Saturday, February 18, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 27

Bab 27

            Aina meletakkan cawan berisi air kopi di hadapan Tengku Fauziah. Kedatangan Tengku Fauziah bersama Aril mengejutkan Aina. “Jemput minum nenek!” Aina tersenyum.
            Tengku Fauziah hanya menganggukkan kepala. Tiada secalit senyuman dibibirnya. Kelat!
            “Nenek, Aina tahu kenapa nenek datang berjumpa Aina! I’m fine. Apa yang terjadi ada sebabnya mungkin sudah tiba masanya Aina keluar.”
            “Tetapi bukan dengan cara seperti ini. Nenek kesal dengan sikap Fazira dan Haikal. Mereka lebih percayakan perempuan tu dari Aina.” Tengku Fauziah mengetap bibir. Sakit hati bila mengenangkan sikap mereka berdua.
            “Nenek kena ingat satu perkara! Aina orang luar dan status Aina adalah orang gaji. Lagipun auntie Fazira dan Haikal lebih mengenali Sofea dari Aina.”
            “Sofea tu ular.” Suara Tengku Fauziah meninggi.
            “Nenek! Jangan ikutkan perasaan. Nenek ada penyakit jantung.” Pantas Aina memegang tangan Tengku Fauziah.
            Tengku Fauziah turut sama menggengam tangan Aina. Perasaan bersalah masih terpahat di hatinya.
            “Dah cukup jika nenek mempercayai Aina.”
            “Aina tak bersalah. Semua ini angkara Sofea. Nenek tahu. Nenek mahu Aina ikut nenek balik dan jelaskan segala-galanya pada Fazira dan Haikal.” Kata Tengku Fauziah secara tiba-tiba. Mereka perlu tahu siapa Aina yang sebenarnya.
            Aina tergamam dengan cadangan Tengku Fauziah. Tidak pernah terdetik di hati yang dia akan kembali ke rumah itu. Hatinya sudah tawar. Dia tak mahu bersemuka dengan Haikal lagi. Hatinya telah terluka. “Nenek, Aina rasa lebih baik hal ini berakhir seperti ini.”
            “Tetapi….” Tengku Fauziah kurang senang dengan jawapan Aina.
            “Aina tak mahu mengeruhkan keadaan, nenek! Aina tak mahu hubungan nenek, auntie Fazira dan Haikal renggang kerana Aian. Aina tak mahu semua itu berlaku. Dalam hal ini Aina juga bersalah kerana menipu siapa diri Aina yang sebenarnya. Aina harap nenek faham. Selepas ini Aina akan pulang ke rumah, kembali ke dunia Aina yang sebenar. Tugas Aina dah selesai. Haikal dah kembali kepada keadaan biasa. Sekarang Aina perlu menjadi siapa diri Aina yang sebenar. Aina perlu kembali ke sisi mama dan atuk.” Aina tersenyum. Giliran Aina menggengam erat tangan Tengku Fauziah.
            “Nenek faham.”  Walaupun Tengku Fauziah tidak setuju dengan keputusan Aina tetapi dia perlu menghormati keputusan Aina.
            “Tetapi Aina harap hubungan kita takkan berakhir di sini, Aina akan melawat nenek selalu tetapi bukan di rumah atau di hotel.” Aina tersengih.
            “Baiklah.” Tengku Fauziah turut sama tersenyum.

                                    *************************************

            “Nenek!” tegur Haikal apabila Tengku Fauziah melangkah masuk.
            Teguran Haikal dibalas dengan jelingan tajam dari Tengku Fauziah. Perasaan marahnya masih belum reda. Langkahnya diatur. Kehadiran Haikal tidak diendahkan.
            Apabila sedar kehadirannya tidak dipedulikan, Haikal berlari melintas perjalanan Tengku Fauziah. Langkah Tengku Fauziah terhenti. “Nenek, siapa Aishah yang sebenarnya? Siapa Dr. Aina Aishah?”
            Wajah Tengku Fauziah berubah.
            “Siapa Aishah sebenarnya? Dr. Aina Aishah. Haikal baru balik dari Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Hanya ada seorang saja yang bernama Aishah iaitu Dr. Aina Aishah. Sejak dari dulu lagi, Haikal dah agak ada sesuatu yang tak kena dengan Aishah. Apa sebenarnya hubungan Aishah dan nenek?”
            “Sekarang Aishah sudah tiada, kenapa Haikal perlu ambil tahu tentang Aishah? Haikal kan dah halau Aishah keluar dari rumah ini.” Kata Tengku Fauziah dengan nada sinis.
            “Nenek kan tahu Haikal paling benci dengan orang yang suka menipu!”
            “Haikal kan tahu nenek paling benci dengan orang menuduh orang tanpa usul periksa.”
            Haikal tercengang.
            “Jika Haikal nak tahu siapa Aishah, Haikal carilah sendiri. Itupun kalau Haikal boleh jumpa kerana Aishah akan kembali ke dunianya. Kembali kepada siapa dirinya yang sebenar.”  Tengku Fauziah berlalu meninggalkan Haikal. Dia masih belum memaafkan Tengku Fazira dan Haikal di atas apa yang berlaku.
            Haikal mendengus. Walau apa yang terjadi aku mesti tahu siapa Dr. Aina Aishah! Haikal tekad.

                        ********************************************


            Rina meletakkan beg bajunya sebaik sahaja tiba di ruang tamu. Letih.Rina menyandarkan diri di sofa.Hampir seminggu dia mengikuti program Bina semangat bersama pelajar-pelajarnya di Kuantan, Pahang. Maklumlah sekarang ini cuti sekolah. Pihak sekolah menganjurkan beberapa aktiviti sekolah khususnya kepada pelajar Tingkatan 2 yang akan menghadapi PMR pada tahun hadapan. Sebagai guru, dia harus turut sama menyertai program tersebut. Rina memicit tengkuknya beberapa kali.
            “Baru balik!” tegur Laila sambil tersenyum.
            “Ya.” Rina membetulkan kedudukannya. Matanya dipejam. Badannya masih berasa penat. Lega bila dah balik ke rumah.
            “Kenapa Luna tak jawab call Kak Long? Banyak kali Kak Long call.” Laila duduk di sofa yang terletak berhadapan dengan Rina.
            Rina membuka mata. Pandangan diarahkan tepat pada Laila. “Dah nama kem bina semangat mesti di hutan kan! Di situ mana ada signal. Kenapa?”
            “Hari tu Luna beritahu Kak Long yang Luna tak ada apa-apa hubungan dengan Syed Aril  Sampai hati Luna bohong pada Kak Long.” Nada suara Laila sedih. Tak sangka adik bongsunya itu sanggup membohongi dirinya. Selama ini tiada rahsia antara mereka.
            “Apa maksud Kak Long?”
            “Hari ahad lepas, keluarga Syed Aril datang ke rumah untuk merisik Luna. Kata auntie Mawar, Luna tahu tentang kedatangan mereka. Kenapa Luna tak beritahu kami semua? Terkejut kami apabila rombongan merisik datang ke rumah. Kelam kabut.”
            “What!” Bibir Rina bergetar. Dia tak percaya dengan apa yang didengarnya. Bukankah semuanya telah selesai?
            Laila terkejut dengan reaksi adiknya. “Luna tak tahu tentang hal ini ke?” soal Laila. Reaksi Rina di luar jangkaannya. Seperti Rina tak tahu apa-apa.
            Air muka Rina berubah merah menahan geram. Pertanyaan Laila tidak diendahkan. Apa yang sebenarnya berlaku? Bukankah perkara ini sepatutnya selesai . Adakah Syed Aril telah mempermainkan aku? Berani dia heret keluarga aku dalam hal ini. Kini keluarga aku turut sama terlibat.Memang dia nak kena ni. Rina mendengus kuat.

                        ****************************************
            Rina masuk ke dalam perut kereta Myvi miliknya. Pintu ditutup dengan kasar. Tujuan dia datang ke rumah nenek kerana ingin mengajak Aina menemaninya berjumpa dengan Syed Aril. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.. Cerita dari Mak Som dan Murni. No telefon Aina didail lagi namun panggilannya masuk ke peti suara. Ke mana Kak Aina pergi? Rina bimbang. Dia takut jika ada sesuatu terjadi pada Aina. Jika sesuatu terjadi pada Aina, dia takkan maafkan Abang Haikal.
Rina mengeluh. Aku baru saja tiada seminggu lebih, dah macam-macam terjadi .Berasap telinganya apabila dapat tahu yang Abang Haikal dan Sofea telah berbaik semula. Entah apa Sofea tu beritahu Abang Haikal sehingga Abang Haikal menerima Sofea semula. Tiba-tiba Rina teringatkan Cikgu Zulaikha.
Rina meletakkan beberapa buku latihan pelajarnya yang masih belum ditanda. Dia baru saja selesai mengajar di Tingkatan 2 Berlian. “Zu, kau tak pergi kelas lagi ke? Loceng dah pun berbunyi. Kalau cikgu Murad nampak kau masih di sini, mesti dia akan berleter kat kau lagi.” Rina mengingatkan Zulaikha yang begitu asyik menatap skrin computer riba  Dell. Entah apa yang menarik!
“Aku tahu. Sekejap! Bagi aku masa 2 minit. Kelas aku dekat saja. Aku nak tengok isteri muda Pak Su aku.”
Rina mendekati Zulaikha. Tiba-tiba dia ingin tahu. “Maksud kau, pak su kau yang playboy tu ke?” Zulaikha pernah juga bercerita tentang pak ciknya itu.
“Ya. Kali ini dia kahwin dengan model pula. Kasihan Mak Su aku. Kenapa Pak Su aku melayan Mak Su aku seperti itu? Aaaa…dah dapat.”  Zulaikah telah menjumpai akaun facebook milik pak ciknya. Rupa-rupanya Pak Su buka akaun baru. Zulaikha mengetap bibir.
Rina menundukkan kepalanya. Cermin matanya dibetulkan. Bulat anak mata Rina merenung wanita yang sedang berpelukan dengan lelaki yang berusia 50an itu. Sofea!
“Perempuan ni bekas model. Mak Ngah aku cerita, dia dah bertunang. Mereka bercinta dah 7 tahun. Dia sanggup tinggalkan tunang dia disebabkan oleh Pak Su aku.
Meman dasar perempuan mata duitan. Mungkin dia ingat selepas berkahwin dengan Pak Su aku, hidup dia akan bahagia. Jangan haraplah. Pak Su aku tu kaki perempuan. Tak pernah puas.”
            Rina menggengam erat tanganya. Inilah sebab kenapa Sofea tidak hadir di hari pernikahan Abang Haikal. Hatinya telah berubah. Cinta dan kasih sayang Abang Haikal kepadanya selama 7 tahun tiada makna untuk dirinya sehingga dia sanggup mengkhanati cinta Abang Haikal. Kau memang tak layak untuk Abang Haikal.

                                               
                                    *********************************

Langkah Rina diatur melintasi lobby hotel. Rina tersenyum setiap kali pekerja hotel menegur dirinya. Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, dia juga sering datang ke Hotel Raya . Langkah Rina terhenti apabila melihat wanita yang keluar dari lif.
Sofea terkejut apabila melihat Rina berdiri tidak jauh darinya. Wajah Rina serius. Nasib aku tak baik! Aku nak jumpa Haikal. Bukannya Rina . Ke mana Haikal pergi? Kata Umirah, Haikal tidak masuk pejabat sejaka dari pagi tadi. Sofea sedar akan perubahan sikap Haikal selepas ketiadaan Aishah. Dirinya tidak dipedulikan.
Sekarang aku perlu berhadapan dengan Rina pula. Sofea tersenyum. Tak ikhlas. Sofea berjalan mendekati Rina. “Apa khabar? Dah lama kita tak jumpa kan!” Sofea berpura-pura ramah.
“Kau tak payah nak berbuat baik dengan aku, Sofea. Lebih baik kau jadi diri kau yang sebenar. Jangan hipokrit.”
Senyuman Sofea mati. Aku nak berbuat baik, dia tak mahu pula. Macam mana dia boleh jadi cikgu? Tiada cirri-ciri langsung.
“Kenapa kau aniaya Kak Aishah?”
Wajah Sofea berubah. Cepat betul berita tersebar. “Kenapa pula I nak aniaya Aishah pula? Bukti dan saksi ada. I tak aniaya Aishah.”
“Don’t lie to me. Kau boleh perbodohkan Mak Long aku dan Abang Haikal tetapi bukan aku.”
“Ikut suka you nak percaya cakap I atau tidak. I tak rugi apa-apa. Kenapa semua orang suka pada Aishah? Hey, dia tu orang gaji. Don’t forget about her status. Memang sah, Si Aishah dah bomohkan you semua.”
Rina ketawa secara tiba-tiba. Eeeii….geramnya aku. Suka sangat pandang rendah pada orang. Lepas tu tuduh Kak Aina guna bomoh pula. Dia ingat aku ni cepat terpengaruh ke?“Bomoh! Kau ingat semua orang macam kau ke?” jerkah Rina. Semua orang yang berada di situ terkejut dengan suara Rina.
Sofea tergamam. Semua orang memandang ke arah mereka sekarang ini
“Sejak dari dulu lagi you memang tak suka I berkawan dengan sepupu you kan. Apa masalah you sebenarnya, Rina?” Sofea cuba mengawal nada suaranya. Banyak mata-mata masih memerhati mereka. Sofea mula berasa tak selesa.
“sebab aku tahu satu hari nanti kau pasti akan kecewakan Abang Haikal”
“I akui apa yang berlaku dulu adalah salah I. Sekarang ini Haikal dah terima I kembali, I janji akan bahagiakan Haikal. Kami dah berbincang. Kami akan berkahwin tak lama lagi.”
Rina ketawa sekali lagi. Kelakar mendengar kata-kata Sofea.Dah gila ke?
Sofea hairan. Lucu ke? Aku salah cakap ke?
“Masa sekolah dulu, kau tak belajar agama ke?” soal Rina secara tiba-tiba.
Dahi Sofea berkerut.
“Kau tu masih isteri orang. Kau dah lupa ke?” nada suara Rina
Wajah Sofea pucat lesi. Badannya tiba-tiba menjadi kaku. Matanya tepat merenung wanita bertudung litup berwarna kuning air.
“Aku tahu kenapa kau tinggalkan Abang Haikal? Sebab kau nak kahwin dengan Tan Sri Yahya kan! Kau pilih Tan Sri Yahya dari Abang Haikal.”
Tangan Sofea menggeletar. Macam mana Rina boleh tahu nama Tan Sri  Yahya? Siapa yang beritahu Rina? “Kami akan bercerai tak lama lagi.”
“Kahwin! Cerai! Kau ingat semua itu perkara mudah ke? Lafaz cerai terletak di tangan suami bukannya isteri. Kenapa kau tak bahagia ke? Ooo…Aku terlupa. Suami kau playboy kan. Pasti sekarang ini dia dah kahwin satu lagi kan. Agaknya isteri ketiga atau keempat.” Rina sengaja menyakitkan hati Sofea.
“Kau!” Jari telunjuk Sofea dihalakan tepat ke muka Rina.
Rina menepis. “Aku beri amaran pada kau. Lebih baik kau jauhkan diri dari Abang Haikal jika tak, aku akan ceritakan segala-galanya pada Abang Haikal. Apa reaksi Abang Haikal apabila dia tahu yang kau tinggalkan dia kerana Tan Sri Yahya.?”
Sofea terdiam. Matanya melirik ke kiri dan kanan. Sofea resah.
“Take my advice. Just go away from him.”  Nada suara Rina tegas. Orang ramai yang berada di situ tidak dipedulikan.. Rina berjalan meninggalkan Sofea yang masih kaku berdiri di situ. Niatnya untuk berjumpa Abang Haikal telah terbantut. Moodnya hilang selepas berjumpa Sofea. Tahap kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. “Kahwin! Nak sangat kahwin! Kahwin la. Selepas ini aku sudah tak mahu peduli tentang Abang Haikal, nak jadi apa pun jadilah.” Bebel Rina seorang diri. Pintu lobby hotel ditolak dengan kasar.

            ****************************************************

“Auntie, betul ke? Betul ke abang Aril akan bertunang bulan depan dengan Luna?” Itulah soalan pertama yang keluar dari bibir Mimi sebaik saja melangkah masuk di ruang makan. Mimi tidak mengendahkan Tan Sri Syed Abu Bakar dan Datin Sharifah Mawar yang sedang menikmati makan tengahhari.
Tan Sri Syed Abu Bakar menoleh. Renungannya tepat pada wanita berambut perang itu. Bagi salam pun tidak? Ini main terjah saja. Dia ingat ini rumah dia ke? Budak ni tak ada adab langsung. Tak nampak kami tengah makan ke?
“Auntie dengar tak? “ Mimi meninggikan suara apabila pertanyaannya tidak diendahkan. Dia menghentak kaki beberapa kali.
Tan Sri Syed Abu Bakar tercengang. Dah melampau ni! Tan Sri Syed Abu Bakar ingin bersuara tetapi Datin Sharifah Mawar bangun secara tiba-tiba.
“Kami sedang lunch sekarang ini. Can you see it right now?” Kini giliran Datin Sharifah Mawar meninggikan suara. Pandangan tepat pada Mimi. Wajahnya serius. Berani dia tinggikan suara pada aku? Dia ingat dia siapa? Tak reti hormat orang tua langsung. Nasib baik tak jadi menantu aku!
Mimi terkejut. Dia terdiam beberapa saat. “Tetapi…tetapi perkara ini penting. Ia berkaitan dengan masa depan Mimi. Mimi inginkan penjelasan.” Mimi bersuara kembali.
“Ooo….Penting! Sehingga tak boleh tunggu kami habis makan dulu. Kau hanya fikir tentang diri kau saja kan.” Tan Sri Syed Abu Bakar bersuara.
“Atuk”
“Aku bukan datuk kau. So don’t call me, atuk!” Tan Sri Syed Abu Bakar menoleh ke arah lain. Ada hati panggil aku atuk? Tan Sri Syed Abu Bakar mencebik bibir.
Mimi mengetap bibir. Semakin hari semakin melampau perangai orang tua ni!
“Ya. Memang Aril akan bertunang dengan Luna bulan depan.” Kata Datin Sharifah Mawar.
“Apa! Habis tu, bagaimana dengan Mimi? Bukan ke auntie dah berjanji? Auntie berjanji nak kahwinkan Mimi dan Abang Aril. Auntie dah lupa ke? Mimi tak peduli. Auntie mesti halang pertunangan ini. Abang Aril mesti berkahwin dengan Mimi.” Tegas Mimi. Dia tak sangka Datin Sharifah Mawar mengetepikan dirinya. Apa yang telah dijanji mesti dikotakan! Abang Aril mesti menjadi milik aku. Tiada siapa layak mendampingi Abang Aril selain aku.
Tan Sri Syed Abu Bakar mengetap bibir. Budak ni nak kena ni? Dia dah lupa siapa di hadapannya sekarang ni! Sharifah Mawar! Memang nak cari nahas.
Datin Sharifah Mawar tiba-tiba ketawa. “Sekarang ini Mimi nak ajar auntie pula ke? Mimi dah lupa sesuatu ke? Ya, memang auntie berjanji akan mengahwinkan Mimi dan Aril jika Mimi berjaya membuat Aril jatuh cinta pada Mimi. But now, siapa yang berjaya mencuri hati Aril? Cuba beritahu auntie!”
Mimi terdiam. Memang betul tetapi aku peduli apa! Janji tetap janji. “Mimi tak peduli. Auntie dah janji jadi auntie kena tepati juga. Jika auntie tak tunaikan janji, Mimi akan beritahu semua orang yang Datin Sharifah Mawar adalah seorang yang tidak menepati janji.” Ugut Mimi. Dia tidak akan membiarkan dirinya diperbodohkan.
Giliran Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa. Lucu apabila mendengar ugutan Mimi. Budak setahun jagung ni memang dah nak kena. Air muka Datin Sharifah Mawar sudah berubah.
“Ibu Mimi tak beritahu ke? Siapa auntie sebenarnya terutamanya perangai auntie yang sebenarnya?” nada suara Datin Sharifah Mawar berubah kasar. Dia sudah tidak dapat menahan lagi. Budak ni memang kurang ajar. Tak faham apa yang aku cakap selepas itu berani nak ugut aku pula. Datin Sharifah Mawar meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang. “Auntie paling benci dengan orang yang suka mengugut auntie. Tak tahu hormat orang tua langsung. Mimi berani ugut auntie ye. Fine! Mimi boleh beritahu semua orang.  Auntie tak kisah tetapi auntie juga boleh beritahu semua orang tentang perangai Mimi yang sebenarnya. Adil kan! Apa yang Mimi buat selama ini? Semua auntie tahu. Baru-baru ni Mimi pergi ke Cape Town kan! Seronok tak? Hmm…siapa lelaki yang menemani Mimi di sana? Hmm…..James! Oppss…Auntie tersilap pula. Itu lelaki yang menemani Mimi semasa di Tokyo kan. Hmm….Alex kan! Ya. Ya! Nama lelaki itu ialah Alex. Betul tak?”
Wajah Mimi berubah. Macam mana auntie tahu? Patutlah mama pernah beritahu jangan cari pasal dengan Datin Sharifah Mawar. Kita bukan siangannya. Mimi mengetap bibir. Jika mama dan papa tahu apa yang aku buat selama ini, mesti elaun perbelanjaan aku disekat.
“Auntie rasa lebih baik Mimi balik sekarang. Beritahu semua orang tentang auntie. Auntie tak kisah. So, you can leave right now.” Datin Sharifah Mawar membuat mimic muka. Dia kembali duduk. “Lauk dah nak sejuk ni. Abah, makan cepat. Nanti complain lauk tak sedap pula.”
Tan Sri Syed Abu Bakar mengambil ikan temenung bakar. Ikan itu diletakkan di atas pinggannya.
Mimi menggengam erat tangannya. Sakit hati apabila dirinya tidak dipedulikan.Apa yang aku nak lain pula jadinya? Tak guna. Jika aku menentang Auntie Mawar, aku yang akan teruk kena tempiasnya.Mimi menghentak kakinya beberapa sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

10 comments:

kIsAh kAsIh HaTiKu said...

wahhh...best nyer akak asal pndek sgat xpuas bce...huhuhu...

beryls gurlz said...

writer,,,can you post new n3??please :) hehehe x puas baca la...keep it up

k.mimi said...

gitulah perasaan seorang ibu nampak brutal tapi dia nak yg terbaik untuk anaknye....cite makin best ...good writer. cepat2 n3 baru ye...

zequest said...

hahahaha, comey biler mimi kna ngn auntie mawar~~
pdn mke.. haha
rse2 habis laa aril kna marah ngn rina tu nnti.. hahahahah, ksian giler

x sbar nk bace time haikal tahu rhsia sofea.. heheh, n also time sume org yg pndg rndah kt aina thu sape aina yg sbnarny~..

looking forward to it cik writer~~

rhuzzanna@gmail.com said...

Nice story writer.keep it up cant wait for the following chapter and further check on your grammer.

Hasil nukisan yg sangat bagus teruskan bkarya yaa tak sabar ingin memiliki karya ini kalau ada dalam versi cetak.

arai said...

best ...best.....
tapi pendek sgt..............

dyaNZa said...

hahahahaha... best2.. tp x puas lg la.. pendek... next n3 erk...

Ayu dzulkarnain said...

Harap2 luna n aril selamat bertunang.. Comey je.
Cepat2 haikal tau rahsia sofea.. *tak sabar*

0nion_ring said...

best...nk luna n aril jdi..
biarlah diaorg bercinta..msti sweetkn..
cian aina..
akak.. pnjang skit...hehe

mizz acu said...

padan muka! pttnye rina g je ckp terus kat haikal tu..nak gempak sket ckp je kat tg.fazira teruss.. haa..baru ler ada akaiii!!

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...