Saturday, January 1, 2011

Satu Dua Tiga 29

Bab 29


Munirah melihat di segenap sudut bilik itu. Bilik itu dihiasi dengan cantik malah ditambah pula dengan perabot yang berjenama mewah. Keindahan bilik tersebut tidak menarik perhatiannya. Baju kurung putih yang dihiasi labuci berwarna pink dilihat sekali imbas. Setiap wanita mengimpikan perkahwinan yang indah disamping seorang lelaki yang akan mencintai dirinya tulus dan ikhlas namun di sebaliknya lain pula yang berlaku pada dirinya. Dirinya baru sahaja digelar isteri sebentar tadi. Isteri kepada seorang hartawan. Seorang lelaki yang begitu membenci dirinya malah dianggap sebagai pemusnah masa depan lelaki yang telah bergelar suaminya sejam yang lalu.
            Pintu bilik dibuka. Badan Munirah kaku melihat lelaki yang masuk ke dalam biliknya. Tiada secalit senyuman di bibir lelaki tersebut. Munirah mengundurkan kakinya beberapa langkah. Renungan lelaki itu menakutkan dirinya. Lelaki itu terus mendekatinya. Tiba-tiba tangan Munirah digenggam dengan kasar. “Welcome to the hell!”
            “Sakit!” Munirah merayu dilepaskan. Cengkaman Kadir begitu menyakitkan.
            “Sakit!” Kadir ketawa. Dengan kasar dia menarik Munirah hampir dengannya. “Ini baru sikit. Kan aku dah beri amaran pada kau tetapi kau degil. Kau tetap jugak nak kahwin dengan aku. Kau sudah tak sabar untuk menikmati kehidupan yang dilimpahi dengan kemewahan ke? Kau memang perempuan yang tak tahu malu.” Kadir terus menolak Munirah dengan kasar sehingga badan Munirah terkena di almari baju.
            Munirah cuba menahan kesakitan akibat terlanggar almari baju itu. Dia cuba menahan dirinya dari menangis namun air matanya tiba-tiba mengalir.
            “Kau ingat selepas kau berkahwin dengan aku, kau akan dapat memiliki apa yang aku ada sekarang ni ke? Jangan bermimpi! Jangan harap aku nak beri kau satu sen pun duit aku. Aku pelik kenapa keluarga aku begitu sukakan kau? Hey, ubat guna-guna apa yang kau beri pada keluarga aku sehingga mereka beriya-iya ingin menjodohkan kau dengan aku.” Kadir merenung Munirah seolah-olah ingin menelan wanita itu hidup-hidup. Perasaan bencinya pada wanita itu sudah tidak dapat dibendung lain. Wanita ini telah memusnahkan masa depannya.
            “Mu…Munirah sebenarnya….” Nada suara Munirah bergetar. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Kadir.
            “Diam! Perempuan kampung macam kau tak layak bercakap dengan aku! Aku tahu aku terhutang nyawa dengan ayah kau tetapi aku tak sangka diri aku dijadikan pertaruhan untuk membalas budi ayah kau. Kau ingat aku ni benda ke? Mak ayah aku paksa aku untuk berkahwin dengan semata-mata kerana untuk membalas jasa baik ayah kau selamatkan aku dahulu. Duit! Rumah Banglo! Kereta mewah! Semua itu aku boleh beri tetapi bukan diri aku. Kau ni pengemis!” marah Kadir. Dia akui pertama kali berjumpa dengan Munirah, hatinya tertarik pada kecantikan wanita itu namun disebabkan kegoannya dia menyingkirkan perasaan itu.  Munirah tidak setaraf kedudukannya dengan aku. Anak orang gaji. Jika kawan-kawan aku tahu yang aku berkahwin dengan anak orang gaji, pasti aku menjadi bahan ketawa mereka. Tekanan dan ugutan dari ibu dan ayahnya menyebabkan dia setuju menerima rancangan mereka namun dia telah menetapkan syarat bahawa majlis perkahwinannya diadakan secara kecil-kecilan. Akhirnya keluarganya bersetuju dengan syaratnya walaupun pada mulanya mereka tidak bersetuju dengan syarat Kadir.
            Butiran air mata Munirah membasahi pipinya yang gebu itu. Kata-kata Kadir tadi mencalarkan maruah dirinya dan juga ayahnya. Hina sangat ke aku ini?
            “Kau ingat dengan mengalirkan air mata, aku akan berlembut dengan kau! Kau sudah silap. Walau kau menangis air mata darah sekali pun, hati aku takkan berubah. Seumur hidup aku takkan mengaku kau isteri aku. Kau tu kotor. Aku takkan biarkan badan kau yang kotor itu mengotori diri aku. Faham tak!” jerit Kadir. Matanya masih tepat merenung Munirah yang berada tidak jauh darinya. “Satu lagi, semasa bersama keluarga aku dan keluarga kau, aku mahu kau berlakon dengan sebaik-baiknya sebagai seorang isteri yang baik. Kau perlu mainkan peranan kau dengan bijak. Kau pasti tak mahu keluarga kau berasa susah hati kan! Aku beri amaran pada kau, jika aku terdengar atau dapat tahu kau mengadu pada sesiapa tentang hubungan kita yang sebenar, tahulah bagaimana aku nak ajar kau! Kau faham tak?” jerit Kadir.
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya.
            “Mulai sekarang, kau tidur di lantai. Perempuan kampung macam kau mesti sudah biasa tidur di lantai kan!” perli Kadir dan terus melabuhkan dirinya pada katil yang empuk dihiasi dengan rekaan mewah yang dikhaskan untuk pasangan yang bergelar pengantin baru.
            Munirah menekup mulut agar dapat menahan tangisannya. Air mata masih deras mengalir. Hatinya sebak apabila mengingatkan nasibnya selepas ini. Apa yang lelaki itu akan lakukan padanya selepas ini? Dia tahu inilah takdir dirinya sebaik sahaja mengahwini lelaki ini. Aku perlu tabah demi ayah! Ini adalah dugaan Allah S.W.T pada hambaNya. Aku yakin apa yang berlaku ada sebabnya. Perlahan-lahan Munirah mengesat air matanya.
            “Ibu!” tegur Aleya menghampiri ibunya yang sedang mengambil angin di luar rumah.
            Munirah segera mengesat air matanya. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia teringat kembali titik-titik hitam dalam kehidupannya yang lalu.
            Aleya terus duduk di sebelah ibunya. Munirah menoleh dan tersenyum lebar. “Along tak tidur lagi ke?”
            “Hmm..belum mengantuk lagi ibu! Masih awal lagi.”
            “Angah dan Acu?”
            “Tengok TV. Hmm…Ibu setuju ke dengan keputusan Along? Kita akan pulang ke London hari Rabu minggu depan.”
            “ibu tak kisah! Apa sahaja keputusan Along, ibu ikut!” Tangan kanan Aleya digenggam lembut.
            “jadi ibu tak marah dengan keputusan Along?” soal Aleya lagi inginkan kepastian.
            “Tak! Ibu pun rasa inilah masanya kita pulang. Ibu akan call lawyer ibu untuk uruskan proses penceraian ibu di sini. Hmm…projek Along pula macam mana? Takkan Along nak hentikan sekerat jalan sahaja. Setahu ibu, Along bukannya jenis orang yang membuat kerja separuh jalan.”
            “Along tak kisah ibu! Client macam tu tak layak berurusan dengan Along. Asyik buat Along marah sahaja.” Nada suara Aleya berubah apabila mengingati perangai Iskandar.
            ‘Sebab itulah, Along tumbuk Iskandar kan!”
            Aleya tiba-tiba tersenyum. “Siapa suruh dia sengaja cari pasal dengan Along? Tiba-tiba saja tangan ni berasa ringan.” Aleya menunjukkan tangan kanannya telah yang digunakan untuk menumbuk Iskandar. “Ibu tahu kan apa yang akan terjadi bila Along naik angina kan!”
            Munirah hanya menggelengkan kepala. “Dah berapa kali ibu cakap, kekasaran tidak dapat menyelesaikan masalah.”
            “Baiklah!” jawab Aleya dengan lembut.
            Munirah tersenyum simpul. Perkataan itu sudah banyak kali dengar tapi nasihat itu tak ubah seperti mencurahkan air di daun keladi.  Selepas ini buat lagi! “Hmmm…sebelum kita balik London, ibu mahu Along jumpa Iskandar dan minta maaf pada Iskandar. Understand?”
            ‘Baiklah!” Aleya mengalah. Demi ibunya dia sanggup buat apa sahaja. “Jom kita masuk ibu! Sejuk!” Aleya terus bangun dan membantu ibunya bangun.
            “Cantik kan bintang pada malam ni!” Munirah mendongak ke langit. Dia kagun dengan pemandangan malam itu.
            “Cantik memang cantik, ibu! Orang sakit macam ibu tak elok kena angin malam terlalu lama. Jom kita masuk! Nanti bising pulak si Angah tu” Aleya membantu ibunya berjalan menuju ke rumah. Munirah hanya mampu tersenyum. Dia bertuah kerana mempunyai anak seperti Aleya, Alisa dan Alina.


                                    ************************************

            Awal-awal pagi lagi Aleya sudah bangun, penyapu yang berada di tangan digunakan untuk menyapu halaman rumah. Deruan kereta BMW 5 Series berwarna hitam yang memasuki perkarangan rumah mewah itu menarik perhatian Aleya. Dia tahu siapa pemandu kereta mewah itu. Aleya mengetap giginya. Hmm…mentang-mentanglah rumah ini rumah dia, suka hati dia datang ke sini.
            Iskandar keluar sambil tersenyum. Dia melihat wanita yang sedang menyapu sampah di halaman rumahnya. Hmm…rasanya itu pasti Alina. Aleya dan Alisa tak mungkin rajin seperti itu. Dia begitu yakin wanita itu adalah Alina.
            “Good morning, Lina!” tegur Iskandar. Langkahnya diatur mendekati wanita itu. Iskandar tersenyum. Sebelum pergi kerja, dia sengaja singgah di sini kerana ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Aleya. Semalaman dia cuba menghubungi Aleya namun Aleya tidak menjawab panggilannya. Dia tahu Aleya enggan bercakap dengannya.
            “Good morning!” Aleya tersenyum. Rupanya dia ingat aku Alina.
            “Aleya ada tak?” soal Iskandar.
            “Along! Dia ada di atas. Jemput la masuk.”
            “Hmmm….masih tidur lagi ke? Hish….Tak elok anak dara bangun lewat. Lambat jodoh.” Kata Iskandar lagi.
            Aleya memegang erat penyapu yang berada di tangannya. Suka hati dia mengutuk aku awal-awal pagi ni. Lambat jodoh! Huh, ada aku kisah. Nanti tak pasal-pasal penyapu ni hinggap di mulut lelaki ni! “Masuklah!” Aleya cuba tersenyum.
            “Terima kasih, Lina! Abang Is masuk dulu! Oh ya, Dr. Nazri kirim salam pada Lina.” Beritahu Iskandar.
            Aleya hanya mampu tersenyum. Sebaik sahaja kaki Iskandar melangkah masuk ke rumah itu, senyuman Aleya terus hilang. “Big mouth.” Aleya terus membaling penyapu itu dengan kasar. Sepatutnya kelmarin aku tumbuk mulut bukannya mata. Biar bertabur gigi tu. Nak jumpa dengan aku, jangan harap la! Aleya terus masuk ke rumah melalui pintu dapur.
            Alisa merenung lelaki yang terkejut melihat dirinya yang sedang menuruni tangga. Datang lagi! Aduh, rimas aku dibuatnya. Tak ada rumah lain ke dia nak pergi? Rosak mood aku awal pagi ni!
            “Aleya!”
            “No! Alisa!” jawab Alisa dengan kasar.
            Alamak! Mulut murai ni ke?  “Aaa …Maaf tumpang tanya….Aleya mana?” tanya Iskandar.
            “Kau tak payah nak berbudi bahasa dengan aku? Like I care!” Tiba-tiba dahi Alisa berkerut. Bukan ke tadi Along sedang menyapu sampah di luar? Kenapa pulak alien ni tanya aku di mana Along? Dia tak jumpa Along di luar ke tadi? Alisa hairan.
            “Bukan ke budi bahasa itu budaya kita? Walaupun awak membesar di luar negara tapi awak tetap orang melayu.” Balas Iskandar sambil tersengih lebar.
            Bulat anak mata Alisa mendengar kata-kata dari Iskandar. Ada hati nak perli aku! “Ya, itu memang benar. Saya ni belum lupa diri lagi. Hmmm…rasanya kau yang sudah lupa diri. bukan ke tak manis di pandang orang jika seorang lelaki datang ke rumah yang didiami oleh wanita yang bukan muhrimnya. Boleh menimbulkan fitnah kan!” giliran Alisa pula berkata. Senyuman lebar di bibirnya
            Iskandar terkejut mendengar kata-kata Alisa. Aku pulak yang diperlinya. Iskander berdehem beberapa kali. “Hm….saya ada hal nak jumpa Aleya.” Terang Iskandar. Dia sudah malas bertikam lidah dengan Alisa. Kesudahannya aku jugak yang kena.
            “Tak tahu. Carilah sendiri. I’m busy.”  Jawab Alisa dan berlalu meninggalkan Iskandar.
            Iskandar tercengang. Panas! Panas! “Asyik perli aku saja. Macam mana Uncle Kadir nak berdepan dengan Alisa nanti? Buka mulut saja, sudah menyakitkan hati. Fuh, sabar! Sabar.” Iskandar mengurut dadanya yang bidang beberapa kali. Berhadapan dengan Alisa perlukan kekuatan.
            “Abang Is!” tegur Alina yang sedang menuruni tangga. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Pasti nak berjumpa dengan Along.
            Mata Iskandar terkebil-kebil melihat Alina yang menegurnya.
            “Kenapa ni Abang Is? Macam nampak hantu saja?” Alina ketawa.
            “Aaa…Betul ke ini Alina?” soal Iskandar lagi.
            “Ya. Ini Alina!” Alina hairan.
            “Kalau yang sedang berdiri di hadapan Abang Is ni ialah Alina, habis tu siapa yang sedang sapu-sampah di luar tadi?” Iskandar menoleh ke luar. Pening aku dibuatnya.
            “Oooo…itu Along!”
            “Apa!”
            “Pasti Along dah kenakan Abang Is?” teka Alina. Hmmm….nak mengelak dari Abang Is, Along sanggup buat apa saja.
            “Teruk la macam ni!” Segera Iskandar berlari keluar. Teruk aku macam ni!  Aku mengutuk Aleya tadi. Pasti dia tengah bengang dengan aku sekarang ni! Dia tergamam melihat sebuah kereta Mazda 2 berwarna merah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.
            “Dah terlambat!” Alisa ketawa melihat gelagat Iskandar.
            Iskandar berpaling ke belakang. “Aleya pergi mana?” ISkandar menunding jari ke luar rumah.
            “I don’t care!” Alisa membuat mimic muka dan terus berjalan ke ruang tamu. Dia terus melabuhkan punggungnya di sofa.
            “Mungkin Along pergi uruskan kepulangan kami ke London. Kami akan pulang ke London pada minggu depan.” Beritahu Alina.
            “Apa!” Iskandar terkejut besar. Habis rancangan aku macam ni! Kalau mereka dah pulang macam mana aku nak tolong Uncle Kadir. Aku tak boleh biarkan. Iskandar mula gelisah.
           

                                    ************************************

            Dr. Nazri menarik kerusi dan duduk di sebelah Iskandar. Panggilan telefon dari Iskandar mengganggu tidurnya. Dia baru sahaja lepas menjalankan pembedahan selama 5 jam. Ingatakan selepas pembedahan boleh aku melelapkan mata sekejap. “Is, apa halnya? Tak boleh ke tunggu esok ke?” 
            “Kita masalah besar sekarang ni!”
            “Kalau masalah besar pun, malam ni kita boleh jumpa lagi. Pukul 9.00 pagi aku ada perbicaraan di court.” Zahari mencelah dan terus duduk di kerusi .
            “Kau ingat perkara ini boleh tangguh ke? Hmmm….mereka akan balik ke London minggu depan!”
            “Apa!” kata Dr. Nazri dan Zahari serentak.
            “Kenapa cepat sangat?” soal Zahari.
            “Bukan hari ini kau nak berbincang dengan Aleya tentang projek kau?” soal Dr. Nazri pula.
            “Kau ingat senang berurusan dengan Aleya! Mentang-mentanglah mereka bertiga kembar seiras, dengan mudah saja Aleya kenakan aku tadi.”
            “Habis tu macam mana dengan rancangan kita! Kita tak boleh beritahu Uncle Kadir tentang hal ini.Pasti Uncle akan susah hati mendengarnya.
            “Itu aku setuju, Nazri! Apa kata kau cuba pujuk Alina?” cadang Zahari.
            “Masalahnya yang buat keputusan ini adalah Aleya. She’s so stubborn. Kata-kata aku tidak endahkannya.”
            “Kalau macam tu biar aku, jumpa mereka!” cadang Dr. Nazri.
            “Jangan! Kalau kau pergi jumpa mereka, pasti mereka tahu yang Uncle Kadir  sudah tahu tentang diri mereka!”
            “Betul tu, cakap Zahari tu!”
            “Apa kata kalau kita cepatkan rancangan kita tu?” cadang Dr. Nazri lagi.
            “Tapi bagaimana dengan kesihatan Uncle Kadir hari ini? Aku bimbang  bila memikirkan keadaan Uncle berhadapan dengan Aleya dan Alisa.”
            “Keadaan Uncle Kadir semakin baik. Mungkin dua hari lagi Uncle boleh keluar hospital.” Dr. Nazri tersenyum.
            “Jika begitu, aku akan cuba lengahkan mereka.” Jawab Iskandar. Macam mana aku nak melengahkan mereka? Iskandar berfikir.
            Dr. Nazri dan Zahari menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.
                                    ***********************************

            Aleya menutup pintu keretanya dengan kasar. Kehadiran kereta BMW 5 series berwarna hitam  di perkarangan rumah menyebabkan mood Aleya berubah.
            “Along, alien tu sudah melampau! Apa lagi yang dia mahu?” Alisa bengang. Dia mengekori Aleya yang melangkah laju  menuju ke rumah. Pintu rumah dibuka dengan kasar.
Aleya terpaku seketika. Matanya masih tidak berganjak dari merenung beberapa buah beg yang berada di ruang tamu. Darahnya mendidih secara tiba-tiba. Pandangannya dialihkan pada seorang lelaki yang sedang duduk di sofa. Iskandar bersiul riang.
            “Apa ni?” Alisa meninggikan suaranya.
            “Beg! Takkan sudah tak kenal!”
            “Itu aku tahu! Persoalannya kenapa beg ini ada di sini?” tanya Alisa lagi.
            “Hmm….saya sudah buat keputusan! Saya nak tinggal di sini beberapa hari.”
            “Apa!” jerit Alisa. Dia menoleh ke arah Aleya yang berdiri di sisinya.
            Aleya mengetap bibirnya. Setiap hari perangai lelaki ini membuat darah aku mendidih. Apa yang sebenarnya dia mahu dari aku? “Di sini, tiada bilik kosong!”
            Iskandar ketawa. “Awak sudah lupa , ini rumah saya. Ada 2 bilik kosong di tingkat atas. Awak tidak dapat menghalang saya dari tinggal di sini.”
            “Muka tembok!” Alisa merenung lelaki itu.
            “Apa sebenarnya niat Tengku? Inilah masa Tengku berterus-terang.” Kata Aleya. Dia dapat rasakan Tengku ISkandar mempunyai niat lain.
            “Urusan kita masih belum lagi selesai.”
            “Bagi saya, urusan kita sudah selesai. Tiada lagi rundingan.”
            “Awak sudah lupa ke awak sudah tandantangani perjanjian dengan syarikat saya?”
            “Itu saya masih ingat.”
            “So!”
            “Awak mahu saya saman awak ke?”
            Aleya tersenyum. “Untuk pengetahuan Tengku, saya telah tunjukkan design hotel pada Tengku Ismail dan dia setuju malah Tengku Ismail berpuas hati dengan kerja saya. So kerja saya di sini sudah selesai. Urusan antara Tengku dan saya sudah selesai. The end!”
            “Apa!”
            “Ini bermakna saya tidak berhutang apa-apa dengan Tengku. Saya berharap kita tak perlu berjumpa lagi selepas ini. Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Tengku dalam masa yang singkat .”
            “Aleya, saya yang in-charge projek ini! Awak sepatutnya berurusan dengan saya bukannya ayah saya. Awak telah melanggari perjanjian.” Marah Iskandar. Dia tidak sangka Aleya akan bertindak seperti itu. Berani Aleya membelakangkan aku!
            “Perjanjian apa? Tugas saya untuk design projek hotel 5 bintang di Langkawi telah saya sempurnakan. Tengku Ismail telah bersetuju malah saya sudah mendapat bayaran. Jadi Tengku jangan menyusahkan diri datang ke sini lagi.” Aleya melakar senyuman di bibirnya.
            “Awak jangan cuba mereka-rekakan cerita, ayah saya tak beritahu saya mengenai hal ini pun.”
            “Hmm…apa kata Tengku cuba telefon Tengku Ismail untuk kepastian.” Aleya mendekati meja kecil yang berada di ruang tamu.
            Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbit. Dia terkejut melihat skrin telefon bimbitnya kosong. Aduh, dah habis bateri! Patutlah seharian telefon aku tak berbunyi. Mesti abah cuba menghubungi aku tadi. Iskandar melihat ke arah Aleya.
            “Kenapa? Bateri habis ke?” perli Aleya. Gunting yang berada di tangannya disorok di belakang.
            Iskandar terdiam seketika. Telefon rumah yang berada di meja kecil menarik perhatiannya. Aku perlu telefon abah. Sebaik sahaja kaki Iskandar mula melangkah, tanpa membuang masa Aleya menggunting wayar telefon yang berada di sebelahnya. Iskandar tercengang dengan tindakan Aleya. Alisa cuba menahan ketawa melihat perubahan air muka Iskandar.
            “Ops….tak sengaja. Maaf, Tengku! Nampaknya Tengku terpaksa balik ke rumah Tengku.” Aleya menunjukkan gunting yang berada di tangannya.
            Kedua-dua tangan Iskandar terketar-ketar menahan geram. “Awak sudah melampau, Aleya! Awak suka bertindak sesuka hati, Awak ingat diri awak hebat sangat ke?” marah Iskandar.
            “ Tengku baru tahu ke? Orang macam saya sanggup buat apa sahaja untuk melindungi keluarga saya. Tengku ingat selama ini saya tak tahu ke niat sebenar Tengku melengah-lengahkan masa saya!” tegas Aleya mendekati Iskandar.
            Iskandar terkejut seketika. Tak mungkin Aleya tahu aku telah beritahu Uncle Kadir tentang mereka berdua. Mustahil. “Aaaaa…Apa awak cakapkan ni?” nada suara Iskandar bergetar.
            “Jadi memang betul la, Tengku sudah beritahu lelaki itu tentang saya dan Alisa.” Kata Aleya. Nada suara Iskandar yang bergetar telah menyatakan kebenarannya. Nampaknya telahan aku memang tepat. Iskandar ni bukannya jenis yang dapat menyimpan rahsia.
            ‘Apa!” jerit Alisa.
            “Awak jangan menuduh saya tanpa bukti.” Iskandar mengundurkan langkahnya. Renungan Aleya dan Alisa menyebabkan bulu romanya meremang.
            Alisa mengambil pasu bunga yang berdekatannya. Aku sudah lama geram dengan Iskandar ni.
            Jantung Iskandar berdengup kencang melihat Alisa mengambil pasu bunga manakala Aleya pula sedang memegang gunting. “Relaks! Betul, saya tak beritahu sesiapa pun termasuklah Uncle Kadir, Nazri dan Zahari.” Iskandar cuba menenangkan keadaan.
            “Bermakna Dr. Nazri dan Zahari juga dah tahu tentang kami.” Aleya meninggikan suaranya. Gunting yang berada di tangannya digenggam erat.
            Iskandar terus menutup mulutnya. Aku ni memang sengaja cari maut. Langkahnya diundur beberapa langkah.
            “Along, kita kena ajar dia ni! Suka masuk campur hal orang lain.” Tegas Alisa.
            “Abang Is!”
            Alisa dan Aleya berpaling ke belakang. Alina dan ibu mereka sudah balik dari hospital. Alina menemani ibu melakukan pemeriksaan di hospital di mana teman karibnya bertugas. Alina membantu ibunya masuk ke rumah.
            Iskandar menarik nafas lega melihat kehadiran Alina dan Auntie Munirah. Fuh, selamat! Iskandar dengan segera mengatur langkah menghampiri Auntie Munirah dan terus bersalaman.
            “Auntie, dari mana?” soal Iskandar. Sekilas pandang Iskandar menoleh kea rah Aleya dan Alisa yang sedang memerhati setiap gerak-gerinya. Mereka berdua tidak ubah seperti haiwan karnivor yang menunggu masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya.
            “Hospital!” jawab Munirah dengan lembut. Dia sedar kebelakangan ini, Iskandar sering datang berkunjung ke rumah mereka.
            “Abang Is, tak sihat ke? Muka pucat lesi!” soal Alina.
            “Abang sihat! Aaa….Lina! Auntie! Is minta diri dulu. Ada hal di rumah.”
Iskandar meminta diri. Ini masanya dia melarikan diri.
            “Hmm…baiklah. Nanti kirim salam pada mak ayah ye” pesan Munirah.
            “Baiklah. Assalamualaikum.” Iskandar terus melangkah laju keluar dari rumah itu. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar. “Macam mana Aleya boleh tahu? Dia ada kuasa macam Jean Grey je? Boleh baca fikiran aku! Aduh, rosak plan aku! Hmmm…aku kena tanya abah pasal projek tu. Mereka berdua tu memang menakutkan”  Iskandar melihat ke arah rumahnya sebelum masuk ke dalam perut kereta mewah miliknya.
            Alina dan Munirah hairan dengan sikap Iskandar yang tergesa-gesa meninggalkan mereka. Alina berpaling pada kakak kembarnya. Pasti sesuatu telah berlaku sewaktu aku dan ibu tiada di sini. “Apa Along dan Angah sudah buat pada Abang Is?”
            “Buat apa?” soal Alisa dan terus meletakkan pasu bunga yang pegangnya tadi di tempat asal.
            Aleya meletakkan gunting di atas meja kecil dengan kasar. Acu dan ibu balik pada masa yang tak sesuai! Aleya mengetap bibirnya.
            Anak mata Alina membesar melihat gunting yang diletakkan di atas meja. Biar betul Along ni! Kalau aku dan ibu balik lambat tadi, entah apa yang akan terjadi pada Abang Is.
            “Along dan Angah buli Is ke? Berapa kali ibu pesan jangan berkasar dengan Iskandar. Iskandar cousin Along dan Angah! Saudara mara kita.” Nasihat Munirah. Kebelakangan dia susah hati dengan sikap Aleya dan Alisa. Kasar! Agresif! Dia mula bimbang.
            Aleya dan Alisa hanya mendiamkan diri.
            “Ni beg siapa?” soal Alina secara tiba-tiba. Dahinya berkerut. Ada orang nak pindah ke? Alina melihat Aleya dan Alisa yang masih kaku mendiamkan diri. Tiada jawapan.
           
           

5 comments:

Hasmunirah said...

TQ lily...
next!!! jgn lmbt2 yer.

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaa..
menakutkan betullah alisa n aleya ni haaa..

kesian iskandar..

smbung2..

aqilah said...

ganas betullah leeya dgn lisa ni!!!!!!!!!!!apapun, mmg bezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Anor said...

hai kesian juga dgn Is ye...
kena dgn sikembar 2org tu..
Lily cepat sambung ye..dah x
sabar dah nak baca next n3

Unknown said...

Tq, Best la cite neh.. x sabar tunggu sambungan.. Memang ganas sesangat.. hurm, satu lagi nak tanya, kat mana nak baca Rahsia hati bab 1-5?

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...