Tuesday, October 5, 2010

Satu Dua Tiga 4

Bab 4







“Assalammualaikum.....”


“Walaikummussalam.” Jawab Dr. Nazri dan dia terus menoleh ke belakang bila ada orang memberi salam.


“Aaa.....Maaf mengganggu!Aaa....Doktor ni doktor yang merawat pesakit yang bernama Dato’ Syed Mohd Kadir kan?” soal seorang wanita sambil senyuman terukir di bibirnya.


“Ya.” Jawab Dr. Nazri. Matanya tida berkelip memandang wanita yang berdiri di hadapannya. Dia terpegun melihat kecantikan wanita itu yang berbaju kurung Pahang yang berwarna hijau. Rambut yang panjang melebihi bahu malah dihiasi denga cekak rambut berwarna hijau menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu.


“Aaa....Saya nak tanya tentang keadaan Dato’ Kadir?”


“Dato Kadir! Alhamdulilah, sekarang ni kesihatan Dato’ Kadir semakin stabil dan jika tak ada apa-apa halangan, Dato Kadir akan dibenarkan keluar minggu depan.”


“Ooo...Terima kasih.” Ucap wanita itu.


“Aaa....Cik ni siapa?” soal Dr. Nazri hairan. Rasanya dia tak pernah berjumpa dengan wanita ini sebelum ni.


“Hmmm...Hanya kenalan lama saja. Saya balik dulu.” Wanita itu terus meninggalkan Dr Nazri.


Dr. Nazri masih tercegat di situ malah matanya masih lagi memerhati kelibat wanita itu. “Abang Naz!” Dr. Nazri terkejut bila ada seseorang memanggil namanya. Dahi Dr. Nazri berkerut bila melihat wanita yang sedang menghampirinya. Dr. Nazri mengeluh.Dia dah datang dah.


“Abang!” Suhaila tersenyum melihat lelaki yang berdiri di hadapannya. Kacak. Memang padan dengan aku.


“Apa halnya ni? Bukan ke semalam Su dah datang? Su tak kerja ke hari ni?” soal Dr. Nazri.Dia sebenarnya rimas dengan perangai Suhaila. Tiap-tiap hari datang ke hospital jumpa aku. Sikap Suhaila yang kuat cemburu membuatkan segala kerjanya terbantut. Bercakap dengan nurse pun, dia boleh mengamuk tak tentu pasal. Malu aku dibuatnya. Aku anggap dia kawan saja tapi dia sendiri yang anggap aku lain. Aduh....


“Rindu kat abang!”


Dr. Nazri terus memalingkan mukanya ke arah lain. Naik termuntah aku bila dengar perkataan tu.


“Abang, cantik tak rambut Su! Pagi tadi Su pergi salon, Su potong rambut. Su potong ikut Dolly Style. Cantik kan” Suhaila menunjukkan rambutnya yang potong pendek secara bertingkat.


“Ya...Cantik.” ujur Dr. Nazri. Tiba-tiba Dr. Nazri mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kot putih yang dipakainya. “Aaa....Su, maaf la. Abang ada hal. My patient need me.” Kata Dr. Nazri terus beredar dari situ.


“Abang!” panggil Suhaila bila Dr. Nazri terus meninggalkan dirinya seorang dirinya. Asalnya dia ingin mengajak Abang Nazri lunch bersama tapi Abang Nazri ada hal pulak. Geram! Tak apa! Esok aku datang lagi. Nurse kat hospital ni bukannya boleh dipercayai, mereka semua pasti ingin mendekati Abang Nazri. Aku takkan benarkan.


Dr. Nazri mempercepatkan langkahnya. Sebenarnya tadi dia berpura-pura yang dia menerima sms dari pihak hospital. Dia perlu loloskan diri dari Suhaila. Dr. Nazri mengeluh. Sejak mengenali Suhaila, hidupnya porak peranda dibuatnya. Suhaila suka mengekorinya. Itu yang buat dia rimas. Dah berbuih mulutnya berterus-terang dengan Suhaila bahawa dia hanya menganggap Suhaila hanya sebagai kawan, tak lebih dari itu tapi Suhaila ni jenis tak faham bahasa. Aaa....Suhaila tak ada ciri-ciri wanita idamannya tapi wanita tadi. Senyuman terukir dibibir Dr. Nazri sebaik saja mengenangkan wanita yang baru diketemuinya tadi.










******************************






“Munirah!” Senyuman terukir di bibir Kadir sebaik saja melihat kelibat Munirah yang berdiri di hadapannya. Matanya beralih ke arah wanita muda yang berdiri di belakang Munirah. Wanita muda itu tersenyum ke arahnya. Kadir bangun dan membetulkan kedudukannya di atas katil. Dia gembira kerana akhirnya Munirah bersetuju berjumpa dengannya.


“Awak apa khabar?” soal Munirah.


“Baik. Alhamdulilah...Awak munirah? Sihat?”


“Sihat.”


“Aaa....ini.....” Kadir merenung wanita yang berada di sisi Munirah.


“Ini anak Munirah. Nur Alina. Lina, pergi salam Dato. Kadir.” Kata Munirah.


Sebaik saja mendengar kata-kata ibunya, Alina terus bersalam dengan Kadir. Air mata Kadir menitis sebaik saja Alina bersalam dengannya. Kadir memegang erat tangan Alina. Sebak hatinya bila mengenangkan Alina membesar tanpa kehadiran seorang ayah. “Maafkan abah, Lina! Abah minta maaf.”


Alina terkejut dengan ucapan maaf dari ayahnya. “Abah, jangan la macam ni. Abah tak pernah buat salah pun kat Lina. Kenapa abah nak minta maaf pulak. Perkara yang lepas tu biarlah ia berlalu.”


“Lina!”


“Awak tu baru saja sembuh.Awak kena jaga diri baik-baik.” Munirah bersuara. Dia gembira kerana Kadir dapat menerima Alina tetapi ..Aleya dan Alisa pula, bolehkah mereka berdua menerima Kadir dalam hidup mereka. Munirah keliru. Perlukah dia beritahu Kadir mengenai anaknya yang lain. Jika aku beritahu, pasti dia ingin berjumpa dengan Aleya dan Alisa.


“Munirah, abang minta maaf banyak-banyak. Abang dah banyak buat salah kat Munirah. Abang jugak banyak sakiti hati Munirah.Selama 2 tahun kita hidup bersama, Munirah tak pernah hidup bahagia bersama abang.”Kadir menyesal dengan apa yang dia telah lakukan. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga menyebabkan rumahtangga mereka dibina tanpa cinta.Waktu itu Kadir benar-benar benci pada Munirah kerana bersetuju berkahwin dengannya lagipun Munirah adalah anak kepada pekebun rumahnya. Munirah tak layak untuk menjadi pasangan hidupnya.


“Awak, yang lepas tu biarlah berlalu. Lagipun Munirah dah lama maafkan awak. Tak pernah terdetik pun di hati Munirah untuk berdendam dengan awak. Anggap saja kita tak ada jodoh dan ia suratan takdir.” Kata Munirah dengan lembut. Apa yang telah dilakukan oleh suaminya 25 tahun dah lama dia maafkan. Sebenarnya sebab dia tak ingin menjejakkan kaki ke Malaysia kerana tak ingin menganggu rumahtangga suaminya dengan isteri kedua. Dia tak nak keruhkan lagi keadaan.


“Terima kasih, Munirah.” Kadir tersenyum. Perangai Munirah dan Kartika jauh berbeza bagai langit dan bumi. Dia silap kerana telah salah memilih. Dia merenung wanita yang sangat dirinduinya selama 25 tahun. Walaupun sudah berusia, wajah Munirah masih tidak berubah di mamah usia lebih-lebih lagi bila Munirah sudah memakai tudung. Lebih cantik dan ayu. Jika diberi peluang, dia ingin memulakan hidup baru bersama Munirah. Dia ingin tebus segala-galanya.


“Aaa...Munirah harap awak cepat sembuh. Aaa...Kami akan balik ke London hujung minggu ni. Risau pulak rumah bila ditinggalkan lama-lama.” Beritahu Munirah.Dia sebenarnya risaukan dua orang anaknya.


“Apa! Hujung minggu ni.” Kadir terkejut besar.


“Ya. Lagipun Lina tak boleh tinggal pesakit Lina lama-lama.” Alina mencelah.


“Tapi.....”


“Banyak hal di London tertangguh. Lagipun Munirah tak boleh tinggalkan restoran Munirah di London lama-lama. Aaa....kebetulan Munirah ada kat sini, Munirah nak cakap sesuatu....Aaa...Munirah tahu sekarang ni bukannya masa yang sesuai untuk Munirah bercakap pasal perkara tapi....perkara ni perlu diselesaikan dengan segera sebelum Munirah pulang.” Munirah bercakap dengan berhati-hati.


Alina melihat ibunya. Perkara apa? Ibu tak pernah cakap apa-apa pun pasal hal ni. Tentang apa?


Kadir melihat Munirah seolah-olah berhati-hati ingin menyatakan sesuatu.


“Hmm....Munirah tak nak kita buat dosa lagi. Lagipun Munirah tak nak ganggu rumahtangga awak jadi Munirah rasa lebih baik kita bercerai.”


“Bercerai!” suara Kadir meninggi. Dia terkejut dengan kata-kata Munirah.


“Ibu!” Alina terkejut.


“Ya. Awak dah ada keluarga awak, Munirah tak nak keruhkan lagi keadaan. Dah 25 tahun, kita hidup dengan haluan masing-masing. Dah tiba masanya, kita tamatkan semua ni.” Ucap Munirah dengan lembut. Perkara ni sudah lama dia fikirkan.


“Tak! Abang takkan ceraikan Munirah. Walauapa pun yang terjadi, abang takkan ceraikan Munirah.” Marah Kadir. Matanya merah menyala. Tak mungkin dia akan lepaskan Munirah. Dia takkan buat kesilapan yang sama lagi. Kini Munirah sudah berada di depan, dia takkan benarkan Munirah meninggalkan dirinya lagi.


Munirah tergamam dengan kata-kata Kadir. “Aaa.....Awak jangan salah faham! Munirah takkan minta satu sen pun wang dari awak.Pasal Lina, Munirah takkan halang awak berjumpa Lina sebab awak ayahnya. Munirah hanya nak awak ceraikan Munirah saja. Lagipun awak dah ada Kartika.” Kata Munirah dengan lembut.


“Tak! Munirah isteri abang yang sah. Isteri pertama abang. Ibu pada anak abang. Munirah ingat abang akan tunaikan permintaan Munirah begitu saja. Walauapa yang terjadi, abang takkan ceraikan Munirah. Takkan!” jerit Kadir yang tiba-tiba naik angin. Kadir tiba-tiba batuk. Dia memegang dadanya yang tiba-tiba sakit.


“Abah! Abah!” panggil Alina. Dia terkejut melihat wajah Kadir bertukar pucat. “Ibu, panggil doktor.”


Tak berlengah Munirah terus keluar memanggil doktor. Beberapa minit kemudian, Munirah masuk bersama seorang doktor dan beberapa orang nurse. Wajah Munirah risau.


Dr. Nazri terus memeriksa Kadir.


“Saya juga doktor, boleh saya bantu?” Alina bersuara.


Dr. Nazri menoleh dan dia terkejut melihat wanita yang sedang bercakap dengannya. Itulah wanita yang dijumpainya 2 hari lepas.


“Can I?” soal Alina lagi bila tiada apa-apa response dari doktor itu.


“Sure!” jawab Dr. Nazri terus memeriksa nadi Kadir.


“Ibu, keluar dulu. Jika ada apa-apa nanti, Lina beritahu ibu. Jangan risau.” Kata Alina melihat ibunya. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikirannya ibunya.


Munirah menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar. Di hatinya, dia berdoa agar suaminya selamat.






*****************************************






“What!”


Alina menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga sebaik saja dia beritahu kakaknya tentang penangguhan mereka untuk pulang ke London. “Abah sakit balik.”


“I don’t care. Dia ada isteri dan anak sendiri, kenapa pula Ibu dan Acu perlu susahkan diri menjaga dia.” Marah Alisa. Berdesing telinganya sebaik saja Alina beritahu yang mereka akan balik hujung bulan ni.


“Tapi abah masih suami ibu dan ayah kita, Angah.” Pujuk Alina.


“I don’t care about that. Waktu dia halau ibu 25 tahun yang lalu, hubungan mereka sebagai suami isteri dah berakhir. Dah berakhir.” Tegas Alisa.


“Angah!”


“I give you time! Minggu depan, kalau ibu dan Acu masih juga tak nak balik. I’ll come and take you back to London. Understand.” Kata Alisa sebelum meletakkan telefonnya. “Angah!” Alina mengeluh bila kakaknya sudah meletakkan telefonnya. Keras hati betul. Alina mengeluh. Kalau la Along dan Angah tahu abah enggan ceraikan ibu, pasti teruk keadaan nanti.


“Siapa, Acu?” soal Munirah sebaik saja keluar dari balik. Dia baru saja selesai menunaikan solat maghrib.


“Angah!” Alina membuat mimik muka.


“Angah marah ke bila ibu buat keputusan untuk tinggal di sini lebih lama sikit?” Munirah faham dengan perangai anak keduanya.


“Hmm...Ya, Ibu. Angah beritahu, kalau ibu dan Acu tak balik minggu depan. Angah akan datang jemput kita berdua balik. Ibu tahu kan apa yang berlaku if she’s here.” Alina tak dapat bayangkan kalau Angah ada di sini. Kalau...kalau...Along juga ikut sama, aduh....tak dapat bayangkan la apa yang terjadi lebih-lebih lagi jika mereka berdua terjumpa abah.


Munirah tersenyum. Dia dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Sikap mereka berdua jauh berbeza dengan Alina. Alina seorang yang lemah lembut dan pemaaf. Manakala Alisa seorang yang tegas dan kata-katanya sangat pedas. Walaupun Alisa hanya menyebut satu perkataan saja, namun kesannya amat mendalam. Aleya pula seorang yang kasar dan jika dia sudah buat keputusan jangan harap la dia akan mengubah balik keputusannya malah dia juga cepat naik angin. Bila dia naik angin, tangannya lebih pantas dari mulutnya. Jika ada orang sakiti hatinya, pasti teruk orang itu dikerjakannya. Kalau la....Along Angah betul-betul datang ke Malaysia?

2 comments:

yunie said...

saya baru ikuti blog nie... mmg menarik... cite smua y kt lily karang mmg besh...

zarifah radzwan said...

yunie samr kite saya pun baru termasuk blog ni....lily best tak boleh lari dah

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...