Thursday, August 18, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 3


BAB 3

Tan Sri Syed Abu Bakar dan Aril saling memandang antara satu sama lain apabila perjalanan mereka dihalang semasa ingin melangkah keluar dari rumah agam yang tersergam indah itu. Dahi Tan Sri Syed Abu Bakar  berkerut.
            “Nak ke mana?” soal Datin Sharifah Mawar. Wajahnya serius menatap wajah mereka berdua.
            “Masjid” jawab Aril dengan ringkas.
            “Dah nampak kami pakai baju melayu dan kain pelekat, tentulah kami pergi masjid. Kenapa? Ada masalah ke kalau kami pergi masjid? Selama ni kami berdua pergi masjid, Mawar tak pernah peduli pun. Kenapa tiba-tiba nak tahu?”
            “Betul ke pergi masjid atau melencong ke tempat lain. Entah-entah pakai pakaian macam ni sebagai decoy saja selepas tu pergi jumpa Aina kan.” Teka Datin Sharifah Mawar. Pasti ini hanya alasan sahaja.
            “Ya Allah! Mawar cuba bawa mengucap. Kami berdua ni nak pergi masjid untuk solat berjemaah. Menunaikan ibadat. Cuba jangan buruk sangka pada orang lain.”
            “Abah ingat Mawar akan percaya cakap abah ke? Sekarang ni abah dan Aril banyak berahsia dengan Mawar. Mawar tahu, abah!”
            “Tahu apa? Terserahlah pada Mawar nak percaya atau tidak.” Tan Sri Syed Abu Bakar menggelengkan kepalanya beberapa kali. Semakin hari perangai mawar ni buat aku pening kepala.
            “Mama! Kami tak berbohong la.” Aril bersuara. Dia beberapa kali menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Balik pukul berapa?” soal Datin Sharifah Mawar lagi. Kata-kata mereka berdua langsung tak boleh percaya. Datuk dan cucu sama sahaja. Suka berpakat.
            “Aii….sekarang ni keluar rumah pun nak kena soal siasat ke? Mawar ingat sini balai polis ke?”
            “Tak tahu lagi la, mama! Ikut keadaan. Jika ada tazkirah, kami balik lambat sikit. Belum tentu lagi.” Jawab Aril.
            “Boleh percaya ke?” sindir Datin Sharifah Mawar. Dia membuat mimic muka sebagai tanda tidak percaya dengan jawapan Aril.
            “Aril, jangan dilayan sangat mama Aril ni. Dah buang tabiat agaknya.”
            “Abah!”
            “Macam ni la, mama! Jika mama masih tak percaya cakap kami, mama boleh ikut kami pergi masjid. Boleh la kita solat berjemaah bersama di sana.” Aril memberi cadangan.
            “Betul! Dari Mawar buang masa pergi salon, shopping, spa lebih baik ikut kami pergi masjid. Dapat juga pahala dan sambil tu boleh la jugak cuci hati yang busuk tu. Bagi reboot balik otak itu. Kembali ke pangkal jalan.”
            “Abah. Suka sangat sindir Mawar. Hmm….Aril dan abah pergilah. Mama cuti.” Datin Sharifah Mawar membuat mimic muka.
            “Aiii…belum monopose lagi ke? Sepatutnya umur dah 60 tahun, dah monopose dah.”
            “Abah! Hish…malas nak layan abah.” Datin Sharifah Mawar terus berlalu pergi mendaki anak tangga menuju ke biliknya di tingkat 2. Jika aku ada di situ lagi, nak bernanah telinga ni mendengar sindiran abah.
            Aril tersenyum melihat gelagat ibunya. Atuk bila bercakap pasti akan sindir mama. Memang kelakar.
            “Tengok tu! Bila kita ajak pergi masjid, ada saja alasannya.” Tan Sri Syed Abu Bakar memancungkan bibirnya.
            “Semakin hari perangai mama makin pelik.”
            “Perangai mama Aril memang pelik sejak dulu lagi. Ikut sebiji perangai arwah nenek Aril. Iyelah, nak tumpah mana kuah  jika tidak ke nasi kan! Perangai mama Aril takkan berubah selagi Aril dan Aina tak kahwin. Selagi hajatnya tidak tercapai, begitulah sikapnya.” Bebel Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Jomlah, atuk! Kita dah lewat ni.” Ajak Aril. Segera mereka melangkah keluar dan berjalan menuju kereta yang sedang menanti mereka berdua.

                                    ***********************************

            Sudah seminggu Aina menjadi pekerja sukarela di Rumah Anak-anak Yatim Sri Harapan. Dia senang bekerja di situ. Dia senang melayan kerenah kanak-kanak di situ. Suasana di situ sebati dengan jiwanya. Tenang.
            “Puan Jamilah.” Tegur Aina. Dia hairan melihat Puan Jamilah yang sedang duduk termenung di bangku batu di bawah pohon kemboja itu. Wajahnya masam.
            “Ya, Aina! Ada apa?”
            “Puan ada masalah ke? Dari jauh Aina lihat puan asyik termenung saja. Jika puan tak kisah, puan boleh kongsi dengan Aina.” Aina memegang lembut tangan wanita yang sudah 20 tahun menjadi pengetua di Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan itu.
            Puan Jamliah mengeluh. Dia memandang wajah Aina. Sejak Aina datang ke sini, sudah banyak Aina tolong. “Biasalah, Aina! Setiap kali saya nak minta dana dari badan-badan korparat ada sahaja alasan yang mereka berikan. Aina tahu bumbung di Rumah Harapan 1 bocor. Jadi saya perlukan wang untuk perbaiki atap rumah itu. Memang wang simpanan masih ada tetapi hanya cukup untuk dua bulan sahaja. Lagipun bulan Ramadhan dah nak dekat, berbagai keperluan yang saya perlu sediakan. Bilangan anak-anak yatim semakin bertambah setiap bulan. Saya hanya mahu mereka selesa di sini malah makan, minum pakaian mereka juga saya mahu cukup.” Puan Jamilah meluahkan apa yang bersarang di lubuk hatinya. Sudah pelbagai cara dia gunakan untuk meminta dana untuk Rumah Anak-Anak Yatim Sri Hadapan namun gagal. Dana yang dapat hanya sikit sahaja, tidak dapat menampung perbelanjaan bulan yang seterusnya.
            “Berapa yang Puan perlukan?” soal Aina.
            “RM 80 ribu.” Jawab Puan Jamilah dengan lemah.
            “Hmm….Puan, jangan risau. Tentang dana tu biar Aina yang uruskan.”
            “Tapi….” Puan Jamilah berasa serba salah. Aina baru sahaja bekerja di sini lagipun tugas ni berat untu dipikul.
            “No problem, puan! Aina ada calon yang boleh tolong kita. Percayalah.” Aina tersenyum. Calon yang dia katakana adalah datuknya. Setakat RM 80 ribu ni, tak ada masalah bagi atuk. Pejam mata pun, atuk boleh bagi. “Hmm…bila puan nak?”
            “Secepat yang mungkin.” Jawab Puan Jamilah. Wajahnya kembali ceria. Beban dibahunya dapat juga dikurangnya. Selepas ni masalah lain pula dia perlu fikirkan. “Terima kasih, Aina” Puan Jamilah menggenggam erat Aina. Dia tersenyum.

                                    *********************************

            “Kenapa cucu atuk ni kurus? Tak cukup makan ke?” kata Tan Sri Syed Abu Bakar sebaik sahaja berjumpa Aina di Restoran Mustafa. Dia merenung wajah bujur sirih Aina.
            Aina hanya mampu tersenyum dan bersalam dengan datuknya. “Cukup, atuk. Fuh…Aina lihat atuk ni semakin berisi. Ada apa-apa ke?” usik Aina.
            “Berisi? Biasa la makanan Mak Mah kamu tu sedap sangat. Atuk tak mampu nak menolaknya.” Tan Sri Syed Abu Bakar terus duduk di kerusi. Mereka memilih meja yang terletak di luar restoran itu.
            Pelayan kedai itu datang menghampiri mereka. “Nak minum apa?”
            “Hmm….Kopi o panas dan fresh orange. Hmm…makan pula…Nasi Ayam 2 ye.” Beritahu Tan Sri Syed Abu Bakar.
            Selepas itu pelayan kedai berlalu pergi meninggalkan mereka.
            “Atuk masih ingat makanan kegemaran Aina.”
            “Tentulah. Atuk Cuma ada dua orang saja cucu. Mustahil atuk tak tahu makanan kegemaran Aina dan Aril.”
            “Aina rindu la kat atuk.” Aina tersenyum lebar sehingga menampak lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
            “Dah ada di depan mata pun masih rindu lagi ke? Aina dah bukan budak-budak lagi. Tahun ni genap 30 tahun. Perangai tu kena berubah. Jangan nak merengek macam budak kecil sahaja.”
            “Nak manja sikit pun tak boleh ke atuk. Atuk ni tak sporting.” Aina berpura-pura merajuk.
            “Sekarang ni Aina buat apa?” soal Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia ingin tahu apa yang dibuat oleh Aina sekarang ini. Bila tanya Aril, dia sendiri pun tak tahu.
            “Aina kerja di rumah anak-anak yatim.” Jawab Aina.
            “Apa! Belajar sehingga phd tetapi kerja di Rumah Anak-Anak Yatim. Aina ni ada masalah ke? Dari kamu habiskan masa di situ, lebih baik tolong abang kamu di pejabat. Jawatan apa yang Aina, atuk boleh berikan. Just tell me.”
            “Belum tiba masanya lagi atuk! Bila Aina dah bersedia, Aina akan beritahu atuk. Hmmm…mama! Mama sihat ke?” soal Aina. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya.
            “Mama Aina! Dia sihat. Semakin sihat. Semakin kuat membebel. Sekarang ni dia bukan housewife lagi. Dah ada part time job.”
            “Part time job! Mama kerja apa?” Dahi Aina berkerut.
            “Sekarang ni mama Aina dah jadi polis dan security guard. Nak keluar mesti kena periksa dulu. Bila balik lambat, kena soal siasat pulak. Aduh….rimas atuk dibuatnya. Yang atuk tak tahan tu bila mama Aina dah jadi agen pencari jodoh. Kasihan Aril.”
            “Abang tu baik sangat. Selalu beralah dengan mama.” Aina tersenyum kelat. Abang adalah anak kesayangan mama. Apa sahaja yang mama buat abang takkan marah. Tidak seperti dirinya yang sering mengundang kemarahan ibunya.
            Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan menghampiri meja mereka dan meletakkan makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka sebentar tadi.
            “Wah….sedapnya!” Mata Aina bercahaya apabila melihat pinggan yang berisi nasi ayam itu. Hampir meleleh air liurnya apabila melihat makanan kegemarannya itu.
            “Aina tak mahu call mama Aina ke?” tanya Tan Sri Syed Abu Bakar secara tiba-tiba.
            “Nanti Aina call mama. Atuk jangan risau, Aina takkan buat mama bimbang. Aaaa….Atuk….” panggil Aina dengan suara manja. Dia merenung atuknya dengan renungan manja.
            “Aaaaa…..ni mesti ada apa-apa ni!” Tan Sri Syed Abu Bakar masak benar dengan perangai  Aina apabila ingin meminta sesuatu. Tan Sri Syed Abu Bakar menyuap nasi ke dalam mulutnya dan dikunyah perlahan-lahan.
            “Atuk! Aina nak minta tolong dari atuk. Boleh tak kalau atuk buat amal jariah? Menolong orang yang memerlukan.” Aina menyatakan hasratnya yang sebenar.
            “Mesti berkaitan dengan Rumah Anak-Anak Yatim tu kan.” Teka Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Ya. Aaa…Boleh tak atuk derma sebanyak RM 80 ribu untuk rumah anak-anak yatim tu. Aina tahu atuk seorang yang suka menolong orang terutamanya anak-anak yatim piatu dan fakir miskin. Boleh ye atuk?”
            “Baiklah!” jawab Tan Sri Syed Abu Bakar tanpa berfikir panjang. Tentang wang ringgit, dia tak pernah berkira dengan cucunya. Satu hari nanti pun, harta dan wang yang dimiliknya akan menjadi milik Aril dan Aina.
            “Ni yang buat Aina sayang atuk ni.” Aina tersengih.
            “Tak payah nak bodek atuk. Makan cepat. Bila dah sejuk nanti, tak sedap pula.” Kata Tan Sri Syed Abu Bakar sebelum menyambung menjamu selera.
            “Ok…Oh ya, tadi Aina call abang. Kenapa abang tak angkat panggilan Aina? Abang ada meeting ke?”
            “Ooo…Sekarang ni Aril dalam perjalanan ke Dubai. Ada urusan syarikat di sana. Cepat makan.Aril akan balik minggu depan”
            “Lamanya! Ingat nak ajak abang main bowling hujung minggu ni.” Kata Aina dengan hampa. Sudah lama dia tak lepak bersama abangnya.
            “Selepas Aril balik,  Aina masih ada masa untuk keluar dengan Aril. Hmmm…cepat makan. “
            Aina mengganggukkan kepalanya. Matanya tepat melihat isi ayam yang ada di pingganya. “Atuk, Aina nak minta extra ayam lagi. Tak cukup ni. Atuk nak ke?” Aina tiba-tiba bangun.
            “yang ada ni masih belum cukup lagi ke? Hmmm….kuat betul makan. Tak nak. Aina ambil untuk Aina saja.”
            “Baiklah, atuk.” Aina berjalan meninggalkan atuknya dan berjalan masuk ke restoran itu. Dia memanggil pelayan yang mengambil order mereka sebentar tadi.
            “Badan kurus tetapi kuat makan.” Bebel Tan Sri Syed Abu Bakar. Pelahan-lahan dia mengangkat sudu yang berisi nasi ayam itu menuju ke mulutnya.
            “Abah!”
            Tan Sri Syed Abu Bakar tersentak apabila mendengar suara itu. Dahinya berkerut. Betul ke dengan apa yang aku dengar? Perlahan-lahan Tan Sri Syed Abu Bakar berpaling ke belakang. Bulat matanya melihat wanita yang melangkah menuju ke mejanya. Teruk aku macam ni? Macam mana Mawar tahu aku di sini? Aina! Aina! Mana Aina? Tan Sri Syed Abu Bakar terus melihat ke dalam restoran itu. Matanya meliar mencari Aina. Teruklah jika Mawar berjumpa Aina.
            “Kenapa abah di sini? Kata nak pergi main golf dengan Uncle Murad.” Itulah soalan pertama yang dtujukan sebaik sahaja mendekati ayahnya. Wajahnya serius. Kebetulan dia ada urusan di kawasaan itu. Dia terkejut melihat ayahnya sedang makan di restoran Mustapha. Sah, abah tipu aku lagi.
            “Last-last minit, Murad tak jadi main.”
            “Kenapa abah makan di sini? Siapa makan bersama abah?” soal Datin Sharifah Mawar. Matanya melihat makanan dan minuman yang masih belum terusik lagi. Siapa?
            “Kawan abah.” Jawab Tan Sri Syed Abu Bakar. Banyak soalan la pulak. Mata Tan Sri Syed Abu Bakar masih melihat ke dalam restoran itu.
            “Siapa? Semua kawan abah, mawar kenal? Siapa?” soalnya lagi.. Dia masih tidak berpuas hati selagi tak tahu nama
            “Mawar tak kenal. Baru tadi abah terserempak dengan dia. Kawan lama abah semasa abah di sekolah menengah.”
            “Mana dia sekarang ni?” Pandangannya dialihkan pada setiap sudut restoran itu. Dahinya berkerut apabila melihat nama kedai restoran itu. Ini adalah restoran kegemaran Aina. Dia suka makan nasi ayam di sini. Datin Sharifah Mawar melihat air fresh orange yang berada di situ.
            “Dia dah balik. Tiba-tiba dapat emergency call.” Bohong Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Abah tipu Mawar kan!” kata Datin Sharifah Mawar secara tiba-tiba. Dia merenung tepat anak mata ayahnya.
            “Tipu!”
            “Abah jumpa Aina kan! Makanan dan Minuman ni buktinya. Mana Aina, abah! Mana anak Mawar?” tegas Datin Sharifah Mawar. Aku sudah agak, mesti mereka akan berjumpa tanpa pengetahuan aku.
            “Apa yang Mawar merepek ni?” Tan Sri Syed Abu Bakar terkejut.
            “Abah jangan nak berlakon di depan mawar. Mawar tahu ini kedai kegemaran Aina. Dia selalu makan di sini. Fresh orange ni! Aina suka minum fresh orange. Lebih baik abah berterus-terang dengan Mawar. Mana Aina?”
            “Mawar jangan buat kecoh di sini! Abah kata abah jumpa kawan abah. Mawar tak faham ke?” tegas Tan Sri Syed Abu Bakar. Matanya melihat pelanggan di situ yang memandang ke arah mereka.
            “Mawar tak peduli. Mawar nak cari anak mawar.” Datin Sharifah Mawar terus meninggalkan ayahnya. Dia melangkah masuk ke dalam restoran itu dan matanya meliar mencari kelibat anak bongsunya itu. Naluri keibuannya kuat mengatakan Aina berada di sini.
            Tan Sri Syed Abu Bakar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tan Sri Syed Abu Bakar terus bangun. Seleranya dah hilang. Anak aku ni suka sangat buat drama. Mana Aina? Dia dah larikan diri ke selepas nampak Mawar? Harap-harap begitulah. Tan Sri Syed Abu Bakar terus melangkah masuk mengekori anaknya.

                                    ***********************************

            Aina melepaskan keluhan dengan kuat. Sudah dua hari atuk tak call aku. Atuk ada masalah ke atau mama buat hal lagi? Aina gelisah. Dia perlukan duit itu secepat mungkin. Semalam dia ada cuba call atuk tetapi mama yang menjawabnya. Selepas mendengar suara mama, aku terus letak. Nasib baiklah, aku call melalui public phone. Aina teringat peristiwa 2 hari lepas, hampir saja dia kantoi. Jika mama jumpa aku hari tu, pasti mama heret aku balik rumah. Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar melalui pintu belakang restoran itu. Kasihan atuk! Aina rasa serba saah.
            “Jauhnya Kak Aina termenung. Ada masalah ke?” soal Rina meletakkan jug berisi air laici yang dibancuhnya di dapar.
            “Tak ada apa-apa, Rina.” Aina tersenyum.
            “Banyaknya lauk yang Kak Aina masak.” Rina melihat beberapa jenis lauk yang terhidang di atas meja.
            “Sikit saja, Rina! Sebagai chef malam ini, kak akan perkenalkan jenis lauk hari ini. Ini semua orang tahu kan! Sambal tempoyak.”  Aina menunjukkan mangkuk kecil yang berisi sambl tempoyak. “Ini pula namanya, Sambal tumis bilis campur petai dan terakhir ialah masak taucu campur bercili hijau.” Aina tersengih.
            “Wah, kalau macam ni Kak Aina buka restoran la. Pasti laris.”
            “Tak ada modal la, Rina. Jom kita makan. Perut ni dah lama berkeroncong.” Tanpa melengahkan masa, Aina menceduk sambal tumis bilis campur petai ke dalam nasinya.
            “Kak Aina, jika Rina tanya sesuatu. Kak Aina jangan marah ye.” Kata Rina teragak-agak. Sudah lama dia ingin bertanya tentang soalan ini walaupun dia sudah lama mengenali Aina namun latar belakang Aina masih kurang jelas. Betul ke khabar angin yang pernah didengarnya semasa belajar di Switzerland.
            “Ya. Tanyalah.”
            “Siapa Kak Aina yang sebenarnya?” Akhirnya soalan itu terkeluar juga dari bibirnya. “Maksud Rina, latar belakang Kak Aina! Kita sudah lama kenal tetapi Rina tak tahu apa-apa pun tentang Kak Aina! Maksud Rina lagi, keluarga Kak Aina.”
            “Kenapa tiba-tiba saja Rina tanya kak soalan ini?” Aina merenung Rina. Dia tahu dia kurang bercerita tentang keluarganya kepada sesiapa. Baginya itu tidak penting.
            “Masa di Switzerland, banyak khabar angin tentang Kak Aina.”Rina menundukkan kepalanya. Dia mula serba salah.
            “Seperti?”
            “Mereka kata Kak Aina ialah anak hartawan dan ada juga mereka kata Kak Aina adalah anak luar nikah seorang hartawan. Macam-macam lagi”
            Aina ketawa apabila mendengar kata-kata Rina. Dia ada juga dengar semua itu tetapi dia buat tak tahu saja. Bukannya betul pun. “Jadi, Rina percaya la semua tu.”
            “Tak tapi Aina nak tahu. Aina nak dengar sendiri dari mulut Kak Aina.” Rina mengangkat wajahnya apabila mendengar gelak tawa dari Ainia. Lucu sangat ke?
            “Semua tu tak betul, Rina! Kak orang biasa saja Cuma family kak lain sikit.”
            “Lain sikit.” Dahi Rina berkerut. Apa maksud Kak Aina? Apa yang tak kena dengan keluarga Kak Aina?
            “Dalam keluarga kak, ada datuk, mama dan abang. Kak adalah bongsu dari dua beradik. Hmmmm…itu sajalah tentang keluarga kak. Kami orang biasa saja.” Aina tersengih. Kalau Rina tahu aku adalah cucu Tan Sri Syed Abu Bakar mesti Rina tak percaya. “Jemput! Jemput! Lauk bila dah sejuk, tak sedap. Elok makan masa panas.”
            Rina menggaru rambutnya yang diikat tocang satu ke belakang. Kenapa Kak Aina macam nak berahsia tentang keluarganya? Ada yang tak kena ke tentang keluarga Kak Aina ke? Yang pasti Kak Aina bukan anak orang kaya tetapi hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Kak Aina.

                                    *******************************************

            Aina merenung no telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia tak kenal no telefon ni. Adakah mama yang call aku? Aina mengetap bibir. Deringan telefon bimbit kuat kedengaran. Hish…tak mungki mama. Aina menjawab panggilan itu. Ainga teragak-agak dulu untuk bersuara.
            “Aina ni atuk!” bisik Tan Sri Syed Abu Bakar. Matanya melirik ke arah pintu bilik air. Dia membuka pili air dengan lebih kuat lagi. Kedengaran jelas deruan air. Pasti Mawar berada di luar bilik air sekarang ni.
            “Atuk! Sekarang ni atuk di mana?” Aina gembira mendengar suara atuk. Dahinya berkerut bila mendengar bunyi air yang kuat.
            “Toilet.”
            “Ni no telefon baru atuk ke?” soal Aina.
            “Bukan. Ini telefon Mak Mak. Atuk pinjam sekejap. Handphone atuk dah kena rampas dengan mama Aina.”
            “Apa!” suara Aina meninggi.. Dia terkejut.
            “Selepas hari tu, mama Aina dah jadi bodyguard atuk. Ke mana saja atuk pergi, dia akan ikut. Handphone atuk pun, dia ambil. Dia tahu yang kita berjumpa hari itu. Atuk minta tolong Mak Mah pinjam telefon bimbit dia. Atuk rasa buat masa sekarang ni, atuk tak dapat nak beri duit pada Aina. Setiap gerak geri atuk diawasi oleh mama Aina. Selepas hal ini reda, atuk akan bagi duit itu pada Aina. Boleh kan?”  Matanya masih mengerling ke arah pintu bilik air.
            “It’s ok, atuk. Aina minta maaf. Disebabkan Aina, atuk jadi macam ni.” Nada suara Aina lemah. Dia serba salah. Disebabkan dirinya, atuk terpaksa hadapi semua ini.Dia masak benar dengan perangai mama.
            “Ini bukan salah Aina. Dia memang macam tu perangai mama Aina. Oklah, atuk letak dulu ye. Kalau lama nanti, mama Aina syak sesuatu. Jaga diri baik-baik ye.” Tan Sri Syed Abu Bakar terus mematikan panggilan. Dia segera menarik flush toilet. Paip air ditutupnya. Dia memasukkan kembali telefon bimbit yang dipinjam ke dalam pasu bunga di sebelah pintu bilik air.  Simbol pintu bilik air dipulasnya. Memang tekaannya berdiri. Datin Sharifah Mawar berdiri di luar.
            “Lamanya!” Datin Sharifah Mawar merunggut.
            “Abah tak suruh pun Mawar tunggu.”
            “Cepat sikit. Abah kan janji bermain golf dengan Uncle Malik pada pukul 5.00 petang. Bersiap cepat. Jangan lambat.” Datin Sharifah Mawar memberi arahan dan berlalu pergi meninggalkan ayahnya yang terpinga-pinga.
            Tan Sri Syed Abu Bakar meletakkan kedua-dua belah tangan di pinggangnya. Dia cuba menahan geram “Budak bertuah ni! Dia lupa ke aku ni ayah dia. Ikut suka hati mengarah orang.”

                        *************************************************
            

2 comments:

kIsAh kAsIh HaTiKu said...

hahahhahha...lawak arhhh...cter nie...aper pun best...akak ble nk smbg cter 123 tu...lme tggu n3 bru

hudamohamed said...

terok nor prangai mama dia tu.. atok pun nak di kawal rapi.. nasib mama aku tak paksa aku kawin macam makcik mawar ni.. kalau tak haru....

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...