisa ni memang banyak cakap. Memang sesuai pun kerja peguam.
            “ Dah kebetulan auntie kat sini, apa kata auntie dinner sama-sama dengan kami. Boleh la jugak auntie rasa masakan kami ni.” Kata Aleya meletakkan pinggan kosong pada Auntie Khatijah yang duduk di sebelahnya.
            “Ok je! Hmm...auntie nak tanya, kenapa kamu berdua tak nak ikut ibu dan Lina balik ke Malaysia jenguk ayah kamu yang sakit tu?” Khatijah merenung kedua-dua pasangan kembar itu. Mereka terus terdiam bila mendengar pertanyaan Khatijah. Betul kata Munirah bila cakap saja pasal ayah mereka, pasti mereka berdua akan berubah sikap. Adakalanya melenting tak tentu pasal bila bercakap pasal ayah mereka, sekarang ni mereka diam membisu seolah-olah berpura-pura tak dengar akan pertanyaan aku. Khatijah mengeluh. Menyesal aku beritahu kisah Munirah dan suaminya. Kalau la mulut aku ni reti simpan rahsia, pasti mereka berdua ni tak jadi macam ni. Pendendam! Suasana jadi sunyi saja. Aleya dan Alisa tiba-tiba saja menjadi pendiam. “Aaa....ikut suka hati kamu la....Auntie malas nak cakap apa-apa. Aaa....apa lagi, kenapa la tak letak nasi goreng tu dalam pinggan auntie. Kamu nak auntie makan pinggan kosong ni ke?” kata Khatijah. Dia cuba menukar topik perbualan.
            “aaa....ingatkan auntie dah kenyang....” Aleya bersuara.
            “Kenyang apa bendanya....Bila bercakap dengan kamu berdua ni, hilang abis tenaga auntie ni....Aaa....Lisa, mana airnya?” tanya Khatijah.
            “Sekejap....” Alisa bangun dan mengambil gelas kosong dan diletakkan di hadapan Khatijah. Khatijah tersenyum. Apa nak jadi dengan mereka berdua ni? Degil dan keras hati.Sensitif betul bila isu ayah mereka dikatakan Khatijah melihat telatah anak gadis yang sudah pun berumur 25 tahun. Masa berlalu dengan pantas, Khatijah teringat sewaktu ketiga-tiga mereka dilahirkan. Munirah begitu tabah membesarkan ketiga-tiga anaknya tanpa bantuan orang tersayang di sisinya terutamanya suami dia sendiri.
            “Auntie! Sempat berangan lagi tu...” Usik Alisa.
            Khatijah terkejut bila Alisa menegurnya. Dia tersenyum melihat Alisa dan Aleya yang sedang ketawa. Mereka berdua ni....Hmm....Munirah dah sampai ke belum?

                                                *********************************

            Maria membuka pintu bilik. Dia hairan bila lihat Munirah masih tercegat berdiri di luar bilik. Dari KLIA, mereka terus bergegas ke hospital untuk melawat Abang Kadir. Alina menoleh ke arah ibunya.
            “Kak....Kak Munirah, kenapa ni?” soal Maria dengan penuh tanda tanya.
            “Aaa.....Tak ada apa-apa!” jawab Munirah. Dia menarik nafas panjang. Sebaik saja, dia tiba di muka pintu, kakinya tiba-tiba menjadi berat. Jantungnya berdebar-debar untuk berjumpa dengan orang yang pernah menghina dan menghalaunya sejak 25 tahun yang lalu. Dia perlukan kekuatan.
            “Ibu! Jangan bimbang. Lina ada di sisi ibu” Alina faham apa yang sedang bermain di fikiran ibunya. Alina memegang erat tangan ibunya. Sejuk!
            “Kak!” panggil Maria lagi.
            Munirah menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke bilik itu. Matanya tepat memandang ke arah lelaki yang sedang terlantar di atas katil. Langkah Munirah diatur  mendekati katil itu. Air mata Munirah jatuh berlinangan sebaik saja melihat keadaan suaminya yang kaku. Melihat tubuh suaminya yang dikelilingi  wayar dan alat bantuan mesin membuat hatinya sebak.
            Alina mengesat air matanya beberapa kali. Dia tak sangka akan berjumpa dengan ayahnya buat kali pertama dalam keadaan begini.
            “Abang Kadir, ada pesan kat Maria. Dia suruh Maria cari kak. Katanya dia ingin mohon maaf pada kak. Dia kesal dengan apa yang telah dia lakukan pada kak. Dia ingin tebus segala kesalahannya.” Beritahu Maria. Dia menyampaikan hasrat sepupunya.
            “Kak tak pernah pun berdendam dengan Abang Kadir. Apa yang berlaku dahulu, kak dah lupa dan dah lama kak maafkan Abang Kadir. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami tak ada jodoh.” Ucap Munirah dengan lembut. Perlahan-lahan Munirah memegang tangan kanan suaminya. Air matanya masih menitis.
            “Abang! Segala kesalahan abang, dah lama Munirah maafkan. Halalkan makan minum Munirah sepanjang 2 tahun kita bersama. Jika Munirah pernah buat silap kat abang, Munirah minta maaf.” Munirah cuba menahan tangisannya.
            “Ibu!”
            “Lina! Salam abah kamu ni!” arah Munirah.
            Giliran Alina pula memegang tangan ayahnya. “Abah! Ini Alina. Pasti abah terkejut sekarang ni dengan kehadiran Lina secara tiba-tiba dalam hidup abah. Walaupun kita tak sempat untuk mengenali antara satu sama lain namun Lina gembira kerana dapat berjumpa dengan abah akhirnya. Kami maafkan abah.” Alina menangis teresak. Dia memegang erat tangan ayahnya. Alina tiba-tiba teringat akan kakak kembarnya.Alina terkejut bila dia melihat tangan ayahnya bergerak.
            “Ibu!” Alina terus menoleh ke arah ibunya. Munirah dan Maria terperanjat melihat Kadir yang telah membuka mata dan memandang ke arah mereka. Matanya tepat memandang ke arah Munirah. Bibirnya terkumit-kumit seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.
            Munirah tergamam.
            “Kak...Saya pergi panggil doktor, sekejap!” kata maria terus bergegas keluar mencari Doktor Nazri.
            “Abah!” Alina masih menangis. Dia memegang tangan ayahnya.
            Kadir mengalirkan pandangannya ke arah wanita muda yang berada di sisinya. Matanya tak berkelip melihat wanita itu. Hampir seiras dengan Munirah. Mata...Mata....Kadir mengalih pandangannya ke arah Munirah pula. Dia ingat menyatakan sesuatu namun suaranya seolah-olah telah disekat.
            Dengan pantas, Munirah memegang tangan Alina dan menarik tangan Alina dari memegang Kadir. “Lina, balik!” tegas Munirah.
            “Tapi....Ibu, abah dah sedar.” Ujar Alina. Dia hairan dengan tindakan ibunya.
            “Balik! Tak guna kita berada di sini. Jom balik! Sini bukan tempat kita.” Munirah terus memegang tangan anaknya dan menariknya keluar dari bilik itu. Alina akur dengan arahan ibunya. Sebelum keluar, dia memandang ayahnya sekilas pandang. Langkahnya diatur mengikut langkah ibunya yang bergegas keluar dari situ.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 9

  Bab 9             SAMBIL berjalan ke dapur, Widad mengikat rambutnya menjadi tocang satu. Dibetulkan rambutnya agar tersisir rapi. Dia m...