Saturday, March 12, 2011

Satu Dua Tiga 34

BAB 34

            Iskandar melihat cermin belakang sekilas pandang. Selepas beredar dari rumah Auntie Munirah. Uncle Kadir hanya mendiamkan diri dan wajahnya murum. Pasti memikirkan apa yang telah terjadi. “Uncle, jangan risau. Tiada apa-apa yang berlaku. Uncle bukannya sengaja cuma terlepas kata sahaja. Sesiapa pun akan terlepas cakap jika dalam keadaan marah. Kita manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.”Iskandar cuba memujuk Kadir.
            “Betul, Uncle! Esok pasti kemarahan mereka reda. Don’t worry, Uncle. Auntie Munirah bukannya seorang yang pendendam. Dia mesti faham.” Zahari menoleh ke belakang. Dia duduk bersebelahan Iskandar yang sedang memandu.
            “Uncle telah musnahkan satu-satu peluang untuk mendapat kepercayaan Munirah dan anak-anak. Kenapa Uncle begitu bodoh? Kenapa Uncle boleh cakap begitu? Uncle sendiri tak faham kenapa Uncle boleh terlepas cakap. Entah apa pandangan Aleya dan Alisa selepas ini? Pasti sukar untuk mereka menerima Uncle selepas ini tetapi yang paling menyakitkan hati adalah pandangan Alina terhadap Uncle pada waktu.” Kadir teringat pandangan yang dilemparkan ke arahnya. Alina seolah-olah kecewa dengan sikapnya.
            “Alina seorang yang memahami. Dia akan faham.”
Pujuk Dr.
Nazri. Dia risau melihat keadaan Uncle Kadir. Dia bimbang jika penyakit jantung akan menyerang secara tiba-tiba.
            “Uncle, ada sesuatu yang Is perlu beritahu Uncle?”
            “Apa dia, Is?” soal Kadir secara tiba-tiba. Zahari dan Dr. Nazri turut sama melihat ke arah Iskandar.
            “Tadi PI Is di London call, dia beritahu Auntie Munirah telah menjual rumahnya di London. Malah Aleya dan Alisa juga turut sama menjual saham syarikat mereka malah mereka ingin meletak jawatan di syarikat mereka. Mereka akan berpindah ke Paris bulan depan selepas segala urusan di sana selesai.”
            “Apa! Jadi mereka ingin melarikan diri!” Wajah Kadir berubah.
            “Pada mulanya Is turut sama berfikir seperti itu tetapi mustahil Aleya akan beritahu perkara yang sebenarnya pada orang lain. Hakikatnya dia tahu Uncle akan mencari mereka. Alasan berpindah ke Paris, hanyalah sebagai helah sahaja untuk mengelirukan kita”
            “Jadi ke mana mereka pergi?” soal Zahari.
            “Yang peliknya,  Aleya telah membeli tanah di Johor Bharu baru-baru ini.”
            “Apa!” Dr. Nazri terkejut.
            “Jika benar mereka tidak ingin lagi menjejakkan kaki di Malaysia, kenapa Aleya beli tanah di Malaysia?” Dahi Dr. Nazri berkerut.
            “Itu yang buat Is pelik, Uncle tetapi Uncle jangan bimbang Is akan suruh PI siasat perkara ini dengan lebih teliti. Setiap perkembangan, Is akan laporkan pada Uncle.” Kata Iskandar. Dahinya berkerut. Ke mana kau ni pergi sebenarnya, Aleya. Kau nak bawa ibu dan adik-adik kau ke mana?
           
                                                *************************\

            Dr. Nazri merenung wanita yang duduk di hadapannya. Alina sangat cantik hari ini. Kalaulah setiap hari aku bersama Alina, pasti hidup aku bercahaya. Senyuman di bibir Dr Nazri semakin lebar. Dia selalu berangan-angan jika satu hari nanti dia akan bertemujanji dengan Alina. Hanya kami berdua. Tak sangka impiannya termakbul.
            “Dr. Nazri, are you okey?” Alina melihat Dr. Nazri dengan pandangan yang pelik. Sejak dari tadi Dr Nazri asyik tersenyum sahaja. Makanan di hadapannya tidak disentuh langsung.
            “I’m fine!” Dr. Nazri tersedar dari lamunannya. Dia malu melihat Alina memerhati dirinya. “Jemput la makan.”
            Alina hanya menganggukkan kepalanya. Di dalam hatinya, dia berhenti-henti menyumpah Alisa! Eee…suka-suka sahaja mengatur. Bukannya aku tak suka Dr. Nazri tetapi aku tak mahu Dr. Nazri menaruh harapan pada aku. Dia tahu Dr. Nazri menaruh perasaan padanya.
            “Hmm….Macam mana dengan cerita tadi?”
            “Green Hornet ke? Hmm….ok!” jawab Alina. Dia terus makan.
            “Lina tak suka ke keluar dengan saya?” soal Dr. Nazri. Dia sedar sejak dari tadi Alina kurang bercakap. Adakah dia tidak selesa keluar bersama aku?
            “Tak lah!” jawab Alina dengan segera. Dia tidak ingin melukai hati Dr. Nazri. Dia tahu Dr. Nazri seorang lelaki yang baik.
            “Habis tu kenapa sejak dari tadi Lina hanya mendiamkan diri? Lina ada masalah ke? Beritahu saya, mungkin saya boleh tolong.”
            “Macam mana dengan keadaan abah semalam?” soal Alina secara tiba-tiba. Dia ingin mengubah topic perbualan.
            “Jika Lina ingin tahu keadaan Uncle Kadir, kenapa Lina tak call sahaja? Uncle pasti gembira bila mendapat panggilan Lina.”
            “Lina tak tahu nak cakap apa dengan abah. Lina tak marah pada awak Cuma kecewa dengan sikap abah.”
            “Pada waktu itu Uncle Kadir dalam keadaan marah, dia tak sengaja. Kadang kala apabila kita marah, kita tidak sedar apa yang kita telah katakan. Betul tak?”
            Alina tersenyum. “Hmmm…abah sudah berjumpa dengan Datin Kartika ke?”
            “Belum! Sekarang ni Uncle Kadir tinggal di rumah Iskandar untuk sementara waktu.”
            “Apa! Kenapa abah tidak selesaikan kemelut yang telah berlaku dengan segera? Kenapa mesti tangguhkan lagi?” Bulat mata Alina mendengarnya.
            “Lina, kena faham semua ini bukan mudah untuk Uncle Kadir! Dia perlukan masa untuk tenangkan fikirannya. Berhadapan dengan Auntie Kartika bukannya mudah. Lina sendiri tahu bagaimana sikap Auntie Kartika kan!” Dr. Nazri merenung Alina. Dia ingin bertanya sesuatu mengenai apa yang diberitahu oleh Iskandar semalam. Benarkan mereka ingin melarikan diri ? Benarkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan Uncle Kadir? Jika benar, mungkin ini adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Alina.
Alina hanya mampu mengeluh. Tiba-tiba dia terhidu sesuatu! Macam pernah bau sahaja bau ni? Dahi Alina berkerut. Baunya sama seperti perfume Angah. Alina menoleh ke kiri dan kanan. Baunya kuat. Mesti mereka ada di sini. Patutlah sejak melangkah di komplek membeli-belah ni, dia dapat rasa sesuatu seperti ada orang  mengekori mereka. Matanya terhenti melihat dua orang wanita yang sedang makan tidak jauh darinya. Alina mengetap bibirnya menahan geram. “Excuse me!” Alina terus bangun.
            Dr. Nazri hairan dengan kelakuan Alina secara tiba-tiba. Dia melihat Alina berjalan menghampiri dua orang wanita yang duduk tidak jauh darinya. Kawan Alina ke? Dia melihat Alina menegur mereka.
            “Enough!” Alina merenung dua orang wanita yang sedang makan. “Along! Angah! Jangan nak berlakon lagi. Perfume yang Angah pakai sekarang ni, satu restaurant ni bau tahu tak?”
            “Along dah cakap, lain kali jangan sembur perfume tu banyak sangat. Now, we get caught.”
            “Ops!” Alisa tersengih.
            “Ni apa ni!” Alina terus menarik topi yang dipakai oleh Aleya dan Alisa. Dahi Alina berkerut. “Tiada orang pakai topi koboi macam ni lagi! Lebih-lebih lagi di shopping compleks. “
            “Ouch, be gentle okey!” Alisa membetulkan rambutnya. Cermin mata hitam ditanggalkan.
            ‘Sekarang dah jadi paparazzi ke?”
            “Kami hanya nak melihat sahaja. Macam mana orang bercinta dating bersama.That’s all.” Aleya tersenyum.
            “Oh, really! Apa kata Along dan Angah replace tempat Acu sekarang ni?”
            “Hish…mana boleh? Dr. Nazri tak suka kami. Di dalam hatinya hanya terukir nama Alina sahaja.” Alisa mengusik.
            “He looks like Mr. Nice guy.” Nasihat Aleya. Jika Alina bercinta dengan Dr. Nazri, dia takkan menghalang.
            “Apa kata kalau Abang Is dan Abang Zahari juga Mr. Nice guy!” Giliran Alina pula tersenyum. Matanya merenung kembarnya.
            Serentak Aleya dan Alisa menjuihkan bibir mereka sebaik sahaja mendengar nama lelaki itu.
            “Stop talking about them again! Acu ni spoil mood kami sahaja.” Alisa membuat mimic muka. Mendengar nama Zahari sahaja, sudah gatal telinganya.
            “Kalau Along dan Angah ada di sini, siapa yang menjaga ibu?” Alina baru sedar. Siapa yang jaga ibu sekarang ini? Takkan la Along dan Angah membiarkan ibu seorang diri di rumah.
            “Sekarang ni ibu berada di rumah Auntie Maria! Biar ibu berborak lama dengan Auntie Maria. Esok kita sudah nak balik.” Jawab Aleya.
            “Auntie Maria!” Alina terkejut. “Waktu hantar ibu ke rumah Auntie Maria, Along dan Angah tak jumpa abah ke? Buat sementara waktu ini, abah tinggal di rumah Auntie Maria.” Beritahu Alina.
            ‘Apa!” Aleya tiba-tiba bangun. Air muka berubah serius.
            “Along! Kita telah letak ibu di kandang buaya.” Berkerut dahi Alisa. Dia mula risau.
            “Jom balik!” kata Aleya tanpa berfikir panjang.
            Alisa bangun.
            “Hai, ladies!” Dr. Nazri menghampiri mereka bertiga. Memang tepat jangkaan Zahari! Katanya pasti Aleya atau Alisa akan menjadi orang ketiga pada hari ini. Senyuman terukir di bibir Dr. Nazri.
            “Hai!” balas Alisa sambil mengangkat tangannya.
            “Apa kamu berdua buat di sini?” soal Dr. Nazri..
            “Makan! Lunch! Tak sangka ye kita makan di kedai yang sama!” Alisa berpura-pura. Dia hanya mampu tersenyum.
            “Sorry Dr. Nazri! We need to go right now. Have a nice day.” Kata Aleya. Langkahnya diatur meninggalkan mereka. Macam mana aku boleh lakukan kesilapan besar seperti ini? Macam mana dengan keadaan ibu sekarang ini? Aleya mulai panic.
Alisa melambai tangannya pada Alina.
            “Aaa…Dr. Nazri! I need to go right now. I’m sorry! Thanks for the movies and lunch. I’m so sorry. I need to go with my sisters.” Kata Alina terus meninggalkan Dr. Nazri. Dia perlu balik bersama kembarnya. Dia bimbang jika terjadi sesuatu.
            Dr. Nazri melihat Alina berlari mengejar kakaknya. Hatinya berasa sebak. Beginikah temujanjinya berakhir. Dr. Nazri kecewa.
Mungkinkah Dr
. Alina sudah berpunya? Dr. Nazri melepaskan keluhan perlahan-lahan.

                                    *********************************

            “Sedap betul ikan siakap tiga rasa yang maria masak. Macam ni boleh tak beri resipi pada akak.”
            “Hish….Kak Munirah ni, masakah Maria tidak standing dengan kakak. Masakan kakak lagi sedap dari ini. 5 Star!” Maria tersenyum. Dia berasa senang setiap kali berbual dengan Kak Munirah.
            “Tak adalah! Akak baling saja bahan-bahan yang ada. Kalau sedap tu, kira nasib baik saja la.” Munirah melawak. Maria ketawa mendengar kata-kata Munirah.
            “Aaa…masa Aleya dan Alisa hantar kakak tadi, mereka nampak macam tergesa-gesa sahaja. Ada masalah ke?” soal Maria. Semasa Munirah datang tadi dia sedang memasak, dia tak sempat bertanya.
            “Mereka berdua tu bukannya boleh duduk diam. Ada saja kerjanya.” Munirah tersenyum. Dia tahu pasti sekarang ni mereka berdua mengintip temujanji antara Alina dan Dr. Nazri.
            “Penerangan kakak pukul berapa ?” soal Maria.
            “10.00 pagi!” jawab Munirah.
            “Jadi kakak sudah bertekad untuk pergi ke?” soal Maria. Dia merenung wanita yang bertudung litup itu.
            “Maria sendiri tahu kan sebab apa kakak perlu pergi kan!”
            “Kakak tak buat apa-apa kesalahan pun! Ini tak adil.”
            “Adil atau tidak! Itu bukan persoalannya, Maria. Sejak Dato’ Kadir halau akak pada 25 tahun yang lalu, akak sudah sedar. Akak perlu undur diri. Semua ini bukan milik akak.” Munirah memegang lembut tangan Maria. “Pemergian akak bukannya bermaksud akak akan memutuskan hubungan akak dan Maria. Hubungan kita tetapi sama. Maria boleh hubungi atau melawat akak di sana bila-bila masa”
            “Abang Kadir memang bodoh. Kerana ego, dia memilih perempuan macam Kartika! Hah, sekarang ni memang padan muka Abang Kadir. Balasan dia.” Maria sengaja meninggikan suaranya. Dia tahu Abang Kadir sedang mendengar perbualan mereka. Disebabkan persitiwa semalam, Abang Kadir malu untuk berdepan dengan Kak Munirah.
            “Perkara yang dah berlalu, kita lupakan sahaja, Maria! Kami berkahwin disebabkan oleh orang tua kami. Akak reda dengan semua ini. Tiada secalit benci pun pada Dato’ Kadir. “
            “Jika kakak tidak membenci Abang Kadir, kenapa kakak tidak dapat menerima Abang Kadir kembali.”
            “Ya, memang akak tidak membenci Dato’ Kadir tetapi akak tidak dapat lupa apa yang pernah dia buat terhadap akak. Akak tak sanggup tempohi semua itu lagi. Biarlah hubungan suami isteri kami setakat ini sahaja. Akak tak mahu dia lakukan perkara yang sama pada Kartika. Biarlah akak seorang yang merasai segala keperitan itu. Insya-Allah, Kartika akan berubah satu hari nanti. Percayalah.” Munirah cuba menyakinkan Maria. Dia sedar niat Maria baik malah tujuannya adalah untuk menyatukan keluarga Dato’ Kadir.
            “Kakak!” Maria menggenggam erat tangan Munirah. Hatinya terasa berat untuk melepaskan Kak Munirah pergi.
            Deruan enjin kereta di halaman rumah mengejutkan mereka berdua. Matanya mereka tepat melihat ke arah pintu. Siapa yang datang? Pintu dibuka. Alisa, Aleya dan Alina meluru masuk.
            “Ibu, mana dia? Mana lelaki tu?” soal Alisa. Dia melihat ke arah ibunya. Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan. Segenap sudut ruang tamu itu diperhatikannya. Tiada sesiapa pun! Hanya ibu dan Auntie Maria sahaja.
            “Siapa dia yang kamu cari ni, Angah!” Dahi Munirah berkerut. Dia merenung mereka dengan penuh persoalan.
            Maria melihat wanita yang berbaju kemeja berbelang  merah putih. Alisa! Adalah dia yang Alisa maksudkan adalah Abang Kadir.
            “Aaaa…..” Alisa mulai tergagap-gagap. Anak matanya dilirik perlahan-lahan pada Aleya.
            “Nobody, ibu!” Aleya menjawab pada pihak Alisa.
            “Ya ke? Kamu bertiga jangan nak tipu ibu! Siapa yang Angah maksudkan tadi? Seperkara lagi, kenapa tadi masuk macam pencuri sahaja. Beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?” Munirah menggelengkan kepalanya. Dia malu pada Maria dengan sikap anak-anaknya yang semakin hari semakin melampau perangai mereka.
            “Kami minta maaf, Auntie Maria!” kata Aleya dengan segera. Matanya masih lagi mencari. Dia yakin Dato’ Kadir ada di sini.
            Maria hanya tersenyum.
            “Eh, Acu! Bukan ke tadi Acu keluar dating dengan Dr. Nazri tetapi macam mana pulak Acu boleh bersama dengan Along dan Angah?” soal Munirah hairan.
            “Ibu ni! Acu bukannya keluar dating dengan Dr. Nazri . Acu hanya teman Dr. Nazri keluar sahaja.” Tegas Alina. Ibu sama seperti Along dan Angah.
            “Terpulanglah!” Munirah mengeluh. Mereka bertiga ni ada bermacam-macam kerenah. Dia tahu Dr. Nazri ada hati pada Alina. Sikap Alina memang pelik Setiap lelaki yang akan mendekatinya pada dia akan mula menjauhkan diri sama seperti Aleya dan Alisa. Kenapa mereka bersikap begitu? Dahinya berkerut bila melihat gelagat Aleya dan Alisa yang seolah-olah sedang mencari sesuatu. “Apa lagi yang kamu berdua cari ni?” Munirah meninggikan suaranya.
            “Tak ada apa-apa, ibu!” ringkas jawapan Alisa. Dia tersengih.
           
            “Ibu, Along rasa kita perlu balik sekarang. Banyak barang yang barang yang belum pack lagi.”
            “Sekarang! Awal lagi. Biar ibu berborak dengan Maria sekejap lagi.” Kata Munirah.
            “Tak boleh, ibu! Tak sempat kalau pack malam nanti.” Alisa bersuara. Alina hanya mendiamkan diri. Dia hanya menjadi pemerhati.
            “Hish…budak-budak ni! Pagi tadi, kamu berdua beriya-iya sangat nak hantar ibu ke rumah Auntie Maria. Sekarang ni pulak, kamu berdua beriya-iya mengajak ibu balik. Apa kena dengan kamu berdua ni?” Munirah geram dengan perangai Aleya dan Alisa. Pagi tadi suruh aku berbual panjang dengan Maria. Apa kena dengan anak-anak aku ni?
“Kalau Along dan Angah nak balik, kamu bertiga balik dulu. Petang nanti ambil ibu balik.”
            “Tak boleh!” jawab Aleya dan Alina serentak. Ibu tak boleh berada di sini. Tidak sama sekali
            Munirah terus bangun. Dia tidak dapat menahan lagi. “Ya, Allah! Budak-budak ni! Cuba Along dan Angah beritahu ibu, kenapa ibu tak boleh duduk di sini? Beritahu ibu sekarang.” Muka Munirah sudah merah kerana menahan geram.
            “Sebab abang!” Kadir terus keluar dari tempat persembunyiannya. Munirah berpaling dan terkejut. Aleya dan Alisa hanya merenung lelaki yang menghampiri mereka yang berada di ruang tamu.
            “Rasanya mereka tahu abang berada di sini!” Kadir tersenyum ke arah mereka bertiga. Dia masih belum dapat membezakan mereka bertiga lagi. Hanya seorang dari mereka yang membalas senyumannya. Itu pasti Alina. Manakala 2 orang wanita yang merenungnya seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar.
            Munirah menoleh ke arah Aleya dan Alisa. “Jadi, inilah sebab kenapa Along dan Angah menyuruh ibu balik!”
            Aleya dan Alisa hanya mendiamkan diri. Pasti ibu tengah marah sekarang ini.
            Melihat kedua-dua orang anaknya itu mendiamkan diri, Munirah hanya mampu melepaskan keluhannya perlahan-lahan. “Baguslah! Awak ada di sini! Ada perkara yang Munirah ingin bincangkan! Malam ni selepas sembahyang isyak, awak jemput saya di rumah. Kita keluar makan.” Beritahu Munirah.
            “Apa!” jerit Aleya dan Alisa serentak. Suara mereka berdua begitu kuat .Kata-kata ibu mereka sebentar tadi mengejutkan semua orang. Alina, Maria dan Kadir turut sama tercengang.
            “Ya!” kata Munirah.
            “Kenapa ibu nak keluar dengan lelaki ni? Ibu nak berbaik semula dengan lelaki ni ke? Ibu demam ke?’ soal Alisa bertubi-tubi. Dia tidak berpuas hati.
            “Ibu ada sebab kenapa ibu perlu keluar dengan ayah kamu. Ini hal ibu. Ibu ada hak untuk buat apa saja yang ibu mahu.”
            “Kami takkan benarkan! Ibu sedar tak apa yang ibu hendak lakukan sekarang ini.” Aleya bersuara.
            “Ini malapetaka!” Alisa menyampuk.
            “Ibu ada sebab kenapa ibu nak keluar dengan ayah kamu. Kamu berdua tak berhak nak menghalang ibu.” Munirah merenung Aleya dan Alisa.
            Dahi Alina berkerut melihat mereka bertiga. It’s not good.
            “Kami tetap akan menghalang ibu dengan apa cara sekalipun agar ibu tidak akan keluar dengan lelaki tu.” Tegas Aleya.
            “Kamu berdua tetap tak mahu beri muka pada ibu ke?” Munirah sudah tidak dapat menahan kesabarannya. Munirah bangun dan menghampiri Aleya dan Alisa
            “Ya!” jawab Aleya dan Alisa serentak.
            “Baiklah! Kalau macam tu, ini yang kamu berdua nak kan!” Munirah mengetap bibirnya. Tongkat yang berada di tangan kanannya dilepaskan. Tanpa melengahkan masa, dia terus menarik telinga Aleya dan Alisa. “Kamu berdua tak pernah dengar cakap ibu.”
            “Sakit! Sakit!” jerit Alisa apabila telingan kananya ditarik oleh ibunya. Sakit!
            “Ibu! Aduh, sakit Ibu!” Aleya memegang tangan ibunya yang  menarik telinga kirinya.
            “Kamu berdua ni degil!” kata Munirah lagi.
            Alina menutup mulutnya menahan ketawa. Sudah lama dia tak melihat scene ini! Rasanya sudah 8 tahun, itulah kali terakhir ibu menarik telinga Along dan Angah. Mungkin kelakuan Along dan Angah hari ini membuat ibu hilang sabar.
            Mata Maria tidak berkelip melihat apa yang berlaku. Selama ini Kak Munirah seorang lemah-lembut, tenang dan jarang melihat dia memarahi orang. Sekarang ini wanita itu lain dari wanita yang dikenalinya dahulu.
            “Munirah! Lepaskanlah! Abang tengok dah lain macam muka mereka berdua tu.” Kadir risau. Wajah Aleya dan Alisa sudah berubah merah.
            “Abah, jangan risau!Along dan Angah sudah biasa dengan semua ini.” Alina ketawa. Itu la tak nak dengar cakap ibu, kan dah kena!
            “Awak! Kita jumpa malam ini. Maria, akak minta maaf sebab tidak dapat berborak panjang dengan Maria hari ini. Akak minta maaf atas kesulitan yang berlaku.” Bibir Munirah muncung kea rah Aleya dan Alisa. Telinganya masih belum melepas telinga Aleya dan Alisa. “Jom balik!” Munirah melepaskan telinga Aleya dan Alisa.
            Alisa dan Aleya akur dengan kata-kata ibunya. Mereka memegang telinga mereka yang masih sakit. Muka mereka muram. Aleya mengambil tongkat ibunya yang terjatuh dan diberikan pada ibunya. Aleya menjeling ke arah Kadir sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Alisa membantu Munirah keluar dari situ.
            Alina terus menghampiri Auntie Maria dan Kadir. Dia bersalaman dengan mereka berdua. “Auntie, Lina balik dulu. Esok kita jumpa kat airport ye.” Pandangannya dialihkan pada ayahnya. “Abah jangan risau. Perkara ni normal bagi Along dan Angah.” Alina tersengih. Dia melangkah laju meninggalkan mereka. Dia bimbang Aleya akan meninggalkannya.
            Maria memandang ke arah Kadir. Dia tiba-tiba ketawa. “Family abang lucu la.” Bila teringatkan peristiwa tadi, dia tidak menahan diri dari ketawa. Ingatkan selama ini tiada siapa yang dapat menjinakkan Aleya dan Alisa. Rupanya dalam diam, kak munirah ni berisi jugak
            Kadir hanya tersenyum. Dia menyesal kerana telah mensia-siakan masa selama 25 tahun tanpa mengenali mereka bertiga. Bagaimana wajah mereka ketika berusia 1 bulan, setahun, 10 tahun dan 13 tahun. Dia sudah terlepas semua itu. Hatinya sebak bila mengingatkan mereka berempat akan meninggalkan dirinya. Dia teringat kata-kata Munirah. Mesti Munirah ingin membincangkan tentang penceraian kami! Kadir mula susah hati.
          

4 comments:

Anor said...

kesian juga dgn datuk kadir ye..menyesal pun dh
tak berguna kerana perkara dh berlaku. agaknyanye
kenapa munirah nk jumpa dgn kadir ye...kalau
mereka berbaik semula bagus juga ye...cepatlah
sambung kadang-kadang lama juga nk tunggu n3 baru
rasa tak sabar pula...adakah mereka bertiga ini
akan bertemu jodoh dgn tiga teruna nanti?

Anonymous said...

hehe....suka pulak bce n3 kli nie...haha...lawak2...
tpi btol jgak....ksian pulak tgk dtuk kadir tu...apalah ksudahanya....
xsabar nk tunggu nie...smbung lgi plez....

aqilah said...

apapun, akak follow...............

Seorg wanita... said...

Kelakor gak bila Aleya & Alisa kena pulas telinga dgn Munirah... tu dah tahap geram sgt dah tu..

Cuma mmg pahamlah perasaan Along & Angah, depa tetap taknak mak mereka kembali pada Dato Kadir after what they've gone thru 2gether..

rasanya Munirah tetap akan jumpa Dato Kadir tapi untuk pisah cara baik.. dia dah bgtau Maria, untuk pergi bersama2 anak2 dia..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...