BAB 42
Dahi
Aleya berkerut sebaik sahaja dirinya melangkah masuk ke bilik itu. Matanya
melihat di segenap sudut bilik Pengarah Urusan yang kini menjadi miliknya.
Aleya melepaskan keluhan dengan kuat. Disebabkan tindakan aku yang bodoh tu,
aku terpaksa hadapi semua ini. Kenapa aku boleh terima cabaran tu? Sepatutnya
aku tahu ada udang di sebalik batu. Berserabut otak aku sekarang ini..Ahhh…..Aleya
berjalan dan duduk di kerusi empuk yang
disediakan khas untuk dirinya. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang
berlaku.
Aleya
mendongakkan kepalanya. Fikiranya kosong. Puas semalaman dia mendengar leteran
Alisa. Dia tahu Alisa marah padanya. Tak pasal-pasal Alisa juga turut terlibat.
Aleya melepaskan keluhannya sekali lagi. “Aku berkerja sebagai pengarah urusan!
Dia tak tahu ke aku ni arkitek. Bidang perniagaan bukannya jurusan aku. Kalau
dia nak aku bankrupt syarikat ni, boleh saja! No hal.” Aleya tiba-tiba
tersenyum. Idea yang bagus.
“Saya
tak sangka awak seorang yang licik.” Tiba-tiba ada suara menegur dirinya.
Mata
Aleya tepat merenung lelaki yang berkemeja biru laut itu. Lelaki itu tersenyum
melihat dirinya. Tiba-tiba Aleya berasa panas. “What are you doing here?” Aleya
meninggikan suaranya.
“Hmm…awak
tak fikir ke tindakan awak itu akan menyebabkan 1500 orang pekerja syarikat ini
akan kehilangan pekerjaan! Mereka hilang mata pencarian disebabkan tindakan awk
itu. Awak tak rasa ke tindakan awak itu kejam?” Iskandar menutup pintu.
Pertanyaan aleya tidak dijawabnya.
Aleya
terdiam. Dia terkejut dengan kata-kata Iskandar.
“tetapi
saya rasa awak bukan orang sebegitu kan !”
Iskandar bersuara lagi.
“Itu
hal saya. Tengku, orang luar! Jangan masuk campur dalam urusan saya.
Understand.” Marah Aleya.
Iskandar
ketawa kecil. “Orang luar! Awak dah lupa ke? Saya ni salah seorang ahli lembaga
pengarah syarikat ini. Saya berhak ambil tahu semua ini termasuklah diri awak.”
Iskandar menghadiahkan sekuntum senyuman pada Aleya. Dia suka melihat Aleya
marah. Comel.
“OK!
Jika begitu, Tengku boleh beritahu semua ahli lembaga pengarah tentang plan
saya untuk menjatuhkan syarikat ini. Tengku beritahu saya mereka, saya tak
takut.” Kata Aleya. Bagus! Jika dia beritahu mereka, aku pasti dipecat.
Iskandar
menggelengkan kepalanya beberapa kali. “awak fikir saya tak tahu ke helah awak,
aleya. Saya takkan beritahu mereka sebab saya percaya awak tak berniat untuk
buat semua itu. Walauapa yang terjadi, saya tetap akan berada di pihak awak.”
“Itu
hak Tengku nak percaya atau tidak! Jika Tengku tak ada apa-apa urusan lagi,
lebih baik Tengku keluar dari sini.”
“Awak
berani halau saya?”
“Ya.
Jika tidak saya akan panggil security! Lebih baik Tengku keluar sekarang.” Tegas Aleya. Dia
malas melayan kerenah lelaki itu.
Iskandar
terus melabuhkan punggungnya di sofa yang berbentuk huruf L. Kata-kata Aleya
tidak dipedulikanya.
‘Tengku
Iskandar!” jerit Aleya dengan menyebut nama lelaki itu. Dia tidak dapat menahan
dirinya lagi. Kelakuan Iskandar menguji kesabarannya.
“Ya,
sayang!: sahut Iskandar dengan senyuman.
“Bergaduh
lagi ke? Dari luar lagi abah dapat dengar suara kamu berdua bertengkar!” tegur
Kadir yang tiba-tiba melangkah masuk ke bilik itu. Dia hanya mampu
menggelengkan kepalanya.
“Biasa
la, Uncle! Gaduh-gaduh manja!” Iskandar ketawa kecil.
Aleya
mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sakir! Sakit hati aku dibuatnya. Gaduh
manja! Jangan harap la. Ikut hati mahu saja aku beri kau makan penumbuk aku ni.
Sekarang ni hidup aku kucar kacir.
“Along!
Abah tahu Along marah pada abah sekarang ni tetapi abah tahu Along boleh
memikul tanggungjawab ini. You’re my daughter. Along boleh kendalikan syarikat
ini dengan sebaiknya.” Ucap Iskandar. Dia sedar tindakan itu telah menyebabkan
Aleya membenci dirinya. Di antara Aleya, Alisa dan Alina, Aleya adalah pilihan
yang terbaik untuk menjadi penggantinya suatu hari nanti.
Aleya
masih memandang ke arah lain. Dia malas nak mendengarnya. Aku ni arkitek
bukannya business woman. Ahhh….bertambah berat masalah di kepala aku ni.
“Aleya!
Awak dengar tak?” Iskandar bersuara. Geram pulak melihat layanan Aleya pada
Uncle Iskandar. Buat muka sepuluh sen saja. Kena ditegur ni…
Aleya
berpaling. “Tengku jangan nak cari pasal dengan saya. Dah lama saya sabar
dengan kerenah Tengku. Ikut hati mahu saja, saya …..”
“Saya
apa?” Iskandar mengenyitkan mata kanannya.
“Sudah!
Mulai sekarang, Iskandar akan membantu Along . Jika kamu ada apa-apa masalah,
Along boleh tanya Iskandar sebab sebelum ini Iskandar pernah memegang jawatan
ini. Dia lebih arif tentang segala urusan di sini. Iskandar juga setuju untuk
menolong Along untuk memahami tentang selok-belok perniagaan.” Jelas Kadir.
“Apa!”
Aleya meninggikan suaranya. Ini sudah melampau. Dia akan membantu aku! “Aleya
tidak setuju. I don’t want him.” Tegas Aleya. Wajahnya serius. Nak jadi apa
selepas ni, jadilah.
“Kenapa
? Awak takut jika bersama saya, awak akan jatuh cinta pada saya.” Usik Iskandar.
“Perasaan!
Lelaki seperti awak takkan dapat membuka pintu hati saya.”
“Ya
ke? Hmm…belum cuba , belum
tahu kan !
Saya yakin satu hari nanti awak takkan hidup tanpa kehadiran saya.”
“Tengku
Iskandar!” Aleya bangun dan menghentak tangannya di atas meja. Matanya merah
menyala menahan marah.
‘Enough!
Pening kepala abah dibuatnya dengan perangai kamu berdua. Is, Uncle beri kuasa
pada Is untuk mengajar Aleya.Is ajarlah Aleya apa yang patut. Kamu bincanglah
dengan Aleya baik-baik.” Kata Kadir. Dia sudah malas nak masuk campur.
“Tak
ada apa yang perlu dibincangkan lagi.” Aleya terus mencapai beg tangan Bonia
miliknya. Langkahnya di atur menuju ke pintu. Dia ingin keluar dari sini. Pintu
bilik ditutup dengan kuat.
“Ehh…suka
hati dia saja. Sekarang time office, mana dia nak pergi?”
“Biarlah,
Is! Biar Aleya keluar ambil angin. Uncle tahu dia perlukan masa untuk
menyesuaikan diri untuk semua ini.”
Ujarnya dengan nada perlahan. Aku yakin Aleya adalah pilihan yang tepat.
Dia akan menggantikan tempat aku satu hari nanti.
**************************
Alisa
terkejut apabila ada tangan yang menghalang pintu lif itu ditutup. Pintu lif
itu kembali terbuka. Alisa mengecilkan matanya apabila melihat lelaki yang baru
saja memasuki lif itu. Alisa berganjak ke tepi. Dia memandang ke arah lain. Dia
malas nak bergaduh lagi. Dia sudah tiada suara untuk bercakap lagi. Puas
semalaman dia berleter pada Aleya.
“Aii….selalunya
bila berjumpa, dia akan bersuara dulu. Macam tak percaya saja ! Oh ya, awak dah
dapat ke hadiah dari saya? Awak suka tak pokok bongsai tu?” Zahari bersuara
apabila pintu lif itu ditutup.
Alisa
merapatkan dirinya pada dinding lif itu. Dia malas untuk menjawab pertanyaan
Zahari.
Zahari
berasa pelik dengan perangai Alisa. Tiada tindakbalas langsung. Dah kena sampuk
ke Alisa ni? Jarang dia membisu seperti ni. Selalunya dia akan menjawab. “Awak
datang bulan ke?” soal Zahari secara tiba-tiba.
“Kau
diam boleh tak?” Alisa akhirnya bersuara tetapi suaranya serak-serak basah.
Zahari
ketawa. “Patutlah diam saja. Rupanya suara dah jadi rocker.”
“Kau
nak apa dari aku lagi, hah? Kenapa kau suka sangat mengacau aku? Dah jadi hobi
ke?”
“Mungkin!”
jawab Zahari. “Aku dengar Tan Sri Murad, klien awak.”
Alisa
menjeling tajam.
“Kuala Lumpur ni kecil
saja.”
“Suka
hati aku la.”
“Aku
hanya nak ingatkan kau sesuatu. Berhati-hati dengan Tan Sri Murad. Dia tu buaya
darat.” Zaharia memberi amaran. Semua orang kenal dengan perangai Tan Sri Murad
yang kaki perempuan tu. Nampak wanita cantik, mulalah naik miang. Ada saja kes mengenai Tan
Sri Murad setiap bulan. Kes itu pasti berkenan dengan wanita.
“It’s
my problem.”
“Suka
hati awaklah. Jangan kata aku tak beri warning, ok?” Zahari tersengih.
Pintu
lif terbuka. Zahari terus keluar.
Alisa
mengetap bibir. Nasib baiklah aku sakit tekak hari ini jika tak berapi telinga
kau dengar kata-kata aku ni. Eh, apa dia buat kat sini? Office dia bukan di
sini. Hish….mesti nak buat spot-check ni. Hish……Muka Alisa masam mencuka.
***************************************************
Alisa
menarik lengan Aleya supaya menyembunyikan dirinya di sebalik deretan pokok
bunga ros berwarna merah. “Along! Jangan berdiri nanti mereka nampak kita.”
Ujarnya.
Aleya
menarik nafas panjang dan hanya mengikut rentak adiknya.
“Angah!
Kenapa Angah tak percaya pada abah? Abah tak akan apa-apakan ibu. Abah
sayangkan ibu.”
“Cinta
hanya di mulut saja, hati dia? Acu tahu ke?”
“
Itulah Angah suka sangat prasangka buruk pada abah! Berdosa!” tegur Alina.
Alisa
membuat mimic muka. “Kalau begitu, baliklah! Acu kan percayakan lelaki itu. Baliklah! Jangan
nak join kami di sini.” Alisa meradang.
“Tak
mahu! Acu nak juga tahu apa abah prepare untuk ibu pada malam ini. Mesti
romantic kan .”
Senyuman Alina lebar. Dia sudah mula berimiginasi.
Dahi
Aleya sedikit berkerut. Mereka berdua ni asyik bertekak saja. Pandangannya
masih pada pasangan yang sedang berjalan di dalam gelap itu. Kenapa lelaki itu
bawa ibu ke sini? Bukan ke kawasan itu kawasan terbiar? Tempat ini terletak 500
meter dari belakang rumah. Inilah pertama kali aku datang ke sini.
“Romantik
apanya? Tengok! Gelap-gelita! Nak romantic dalam gelap ke?” Alisa meninggikan
suaranya. Geram apabila Alina masih berpihak pada lelaki itu.
“Diam
sedikit boleh tak? Kalau nak bertengkar, balik rumah.” Kini giliran Aleya
meninggikan suaranya. Dia menjegil mata pada adiknya.
Mereka
berdua terdiam. Mereka tidak berani bersuara apabila ditegur oleh kakak mereka.
Mulut
mereka bertiga melopong sebaik sahaja cahaya lampu menerangi kawasan itu. Mata
mereka tidak berkelip-kelip. Kecantikkan dan keunikkan lanskap taman itu
membuat mereka bertiga tergamam.
***************************************
Munirah
membuka mata apabila kain yan menutupi matanya dibuka. Perlahan-lahan Munirah
membuat mata. Munirah tergamam. Dia melihat di sekelilinnya. Lampu kelip-kelip
pelbagai jenis warna dan bentuk menerangi taman itu. Pandangan Munirah dialih
pada lelaki yan masih berdiri di hadapannya. Munirah tidak faham dengan semua
ini. Apakah tujuannya?
“Do
you like it?” Senyuman lebar terukir di wajah Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Apa
maksud semua ini?” Wajah Munirah serius. Semakin hari sikap lelaki ini
memeningkan kepala aku? Apa dia nak dari aku?
“A
gift. Birthday gift. From me to you.”
Munirah
mengetap bibir.
“Abang
tahu. Munirah sangat sukakan bunga orkid. Taman
bunga orkid ini untuk Munirah. Apa saja Munirah nak buat, itu hak Munirah. Di
sini ada 45 spesis bunga orkid yang hidup di Asia Tenggara. Abang order khas untuk
Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir menunjuk
di sekelilingnya. Dia begitu berharap Munirah gembira menerima hadiahnya.
Munirah
masih diam membisu dan mendengar kata-kata dari Dato’ Syed Mohd Kadir. Sekarang
ini aku dah faham kenapa Acu bersungguh memujuk aku ke spa dan membeli sepasang
baju kurun sutera dan menyuruh aku memakai baju kurun ini pada malam ini juga.
Rupa-rupanya Acu sudah tahu rencana lelaki ini. Dia melihat ada sebuah meja
kecil dan dua buah kerusi di tengah-tengah taman itu. Di atas mejanya terdapat
sebiji kek. Adakah dia ingin menyambut hari jadi aku? Macam mana dia tahu?
Hmm…mesti kerja Alina lagi.
“Munirah
tak pinta pun semua ini.”
“Ya,
abang tahu. Seperti yang telah abang beritahu tadi, ini adalah hadiah birthday untuk Munirah.”
Munirah
ingin bersuara tetapi terkejut denan tindakkan Dato’ Syed Abu Bakar
menghulurkan sejambak bunga orkid padanya.
“Acu
beritahu yang Munirah paling suka dengan bunga orkid papilionanthe.Bunga orkid
melambangkan kasih sayang, cinta dan kekuatan. Seperti Munirah kan ”
Bulat
mata Munirah melihat bunga itu. Senyuman terukir di bibirnya. Tanpa melengahkan
masa, Munirah mengambil jambangan bunga
itu. Matanya masih tidak lekang merenung bunga itu.
Apabila
melihat reaksi Munirah, senyuman Dato’ Syed Mohd Kadir semakin lebar. Yes, plan
aku berjaya. Sedikit hati Munirah terusik. Kata Acu, bunga orkid papilionanhe
adalah bunga yang sangat disukai oleh Munirah. Jika Munirah sedang marah, bunga
orkid ini dapat meredakan kemarahan Munirah. Jika aku tahu ini caranya, setiap
minit aku akan beri jambangan bunga orkid ini pada Munirah.
“Macam
mana awak tahu …..”
“Secret.”
“Ini
mesti kerja Alina kan .”
Munirah sudah dapat meneka. Tetapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanya, Along
dan Angah tahu ke tentang plan ini? Munirah menoleh ke sekelilingnya. Mencari
kelibat anak-anaknya. Dia dapat merasakan mereka ada di situ.
“Along
dan Angah tahu. Mereka memberi kebenaran pada abang.”
Munirah
menarik nafas panjang. Sekarang ini dirinya bingung. Ada kalanya hatinya gembira berada di sisi
lelaki yang dicintainya selama ini tetapi ada kalanya jua hatinya juga takut
dan bimbang. Munirah sendiri tidak faham kehendak dirinya. Jambangan bunga
orkid itu direnungnya.
Munirah
terkejut apabila tangannya dipegang oleh Dato’ Syed Mohd Kadir.
“Let’s
end this ….”
Bulat
anak mata Munirah mendengar kata-kata yang lahir dari bibir lelaki itu. Kelopak
matanya mula berair. Maksudnya……
“and
start over again.” Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum. Genggamannya semakin erat.
Walauapa yang terjadi aku tak akan berputus asa, aku akan berusaha memenangi
hati wanita yang dicintainya.
“Abang
tahu hati Munirah masih terluka di atas apa yang telah abang lakukan pada
Munirah. Abang menyesal. Jika abang dapat memutarkan masa kembali semula, abang
takkan mensia-siakan hidup Munirah. Kita akan bahagia tetapi apa yang telah
berlaku tak mungkin dapat diputar lagi. Yang ada hanya sekarang. Abang takkan
memaksa Munirah untuk menerima abang sekarang. Abang sangat mencintai Munirah.
Abang hanya mahu untuk bersama Munirah dan anak-anak abang sahaja. Itu impian
abang. Masa yang ada sekarang ini, abang mahu luangkan bersama Munirah, Aleya,
Alisa dan Alina” Dato’ Syed Mohd Kadir merenung wanita yang berdiri di
hadapannya.
Hati
Munirah tersentuh dengan kata-kata itu. Dia terus memeluk suaminya.
Dato’
Syed Mohd Kadir terkejut dengan tindakan Munirah. Tangisan Munirah semakin
kuat. Perlahan-lahan Dato’ Syed Mohd Kadir mengusap bahu Munirah. Adakah
Munirah telah menerima aku semula? Pelukan mereka semakin erat.
***********************************
Senyuman
lebar terukir di wajah Alina. Pasti ibu dah menerima abah. Alina membuat
andaian di sebalik apa yang berlaku tadi. Akhirnya, keikhlasan abah membuka
pintu hati ibu. “So sweet”
Tiba-tiba
satu tamparan mengena belakang Alina.
“sakit
la!” Alina meninggikan suara. Dia menggosak belakan badannya yang sakit itu.
“Acu
memang suka kan !”
Alisa mengetap bibir. Alisa terkejut apabila ibu memeluk lelaki itu.
“memang
pun Acu suka. Apa yang Acu mahu hanya kebahagian ibu dan abah. Bukan seperti
Along dan Angah, hanya mahu melihat ibu dan abah berpisah.” Alina membuat mimic
muka. Yes, aku dah menang.
“Maksud
Acu, kami berdua ni jahat la.”
“Ya.”
“What!”
Alisa meninggikan suaranya. Tiba-tiba dia berasa panas. Kata-kata Alina hampir
membuat gegendang telinganya pecah. Alisa terus bangun.
“memang
betul kan !
Along dan Angah tak mahu lihat abah dan ibu bersama.” Giliran Alina pula
bangun. Suaranya tinggi.
“Acu
dah lupa ke? Siapa yang membuat ibu menderita? Siapa?” Alisa mencekak pinggang.
“Itu
dulu.”
Alisa
ketawa secara tiba-tiba. “ Acu yakin ke? Perangai dia sudah berubah. Acu dapat
lihat isi hatinya ke?”
“Kenapa
Along dan Angah masih tidak dapat menerima abah? Siapa kita untuk menilai apa
yang berlaku? Kenapa Along dan Angah masih
berdegil? Sebagai anak, kita mesti mendoakan yang terbaik untuk abah dan
ibu.”
Aleya
yang masih duduk hanya mendengar pertengkaran mereka berdua. Sesekali dahinya
berkerut. Tiba-tiba Aleya berdiri dan mendekati mereka berdua. Dia sudah tak
tahan lagi
Alisa
dan Alina terkejut dengan kehadiran Aleya. Jelingan tajam Aleya membuat mereka
berdua terdiam. “Kalau nak bergaduh, cari tempat lain! Bergaduh macam
kanak-kanak.” Kata Aleya sebelum meninggalkan mereka berdua.
Mulut
mereka melopong. Tiba-tiba mereka teringat sesuatu, perlahan-lahan menoleh. Badan
mereka berdua kaku apabila melihat ibu bapa mereka sedang melihat ke arah
mereka. Mungkin pertengkaran sebentar tadi menarik perhatian ibu dan abah.
Alina
hanya mampu tersenyum.
Alisa
mengetap bibir dan berjalan mengekori Aleya. Perasaan marahnya masih belum hilang lagi.
19 comments:
bess..cpt update yer lily...heeeeee
yessss!!!!
triplet dh ade blik!!!
oh my.. mcm tak p'caya ada update ni..
thanks... lily
terbaik... ingatkan kemana citer ini menghilang.. dh lama sangat dah xupdate.... best n3 nie
update cepat2 yer... wink2 ^_^
iskandar xserik lg kena tumbuk ngn aleya.. tumbuk je iskandar 2 aleya biar padan muke.. hahahaha
best sgt kak lily.. akhirnye da update citer nie... teruskan update yer..
fighting!!
followwwwwwwwwwwwwwwwwww
best novel nie....
sy baru mula bc...
cpt la smbungannya.....
alah! xkanlh kadir dgn munirah.x syoklh klu gitu.
klu mereka cerai lg elok......
lily next n3 plz.. x sabar nak tau ape lg kejdian yh blaku...
plzzzzzzz........
Salam, Saya nak tanya novel ni dah lama menyepi, tertunggu-tunggu akan disambung atau diteruskan dalam versi cetak...
kak lily nk tnye novel ni dah lama menyepi, tertunggu-tunggu akan disambung atau diteruskan dalam versi cetak...
Salam, rindukan kesudahan novel ni dah hampir 4 bulan menyepi...
salam, bab 43 tak ada ke? saya baru mula baca this week.... mmg best cerita ni.... lain dari yg lain....
bl nk update bab 43 ni..
Nak Tanya bila buku ini nak diterbit
assalamualaikum belum update lagi ke bab 43 dan seterusnya
x sabarnye................................................ bila nak update bab seterusnya...................... :(
Ble novel nie nk update bab yg seterusnye:-(....dh lme sgt memyepi kn..
rindu nk bce bku nie..harap ad tndk bls tg positif...
Post a Comment