Saturday, February 11, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 26

BAB 26

            Aril menghulurkan sehelai tuala pada Aina. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Aina. Nada suaranya seperti dalam kesusahan. Lebih memeranjatkan lagi apabila melihat Aina yang sedang berdiri di tepi jalan dalam keadaan basah kuyup seorang diri. Sepanjang perjalanan, Aina hanya mendiamkan diri.
            ‘Thanks!” Aina mengambil tuala itu. Tudung ditanggalkan. Aina menggelap rambut dan badannya yang basah.
            Aril meletakkan segelas air kosong dan ubat panadol di atas meja kecil. Aril duduk di sebelah Aina. Aril ingin tahu apa yang berlaku tetapi dia tidak berani. Dia sedar pada waktu sekarang, tidak sesuai untuk bertanya apa yang berlaku. Aina akan menceritakan segala-galanya jika dia sudah bersedia. “Makan ubat ni! Tak pasal-pasal pula demam.”
            “Baiklah!” Aina terus mengikuti arahan abangnya.
            “Mandi kemudian tidur. Jika ada apa-apa panggil abang ye, abang tidur di sini malam ini.”
            Aina hanya mengganggukkan kepala.
            Aril bangun.
            ‘Kenapa abang tak tanya apa yang berlaku?” kata Aina secara tiba-tiba sambil memandang ke arah lain.
            Aril tersenyum.
            “Malam ini abang mahu Aina tidur sepuas-puasnya. Kosongkan fikiran. Jangan fikir apa-apa pun. Bila Aina dah bersedia, abang akan menjadi pendengar Aina. Good night.” Aril mengusap rambut Aina beberapa kali. Dia sangat menyayangi adiknya. Dia tak tahu apa yang berlaku sebenarnya tetapi yang pasti ia mengundang kedukaan dalam hidup Aina. Wajah Aina sugul. Matanya pula merah menyala. Pasti akibat menangis.
            “Abang! Boleh tak jangan beritahu mama dan atuk tentang Aina bermalam di penthouse abang? Aina nak minta kebenaran abang untuk tinggal di penthouse abang sementara waktu. Boleh tak?”
            “Boleh.! Aina nak tinggal selama mana pun boleh. Abang tak kisah tetapi tak boleh menetap di sini selama-lamanya. Jika mama tahu, habis bangunan ini dirobohkan.”
            Aina ketawa apabila mendengar kata-kata Aril.
            “Oklah! Dah lewat malam ni, Aina mandi! Kemudian sembahyang dan terus tidur. Abang nak call mama sekejap. Abang nak beritahu yang abang nak beritahu mamaa yang abang akan bermalam di sini. Abang takut mama tunggu abang balik. Your secret, I’ll keep it. Dah, pergi masuk bilik. Buat apa yang abang suruh.” Kata Aril sebelum meninggalkan Aina.
            Aina melepaskan keluhan dengan kuat. Kenapa hati aku berasa sakit? Kenapa? Apabila mengingatkan kembali apa yang berlaku, hati aku sakit. Ada juga perasaan marah apabila nasib aku tidak dibela. Kenapa Haikal buat aku seperti itu? Seolah-olah kewujudan aku tidak diendahkan. Aina mengetap bibir menahan marah. Aina memegang dadanya. Jantungnya berdenyut kencang. Sakit! Kecewa! Marah! Semuanya ada. Adakah benar kata-kata Sofea yang aku dah jatuh cinta pada Haikal. Aina menggelengkan kepalanya beberapa. Mustahil. Tak mungkin. Semua itu tak mungkin terjadi. Aina terus bangun. Lebih baik aku ikut kata-kata abang, malam ini aku tak mahu fikir apa-apa pun. Ya, itulah tindakan yang tepat. Langkah Aina diatur menuju ke bilik tetamu.
                                                *************************

            Awal-awal pagi lagi, Haikal sudah bangun. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Apa yang berlaku masih segar di ingatannya. Dia tidak sanggup bertentangan mata dengan Aina. Melihat Aina menangis, hatinya sakit. Ke mana Aishah pergi? Bahaya Aishah keluar seorang diri pada lewat malam tadi? Di mana Aishah tinggal sekarang ini? Haikal resah. Wajah Haikal berubah apabila mengingatkan kembali lelaki yang bersama Aina pada malam itu. Mereka kelihat mesra.
            “Kenapa mesti aku risau? Dah pasti lelaki itu akan menjemputnya.”  Haikal menghentak tangannya pada pagar besi di balkoni. Nafasnya turun naik. Haikal mengetap bibir. Apa yang berlaku malam itu masih terbayang di fikirannya. Wajah Haikal tiba-tiba berubah. Tetapi naluri aku kuat mengatakan Aishah  tidak mengambil rantai ibu….Haikal menarik nafas. Dia masih mengingati pandangan Aina padanya waktu itu. Tetapi …bukti ada di depan mata. Rantai ibu ada dalam beg tangan Aishah. Tak mungkin rantai itu berjalan sendiri! Ahh….Haikal, kenapa mesti kau memikirkan tentang Aishah? Dia dah berambus dari rumah ini. Lagipun Aishah ada niat tak baik pada keluarga aku. Aku mesti lupakan Aishah….Haikal bertekad.
            “Good morning, sayang!” Sofea terus memeluk Haikal dari belakang. Tubuh Haikal dipeluk erat. Sepanjang malam, dia berasa gembira. Saingannya sudah tiada. Hatinya senang. Senyuman lebar di wajahnya. Semalaman dia memikirkan apa yang perlu dia dan Haikal lakukan pada hari ini. Shopping? Tengok wayang? Dinner di hotel 5 star? Bermacam-macam plan bermain di fikirannya.
            Haikal meleraikan pelukan Sofea. “Apa you buat di sini, Sofea? You tak balik rumah ke?” Haikal melirikkan matanya pada jam dinding di biliknya. Baru pukul 7.00 pagi.
            “Semalam I tidur di sini. You tahu I sayangkan you kan! I tak sampai hati nak tinggalkan you. Setiap saat I rindukan you, you tahukan!” Sofea cuba memeluk Haikal tetapi Haikal sempat mengelak.
            “Sofea, kita sebagai orang islam ada batasannya antara lelaki dan perempuan. Lagipun tak elok you masuk ke dalam bilik I, kita tak ada apa-apa ikatan yang sah.” Haikal bersuara. Kenapa tiba-tiba aku berasa rimas dengan kehadiran Sofea? Haikal sendiri tak faham.
            “Wah, bila pula you dah jadi alim ni, sayang?” Sofea tersengih dengan nada suara mengejek.
            “Selepas you tinggalkan I!” jawab Haikal dengan dingin.
            Wajah Sofea berubah.
            “I nak bersiap untuk pergi pejabat, lebih baik you keluar sekarang.” Haikal menjuih bibir ke arah pintu biliknya.
            Sofea mengetap bibir. Sofea masih tidak bergerak.
            “Please, Sofea!” tegas Haikal.
            Dengan langkah longlai, Sofea berjalan ke arah pintu bilik . Sebaik sahaja keluar, Sofea menutup pintu bilik Haikal dengan kasar.
            Haikal hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Sofea.

                                    **************************************

            Mereka bertiga terkejut dengan kehadiran Tengku Fauziah di ruang makan. Perlahan-lahan mereka bertiga bangun.
            Tiada secalit senyuman di bibir Tengku Fauziah. Wajahnya tepat merenung Sofea. Sakit hatinya melihat kehadiran perempuan itu di rumahnya.
            “Umi, bukan ke Umi akan balik 3 hari lagi?” nada suara Tengku Fazira bergetar. Yang pasti kepulangan ibunya adalah kerana Aishah. Pasti Som telah memberitahu apa yang telah terjadi pada Umi. Tengku Fazira menggengam erat tangannya. Geram.
            “Ini rumah Umi! Tak boleh ke Umi balik?” jawab Tengku Fauziah dengan nada suara kasar
            Tengku Fazira dan Haikal terkejut. Tak pernah Tengku Fauziah bercakap kasar seperti pada mereka. Dah jelas Tengku Fauziah tengah marah sekarang ini.
Tiba-tiba tangan kanannya dihalakan ke arah Sofea. “Siapa benarkan tetamu tak diundang ini masuk ke rumah ini? Siapa yang benarkan?” jerkah Tengku Fauziah secara tiba-tiba.
“Nenek, let’s me explain!” Haikal bersuara.
“Nenek mahu dia keluar dari rumah nenek sekarang. Berambus dari sini.” Jerit Tengku Fauziah.
Sofea terkejut dengan jeritan Tengku Fauziah. Selera makannya hilang. Sofea memegang tangan Haikal yang panas. Sejuk. Badannya menggigil
“Umi! Sofea tetamu Fazira. Umi tak berhak menghalau Sofea.” Giliran Tengku Fazira bersuara. Dia sudah tak tahan dengan sikap ibunya melayan Sofea seperti itu.
“Kalau Faziran boleh halau Aishah, kenapa Umi tak boleh? Ini rumah Umi. Umi berhak halau sesiapa pun. Faham! Sekarang ni Umi tak mahu lihat muka dia lagi. Mulai hari ini, kedatangan dia tidak dialu-alukan di sini. Jika dia berani datang ke sini, Umi tak akan teragak-agak untuk buat laporan polis. Umi akan mendakwa atas tuduhan menceroboh.”
“Sayang!” Sofea merengek manja. Haikal perlu tolong aku. Sofea membuat mimic muka kasihan.
“I’m serius.” Tengku Fauziah bengang. Kau dah ludah cucu aku, sekarang ni kau jilat balik cucu aku. Perempuan tak tahu malu. Selepas apa yang terjadi, kau berani tunjukkan muka kau di depan aku.
“Umi! Apa yang terjadi ada sebabnya! Sofea dah jelaskan segala-galanya pada kami berdua. Kenapa Sofea tinggalkan Haikal pada …..” belum sempat Tengku Fazira menghabiskan kata-katanya. Tengku Fauziah mencelah.
“I don’t want to hear about it.” Tengku Fauziah terus menggeluarkan telefon bimbitnya.
“Sofea, I rasa lebih baik you balik dulu. Nanti I call you back.” Kata Haikal secara tiba-tiba. Haikal tahu nenek serius.
“But….”
“Just go! Don’t make thing worse.” Tegas Haikal. Wajahnya serius.
Sofea mengeluh.Dia mengalah. Sofea melangkah perlahan-lahan meninggalkan mereka berdua. Sofea sedar Tengku Fauziah memerhati setiap gerak-gerinya. Sofea berasa gerun dengan renungan Tengku Fauziah. Rosak plan aku! Cepat betul orang tua ni balik. Sofea mengetap bibir.
“Umi! Apa Umi dah buat ni? Umi dah melukakan hati Sofea.”
“Kenapa Fazira begitu naïf? Fazira dah lupa apa dia dah buat pada keluarga kita, lebih-lebih lagi pada Haikal.”
“Umi, Sofea dah jelaskan segala-galanya pada kami. Dia sakit pada waktu itu, Umi. Dia terpaksa mengambil keputusan meninggalkan Haikal demi kebahagian Haikal. Dia tak mahu Haikal melihat dia menderita semasa dia sakit.” Tengku Fazira bersungguh-sungguh menerangkan apa yang berlaku.
Tengku Fauziah ketawa. Ini rupa-rupanya alasan Sofea pada anak dan cucu aku.
“Jika umi tak percaya, Fazira boleh suruh Sofea tunjukkan rekod perubatannya pada umi.” Kata Tengku Fazira. Dah jelas umi tak percaya.
“Semua itu boleh dibeli, Fazira.” Tengku Fauziah tersenyum sinis.
“Nenek, semua ini adalah benar. Kenapa nenek tak percaya?” Haikal geram melihat reaksi neneknya.
“Kalau kamu berdua nak percaya, ikut suka hati kamulah. Nenek tak percaya.”
“Nenek!” Haikal meninggikan suaranya. Sejak dari dulu lagi, nenek tak suka pada Sofea. Kenapa? Apa masalah nenek dan Sofea sebenarnya?
“Aishah! Umi nak tahu kenapa Fazira halau Aishah tanpa kebenaran umi? Umi dah beritahu kan! Sesiapa pun tak boleh halau Aishah. She’s my guest.” Tegas Tengku Fauziah. Inilah tujuan sebenar dia pulang hari ini.
“Dia dah curi rantai berlian Fazira. Umi masih mahu Fazira simpan dia di dalam rumah ini lagi?” Tengku Fazira mengetap bibir. Apa kena dengan Umi ni? Selepas apa yang terjadi Umi masih berpihak pada Aishah? Kenapa?
“Aishah tak mungkin mencuri. Umi kenal Aishah. Dia tak seperti yang kamu berdua sangkakan.”
“Umi adalah ibu Fazira. Sepatutnya umi berpihak pada Fazira bukannya orang luar seperti Aishah. Umi tahu kan rantai berlian yang Fazira beli di Paris adalah rantai kesayangan Fazira.”
“Rantai berlian yang berharga RM500 ribu tu ke?” Tengku Fauziah menggelengkan kepala. Tengku Fauziah ketawa secara tiba-tiba. Tak mungkin. Bagi Aina, rantai berlian berharga RM500 ribu  tiada apa-apa makna padanya jika hanya dibandingkan dengan rantia berlian milik ibu Aina, Sharifah Mawar. Harganya berjuta-juta.
Tengku Fazira dan Haikal saling berpandangan antara satu sama lain. Hairan.
Tengku Fazira mengetap bibir. “Jika ikutkan hati nak saja Fazira bawa Aishah ke balai polis. Biar dia meringkuk dalam penjara. Biar padan muka.”
“Fazira, are you crazy? Kamu nak bawa masalah besar dalam keluarga kita? Kamu mahu Ma…..” Tengku Fauziah tiba-tiba berhenti bercakap. Dia sedar dia hampir sahaja menyebut nama Mawar. Jika Mawar dapat tahu, Fazira telah menyebabkan Aina masuk ke dalam penjara, entah apa akan terjadi pada Fazira. Semua orang kenal dengan sikap Sharifah Mawar. Tengku Fauziah memejamkan matanya.
Dahi Haikal berkerut. “Nenek, cuba nenek beritahu kami apa sebenarnya hubungan nenek dan Aishah? Kenapa nenek beriya-iya membela Aishah sedangkan rantai berlian milik ibu ada di dalam beg tangan Aishah? Sofea yang jumpa. Kami semua saksinya termasuklah Mak Som dan Murni.”
“Jadi Sofea yang jumpa rantai tu dalam beg tangan Aishah!” Tengku Fauziah membuka matanya. Renungannya tajam ke arah Haikal. Wajahnya serius. Jadi memang benarlah Sofea yang aniaya Aina. Tetapi kenapa? “Jadi Sofea yang aniaya Aishah!”
“Nenek! Kenapa nenek tuduh Sofea pula?  Sofea tiada kaitan dalam hal ini. Sofea hanya nak menolong. Kenapa nenek begitu prejudis terhadap Sofea?”
“Sebab nenek tahu apa sebenarnya yang berlaku.” Tegas Tengku Fauziah.
“Nenek! Haikal sangat sayangkan Sofea. Haikal tak biarkan nenek memburukkan Sofea.” Haikal meninggikan suaranya. Dia sudah tidak tahan dengan sikap neneknya yang semakin hari semakin membenci Sofea. “Untuk pengetahuan nenek, Aishah kesayangan nenek tu dah curi duit nenek sebanyak RM50 ribu. Nenek tahu tak?” beritahu Haikal. Pada mulanya dia ingin mendiamkan diri mengenai hal ini tetapi lebih baik nenek tahu apa yang Aishah dah buat.
“RM50 ribu!” Tengku Fazira terkejut. Dia tak tahu pun mengenai hal ini.
“Ya. Haikal dan Sofea nampak segala-galanya. Haikal nampak duit itu dalam almari milik Aishah. Semuanya dah jelas.”
“Kenapa Haikal tak tanya nenek? Kenapa Haikal mesti buat andaian sendiri?”
Haikal tercengang dengan reaksi nenek. Nenek tak terkejut.
“Nenek yang beri duit RM50 ribu pada Aina sebagai upah  kerana menjaga Haikal selama ini  Haikal nak tahu tak ke mana duit itu digunakan? Nak tahu tak?” Tengku Fauziah merenung Haikal. “Setiap duit yang nenek beri pada Aishah, Aishah akan derma pada Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Itulah perjanjian nenek dan Aishah. Jika Aishah berjaya menyembuhkan Haikal, nenek akan menunaikan janji nenek. Aishah seorang yang baik. Dia takkan mencuri. Nenek tak tahu bagaimana nak berdepan dengan Aishah selepas ini. Nenek malu. Malu. Malu dengan sikap kamu berdua. Jika tak kerana Aishah, pasti Haikal dah berada di wad orang gila sekarang ni. Kamu berdua tak tahu menghargai budi baik orang lain. Ahhh……Satu hari nanti, kamu berdua akan menyesal. Menyesal.”  Tegas Tengku Fauziah terus berlalu meninggalkan Tengku Fazira dan Haikal.
Haikal tercengang. Haikal memandang Tengku Fazira yang masih mendiamkan diri.

*********************************************************

“Jemputlah duduk, auntie! Dah lama kita berjumpa kan?” Datin Sharifah Mawar menjemput Tengku Fauziah duduk. Dia terkejut dengan kunjungan  Tengku Fauziah pada pagi ini.
“Ya.” Jawab Tengku Fauziah.
“Auntie nak jumpa abah ke?”
“Tak. Auntie saja datang. Masa auntie melawat kawan auntie di luar negara, auntie ternampak pasu antic ni. Tiba-tiba auntie teringatkan Mawar, auntie tahu Mawar suka mengumpul pasu antic kan!” Tengku Fauziah meletakkan beg kertas di atas meja. “Tengoklah.”
Datin Sharifah Mawar segera membawa keluar pasu antic yang berada di dalam beg kertas itu. Wajahnya bercahaya apabila melihat pasu. “Ini pasu dari zaman destinasi Ming. Mahal ini, auntie. Berapa? Mawar beli dari auntie ye.”
“Tak payah. Ni ada juga untuk abah mawar, Aril dan Aina.”
Datin Sharifah Mawar mengambil tiga beg kertas yang diberi oleh Tengku Fauziah. “Terima kasih, auntie. Aaa….abah ada beritahu yang syarikat nenek akan berkerjasama dengan abah dalam projek Lembah Impian di Putrajaya.”
“Ya. Boleh la kita berjumpa selalu.Aaa…Aril dan Aina mana? Dah lama auntie tak jumpa mereka berdua.” Kata Tengku Fauziah secara tiba-tiba. Sudah beberapa kali dia menelefon Aina tetapi tidak dijawab. Sebenarnya tujuan dia datang ke sini adalah untuk berjumpa dengan Aina. Dia ingin meminta maaf dengan apa yang berlaku.
“Aril ada di atas. Aina? Hmm….budak itu entah ke mana dia pergi. Asyik suka berahsia saja. Auntie duduk sekejap. Mawar nak pergi buat air.” Datin Sharifah Mawar bangun dan berjalan menuju ke dapur. Itulah perbezaan antara Fazira dan Mawar. Bila tetamu datang, Mawar sendiri yang akan membuat air sendiri  bukan seperti Fazira, air kosong pun suruh Mak Som bawakan. Apa nak jadi dengan Fazira? Tengku Fauziah mengeluh apabila memikirkan sikap anaknya.
“Assalammualaikum, nenek!” tegur Aril sambil tersenyum lebar. Aril menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Fauziah. Tangan Tengku Fauziah dicium lembut oleh Aril.
‘Waalaikumussalam. Aril kan! Dah besar cucu nenek ni.” Tengku Fauziah tersenyum. Dia telah anggap Aril dan Aina seperti cucunya sendiri sejak mereka kecil lagi.
‘Nenek pun masih cantik seperti dulu. Berseri-seri.” Aril duduk melabuhkan punggungnya di sofa merah.”Jangan nak puji lebih-lebih, Aril. Nanti bertambah pula kedutan di muka nenek ni.”
Aril dan Tengku Fauziah ketawa.
“Nenek nak jumpa Aina kan?”
Wajah Tengku Fauziah berubah.
“Aril tahu segala-galanya nenek. Aril tahu nenek nak jumpa Aina kan. Aril akan bawa nenek jumpa Aina.” Kata Aril. Aina telah menceritakan segala-galanya.

*********************************************************

Haikal berjalan menyusuri koridor di Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk datang ke sini. Haikal tersenyum melihat gelagat beberapa budak lelaki yang sedang bermain bola sepak. Riuh-rendah suasana di Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan dengan suara mereka yang memberi sorakan. Langkah Haikal terhenti. Dia melihat mereka bermain. Kasihan! Dalam usia yang kecil mereka telah menjadi anak yatim piatu. Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Keseorangan. Haikal melepaskan keluhan dengan kuat. Tujuan dia datang ke sini untuk memastikan apa yang dikatakan oleh nenek adalah benar.
“Assalammualaikum.” Tiba-tiba ada orang memberi salam.
Haikal berpaling. “Waalaikumussalam.” Ada seorang wanita berdiri di sebelahnya sambil tersenyum.
Ada yang saya boleh bantu? Encik nak jumpa siapa?” soal Cikgu Ratna.
“Aaaa….Sebenarnya saya nak cari seseorang. Mungkin dia pekerja di sini. Aaa…Namanya Aishah.”
“Aishah!” Dahi Cikgu Ratna sedikit berkerut. Tak pernah pun dia dengar nama tu sebelum ini.
“Ya. Hmmm…Nama penuh dia ialah Aina Aishah.”
“Ooo…Maksud encik, Dr Aina Aishah ke?” kata Cikgu Ratna secara tiba-tiba.
“Dr. Aina Aishah!” Haikal terkejut.
“Ya. Dr. Aina Aishah bukan pekerja di sini. Dia sukareleawan. Setiap hujung bulan, Dr Aina akan mengadakan sesi kaunseling dengan anak-anak yatim di sini secara percuma. Dr. Aina sangat rapat dengan anak-anak yatim di sini.Dulu setiap hari Dr. Aina akan datang ke sini untuk bermain dengan anak-anak yatim di sini tetapi sejak kebelakangan Dr. Aina jarang datang ke sini. Mungkin Dr. Aina sibuk kot. Oh ya, terlupa pula saya nak bertanya! Kenapa encik nak berjumpa dengan Dr. Aina?” Cikgu Ratna melihat lelaki itu yang masih mendiamkan diri.
Badan Haikal masih lagi kaku. Dr. Aina Aishah! Siapa Aishah yang sebenarnya? Fikiran Haikal bercelaru. 

19 comments:

aqilah said...

hahaa...............
terus keras Haikal........
baru dgr nama penuh tu!!!!
apapun, mmg best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MuSaFiR said...

thumbs up!!!
myesal haikal....
p/s: lmbtnyer update, pnat tggu

zequest said...

hohohohohhooo, x sabar nk tunggu rahsia tbongkar smua... nk tgok tg Fazira tu melutut dkat aina.. muahahahaha, n mntak2 laa haikal tu cpt sedar yg sofea tu mnipu jek~~

RabaahJunaidi said...

baru intro... hahahaha...
tak sabar nya... nak tengok Fazira terkejut kingkong terbongkang...terlopong...
hah!!! Haikal... itu baru sikit... tunggulah sekejap lagi... terus kejung seluruh badan..
sofea... eeee.. nak jgk tengok cammana dia nak menjawab.....

RabaahJunaidi said...

oh... terlupa nak cakap...
terimakasih cik penulis.... sebab update n3... :)
terlampau seronok sngt...

Hasmunirah said...

Haikal dah tau..
tgu gilirah Fazira lak..
Cepat2 sambg yer...

Unknown said...

seronoknya.... baru haikal tau ya siapa aina.. hehehehe...

Hatika said...

Huhu. Bestnyer.. Pdn muka haikal, hehehe. Nanti cpt sambung yer. Tak sabar tunggu the next chapter..

epy elina said...

trbaik.....
pdn muka haikal....

Makanan Kesihatan said...

baru puas hati baca...akhirnya haikal tau yg aina tu bukan budak kmpung..

beryls gurlz said...

hahaha...padan muka haikal...terkaku kat situ.. ishhh,,geram dgn sofea nie.. kalau sofea sakit hati aina...habis la sofea kena dgn mama aina..hahaha baru padan muka dia...puas hati...thumb up! 4 writer.. tq 4 post new n3!! like it!!!

NieSaa AtieSya said...

Best...best... bila lah tembelang sofea nak pecah...

dyaNZa said...

best2... hehehehe... Tengku Fauziah dah balik... padam muka kt haikal tue... terus kaku badan haikal tue ble tau spe aina... tue blum tau name penuh aina n anak spe kot2... terus pengsan... hehehehe... next n3... hik..hik..hik..

m said...

hahahahahaha padan muka haikal! jgn bagi haikal jumpa aina. biar haikal tercari2. kes sofea ni bila nak terbongkar?

mizz acu said...

haaaa..pdn muka hang haikal! kihkihkih..pasni tau plak aina tu kwn dia dulu..adik aril mesti pitam! hahahahha...

Ayu dzulkarnain said...

yesss!!! puas hati ai..padan muka Haikal.
Dr. dowh!!

zetty said...

Akhirnya terjawab sudah, haikal dah tahu. Mamanya belum, mesti terkejut niiiiiiii. Baru dengar nama Dr aina Aishah tu blm tahu adik sape...thanks writer good job keep it up.

ina-fahmi said...

best best..nak lagi..hihi

hudamohamed said...

besttt.. hamek ko Haikal. sekali Dr. aina aishah.. baru ko tau tinggi langit..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...