Friday, April 6, 2012

Siapa Orang Gajiku 32

BAB 32

            Aina mengetuk pintu beberapa kali. Simbol pintu dipulas perlahan.
            “Assalammualaikum….” Aina memberi salam. Senyuman terukir di bibir Aina sebaik sahaja melihat Tengku Fauziah.
            “Walaikumussalam.” Jawab Tengku Fauziah.
            Aina bersalam dengan Tengku Fauziah .Tangan wanita itu dikucup lembut. “nenek sihat?”
            “Alhamdulilah.”
            “Dah makan ubat ke belum ni?”
            “Dah. Walaupun nenek dah tak tinggal di hospital, di sini ramai nurse bergilir-gilir menjaga nenek. Rimas nenek dibuatnya. Ubat on time.” Tengku Fauziah meluahkan perasaannya. Orang yang dimaksudkan adalah Datin Tengku Fatin dan anak-anaknya. Setiap hari dan malam, mereka akan bergilir-gilir menjaga dirinya. Hatinya terharu.
            Aina ketawa.
            “Aina tak kerja ke?” soal Tengku Fauziah menarik tangan Aina agar duduk di birai katil.
            “Kerja.” Jawab Aina dengan selamba. “Kerja di site tak jalan lagi, ada masa untuk Aina melencong ke tempat lain dulu. Lagipun nenek, Aina bosan la. Kerja ini tak masuk dengan jiwa Aina. Aina ingat nak jadi pensyarah tetapi mama …..nenek mesti faham dengan cakap mama kan! Hitam kata mama, hitamlah katanya. Mustahil akan berubah.” Aina melepaskan keluhan dengan kuat.
            “Bersabarlah. Nenek yakim mama Aina akan faham kehendak Aina.”
            “harap-harap begitulah nenek.” Aina tersenyum tawar.
            Tengku Fauziah mengusap bahu Aina dengan lembut. Kasih sayangnya pada Aina tidak pernah pudar. Jika diikutkan hati mahu saja, aku nak jodohkan Aina dan Haikal tetapi sekarang ini bukan zaman dahulu lagi. Budak-budak zaman sekarang berlainan permikiran mereka mengenai jodoh.
            “Nenek! Aina dengar nenek merajuk dengan auntie Fazira dan Haikal!” Akhirnya Aina bersuara. Baginya inilah masa yang sesuai.
            Tengku Fauziah menatap wajah bujur sirih milik Aina.
            “Mesti Luna mengadu pada Aina kan!”
            Aina hanya mampu tersenyum.Tekaan nenek tepat sekali.
            “Jika hal ini berkaitan dengan Aina, Aina minta maaf nenek. Kerana Aina hubungan nenek, auntie Fazira dan Haikal renggang.  Aina rasa bersalah.”
            “Perkara ini tiada kaitan dengan Aina. Nenek hanya mahu mengajar anak dan cucu nenek agar sedar akan kesalahan sendiri dan tahu meminta maaf tanpa mementingkan keegoaan sendiri. Nenek mahu mereka sedar. Tak kiralah sesiapa pun termasuklah pengemis, kita mesti meminta maaf jika itu kesalahan kita. Besar atau kecil kesalahan kita, meminta maaf adalah jalan penyelesaiannya. Itulah nilai murni yang harus dipupuk di dalam diri kita.” Ujar Tengku Fauziah dengan panjang lebar
“Nenek kecewa dengan sikap anak dan cucu nenek. Mereka dah aniaya Aina tetapi mereka tidak meminta maaf pun pada Aina.” Wajah Tengku Fauziah murum.
Aina memegang tangan Tengku Fauziah dengan erat. “Nenek! Semua itu hanya
salah faham….Aina dah pun lupa. Sebenarnya …tujuan Aina datang berjumpa dengan nenek hari ini kerana nak beritahu nenek yang Auntie Fazira dah minta maaf pada Aina kelmarin. Haikal pun sama. Mereka berdua datang bersama.”
            “Betul ke?” Mata Tengku Fauziah bersinar apabila mendengarnya. Wajah yang tadi muram menjadi ceria secara tiba-tiba. Tengku Fauziah terkejut.
            “Ya.”
            “Aina tak bohong nenek kan?”
            “Nenek! Takkan la Aina nak bohong nenek pula! Betul! Auntie Fazira dan Haikal minta pada Aina.”
            “Kalau betul mereka dah minta maaf pada Aina, kenapa mereka berdua tidak datang berjumpa dengan nenek?” Tengku Fauziah masih was-was.
            “Nenek ni! Kuat sangat curiga. Macam mana mereka nak datang? Nenek garang sangat.”
            “Betul ni!” Senyuman tidak lekang di bibir Tengku Fauziah. Hatinya gembira. Ringan sedikit beban di kepalanya.
            Aina hanya memerhati gerak-geri Tengku Fauziah. Kalaulah nenek tahu aku berbohong, pasti giliran aku pula menerima nasib yang sama seperti Auntie Fazira dan Haikal. Tak apa! Bohong sunat. Aina tersenyum.

                                    *******************************************

            Aina berjalan menuju ke biliknya. Dahi Aina berkerut melihat lelaki yang berdiri di hadapan biliknya. Walaupun langkahnya berat namun digagahi jua.
            “Aina baru balik ke?”
            “Ya.” Aina masih merenung Iskandar.
            “Abang minta maaf sebab berkasar dengan Aina hari itu. Abang tak tahu kenapa abang tiba-tiba naik angin dan bertindak kasar pada Aina. Abang janji abang tak akan buat lagi. Percayalah.” Iskandar tersenyum.
            Aina masih merenung. Wajahnya serius. Gerak-geri Iskandar diperhatikan. Aina sedar Iskandar sedang bermain-main dengan jari-jemarinya sendiri. Sesekali mata Iskandar akan melirik pada jari-jemarinya sendiri. Dahi Aina berkerut.
            “Aina! Abang nak ajak Aina keluar? Boleh kan? Kita makan di area sini saja.” Ajak Iskandar.
            “Aina ada hal dengan aku malam ini. Ada perkara mengenai projek Lembah Impian yang aku ingin bincangkan.” Aril datang menghampiri mereka berdua. Tiada senyuman seperti selalu. Anak matanya masih tidak berganjak merenung sahabat baiknya itu. Selepas apa yang terjadi hari itu aku tak boleh biarkan mereka berdua sendirian. Aril mula bimbang. Sejak kebelakangan ini sikap Iskandar banyak berubah. Ada sesuatu yang tak kena dengan Iskandar
            “Oh ya ke? Aku tak nak kacaulah. Esok malam kita keluar ye. Janji tau.” Iskandar tersengih sebelum berlalu pergi. Wajahnya ceria. Terdengar Iskandar sedang menyanyi sebuah lagu.
            Dahi Aril berkerut empat.
            Aina mengetap bibir.
            “What’s wrong with him?” Aril menunding jari pada Iskandar.
            “Don’t ask me. He’s your friend.”
            “Tadi Mak Mah beritahu abang , Mak Mah nampak Iskandar bercakap seorang diri di taman petang tadi.”
            “Betul ke?” Air muka Aina berubah. Nampaknya telahan aku betul.
            “Ya.”
            “Aina rasa Mak Mah tersalah tu! Abang kan tahu mata Mak Mah rabun, dah banyak kali Aina buat cermin mata tetapi dijadikan hiasan pun.” Aina cuba mengalih perhatian abangnya.. Aina tak mahu abangnya mengesyaki sesuatu.
            “Tetapi abang sedar, kebelakangan ini sikap Iskandar banyak berubah.”
            “Tak ada apa-apa. Aina dah penat. Aina nak mandi, sembahnyang dan tidur.” Aina menguap. Mulutnya ditutup dengan tangan kanannya.
            “Ehh….Mandi dan sembahyang boleh tetapi tak boleh tidur. Mulai malam ini, Aina tidak boleh tidur di sini.”
            “Kenapa? Habis tu, Aina nak tidur di mana?” Aina berasa hairan.
            “Mulai malam ini Aina kena tidur di rumah Rina.”
            “Kenapa?”
            “Ini arahan atuk. Selepas apa yang berlaku, lebih baik jika Aina tinggal di tempat lain. Abang rasa tak sedap hati.”
            “Abang, Aina tahu jaga diri Aina sendiri. Lagipun Aina tak mahu menyusahkan Rina.” Aina segan.
            “Abang dah tanya Rina. Dia tak kisah. Aina, dengar cakap abang. Kali ini. Ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Apabila ISkandar dah pulang, Aina balik semula ke sini.” Aril telah menceritakan segala-galanya pada Rina.
            “Tetapi ….” Aina masih berdegil.
            “Please, Aina! Untuk pertama kali, Aina dengar cakap abang. Aina mahu abang ceritakan segala-galanya pada mama ke?”
            Air muka Aina berubah. “Baiklah! Baiklah.” Aina mengalah. “Tetapi apa abang nak beritahu mama?”
            “Pandai-pandailah abang menjawab pada mama nanti. Berkemas cepat. Nanti abang hantarkan.”  Aril membuka pintu bilik Aina dan menolak Aina masuk.






                                    ************************************

            Tengku Fauziah merenung beberapa biji pil yang berada di tapak tangan kanannya. Ubat lagi? Sehingga bila aku nak makan ubat ni? Tekak aku dah tak boleh terima ubat ni lagi.
            “Umi, jangan nak cari helah. Ubat itu Umi kena habiskan. Jika Umi nak sembuh dengan cepat. Umi kena ikut cakap doctor.” Tegur Datin Tengku Fatin. Dia faham benar dengan sikap ibunya. Pasti tak mahu makan ubat tu!
            “Hmm…Kak Long kamu mana? Dah tak mahu melawat Umi lagi ke?” tiba-tiba Tengku Fauziah menyebut nama Tengku Fazira.
            Datin Tengku Fatin terkejut. Sedikit senyuman terukir di bibir. Air dicincang tidak akan putus. Memang betul pun. Hubungan keluarga tidak akan putus walau apa yang berlaku. “Kenapa? Umi dah mula rindu pada Kak Long ke?”
            Air muka Tengku Fauziah berubah. “Salah ke jika umi bertanya?”
            “Eh, tak salah! Betul ke Umi nak jumpa Kak Long? Umi tak marah lagi pada Kak Long ke?”
            “Kenapa pula Umi nak marah pada Kak Long?” Tengku Fauziah mula berdalih seolah-olah tiada apa-apa berlaku.
            Datin Tengku Fatin membuat mimic muka mendengar jawapan ibunya. Ini mesti kes malu nak mengaku. “Ok, Fatin akan call Kak Long but …..Umi kena makan dulu ubat ni.” Datin Tengku Fatin menghulurkan segelas air masak pada ibunya.
            “Umi dah baik la. Dah sembuh pun.”
            “Umi, jangan nak buat perangai. Dah nak sembuh, mulalah. Makan ubat tu sehingga habis. Jika tidak, Fatin akan call ambulance dan hantar umi ke hospital semula. So, Umi kena pilih sekarang juga.”
            Tengku Fauziah mengetap bibir.
            “Fatin serius, Umi.” Datin Tengku Fatin merenung ibunya. Masih tiada tindakbalas. Degil!
            “Baiklah.”  Beberapa biji pil yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam mulut. Tangan Tengku Fauziah mengambil gelas itu dan diminum airnya sehingga habis. Dahi Tengku Fauziah berkerut.
            “Good! Selalu macam ini kan senang.”  Datin Tengku Fatin mengambil gelas itu dan diletakkan kembali di atas dulang yang dibawanya. “Umi, kenapa tiba-tiba Umi nak jumpa Kak Long? Bukan ke Umi tak akan jumpa Kak Long selagi Kak Long tidak minta maaf pada Aina?”
            “Sebab Kak Long dah minta maaf pada Aina. Aina yang beritahu Umi.Lega hati Umi.” Tengku Fauziah tersenyum lebar.
            Kini giliran Datin Tengku Fatin berkerut dahi. Kak Long minta maaf pada Aina. Bila? Kenapa Kak Long tak beritahu apa-apa pun pada aku? Datin Tengku Fatin menggaru kepalanya beberapa kali. Pelik!

                                    ***********************************

            Aril menghempas pintu bilik tetamu di tingkat 1 yang didiami oleh Iskandar sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik itu.
            Iskandar yang sedang menaip sesuatu di computer ribanya terkejut dengan tindakan Aril. Iskandar bangun.
            “Tak boleh ke masuk bilik aku dengan memberi salam terlebih dahulu? Walaupun ini rumah kau, kau kena hormati aku sebagai tetamu.” Marah Iskandar.
            “Kenapa kau bohong aku, Is?”
            “Bohong apa?”
            “Kononnya kau ada urusan perniagaan di Malaysia? Kononnya kau kena tinggal di Malaysia selama dua minggu?”
            “Apa …Apa….ni? Kenapa? Kau tak percaya cakap aku ke? Kita kan dah lama berkawan.” Nada suara Iskandar bergetar. Kenapa tiba-tiba Aril bertanya tentang hal ini?
            “Kau masih nak tipu aku, Is?” Suara Aril meninggi.
            Iskandar terkejut bila suara Aril meninggi. Wajah Aril merah menahan geram.
            “Aku call Uncle Malik tadi. Ayah kau di Australia. Ayah kau dah ceritakan pada aku.” Mata Aril masih menatap wajah Iskandar yang pucat lesi. Tiba-tiba sahaja hatinya terdetik menelefon Uncle Mali. Aril terkejut apabila mendengar cerita Uncle Malik mengenai Iskandar.
            “Tentang apa?”
            “Semuanya! Semuanya tentang diri kau.”
            Wajah Iskandar pucat lesi. Badan Iskandar kaku.
            “Kononnya kau ada urusan peniagaan di sini! Pada hakikatnya tiada. Uncle Malik beritahu kau sudah tidak bekerja di syarikat sejak 3 tahun yang lalu selepas kemalangan itu. Apa tujuan kau datang ke sini?”
            “Aku tak ada apa-apa! Aku sihat. Aril, kau jangan percaya cakap papa aku! Papa aku sengaja rekakan ceritakan supaya kau halau aku balik.” Iskandar mula gelabah. Dia mula bermain dengan jari-jemarinya.
            “Baliklah, Is! Uncle Malik dan Auntie Zuraidah risaukan keadaan kau sekarang ini.” Pujuk Aril. Lebih baik jika Iskandar pulang ke sisi keluarganya.
            “Kau pun sama! Nak halau aku balik ke Australia. Aku tahu kau tak suka aku bersama dengan adik kau kan! Jadi kau guna alasan ini untuk memisahkan aku dan Aina, kan!” jerkah Iskandar pada Aril.
            Aril tercengang dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Iskandar secara tiba-tiba.
            “Untuk pengetahuan kau, aku mencintai Aina sepenuh jiwa aku. Aina nyawa aku. Aku takkan lepaskan Aina! Kau dengar tak?” Jari telunjuknya tepat dihalakan pada Aril. Komputer riba Acer miliknya ditepis sehingga jatuh. Iskandar menjerit sekuat hati.
            “Iskandar!” tegur Aril. Aril cuba menghampiri Iskandar untuk menenangkan Iskandar.
            “Kau jangan dekat. “
            Langkah Aril terhenti.
“Mulai sekarang kau bukan sahabat aku! Sesiapa yang menjadi penghalang hubungan aku dan Aina adalah musuh aku. Faham!”  Iskandar melangkah meninggalkan Aril. Simbol pintu dipulas dengan kasar. Pintu bilik itu dihempas kuat.
Terkebil-kebil Aril melihat sikap Iskandar. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Mujurlah aku bertindak cepat. Sementara waktu ini biarlah Aina tinggal bersama Rina. Aina mesti jauhkan diri dari Iskandar.  Keadaan Iskandar tidak stabil. Kata Uncle Malik, ini terjadi selepas Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu. Selepas urusan Uncle Malik di Australia selesai, dia akan datang ke Malaysia untuk menjemput Iskandar pulang menjalani rawatan di sana.
                        **********************************

Perbualan antara Tan Sri Abu Bakar dan Aril terhenti apabila sedar akan kehadiran Datin Sharifah Mawar di ruang tamu utama.
“Kenapa Aril halau Iskandar? Bukan ke Iskandar kawan baik Aril sejak tadika lagi? Salahkah Iskandar menjadi suami Aina? Aril tak mahu lihat adik Aril bahagia ke?” marah Datin Sharifah Mawar. Dia sudah tidak dapat menahan kesabarannya. Sikap Aril menguji kesabarannya.
“Apa mama cakapkan ini? Aril halau Iskandar!” Dahi Aril berkerut. Dia terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
“Kalau bukan Aril yang halau Iskandar, kenapa Iskandar tinggalkan rumah ini? Cuba beritahu mama!”
“Mawar, tak boleh ke Mawar bertenang dahulu! Biar Aril jelaskan segala-galanya. Jangan nak menuduh tanpa usul periksa.” Tegur Tan Sri Syed Abu Bakar.
“Tetapi abah ……”
“Beri peluang untuk Aril jelaskan semuanya!” Tan Sri Syed Abu Bakar meninggikan suara. Matanya bulat merenung anak tunggalnya. Degil Tak mahu dengar cakap orang langsung. Asyik dia saja betul. Tan Sri Syed Abu Bakar mengetap bibir.
Datin Sharifah Mawar terdiam.
“Untuk pengetahuan mama, Aril tak pernah pun halau Iskandar keluar dari rumah ini.Aril tak kisah jika Iskandar nak tinggal di sini dalam tempoh yang lama. Aril tak kisah semua.  Jika Iskandar sudah membuat keputusan untuk keluar, Aril tiada hak untuk menghalang. Itu di atas kehendak Iskandar sendiri.”
“Jika benarlah, Aril tak halau Iskandar! Kenapa Iskandar tergesa-gesa keluar dari rumah kita. Kata Mak Mah, pagi tadi Iskandar tergesa-gesa keluar dari rumah seperti ada sesuatu telah berlaku.”  Datin Sharifah Mawar ingin tahu.
Aril berpaling pada datuknya. Perlukah aku beritahu mama tentang apa sebenarnya yang telah berlaku?
Tan Sri Syed Abu Bakar hanya menganggukkan kepalanya. Dia faham di sebalik pandangan Aril padanya.
“Sebab Iskandar dah tahu, Aril telah menghubungi Uncle Malik di Australia. Uncle Malik telah menceritakan segala-galanya mengenai Iskandar. Apa yang berlaku pada Iskandar sejak 3 tahun yang lalu.” Ujarnya dengan berhati-hati. Sebelum kedatangan ibunya, Aril dan Tan Sri Syed Abu Bakar sedang berbincang mengenai Iskandar. Mereka bimbang Iskandar akan mengganggu Aina lagi.
“Apa maksud, Aril? Apa yang berlaku sebenarnya?”
Aril mengeluarkan sekeping gambar dan diberikan pada ibunya.
Pantas Datin Sharifah Mawar mengambilnya. Bulat anak matanya melihat gambar itu. Bibirnya bergetar. “Aina …Aina….” Dia tidak percaya. Aina sedang memeluk Iskandar. Mereka kelihatan mesra.
“Mama! Itu bukan Aina tetapi Marliana. Tunang Iskandar. Wajah Marliana seiras dengan Aina! pertama kali Aril melihat gambar ini, Aril juga terkejut. Wajah mereka berdua benar-benar seiras.”
“Maksud Aril, Iskandar sudah bertunang.”
“Ya tetapi Marliana telah meninggal dunia sejak 3 tahun yang lalu dalam satu kemalangan jalan raya di Australia. Iskandar turut sama terlibat dalam kemalangan itu tetapi Iskandar terselamat. Kemalangan itu berlaku selepas mereka pulang dari membeli barang perkahwinan mereka. Pemergian arwah Marliana memberi tamparan hebat pada Iskandar. Iskandar tidak dapat menerima kenyataan yang arwah Marliana sudah tiada. Kehidupan Iskandar berubah selepas itu. Iskandar hidup dalam kemurungan. Di fikirannya hanya ada arwah Marliana. Kerana bimbang dengan perubahan Iskandar, Uncle Malik dan Auntie Zulaikha membawa Iskandar menerima rawatan. Sedikit demi sedikit, penyakit Iskandar semakin sembuh.”
“Maksud Aril, Iskandar ada penyakit mental.”
“Hish….Mawar, tak baik kata Iskandar seperti itu. Dia tak minta pun semua itu berlaku. Dah itu takdirnya.” Tan Sri Syed Abu Bakar menasihati anaknya.
Datin Sharifah Mawar terdiam. Dalam hatinya, dia berasa lega. Nasib baik, Aina tak kahwin dengan Iskandar lagi. Jika tidak, mana aku nak letak muka aku ni.
“Yang menjadi masalahnya sekarang ini …..Iskandar menganggap Aina adalah Marliana.”
“Apa!” Suara Datin Sharifah Mawar meninggi.
            ************************************************

“Sofea, kau datang seorang saja ke? Zetty mana?” tegur Vicky. Gadis berbangsa Baba Nyonya tersenyum melihat kedatangan Sofea ke majlis perlancaran produk terbaru beg tangan berjenama Gucci yang dianjurkan oleh kakaknya, Rachel.
“Zetty! She’s busy. Jadi aku datang seorang saja.” Bohong Sofea.
“Ya, ke? Tak mengapa, aku boleh temani kau.”
“Ramai juga orang datang ke majlis ini!” Sofea memerhati keadaan di sekelilingnya. Majlis itu begitu mewah. Sofea melihat ramai celebriti turut sama hadir ke majlis itu. Sofea berasa bangga kerana turut sama dijemput ke majlis ini. Maksudnya aku juga setaraf seperti mereka. Sofea tersenyum. Sofea membetulkan rambutnya yang separas bahu yang dilepaskan.
“Tentulah. Tarikkan utama majlis ini adalah beg tangan limited edition Gucci yang berharga RM50 ribu yang dihiasi dengan berlian.” Vicky memucungkan bibirnya pada beg tangan yang dipamerkan di tengah majlis yang ditutupi dengan kaca.
“RM50 ribu.” Sofea tercengang. Siapa nak beli beg semahal itu? Nak bawa keluar rumah pun takut!
“Ya tetapi sayang, beg itu dah ada orang beli.”
“Siapa?”
“VVIP.”
“Siapa? Aku nak tahu siapa!”
“Itu dia! Wanita yang sedang bercakap dengan kakak aku. Yang bertudung biru tu.” Vicky melirikan matanya pada wanita yang begitu rancak berbual dengan kakakanya.
Sofea berpaling. Dia terkejut melihat wanita itu. “Aishah!” Nama itu disebutnya.
“Kau kenal dengan Sharifah Aina Aishah ke?” soal Vicky dengan wajah hairan.
“Sharifah Aina Aishah!” Dahi Sofea berkerut empat. Bila pula nama Aishah ada tambahan Sharifah. Bukan ke Aishah orang gaji?
“Tadi kan kau sebut nama dia! Aku ingatkan kau kenal dengan cucu Tan Sri Syed Abu Bakar.”
“Cucu Tan Sri Syed Abu Bakar?” Wajah Sofea serius. Macam aku pernah dengan saja nama itu? Di mana?
“Alahh…..SAB Bersatu tu milik Tan Sri Syed Abu Bakar. Syarikat construction terbesar di Malaysia. Hmm…salah seorang hartawan di Malaysia. Takkan kau tak tahu!”
Tiba-tiba baru Sofea teringat, Tan Sri Yahya pernah memberitahunya tentang projek syarikatnya yang akan bekerjasama dengan SAB Bersatu.
“Jadi …..” Sofea menunding jari ke arah Aina.
“Pewaris kedua SAB Bersatu selepas abangnya Syed Aril Aqil.”
“Apa!” Matanya masih tepat memandang Aina. Tak mungkin mereka orang yang sama! Mustahil. Aku mesti beritahu auntie Fazira tentang perkara ini tetapi sebelum itu aku mesti siasat apa yang berlaku dahulu.


8 comments:

mizz acu said...

padan muka sofea.. tekujat ye??

aqilah said...

yes!!!! new n3!!!!!!!!!!!!!!

arai said...

rindu nyer SOG.....

Ayu dzulkarnain said...

Hadoii..risau la ngan aina if iskandar buat ape2 ngan dia.. Hurrmmm.. Haa hambek ko sofea.. VVIP hocayyy!!!

EYA said...

ish2....kesian sofea, tu la suka2 hati je hina aina tu x sedar diri sendiri tu yg bertaraf rendah. best sangat tapi pendek laa x puas nak baca...cepat2 laa upload lagi ya

ryehanies said...

bl nk publish novel ni?? cam x sabar je nk bc..

Anonymous said...

mmg best.. nk dibuku kn ke?

EYA said...

lama nya saya tunggu..bila nak upload bab seterusnya???saya dah x sabar2 nak baca =)

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...