Sunday, February 26, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 28

BAB 28


            Sejak dari tadi Datin Sharifah Mawar memerhati wanita berselendang biru laut itu. Kelihatan Rina cuba untuk berkata sesuatu tetapi ada sesuatu menghalang untuk meluahkannya. “Bila Luna balik dari Pahang?”
            “Pagi tadi, auntie.”
            “Kenapa masih panggil auntie lagi? Tak lama lagi kita akan menjadi satu keluarga. Panggil saja mama.”
            Bulat mata Rina mendengar kata-kata Datin Sharifah Mawar sebentar tadi. Mama! Aduh, macam mana ni! Keadaan dah kritikal. Tujuan aku datang ke sini untuk menjelaskan segala-galanya. Nak harapkan Aril, tak payah! Disebabkan dia semua ini terjadi. Aku mesti kuatkan semangat. Walauapa yang terjadi, aku mesti berterus-terang.
            “Luna nak jumpa Aril ke?”
            “Tak!” pantas Rina menjawab. Rina menarik nafas perlahan-lahan. Jika auntie Mawar nak marah aku, aku tak kisah. Yang penting aku mesti berterus-terang. “Sebenarnya tujuan Luna datang berjumpa …..auntie, ada sesuatu yang perlu auntie tahu tentang kami berdua. Apa yang berlaku antara Luna dan Aril selama ini hanyalah lakonan semata-semata untuk mengaburi mata auntie. Kami tak pernah bercinta. Semua ini terjadi kerana Aril tidak mahu mengahwini dengan mimi. Aril menawarkan Luna wang sebanyak RM50 ribu untuk menyamarkan sebagai kekasih Aril. Luna terima tawaran Aril sekiranya Aril menderma wang tersebut pada Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Lakonan kami berakhir selepas Aril membawa Luna jumpa auntie dan atuk hari itu. Selepas itu kami sudah tidak berhubungan antara satu sama lain. Luna ingat Aril telah berterus-terang pada auntie. Rasanya tidak!” Rina tidak berani bertentangan mata dengan Datin Sharifah Mawar. Dia sedar tindakannya salah. Dia tidak sepatutnya menipu.
            “Dalam hal ini, Luna juga bersalah. Luna minta maaf! Jika auntie nak marah Luna, Luna tak kisah. Luna terima saja hukuman dari auntie. Pertunangan ini mesti dibatalkan. Luna tak mahu keluarga auntie mendapat malu selepas ini.” Terang Rina. Hatinya berasa lega selepas berterus-terang. Rina masih menanti. Sunyi! Perlahan-lahan Rina mengangkat kepalanya. Kenapa auntie tidak berkata apa-apa?
            Datin Sharifah Mawar tersenyum lebar. “Dah lega ke sekarang ni?”
            “Apa!” Rina terkejut dengan reaksi wanita itu.
            “Semua itu mama tahu. mama tahu segala-galanya. I like you from the first time I meet you, Luna. Luna adalah wanita yang sesuai untuk menjadi teman hidup Aril. Mama yakin Luna akan menjadi isteri dan ibu yang baik pada Aril dan anak-anaknya.”
            “Tetapi ….tetapi….Luna tidak mencintai Aril.”
            “Perasaan cinta itu akan datang kemudian. Bercinta selepas kahwin mesti romantic kan. Luna harus memberi peluang pada Aril. Mama kenal Aril. Jika dia sudah mencintai wanita itu, dia akan setia selama-lamanya. Oh ya, mama terlupa nak beritahu. Pertunangan Luna dan Aril akan berlangsung pada awal bulan depan. Mama dah pun beritahu keluarga Luna.” Datin Sharifah Mawar hanya mampu tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. “Sorry! Mama kena jawab panggilan ini sekejap.” Datin Sharifah Mawar bangun dan terus meninggalkan Rina seorang diri.
            Badan Rina masih lagi kaku. Apa yang didengarnya sebentar tadi di luar jangkaannya. Dia tak sangka kesudahannya tidak berakhir seperti yang dia jangkakan.
            ‘Mama! Mama!”
            Rina berpaling. Dia bangun. Dia terkejut melihat Aril yang baru saja masuk ke rumah itu. Dahi Rina berkerut. Siapa wanita itu? Kenapa Aril memegang tangan wanita itu? Perasaan ingin tahunya berkobar-kobar.
            Wanita itu menoleh ke arah Rina.
            Rina terkejut. “Kak…Kak Aina.”
            “Rina!” Aina turut sama terkejut dengan kehadiran Rina di rumahnya. Apa Rina buat di sini? Dia tahu siapa aku yang sebenarnya ke atau nenek dah jelaskan segala-galanya pada dia.
            Aril berpaling. Dia tersenyum melihat kehadiran Rina. Hampir seminggu lebih, dia tidak berjumpa wanita itu. Hatinya berbunga. Segera Aril mendekati Rina yang masih berdiri di ruang tamu. Aril menarik Aina bersamanya. Pegangannya semakin kuat.
            “Kenapa Luna boleh berada di sini? Nak jumpa abang ke?”
            Matanya masih menatap wajah Aina. Soalan Aril tidak dipedulikan. Kenapa Kak Aina boleh berada di sini? Apa hubungan Kak Aina dan Aril sehingga mereka boleh berpegangan tangan seperti ini?
            “Abang rasa Aina dan Rina dah kenal antara satu sama lain kan!  Luna, meet my sister! Sharifah Aina Aishah.”
            “What!” Luna tercengang.
            “Aina, meet your future sister in law! Luna.”
            “What!” Giliran Aina tercengang.
            Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Mereka masih terkejut. Aril hanya tersenyum.

                                                ****************************

            Rina berjalan ke kiri dan kanan di dalam biliknya. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Aril adalah abang Kak Aina. Kak Aina pula adalah adik Aril. Ahhh….pening kepala aku! Kenapa perkara ini mesti berlaku? Kenapa? Tak sangka dunia ini begitu kecil. Kenapa? Apa aku harus buat sekarang ini? Pertunangan aku akan berlangsung pada bulan depan. Ada lagi 2 minggu. Rina mula gelabah. Apa aku nak buat ni? Jika perkara ini benar-benar berlaku, Kak Aina akan menjadi adik ipar aku! Mustahil! Mustahil. Rina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Runsing.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Rina berpaling. Dia mengambil telefon bimbit Samsung galaxy di atas katil. Nama Abang Haikal tertera di skrin. Apa Abang Haikal nak pula? “Hello”
            “Amboi macam nak makan orang.” Haikal terkejut apabila Rina menjawab dengan kasar.
            “Hmm…apa halnya?”
            “Dulu Rina pernah belajar di Switzerland selama satu semester kan?”
            “Ya.”
            “Aaa…jadi pasti Rina kenal dengan Dr. Aina Aishah kan?” soal Haikal dengan berhati-hati. Berdasarkan kepada nada suara Rina, mood Rina tak berapa baik hari ini. Haikal baru sahaja berjumpa dengan Puan Jamilah. Puan Jamilah beritahu yang Aishah adalah bekas graduan dari universiti di Switzerland. Haikal yakin Rina kenal dengan Aishah malah Haikal juga terkejut apabila mendapat tahu yang Rina juga adalah sukarelawan di situ. Mereka pasti kenal antara satu sama lain.
            “Kenapa tiba-tiba Abang Haikal nak ambil tahu tentang Kak Aishah? Bukan ke Mak Long dan Abang Haikal dah halau Kak Aishah keluar dari rumah? Lebih baik abang simpan saja niat abang nak cari Kak Aishah. Dah terlambat. Rina rasa lebih baik abang tumpukan perhatian pada kekasih Abang Haikal tu. Nanti merajuk pula. Rina dengar abang merancang nak kahwin dengan Sofea! Huh, good luck. Jika perkahwinan ni pun tak jadi, jangan nak salahkan nenek dan Rina pula. Apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri.”
            “Apa maksud, Rina?” Dahi Haikal berkerut. Kata-kata Rina seperti amaran.
            “Tak ada apa-apa pun. Hmm….Rina dah mengantuk. Sejak balik dari Pahang, Rina tak rest lagi. Good night.” Rina terus menamatkan perbualannya. Telefon bimbit dilempar di atas katil. Aku tak faham dengan Abang Haikal ni. Sekarang ni tiba-tiba nak ambil tahu tentang Kak Aina! Macam dah gila talak.
            “Ahhh…kenapa aku asyik fikir masalah orang lain. Masalah aku lagi besar. Bagaimana aku nak selesaikan masalah aku ni? Plan A tak jadi. Plan B pun tak jadi. Mak Ayah pun tak mahu dengar cakap aku. Kata ayah, janji tetap janji. Walaupun aku suka atau tidak, pertunagan ini tetap akan diteruskan. Ahhh…..kenapa hidup aku jadi begini? Porak-peranda.Kalaulah aku tak jumpa dengan Aril hari itu, semua ini takkan terjadi…..” Rina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Rambutnya yang lurus terurus tadi menjadi serabut.

                        ************************************************

            “Abang dah gila ke? Rina dah ceritakan segala-galanya pada Aina dari mula titik pertemuan abang dan Rina. She hates you.”
            “No! She will love me. You just wait and see, sis.” Aril hanya tersenyum.
            Aina tercengang. “Dengan menggunakan cara ini,abang akan membuat Rina lebih membenci abang. Ini bukan jalan penyelesaiannya. Jika abang benar-benar sukakan Rina, be a gentleman.” Tegas Aina . Dia tak suka cara abangnya.
            “Abang jatuh cinta pada Rina sejak pertama kali kami berjumpa. I can’t loose her, Aina.”
            “tetapi ini bukan caranya untuk mendapatkan cinta Rina. Salah, abang. Semua ini salah.”
            ‘Abang sedar cara abang ini salah tetapi ini saja jalan untuk abang mendekati Rina.”
            Aina mengeluh dengan kuat. “Dengan cara abang menggunakan ibu bapa Rina sebagai perantara dalam hubungan abang dan Rina. Ini tak adil. Ini short cut, abang. Abang tidak beri peluang pada Rina.”
            “Peluang!”
            “Peluang untuk Rina mengenali abang dengan lebih dekat. Dengan cara abang sekarang ini, Rina dah pun mengenali abang. Siapa abang yang sebenarnya terutama sikap abang yang sebenar? Di dalam fikirannya sekarang ini, dia sudah set! Siapa abang yang sebenarnya? Licik, penipu dan suka memaksa.”
            “Rina beritahu Aina ke?” Aril ketawa. Aril hanya menyandarkan diri pada sofa biru yang berada di dalam biliknya sambil memerhati gelagat Aina/
            ‘Abang ! Aina serius.” Aina mengetap bibir. Geram dengan sikap Aril.
            “Abang tak kisah, Aina! Abang anggap ia sebagai satu cabaran. I likes take challenges.”
            “Ini bukan perkara main, abang. Aina sayangkan Rina. Aina dah anggap Rina seperti saudara kandung Aina sendiri. Aina tak sanggup lihat Rina terluka terutamanya kerana abang. “
            “Kenapa Aina? Aina tak percaya pada abang ke?” soal Aril secara tiba-tiba. Dia merenung anak mata Aina.
            Aina terkedu dengan pertanyaan Aril.
            “Aina rasa abang tak layak untuk memiliki cinta Rina ke? Abang ni jahat ke?”
            “Bukan! Bukan begitu maksud Aina.” Aina rasa bersalah. Kenapa aku bersungguh-sungguh menghalang perhubungan abang dan Rina?
            “Abang janji abang takkan lukakan hati Rina. I love her from the bottom of my heart, Aina. Abang tak akan sakiti hati Rina. Believe me! I’m your brother. Aina lebih mengenali abang kan. Hati budi abang! Semua itu Aina tahu kan! Abang tak akan mensia-siakan hidup Rina. Abang akan menjadikan Rina , wanita yang paling bahagia di dunia ini. Percayalah. Abang minta Aina mempercayai abang. Please! Aina mesti mahu abang bahagiakan. Bagi abang, Rina adalah kebahagiaan yang abang cari selama ini. Sekarang ini abang memerlukan restu dan sokongan Aina. Itu saja yang abang pinta. Aina mesti yakin dengan abang.” Aril tiba-tiba bangun dan memegang erat tangan adiknya. Aril merenung Aina. Anak matanya penuh dengan harapan.
            Perlahan-lahan Aina menganggukkan kepala dan senyuman terukir. “But …jika abang sakiti hati Rina, Aina tak akan lepaskan abang.” Aina menunding jari tepat pada hidung mancung milik Aril.
            “Abang tahu. Thank you, sis!” Aril memeluk Aina dengan erat.
            Aina menepuk belakang Aril beberapa kali sebelum pelukan itu terlerai. “Aina hanya mahu abang gembira saja. That’s all. You have my blessing.” Aina tersenyum lebar. Aina mengatur langkah untuk keluar dari bilik.
            “Sepatutnya Aina melakukan perkara yang sama! Cinta takkan datang tanpa usaha.”
            Langkah Aina terhenti dan berpaling. Dahinya berkerut. Kenapa abang tiba-tiba berkata seperti itu?
            “Aina faham maksud abang kan!”
            “What?”
            “You loves Haikal, right!” ujarnya secara tiba-tiba.
            “Apa!”  nada suara Aina tiba-tiba tinggi.
            “Jika Aina sukakan Haikal, lebih baik Aina berterus-terang pada Haikal. Seperti yang abang katakana sebentar tadi, cinta takkan datang tanpa usaha.”
            Aina ketawa secara tiba-tiba. “Jangan buat lawak, abang! Aina dan Haikal tak ada apa-apa hubungan special pun. Never!” Aina cuba tersenyum. Dia cuba menyembunyikan apa yang tersirat di hatinya.
            “Betul ke? Aina yang rugi nanti.” Aril tersengih.
            “Whatever!” Aina terus berlalu keluar dan meninggalkan Aril. Eee…abang ni,sengaja nak kenakan aku. Aina mengetap bibir. Pintu bilik Aril ditutup dengan kuat.

                        *********************************************

            Aina membaca setiap pakej yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan itu. Satu persatu button di laman web syarikat itu diklik. Sesekali dahi Aina berkerut. Aina sudah tidak tahu nak buat pilihan. Jika ikutkan hati, semua tempat aku nak pergi. Aina membetulkan rambutnya yang lurus separas bahu yang ditiup angin. Aina mendongak ke langit. Gelap. Mesti nak hujan malam ini. Matanya masih menatap skrin computer ribanya.
            “Nak melancong ke?” soal Aril secara tiba-tiba. Aril duduk di sebelah Aina. Kerusi besi itu dibetulkan kedudukannya agar mendekati Aina. Aril hairan melihat Aina yang sedang duduk di balkoni di ruang tamu.
            “Ya. Tiba-tiba rasa nak travel pulak!”
            “Batalkan saja hasrat tu.”
            Aina berpaling. Dia terkejut dengan kata-kata Aril. Apa maksud abang?
            “Pasti mama tak beritahu Aina lagi kan?” teka Aril. Berdasarkan reaksi Aina, mama mesti tak beritahu Aina tentang hal ini.
            “Tentang apa?”
            “Mulai minggu depan, Aina akan bekerja di syarikat kita.” Datin Sharifah Mawar mencelah.
            “Apa!” Bulat mata Aina sebaik sahaja mendengarnya.
            “Mama, atuk dan Aril dah bersetuju untuk melantik Aina menjadi project director untuk projek Lembah Impian di Putrajaya.”
            “Mama….Mama….” Aina tiba-tiba bangun dan mendekati ibunya. “Mama, Aina tak tahu apa-apa tentang bidang construction ni. MAcam mana Aina nak handle project tu.”
            “Aina boleh belajarkan.”
            “But….” Aina memegang tangan Datin Sharifah Mawar. Aina berharap keputusan itu dapat diubah.
            Aril hanya tersengih sambil memerhati gelagat adiknya. Setiap kali sebut mengenai hal syarikat, Aina pasti gelabah.
            “No but! Keputusan mama muktamad. Selama 13 tahun, mama memberi kebebasan pada Aina untuk membuat apa saja yang Aina suka tetapi mulai sekarang Aina mesti mendengar cakap mama. Aina akan mula bekerja mulai minggu depan. Jangan sesekali fikir nak melarikan diri ye.” Datin Sharifah Mawar memberi amaran. Dia faham dengan sikap anak bongsunya itu. “Mulai hari ini passport Aina , mama akan pegang. Begitu juga kad bank Aina. Setiap perbelanjaan Aina akan diuruskan oleh PA yang telah dilantik oleh mama.”
            Dahi Aina berkerut mendengarnya. “Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku tak balik.” Nada suara Aina separuh berbisik.
            “Apa dia?” soal Datin Sharifah Mawar. Dia tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Aina.
            “Nothing!” Aina berpaling ke arah Aril yang hanya mendiamkan diri.
            Aril menahan dirinya dari ketawa. Kini giliran Aina pula merasa apa yang dirasainya sebelum ini. Barulah adil.
            Aina mengetap bibir. Sakit hati. Seronok ye. Satu tamparan mengena belakang badan Aril.
            “Ouch! Sakit la.” Aril mengosok belakang badannya yang pedih.
            Aina membuat mimic muka.
            Datin Sharifah Mawar tersenyum melihat gelagat anak-anaknya. Lega hatinya apabila Aina sudah kembali.Kini, kedua-dua anaknya sudah berada di sisinya. Dia tidak perlu risau lagi.

                                    **********************************

            Tiba-tiba Rina berhenti melangkah dari mendekati kereta miliknya.Apa dia buat di sini? Ahh….asyik menyemak saja. Rina tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.
            Aril tersenyum melihat Rina. Hampir setengah jam dia menunggu Rina pulang dari sekolah. Ada  sejambak bunga ros berwarna pink di tangannya.
            “Apa you nak lagi dari I, Aril? You dah porak-perandakan hidup I, sekarang ni you nak apa lagi?”
            “I nak beri bunga ni untuk you.” Aril menghulurkan sejambak bunga ros pinik pada Rina.
            “ I tak nak. Lebih baik you buang saja. Untuk pengetahuan you, pemberian you ni tak mungkin akan mengubah pendirian I.” Rina meninggikan suaranya.
            “Ok! I tak kisah. I tak rugi apa-apa pun.” Aril masih tersenyum.
            “Macam mana you boleh masuk ke sini?” soal Rina secara tiba-tiba. Dia hairan bagaimana Aril masuk ke kawasan sekolah.
            “Pak Yussof benarkan I masuk.”
            “Apa!” Rina meninggikan suara. Dia terkejut dengan jawapan Aril. Pak Yussof adalah pengawal keselamatan sekolah. Dah 10 tahun Pak Yussof bekerja di situ. Jarang Pak Yussof akan membenarkan pelawat masuk. Tetapi bagaimana Aril terlepas.
            “I beritahu Pak Yussof yang I nak bawa you jumpa wedding planner. Selain itu, I juga memperkenalkan diri I sebagai tunang you.” Aril merenung wajah bujur sirih milik Rina. Tiada secalit senyuman di bibir Rina.
            “You!” Rina menunding jari ke arah Aril Dia geram. Dia masih belum beritahu sesiapa pun tentang pertunangannya. Yang pasti kisah pertunangannya akan mejadi buah mulut di sekolah.
            “I bercakap perkara yang benar! Lagi seminggu you akan menjadi tunang I kan!”
            “ I don’t love you, Aril! Do you understand?” jerkah Rina. Wajah merah menahan geram.
            “I tahu. Tetapi I akan pastikan you jatuh cinta dan mencintai I satu hari nanti. I yakin hari itu akan tiba juga.” Aril mendekati Rina.
            Rina kaku dengan tindakan Aril. Rina melihat Aril begitu dekat dengan dirinya. Minyak wangi yang dipakai oleh Aril dapat dihidu. Jantung Rina berdengup kencang sebaik saja matanya bertentangan mata dengan Aril. Rina melirik ke arah lain. Aril hanya tersenyum.
            “see you next week, my love.” Aril mengenyitkan mata kirinya pada Rina. Bunga ros itu diletakkan di cermin hadapan kereta Myvi milik Rina sebelum Aril masuk ke dalam kereta Porsche 911 2012 miliknya.
            Rina masuk kaku berdiri. Kenapa dengan aku ni? Rina melihat kereta Prsche 911 2012 telah hilang dari pandangannya.

                        *********************************************
            Setiap pengunjung yang memasuki pintu utama MCD menjadi tumpuan Rina. Sesekali Rina melirik ke arah jam tangan Gucci miliknya. Dia sudah berjanji akan berjumpa Aina di sini. Dah 10 minit, kenapa Kak Aina tak datang lagi? Traffic jam ke? Rina mula gelisah. Semalaman dia berfikir, hanya Aina sahaja yang dapat membantunya dalam menyelesaikan kemelut yang sedang melanda ini.
            Semalam dia sudah menceritakan segala-galanya tentang perjanjian antara dia dan Aril kepada ibu bapanya. Dia menjangkakan ibu bapanya akan menyebelahi dirinya namun sangkaan dia meleset sama sekali. Reaksi yang ditunjuk berlainan sama sekali. Rupa-rupanya Aril bertindak dahulu darinya. Walaupun begitu ibu bapanya masih tetap menerima Aril. Kata ayah, Aril adalah lelaki jujur dan berani mengakui kesalahannya. Ayah dah mula menyukai Aril. Begitu juga dengan mak. Ini membuatkan hati aku terluka.
            Rina menggengam erat tangannya apabila mengingatkan kembali peristiwa semalam.
            “Aku dah agak! Memang kaulah orangnya.”
            Rina terkejut apabila dirinya disergah secara tiba-tiba. Rina melihat wanita mengandung yang sedang berdiri di hadapannya. Rina bangun. “Suzana.”
            “Ya! Aku! Kenapa? Kau terkejut ke?” Anak matanya tepat merenung Rina. Jika diikutkan hati mahu saja aku penampar perempuan ini.
            Rina melihat orang di sekelilingnya. Suara Suzana yang kuat itu menarik perhatian orang yang berada di situ. “Apa halnya ni, Suzana! Tiba-tiba kau muncul kemudian kau marah aku tak tentu pasal. Apa kena dengan kau ni?” soal Rina. Dia tak tahu apa-apa pun. Selepas Suzana berkahwin dengan Adam, Rina membawa diri dengan bertukar tempat mengajar. Dia tak mahu berjumpa dengan mereka selepas apa yang berlaku.
            “Kau jangan nak berpura-pura baik, Rina! Aku tahu kau ada hubungan sulit dengan suami aku.” Air mata Suzana mula mengalir. Hatinya sebak. Nalurinya memang benar. Mereka kembali bersama.
            “Apa! Kau jangan nak buat fitnah, Suzana.”
            “Habis tu, apa kau buat di sini? Sejak dari rumah, aku ekori Adam hinggalah ke sini. Jika Adam tak jumpa kau, Adam jumpa siapa?” soal Suzana.
            “Aku tak tahu. Yang pasti orang itu bukan aku. Untuk pengetahuan kau, selepas aku berpindah sekolah, inilah pertama kali aku terserempak dengan kau bukannya Adam. Kau jangan nak tuduh perkara yang aku tak buat. Aku ni masih waras lagi. Aku tahu menjaga maruah aku.”
            “Kau ingat aku akan percaya cakap kau?” jerkah Suzana. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Rina.
            “Terpulanglah. Aku bercakap perkara yang benar. Walaupun kau rampas Adam dari aku sebelum ini, aku tak pernah terfikir untuk mengganggu rumah tangga kau berdua. Mengambil hak orang lain bukan sikap aku, Suzana.” Perli Rina.
            Wajah Suzana berubah. Kali ini dia terkena tempiasnya.
            “Sorry, sayang! I’m late.”
            Wajah Rina pucat lesi. Bagaimana dia boleh ada di sini? Aku nak jumpa Kak Aina bukannya Aril.
            “Apa halnya? Siapa ni?” soal Aril sambil tangannya melingkari bahu Rina.
            “aaa…Cikgu Suzana.” Jawab Rina. Rina cuba menahan kemarahannya. Dia terkejut apabila Aril begitu berani bertindak seperti itu. Jika diikutkan hati, mahu saja tangan itu ditepisnya tetapi disebabkan ada banyak mata sedang memerhati mereka, Rina terpaksa membiarkannya.
            “Cikgu Suzana! Maksud sayang, isteri Cikgu Adam.” Kata Aril. Dia memandang ke arah Suzana.
            Rina terkejut. Macam mana dia tahu tentang Adam?
            “Siapa ni?” soal Suzana. Dia hairan. Siapa lelaki ini?
            “Aaaa…My husband. Sebenarnya aku dah janji nak berjumpa dengan husband aku di sini.” Kata Rina secara tiba-tiba.
            “Suami!” Suzanan terkejut besar. Bila Rina berkahwin? Aku tak tahu pun.
            “Yes, I’m her husband.” Aril mengaku bagi pihak Rina lagi. Senyuman Aril semakin lebar. “Sekejap! Jika you Cikgu Suzana, siapa wanita bersama Cikgu Adam di luar MCD tadi?”
            “Apa!” Suzana terkejut. Tanpa membuang masa, dia berjalan meninggalkan mereka berdua. Suzana mengetap bibir. Perasaan marahnya tidak dapat dibendung lagi. Perutnya yang besar itu diusap. Aku mesti bersemuka dengan suami aku hari ini juga.
            Rina membuat mimic muka. Dah la serang aku tanpa usul periksa selepas itu pergi begitu saja tanpa minta maaf pun. Tak ada budi bahasa langsung. Macam mana boleh jadi guru? Tiba-tiba Rina teringat sesuatu, dia menepis tangan Aril.
            “Jangan nak ambil kesempatan.”
            “Bukan selalu pun.” Jawab Aril.
            Rina terus duduk. Dia malas nak melayan kerenah Aril
            Aril turut sama duduk.
            “Macam mana you tahu tentang Adam?”
            “Untuk mengenali you dengan lebih mendalam, I buat research especially untuk you.”
            “I don’t care. Mana Kak Aina? I nak jumpa Kak Aina bukannya you.”
            “Aina ada hal. Dia akan mengetuai satu projek tak lama lagi, Aina busy kebelakangan ini. Maklumlah dia dah bekerja di syarikat sendiri.”
            Rina mengetap bibir. Adakah Kak Aina yang menyuruh Aril datang berjumpa dengan aku? Ataupun Kak Aina sudah berpihak pada abangnya?
            “Rina, nampaknya! You kenalah berkahwin dengan I. Maklumlah you sendiri yang beritahu tadi kan! I ni suami you.” Senyuman Aril semakin meleret.Dia suka mengusik Rina.
            Kata-kata Aril dibalas dengan jelingan tajam. Pandangannya dialihkan ke arah lain.Macam mana aku boleh terlepas cakap? Mulut aku ni? Ikut hati mahu saja mulutnya ditampar. Kerana mulut , badan binasa. Memang betul pun.

11 comments:

Eika Atieyka said...

ske cte psal aril ngan rina,huhu..chaiyok2..

dyaNZa said...

best2... suke bce kisah aril ngn rina hehehehe... haikal tue bile aina x de brulah nk tercari2 padam muka.. next n3 erk!!!

zetty said...

Suka2, best aril ngan rina, padan muka haikal tercari2 Dr Aina Aishah....depan mata xpandang...hehehe apapun writer is doing good job....chaiyok....Sabar menanti

arai said...

best....best....
x sabar nk tunggu smbgnnya

beryls gurlz said...

really like this story so much..x sabar nak tahu sambungannya...thumb up!!!!

mariam said...

best2 nak sambungan lagi ... jgn lambat2 k x sabo ni

pensil comot said...

best2...nk baca lagi..cptlah sambung

m said...

apalah...serang org tanpa usul periksa dulu. best pulak cerita aril and rina ni! hehehe

Rozie said...

Whoaaa Aril....teruskan usaha menggoda Rina aka Luna...hihih...

mizz acu said...

hahahahaha.. makin besh citer nii..

kak ida said...

love today E3..kesian Rina ek..dia ingat boleh lepas dari aril..ngan beritau bakal mertua dan parents nya..tapi aril lagi bijak kan..rasa comel pulak kan mereka berdua mmg ada chemistry kan..hopefully rina boleh menerima aril seadanya..mesti ada getaran didada rina bila bersama ngan arilkan..walaupun dia cuba menafikannya..
alahai ..haikal ni..takkan dia tak buat research mengenai aina..dan juga bekas kekasihnya tu..akak rasa tentu mamat tu dan mak dia terkezut beruk apatah lagi sofea yg berlagak macam bagus aja tu..kan.. bia tahu sape wajah aina sebenarnya..bukan budak kg tapi anak jutawan dan berkeluarga syed lagi..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...