Thursday, May 26, 2011

Satu Dua Tiga 40

BAB 40

            “Leya tak setuju pertunangan ini.” Aleya tiba-tiba muncul di situ. Langkahnya diatur kemas menuju ke arah tetamu yang berada di ruang tamu. Mereka terkejut dengan kehadiran Aleya.
            “Along!” Munirah terkejut. Pandangannya dialihkan pada Dato’ Kadir. Kehadiran Tengku Ismail dan Maria mempunyai hajat iaitu untuk merisik anak sulungnya.
            “Leya tiada niat untuk bersikap biadap pada Uncle dan Auntie. Pertunangan ini tidak akan terjadi. Leya sudah beri jawapan Leya pada Tengku tetapi nampaknya dia tetap berdegil malah kali ini dia menggunakan cara ini pula.” Aleya berdiri di sebelah ibunya yang sedang duduk di sofa.
            “Sebenarnya Along, semasa abah dan Ismail belajar di luar negara. Kami pernah berjanji akan menjadikan hubungan persahabatan kami menjadi persaudaraan. Ini bermaksud kami akan menjodohkan anak-anak kami apabila mereka sudah besar nanti. Jadi dah tiba masanya abah menunaikan janji itu.” Terang Kadir dengan teliti.
            “Ya ke! Itu tiada kaitan dengan Leya.” Ujarnya Aleya.
            “Along!” Munirah terkejut dengan kata-kata Aleya. Dia sudah agak bagaimana response Aleya.
            Maria mencuit paha suaminya. Apa yang akan terjadi sekarang ni? Iskandar ni memang sengaja cari masalah. Dia melihat tepat pada anak mata suaminya.
            “Uncle dan Auntie nak tahu tak kenapa Tengku beriya-iya ingin bertunang dengan Leya! Pasti Tengku tak beritahu sebab yang sebenarnya kan! Jika begitu biar Leya yang beritahu, tujuan Tengku adalah ingin melarikan diri dari Sofea. So dia hanya ingin Leya sebagai batu loncatannya untuk melepaskan dirinya. I’m not stupid.” Aleya tersenyum sinis. Selepas ini pasti teruk Tengku Iskandar dikerjakan oleh Uncle dan Auntie!
            Maria mengetap bibirnya menahan geram. Aku sepatutnya dah agak! Anak aku ni memang nak kena.
            “tetapi….” Kadir cuba bersuara.
            “Kami tidak mencintai antara satu sama lain. Mustahil pertunangan ini akan berlaku. Dato’ Kadir dah lupa ke pengalaman yang pernah dialami oleh Dato’ dan ibu. Jodoh yang ditentukan oleh ibu bapa! Hmm…tak mendatangkan bahagia kan! So don’t make me hate you more than this.” Tegas Aleya. Wajahnya serius. “Keputusan Leya adalah muktamad! No! Leya minta diri dulu.”  Aleya meninggalkan mereka berempat.
            Lidah Kadir kelu mendengar kata-kata Aleya. Dia mula serba-salah.
            “Kata-kata Aleya ada benarnya! Mereka berdua tu seperti anjing dan kucing. Mustahil mereka dapat bersama. Akak takkan membantah pertunagan ini jika mereka berdua saling mencintai. Akak tak mahu memperjudikan masa depan Aleya.” Ucap Munirah dengan lembut. Dia tak mahu Maria dan Ismail terasa dengan kata-katanya.
            “Maria faham, kak Munirah. Hal ini biar Maria uruskan. Tahulah Maria nak ajar Is nanti.” Maria mengerling matanya pada suaminya yang hanya diam membisu. Begitu juga dengan sepupunya, Kadir. Entah apa yang bermain di fikiran mereka berdua sekarang ni.

                                                *************************
           
            Alisa menyelak satu persatu helaian  buku mengenai pokok bongsai. Sejak tinggal di rumah banglo mewah ini, dia berasa bosan. Hatinya terdetik sebaik sahaja melihat pokok bongsai yang menghiasi rumah itu. Secara tiba-tiba dia berminat dengan pokok bongsai. Mungkin hobi barunya ini dapat mengisi masa lapangnya.
            “Tak sangka awak berminat dengan pokok bongsai.” Tegur Zahari. Dia meletakkan pasu pokok bongsai yang dibawanya. Dia baru sahaja pulang dari China. Kebetulan dia ada urusan di sana bersama kliennya. “Bapa borek anak rintik. Hmm….minat awak dan Uncle Kadir sama. Walaupun awak tak ingin mengakuinya, awak berdua ada persamannya.”
            “What!” Tangannya dengan pantas menutup buku yang sedang dibacanya. Matanya tepat merenung pokok bongsai yang dibawa oleh Zahari. Minat aku sama seperti lelaki tu! Oh please, tak mungkin.
            “Ya! Sejauh mana pun awak lari hakikatnya awak adalah sebahagian dari diri Uncle Kadir. Awak Alisa tetap anaknya.” Zahari tersenyum. Dia membetulkan rambutnya apabila ditiup angin.
            “Awak rasa saya ni Alisa ke?” soal Alisa.
            ‘Kenapa? Awak ingat saya tak tahu nak bezakan antara Alisa dan Aleya ke! Wajah kamu berdua memang seiras tetapi yang membezakannya adalah mata awak, Alisa.”
            “Kenapa? Mata saya ada tiga ke?”
            Zaharia hanya menggelengkan kepalanya. Cepat betul kecil hati. “Awak tahu tak jika awak tak maafkan orang lain, hidup awak takkan tenang. Awak nak ke hidup seperti itu selama-lamanya.”
            “That’s my life.”
            “Ya, saya tahu. Sehingga bila awak nak berkelakuan seperti ini, Alisa! Awak nak jadi anak derhaka ke? Awak tak tahu ke apa hukumnya kita sebagai anak jika kita bersikap kurang ajar pada ibu bapa kita sendiri. Kita sebut perkataan ah…pun dah kira berdosa. Inikan pula bersikap kasar pada mereka. Dosa besar jadinya.”nasihat Zahari. Dia mahu Alisa sedar. Sikap degilnya itu, tidak memberikan apa-apa faedah pun.
            “Ooo…sekarang ni awak dah jadi ustaz pulak! Ada hati nak tegur saya pulak. Ini masalah saya, awak orang luar! Sedarlah diri tu siapa!” Alisa terus bangun.Wajahnya merah. Panas telinganya mendengar kata Zahari. Tepat mengena dirinya.
            “Ya! Saya ni hanya peguam syarikat tetapi saya dah anggap Uncle Kadir seperti ayah saya sendiri. Awak beruntung kerana masih mempunyai ibu bapa manakala saya dan Tina, anak yatim piatu. Awak harus besyukur. Ini tidak awak anggap ayah awak seperti musuh awak. Awak tak takut neraka ke?”
            “Zahari!” Alisa menuding jarinya ke arah Zahari. Bibirnya terketar menahan marah.
            “Apa!” Zahari merenung Alisa.
            “Zahari rupanya! Mak Munah ingatkan siapa tadi!” tegur Mak Munah berjalan menghampiri Zahari. Mak Munah mengalihkan pandanganya pada anak majikannya. Aleya ke Alisa? Hish…susah betul nak bezakan mereka.Dia perasaan air muka Alisa. Mereka berdua ni bergaduh ke?
            Zahari berpaling dan tersenyum. Zahari terus bersalam dengan Mak Munah. “Apa khabar, Mak Munah! Makan berisi nampak?” usik Zahari.
            “Ada-ada saja, Zahari ni! Nak jumpa Tuan Kadir ke?”
            “Hmmm….Ya. Uncle Kadir ada tak? Zahari nak bagi pokok bongsai ni pada Uncle sebab Zahari tahu Uncle suka pokok bongsai.” Zahari sengaja meninggikan suaranya agar Alisa dengar. Biar dia rasa!
            Alisa mencebikkan bibirnya. Perli aku tu! Matanya menatap pokok bongsai yang berada di hadapannya. Oooo…nak tunjuk baik rupanya. Ada hati nak ajar aku. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa. Gunting yang berada di atas meja itu diambilnya. Dia melihat ke arah Zahari yang begitu rancak berbual dengan Mak Munah.
            “Mak Munah, dah lama ke Uncle Ismail dan Auntie Maria datang?” soal Zahari. Dia tak tahu yang Uncle Kadir ada tetamu. Zahari hairan apabila Mak Munah tidak menjawab pertanyaannya. “Mak Munah…Ooo…Mak Munah.”
            Mak Munah terkejut apabila namanya dipanggil. Apa yang dia nampak tadi memang di luar jangkaannya. Matanya tidak berkelip melihat apa yang berlaku. “Ya! Ya!”
            “Kenapa? Mak Munah tak sihat ke?” soal Zahari risau dengan keadaan Mak Munah.
            “mak Munah sihat tapi ….pokok zahari…..” Dahi Mak Munah berkerut. Jarinya ditunjukkan ke arah pokok bongsai yang dibawa oleh Zahari.
            Zahari memusingkan badannya. Hampir terbeliak matanya melihat pokok bongsai yang ingin dihadiahkan pada Uncle Kadir. Habis daun pokok bongsai digunting hanya tinggal pohonya sahaja. Zahari menepuk dahinya. “Habis duit aku!” Matanya meliar mencari kelibat Alisa. Mesti ini kerja Alisa. Perangai seperti budak-budak kecil. Kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali. Macam mana aku nak bagi pokok ni pada Uncle Kadir?
                                                *****************************
            Kadir meletakkan majalah yang dibacanya tadi di atas meja sebaik sahaja mendengar deruan enjin kereta. Mesti Alina! Sejak Aleya dan Alisa berpindah di rumah ini, mereka tidak pernah keluar ke mana-mana.
            “Abah tak tidur lagi ke?” soal Alina apabila melihat ayahnya yang berada di ruang tamu. Dia melangkah menghampiri ayahnya dan terus melabuhkan punggungnya di sofa.
            “Abah tak rasa mengantuk lagi! Hmm…macam mana denga first day kerja?” soal Kadir tersenyum.
            “Ok saja.”
            “Aaa….Acu, minggu depan hari jadi ibu kan?” soal Kadir. Dia ingin tahu apa plan anak-anaknya sempena hari jadi Munirah.
            “Ya.”
            “Apa plan Acu bersama Along dan Angah untuk hari jadi ibu?”
            “Hmm…makan malam sama-sama saja. Oh ya…abah boleh join kami?” Alina tersenyum.
            “Boleh ke?” soal Kadir lagi. Dia memang teringin menyambut bersama anak-anaknya tetapi dia takut kehadirannya tidak diterima oleh Aleya dan Alisa.
            “Tentu la boleh abah! Tentang Along dan Angah, biar Acu handle. Abah jangan risau ye!” Alina memegang lembut tangan ayahnya. Senyuman tidak lekang di bibirnya.
            “Terima kasih, Acu! Aaa….ada seperkara lagi abah nak tanya pada Acu.”
            “Apa dia, abah?” Dahi Alina berkerut.
            “Aaaaa…. Abah hairan kenapa ibu kamu tidak bagi abah tutup lampu apabila nak tidur?”
            Alina mengeluh. “Ibu tak beritahu abah sebabnya ke?”
            Kadir menggelengkan kepalanya. Matanya merenung tepat pada anak bongsunya. Dia inginkan jawapan.
            “Ibu ada penyakit achluophobia.”
            “Achluophobia!” Kadir terkejut. Apa tu?
            “Fobia pada kegelapan.”
            “Apa?”
            “Mereka yang menghidapi Achluophobia pernah mengalami sesuatu yang pahit  atau memori buruk yang meninggalkan kesan pada diri mereka. Sesuatu yang tak mungkin mereka akan lupakan seumur hidup mereka. Jika mereka berada di dalam sesuatu yang gelap, mereka akan mengalami sesak nafas dan boleh membawa maut. So …abah jangan sesekai tutup lampu ye pada waktu malam.”
            “Macam mana Munirah boleh menghidapi achluophobia?” tanya Kadir. Dia ingin tahu.
            Alina merenung ayahnya beberapa saat. Keluhan kuat dilepaskan. “Tentang hal tu abah lebih tahu dari Acu. Hmmm…. Acu naik dulu. Nak sembahyang. Abah pun jangan tidur lewat sangat. Abah baru saja sihat. Good night.” Alina bangun dan terus meninggalkan ayahnya yang masih terpinga-pinga dengan jawapan Alina.
            Wajah Kadir serius. Apa maksud Alina? Aku lebih tahu dari dia. Fikirannya ligat berfikir.
            “Dato’ benar-benar tak tahu ke atau berpura-pura tak tahu!” Aleya menyandarkan dirinya pada almari jati yang berada di ruang tamu. Dari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka.
            “Apa maksud…..” Kadir merenung anaknya. Siapa? Aleya ke Alisa? Dia sedar wanita itu merenung dirinya juga. “Apa maksud, Along?” soal Kadir.Dia yakin itu adalah Aleya.
            “Dato’ benar-benar yakin ke saya Aleya?”
            “Takkan anak sendiri pun abah tak kenal.” Kadir tersenyum. Memang benar itu Aleya. Renungannya lain dari Alisa. Itu yang berbeza.
            “Tahniah.” Aleya tersenyum sinis.
            “Apa maksud Along tadi? Cuba beritahu abah.”
            “Dato adalah penyebabnya. Ibu menghidap achluophobia disebabkan Dato’” tegas Aleya. Sakit hatinya bila lelaki itu tak tahu apa-apa.
            Kadir tercengang. Aku penyebabnya!
            “Ya! Dato’ dah lupa ke apa yang pernah buat pada ibu. Dato’ dah lupa ke semua tu.” Aleya meninggikan suaranya. Dia semakin membenci lelaki itu. Perkara seperti ini dia lupa! “Dato’ pernah kurung ibu di bilik stor yang gelap dan kecil selama 2 minggu disebabkan ibu  menziarahi kubur atuk dan nenek di johor. Dato’ buat ibu seperti binatang. Salah ke seorang anak ingin menziarahi kubur ibu bapanya. Salah ke? Dato’ tak ada sifat perikemanusian ke? Pengalaman pahit itu ibu tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya. Parut yang Dato’ tinggalkan pada ibu tak mungkin akan hilang.” Aleya menggengam erat tangannya. Dia segera mengatur langkah meninggalkan Kadir.
            Peristiwa 25 tahun yang lalu mula bermain di fikirannya. Dia teringat kembali apa yang berlaku. Setiap detik yang berlaku pada waktu itu mula bermain di fikiranya. Kadir menundukkan kepalanya. Dia kesal kerana bertindak seperti itu. Aku memang kejam. Air matanya mengalir dengan deras. Aku minta maaf Munirah.

                                    *************************************

            “Is! Tunggu! Abah ada hal nak cakap dengan Is.” Tengku Ismail bersuara apabila Iskandar melangkah masuk ke rumah. Maria hanya duduk memerhati.
            “Apa halnya, abah!” Iskandar membuka kot yang dipakainya dan diletakkan pada sofa sebelum duduk. Wajah ibu bapanya kelihatan serius.
            “Pagi tadi abah dah jumpa Kadir dan Munirah untuk membincang tentang Is dan Aleya.”
            “Ya ke, abah! Jadi Auntie Munirah setuju la.” Senyuaman terus terukir di bibir Iskandar. Anak matanya bercahaya.
            “Munirah setuju jika Aleya setuju. Yang menjadi masalahnya sekarang ni, Aleya tak setuju. Dia dah beritahu kami dengan jujur. Aleya tak cintakan Iskandar dan tujuan Is ingin berkahwin dengan Aleya adalah untuk melarikan diri dari Sofea kan.” Tengku Ismail merenung tepat anak tunggalknya.
            “What! Apa ni, abah! Takkan Uncle Kadir nak memungkiri janji! Dia dah lupa ke janjinya!”
            “Ya, memang kami berdua pernah berjanji tetapi jika Aleya tidak setuju kami tak akan memaksa. Perkahwinan dengan paksaan tak mungkin akan mengundangkan kebahagian. Is faham tak?”
            “Abah! Pertunangan ini tetap akan diteruskan walaupun Aleya tidak setuju.Uncle Kadir dan abah perlu berpegang pada janji.” Iskandar mula tidak puas hati.
            “Iskandar! Umi tak faham dengan sikap Is ni! Aleya tak suka Is. Is faham tak? Kenapa anak Umi ni degil sangat?” Maria mula campur tangan.
            “Is takkan mengalah begitu saja, Umi! Apa yang sepatutnya menjadi milik Is tetap akan menjadi milik Is.” Tegas Iskandar.
            “Is! Sepatutnya menghormati keputusan Aleya, kami takkan memaksa. Apa yang terjadi pada Kadir dan Munirah sepatutnya menjadi teladan pada Is.  Abah tak ingin memusnahkan kebahagiaan Aleya.” Nasihat Tengku Ismail.
            “Is anak abah! Abah perlu fikirkan tentang kebahagian Is bukannya Aleya.”
            ‘Iskandar! Apa yang Is merepek ni? Is masih waras ke tak ni? Jangan turutkan sangat hati tu. Umi nak tanya Is, adakah Is ingin berkahwin dengan Aleya disebabkan oleh cinta atau keegoaan Is? Cuba beritahu Umi! Umi tahu selama ini tak ada mana-aman perempuan pernah menolak Is tetapi Aleya lain. Dia menolak Is tanpa berfikir walau sesaat pun. Tell me!” pujuk Maria. Mungkin cara lembut dapat melembutkan hati Iskandar yang tengah panas sekarang ini.
            Iskandar terdiam apabila mendengar kata-kata ibunya. Cinta! Ego! Ya, semua itu adalah sebabnya. “Walauapa yang terjadi, Is akan buat apa saja agar Aleya bersetuju kahwin dengan Is.”
            “Iskandar!” Tengku Ismail menjerit secara tiba-tiba. Dia sudah hilang sabar dengan sikap Iskandar.
            “Is nak buat? Is nak culik Aleya dan bawa Aleya lari ke siam. Kemudian berkahwin dengan Aleya di sana. “ Giliran Maria pula bersuara.
            “Bagus idea tu, Umi! Kenapa Is tak fikir macam tu?” Langkahnya diatur meninggalkan ibu bapanya. Kalau susah sangat, aku guna saja cara umi!
            “Iskandar!” jerit Maria.Dia terkejut dengan kata-kata Iskandar. Takkan Is nak ikut cakap aku tadi? Teruklah macam ni. “Abang, apa kita nak buat ni?” Maria melihat ke arah suaminya yang kelihatan kebingungan. Maria mula gelisah.

                                    **************************

            Alina melangkah menghampiri Aleya dan Alisa yang sedang berehat di pondok kecil yang terletak di taman yang dihiasi oleh bunga ros yang pelbagai jenis warna. Cantik dan teratur mengikut jenis warna bunga ros tersebut. “Setiap hari berehat macam ni, tak rasa bosan ke?” tegur Alina. Sudah hampir seminggu, Aleya dan Alisa tak pernah keluar dari rumah banglo itu. Asyik duduk di rumah saja.
            “Kalau acu nak tahu bosan ke tak, join us.” Alisa tersengih.
            “baru balik ke?” soal Aleya.
            “Ya! Biasa la, orang baru! Banyak kerja nak kena buat. Hmm…Acu ada hal nak cakap dengan Along dan Angah.” Alina teragak-agak untuk bercakap.
            “About what?” Alisa merenung Alina dengan penuh tanda tanya.
            “Hari Rabu ni kan, birthday ibu! Aaaa….boleh tak kalau abah join kita makan malam bersama?”
            “What!” Suara Alisa meninggi sebaik sahaja mendengar permintaan Alina. “No! Itu takkan terjadi. Acu dah hilang akal ke?”
            Aleya hanya tenang mendengarnya. Dia sudah tahu tujuan Alina berjumpa dengannya hari ini.
            “Salah ke abah nak meraikan birthday ibu bersama kita? Abah kan keluarga kita juga.”
            “Tak! Angah takkan benarkan. Selama ini kita menyambut birthday ibu tanpa kehadiran dia, kenapa sekarang pula dia ingin menyambutkan bersama kita? Tak payah.” Tegas Alisa. Matanya bulat merenung Alina. Kenapa Acu selalu berpihak pada lelaki itu? Dia dah lupa ke apa yang pernah lelaki itu lakukan pada ibunya.
            “Along!” Pandanga Alina dialihkan pada Aleya yang masih duduk membisu. Entah apa yang sedang difikirkan oleh Aleya. Dia langsung tidak terkejut dengan kata-katanya tadi.
            “Acu! Hmm…cuba beritahu Along, kenapa mesti kita membenarkan dia turut sama meraikan birthday ibu? Jika Acu dapat memberi alasan yang kukuh, Along akan mempertimbangkannya.”
            “Along!” jerit Alisa. Dia tercengang. Apa kena dengan Along ni? Dia keliru dengan sikap kembarnya.
            Senyuman terukir di bibir Alina. “Betul ke, Along?”
            Aleya hanya menganggukkan kepalanya. Dia ingin mendengar apa yang ingin dikatakan oleh adiknya.
            “Along!” Alisa cuba menghalang. Dia bimbang jika Aleya akan berubah fikiran.
            “Angah! Kita dengar dulu apa yang Acu ingin katakan. Selepas itu baru kita ambil keputusan, ok!” Aleya menepuk bahu Alisa yang duduk disebelahnya dengan lembut.
            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat. “Say it.” Matanya merenung tajam pada Alina yang duduk berhadapan dengan mereka berdua.
            “sepanjang 25 tahun ini, hanya kita saja yang sering meraikan hari jadi ibu. Acu rasa pada tahun ni, biarlah abah yang meraikan hari jadi ibu.”
            “Apa! Maksud Acu, kita bertiga tak boleh meraikan hari jadi ibu pada tahun ni! Acu mahu ibu dan lelaki tu….Berdua! Celebrate bersama! Ini kerja gila.” Alisa terus bangun. Mukanya merah menahan marah.
            “Kita mesti beri peluang pada abah untuk celebrate birthday ibu dan kita juga harus memberi peluang pada ibu untuk celebrate bersama abah. Perasaan celebrate bersama anak-anak dan suami adalah perasaan yang berbeza. Acu mahu ibu merasai perasaan yang tak pernah ibu rasai selama ini. Bahagia! Ya, itu yang Acu mahu untuk ibu. Acu mahu ibu kecapi semua itu. Biarlah sekali dalam seumur hidup, ibu mengecapinya. Anggaplah ia sebagai hadiah dari kita! Along! Angah! Please, just once! Kita lakukannya hanya untuk ibu.” Rayu Alina. Lirikan matanya dialihkan pada Aleya dan Alina yang terdiam apabila mendengar kata-katanya.
            “Please!” kata Alina lagi.
            “Angah!” Aleya melihat Alisa yang terdiam. Dia merenung Alisa. Aleya akui kata-kata Alina ada benarnya. Walaupun dia membenci lelaki itu, dia sedar lelaki itulah yang dicintai oleh ibunya. Pasti ibu pernah mengimpikan untuk menyambut hari jadinya bersama lelaki itu. Aleya menunggu jawapan dari Alisa.
            “Angah…Angah ikut saja apa keputusan Along!” jawab Angah dengan lemah. Kenyataan tetap kenyataan! Alisa kembali duduk.
            “Baiklah!” ringkas jawapan Aleya.
            “Yes! Thank you! I love you very much.” Alina berdiri secara tiba-tiba. Dia meloncat kegembiraan.
            “Macam beruk makan belacan!” Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali melihat adiknya meloncat kegembiraan.
            “Acu nak pergi beritahu abah! Abah mesti gembira mendengarnya.” Alina terus berlari meninggalkan kembarnya. Dia mesti beritahu berita baik ini pada abah. Along dan Angah dah setuju.
            “Along! Betul ke apa yang kita buat ni?” soal Alisa. Dia bersuara apabila melihat kelibat Alina hilang dari pandangannya.
            “Kita lakukan semua ini untuk ibu. Hanya untuk ibu.”
            “Hmm….OK! ini hadiah kita untuk ibu, kan!”  keluh Alisa.
            Perlahan-lahan Aleya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Ya, hadiah untuk ibu.

                                                ****************************

            Kadir tersenyum melihat kedatangan Iskandar di pejabatnya. “Duduklah!” Kadir menjemput Iskandar duduk. Dia sudah tahu tujuan sebenar Iskandar berjumpa dengannya. Pasti berkaitan dengan Aleya.
            “Thanks.” Iskandar terus melabuhkan punggungnya. Dia membetulkan kot yang pakainya.
            “Pasti Is nak cakap pasal janji Uncle pada ayah Is kan!”
            “Ya! Uncle tak boleh mungkiri janji pada abah. Is kenal Uncle. Uncle seorang yang berpegang pada janji.”
            “Uncle tahu, Is! Masalahnya adalah Aleya. Uncle tak boleh paksa Aleya untuk berkahwin dengan Is jika Aleya tidak bersetuju. Uncle suka jika Is menjadi menantu Uncle tetapi jika Aleya tidak setuju, Uncle menghormati keputusannya. Segala-galanya terletak pada tangan Aleya. Uncle mahu perkahwinan ini terjadi disebabkan oleh cinta.”
            “But Uncle…”
            “Uncle ada satu soalan pada Is. Betul ke Is mencintai anak Uncle, Aleya?” soal Kadir. Dia merenung anak muda yang duduk berhadapan dengannya.
            Iskandar terdiam. Dia terkejut dengan pertanyaan Uncle Kadir.
            “Jika Is mencintai Aleya, Is sepatutnya mencari jalan agar Aleya dapat menerima Is dalam hidupnya. Cara supaya Aleya mencintai Is seperti mana Is mencintai Aleya. Uncle tahu antara Alina, Alisa dan Aleya, Aleyalah yang paling keras hati di antara mereka bertiga tetapi Uncle percaya hati Aleya akan menjadi lembut jika Is dapat menambat hati Aleya.” Anak mata Iskandar direnungnya.
            Tiba-tiba satu keluhan dilepaskan. “Tetapi jika Is tidak mencintai Aleya, lebih baik Is batalkan sahaja hasrat Is. Uncle tak mahu anak sulung Uncle terluka. Uncle tak mahu Aleya mengalami apa yang pernah Munirah alami sebelum ini. Is faham kan maksud Uncle tadi.” Kadir bangun dan menepuk bahu Iskandar beberapa kali.
            Lidah Iskandar kelu mendengar kata-kata Uncle Kadir sebentar tadi. Tangannya digengam erat. Fikirannya mula bercelaru.

                                    ***********************************

            Alisa berjalan menghampiri Kadir dan Zahari yang sedang duduk menanti kedatangannya. Alisa mencebikkan bibirnya. Apa halnya mereka nak berjumpa dengan aku? Alisa terus duduk. Badannya disandarkan pada sofa yang empuk itu. “What do you want from me?”
            “Amboi, sedapnya bahasa. Macam ni ke cara awak bercakap dengan orang tua?” tegur Zahari. Matanya melihat tetap pada wanita bertudung putih itu.
            “Kenapa pulak kau nak terasa, aku bukannya bercakap dengan kau?” kata Alisa dengan nada suara yang kasar. “Cepat cakap! I’m busy!”
            Zahari ketawa dengan kuat! “Sibuk! Sibuk buat apa? Membesarkan badan ke?” perli Zahari.
            “Kau!” Bulat mata Alisa merenung Zahari. Lelaki ni sengaja nak sakiti hati aku. Dia ni masih tak serik lagi ke?
            “Sudah! Jangan bergaduh. Angah! Abah ada hal nak cakap dengan Angah.” Kadir bersuara. Munah sudah menceritakan segala-galanya. Apa yang berlaku antara Zahari dan Alisa. “Zahari beritahu abah yang Angah nak buka syarikat guaman kan!”
            “Ya!” ringkas jawapan Alisa. Matanya merenung lelaki yang berkemeja hitam itu. Penyibuk! Hal aku pun dia nak masuk campur..
            “Tentang syarikat guaman yang ingin dibuka oleh Angah, abah dah siapkan semuanya. Office dan staff, semua itu Zahari dah uruskan. Angah hanya perlu masuk kerja esok saja. Segala kelengkapan abah dah settle. “ beritahu Kadir.Dia harap Alisa dapat menerimanya.
            “Apa! Lisa tak pernah suruh pun.Kenapa suka sangat masuk campur dalam hal Lisa, hah? Pandai-pandai buat keputusan sendiri. Kenapa? Dato’ ingat bila Dato; buat semua ini, Lisa akan terima Dato’! Mustahil. “
            “Angah! Abah buat semua ni tanpa meminta balasan apa-apa pun. Abah hanya mahu memudahkan kerja Angah saja. Angah tak perlu buat apa-apa lagi. Esok Angah hanya perlu masuk kerja sahaja.” Terang Kadir. Dia tak mahu Alisa menyalah ertikan niatnya.
            “Boleh percaya ke? Mesti ada udang di sebalik batu. Terima kasih sajalah. Lisa tak perlukan semua ini. Lisa masih ada kaki dan tangan untuk buat semua ini sendiri. Lisa tak mahu terhutang budi pada Dato’.” Alisa membuat mimic muka.
            “Alisa! Kenapa awak ni selalu berfikiran negetif? Kenapa kau selalu buruk sangka pada ayah awak sendiri?” Zahari bersuara. Dia sudah geram dengan sikap Alisa pada Uncle Kadir. Semakin melampau.
            “Kau tak ada kena mengena dalam hal ini lebih baik kau jangan masuk campur dalam hal aku!” Suaranya mula tinggi. Panas telinganya bila Zahari membela lelaki itu.
Perkataan awak sudah hilang dari bibirnya.
            “Awak tu yang sudah melampau!” tegas Zahari.
            “Sudah! Jangan bergaduh.”  Kadir melarang agar pertengkaran mereka berdua tidak berterusan.
            “ Dato’ jangan masuk campur! Ini hal Lisa dan dia.” Jari telunjuknya tetap diarahkan pada Zahari. Lelaki ini perlu diajar. Asyik nak jaga tepi kain orang lain saja.
            “Angah! Enough!”  Tiba-tiba ada satu suara melarang Alisa dari mengeruhkan lagi keadaan. Aleya berjalan menghampiri mereka bertiga. Wajahnya serius.
            “Along!” Air muka Alisa berubah dengan kehadiran Aleya. Alina berdiri di sisi Aleya. Dari dapur, mereka sudah dapat mendengar suara Alisa bertengkar dengan Zahari.
Nasib baik ibu keluar dengan Mak Munah beli barangan dapur di pasar.
            “Angah dan Abang Zahari ni, setiap kali berjumpa mesti bergaduh. Tak rasa penat ke?” Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali.
            “Dia yang cari pasal dulu dengan Angah! Acu sendiri tahu kan perangai Angah! Angah takkan cari pasal dengan orang tu jika dia yang sengaja cari pasal dengan Angah.”
            “Awak tu yang sudah melampau, Alisa. Semakin kita diam, semakin menjadi-jadi perangainya.” Zahari membela dirinya.
            Dahi Aleya berkerut. Dia sendiri tak faham apa yang sedang berlaku di sini. Pandangannya dialihkan pada Kadir yang duduk diam membisu. “Tell me! Apa yang terjadi di sini?” soal Aleya. Dia inginkan penjelasan.
            “Jika Along nak tahu, mereka berdua ni buka syarikat guaman untuk Angah tanpa pengetahuan Angah! Selepas tu, suruh Angah pergi kerja esok. Mereka ingat Angah ni tak ada kemampuan untuk membuka syarikat guaman sendiri. Angah yakin semua ini ada udang di sebalik batu.” Terang Alisa. Aku tak bodoh. Aku boleh nampak apa yang berlaku.
            “Masya-Allah! Alisa, awak sepatutnya bersyukur sebab kami dah memudahkan kerja awak. Ini tidak, tuduh kami yang bukan-bukan.”
            “Ya lah, Angah! Bukan ke Angah jumpa Tina sebab nak minta tolong Tina buka syarikat guaman Angah. Sekarang ni semua dah siap, terima sajalah. Daripada Angah duduk di rumah, membesarkan badan lebih baik Angah kerja. Kuranglah sikit lemak yang ada dalam badan Angah tu.” Alina mencelah. Dia ketawa kecil.
            “Gemuk!” Bulat mata Alisa mendengarnya. Betul ke aku dah gemuk. Alisa mula panic. Dia memegang mukanya. Muka aku dah tembam ke? Sejak aku tak buat apa di rumah ni, kerja aku asyik makan saja. Masakan Mak Munah sedap sangat terutamanya masakan kampung. Gulai Batang pisang, gulai ikan kering dan macam-macam lagi.
            Kadir dan Zahari tersenyum melihat gelagat Alisa yang panik!
            “Along betul ke Angah dah gemuk! Pipi! Pipi Angah dah tembam ke?” soal Alisa dengan nada gelabah.
            Aleya tersenyum apabila mendengar pertanyaan Alisa. Keadaan Angah sekarang ini memang lucu, ini semua gara-gara Acu! “Ya! Along rasa mungkin berat badan Angah dah naik 2 kg.” Aleya sengaja mengusik Alisa
            Kadir memerhati. Inilah pertama kali dia melihat Aleya tersenyum.
            “Apa!” Suara Alisa meninggi. Ini tak boleh jadi ni, aku kena timbang berat badan aku ni! Ya, bilik Acu ada penimbang berat badan. Alisa melangkah laju ke anak tangga menuju ke bilik Alina. Dia sudah lupa apa yang berlaku tadi.
            “Bila cakap pasal berat badan saja, mesti Angah gelabah.” Alina ketawa.
            Dahi Zahari berkerut melihat kelibat Alisa yang sudah hilang. “Aduh, sekarang ni macam mana?” Zahari menoleh ke arah Uncle Kadir yang tersenyum dengan telatah Alisa.
            “Tentang hal tu, biar Lina uruskan! Abang Zahari, jangan risau.”
            “Baiklah! Ini document mengenai syarikat tu. Semuanya ada di sini. Jika ada masalah, boleh tanya abang!” Zahari memberi beberapa fail pada Alina.
            “OK! Acu minta diri dulu ye, nanti pergi tengok Angah sekejap! Entah apa yang dibuatnya.” Kata Alina selepas mengambil fail itu dari Zahari. Dia bergegas menaiki anak tangga.
            “Along!” panggil Kadir.
            Aleya berpaling. Matanya memandang tepat pada lelaki yang berkemeja batik biru itu. Apa hal panggil aku?
            “Kalau Along nak kerja di syarikat abah, abah boleh uruskan.” Kata Kadir.
            “Tak payah susah-susah.” Jawab Aleya dengan nada suara yang dingin. Tanpa membuang masa, langkahnya diatur meninggalkan mereka berdua.
            Zahari mengeluh. “Ini seorang lagi! Bersabarlah, Uncle.” Kata Zahari. Dia cuba untuk menyedapkan hati Uncle Kadir.
            Kadir hanya tersenyum mendengar kata-kata Zahari. Alina sudah memberitau bahawa Aleya dan Alisa setuju dengan permintaannya. Ini bermakna sedikit demi sedikit mereka memberi ruang pada aku. Aku perlu bersabar.
           

3 comments:

Anonymous said...

heheh....sukaaaaaaaaaaaaa sngt2.....lme gler tnggu...hehehehe
smbung lgi yup........
best 100x....

aqilah said...

yes!!!!!!!!!!!!!new n3!!!!!!!!!!!
best!!!!apapun, i followwwwwwwwwwwwwwww

Diahperi said...

klau blh n3 1 minggu sekali ye..lama sgt lah nk tunggu n3 baru..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...