Saturday, February 23, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 5

           What! Dia tak mahu ceraikan kau? Otak suami kau tu ada masalah ke? Kenapa pula dia tak mahu ceraikan kau pula? Apa yang dia nak dari kau lagi?” soal Khatijah bertubi-tubi.  Dia masuk ke dalam bilik tidur. Pintu bilik ditutup rapat. Dia geram apabila mendengar cerita sahabat baiknya.
            “Aku pun tak tahu, Khaty! Apa dia nak dari aku lagi? Kenapa dia masih berdendam dengan aku ? Aku menyesal pula datang ke sini.”  Munirah menundukkan kepalanya.
            “Keputusan kau pulang ke Malaysia adalah tepat. Sudah 26 tahun, kau melarikan diri dari semua ni. Dah tiba masanya kau berhadapan suami kau. Kau kena berani menghadapinya.”
            ‘Aku tahu, Khaty. Tetapi apabila aku dengar suara dia saja, badan aku tiba-tiba kaku. Aku takut. Aku ingat aku boleh lupakan apa yang dia pernah buat pada aku dulu tetapi aku silap. Tak mungkin aku dapat melupakannya.” Kelopak mata Munirah mula berair.
            “Munirah! Kau kena kuatkan semangat. Kau mesti cekal. Kau anggaplah semua ini dugaan dari-Nya. “ Khatijah cuba memujuk Munirah.
            “Aku tahu, Khaty! Apa sahaja yang berlaku pada aku selama ini, aku reda. Dah takdir aku macam ni!” Munirah segera mengesat air
            “So apa kau ni buat selepas ini?”
            “Aku tetap dengan keputusan aku. Aku akan bercerai dengan dia. Selepas keadaan dia stabil, aku akan berjumpa dengan dia lagi. Aku kena pulang sebelum hari ahad ni jika tidak ....Alisa akan datang ke Malaysia, jemput kami berdua pulang.”
            “Apa!”
            “Aku pun tak mahu duduk lama di sini. Hati aku tak tenteram . Lagipun, aku tak mahu Alisa terserempak dengan Dato’ Kadir. Kau kenal kan dengan sikap Alisa? Aku tak mahu keadaan bertambah rumit.”
            “Aku faham!”
            “Oklah, Khaty! Esok aku call kau lagi.”
            “Baiklah!” Khatijah merenung telefon bimbit miliknya. Khatijah melepaskan keluhannya dengan kuat. Kenapalah nasib kau macam ni, Munirah? Dari satu masalah ke satu masalah menimpa kau!
           

**************************

            Maria berdiri di sebelah katil sepupunya. “Bagaimana dengan keadaan Abang Kadir sekarang ni? Kenapa abang tak berehat? Maria terkejut apabila mendapat panggilan dari Nazri.” Maria merenung sepupunya. Dia bimbang.
            Nazri berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Dia masih memantu keadaan Syed Kadir.
            “Munirah nak bercerai dengan aku.” beritahu Dato Syed Mohd Kadir.
            Maria menarik nafas panjang dan melepaskan keluhan kuat. Dia terus duduk di kerusi.
            “Jadi Maria tahulah tentang hal ini .....” nada suara Dato Syed Mohd Kadir meninggi. Dia tak sangka Maria rahsiakan perkara ini .
            “Kalau Maria di tempat Kak Munirah, pasti Maria lakukan perkara yang sama!” ujar Maria. Walaupun Kak Munirah tak beritahu tentang perkara ini, tetapi aku sudah dapat menduga.
            “What!”
            “Selepas apa yang telah abang Kadir buat pada Kak Munirah, abang Kadir ingat dengan mudah Kak Munirah menerima abang Kadir  semula di dalam hidupnya. Walaupun Kak Munirah telah memaafkan abang Kadir namun parut yang ada di dalam hati Kak Munirah tak mungkin hilang begitu saja. Sehingga mati pun, Kak Munirah takkan lupa. Memori yang ada pada Kak Munirah mengenai abang Kadir adalah derita.”
            “Maria! Bukan ke selama ini Maria mahu melihat kami berdua bersama. Menjadi sebuah keluarga bahagia. Bukankah itu yang maria pinta selama ini?” Dato Syed Mohd Kadir geram mendengar kata-kata Maria. Wajahnya merah.
            “Itu dulu! Sekarang lain! Abang Kadir, cukuplah. Lepaskan Kak Munirah! Biarlah dia bebas dan mencari teman hidupnya yang baru. Anggaplah antara Abang Kadir dan Kak Munirah tiada jodoh.” Pujuk Maria.
            “Maria! Apa yang Maria cakapkan ni?” Dato Syed Mohd Kadir tidak percaya dengan apa yang keluar di mulut adik sepupunya. Biarkan Munirah mencari teman baru ...aku tak biarkan itu berlaku. Munirah hak aku! Aku tak akan membiarkan mana lelaki mendekati Munirah.
            “Auntie Maria, Uncle Kadir masih belum sihat lagi!” Nazri mencelah. Dia bimbang.
            “Auntie tahu, Nazri. “ Maria menoleh ke arah Nazri.  Pandangannya dialihkan semula kepada Syed Kadir “ Abang Kadir fikirlah! Jangan degil. Tunaikan saja pemintaan Kak Munirah. ”  Maria bangun. “Maria balik dulu.” Maria melangkah keluar. Itulah jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.
            Dato Syed Mohd Kadir mengetap bibir. “Walau apa yang terjadi, aku takkan lepaskan Munirah. Munirah adalah isteri aku dan ibu pada anak aku. Tempat Munirah sebenarnya di sisi aku. Aku takkan biarkan Munirah pergi jauh lagi.” Dato’ Kadir menggenggam erat tangannya.
            Nazri hanya diam memerhati.

                                    ****************************************



            Kartika terkejut melihat wanita bertudung litup yang berada di dalam bilik suaminya. Dia kenal benar dengan wanita itu walaupun sudah 26 tahun mereka tak bertemu. Kartika mengetap bibirnya menahan geram.
“Kau....Kau buat apa kat sini, Munirah!” jerit Kartika dan terus mendekati Munirah. Satu tamparan hinggap di pipi Munirah. Semua orang yang berada di situ terkejut dengan tindakan Kartika.
            Munirah memegang pipinya yang terasa sakit akibat tamparan Kartika.
            “Ibu.” Alina terus mendekati ibunya.
            “Kartika, kau ni kenapa?” marah Dato Syed Mohd Kadir.
            “Ibu!” Bulat mata Kartika merenung wanita yang berdiri sebelah Munirah. Takkanlah...Bibir Kartika terketar-ketar cuba menyatakan sesuatu.
            “Ini Alina. Anak aku dan Munirah. Satu-satunya anak tunggal aku dan juga pewaris aku” Beritahu Dato Syed Mohd Kadir.
            “Apa! Tak mungkin! Mustahil. Kau...Kau saja rekakan cerita kan? Kau tahu suami aku sakit sebab itu kau balik dan bawa perempuan ni mengaku sebagai anak suami aku. Kau ingat aku tak tahu niat kau yang sebenarnya. Kau nak bolot semua harta suami aku kan.” Marah Munirah. Kehadiran madunya menggugat kedudukkannya.
            “Kartika! Alina, anak aku! Aku tahu Alina anak aku. Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan. Alina anak tunggal aku. Pewaris bagi semua kekayaan aku.”
            “Abang percaya ke cakap perempuan ni.Entah-entah dia saja nak perangkap dan balas dendam kat abang. Entah anak siapa yang dia mengandungkan kemudian dengan senang mengaku anak orang lain sebagai anak abang. 26 tahun, macam-macam boleh berlaku.”
            “Kau tak payah la nak mengapi-apikan aku, Kartika. Aku tak buta lagi. Aku tahu Alina anak kandung aku. Seorang bapa akan mengenali anaknya sendiri. Naluri aku kuat menyatakan Alina anak aku.”
            “Kartika, kak balik sini sebab kak dapat tahu Dato’ Kadir sakit. Itu saja. Kak tak ada niat lain pun.” Ujur Munirah dengan lembut. Dia tak nak keruhkan keadaan.
            “Hey, perempuan! Kau jangan nak tunjuk baik dengan aku. Kau ingat aku tak tahu apa yang bermain di fikiran kau sekarang ni. Kau memang nak balas dendam kat aku kan. Kau tahu suami aku sakit lepas tu kau terus balik ke sini kan. Kau memang cerdik.”
            “Kartika! Aku yang pujuk Kak Munirah balik ke sini datang jumpa Abang Kadir.” Maria mencelah. Maria tak dapat menahan lagi. Perangai Kartika ni memang melampau.
            “Apa! Kau! Kau ni memang suka jaga tepi kan orang kan! Aku tahu dari dulu lagi kau tak sukakan aku. Jadi kau ambil peluang ni untuk sakitkan hati aku kan!”
            “Aku memang tak sukakan kau! Puas hati. Itu yang kau nak dengar kan. Kau sedar diri kau dulu! Siapa yang datang dulu dalam hidup Abang Kadir sebelum kau, hah!”
            “Kau!” Kartika merenung Maria seolah-olah ingin ditelannya.
            Munirah dan Alina hanya terdiam membisu. Apa yang berlaku sekarang ni memang di luar jangkaan.
            “Sudah! Kartika, kau balik. Balik!” jerit Dato Syed Mohd Kadir. Dia sudah penat melayan kerenah Kartika.
            “Abang!” Kartika tak puas hati.
            “Aku kata balik. Kau nak aku panggil pengawal ke untuk heret kau keluar.” Dato Syed Mohd Kadir memberi amaran.
            Kartika menghentak kakinya beberapa kali. Dia melihat ke arah Munirah. “Hal kita belum berakhir lagi. Kau ingat!” Kartika memberi amaran sebelum berlalu keluar.
            Dato Syed Mohd Kadir mengeluh. Pandangannya dialihkan pada Munirah yang hanya diam membisu. Pasti sekarang ni, Munirah akan tetap ingin meminta cerai darinya. Dia faham benar dengan perangai Munirah yang sentiasa beralah dengan orang. Aku takkan ceraikan kau, Munirah. Takkan!
                                     **************************************

            Alina memberi tuala yang telah direndam air suam kepada ibunya untuk diletakkan pada pipi kanan ibunya yang lebam. Munirah tersenyum dan perlahan-lahan Munirah meletakkan tuala itu dipipinya. Dahinya berkerut sedikit.
            “Sakit ke, ibu?”  Alina risau.
            “Sikit je!”
            “Tadi tu..isteri kedua abah ke?”
            “Ya. Namanya Kartika. Datin Kartika.”
            “Tak sangka dia macam tu.” Ucap Alina. Dia terkejut bila wanita itu tiba-tiba menampar ibunya.
            “Biasa la. Itu tindakan yang selalu dilakukan oleh setiap wanita bila dia rasa dirinya terancam lebih-lebih lagi bila ada perempuan dekati suaminya. Itu perkara normal jika kita ni hidup bermadu.”
            “Tapi ibu isteri pertama abah! Dia patut hormat ibu sebagai isteri pertama.”
            “Acu, perkahwinan antara ibu dan Dato’ Kadir diatur oleh keluarga bukannya atas dasar cinta. Ibu hanya anak pekebun keluarganya. Ibu tak setaraf. Lagipun dia tak mencintai ibu. Ibu sedar siapa ibu dalam hidup dia.” Munirah cuba tersenyum walaupun terasa pahit bila mengenangkan peristiwa dulu.
            “Ibu cintai abah?” soal Alina ingin tahu.
            Munirah terkejut dengan pertanyaan anak bongsunya. Dia terdiam seketika.
            Alina perasaan akan perubahan wajah ibunya. “Aaa...sekarang ni macam mana, ibu?” Alina cuba mengubah topik.
            “Maksud Acu ......”
            “Auntie Kartika dah tahu ibu balik pasti dia takkan biarkan perkara ni begitu saja. Yang menjadi masalah sekarang ni, kalau kita tak balik minggu depan. Pasti Angah akan datang. Abah pula tak nak ceraikan ibu. Sekarang ni masalah semakin complicated.” Alina risau.
            “Itulah yang merisaukan ibu. Ibu tak nak rumahtangga Dato’ Kadir porak peranda disebabkan ibu. Kalau ikutkan hati, ibu mahu selesaikan perkara ini dengan segera tapi tahap kesihatan Dato’ Kadir sekarang ni, ibu tak boleh bertindak terburu-buru. Acu tak kisah kan, ibu bercerai dengan Dato’ Kadir?”
            “Ibu! Acu tak kisah. Apa yang ibu rasa terbaik, ibu buat saja. Acu sentiasa akan menyokong keputusan ibu.” Alina hanya ingin ibunya bahagia saja.
            Munirah tersenyum. Dia tahu Alina seorang yang bertimbang rasa dan berfikiran terbuka.
            “Ibu! Kalau....kalau....Along dan Angah dapat tahu auntie Kartika tampar ibu pasti, teruk akibatnya kan!” Tiba-tiba teringat kakak kembarnya.
            Munirah hanya menggelengkan kepalanya. “Jadi, Acu kena rahsiakan perkara ni dari mereka! Boleh tak?”
            “Ok!” Alina ketawa kecil. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Alina melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Wajah Alina berubah. Alina teragak-agak untuk menjawab panggilan itu.
            “Siapa?”
            “Along.....” Alina membuat mimik muka. Tahu-tahu saja orang tengah cakap pasal mereka.

                                    *******************************

            Sebaik saja tiba di ruang tamu, Kartika membaling beg tangannya. Dia menjerit sekuat hati. Kartika menumbuk sofa yang berada di hadapannya. Sakit hatinya bila mengingatkan kembali apa yang berlaku. Sanggup suaminya sendiri memalukan dirinya malah menghalau dia keluar. Kartika menjerit sekali.
            “Mama! Eee....terjerit-jerit macam orang gila. Kacau Su nak tidur.” Suhaila mendekati ibunya. Begitu juga Sofea yang berada di belakang adiknya. Mereka masih lagi memakai gaun tidur.
            “Jangan cuba nak naikkan darah mama, sekarang ni mama tengah bengang! Bengang!” jerit Kartika lagi.
            “Mama!” Sofea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Suaranya ibu menyakitkan telinganya. Dah semalam dia balik pukul 6 pagi. Ingatkan nak tidur lama sikit tapi jerit ibunya mengganggu tidurnya. “Sekarang masalah apa pulak? “ Sofea terus duduk.
            “Dia dah balik. Dah balik.”
            “Siapa?”
            “Munirah!”
            “Siapa Munirah?” soal Suhaila. Berat matanya untuk buka.
            “Isteri pertama papa kau! Kenapa bengap sangat?” marah Kartika.
            “Ooo....Apa masalahnya sekarang ni?” Sofea tak faham kenapa ibunya perlu gelabah seperti ini.
            “Ee.....kenapa la aku ada anak bodoh macam kamu berdua ni?” Kartika terus menolak kepala anak-anaknya yang masih separuh tidur. Dia geram bila anaknya langsung tidak mengambil peduli apa yang berlaku.
            Sofea dan Suhaila terjaga bila ibu mereka menolak kepala mereka dengan kasar. “Mama! Sakit la.” Sofea marah apabila diperlakukan begitu.
            “Dengar sini baik-baik! Sekarang ni papa kau dah ada pewaris. Segala yang dimiliki oleh kita sekarang ni akan diambil oleh anaknya.Jangan harap la kita dapat satu sen pun” Kartika teringat wanita yang berdiri di sebelah Munirah. Sepasang mata yang miliki wanita itu membuat dia yakin wanita itu benar-benar anak suaminya.
            “Apa maksud mama?” Sofea terkejut dengan kata-katanya ibunya. Matanya bulat sebaik saja mendengar perkara yang berkaitan dengan duit.
            “Papa kau dan perempuan tu ada anak perempuan. Segala harta papa kamu akan jatuh ke tangan perempuan tu.”
            “Ini tak adil mama!” Suhaila bersuara. Dia tak nak kemewahan yang dikecapinya sekarang ni hilang begitu saja hanya disebabkan kemunculan wanita yang tiba-tiba menjadi anak kandung papa.
            “Kita kena buat sesuatu, mama!” kata Sofea mula risau. Dia tak nak hidup miskin.
            “Kau ingat mama akan berdiam diri saja! Takkan. Tahulah macam mana mama nak ajar perempuan tu dan anaknya.” Kartika menggenggam erat tangannya.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...