Saturday, March 10, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 30

BAB 30

            Haikal menutup pintu kereta BMW miliknya. Keretanya dipakir di hadapan bangunan SAB Bersatu. Hari ini ada mesyuarat mengenai Projek Lembah Impian. Dia hadir untuk mewakili syarikatnya. “Umirah, you dah bawa fail yang saya nak tu!”
            “Dah, bos! Don’t worry, bos.” Umirah menunjukkan fail yang berada di tanganya.
            “Good!” Haikal tersengih. Jam tangannya dilihat sekali imbas. Dah pukul 3.00 petang. Meeting bermula pukul 3.30 petang. Ada masa lagi.
            Pandangannya dialihkan pada pintu masuk bangunan SAB Bersatu milik Tan Sri Syed Abu Bakar. Sebuah kereta BMW Z4 berwarna hitam metallic berhenti di hadapan pintu masuk itu. Aril keluar dari perut kereta mewahnya. Dia berlari menuju ke pintu di tempat duduk hadapan. Dia membuat pintu. Seorang wanita bertudung kuning air keluar. Aril menghulurkan tangannya. Wanita itu menyambut huluran tangan Aril.
            Haikal memerhati. Dahinya berkerut. Baru beberapa hari yang lalu, Abang Aril bertunang dengan Rina. Dah pegang tangan perempuan lain. Siapa perempuan tu? Tak tahu ke Abang Aril tu dah bertunang.
            Haikal tergamam apabila wanita itu berpaling sekali imbas padanya. “Aishah!” Dia kenal dengan wanita itu. Walaupun penampilan wanita itu berbeza dari sebelum ini, dia masih dapat mengenali wanita itu. Penampilan Aishah seperti wanita korporat.
            Aina berjalan seiringan bersama Aril sambil memegang tangan Aril dengan erat. Mereka melangkah masuk ke bangunan SAB Bersatu.
            “Bos! Bukan ke ….itu Kak Aishah.” Umirah bersuara. Dia juga melihat apa yang terjadi sebentar tai. Umirah menggosak matanya beberapa kali. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat. Kak Aishah berpegangan tangan dengan cucu Tan Sri Syed Abu Bakar.
            Haikal mengetap bibir. Apa hubungannya dengan Abang Aril sehingga mereka berpegangan tangan di khalayak ramai. Tak malu ke? Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya sekarang ini.
            Haikal melangkah laju menuju ke pintu masuk bangunanan SAB Bersatu. Dia perlu apa sebenarnya hubungan mereka berdua. Mereka kelihatan rapat dan mesra.
            “Bos! Wait a minute!” laung Umirah apabila Haikal telah  meninggalkan dirinya. Umirah mengejar langkah Haikal yang semakin jauh meninggalkan dirinya.

                                    *****************************

            Haikal masih berfikiran. Otaknya ligat berfikir mencari jawapan bagi teka-teki yang sedang bermain difikirannya. Kerutan di dahinya masih tidak hilang. Wajah Haikal serius. Kehadiran wakil-wakil dari consultant, main contractor dan subcontractor di bilik mesyuarat itu tidak diendahkan oleh Haikal. Kebanyakkan mereka berbual kosong sebelum mesyuarat dimulakan. Apa yang ada hanya Aishah? Siapa Aishah yang sebenarnya? Apa hubungannya dengan Abang Aril? Haikal masih ingat senyuman yang terukir di bibir Aina semasa bersama Aril. Haikal mengetap bibir. Siapa? Siapa orang gajiku? Siapa Aishah yang sebenarnya?
            Suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba. Mereka semua bangun apabila pintu dibuka. Tan Sri Syed Abu Bakar masuk bersama Aril dengan senyuman terukir di bibir mereka.
            Mata Haikal kaku melihat Aina yang berada di belakang Aril. Tangan kanan Aina digenggam erat oleh Aril. Aina seperti tidak kisah apabila diperlakukan seperti itu.
            Mereka duduk semula sebaik sahaja Tan Sri Syed Abu Bakar duduk di tempatnya sebagai pengerusi. Aril menarik kerusi untuk Aina duduk. Aina tersenyum apabila dilayan seperti itu.
            Haikal mengetap bibir. Kenapa Aishah boleh berada di sini? Haikal semakin ragu tentang identity Dr. Aina Aishah.
            Aril duduk di sebelah Aina.
            “Assalammualaikum! Good morning. Maaf kerana terlewat. Sebelum kita membincangkan mengenai projek Lembah Impian, saya ingin memperkenalkan seseorang pada anda semua.” Tan Sri Syed Abu Bakar menoleh ke arah Aril sambil memberi isyarat pada Aril untuk menyambung percakapannya sebentar tadi.
            Aina duduk bertentangan dengan Haikal. Aina sedar sejak dari dia mula melangkah masuk, Haikal merenung dirinya. Wajah serius dan kelat. Aina tahu Haikal akan hadir. Dah tiba Haikal mengenali siapa dirinya yang sebenar. Aina tak perlu lagi menyembunyikan diri. Sekarang Aina mesti berdiri di dimensinya sendiri. Aina tak perlu takut pada bayang-bayangnya sendiri. Aina tersenyum secara tiba-tiba. Dia cuba menyembunyikan getaran di jiwanya.
            Haikal terkejut. Wajah Aina masih bersahaja. Tenang.
            Secara tiba-tiba Aril meletakkan tangan kirinya di bahu Aina.
            Haikal tergamam dengan tindakan Aril yang berani itu. Berani Abang Aril ni?
            Aril menarik Aina mendekati dirinya. “Kenalkan Dr. Aina Aishah. Mulai hari ini Dr. Aina Aishah telah dilantik sebagai pengarah projek Lembah Impian. Walaupun beliau masih baru dalam bidang ini, saya yakin beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Saya berharap anda semua dapat membantu beliau.”
            Aina masih tersenyum.
            “One more thing….” Aril menarik Aina mendekati dirinya. Wajah mereka hampir bersentuhan.
            Bulat mata Haikal melihatnya. Mereka yang berada di situ juga terkejut.
            Aril masih tersenyum. Matanya tepat melirik ke arah Haikal. Tumpuannya hanya pada Haikal. Dia sengaja bertindak sedemikian untuk menduga reaksi Haikal sama ada telahannya ada tepat atau tidak. “ She’s my sister. Dr. Sharifah Aina Aishah.”
            Wajah Haikal pucat lesi. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Adakah aku sudah tersalah dengar. Wajah Aina masih direnungnya. Mustahil. “Mamee monster.” Perlahan suara Haikal. Kenyataan ini sukar diterimanya.

                                    *************************************

            Tengku Fazira memberikan pinggan berisi beberapa biji karipap kepada Datin Sharifah Mawar. Majlis Amal yang dianjurkan oleh pihak Hotel Raya dihadiri oleh ahli-ahli perniagaan. Kutipan derma akan dihulurkan kepada orang-orang kurang upaya di sekitar negeri Selangor.
            “Thank you.”
            “Mana Aina?” Soal Tengku Fazira. Matanya meliar mencari kelibat Aina. Dia tidak sabar berjumpa dengan Aina.
            “Mungkin dia datang lewat. Dia ada meeting pada pukul 3.30 petang. Selepas habis meeting, dia akan datang. Kak dah maklumkan pada PA Aina untuk mengingatkan Aina tentang majlis amal ini.”
            “Bagus! Fazira dah lama tak jumpa Aina. Bagaimana Aina sekarang ini?”
            “Dah tua! Umur dah menjangkau 30 tahun tetapi tiada keinginan nak berkahwin. Dia tak fikir langsung tentang masa depannya.”
            Tengku Fazira tersengih. Itu lebih baik dari nasib yang menimpa Haikal.Bercinta bagai nak rak, tup tup tup….tunang sendiri kahwin dengan orang tua. Huh!
            “Mama!”
            Serentak mereka berdua berpaling.
            Tengku Fazira tergamam dengan kehadiran wanita itu. Bulat anak matanya merenung Aina.
            “Dah sampai pun.”
            Aina terus bersalaman dan mencuim tangan ibunya. Pandangannya dialihkan pada Tengku Fazira. Pasti sekarang auntie Fazira terkejut. Maklumlah ….orang gaji tiba-tiba bertukar menjadi pewaris syarikat SAB Bersatu Berhad. Mana tak terkejut?
            “Fazira, kenalkan …..Aina.” Datin Sharifah Mawar memegang tangan anaknya…
            “How are you, auntie? Auntie masih ingat Aina lagi ke? Anak kak yang paling nakal ni” Aina bersalaman dengan Tengku Fazira. Tangannya sejuk.
            Hampir luruh jantung Tengku Fazira melihat Aina. “Aaaa….Fine!” jawab Tengku Fazira. Ada sedikit getaran pada suaranya.
            “Wajah auntie masih tak berubah seperti dulu. Ada apa-apa petua ke?” Aina cuba beramah mesra. Aku tak boleh bagi mama syak yang kami berdua pernah berjumpa sebelum ini. Aku mesti berlagak seperti pertama kali berjumpa. Pandai-pandai cover line sendiri.
            “Tak ada apa-apa pun.” Jawab Tengku Fazira. Dia tak sangka inilah identity Aina yang sebenarnya. Pada mula perkenalan, dia mula meragui identity Aina. Ada sesuatu tak kena dengan Aina pada masa itu.
            “Haikal mana?”
            “Haikal! Dia mesyuarat sekarang ini, sebenarnya dia jarang involve majlis seperti ini.” Tengku Fazira menjawab pertanyaan Datin Sharifah Mawar. Dia terkejut apabila nama Haikal disebut. Tengku Fazira memandang Aina.
            Aina membalas dengan senyuman.
            “Maksud Fazira, projek Lembah Impian ke?”
            “Ya.”
            Datin Sharifah Mawar berpaling pada Aina. “Bukan ke tadi Aina pergi ke mesyuarat Projek Lembah Impian? Aina tak jumpa Haikal ke?”
            “Jumpa.”
            Jawapan Aina menyebabkan mulut Tengku Fazira sedikit terbuka. Jika Aina dah jumpa Haikal, bermakna Haikal sudah tahu siapa Aina Aishah yang sebenarnya. Tiba-tiba Tengku Fazira teringat kata-kata dan cara ibunya melayan Aina. Tengku Fauziah begitu protective pada Aina. Mungkinkah umi dah tahu identity Aishah selama ini? Ya, umi mesti tahu semuanya jika tidak tak mungkin umi mengambil Aina bekerja sebagai orang gaji.
            Senyuman masih terukir di bibir nipis milik Aina. Lekukan lesung pipit pada kedua-dua belah pipi menambahkan lagi kejelitaan Aina.
            Datin Sharifah Mawar berpaling ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil. “Excuse me! Kawan lama kak tu. Aina berbual dulu dengan auntie Fazira.” Datin Sharifah Mawar meninggalkan mereka berdua.
            Aina menoleh. Sebaik sahaja memastikan ibnya berada jauh dari mereka. Aina segera mendekati Tengku Fazira.
            Tengku Fazira terkejut.
            “Aina minta maaf kerana berbohong pada auntie selama ini. Pada waktu itu, Aina hanya menjalan tugas Aina. Bukan niat Aina untuk menipu sesiapa. Selain itu, Aina juga nak minta maaf jika Aina ada terkasar bahasa pada auntie semasa Aina bekerja di rumah auntie. Aina benar-benar minta maaf. Aaaa….Aina nak minta sesuatu dari auntie!” Aina teragak-agak untuk menyatakannya. Walauapapun hal ini mesti diselesaikan juga.
            Tengku Fazira masih diam membisu.
            “Jangan beritahu mama yang Aina pernah bekerja di rumah auntie. Aina takut! Aina takut mama marah. Auntie boleh simpan rahsia, Aina kan!” Aina memegang tangan Tengku Fazira segara tiba-tiba. Tangan Tengku Fazira digenggam erat. Aina berharap Tengku Fazira akan bersetuju dengan permintaannya. Jika mama tahu apa aku buat selama ini, matilah aku. Agak-agaknya aku dah tak boleh keluar rumah lagi.
            Tengku Fazira tergamam.
            “Aina! Mari datang ke sini sekejap.” Datin Sharifah Mawar memanggil Aina sambil tangannya melambai pada Aina.
            “Please, auntie!” Aina membuat wajah kasihan. Dia berharap Tengku Fazira tidak bercerita perkara yang sebenar pada ibunya. Untuk mengelakkan ibunya mensyaki sesuatu, Aina pantas mendekati ibunya bersama 2 orang kawannya tanpa mendengar jawapan dari Tengku Fazira. Aku perlu berhati-hati agar rahsia aku tak terbongkar. Selepas apa yang berlaku, Aina tidak berdendam dengan Tengku Fazira. Aina memahami semuanya. Aina tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Perkara yang berlaku pasti bersebab.

                                                *********************

            “Ibu pun dah jumpa Aishah ….No! Aina.” Haikal tersasul. Dia sudah biasa memanggil nama Aishah. Mata Haikal bulat memandang ibunya.
            “Ya” Tengku Fazira melepaskan keluhan dengan kuat. Dia masih tidak percaya. Sekali lagi Tengku Fazira mencubit lengan kananya. Sakit. Aku tak bermimpi. Aishah adalah Sharifah Aina Aishah. Patutlah aku dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsikan oleh Aishah selama ini. Dahi Tengku Fazira berkerut. Dia masih ingat permintaan Aina sebentar tadi. Ini bermakna Kak Mawar tak tahu yang Aina bekerja sebagai orang gaji di rumah aku. Kalau…kalau Kak Mawar tahu …..Tengku Fazira menelan air liurnya. Kelat.
            “Ibu!” Haikal memanggil. Ibunya sedang termenung. Sempat lagi ibu termenung.
            “Haikal! Ini bermakna umi tahu siapa Aina sebenarnya sejak mula lagi.”
            “Ya.” Tiba-tiba Tengku Fauziah berada di situ. Wajahnya serius. “Umi suruh Aina rahsiakan identitinya dari sesiapa pun. Umi yakin Aina dapat membantu Haikal kembali menjadi seorang normal. Dia sanggup merendahkan maruah dirinya dengan menjadi orang gaji di dalam rumah ini semata-mata kerana ingin menolong Haikal. Tetapi apa yang Aina dapat? Perkataan terima kasih tidak pernah diucapkan padanya.”
            Tengku Fazira dan Haikal hanya mendiamkan diri. Mereka tidak berani bertentangan mata dengan Tengku Fauziah.
            “Kerana terlalu percayakan cakap Sofea, kamu berdua halau Aina keluar dari rumah ini tanpa rasa belas kasihan pun. Kamu sedar tak waktu tu tengah malam! Hujan lebat pula tu. Jika sesuatu terjadi pada Aina pada malam itu, apa umi nak jawab dengan Tan Sri Syed Abu Bakar dan Mawar? Cuba cakap. Siapa nak bertanggungjawab? Kamu ke, Fazira?” Tengku Fauziah menunding jari pada Tengku Fazira.
            Wajah Tengku Fazira pucat lesi. “ Kalau umi tak rahsiakan perkara ini, Fazira tak akan halau Aina dari rumah ini.”
            “Sekarang ini Fazira nak salahkan umi pula.” Tengku Fauziah menjegil matanya. Dia kecewa dengan sikap anaknya. Masih tiada perasaan bersalah.
            Haikal memegang tangan ibunya agar ibunya tidak terlalu berkeras pada neneknya. Nenek masih belum sihat sepenuhnya.
            Tengku Fazira berpaling. Dia rasa tidak adil apabila dirinya dipersalahkan.
            Haikal membuat mimic muka pada ibunya untuk berhenti bertengkar dengan neneknya.
            “Kalau tidak kerana jasa Aina, dah lama Haikal masuk ke dalam Hospital Sakit Jiwa di Tanjung Rambut.. Haikal tak mungkin akan berdiri di hadapan kita sekarang ini. Fazira kena ingat tu!”
            “Fazira tak lupa, Umi! Fazira ingat semua itu.”
            “Baguslah jika begitu. Selepas ini Umi mahu kamu berdua jumpa Aina dan minta maaf padanya.”
            ‘Apa!” Tengku Fazira terkejut. “Umi nak malukan Fazira ke? Umi mahu Fazira minta maaf pada Aina. Fazira dah tua, Umi! Takkanlah Umi nak minta maaf pada Aina pula.”
            “Tak kiralah kita tua atau muda, jika dah buat salah …kita mesti minta maaf. Kita tak rugi satu sen pun dengan meminta maaf.”   Nasihat Tengku Fauziah.
            “Pada mulanya memang Fazira nak minta maaf tetapi selepas Fazira tahu perkara yang sebenarnya …..Fazira rasa Fazira tak perlu minta maaf pada Aina. Kiranya kami seri sebab Aina telah menipu dan memperbodohkan kami berdua. Umi tahu kan, Fazira paling benci dengan orang yang suka menipu.” Tegas Tengku Fazira. Wajahnya serius. Dia masih marah.
            “Ibu!” tegur Haikal. Kenapa ibu cakap begitu pada nenek? Ibu dah lupa ke nenek tak sihat sepenuhnya lagi?. Haikal risau.
            Wajah Tengku Fauziah pucat lesi. Tiba-tiba dadanya bersakit. Tengku Fauziah cuba bertahan. “ Fa….Fazira …..” Sakit di dadanya  sudah tidak dapat di tahannya. Dia cuba berkata sesuatu tetapi dia sudah tak tahan lagi. Tengku Fauziah memegang dadanya.
            “Nenek!”
            Tengku Fauziah tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
            “Umi!” jerit Tengku Fazira. Dia terkejut dengan apa yang berlaku. Haikal segera menghampiri Tengku Fauziah.
            “nenek! Nenek!” Haikal memegang tangan neneknya.
            “Apa kita nak buat ni?” soal Tengku Fazira. Dia mula panic.
            “Call ambulance, sekarang! Sekarang, ibu.” Haikal meninggikan suaranya.
            ‘Baiklah…” Tengku Fazira mengambil no telefon bimbit yang berada di dalam biliknya.
            “Nenek! Nenek!” panggil Haikal berulang kali. Masih tiada apa-apa reaksi. Nenek bangunlah! Jangan buat Haikal macam ini. Tangan Tengku Fauziah digenggam erat..

                                    ************************************
            Satu persatu buku latihan pelajarnya diperiksa. Rina membaca dan meneliti setiap karangan yang dikarang oleh pelajarnya. Kadang-kala senyuman terukir di bibirnya. Ayat-ayat yang digunakan amat melucukan. Kebetulan Cikgu Halimatun cuti bersalin, jadi terpaksalah aku menganti tempatnya untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris..
            Tiba-tiba telefon Nokia N8 miliknya berbunyi. Rina mengerling matanya pada skrin telefon bimbitnya. Siapa call ni? Aril! Apa dia nak sebenarnya? Ahhh….Malas aku nak menjawab. Lantaklah. Rina kembali menyambung kerjanya. Malam ini aku kena habis periksa buku-buku ini. Pen merah dipegang semula. Deringan telefon masih berbunyi lagi.
            Rina mengetap bibir. Sudah 5 minit masa berlalu, telefon bimbitnya masih berbunyi lagi. Dia ni tak faham bahasa ke? Deringan telefon itu menganggu tumpuannya. Pen merah dihempas dengan kasar.
            “You ni jenis lelaki tak faham bahasa ke? Kalau orang tak nak angkat maksudnya dia tak mahu bercakap dengan orang yang memanggil. Faham tak?” Rina sudah tidak tahan lagi. Semenjak kebelakangan ini, sikap sabar sudah tiada dalam dirinya lagi. Tingkah laku Aril menyebabkan Rina sering hilang kesabarannya.
            “Ya ke? Tetapi kenapa you angkat?”  Aril tersenyum apabila panggilannya dijawab. Aril tahu Rina sengaja tidak menjawab panggilannya. Nak cuba mengelak dari aku , macam la aku tak tahu!
            “You!” jerit Rina.
            Aril menjarakkan telinganya dari telefon bimbit apabila jeritan Rina hampir membuat gegendang telinganya terkeluar. Aril ketawa. “Sayang, jom keluar malam ni. Abang datang ambil sayang malam ni ye! Selepas sembahyang isyak, kita keluar ye. Abang ambil sayang di rumah.”
            “ I penat! Seharian I mengajar di sekolah, you tak faham ke? I ni lain, makan gaji. Bukan macam you, tak datang kerja sehari pun tak ada  masalah. Maklumlah syarikat sendiri.”  Perli Rina. Dia sengaja membuat Aril sakit hati. Biar dia terasa.
            “Kalau penat sangat mengajar di sekolah tu, sayang resign je. Abang akan bina sekolah swasta untuk sayang. Abang akan lantik sayang menjadi pengetua. Ringan sikit beban sayang. Sayang tak payah mengajar lagi. Bagus tak plan abang?” soal Aril.
            Bibir Rina sedikit bergetar. Sakit hatinya mendengar kata-kata Aril. “Memang betul you ada masalah mental.” Rina geram. Telefon bimbit digenggam erat.
            Aril ketawa dengan kuat.
            Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Pintu terbuka.
            Rin berpaling.
            Datin Tengku Fatin masuk. Wajahnya pucat-lesi.
            “Kenapa mak?”
            “Nenek kamu …..masuk hospital. Cepat bersiap. Mak dan ayah nak pergi hospital Ampang sekarang. Cepat” beritahu Tengku Fauziah.
            “Apa! ….Nenek….” Rina terkejut. Dia risau.
            “Cepat siap! 5 minit lagi, kita akan pergi ke hospital.” Datin Tengku Fatin bergegas keluar. Dia risau dengan kesihatan ibunya. Kebelakangan ini tahap kesihatan ibunya tidak memuaskan.
            “Abang! Rina ada hal. Nenek masuk hospital. Bye.” Rina menamatkan perbualan mereka. Rina mencapai tudung dan baju sejuknya. Tiba-tiba Rina teringat sesuatu.. Aku panggil dia, abang! Dah gila ke aku ni! Rina menggelengkan kepalanya beberapa kali.Dia cuba melupakan perkara yang berlaku. Aaahhh….I don’t care! Beg tangan dan telefon bimbit Nokia N8 dicapai. RIna berlalu keluar dari biliknya.
           
       

14 comments:

beryls gurlz said...

best....

Ayu dzulkarnain said...

Mesti Aril senyum smp ke telinga.
Gila tinggi ego tq. Fazira..xsedar2 lg kene tipu ngan sofea. Harap nenek xde ape2.

arai said...

best.....best...

0nion_ring said...

nk lgi.,..best..pnjg2 skit akak..hehhe

zetty said...

best, sudah terjawab.......

dyaNZa said...

best2... dh terjawab siapa aina di hadapan haikal n ibunya... mintak2 nenek haikal x de pape... aril mesti senyum smpi ke telinga kn2... lg best pnjgkn lg hehehehe...

mizz acu said...

hahaha.. klakar betoi couple ni! awat la t.fazira tu ketegaq sgt?? iskhhhh

mariam said...

best2 ... nak sambungan lagi yer tapi panjang2 sikit x puas lah baca ....... jgn post lanmbat tau x sabar...
nak tanya bile novel ni nak kuar arrr
x sabar2 nak beli ni .....

anna said...

akak penulis xder fb ker???koz xsedar ada n3 bwu, klaw ade kn sene inform kt fb jer.

Hanim69 said...

ada error.. antara Tengku Fauziah dan Datin Tengku Fatin...
x plan nk publish ke cerita ni??

NieSaa AtieSya said...

Allaa... x ada lg ker..bila nk update bab 31

aqilah said...

menanti dan terus menanti.............for next n3...............when??????????????
apapun, akak followwwwwwwwwwwwwwwwwww

weird teen said...

oh kak lily!
hari-hari menunggu n3 baru
terseksa jiwaku menanti :(...haha
kalau dibukukan jangan lupa inform ea...;p

hudamohamed said...

muka senyum bila rina panggil abang.. besrtnyaaaa....

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...