Wednesday, May 4, 2011

Satu Dua Tiga 38

BAB 38

            Kartika menoleh ke arah pintu sebaik sahaja mendengar pintu di tutup dengan kuat. Wajah anak sulungnya masam mencuka. Kartika mengeluh. Ini mesti disebabkan oleh Iskandar. Tiada lelaki lain ke di dunia ni? Mengapa mesti Iskandar? “Hmm…masalah apa pulak kali ni?”
            Sofea membaling beg tangannya dengan kasar untuk melepaskan geramnya. “Abang Is, mama! Entah ke mana dia pergi kebelakangan ni? Sofea tahu dia cuba mengelak dari berjumpa dengan Sofea.”
            “Kau dah tahu Is tu tak suka Sofea kenapa Sofea mesti menjadi perigi cari timba? Mama tak faham!”
            “Sofea cintakan Abang Is. Hanya Abang Is yang akan menjadi suami Sofea! Mama faham tak?” Sofea meninggikan suaranya. Dia tahu mama tak suka dia berkawan dengan Abang Is.
            “Cinta!” Kartika ketawa dengan kuat. Geli hatinya mendengar perkataan itu. Anak aku ni faham ke apa ertinya perkataan tersebut.
            “Mama!” jerit Sofea geram.
            “Sofea tak cari dia di rumah ke?” soal Kartika. Dia malas nak bergaduh dengan anaknya.
\           “Dah! Sofea benci dengan Auntie Maria. Setiap kali Sofea pergi, Auntie Maria mesti perli Sofea. Dia hanya ibu tiri Abang Is saja.Dia tak ada hak nak halang Sofea bercinta dengan Abang Is. Abang Is berhak pilih siapa yang dia suka. Auntie Maria tak boleh nak control Abang Is!” Getusnya lagi.
            “Bercinta? Anak mama ni memang suka berangan-angan! Angan-angan Mat Jenin. Mama tengok Iskandar tu tak ada apa-apa perasaan pun pada Sofea. Mama tak pernah nampak pun Sofea dating berdua bersama Iskandar. Jangan nak berangan-angan, Sofea! Mama nasihatkan Sofea cari saja lelaki lain.”   
            “Mama! Sofea cinta Abang Is sejak dari kecil lagi. Dialah cinta pertama Sofea.”
Sakit hatinya mendengar kata-kata ibunya. Mama ni tak pernah nak menyebelahi aku! Apa kurangnya Abang Is?
            “Cinta! Sofea ingat mama tak tahu siapa suami Sofea di luar sana, hah!” Kini giliran Kartika meninggikan suaranya. Mata mereka berdua bertembung.
            Sofea terkejut apabila mendengar kata-kata ibuna. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Adakah mama tahu Jeremy adalah kekasih aku?
            “Mustahil Ismail dan Maria akan menerima Sofea menjadi menantu mereka. Sofea cari sajalah orang lain. Mama tak mahu anak mama bersama dengan orang yang tidak mencintai Sofea. Lagipun mereka sekeluarga dari keluarga high class, orang macam kita mereka takkan pandang.”
            “Ini semua salah, mama! Jika mama pandai jaga hati papa, semua ini takkan terjadi. Papa tak mungkin akan menceraikan mama. Kita takkan jadi miskin macam ni.” Jerit Sofea sambil menghentakkan kakinya beberapa kali sebelum mengatur langkah meninggalkan ibunya yang tercengang dengan kata-katanya sebentar tadi.
            “Hish…budak ni! Dia salahkan aku pulak.”  Kartika mengetap bibirnya menahan geram dengan kerenah Sofea.
            “Mama!” jerit Suhaila sebaik saja melangkah masuk ke rumah. Dia beberapa kali mengesat air matanya yang tak berhenti mengalir.
            Dahi Kartika berkerut. Dia mengeluh. Sekarang ni giliran Suhaila pula. Apa pula masalah Suhaila kali ini? Pasti berkaitan dengan Dr. Nazri!
            “Cuba mama beritahu Su, apa yang tak kena dengan Su ni!” soal Suhaila.
            Mata Kartika terkebil-lebil merenung anak bongsunya. Apa kena dengan anak aku ni? Tiba-tiba soalan ini yang di tanyanya!
            “Cuba mama lihat! Diri Su ni lengkap dengan semua pakej! Cantik! Perfect body! Semuanya ada tetapi kenapa Abang Nazri tak pernah nampak semua itu!”  Suhaila meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia melihat dirinya.
            Kartika mengeluh! “sebab Nazri tu buta, dia tak nampak semua tu. Dah berapa kali mama beritahu Su, jangan buang masa Su pada lelaki macam tu. Bazir masa saja.”
            “Mama! Bagi mama, semua itu memang senang tapi ini…” Suhaila menunjuk tepat kea rah hatinya. “Hati Sue ni, mama! Dalam hati Su ni hanya terukir nama Abang Nazri sahaja. Tiada orang lain Sue cintai selain Abang Nazri.” Sakit telinganya mendengar kata-kata dari mamanya.
            “Su dan Sofea ni sama sahaja. Degil. Orang kalau tak mencintai kita, selama mana kita sanggup tunggu pun, mereka takkan membalas cinta kita. Su sendiri nampak rumahtangga mama macam mana?”
            “Apa yang berlaku terhadap mama adalah salah mama sendiri. Mama yang sendiri cari masalah. Papa ceraikan mama pun disebabkan mama berlaku curang di belakang papa. Selera mama tu orang muda. Lelaki sebaya kami pun, mama layan. Eee…” sindir Suhaila.
            “Su, jangan kurang ajar pada mama! Sedar sikit mama ni mak Su. Jangan cakap ikut sedap mulut saja.” Kartika meninggikan suaranya. Hampir meletup gegendang telinganya mendengar perkataan yang keluar dari mulut Suhaila.
            “Itu kenyataannya, mama! Su, malas nak cakap dengan mama! Dari Su bazir masa bercakap dengan mama lebih baik Su cari hospital mana Abang Nazri bekerja sekarang ni.” Suhaila membuat mimic muka sebelum berlalu keluar dari rumah itu. Mama tak pernah nak memahami aku!
            Majalah yang berada di tangannya dikoyak. Dia mengetap bibirnya. “Budak bertuah ni! Macam mana aku boleh dapat anak macam ni? Bukan nak menyenangkan aku, menyusahkan aku lagi adalah.” Marah Kartika. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada di atas meja berbunyi, pantas Kartika mengambilnya dengan kasar. “Hello!” jawab Kartika dengan nada suara yang kasar. Air mukanya berubah apabila mendengar berita dari pemanggil itu. “Baiklah!” Kartika terus menamatkan panggilan itu. “Aku dah agak perempuan macam kau ada muslihat. Akhirnya kau balik jugak ke sini, Munirah. Tunggulah! Aku takkan lepaskau begitu sahaja. Disebabkan kau, Abang Kadir ceraikan aku. Aku kehilangan semua! Ini semua gara-gara kau, Munirah.” Jerit Munirah. Nafasnya turun naik. Genggaman tangan semakin erat. Dendamnya pada Munirah takkan pernah padam.

                                                *************************

            “Good Morning!” Alisa menyapa Aleya dan ibunya yang sedang breakfast.
            “Wajah berseri-seri pagi ni! Ada apa-apa ke?” Munirah tersenyum melihat gelagat Alisa yang terus menarik kerusi di sebelah Aleya dan duduk.
            “Ataupun semalam bermimpi dipatuk ular!” usik Aleya menuang air Nescafe untuk adiknya.
            “Hish….tak ada lah ke situ. Siapa nak minang Angah ni? Boyfriend pun tak ada. Tiba-tiba saja terasa hari ini adalah hari yang terindah.” Karipap yang berada dipinggan terus diambilnya dan di suap ke dalam mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah. Hmm…sedapnya! “Hmm..Acu mana?” soal Alisa. Dia melihat di segenap sudut dapur mencari kelibat Alina.
            “Kat luar. Siram pokok bunga. Sekejap lagi dia masuk la.” Jawab Munirah.
            “Hmm…ibu, apa maksud Dato’ Kadir dengan kata-katanya semalam? Tindakan yang lebih agresif!  Apa dia?” soal Alisa. Puas semalam dia berfikir. Sebab itulah dia bangun lewat hari ini.
            “Ibu pun tak tahu. Biarlah, Angah! Dia nak ambil apa-apa tindakan pun, ibu tak kisah.”
            “Ibu! Ibu!” jerit Alina yang berlari ke dapur.
            “Apa halnya, Acu? Kena kejar anjing ke?” usik Alisa. Dia suka mengusik adiknya.
            “Angah ni! Kita ada masalah besar ni! Baca ni.” Alina terus meletakkan suratkhabar yang ada di tangannya. Dia menunjukkan artikel utama suratkhabar hari ini. Mata mereka bulat sebaik sahaja membaca tajuk utama di suratkhabar itu.
            “Ibu!” Aleya menoleh ke arah ibunya yang masih tercengang dengan apa yang berlaku.
            “ ini ke maksudnya! Tindakan yang agresif.” Kata Alisa melihat ibunya yang masih terdiam.
            “Kenapa abah buat kenyataan seperti ini? Abah tak sedar ke dengan tindakannya ini boleh merosakkan nama baik abah.” Kata Alina. Kenapa? Abah mengaku dia mempunyai isteri lain selain Datin Kartika. Hasil dari perkahwinan pertamanya dia mempunyai 3 orang puteri. Abah juga mengaku dia menghalau isteri pertamanya selepas mengahwini Datin Kartika. Dia mengaku dia bukanlah suami dan bapa yang baik. Bibir Alina terketar-ketar.
            “Jika dia fikir dengan mengeluarkan kenyataan ini, ibu akan kembali pada sisinya. Dia silap. Ibu tak peduli semua ini.” Tegas Munirah.
            Aleya mengeluh. Lelaki ni tak fikir selepas mengeluarkan kenyataan ini, Datin Kartika pasti akan mencari ibu.Dendam Datin Kartika pasti lebih mendalam dari dulu. Disebabkan hal ini, Datin Kartika juga terkena tempiasnya.
            “ Is he crazy?” Alisa meninggikan suaranya. Dia marah.
            “Angah!” Alina menampar bahu Alisa.
            ‘Ouch…sakit la.” Alisa menggosak bahunya.
            “Ada lagi….Sekejap!” Alina membuka helaian ke 6. Ada perkara yang ibu, along dan angah perlu tahu. Alina menunjukkan jarinya ke arah tajuk bagi artikel yang berada pada helaian ke-6 suratkhabar itu.
            “Tengku Iskandar mengumumkan pertunangannya bersama Nur Aleya Dato’ Kadir, anak sulung Dato’ Kadir pada bulan depan.” Baca Alisa. Perlahan-lahan matanya melirik ke arah Aleya yang sedang merenung suratkhabar itu. Wajahnya kelat. “Nampaknya Along yang bermimpi dipatuk ular semalam. ” Usik Alisa.
            “Hish…budak ni!” Munirah terus menampar tangan Alisa. Munirah sedar akan perubahan wajah Aleya
            “Along dan Abang Is couple ke?” soal Alina. Dahinya berkerut. Kenapa Abang Is keluarkan kenyataan ini? Mungkinkah Along dan Abang Is bersama selama ini?
            “Acu! Selama ini Acu tengok hubungan antara Along dan alien tu macam mana? Mereka rapat ke? Hubungan mereka seperti kekasih ke?” soal Alisa. Kenapa slow sangat adik aku ni?
            “Tak!” jawab Alina. Bila berjumpa saja, ada saja perkara yang akan menjadi topic pergaduhan mereka berdua. Tak mungkin mereka pasangan kekasih.
            “Tahu pun! Angah yakin pasti ada muslihat di sebalik statement ni! Betul tak, Along?’ kata Alisa berpaling ke arah Aleya yang masih diam membisu.
            “Along!” panggil Munirah. Tiada apa-apa reaksi dari Aleya. Matanya masih tidak bergerak dari merenung suratkhabar itu.
            “Dia ni memang sudah melampau!” kata Aleya secara tiba-tiba. Suratkhabar itu diambilnya dan dikoyak sehingga menjadi cebisan kecil. Lelaki ni sengaja nak uji kesabaran aku.
            Munirah, Alisa dan Alina tergamam. Mereka bertiga terkejut dengan tindakan Aleya itu.
            “Ibu, Along nak keluar sekejap.” Beritahu Aleya secara tiba-tiba. Langkahnya diatur pantas meninggalkan mereka bertiga. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ini adalah Iskandar. Aku mesti ajar lelaki itu. Berani dia mempermainkan aku.
            “Cepat, Acu! Pergi ikut Along tu.” Arah Munirah. Hatinya mula bimbang. Pasti Aleya mencari Iskandar. Dia bimbang bila memikirkan sikap panas baran Aleya.
            “Baik, ibu!” Alina segera mengekori kakaknya. Apa yang Along akan buat pada Abang Is nanti?
            Munirah mengeluh dengan kuat.
            “Ibu, jangan bimbang! Tiada apa yang akan terjadi pada alien tu! Dia sendiri yang cari masalah dengan Along.” Kata Alisa terus duduk dan menyambung mengunyah karipap yang berada di tangannya. Dia tersenyum sendirian. Pasti alien tu kena belasah teruk. Along tu ada black belt tae kwan doo. Ha he he….kalau alien tu masuk hospital, aku yang akan menjadi orang pertama melawat alien tu. Biar padan muka dia.
            Munirah menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. Apa kena dengan anak aku seorang ni? Tersenyum seorang-seorang! Ya Allah, kenapa ini mesti terjadi. Dari satu masalah ke masalah yang lain pula. Adakah ini dugaanMu terhadap diriku?

                                                ************************

            “Maaf, Tuan! Saya cuba halang Cik Sofea tetapi Cik Sofea tetap ingin berjumpa dengan tuan!” kata Rachel. Dia cuba menghalang wanita itu dari memasuki bilik bosnya tetapi gagal.
            “It’s ok, Rachel! Awak boleh keluar sekarang!” Iskandar bangun. Dia membetulkan kot baju yang dipakainya. Dia melihat wanita yang berdiri tidak jauh darinya. Wanita itu sedang merenung dirinya. Wajah Sofea berlainan hari ini tanpa secalit make up tebal di mukanya. Penampilannya juga berbeza. Hanya memakai seluar jeans dan t-shirt tanpa lengan. Rambutnya hanya diikat satu
            Sofea membaling suratkhabar yang berada di tangannya. Hampir tersentap jantungnya apabila membaca suratkhabar hari ini. Dia terkejut apabila Suhaila datang ke biliknya dan menunjukkan keratan akhbar mengenai pertunangan lelaki yang sangat dicintainya itu. Sakit! Teramat sakit. Kenapa Abang Is sanggup buat aku macam ini? Cinta aku padanya tiada nilai ke baginya. “Apa semua ni, Abang Is? Kenapa Abang Is buat Sofea macam ni? Abang Is kan boyfriend Sofea.”  Air matanya mengalir deras. Satu persatu butiran air mata menitis tanpa henti. Hatinya sebak.
            “Sofea! Dah banyak kali abang beritahu Sofea, selama ini abang menganggap Sofea seperti adik kandung abang. Tak lebih dari itu. Cukuplah Sofea! Jangan seksa diri lagi. Cinta tak boleh dipaksa.Abang berharap satu hari nanti Sofea akan menjumpai lelaki yang mencintai Sofea dengan sepenuh hati.” Ucap Iskandar dengar lembut. Mungkin cara ini dapat membuat Sofea putus asa mengejar cintanya. Hampir 15 tahun, Sofea menagih cinta darinya.
            “Abang! Cuba abang beritahu Sofea! Apa kekurangan Sofea? Jika Sofea ada keburukan atau kekurangannya, Sofea akan perbaikinya. Sofea sanggup buat apa sahaja asalkan abang menerima Sofea!” kata Sofea bersungguh-sungguh.
            “Sofea! Cuba berfikiran rasional, boleh tak? Jangan ikutkan hati. Diri Sofea tak ada kekurungannya! Hanya abang! Abang tak sesuai untuk Sofea. Please, Sofea jangan macam ni! Cuba terima kenyataan.”
            “Kenyataan apa? Kenyataan bahawa perempuan tu rampas Sofea dari abang! Itu ke hakikat yang Sofea perlu terima! Hakikatnya, Sofea kalah di tangan perempuan tu. Mak dan anak sama sahaja. Perampas!” marah Sofea. Sakit hanya apabila mengetahui Aleya adalah wanita yang dicintai oleh Abang Is.
            “Sofea!” Iskandar meninggikan suaranya.
            Sofea terus mendekati Iskandar dan memegang lengan Iskandar. “Abang! Please, kasihanilah Sofea. Abang batalkan sahaja pertunangan ini. Sofea berjanji Sofea akan buat apa sahaja jika abang membatalkan pertunangan ini.” Sofea masih memujuk Iskandar. Aku masih ada harapan selagi mereka masih belum bertunang lagi.
            “Sofea! Jangan berperangai seperti budak kecil. Hubungan kita tak mungkin lebih dari itu. Lupakanlah abang!” Iskandar sudah mati akal. Dia sudah tak tahu apa lagi yang perlu dilakukan agar Sofea melepaskan dirinya.
            “Abang! Abang nak Sofea mati ke? Jika itu yang abang mahu, Sofea sanggup lakukannya asalkan abang tidak bertunang dengan perempuan tu.” Wajah Sofea serius.
            “Sofea!” jerit Iskandar. Dia terkejut dengan kata-kata Sofea. Mati! Begitu mudah dia bercakap mengenai mati?
            “Berbaloi ke awak mati kerana lelaki ni? Berbaloi ke?” Tiba-tiba ada satu suara mencelah perbualan mereka. Aleya masuk bersama Alina. Dia merenung Sofea.
            “Tuan! Saya…..” Rachel mula rasa bersalah. Dia gagal menjalankan tanggungjawabnya. Dia cuba menghalang wanita ini tetapi dia tetap juga ingin masuk.
            Iskandar membuat mimic muka agar Rachel segera beredar dari situ. Aduh, kenapa waktu ni juga Aleya datang jumpa aku? Masak aku macam ni
            “Kau!” Sofea menunding jari ke arah dua orang wanita yang bertudung litup itu. “Bila kau balik, hah? Kau…Kau siapa? Aleya ke?” Sofea cuba mengenalpasti siapa wanita yang berdiri tidak jauh darinya.
            “Kau rasa aku siapa?”
            “Kau Aleya kan! Kau mesti Aleya kan! Ahh…aku tak kisah kau siapa, yang penting aku perlu ajar kau.” Sofea mula naik angin. Dia sudah malas untuk meneka Perempuan ni perlu diajar. Tak kisah la Aleya ke, Alisa ke, Alina ke? Yang pasti mereka orang yang sama.

            Iskandar menghalang Sofea dari menyerang Aleya. “Stop it, Sofea!”
            “Tujuan aku datang sini bukannya untuk bergaduh dengan kau, Sofea. Aku datang ke sini untuk berjumpa dengan lelaki ni. Aku dan dia ada urusan yang belum selesai” Jarinya telunjuknya tepat ke arah Iskandar.
            “Urusan apa? Kau ingat aku tak tahu tujuan sebenar kau ke sini. Kau datang sini sebab nak ketawakan aku kan! Kau memang perempuan tak tahu malu. Suka rampas hak milik orang lain.” Marah Sofea. Dia meronta kuat agar dilepaskan.
            “Kak Sofea sudah salah faham! Along tak ada apa-apa….” Alina mencelah. Dia perlu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Dia tak suka kembarnya dipersalahkan.
            “Kau diam! Kau dan kembar kau sama saja.” Tengking Sofea.
            “Kau tak berhak tengking adik aku. Dia tiada kena mengena dengan kau.” Kini giliran Aleya pula menengking Sofea. Wajahnya yang tadi tenang berubah menjadi serius. Dia tak suka jika ada orang membuli Alina. Langkahnya diatur mendekati Sofea. “Kau dengar sini baik-baik! Aku tak kisah kau nak anggap aku apa-apa pun! Yang penting, aku datang sini untuk berjumpa dengan lelaki ni.”
            Kali ini Sofea meronta dengan kuat, dirinya terlepas dari genggaman Iskandar. Tanpa melengahkan masa, tangannya dihayunkan ke arah wajah Aleya. Perempuan ni mesti rasa penampar aku kali ini. Tubuh Sofea kaku apabila Iskandar berada di hadapan Aleya. Penamparnya tepat mengena wajah Iskandar.
            “Abang Is!” Alina terkejut dengan apa yang berlaku.
            “Abang Is….” Suara Sofea terketar-ketar. Dia tak sangka Abang Is akan melindungi wanita ini.
            “You deserve that.” Kata Aleya dengan nada suara yang sinis. Memang patut pun Iskandar ni kena penampar.
            Iskandar berpaling ke arah Aleya. Bukannya nak berterima kasih pada aku, sindir lagi adalah.
            “So…jika urusan antara kau dan Tengku Iskandar sudah selesai, sekarang ni adalah giliran aku pula.”
            “Urusan apa?” soal Sofea. Dia ingin tahu urusan apa yang ingin dibincangkan antara mereka berdua. Mungkinkah mengenai majlis pertunangan ? Aku tak boleh biarkan. “Tentang majlis pertunangan kau ke, hah?” jerit Sofea.
            “Kenapa dengan kau ni asyik terjerit-jerit? Suara kau ada masalah ke?”
Aleya mula geram.  Jika dilayan kerenah Sofea ni, pasti urusan aku takkan selesai.
“Hey, kau kena jawab soalan aku dulu. Aku nak tahu tujuan kau datang ke sini.”
            “Senang saja. Tujuan aku sama dengan tujuan kau datang ke sini! Mengenai pertunangan aku yang tak pernah tahu pun sehinggalah pagi tadi.”
            “Apa! Apa maksud dia, abang Is” Sofea terkejut. Pandangan matanya dialihkan pada Iskandar.
            “Saya nak awak, Tengku Iskandar menarik balik kenyataan yang awak telah berikan pada pagi ini. Jika tak saya takkan teragak-agak untuk menyaman Tengku! Saya tak pernah bersetuju pun untuk bertunang dengan Tengku. Tak mungkin saya akan membiarkan diri saya menjadi kambing hitam awak. Untuk kebaikkan semua pihak, Tengku harus menarik kembali kenyataan Tengku mengenai pertunangan ini atau Tengku sendiri nak saya yang beri kenyataan. Tengku fikirlah baik-baik” Aleya tersenyum sinis. “Acu, jom kita balik. Urusan Along dah selesai.” Ajak Aleya. Alina hanya menganggukkan kepalanya. Dia akur dengan kata-kata kakaknya. Alina mengekori Aleya yang telah mula mengatur langkah meninggalkan Iskandar dan Sofea.
            “Abang Is, apa maksud perempuan tu?”  tanya Sofea. Dia inginkan jawapan di sebalik kata-kata Aleya sebentar tadi. Dia mula keliru. Sofea menanti jawapan dari Iskandar yang hanya mendiamkan diri.

                                                *************************

            “Hish…siapa yang tekan loceng ni? Tak boleh ke tekan sekali saja.” Alisa mengomel sendirian. Dia menyelak langsir di ruang tamu. Dia merenung wanita yang berada di luar pagar rumah mereka. Alisa mengetap bibirnya. Macam mana dia tahu?
            “Siapa Angah?” soal Munirah. Dia berjalan menghampiri Alisa. Bunyi loceng pintu masih jelas kedengaran.
            “Bekas madu ibu!”
            “Kartika!” Munirah terkejut dengan jawapan Alisa. Dia melangkah ke pintu. Simbol pintu dibukanya. Langkahnya diatur kemas menuju ke pintu pagar rumahnya. Alisa mengekori ibunya. Dia bimbang sesuatu akan berlaku pada ibunya.
            “Kau ni memang perempuan plastic! Lain kau cakap lain pula yang kau lakukan. Talam dua muka. Aku dah agak kau ada muslihat. Kau balik selepas Abang Kadir ceraikan aku. Kau memang cerdik.” Marah Kartika sebaik saja melihat Munirah.
            “Hey, Datin! Opss…Ex-Datin! Jaga sikit mulut tu. Datang rumah orang bukannya nak beri salam, ini tidak terjerit-jerit macam monyet dalam zoo. Tak rasa malu ke?” Alisa bersuara.
            “Angah!” tegur Munirah.
            “Kau….” Kartika menunding jari ke arah Alisa. Ini pasti bukan Alina. Dia merenung wanita muda itu, Wajah mereka memang seiras.
            “Apa!” jerit Alisa. Dia mula melawan. Dia tak suka bila ada orang marah pada ibunya.
            “Kartika! Tentang penceraian Kartika, tiada apa-apa kaitan dengan akak.”
            “Tiada kaitan kau kata! Dah jelas, abang Kadir ceraikan aku disebabkan kau. Semuanya disebabkan kau. Kaulah puncanya.”
            “Hey, mak cik! Kau jangan nak salahkan ibu aku pulak. Kau cermin diri dulu kenapa Dato’ Kadir ceraikan kau! Sebabnya dia tahu kau curang di belakangnya. Dirinya sendiri yang tak tahu menjaga suami, salahkan orang lain pulak.” Alisa menyampuk.
            “Hey, budak!” marah Kartika. Hampir nak tersentap jantungnya bila mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Alisa.
            “Angah! Cukup!” Munirah meninggikan suaranya.
            Alisa membuat mimic muka bila ditegur oleh ibunya.
            “Kartika! Akak tak nak bergaduh dengan Kartika lagi. Walauapa yang terjadi, akak tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir! Akak balik ke sini untuk hidup secara aman. Akak tak nak ada masalah.”
            “Aman! Kau dah musnahkan apa yang aku ada selama ini. Aku kehilangan segala-galanya. Sekarang masyarakat memandang serong pada aku, mereka ingat aku ni perampas suami orang. Pemusnah rumah tangga orang. Kau fikir selepas apa yang berlaku aku akan berdiam diri dan membiarkan kau dan anak-anak hidup aman. Kau silap,  selagi aku hidup aku akan buat hidup kau merana. Kau lihatlah.” Kartika memberi amaran.
            “Nak buat apa? Tu….tengok! CCTV! Kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau ke!Jika sesuatu yang terjadi pada kami, orang pertama polis akan cari adalah kau.” Alisa menunjukkan ke camera yang berada di sekeliling rumah. Along memang cerdik, dari awal lagi dia sudah agak perkara begini akan terjadi. Sebab itulah dia memasang CCTV untuk keselamatan kami.
            Kartika melihat di sekeliling rumah itu yang dilengkapi dengan CCTV. Kartika mengeluh dengan kuat. Rosak plan aku macam ni. “Aku tak takut la. Di sini memang kau semua selamat tetapi di luar sana, macam-macam perkara boleh berlaku. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.” Kartika tak mahu mengalah.
            “Kartika! Akak dah bosan dengan semua ini. Sekarang ini, akak tak akan memberi muka pada Kartika lagi. Perangai Kartika semakin melampau. Jika sesuatu terjadi pada anak-anak akak, jangan haraplah akan lepaskan Kartika begitu saja. Kartika jangan lupa, Kartika juga seorang ibu. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya.”
            “Kau berani ugut aku?” Kartika meninggikan suaranya. Dia tak sangka Munirah berani melawan.
            Alisa tersenyum mendengar kata-kata ibunya.
            “Tak! Hanya sekadar pesanan. Akak nak ingatkan sekali lagi, jika sesuatu terjadi pada anak-anak akak, perkara yang sama juga yang akan terjadi pada anak-anak Kartika. Baliklah, jangan datang sini lagi. Jika tidak, akak akan laporkan pada pihak polis.” Munirah terus berlalu pergi meninggalkan Kartika. Kata-kata Kartika sebentar tadi membuat dia bimbang. Wanita seperti Kartika sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat memuaskan hatinya.
            “Kau!”  Kartika memegang pintu pagar dan digoyangnya dengan kuat untuk melepaskan geram. Berani dia ugut aku! Ini aku Kartika!
            “Hah, tunggu apa lagi! Berambus la. Nak panggilkan polis ke? Boleh saja. Kau nak rasa macam mana suasanya hidup di jail. Nak cuba ke?” kata Alisa sambil tersenyum. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia cuba mengertak Kartika.
            Wajah Kartika berubah pucat melihat telefon bimbit yang berada di tangan Alisa. “Baiklah! Perkara ni belum selesai lagi. Kau tunggulah akibatnya nanti.” Kartika terus melangkah menuju ke kereta miliknya. Pintu kereta ditutup dengan kasar.
            Alisa membuat mimic muka. Macam la kita takut kat dia. Jangan harap la.

                        ************************************

            Aleya dan Alina terkejut melihat beberapa buah beg di ruang tamu. “Apa halnya ni?” Aleya bersuara.
            “Baguslah Along dan Acu dah balik.” Alisa tiba-tiba muncul dengan membawa sebuah beg dan meletakkan beg tersebut di sebelah beg-beg lain.
            “Angah! Apa yang berlaku? Beg siapa ni?” soal Alina hairan. Apa telah berlaku?
            “Beg kita la. Angah pun tak faham apa yang berlaku. Ibu hanya suruh Angah packing semua barang-barang kita.”
            “Nak pergi mana?” soal Aleya.
            “Tak tahu! Puas Angah tanya pada ibu tetapi ibu enggan jawab.”
            “Kita nak berpindah lagi ke?” soal Alina resah.
            “May be! Selepas perempuan kecoh tu datang, ibu tiba-tiba saja jadi macam ni.”
            “Siapa yang datang? Datin Kartika ke?” teka Aleya.
            “Yalah! Siapa lagi. Angah tak faham kenapa la perempuan tu asyik cari pasal dengan kita. Apa yang dia nak lagi?” Alisa meninggikan suaranya.
            “Dah balik rupanya anak ibu! Jom, cepat angkat beg tu.” Munirah muncul dari dapur. Dia mengatur langkah menghampiri mereka bertiga.
            “Nak ke mana, ibu?” soal Aleya.
            “Kita nak balik London ke?” soal Alina. Mata mereka berdua tepat merenung lembut Munirah.
            “Tak! Mulai sekarang, kita akan tinggal di suatu tempat yang tiada sesiapa dapat mengganggu kita lagi. Cepat! Along ekori kereta dari belakang.” Munirah terus melangkah sambil mengangkat beg miliknya. Dia bergegas menghampiri kereta milik Alisa. Jika mereka tahu, jangan harap la mereka nak ikut.
            Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali.
            “Tempat apa yang selamat, Along?” soal Alina hairan.
            “Along pun tak tahu.” Dahi Aleya berkerut. Tempat apa yang selamat? Di mana? Apa sebenarnya rencana ibu sekarang ini?

2 comments:

hani said...

best ada n3 baru...pasti munirah pindah rumah dato kadir ye..pasti kartika tak berani mengacau di sana...buleh smbg cepat2 ke...tak sabar nak tau hal pertunangan is gan aleya...!!!

keSENGALan teserlah.. said...

haaaa. ntah2 munirah nak tinggal kat rumah dato kadir. fuyohhhh...
nak lagi nak lagi.

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...