Tuesday, January 18, 2011

Satu Dua Tiga 30

Bab 30

            Tengku Ismail mengurut dadanya beberapa kali. Tindakan anak tunggalnya meluru masuk ke bilik bacaan menyebabkan dirinya terkejut. “Is! Kamu ni sudah lupa nak ketuk pintu sebelum masuk ke? Terkejut abah dibuatnya.”
            “Maaf, abah! Betul ke Aleya berjumpa abah pagi tadi? “
            “Ya! Aleya kata dia cuba hubungi Is tapi tak dapat. Jadi Aleya buat keputusan untuk berjumpa abah.”
            “Jadi abah setuju ke dengan hasil kerja Aleya? Kenapa abah buat keputusan tanpa persetujuan Is.”
            “Abah rasa rekabentuk hotel di Langkawi sangat menarik. Zahid dan Murad juga setuju. Hotel kita di Langkawi akan menjadi salah satu hotel yang bertaraf dunia satu hari nanti.”
            “Uncle Zahid dan Uncle Murad pun ada sama ke?” Iskandar terkejut. Selain ayahnya, Uncle Zahid dan Uncle Murad adalah salah seorang ahli lembaga pengarah. Cerdik betul Aleya ni.
            “Ya. Mereka berpuas hati dengan hasil kerja Aleya. Dalam masa yang singkat, dia menghasilkan kerja yang berkualiti. I like her attitude.” Puji Tengku Ismail.
            “Abah! Abah dah rosakkan rancangan Is. Abah tahu tak Aleya bersama keluarganya akan pulang ke London minggu depan?”
            “Baguslah kalau macam tu!” Maria tiba-tiba mencelah.
            “Kenapa Umi cakap macam tu? Kalau Auntie Munirah balik ke London, bagaimana Uncle Kadir nak berbaik semula dengan Auntie Munirah? Bukan ke selama ini Umi beriya-iya mahu Uncle Kadir bersama Auntie Munirah hidup seperti suami isteri.” Iskandar berasa pelik dengan sikap ibunya.
            “Itu dulu! Sekarang tidak! Tindakan mereka pulang ke London adalah tepat. Di sini sudah tiada apa-apa lagi.”
            “Apa Umi cakapkan ni? Is tak faham. Bukan ke harapan Umi selama ini adalah Uncle Kadir kembali ke pangkuan Auntie Munirah? Kenapa umi ubah fikiran?”
            “Itu urusan keluarga mereka, Is! Kita tidak boleh masuk campur.”
            “Siapa yang akan tolong Uncle Kadir jika bukan kita, abah! Hanya kita sahaja saudara mara yang Uncle Kadir ada.” Iskandar menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia terkejut dengan kata-kata ayahnya.
            “Is, itu memang benar. Masalah ini timbul disebabkan sifat angkuh Abang Kadir. Biar dia sendiri yang uruskan. Umi nak ingatkan Is, jangan sesekali masuk campur hal keluarga mereka. Faham!” tegas Maria. Wajahnya serius. Dia terus berlalu keluar meninggalkan mereka berdua.
            Iskandar tercengang seketika. Dia berpaling pada ayahnya. Inginkan jawapan. Dia tidak faham kenapa Umi berkelakuan seperti itu.
            “Abah rasa lebih baik Is ikut saja cakap Umi.” Tengku Ismail menepuk bahu anaknya dengan lembut. Langkahnya diatur kemas meninggalkan Iskandar yang masih tercengang.

                                    *************************************

            Alina terkejut apabila sebuah kereta berhenti di hadapannya semasa dia ingin membuang sampah di luar pintu pagar. Pemandu itu keluar dari perut kereta itu dengan tergesa-gesa. “Aleya!” Iskandar mendekati Alina. Wajahnya merah padam menahan marah. Dia ingin tahu apa yang Aleya beritahu Umi sehingga Umi enggan menolong Uncle Kadir.
            “Abang Is!” Alina terkejut. Dia merenung lelaki itu.
            Dahi Iskandar berkerut. Aku tersalah orang ke? Iskandar mengeluh kuat.
            “Kenapa Abang Is? Ada masalah ke?”
            “Betul ke ini Alina?”
            “Betul ini Lina, Abang Is.” Alina bersungguh-sungguh menyakinkan Iskandar. Kenapa dengan Abang Is hari ini? Macam nak bergaduh dengan Along saja.
            “Hmm…” Iskandar merenung wanita yang sedang memegang beg sampah. Kalau Aleya dan Alisa, jangan harap la merekan nak panggil aku Abang Is! Memang sah ini Alina.
            “Abang Is nak jumpa Along ke? Baru sekejap saja tadi Along keluar. Ada hal katanya. Angah ada di dalam. Oh ya, beg Abang Is! Lina dah simpan.”
            “ Tentang beg abang, lain kali abang datang ambil. Abang rasa abang perlu berterus-terang dengan Lina. Sebenarnya Uncle Kadir sudah tahu tentang Aleya dan Alisa.”
            “Apa!” Alina kaku seketika. Dia teringat kembali peristiwa semalam. “Patutlah semalam Along dan Angah hanya mendiamkan diri.”
            “Tujuan abang datang ni sebab nak minta pertolongan Lina. Uncle Kadir teringin nak berjumpa dengan Aleya dan Alisa tetapi Lina sendiri tahu kan sikap sebenar kembar Lina kan!”
            “Lina tahu, Abang Is!”
            “Boleh tak Lina tangguhkan dulu kepulangan Lina ke London minggu depan?” soal Iskandar. Kali ini dia perlukan pertolongan Alina. Dia merenung lembut wanita yang memakai cekak berwarna putih itu.
            Dahi Alina berkerut. Permintaan Abang Is begitu berat padanya. Untuk mengubah pemikiran Aleya bukannya perkara yang senang malah memerlukan kekuatan dan keberanian  semasa berdepan dengan Aleya. “Abang Is tahu kan, semua ini adalah keputusan Along.”
            “Abang tahu, Lina! Abang merayu pada Lina untuk memujuk Aleya dan Alisa. Ini adalah permintaan Uncle Kadir. Tolong ye!” Iskandar memegang lengan Alina.
            Alina berasa serba salah. Bukannya dia tak mahu menolong tetapi dia kenal sikap kembarnya. Berjumpa dengan abah adalah perkara yang tidak mungkin Along dan Angah akan lakukan. “Abang Is! Lina ingin nak menolong tetapi sekarang ini bukannya masa yang sesuai. Along dan Angah masih marah lagi. Lina tidak dapat bayangkan apa yang terjadi jika mereka berdua bertentangan mata dengan abah.”
            “Abang Is tahu risikonya tetapi lambat laun juga Aleya dan Alisa pasti akan bertemu dengan Uncle Kadir. Air dicincing takkan putus.” Iskandar masih tidak berputus asa.
            “Abang Is!” Alina mengeluh kuat. Kini dirinya berdiri di tempat yang sukar. Alina melihat kea rah Iskandar yang memandangnya dengan penuh harapan.
            “Ooo…patutlah kebelakangan ini susah sangat nak jumpa Abang Is, rupa-rupanya ini kerja Abang Is selama ini.” Sergah Sofea secara tiba-tiba. Dia merenung mereka berdua yang terkejut dengan kehadirannya. Awal-awal pagi lagi dia sudah menunggu di luar rumah Abang Is kerana ingin mengekori Abang Is. Dia ingin mengetahui ke mana Abang Is menghilang kebelakangan ini. Dia terkejut bila melihat Abang Is berjumpa dengan perempuan itu. Hatinya bertambah panas apabila melihat Abang Is memegang lengan wanita itu.
            “So…Sofea!” Iskandar tergamam seketika. Macam mana Sofea boleh ada di sini? Dia ekori aku ke? Iskandar resah. Dia menoleh kea rah Alina. Wajahnya pucat lesi.
            “Ya!” Pandangan matanya dialihkan pada Alina. Tanpa melengahkan masa, Sofea terus mendekati Alina dan menolaknya dengan kasar sehingga Alina jatuh terduduk di tanah. Dia tersenyum puas.
            “Sofea!” Iskandar terkejut. Iskandar segera membantu Alina bangun. Sofea sudah melampau.
            Tindakan Iskandar membantu Alina membuat Sofea cemburu. “Abang Is! Kenapa Abang Is tolong perempuan tu!” marah Sofea.
            ‘Sofea! Jaga sikit bahasa kamu! Walaupun Alina hanya adik tiri, kamu sepatutnya menghormati Alina, Jangan berkasar pada Alina.” Tegur Iskandar.
            “I don’t care. Sudah jelas, perempuan ini nak merampas Abang Is dari Sofea. Aku takkan berdiam diri melihat kau merosakkan hubungan kami berdua. Kau dan emak kau sama sahaja.”
            “ Kak Sofea, sebenarnya sudah salah faham! Lina tak ada apa-apa hubungan dengan Abang Is.” Alina cuba menjelaskan apa yang berlaku.
            ‘Kau ingat aku ni bodoh ke nak percaya cakap kau! Jangan buat drama di sini. Mata aku masih jelas untuk melihat apa yang terjadi. Aku dah agak apa tujuan kau yang sebenar semasa aku jumpa kau di Langkawi. Kau sengaja mengekori Abang Is ke Langkawi kan supaya senang kau menggoda dia kan!” jerit Sofea.
            “Sofea, jangan buat kecoh di sini boleh tak? Malu sikit dengan jiran-jiran di sini!” nasihat Iskandar. Dia mulai bimbang. Jeritan sofea pasti menarik perhatian orang di situ.
            “Sofea tidak peduli. Selagi Sofea belum ajar perempuan ni, hati Sofea takkan puas. Aku nak balas balik apa yang kau pernah buat pada aku di Langkawi.” Sofea terus menyerang Alina. Iskandar cuba menghalang Sofea tetapi Sofea berjaya meloloskan dirinya. Sofea memukul Alina beberapa kali. Alina cuba melawan namun dia tidak seperti kakaknya. Kukunya yang panjang digunakan untuk mencakar muka Alina. ISkandar terkejut melihat muka Alina yang berdarah. Sofea ditariknya dengan kasar agar menjauhi Alina. Alina memegang muka yang terasa pedih. Darah!
            “Sofea, kau dah gila ke?” giliran Iskandar pula menjerit marah.  Iskandar mengeluarkan sapu tangannya dan memberikan pada Alina. “Lina, awak ok ke?”
            “I’m fine!” jawab Alina. Sapu tangan itu diambilnya. Dia melap darah di pipinya.
            Hati Sofea bertambah bengang bila melihat Iskandar lebih mengutamakan Alina. “Abang Is!” jerit Sofea.
            Iskandar menoleh ke arah Sofea. “Sofea! Berapa kali abang perlu beritahu Sofea yang  abang tidak ada apa-apa perasaan pada Sofea. Abang hanya anggap Sofea seperti adik kandung abang sendiri tidak melebihi dari itu. Sofea faham tak! Selama ini abang banyak bersabar dengan kerenah Sofea. Sikap Sofea selama ini buat abang rimas. Bosan!”
            Bulat mata Sofea bila mendengar pengakuan Iskandar. Hampir tersentap keluar jantungnya bila mendengar setiap perkataan yang keluar dari bibir Iskandar. Air matanya mula berlinangan. Cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.
            Alina masih mendiamkan diri. Dia tahu suasana sekarang ini sangat  tegang. Perubahan wajah Sofea membuatkan Alina berasa kasihan. Iyelah, cinta ditolak. Pasti sedih. Alina merenung wanita itu. Dia juga wanita jadi dia fahami apa yang dirasai oleh Sofea sekarang ini. Setiap wanita impikan kebahagian bersama lelaki yang dicintainya.
            “Kau! Semuanya berpunca dari kau! Kau memang perampas!” jerit Sofea. Jarinya tetap diarahkan pada Alina yang berdiri di belakang Iskandar. Sofea mengetap bibirnya. Perasaan bencinya pada Alina semakin menebal.
            “Kak Sofea sudah salah faham!” Alina cuba menerangkan kedudukan yang sebenarnya.
            “Kau diam!” Sofea terus menyerang Alina seperti orang kurang siuman. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ini adalah perempuan ini perlu diajar supaya tidak merampas hak milik orang lain.
            “Sofea!” Iskandar sedaya upaya menghalang Sofea dari mengapa-apakan Alina. Jika sesuatu terjadi pada Alina, pasti Aleya mengamuk selepas ini.
            “Lepas! Lepas!” jerit Sofea. Sakit hatinya melihat Iskandar melindungi Alina.
            Alina mengundurkan beberapa langkah. Dia takut melihat Sofea.
            “Sofea! Bawa mengucap! Kamu tak malu ke?” Iskandar meninggikan suaranya. Dia memegang Sofea supaya tidak menyerang Alina. Sofea kelihat seperti orang yang sudah hilang akal.
            “Hey, perempuan!” Dengan tiba-tiba Alisa menarik rambut Sofea dengan kasar.
            Sofea menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik dengan kasar.
            “Angah!” Alina terkejut.
            Iskandar tercengang seketika. Matanya tidak berkelip melihat Alisa menarik rambut Sofea secara tiba-tiba. Entah dari mana Alisa tiba-tiba muncul. Alisa melepaskan rambut Sofea dengan kasar.
            Sofea memegang kepalanya yang sakit akibat ditarik. Hampir tercabut rambut aku! Siapa yang berani tarik rambut aku ni? Sofea melihat wanita yang berdiri di hadapanya. Sofea kaku seketika. Pandangannya dialihkan pada wanita yang berada di sisi Iskandar. Sofea tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tak mungkin! Mata aku ada masalah ke? Macam mana boleh ada dua Alina? “Kau…Kau….” Sofea mula gagap.
            “Apa! Berani kau serang adik aku!” jerit Alisa. Dia terkejut melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Pada mulanya dia enggan masuk campur tetapi selepas melihat Sofea menyerang adiknya, dia tidak boleh melihat sahaja. Alisa berpaling ke arah Alina. Dia terkejut melihat darah di muka adiknya. “Blood!” jerit Alisa terus mendekati Alina. “Acu okey ke?” tanya Alisa.
            “Nothing!” jawab Alina. Dia tak mahu memperbesarkan hal ini. Hanya luka kecil sahaja.
            “Ini mesti kerja perempuan tak bertamdun tu ke?” soal Alisa. Geram! Dia melihat kea rah Sofea. Berani dia buli adik aku! “Kau ingat aku akan lepas kau begitu saja, hah!”
            “Alisa!” Iskandar cuba menenangkan keadaan. Teruk macam ni!
            Sofea masik kaku. Aku bermimpi ke?
            “Kau diam! Ini semua kau punya pasal!” marah Alisa. “Kali ini giliran aku pulak ajar perempuan ini.”  Alisa kembali merenung wanita yang hanya memakai gaun merah tanpa lengan separas lutut.
            Sofea terkejut apabila bahunya dicuit. Sofea berpaling. Satu tumbukan dihalakan ke mukanya. Sofea. Dengan hanya satu tumbukan, Sofea pengsan.
            “Nice punch!” Alisa ketawa.
            “Along!” Alina terkejut. Sofea sudah terbaring tidak sedarkan diri.Kedua-dua belah tangannya digunakan menutup mulutnya. Apa yang Along telah lakukan ini? Kenapa mesti tumbuk Kak Sofea?
            “Aleya! Awak dah gila ke?” marah Iskandar terus mendekati Aleya.
            “Tetapi aku tidak segila perempuan ini! Baru kena sekali dah pengsan! Huh, anak manja!” Aleya membuat mimic muka.
            “Along ! Apa Along dah buat ini?” Alina mendekati kembarnya. Dia mula resah. Alina ingin cuba membantu Sofea tetapi dihalang oleh Alisa.
            “Acu! Jangan tolong perempuan tu! Selepas apa yang dia sudah buat pada Acu, kenapa Acu mesti lembut hati pada perempuan tu, hah! Angah tak faham la dengan sikap Acu ni!” Alisa memegang erat tangan adiknya. Kadang kala dia rimas dengan sikap adiknya.
            “Luka sikit sahaja. Tak ada apa-apa.” Jelas Alina.
            “Sikit! Berdarah macam ni masih tak ada apa-apa lagi ke?  Otak Acu ni ada masalah ke?” Alisa merenung Alina.
            Alina menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia malas bergaduh dengan kakaknya. Baik aku diam sahaja.
            “Saya rasa lebih baik Tengku bawa perempuan ni berambus dari sini sebelum saya cakar muka dia.”  Alisa meninggikan suaranya. Iskandar yang berdiri tidak jauh direnung tajam di sebalik cermin mata hitam berjenama Gucci yang dipakainya. Sewaktu dia sedang memandu, tiba-tiba sahaja dia teringat dia tidak membawa dompetnya dan dia perlu berpatah balik untuk mengambil dompetnya.
            “Aleya, kamu ni tak ada sifat kemanusiaan ke? Suka hati sahaja tumbuk orang.”
            “Perlu ke semua itu! Kalau Tengku tak mahu saya cakar muka girlfriend Tengku, baik Tengku bawa dia keluar dari sini sekarang! Sekarang.” Jerkah Aleya. Sekarang ini masalah lain pula yang timbul. Pasti Datin Kartika akan datang ke sini selepas ini. Aleya terus mendekati Sofea yang terbaring tidak sedarkan diri di lantai.
            “Kau ni memang…..ah…..” Iskandar geram. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan Aleya. Dia terus mendekati Sofea dan mengangkat Sofea masuk ke dalam keretanya. Sofea ni memang menyusahkan aku. Kau sengaja cari nahas. Iskandar merenung Sofea. Perlahan-lahan Iskandar meletakkan Sofea. Berat betul Sofea ni! Iskandar menutup pintu kereta selepas meletakkan Sofea di dalam kereta. Dia melangkah menuju ke tempat pemandu. Matanya dilirikkan ke arah Aleya yang sedang memerhati setiap tingkah lakunya.
            “Masuk cepat!” arah Aleya pada adik-adiknya. Ribut pasti akan melanda tak lama lagi. Oleh itu dia mesti bersedia. Aleya mula berasa tidak sedap hati.  Aleya menanggalkan cermin mata hitamnya.
            Iskandar sedar perubahan wajah Aleya. Lain! Berlainan dari sebentar tadi. Expression Aleya sekarang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia seperti risau akan sesuatu. Iskandar mula rasa bersalah. Iskandar menoleh kea rah Sofea. Pasti Sofea akan beritahu Auntie Kartika tentang mereka.

                                    **************************************

            “Is!” tegur Dr. Nazri. Dia hampir berlanggar dengan Iskandar semasa keluar dari bilik Uncle Kadir.
            “Uncle ada tak?” soal Iskandar tergesa-gesa.
            Ada! Tengah sembahyang! Kenapa, Is?” Dr. Nazri hairan dengan tingkah laku Iskandar.
            Iskandar mengeluh kuat. Dia tak tahu bagaimana untuk menceritakan apa yang berlaku kepada Nazri. “Aku ada perkara nak cakap dengan Uncle Kadir. Hmmm…kau rasa kalau aku bawa Uncle Kadir keluar boleh tak?”
            “Kenapa?”
            “Aaaa….aku tak tahu macam mana Sofea boleh ikut aku sehingga ke rumah aku di Puchong. Semasa aku sedang berbual dengan Alina tiba-tiba sahaja Sofea muncul.”
            “Alina! Kenapa kau jumpa Alina?” soal Dr. Nazri dengan nada cemburu.
            “Relaks, bro! Sebenarnya aku nak jumpa Aleya tetapi Aleya keluar waktu itu. Jadi aku berborak sekejap dengan Alina. I’ll know you like her.” Iskandar tersengih. Cemburu!
            “Kenapa kau nak berjumpa dengan Aleya? Tentang projek kau ke?” Lega hati Dr. Nazri apabila mendengar penjelasan sahabatnya itu.
            “Nanti la aku cerita kat kau! Sekarang ni aku nak kau jawab dulu soalan aku. Boleh tak aku bawa Uncle Kadir keluar sekarang?”
            “Kenapa? Kau kena beritahu aku dulu sebabnya sebelum aku benarkan kau bawa Uncle Kadir keluar.”
            “Aku nak bawa Uncle Kadir jumpa mereka sekarang!”
            “Kenapa sekarang?”
            “Aku bimbang mereka akan larikan diri lagi. Sofea serang Alina secara tiba-tiba dan dia telah mencakar muka Alina.”
            “apa!” Dr. Nazri terkejut besar.
            “Selepas itu Alisa keluar, dia terus tarik rambut Sofea. Ahh…kecoh! Sofea seperti terkejut melihat Alisa. Selepas itu, satu tumbukan hinggap di muka Sofea terus dia pengsan.”
            “Tumbuk!” Bulat mata Dr. Nazri mendengarnya.
            “Siapa lagi jika bukan Aleya! Tiba-tiba dia ada di situ. She’s angry. Seperti dia mahu nak bunuh seseorang pada waktu itu. Melihat muka Alina yang berdarah akibat dicakar oleh Sofea pasti Aleya bengang giler.”
            “Berdarah!”
            “Apa yang merisaukan aku ialah tindakan Aleya selepas ini. Dia pasti tahu Auntie Kartika akan mengunjungi rumah aku selepas Sofea sedarkan diri. Aku tak tahu sama ada Auntie Kartika akan mempercayai cakap aku semasa aku hantar Sofea balik.” Iskandar risau. Adakah Auntie Kartika akan mempercayai cakap aku atau Sofea?
            “Apa yang kau beritahu Auntie Kartika?”
            “Aku sengaja rekakan cerita yang Sofea bergaduh dengan seseorang. Semua orang tahu Sofea tu kaki gaduh. Aku harap Auntie Kartika percaya cakap aku tetapi yang menjadi masalahnya ialah aku pasti Aleya akan bawa Auntie Munirah dan adik-adiknya keluar dari rumah aku.” Iskandar resah.
            “Kita pergi sekarang!” kata Kadir secara tiba-tiba. Dia sudah mendengar perbualan mereka berdua dari dalam. Kebetulan selepas menunaikan solat Zohur, dia ingin keluar untuk bersiar-siar. Pintu bilik tiba-tiba dibuka.
            Iskandar dan Dr. Nazri terkejut.
            “Is, call Zahari sekarang. Tanya dia urusan pembelian rumah di Bangsar dah selesai ke?” arah Kadir. Wajahnya serius. Hatinya berdebar-debar setiap kali memikirkan Aleya dan Alisa. Walaubagaimana pun aku mesti berjumpa anak-anak aku, aku perlukan kemaafan dari mereka kerana tidak bersama mereka semasa mereka membesar.
            “Baiklah!” Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbitnya. No telefon Zahari didailnya.
            “Nazri, ikut Uncle ye!”
            “Baiklah!” Kadir tersenyum lebar. Aku perlu kuat demi Munirah dan anak-anak aku. Aku perlu berusaha agar mereka menerima aku menjadi keluarga mereka.


                        *********************************************

            “Ya, Allah! Along, kenapa tumbuk Sofea? Kenapa Along selalu gunakan kekerasan setiap kali menyelesaikan masalah? Tak boleh jika sesekali Along menggunakan cara seperti wanita melayu terakhir. Bersopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa dan bertolak-ansur.”nasihat Munirah. Dia terkejut melihat apa yang berlaku di luar tadi.
            “Ibu, cuba ibu tengok! Apa yang Sofea tu dah buat pada Acu? Macam ni ibu mahu Along jadi seperti gadis melayu terakhir. ” Alisa terus menarik Alina berada dekat di sisinya. Dia menunjukkan luka di pipi Alina. Ibu ni baik hati sangat! Beri muka pada orang.
            Aleya hanya mendiamkan diri.
            “Kalau Sofea tu curah asid pada muka Acu ni, ibu tetap mahu kita berdiam diri lagi ke?”
            “Angah! Sikit saja ni. Selepas letak ubat, luka ni baik la.” Alina bersuara sambil tersenyum. Sakit sedikit sahaja.
            “Ini seorang lagi! Kalau la luka ni lekat parut, macam mana? Tengok Along, ibu dan Acu sama saja. Ahhh…geram”
“Ibu hanya tak mahu keruhkan lagi keadaan. Ibu tak mahu Datin Kartika akan salahkan Along nanti. ”
            “Ibu, Datin Kartika tetap akan salahkan kita juga walauapa yang berlaku. Masalahnya, Sofea tu yang mulakan dulu. Cemburu tak kena tempat.” Alisa bercakap dari pihak kakaknya
            “Siapa yang bersalah atau siapa yang mulakan dulu, itu tak penting Angah! Ibu tak mahu kita ada musuh. Biarlah apa mereka nak buat yang penting kita jangan cari pasal dengan mereka.” Nasihat Munirah. Ketiga-tiga orang anak perempuan direnung satu persatu.
            “Along! Say something.” Alisa mengeluh kuat. Pandangan ibu berbeza. Alisa mengalihkan pandangannya pada Aleya yang hanya berdiam diri.
            “Pandangan kita berdua berbeza dari ibu. Apa juga yang kita cakapkan, pandangan ibu tidak akan berubah.” Aleya bersuara. Dia kenal dengan sikap ibunya yang sentiasa memikirkan orang lain dari diri sendiri.
            Munirah hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Pendapat mereka benar-benar berbeza.
            “Hmm…sekarang ini, kita nak berpindah ke mana? Datin Kartika pasti akan mencari kita di sini.” Alina bersuara. Dia cuba untuk mengubah topic perbualan.
            “Kita tidak akan pergi ke mana-mana! Kita tetap akan tinggal di sini sehingga kita pulang minggu depan.” Tegas Aleya.Dia sudah rimas dengan semua ini.
            Munirah dan Alina terkejut dengan jawapan Aleya. Air muka Aleya serius.
            “Kalau Datin Kartika datang macam mana?” Alina resah.
            “Kalau dia nak datang, biarlah.” Jawab Alisa.Dia setuju dengan keputusan Aleya. Kita mesti kita menyembunyikan diri pada hakikatnya kita tidak buat apa-apa kesalahan pun.
            “Angah! Acu serius ni.”
            “Kamu berdua ni kenapa selalu buat ibu susah hati?”
            “Ibu, masalah tidak akan selesai dengan cara melarikan diri. Jadi inilah masanya kita selesaikan semua ini sekarang. Along sudah bosan. Rimas! Kita tetap akan tinggal di sini sehingga kita berangkat hari Rabu ini. Muktamad.” Tegas Aleya terus melangkah meninggalkan mereka.
            “Ibu!” Alina menoleh ke arah ibunya. Ahhh…pasti ribut taufan akan melanda kalau Datin Kartika bersama anaknya datang ke sini. Apa kena dengan Along dan Angah ni?
            “Kata-kata Along ada benarnya. Ibu perlu selesaikan masalah ibu dan Kartika segera.” Munirah akhirnya setuju dengan keputusan Aleya. Sampai bila aku nak menyembunyikan diri?
            “Aduh…..Ibu!” Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Great! Hmmm….kena buat air, mungkin kita ada tetamu sebentar lagi.” Alisa menepuk tangannya beberapa kali. Sekarang inilah masa aku dan Along tonjolkan diri. Senyuman lebar terukir di bibirnya.
            “Ibu! Tengok Angah tu! Acu yakin pasti Along dan Angah ada muslihat.” Alina mula resah. Dia memegang tangan ibunya. Dia bimbang masalah akan menjadi lebih teruk selepas ini.
            “Acu, jangan bimbang! Tiada apa yang akan berlaku.” Munirah memegang lembut tangan Alina yang memegang tangannya dengan erat. Dia faham perasaan Alina. Pasti dia takut keadaan akan menjadi lebih buruk dari yang sebelum. Munirah tersenyum.

4 comments:

hani said...

wow...skian lama menanti ahirnya n3 baru....padan muka sofea, ingat senang nak mgacau 3 kembar..tak sabar nak tau penerimaan kadir melihat anaknya kembar 3...thanks lily for new n3

keSENGALan teserlah.. said...

yes yes yess...

akhirnya dah nak bertemu 4 lelaki dgn 4 perempuan..!
hari2 bukak blog ni..
huhuu
sambung2..

aqilah said...

ooohhhhhhh.....tak sabarnye!!!!!!!!!!!!
all of them....face to face!!!!!
yippi!!!!bezzzzzzzzzzzzzzzzzz

Anor said...

apa yg akan dilakukan oleh
mak datin tu nanti ye...
kalau dpt tau rumah 3 kembar
tu tinggal. cepat sambung ye
cerita makin panas ni dah tak
sabar nak tau apa pula
tindakan aleya dan alisa nanti
bertemu dgn mak datin.

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...