Sunday, September 4, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 5


BAB 5

            Tan Sri Syed Abu Bakar merenung wanita yang berdiri di hadapannya dari atas hingga ke bawah. Pandangannya beralih pada Mawar yang berdiri di sebelah wanita itu dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Siapa pula budak perempuan yang Mawar bawa balik ni? Ini manusia ke? Pasti ni wanita baru yang ingin diperkenalkan pada Aril. Kasihan Aril. Pelik! Wanita macam ini Mawar berkenan untuk dijadikan menantu. Otak anak aku ni ada masalah ke?
            “Mimi, let’s me introduce you with my father! Ini Tan Sri Syed Abu Bakar dan juga datuk pada Aril. Abah ni, Mimi!” Datin Sharifah Mawar cepat bersuara apabila air muka ayahnya berubah.
            “Nice to meet you, grandpa.” Mimi tersenyum dan mengangkat tangan dan melambai pada lelaki yang berusia 82 tahun itu.
            “Waalaikumussalam.” Sindir Tan Sri Syed Abu Bakar. Grandpa! Dia ingat aku ni datuk dia ke? Tak ada sopan santun. Ciri-ciri wanita melayu tiada langsung. Budak ni dah tercemar dengan budaya barat. Aku tak berkenan . Semua wanita yang diperkenalkan oleh Mawar seperti ini.
            Senyuman Mimi hilang. Dari reaksi Tan Sri Syed Abu Bakar, dia sudah tahu lelaki itu tidak suka akan kedatangan dia.
            “Jangan ambil hati, mimi. Biasalah orang tua. Duduklah.” Datin Sharifah Mawar cuba menyenangi hati Mimi. Abah, sudah melampau.
            Mimi terus duduk di sofa yang berwarna coklat itu.
            Datin Sharifah Mawar mendekati ayahnya dan menarik ayahnya jauh dari Mimi “Boleh tak abah jangan layan tetamu Mawar macam tu?” bisiknya perlahan.
            “Budak perempuan tu tetamu Mawar bukannya abah. Itu hak abah nak melayan tetamu lagipun ini rumah abah. Abah juga berhak menghalau tetamu yang abah tak suka.”
            “Abah!” Datin Sharifah meninggikan suaranya. Sakit hati bila memikirkan kerenah ayahnya yang tidak pernah menyokong apa yang dibuatnya.
            Mimi berpaling apabila mendengar suara.Dia memandang mereka berdua.
            “Tak ada apa-apa!” Datin Sharifah Mawar berpura-pura tersenyum. “Sekarang ni Mawar mahu abah duduk berbual bersama kami. Jika tak, Mawar akan suruh Mak Mah jangan masak lagi sipu sedut masak lemak cilia pi untuk abah lagi.”
            “Apa! Mawar ugut abah ke?” Bulat mata Tan Sri Syed Abu Bakar mendengarnya. Siput sedut masak lemak cili api adalah lauk kegemarannya. Seminggu sekali, memang wajib Mak Mak masak untuknya.
            “Ya. Abah kena ingat, Mawar yang bayar gaji Mak Mah so Mak Mah mesti dengar cakap Mawar kan.” Datin Sharifah tersenyum. Yes, aku dah menang.
            Tan Sri Syed Abu Bakar mencebik bibir. Guna kelemahan aku untuk kepentingan dirinya. Perangai siapa yang dia ikut ni?
            “Diam maksudnya setuju. Shall we?” Datin Sharifah Mawar mengangkar kening di sebelah mata kirinya. Geli hatinya melihat ayah mendiamkan diri.

                                    *************************************

            Dato’ Tengku Ghazali berpaling ke arah pintu apabila mendengar pintu rumah dibuka. Jam menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Lewat Luna balik hari ini.
            “Assalamualaikum, ayah!” Rina tersenyum melihat ayahnya yang berehat di sofa.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Tengku Syed Ghazali. “Lewat Luna balik. Dari mana?”
            “ Ooo….Luna dari rumah nenek, ayah. Mak Long Fazira sakit.” Beritahu Rina. Nada suaranya sedih. Dia terkejut melihat Mak Long Fazira yang semakin kurus malah mukanya cengkung.
            “Kak Long sakit? Tak sembuh lagi ke?” Datin Tengku Fatin tiba-tiba mencelah. Dulang yang berada di tangan diletakkan pada meja. Terbit wajah kerisauan. Dia risau dengan keadaan kakak sulungnya itu.
            “Hmm…selagi Abang Haikal tak berubah, selagi itulah Mak Long sakit. Abang Haikal terlalu pentingkan diri. Disebabkan dia, Mak Long jatuh sakit. Kenapa dia mementingkan sangat cinta yang tak pernah wujud tu?” Rina geram dan terus melabuhkan punggungnya pada sofa empuk yang terletak di sebelah ayahnya.
            Datin Tengku Fatin menggelengkan kepalanya. Dia meletakkan cawan yang berisi air kopi di hadapan suaminya.
            “ayah sedar sejak dulu lagi, Luna tak sukakan Sofea. Kenapa? Sofea pernah buat sesuatu pada Luna ke?”
            “Luna akui sejak dulu lagi Luna tak suka Sofea sebab Luna tahu cintanya pada Abang Haikal adalah palsu. Dia tak pernah ikhlas mencintai Sofea. Luna dah agak semua ini akan berlaku.”
            “Luna tak baik prejudis pada orang lain. Mereka bercinta selama 7 tahun. Tak mudah mereka untuk melupakan cinta dan kenangan manis mereka bergitu saja. Bagaimana Luna tahu Sofea tidak cintakan Haikal? Sofea beritahu Luna ke? Atau Luna dapat membaca isi hati Sofea?” soal Dato’ Tengku Ghazali.
            Rina terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari ayahnya.
            “Setiap tindakan atau keputusan yang kita buat pasti ada alasan yang munasabh. Ayah yakin Sofea ada sebabnya.”
            “Alasan apa, ayah? Kenapa dia tidak beritahu saja alasannya pada kita lebih-lebih lagi pada Abang Haikal? Call ke? Hantar e-mail ke? Tidak kan! Dia biarkan Abang Haikal menaruh harapan padanya. Tidak kah tindakannya itu kejam! Kejam pada orang yang mencintainya sepenuh hati. Sepatutnya dia berfikir tindakannya itu memalukan keluarga kita terutamanya Abang Haikal.” Ujar Rina. Hanya aku tahu alasannya.
            “Luna, keluarga Sofea pun malu juga.  Luna jangan lupa. Bukan keluarga kita sahaja yang terkena tempiasnya.” Dato’ Tengku Ghazali cuba mengingatkan anaknya. Jika di lihat dari luarannya, anak keduanya itu seorang yang lembah lembut tetapi sebenarnya seorang degil. Jika dia tak sukakan orang itu, selama-lamanya dia akan membenci orang itu.
            “Tetapi tak sama, ayah! Cuba lihat Abang Haikal sekarang ni, tak ubah seperti mayat hidup. Hidup dalam dunia kegelapan. Sofea? Ayah tahu tak apa yang dia sedang buat sekarang ni?” Rina merenung ayahnya. Matanya merah. “Ayah tak tahu kan. Yang pasti Luna tahu apa yang Sofea buat sekarang ni.”
            “Luna, tahu ke di mana Sofea sekarang ni?” soal Datin Tengku Fatin. Melalui dari percakapan anaknya itu, dia seperti tahu apa yang berlaku. Dato’ Tengku Ghazali turut sama menanti jawapan dari anaknya.
            Rina tergamam. Lidahnya kelu apabila ayah dan ibu sedang menanti jawapan darinya. Opss…aku terlebih cakap pula. “Aaa…tak tahu. Hmmm….Luna minta diri dulu. Luna belum sembahyang Asar lagi.” Rina bangun dan terus bergegas menuju ke biliknya. Jika aku masih berada di situ, pasti ayah dan ibu bertanya lagi mengenali hal itu.
            “Abang, Fatin dapat rasakan Luna tahu sesuatu dari kita mengenai Sofea.”
            “Abang pun rasa begitu.” Dahi Dato’ Tengku Ghazali berkerut.
            “Abang ada kenalan yang buka syarikat penyiasatan kan?”
            “Ya.”
            “Sepatutnya dari dulu lagi, kita buat perkara ini. Abang, boleh tak abang upah orang untuk menyiasat di mana Sofea berada di sekarang ni. Fatin nak tahu apa Sofea buat sekarang ni. Fatin tak boleh biarkan keadaan berterusan seperti ni.” Ujar Datin Tengku Fatin. Wajahnya serius.
            “Baiklah. Kelakuan Luna memang pelik. Abang yakin dia tahu sesuatu tentang Sofea dan merahsiakan sesuatu dari kita.” Pandangan Dato’ Tengku Ghazali dialihkan pada isterinya.

                                                ****************************

            “Tuan! Tuan nak apa-apa ke?” Mak Mah terkejut apabila majikannya itu berada di dapur. Di tangannya terdapat beberapa batang serai dan beberapa biji terung untuk dimasaknya untuk makan malam.
            “Tak ada apa-apa, Mak Mah. Saya rimas.” Tan Sri Syed Abu Bakar menarik kerusi dari meja bujur berkerusi enam yang diperbuat dari kayu cengal. Tangannya membuka tudung salji dan melihat pinggan yang berisi lepat pisang.
            “Siapa tetamu tuan tadi?”
            “Itu bukan tetamu saya tetapi tetamu Mawar. Budak perempuan tu dah tercemar.” Tangannya terus mengambil lepat pisang itu. Balutannya dibuka dan dikunyahnya perlahan-lahan.
            “Tercemar? Asid ke tuan?” Wajah Mak Mah berubah.
            Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa apabila mendengar kata-kata Mak Mah. Kata-kata aku telah disalahtafsirkan. “Bukan tercemar dengan asid. Maksud saya ialah tercemar dengan budaya barat. Rambut berwarna merah. Bertindik di hidung. Pakaian yang dipakai pula tak senonoh. Dah tahu nak datang jumpa saya, kenapa mesti berpakaian macam tu. Berseluar pandek separas paha dan hanya t-shirt tanpa lengan. Tak ada ciri-ciri wanita melayu terakhir! Yang saya geram tu bila lihat kukunya yang panjang tu ditambah pula dengan kaku yang diwarnakan dengan warna hitam. Saya takkan benarkan perempuan macam tu menjadi cucu menantu saya. Mustahil.”
            “Saya pun tak suka, tuan! Macam langit dan bumi. Semua calon menantu yang puan Mawar bawa pulang ke rumah, saya tak berkenan.” Mak Mah berterus-terang. Mereka tak sesuai menjadi isteri pada Aril.
            “Saya rasa mata anak saya tu ada masalah atau pun otaknya yang ada masalah. Budak perempuan macam tu nak dijadikan menantu. Simpang malaikat 44. Saya berani jamin Aril takkan bahagia” Tan Sri Syed Abu Bakar membuat mimic muka.
            Mak Mah tersenyum mendengar kata-kata majikannya. Setiap hari ada saja perkara yang menjadikan alasan untuk mereka berdua bergaduh.
            “Aaa…Mak Mah dah sms Aril ke? Beritahu Aril tak payah balik hari ini. Bermalam saja di penthouse di Damansara.” Soal Tan Sri Syed Abu Bakar. Aku mesti gagalkan rancangan Mawar untuk Aril makan bersama mereka.
            “Saya dah suruh Abang Man beritahu Aril. Sejak kebelakangan ni, Puan Mawar seperti sedang memerhati setiap gerak-geri saya. Puan Mawar syak saya berada di pihak Tuan. Untuk menghilang syak wasangka Puan Mawar, saya suruh Abang Man beritahu Aril.” Mak Mah tersenyum.
            “Mak Mah ni memang cerdik la.” Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa.
            “Cerdik! Kenapa?” soal Datin Sharifah Mawar yang tiba-tiba sahaja muncul di dapur. Dia merenung tepat ke arah ayah dan orang gaji rumahnya. Dia dapat merasakan mereka sedang merancang sesuatu. “Beritahu Mawar, kenapa tiba-tiba abah puji Mak Mah cerdik? Ini mesti ada apa-apa.”
            “Jealous ke? Boleh tak jika Mawar jangan berprasangka buruk pada abah. Abah puji Mak Mah sebab Mak Mah tahu apa abah nak makan malam ni. Daging masak hitam dan Ayam padprik cili kering! Salah satu masakan kegemaran abah. Jika nak harapkan Mawar, masak nasi pun tak pas lagi.”
            “Abah!” jerit Datin Sharifah Mawar sambil mencekak pinggang. Tiba-tiba dia dapat merasakan darahnya mendidih apabila mendengar sindiran dari ayahnya.
            “Aduh….sakit perut. Tiba-tiba saja perut ni meragam.” Tan Sri Syed Abu Bakar tiba-tiba memegang perut. Dia hanya berpura-pura sakit perut. Dia tahu tujuan anaknya datang ke situ untuk membawanya ke ruang tamu dan berborak dengan wanita muda itu. “Rasa nak kentut la pulak. Sorry, abah nak ke toilet sekejap.” Tan Sri Syed Abu Bakar terus bangun dan bergegas menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
            “Abah!” Datin Sharifah Mawar memanggil ayahnya. Nak lari ye! Tunggu. Langkah segera diatur mengekori ayahnya. Aku takkan biarkan abah terlepas kali ini.
            Mak Mah menggelengkan kepalanya beberapa kali apabila melihat telatah anak beranak itu. Lucu. Tiba-tiba Mak Mah teringat pada Aina, dia sangat merindui Aina.

                                    ************************************

            Aril melangkah beriringan dengan Hayati selepas keluar dari lif. Aril sedang meneliti laporan kewangan anak syarikat mereka di Pulau Pinang.
            “Yati, awak dah beritahu Lucy yang kita akan lewat sampai pagi ni?”
            “Saya sudah beritahu Lucy. Dia akan handle dulu meeting itu sebelum tuan sampai.”
            “Aril!”  Langkah Aril terhenti apabila ada suara memanggil dirinya. Matanya mengamati wanita yang sedang melambai tangan ke arahnya. Mimi tersenyum melihat dirinya.
            “Siapa tuan?” soal Hayati hairan. Aku tak pernah nampak wanita ni sebelum ini.
            “Aaaa….masalah lagi.” Aril menundukkan kepalanya. Mama!
            “Tuan! Maksud tuan, seorang lagi calon isteri tuan ke?” Hayati dapat menangkap di sebalik kata-kata majikannya tadi. Ini dah terlebih kuato. Hayati sedar akan perubahan wajah Aril.
            “Sayang nak pergi mana?” soal Mimi sebaik sahaja menghampiri Aril. Dia memberi senyuman yang menggoda pada Aril. Puas semalaman dia menunggu tetapi Aril tak pulang juga. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Aril di syarikat. Senyuman Mimi hilang sebaik sahaja melihat wanita berambut panjang yang berdiri di sebelah lelaki pujaannya. “Kau siapa?” soal Mimi secara tiba-tiba.
            Hayati terkejut dan memandang majikannya. Amboi, sedapnya bahasa!
            Mimi terus menolak Hayati ke tepi dan Mimi mengambil tempat Hayati. Mimi terus memegang tangan Aril.
            Aril terkejut. Dia segera menarik tangannya dan berdiri jauh dari wanita itu. “You siapa?” soal Aril secara tiba-tiba. Dia tak suka diperlakukan sebegitu.
            “Sayang, kenapa ni? Ni Mimi.”
            “Sayang! Siapa sayang you? I tak kenal you pun. I nak you minta maaf pada setiausaha I.” tegas Aril. Aril tidak mempedulikan mata-mata yang sedang memandang ke arahnya. Wanita ini memang melampau. Tidak hormat orang langsung.
            “It’s okay, tuan!” kata Hayati. Dia tak mahu perkara ini berlanjutan. Dia sedar akan perubahan wajah Aril. Kebelakangan ini mood majikannya tidak berapa baik.
            “Tidak, Yati! Saya tak suka staff saya diperlakukan seperti itu. Dia tak sepatutnya bertindak kasar pada awak.”
            “Sayang! Kenapa dengan you ni? You nak minta maaf pada staf bawahan macam dia ke? I tak nak.” Muka Mimi merah padam. Dia terkejut apabila Aril memihak pada wanita itu.
            “Baiklah jika you tak mahu, I nak you beredar dari syarikat I sekarang juga.”
            “Kenapa dengan sayang hari ini?” Mimi cuba untuk mendekati Aril tetapi Aril telah mengundurkan beberapa langkah.
            “Listen here! Untuk pengetahuan you, I tak suka you pun. So you sepatutnya faham kan.” Bulat mata Aril merenung Mimi. Wanita seperti ini mustahil akan menjadi isteri aku.
            “Tetapi…..”
            “Antara kita tidak akan ada apa-apa hubungan. I tak takut kalau you nak mengadu pada mama I.”
            “Sayang, you belum kenal I lagi. Berilah peluang pada I. Please.” Dengan pantas Mimi memaut lengan Aril. Tak mungkin, aku melepaskan lelaki ini begitu saja. He’s my charming prince. Walauapa yang terjadi, lelaki ini tidak akan terlepas dari genggaman aku.
            “Apa ni!” Aril cuba untuk melepaskan diri namun gagal. Wanita itu memaut tangannya dengan kuat. Aril melihat di sekelilingnya. Dia malu apabila melihat pekerjanya yang berada di situ melihat ke arahnya. “Let me go!”
            “I takkan lepaskan you. I akan pastikan you menjadi milik I, sayang.” Mimi meletakkan kepalanya dibahu Aril sambil tersenyum.
            Hayati hanya memerhati apa yang berlaku. Apa aku nak buat ni? Hayati serba salah. Perempuan ni memang muka tak tahu malu.
            “Hey, perempuan! Kau siapa, hah!” Tiba-tiba Tina muncul di situ. Matanya tepat merenung wanita yang sedang memaut lengan Aril. Darahnya mendidih apabila melihat adegan itu. Tanpa membuang masa, Tina terus menarik rambut Mimi.
            Mimi menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarikan. Pautanya pada lengan Aril terlepas.
            “Aku tak nak tahu siapa kau tetapi kau perlu tahu, abang Aril bakal suami aku. Kau jangan nak mengada-ada nak mendekati Abang Aril. Kau dengar tak?” Dengan kasar Tina terus melepaskan rambut wanita itu dengar kasar sehingga wanita itu jatuh terduduk di lantai.
            Hayati segera mendekati Aril. “Tuan, tak apa-apa ke?”
            “I’m fine.” Wajah Aril serius. Matanya tepat melihat ke arah Tina dan Mimi. Ahhh….teruk aku kali ni. Pasti mereka akan bergaduh besar di sini. Sejak kebelakangan ini, dirinya menjadi topic panas di syarikat sendiri. Setiap wanita yang diperkenalkan oleh mama akan datang berjumpa dengannya di pejabat. Dia sudah rimas. Ada yang bergaduh sehingga dirinya terpaksa masuk campur. Maruah dirinya terjejas disebabkan mama.
            Mimi segera bangun. Dia membetulkan rambutnya yang kusut itu. Tangan kanannya dihayunkan tepat ke muka wanita tadi.
            Tina tergamam apabila ditampar. Dia memegang pipinya yang masih terasa pedih itu. “Kau!” Tina menuding jari pada Mimi.
            ‘Hey, perempuan tua! Kau sepatutnya sedar diri. Kau dan aku jauh berbeza.” Kata Mimi sambil tersenyum sinis. Puas hati aku!
            “Apa!”
            “Sudah! Stop fighting.” Marah Aril. Dia tak mahu perkara ini berpanjangan. “Kamu berdua tak malu ke bergaduh di sini, hah! Kalau teringin sangat nak bergaduh, bergaduh di luar.”
            “sayang! Perempuan tua tu yang mulakan dulu. You sendiri nampak kan.” Mimi mengadu dengan suara yang manja. Dia terus memegang lengan kanan Aril. Dia membuat mimic muka kasihan untuk meminta simpati Aril.
            “Kau jangan nak buat drama di sini. Perempuan mentah macam kau tak layak menjadi isteri Aril.” Marah Tina. Kini giliran dia pula memaut lengan kiri Aril.
            Aril memejam matanya beberapa saat. Aduh, panas! Aril cuba menahan kemarahannya. Dia sudah tak tahan dengan semua ini. Tangannya mula bergetar menahan marah. Kemarahan begitu meluap-luap di dadanya. “Enough! I’m sick all of this.”  Aril menarik kedua-dua tangannya dengan sekuat tenaga. “Aku takkan berkahwin dengan sesiapa pun. Faham!” jerkah Aril. Dia segera berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Kau berdua nak bergaduh ke, tampar menampar ke, tarik rambut ke! Aku sudah tak mahu ambil peduli. Lantaklah.
            “Aril!” jerit Tina dan Mimi. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
            “Ini semua salah kau!” kata Tina.
            “Kenapa kau nak salahkan aku pulak? Kau yang start dulu semua ini.” Giliran Mimi mempertahankan dirinya.
            Hayati menggelengkan kepalanya. Otak mereka berdua ni ada masalah. Dah jelas tuan Aril tak mahu mereka bedua, tak faham-faham lagi. Kini, aku faham kenapa sejak kebelakangan ini angin tuan Aril tak berapa baik.
            “Yati!” jerit Aril apabila sedar Hayati tidak ada bersamanya. Kenapa Yati boleh tercegat di situ lagi? Aril terus masuk ke dalam perut kereta BMW 5 Series miliknya.
            “Ya, tuan!”  Hayati tersedar dari lamunanya. Hayati bergeges menuju ke kereta kerana bimbang dirinya ditinggalkan.

                                    **********************************

            “Umi, Kenapa tidak berbincang dulu dengan Fazira? Di rumah kita dah ada Mak Som. Murni dan Pak Borhan. Dah cukup, Umi! Kenapa mesti kita mengupah orang gaji lagi?” Tengku Fazira tidak setuju dengan tindakan ibunya. Matanya tepat merenung wanita yang bertudung litup itu.
            “Sekarang ni tugas di rumah kita semakin bertambah. Tambahan pula dengan perangai Haikal tu.”
            “Fazira tetap tak setuju, Umi.” Tengku Fazira bertegas. Dia kurang senang dengan kehadiran wanita itu. Wanita itu masih berdiri tegak di sebelah ibunya dan tidak berani bertentangan mata dengannya.
            “Umi sudah buat keputusan. Gaji Aishah dibayar oleh Umi. Lagi tugas utama Aishah adalah untuk menjaga Haikal.”
            “Apa! Umi, dah fikir masak-masak ke? Budak kampung ni nak jaga Haikal. Boleh diharap ke? Entah-entah esok lusa dah berhenti kerja.” Tengku Fazira melontarkan jelingan pada wanita muda itu.
            “Fazira jangan memperkecilkan kemampuan orang lain. Kita tak tahu apa yang terjadi. Umi yakin Aishah dapat menjalankan tugasnya.” Tengku Fauziah memegang tangan Aina.
            Aina masih menundukkan kepalanya. Suara Tengku Fazira benar-benar membuat dirinya terasa seram. Dari nada suara Tengku Fazira, dia sudah dapat meneka yang dirinya tidak dialu-alukan oleh anak Tengku Fauziah.
            “Nama penuh kau?” soal Tengku Fazira dengan kasar.
            “Aina Aishah, puan.” Jawab Aina. Dia membetulkan cermin mata berbingkai hitam yang dipakainya. Dia sudah bertekad untuk mengubah penampilan dirinya dengan bertudung. Sudah tiba masanya dia menunaikan tanggungjawabnya.
            “Umur?”
            “30 tahun!”
            “Dah kahwin ke belum?”
            “Belum.” Jawab Aina. Aku ni dah macam kena soal siasat.
            “Anak dara tua la.” Tengku Fazira ketawa.
            “Fazira!” tegur Tengku Fauziah. Kata-kata Fazira sudah melampu.
            Aina hanya mampu tersenyum. Telinga aku dah lali dengan semua itu. Bila umur dah 30 tahun terus dicop sebagai anak dara tua. Itulah pandangan orang sekarang ini.
            “Asal?”
            “Muar, Johor.”
            “Sebelum ini bekerja di mana?”
            “Saya kerja di restoran sekitar Muar sebagai tukang masak.”
            “Belajar tahap mana? UPSR, PMR, SPM?”
            “PMR.”
            “Memang patut pun jadi orang gaji.” Kata Tengku Fazira dengan nada sindiran.
            “Fazira! Cukup!” marah Tengku Fauziah. Dia tak sangka Tengku Fazira begitu biadap pada Aina. Jika dia tahu, Aina tu ada phd. Mesti Fazira malu. Satu hari nanti, Fazira akan tahu siapa Aina.
            Murni yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya mampu memandang wanita yang berdiri di sebelah Mak Engku. Kenapa puan sanggup cakap begitu pada Kak Aishah? Kasihan Kak Aishah.
            “Murni!” panggil Tengku Fauziah.
            “Ya, Mak Engku!” segera Murni mendekati Tengku Fauziah.
            “Murni, kamu tunjukkan bilik Aishah kemudian bawa Aishah jumpa Mak Som. Selepas itu, kamu terangkan tentang tugasan di rumah ini.”
            “Baiklah, Mak Engku.” Jawab Murni. Dia menoleh ke arah Aina. “Kak Aishah, mari! Murni tunjukkan bilik.” Murni tersenyum. Dia bersalaman dengan Aina.
            Aina membalas senyuman Murni. “Mak Engku!Puan! Aishah minta diri dulu.” Kata Aina sebelum mengekori Murni. Beg bajunya digenggam erat.
            Tengku Fauziah memerhati sehingga kelibat Aina hilang dari pandangannya. Dia berharap Aina dapat menyesuaikan diri di sini.

                                                *************************

            Aina melihat di sekitar bilik itu. Ada 2 buah katil dan 2 buah alamari baju di dalam bilik itu. Aina meletakkan beg bajunya.
            “Ini bilik Kak Aishah. Aaa…Kak Aishah tak kisah kan berkongsi bilik dengan Murni.” Kata Murni.
            “Kak tak kisah. Dah ada bilik, kak dah bersyukur. Aaa….Dah lama ke Murni kerja di rumah Mak Engku ni?” Aina mengangkat beg bajunya dan diletakkan di atas katil yang tiada cadar.
            Murni segera menghampiri alamari bajunya dan mengeluarkan cadar baru. “Ini cadarnya.” Cadar itu diberikan pada Aina. “Dah 5 tahun. Sebenarnya, Murni berasal dari Acheh. Murni menumpang mencari rezeki di sini.”
            “Asalkan kerja itu halal, di mana saja asal usul kita. Itu semua tak penting.”
            “Kata-kata Puan tadi, Kak Aishah jangan ambil hati. Sikap Puan memang macam tu tetapi sebenarnya hatinya baik.”
            “Kak faham! Itu semua tak menjadi masalah pada kak. Siapa Mak Som dan Pak Borhan?” Aina tiba-tiba teringat akan nama yang disebut oleh Tengku Fazira sebentar tadi.
            “Ooo….Mak Som dan Pak Borhan adalah orang yang paling lama berkerja di sini. Mereka suami isteri. Mak Som dan Pak Borhan baik orangnya. Selepas kak Aishah kemas baju-baju, Murni akan kenalkan dengan mereka berdua. Sebelum Murni terlupa, bilik air di luar sana. Di sebelah bilik kita saja” Murni tersenyum. Dia rasa senang berbual dengan teman sebiliknya.
            “Baiklah. Terima kasih, Murni! Selepas kak kemaskan barang-barang, kak akan pergi ke dapur. Murni boleh sambung kerja Murni.”
            “Baiklah.” Kata Murni. Dia segera mengatur langkah meninggalkan Aina. Pintu bilik ditutup.
            Aina segera mengeluarkan baju-bajunya. Dia teringat kata-kata Tengku Fauziah sebelum melangkah masuk ke rumah banglo itu. Tugasnya yang pertama adalah dia harus memastikan Haikal menjamah makanan. Pastikan Haikal makan 3 kali sehari. Maksudnya selama ini, Haikal tu tak makan apa-apa pun. Hish…macam mana dia bertahan. Perut dia tak lapar ke? Dahi Aina berkerut. Tugas ni kacang saja. Rasa-rasanya hari ini juga aku dapat selesaikan. Aina tersenyum sambil tangannya memasukkan baju-bajunya ke dalam almari.
            

No comments:

Post a Comment