Saturday, March 19, 2011

Satu Dua Tiga 35

BAB 35

            Aleya duduk menyandarkan dirinya pada sofa di ruang tamu. Beberapa kali dia bergerak membetulkan kedudukkannya. Wajahnya serius. Keputusan ibu untuk keluar bersama Dato’ Kadir merunsingkan hatinya.
            “Along! Jangan risau! Ibu takkan berbaik semula dengan abah.” Alina duduk di sebelah Aleya.
            “Macam mana Acu tahu? Ibu beritahu ke” soal Aleya.
            “Tak tetapi Acu pasti tujuan sebenar ibu keluar dengan abah adalah untuk menyelesaikan semua perkara ini.”
            “Acu yakin ke ?” sindir Alisa. Kenyataannya ibu masih mencintai lelaki itu.
            “Angah sendiri tahu sikap ibu kan! Sama seperti Along dan Angah. Jika sudah membuat keputusan, jangan harap la nak berpatah balik. Degil.” Alina membuat mimic muka.
            Aleya hanya diam membisa.
            “Along, nampak tak? Amboi, sekarang ni bila bercakap main lepas saja tetapi bila depan Auntie Kartika, Sofea dan Suhaila……, mulut tu kunci rapat. Pijak semut pun tak mati.”
            Alina menjeling pada Alisa.
            “Bisingnya! Dari dalam bilik, ibu dah dengar suara kamu berdua.” Munirah keluar dari biliknya. Satu langkah demi satu langkah diatur dengan bantuan tongkat di tangan kirinya.
            “Amboi, cantiknya ibu malam ni! Maklumlah special day.” Usik Alina terus mendekati ibunya. Pandangannya dialihkan pada Aleya dan Alisa yang hanya memerhati. Wajah mereka kelat.
            “ Biasa sahaja.” Munirah melirikkan matanya ke arah Aleya. Dia tahu mereka berdua bimbang tentang dirinya. “Don’t worry about me! Nothing will change.” Munirah tersenyum. Dia terdengar deruan enjin kereta di halaman rumah. “Hmm….Dato’ Kadir dah sampai. Ibu pergi dulu.” Munirah terus berlalu keluar.
            Aleya dan Alisa melihat ke luar melalui tingkap. Setiap gerak geri ibu mereka diperhatikan. Alina turut sama melihat.
            “Macam mana dia tahu ibu suka orkid?” Aleya meninggikan suaranya apabila melihat Dato’ Kadir memberi sejambak bunga orkid pada ibunya. Dia terus melihat kea rah Alina.
            Alina terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia faham maksud di sebalik pandangan Aleya. Pasti Along ingat aku yang beritahu abah. “Not me!”
            “Actually, I did.” Alisa mengaku. Dia tersengih. “Angah tak sengaja. Terlepas cakap. Sorry!”
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia melihat kembali ke luar rumah. Kereta BMW X6 milik Dato Kadir telah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.
            Alina perasaan akan perubahan wajah kakak kembarnya. “Along tak percaya ibu ke?”
            “Along percaya pada ibu tetapi ibu tak percaya pada lelaki itu.” Tegas Aleya.
            “Hmmm…kalau macam tu, jom kita ikut ibu!” cadang Alina secara tiba-tiba.
            Aleya dan Alisa terkejut.
            “Biar betul!” Bulat mata Alisa. Ini pertama kali Acu mencadangkan sesuatu yang di luar jangkaan.
            “Acu tahu ke mana ibu pergi makan bersama abah. Sebelum ibu pergi tadi, ibu beritahu Acu.”
            “Pelik! Kenapa ibu beritahu Acu sebab ibu pasti tahu Acu ni bukannya reti simpan rahsia?” Alisa melihat Aleya yang masih berdiam diri.
            “Angah!” Alina mengetap bibirnya sambil merenung tepat pada Alisa yang sering memerli dirinya.
            “Sebab ibu mahu kita ikut ibu.”
            “Why?” Alisa terkejut dengan kata-kata Aleya.
            “Along tak pasti. Lebih baik kita pergi sekarang!” Aleya terus mencapai baju sejuknya. Cekak rambut yang dipakainya dibetulkan. Kunci kereta Audi Q7 berwarna merah yang baru dibelinya semalam dicapainya. Alisa dan Alina mengekori Aleya.

                                   ************************************

            “Macam mana dengan makanan di sini? Sedap kan! Abang selalu makan di sini. This is my favorite restaurant. Do you like it?” Kadir tersenyum. Nasi goreng pattaya telah habis di makannya. Dia sengaja membawa Munirah ke sini. Dia mahu Munirah tahu serba sedikit tentang dirinya.
            “Sedap!” Munirah hanya mampu tersenyum. Dia berasa  janggal apabila bersama Kadir. Hanya mereka berdua. Kadir telah menempah seluruh restaurant hanya untuk mereka berdua sahaja. Munirah rasa pelik. Layanan Kadir terhadap dirinya membuatkan dia sedikit takut. “Hmm….tujuan Munirah ajak awak keluar adalah untuk membincangkan tentang kita. Awak tahu kan Munirah akan balik ke London esok! Munirah harapa perkara mengenai kita dapat diselesaikan dengan segera.”
            “Kenapa Munirah? Kenapa? Abang tahu sikap abang dahulu telah mengecewakan Munirah tetapi abang berjanji abang takkan mengulangi semua itu lagi.”
            “Awak baliklah ke pangkuan Kartika. Awak masih lagi boleh membuka lembaran baru bersama Kartika. Antara kita sudah tamat sejak 25 tahun yang lalu. Biarlah kita membawa haluan masing-masing. Mengenai anak-anak awak berhak terhadap mereka. Munirah takkan menghalang jika awak berjumpa dengan mereka. Berkenaan Aleya dan Alisa, Munirah yakin satu hari nanti mereka dapat menerima awak.”
            “Abang nak Munirah bukannya Kartika. Seharusnya hubungan antara abang dan Kartika yang tamat.” Kadir terus memegang tangan kanan Munirah.
            Dengan pantas Munirah menarik tangannya dari dipegang oleh Kadir. Dia terkejut dengan tindakan Kadir. Jantungnya berdegup kencang bila Kadir memegang tangannya.
            “Munirah tak tahu apa lagi cara yang Munirah dapat buat agar awak faham. Kita sepatutnya sudah tiada apa-apa lagi. Awak perlu ingat siapa isteri awak selama 25 tahun ni? Kartika! Kartika yang berada di sisi awak selama ini. Setiap manusia ada kekurangannya begitu juga Kartika. Awak sebagai suami sepatutnya awak menegur dan guide dia ke jalan yang benar bukannya biarkan dia terumbang ambing seperti sekarang ni.”
            “Abang mencintai Munirah. I love you!” Kadir merenung Munirah.
            “Awak yakin ke awak mencintai Munirah, Dato’ Kadir? Senang betul cinta awak berubah. Sekejap awak cinta Kartika dan sekarang ni awak kata awak mencintai Munirah pula. Lakonan apa yang awak sedang mainkan sekarang ini?”   sindir Munirah.
            “Abang tak bohong! Percayalah! Abang harap kita dapat bersama semula.”
            “You not in love with me, Dato’ Kadir. Semua itu hanya sementara sahaja. Keinginan awak adalah untuk memenuhi kekosongan dan kesunyian yang ada dalam diri awak. Let me free!” ucap Munirah dengan lembut.
            Susah sangat ke untuk Munirah memahami cinta abang? Abang hanya mencintai Munirah seorang saja.” Kadir masih merayu. Wajahnya sedih. Sedih kerana Munirah tidak mempercayai cinta yang telah dilafazkan dari hatinya.
            “Bagaimana pula dengan Kartika? Bukankah awak mengahwini Kartika kerana awak mencintai dirinya? Awak sudah lupa ke? Apa yang telah awak cakapkan pada Munirah sewaktu awak halau Munirah dari rumah awak ?” Munirah mula berasa geram. Cinta? Adakah lelaki ini memahami maksud perkataan tersebut? Adakah kerana dia mencintai aku lantas dia melayan aku seperti sampah pada 25 tahun yang lalu? Inikah namanya cinta! Munirah merenung lelaki itu. “Kartika adalah wanita yang satu-satunya wanita yang aku cintai sehingga akhir hayat aku. Cinta dan kasih sayang aku hanya pada wanita bernama Kartika. Dia akan menjadi ibu pada anak-anak aku. Kau hanya layak menjadi orang gaji aku sahaja. Status kau sebagai isteri aku hanya sementara sahaja. Sekarang ni ibu bapa aku sudah mati, baik kau berambus dari sini. Kau pergi saja ke mana kau suka. Kau sakit ke mati ke? Aku tak mahu ambil tahu. Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku!” Kelopak mata Munirah mulai berair. Setiap kata Kadir terhadap dirinya pada hari dia dihalau keluar dari rumah banglo mewah  masih lagi segar di ingatannya. Baginya, itu adalah sejarah hidup yang tidak dilupainya sehingga sekarang.
“Awak nak dengar lagi yang selebihnya ke?”
            “Munirah!” Bibir Kadir terketar-ketar menahan sebak. Nampaknya dia benar-benar telah melukai hati wanita ini. Dia kesal dengan apa yang telah berlaku. Jika masa dapat diputar semula, aku takkan melakukan kesilapan seperti ini. Jika aku menerima Munirah seadanya, mungkin aku hidup bahagia bersama Munirah dan anak-anak aku.
            “Cukup, Dato’ Kadir! Antara kita sudah berakhir. Awak harus terima kenyataannya. Munirah harap walaupun kita bukan suami isteri lagi, kita boleh menjadi seorang kawan.” Munirah cuba tersenyum. Dia tak mahu menyebabkan Dato’ Kadir stress kerana itu tak baik untuk kesihatannya.
            “Tidak. Abang tak mahu menjadi kawan. Abang mahu Munirah menjadi isteri abang!” Kadir tiba-tiba bangun. Matanya masih tepat memandang wajah Munirah.
            “Mustahil untuk kita kembali menjadi suami isteri. Dato Kadir. Kenapa begitu sukar awak menerima kenyataan ini? Sekarang ini isteri awak adalah Kartika bukan Munirah.” Tegas Munirah. Kedegilan Kadir membuat dia rimas.
            “Abang akan ceraikan Munirah!” kata Kadir secara tiba-tiba.
            Munirah terkejut dengan kata-kata Kadir sebentar tadi. Ceraikan Kartika.”Awak dah hilang akal ke? Perceraian bukannya permainan, Dato Kadir.”
            “Untuk memiliki Munirah, abang sanggup buat apa sahaja. Sekarang ni Munirah dan anak-anak abang lebih penting dari segala-galanya. Abang tidak mencintai Kartika.”
            Munirah mengetap bibirnya menahan geram. Nafasnya turun naik. “Jika awak tidak menyintai Kartika, kenapa awak mengahwini Kartika?”
            “Sebab abang ingin membuktikan pilihan abang adalah tepat berbanding pilihan mak ayah abang namun abang telah melakukan kesilapan. Pilihan mak ayah abang adalah tepat. Mereka tahu siapa yang terbaik untuk menjadi isteri abang. Hanya abang yang buta ketika itu. Setelah Munirah pergi, baru abang sedar rupa-rupanya abang sudah jatuh cinta pada Munirah. Hidup abang kosong selepas pemergian Munirah. Abang tidak pernah bahagia bersama Kartika. Inilah balasannya.”
            “Awak fikir Munirah akan percaya semua ini. Munirah tak pernah lupa siapa awak yang sebenarnya? Awak tu playboy! I’m not stupid anymore.”
            “You love me!”
            “What! Apa buktinya?” Munirah merenung lelaki itu. Apa maksudnya di sebalik semua ini?
            “Bukti!” Kadir tersenyum. “Your dairy!”
            Bulat mata Munirah mendengarnya. Ya, memang hari itu aku tertinggal dairi aku. Dia baca kesemuanya ke? Munirah mula gelisah. Segala isi hatinya tercatat di dalam dairi itu.
            Kadir tersenyum lebar melihat reaksi Munirah. “Sehingga sekarang awak masih mencintai abang kan!”
            “Tidak! Itu dulu. Sekarang Munirah tiada apa-apa perasaan pada awak lagi. Awak boleh fikir apa saja yang awak mahu. I’ll still want you to divorce me.”
            “No!”
            ‘Fine! You can do whatever you want to do. I will do everything to make sure you divorce me, Dato Kadir.” Nada suara Munirah sudah berubah. Munirah mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Sebentuk cincin dikeluarkannya. “Ambil ni! Cincin ini tak pernah menjadi milik Munirah. Ini kepunyaan awak.” Munirah meletakkan cincin perkahwinan mereka di atas meja.
            Kadir terkejut dengan tindakan Munirah.
            “Keputusan Munira takkan berubah. Munirah tetap berharap awak akan mengubah fikiran awak dan memberi peluang pada Kartika. I hope we can be friends. Tentang anak-anak kita, Munirah takkan menghalang awak dari berjumpa mereka kerana awak juga berhak terhadap mereka.”
            “Munirah!”
            “Along! Angah! Acu! Ibu nak balik.” Kata Munirah secara tiba-tiba.
            Dahi Kadir berkerut. Dia melihat Aleya, Alisa dan Alina keluar di sebalik pokok besar yang hampir dengan meja mereka. Sejak bila mereka berada di sini?
            Munirah bangun! Alina lebih dahulu mendekati ibunya. Alisa cuba untuk mendekati Kadir tetapi dihalang oleh Aleya. “Angah dan Acu pergi ke kereta dulu bersama ibu.” Aleya memberi kunci kereta pada Alisa.
            “Tapi!”
            “Just go, Angah!” tegas Aleya.
            “Ok! Jom, ibu!” kata Alisa. Mereka bertiga berjalan meninggalkan Aleya dan Kadir. Munirah sempat memandang ke belakang melihat Aleya dan Kadir. Dia hanya mampu mengeluh.
            Aleya berdiri memandang lelaki itu. Setiap perbualan ibu dan lelaki ini telah didengari dengan jelas. “ I dah call Iskandar. He will come to drive you home.” 
            “Abah sedar abah telah gagal menjalankan tanggungjawab abah. Abah harap abah dapat menjalankan tanggungjawab abah jika Aleya dapat menerima abah.”
            “Whatever happens, you still our father! But it’s impossible to accept you to be part of our life! Sejak dari mula lagi, awak bukan sebahagian dari kami. Kami hidup tanpa seorang ayah dan kami akan menjalani hidup kami kembali seperti biasa. Kami bahagia dengan kekurangan yang kami ada. So I merayu pada awak supaya menunaikan permintaan ibu. Just once, let her be happy. Be free from you.” Kata Aleya. Kali ini dia tidak berkeras dengan Dato’ Kadir. Kenyataan tetap kenyataan. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini tetap ayah kandungnya. “I minta maaf jika selama ini I dan Alisa telah menyakiti dan mengasari awak. Kami minta maaf.” Kata Aleya dan terus berlalu pergi.
            Badan Kadir tiba-tiba menjadi kaku. Inilah kali pertama Aleya tidak bercakap kasar padanya. Renungannya juga tidak seperti selalu. Dia melihat kelibat Aleya hilang dari pandangannya. Kadir mengusap dadanya perlahan-lahan. Tiba-tiba terasa sakit. Setiap kali memikirkan Munirah dan anak-anaknya akan meninggalkan hatinya berasa sedih. Maaf, Aleya! Abah tak dapat lakukan semua itu. Abah sayang kamu semua. Kerana sayang, abang akan mendapatkan kembali keluarga abah yang telah lama hilang.
            Selain Aleya, Alisa dan Alina ada juga orang lain yang berada di situ! Pokok jarum yang berada di sisinya dicabut tanpa disedarinya. Hatinya sakit melihat mereka berkumpul seperti keluarga. “Kenapa kau dan anak-anak kau begitu berani memijak maruah aku? Kau fikir aku ni apa, hah!” kata Kartika. Sejak dari tadi dia mengekori Dato’ Kadir. Sudah beberapa hari Dato’ Kadir tidak pulang ke rumah. Selepas yang berlaku pada malam itu, Dato’ Kadir tak pernah untuk pulang untuk memujuk dirinya. Dirinya dibiar terkapai-kapai sendirian. Lelaki itu benar-benar sudah berubah hati. Perasaan benci sudah menguasai segala-galanya. “Aku akan pastikan kau terima akibatnya, Munirah! Apa yang akan kau rasa jika salah seorang anak kau tiada? Kartika tersenyum sendirian.

                                   ***********************************

            Aleya menutup pintu keretanya. Semua beg telah dikeluarkan. 2 jam lagi pesawat akan berlepas. Aleya terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.
            “Cuaca baik kan hari ini!” tegur Zahari sambil tersengih.
            “Rasanya sekejap lagi mendung la.” Alisa membuat mimic muka. Dia dah datang!
            “Ya ke? Kalau hujan baguslah! Lagi bagus kalau ribut pasti penerbangan akan tergendala kan!”
            “Kau!” Alisa menunding jari pada Zahari.
            “Aiii…..awal-awal pagi dah bergaduh! Ada apa-apa ke ni?” usik Alina. Macam anjing dan kucing. Berjumpa saja mula bergaduh!
            “Acu jangan cuba nak naikkan darah Angah yang telah mendidih ni!” Alisa mengalihkan pandangannya. “Dr. Nazri! Rasanya Alina perlukan bantuaan awak. Maklumlah, tengok beg yang dibawanya terlalu banyak. Kasihan dia kan! Pasti awak tak mahu menjadi lelaki yang tidak gentlemen di mata Alina kan!” giliran Alisa pula.
            “Maaf!” Dr. Nazri terus mendekati Alina dan membantunya membawa beg yang berada di tangan Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir Dr.Nazri.
            “Thank you!” kata Alina pada Dr. NAzri . Perlahan-lahan pandangannya dialihkan pada Alisa. Angah ni memang sengaja nak balas dendam.
            “You’re welcome!” Alisa pula yang menjawabnya. Dia sengaja membuat mimic muka untuk menyakiti hati Alina.
            Iskandar melihat kea rah Aleya yang hanya mendiamkan diri. Wajahnya serius. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Aleya semalam. Tiba-tiba sahaja menyuruh menghantar Uncle Kadir. Kenapa? Bukan ke dia begitu membenci Uncle Kadir? Sepatutnya dia tidak mengambil peduli tentang Uncle Kadir.
            Aleya sedar Iskandar sedang merenung ke arahnya. Pandangannya dialihkan kea rah lain. What’s his problem?
            “Jom! Nanti terlewat pula!” kata Munirah. Alina membantu Munirah begitu juga Aleya.
            “Auntie pergi dulu, nanti Is menyusul kemudian. Ada barang tertinggal di kereta.” Kata Iskandar. Dia terlupa sesuatu.
                                               ***************************

            Mereka sudah berada di entrance KLIA. Alisa terus mendekati Aleya apabila sedar Dato’ Kadir sedang menanti mereka. Tanpa berlengah, Alina terus bersalam dengan Dato’ Kadir. Dato’ Kadir tersenyum. Dia mengusap lembut rambut anak bongsunya. Dato’ Kadir melihat ke arah Munirah yang tersenyum ke arahnya.
            “Along! Angah! Salam Dato’ Kadir. Kita dah nak berlepas ni.” Arah Munirah. Dia tak mahu anaknya menjadi seorang anak yang derhaka.
            “What!” Alisa meninggikan suaranya. “Kenapa kami mesti bersalam dengan lelaki ini?”
            “Angah!”
            “Alisa, awak sedar tak banyak mata sedang memerhati ? Awak memang suka buat kecoh kan! Suka tarik perhatian” kata Zahari. Disebabkan oleh suara Alisa, orang ramai yang berada di situ melihat kea rah mereka.
            Alisa memandang ke sekelilingnya. Memang benar kata Zahari! Aleya menarik Alisa mendekati. “Just do it.”
            “Tapi Along!” Alisa enggan menuruti kata-kata ibunya.
            “Angah mahu ke ibu berubah  fikiran secara tiba-tiba dan membuat keputusan tinggal di sini lagi.” Bisik Aleya.Dia tidak mahu membuat kecoh di sini lebih-lebih lagi di tempat awam. Kenapa semenjak dia menjejakkan kakinya di sini hatinya berada tidak sedap! Berdebar-debar seolah-olah ada perkara yang akan berlaku. Dahi Aleya berkerut.
            Wajah Alisa berubah. “Baiklah!” Dengan cepat Alisa bersetuju, dia tak mahu berada di sini lagi. Rimas! Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang mulutnya seperti burung kakak tua.
            Alisa dan Aleya bersalaman dengan Dato’ Kadir buat pertama kalinya. DIa hampir menanggis apabila memegang tangan mereka berdua.  Alisa teragak-agak menghulurkan tangannya. Sebaik sahaja tangannya menyentuh tangan Dato’ Kadir, ditarikanya dengan pantas. Munirah hanya mampu mengelengkan kepalanya dengan kerenah Alisa. Giliran Aleya pula, dia menoleh kea rah Munirah yang memerhati. Dia hanya ingin menjaga hati ibunya sahaja. Aleya menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Dato’ Kadir. “ I buat semua ini disebabkan oleh ibu!” kata Aleya secara tiba-tiba.
Dato’ Kadir hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Aleya.
            Munirah mengeluh. Mereka berdua ni sama sahaja.
            “Ibu masuk dulu. Along baru teringat Along tertinggal sesuatu di dalam kereta.” Kata Aleya secara tiba-tiba. Macam mana aku boleh terlupa kunci rumah di Dia memberi tiket penerbangan dan passport pada Alina sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.
            “Angah nak ikut!” kata Alisa terus mengekori Aleya yang sedang melintasi jalan. “Along, tunggu!”
            Aleya berpaling apabila mendengar suara Alisa dan berdiri menanti Alisa. Dia melihat tiada kereta dan dia berdiri di tengah jalan.
            “Nak melarikan diri macam la orang tak tahu.” Kata Alina. Deruan enjin kereta menarik perhatian Alina. Dia menoleh dan melihat sebuah kereta wira putih bergerak laju ke arah Aleya dan Alisa yang tidak sedar akan kehadiran kereta itu.
            “Along! Angah! Kereta!” jerit Alina. Dia tergamam melihat kereta itu semakin laju menghampiri mereka berdua.
            Aleya dan Alisa berpaling dan terkejut melihat kereta itu sedang bergerak laju menghampiri mereka berdua. Aleya menoleh ke arah Alisa yang berada di sisinya. Dengan sekuat tenaga yang ada Aleya menolak Alisa ke tepi. Aleya melihat kereta itu begitu dekat dengannya. Alisa jatuh terduduk di tepi jalan.
            “Along!” jerit Munirah. Hampir saja tersentap jantungnya melihat Aleya berdiri di situ manakala kereta masih bergerak laju menghampiri anaknya.
            Kereta itu semakin dekat. Dekat! Aleya memejamkan matanya. Aleya terkejut apabila tubuhnya ditarik ke tepi. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Kini, dia berada di dalam dakapan Iskandar. Aleya memegang lengan Iskandar. Tangannya masih terketar-ketar.
            Kadir menarik nafas lega melihat Iskandar menarik Aleya ke tepi . Jika tiada Iskandar, entah apa yang akan terjadi pada Aleya.
            Zahari terus menghampiri Alisa yang masih terduduk di tepi jalan. “Awak taka pa-apa ke?” soal Zahari.
            “I’m ok!” kata Alisa mencuba untuk bangun tetapi kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit.
            “Kaki awak terseliuh ke?” soal Zahari risau. Dia membantu Alisa bangun.
            “Sikit saja. Along?” Alisa melihat ke arah Aleya. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada Along! “Pemandu kereta gila! Tak nampak orang ke? Dia ingat sini Litar Sepang ke?” bebel Alisa. Seketika Alisa terlupa akan persengketaan mereka berdua
            Zahari tersenyum melihat Alisa. Tak habis-habis membebel.
            “Ibu tunggu sini. Acu nak tengok Along dan ANgah! Abah tolong jaga ibu!” Alina segera menghampiri Alisa yang dekat padanya. Dr. Nazri mengekori Alina
            “Baiklah!” kata Kadir. Dia melihat wajah Munirah yang kelihatan risau dengan apa yang berlaku tadi. Kadir menggenggam erat tangannya. Kali ini dia memang sudah melampau! Kartika!
            “Aleya, awak selamat sekarang ni! Kereta tu sudah tiada.” Kata Iskandar. Mujurlah tadi dia sempat menarik Aleya. Aleya masih lagi berada di dalam dakapannya.
            Aleya membuka matanya perlahan-lahan. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di dalam dakapan Iskandar. Wajahnya bertukar merah. Segera dia menjarakkan dirinya dari Iskandar. Aleya melihat kea rah lain. Dia malu untuk bertentangan mata dengan Iskandar. Kenapa aku berperasaan seperti ini? Walauapapun Iskandar telah menyelamatkannya. “Aaa…Terima kasih.” Ucap Aleya. Dia menoleh kea rah Alisa. Dia menarik nafas lega melihat Alisa selamat. Kaki Aleya pantas melangkah meninggalkan Iskandar.
            Dahi Iskandar berkerut. Dia terkejut dengan kelakuan Aleya tadi. Malu! Dia malu ke? Tak sangka wanita keras seperti Aleya ni ada juga perasaan malu. Rupa-rupanya dia ada perasaan juga. Iskandar tersenyum. Dia mengatur langkah mengikuti langkah Aleya yang mendekati Alisa.
            “Along! Are you ok?” soal Alina. Dia risau.
            “I’m fine! Angah!” Aleya melihat Alisa.
            “I’m ok cuma terseliuh sikit.” Alisa tersenyum. Dia memeluk Aleya. “Nasib baik, tiada apa-apa yang terjadi pada Along. Jika tidak, Angah akan bersalah seumur hidup Angah.”
            Aleya mengusap bahu Alisa perlahan-lahan. “That’s my job as your older sister.” Aleya tersenyum dan matanya dialihkan pada ibunya yang sedang memerhati kea rah mereka. Ibu pasti terkejut dengan apa yang terjadi tadi.
            Munirah membalas senyuman yang dilemparkan kepadanya. Hatinya masih tidak tenang. Selagi mereka tidak pergi dari sini, nyawa anak-anaknya dalam bahaya. Nalurinya kuat mengatakan apa yang berlaku sebentar tadi adalah angkara Kartika. Wanita seperti Kartika sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan dirinya tidak tergugat. Aku mesti bawa anak-anak pergi dari sini. Setiap detik begitu berharga lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan anak-anaknya.
  

3 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaaa...
nasib ada hero pujaan.
kalau tak, sure aleya dah kemana.

datuk kadir, buat somethinglah. kata sayang munirah and triple A.
tp dok macam tu jugak.
kartika dah melampau.
next2.

nani cute said...

3 vs 3 ok je but can't tolerate datuk kadir the 'hate man' hiss... terlebih lak i ni

aqilah said...

wah........cayalah Is............mcm superman lak.........apapun, best!!!!!!!!!!!

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...