Tuesday, October 5, 2010

Satu Dua Tiga 6

Bab 6

            “Baru balik ke, Umi?” soal Iskandar sebaik saja melihat ibu tirinya menghampiri mereka yang sedang minum petang. Dia pun baru saja balik dari pejabat bersama ayahnya.
            “Ya.” Maria meletakkan beg tangannya di atas meja dan duduk bersebelahan dengan suaminya.
            “Ada apa-apa hal yang berlaku ke?” soal Tengku Ismail bila melihat wajah isterinya yang kelihatan masam mencuka.
            Maria mengeluh. “Apa lagi kalau bukan Kartika tu buat hal. Abang tahu tak, pagi tadi dia mengamuk bila lihat Kak Munirah melawat Abang Kadir. Yang buat Maria geram bila dia tampar Kak Munirah. Eee....dia tu memang nak kena la.”
            “Lepas tu Auntie Munirah balas balik tak?” sampuk Iskandar.
            “Eh...budak ni, orang tua-tua bercakap boleh dia menyampuk pulak tu....”
            “Ala....Umi, cerita depan Is! Mesti Is dengar.” Iskandar ketawa.
            “Lepas tu?” soal Tengku Ismail ingin tahu.
            “Abang kan kenal dengan perangai Kak Munirah macam mana! Dia tu baik sangat bagi muka kat Kartika sampai dia berani penampar Kak Munirah sedangkan dia tu isteri kedua.”
            “Jadi Umi, adegen tampar menampar tak ada la.Tak best la macam tu” Iskandar mencelah lagi.
            “Is” serentak Maria dan Tengku Ismail menyebut nama Iskandar yang mengganggu mereka bercerita.
            “Ok! I’ll keep my mouth close.” Iskandar terus berdiam diri namun telinganya masih ingin mendengar setiap detik perbualan antara ayah dan ibu tirinya.
            “Dia tuduh Kak Munirah macam-macam. Nakkan harta Abang Kadir la. Nak goda Abang Kadir la! Nak balas dendam la. Apa yang dia merepek pun, Maria tak tahu. Yang buat dia bengang sangat-sangat bila dia dapat tahu, Abang Kadir ada anak dengan Kak Munirah. Apa lagi, dia mula la kata Alina tu bukan anak kandung Abang Kadir. Dia sengaja nak buat Abang Kadir rasa was-was dengan Alina. Macam la Maria tak tahu agenda dia. Dia takut sangat segala kemewahan yang dia ada sekarang akan dirampas oleh Alina. Perempuan mata duitan memang itu perangainya yang sebenarnya. Semua dia nak kawal seorang.” Bebel Maria.
            “Abang rasa Kartika takkan biarkan Munirah dan anaknya begitu saja.”
            “Maria pun fikir begitu.”
            “Umi, bukan ke Auntie Munirah nak bercerai dengan Uncle Kadir?” soal Iskandar secara tiba-tiba. Kisah antara Auntie Munirah, Auntie Kartika dan Uncle Kadir , dia tahu. Itu pun sebab dia terdengar perbualan antara abah dan umi.
            “Ya tapi Uncle Kadir tak nak.”
            “Abang pelik dengan perangai Kadir! Kenapa pulak dia tak nak ceraikan Munirah pulak sedangkan dulu dia benci sangat dengan Munirah sebab itu dia buat keputusan untuk berkahwin dengan Kartika.”
            “Maria pun tak faham dengan perangai Abang Kadir tu. 25 tahun, Kak Munirah besarkan Alina seorang diri di luar negara. Susah payah dia besarkan anak sendiri di luar negara, Maria tak dapat bayangkan. Kenapa la dia nak seksa hidup Kak Munirah lagi. Cukuplah Kak Munirah hidup bergantung tak bertali, ada saja suami tapi tak berguna langsung.” Geram Maria.
            “Is rasa pasti Uncle Kadir tak tahan dengan perangai Auntie Kartika sebab tu dia nak baik semula dengan Auntie Munirah.” Iskandar memberi pendapat.
            “Maksud Is.....” Maria melihat anak tirinya.
            “Is rasa Uncle Kadir nak tebus kembali kesalahannya 25 tahun yang lalu, maksud Is....Uncle Kadir nak jadi seorang suami dan bapa yang baik ataupun sebenarnya Uncle Kadir dalam diam-diam mencintai Auntie Munirah.”
            Tiba-tiba Tengku Ismail ketawa bila mendengar kata-kata anak tunggalnya. Lucu! “Boleh pakai ke teori Is ni? Masalah cinta sendiri pun belum selesai, ada hati nak jadi doktor cinta.”
            “Apa halnya, Abang” Maria tak faham apa yang suaminya cuba sampaikan.
            “Anak awak ni sepanjang hari ada di bilik abang . Takut! Larikan diri dari Sofea.” Tengku Ismail ketawa.
            “Abah ni! Perkara ni perkara serius. Tiap-tiap hari dia datang jumpa Is. Rimas giler. Asyik nak berkepit saja macam gam uhu.”
            “Si Sofea tu kacau Is lagi ke?”
            “Ya, Umi! Is dah hilang akal. Jenis tak faham bahasa. Is dah pun berterus-terang dengan dia. Selama ni Is anggap dia macam adik Is sendiri. Tapi dia masih jugak tak faham. Abah, Is tak kisah kalau abah tukarkan Is kat mana-mana cawangan kita kat Malaysia asalkan Is tak jumpa dengan Sofea tu.” Rayu Iskandar. Ayahnya nak hantar ke hujung dunia pun dia sanggup asalkan tak berjumpa dengan Sofea tu.
            “Itu la Umi suruh kawin cepat-cepat, Is tak nak.”
            “Ala...Umi! Tak sampai seru lagi. Lagipun Is masih muda lagi.”
            “Muda! Dah 30 tahun, Is masih cakap Is masih muda lagi.”
            “Is tak puas enjoy lagi la.”
            “Suka hati Is la! Umi nak sembahyang Asar ni. Dah lewat dah.” Maria segera bangun dan meninggalkan mereka berdua beranak yang sedang menikmati minum petang.

                                    *****************************************

            “Kau! Apa perempuan ni buat kat sini,hah?” jerit Kartika sebaik saja melihat tetamu yang tidak diundang itu melangkah masuk ke rumahnya. Jari telunjuknya diarahkan tepat pada Alina yang sedang berdiri di sebelahnya. “Abang sengaja nak malukan Ika, kan! Abang sengaja nak sakitkan hati dengan bawa anak haram ni balik ke rumah.”
            “Kartika! Kau jaga sikit mulut kau tu. Alina anak aku. Darah daging aku. Rumah ni rumah dia jugak. Dia lebih berhak dari kau.” Marah Kadir bila Kartika menghina anaknya.
            “Auntie, Lina datang ni sebab nak teman abah balik saja. Lepas ni Lina balik.” Alina bersuara. Dia sedar kehadirannya tidak dialu-alukan di dalam rumah ni.
            “Hey! Kau jangan nak buat baik dengan aku. Kau dan mak kau sama saja.”
            Dr. Nazri yang kebetulan menemani Dato’ Syed Kadir hanya mendiamkan diri. Suasana kini tegang.
            Alina terkejut bila ditengking oleh Kartika.
            “Ni rumah aku! Alina berhak datang sini. Kau siapa nak halang dia dari datang jumpa aku.”
            “Abang!”
            “Kau diam! Kalau kau halang Alina dari datang ke rumah ni, jangan harap la kau dapat satu sen dari aku. Kau ingat tu.”
            Kartika tergamam mendengar ugutan suaminya. Dia terdiam.
            “Lina, teman abah masuk ke bilik. Nazri, jom ikut sekali.” Kata Kadir.
            “Baiklah, abah!” Alina memimpin tangan ayahnya meninggalkan Kartika yang sedang menahan geram melihat telatah mereka berdua ni. Dr. Nazri hanya mengikut saja. Dia malas nak masuk campur dalam urusan keluarga ni walaupun keluargnya sangat rapat dengan keluarga Dato’ Syed Kadir.
            Kartika menghentakkan kakinya menahan geram. Dia menjerit sekuat hati. Sofea dan Suhaila yang baru pulang dari shopping terkejut dengan jeritan ibu mereka.
            “Kenapa mama?” soal Sofea.
            Kartika menoleh ke arah dua orang anaknya. Dia merenung mereka berdua seolah-olah ingin ditelan hidup-hidup. Secara tiba-tiba Kartika menjerit lagi dan terus meninggalkan anaknya.
            Sofea dan Suhaila terkejut dengan reaksi ibu mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Mereka tak tahu apa yang berlaku sewaktu ketiadaan mereka di rumah.

                                                ****************************

            Suhaila menghempas pintu biliknya dengan kuat. Sakit hatinya bila melihat Dr. Nazri berbual dengan anak perempuan ayah tirinya di luar bilik Dato’ Syed Kadir. Mereka kelihatan begitu mesra sekali. Tak pernah Dr. Nazri melayannya seperti itu. Segera Suhaila mendekati ibunya.
            “Mama, tengok la anak haram tu! Mesra sangat dengan Abang Nazri. Sakit hati Su!”
            Kartika mengalih pandangannya ke arah lain. Dia malas nak layan kerenah anak bongsunya.
            “Mama, dengar tak apa Su cakap ni!” Suhaila geram bila ibunya buat tak tahu saja.
            “Su, nak mama buat apa? Itu masalah Su! Pandai-pandai la Su selesaikan sendiri. Mama tengak pening kepala ni! Masalah mama tak selesai lagi, Su jangan nak kusutkan fikiran mama.” Kartika naik angin.
            “Mama!”
            “Shut up, Su.” Marah Sofea. Suhaila terkejut bila kakaknya memarahi dirinya. “Mama! Perkara ni tak boleh ditangguh lagi. Jika kita lambat bertindak, pasti papa akan berbaik semula dengan isteri pertamanya. Bila ini terjadi, habislah kita, mama!”
            “I know about that!”
            “Mama nak buat apa?” soal Sofea.
            “I need to see her.”
            “Mama, senang saja. Mama bagi duit kat perempuan tu suruh dia jangan ganggu kita lagi. Suruh ja dia dan anak dia berambus dari sini. Balik ke London, jangan datang sini lagi.” Kata Suhaila.
            “Betul tu, mama! Wang dapat atasi semua masalah. Siapa yang tak nak wang? Wang adalah segala-galanya.” Sofea setuju dengan cadangan adiknya
            Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibir Kartika. “Tak sangka anak mama ni bijak jugak.”
            “Well! Anak siapa?” Suhaila tersenyum bila ibunya memuji dirinya.Bila perempuan tu berambus, Dr.Nazri akan menjadi milik aku.


           

1 comment:

yunie said...

baiknye watak si lina 2... hehehe

Post a Comment