Thursday, May 23, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 16


            Kartika terkejut bila ada tangan yang menghalangnya dari membuka pintu kereta BMW X6 hitam miliknya. Kartika merenung wanita muda yang berkemeja biru muda dan berseluar jeans itu.
            “Kita perlu berbincang, Datin Kartika.” Alisa merenung wanita yang berbaju gaun ketat separas lutut itu. Dah tua-tua pun tak sedar diri lagi, perasaan diri muda la tu.
            Kartika tersenyum sinis. “Kau nak apa?”
            Alisa ketawa kecil bila mendengar pertanyaan wanita itu. “Tujuan Lina jumpa Datin Kartika hari ini sebab nak beri amaran pada Datin supaya jangan ganggu ibu lagi.”
            “Kau siapa nak beri arahan pada aku, hah!”
            “Datin! Datin ingat Lina tak tahu apa rancangan Datin pada ibu dan Lina?” Alisa tersenyum.
            Kartika tergamam. Apa maksud budak ni? Dia tahu ke plan aku? Mustahil.
            “Untuk pengetahuan Datin, segala gerak-geri Datin …. Lina tahu. Datin pergi mana? Datin jumpa siapa? Pukul berapa? Semua Lina tahu.”
            Bulat mata Kartika sebaik saja mendengar pengakuan Alisa. “Kau!”
Jerit Kartika menahan marah.
            “Apa! Datin ingat Datin seorang saja yang boleh upah orang ekori ibu? Ini Alina. Sesiapa yang telah cederakan keluarga Lina lebih-lebih ibu Lina, Lina takkan biarkan begitu saja.”
            “Hey, kau siapa nak lawan aku, hah! Kau tu masih mentah. Oooo…depan mak ayah kau, kau pandai berpura-pura baik tetapi sebenarnya kau ni jahat.” Kartika bengang. Berani dia nak ugut aku.
            “Suka hati la, Datin nak cakap! Kalau nak banding Datin dengan Lina, Datin lebih jahat lagi.” Perli Alisa.
            “Kau!” Kartika terus mengangkat tangannya dan ingin menampar Alina. Tangannya terhenti bila melihat Alina juga telah mengangkat tangan dan ingin menamparnya juga.
            ‘Apa lagi! Tampar la. Ingat Lina tak berani nak tampar Datin ke?” Bulat mata Alina merenung Kartika.
            Kartika mengetap bibir menahan geram. Ingatkan perangai budak perempuan sebiji seperti ibunya tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya anak Munirah ni bukan sebarangan. Kartika terus menurunkan tangannya.
            “Ibu tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir. Datin Kartika kena bersabar. Lina akan pastikan ibu menceraikan Dato’ Kadir. Lelaki itu tidak layak menjadi suami ibu. Oleh itu, Datin sepatutnya tahu apa yang perlu Datin lakukan. Mulakanlah peranan sebagai isteri yang baik. Jangan pulak habiskan masa dengan anak-anak ikan peliharaan Datin. Mereka tu sekadar hiburan saja, betul tak!” Alina tersenyum sinis.
            “Kau jangan cuba nak ajar aku!” marah Kartika. Jarinya ditunjukkan tepat ke Alina.
            “Lina tak ada niat nak ajar Datin lagipun siapalah Lina untuk mengajar Datin tentang kesetiaan pada suami. Datin lebih berpengalaman dari Lina. So, don’t mess up with me because I’m not Alina. Oh ya, sebelum terlupa! Jangan ganggu hidup kami lagi, jika tidak gambar-gambar yang tak sepatutnya orang lain tahu akan sampai ke tangan pihak media. Datin pasti kena jaga resputasi Datin, kan” Alisa tersenyum. Dia terus memakai cermin mata hitam D&G. Senyuman masih terukir di bibirnya. Alisa berjalan meninggalkan Kartika dan terus masuk ke dalam kereta Mazda 3 putih miliknya.
            Kartika mengenggam erat beg tangan Bonia miliknya. Kau ingat kau layak nak berlawan dengan orang yang makan garam dulu dari kau, hah! Tunggu la nasib kau selepas ini. Kartika merenung kereta milik Alina yang meluncur laju meninggalkannya.

                                                ****************************
           
            “Awak, tolong la faham! Antara kita sudah tak ada harapan lagi! Hubungan kita sudah putus sejak awak halau Munirah keluar dari rumah awak 26 tahun yang lalu. Tolong la, Munirah tak mahu disebabkan Munirah, rumahtangga yang dibina oleh awak dan
Kartika musnah. Munirah tak nak menjadi orang ketiga. Tolonglah faham keadaan Munirah. Munirah nak selesaikan semua ini dengan cara baik.” Jelas Munirah. Dia sudah tak tahu perkataan apa lagi yang perlu digunakan agar Dato’ Syed Mohd Kadir faham akan situasinya sekarang ini.
            “Perkahwinan abang dan Kartika dah lama bergoyang. Hanya tunggu masa untuk runtuh saja. Selama ini abang tak pernah berasa bahagia walau seminit pun sepanjang kami bergelar suami isteri. Mungkin ini balasannya selepas apa yang abang pernah lakukan pada Munirah dahulu.” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir  perlahan. Sayu hatinya bila mengenangkan sikapnya pada Munirah dahulu.
            “Semua itu dah berlalu. Munirah terima dan reda. Mungkin itu suratan takdir Munirah yang perlu Munirah hadapi. Awak tak perlu memikirkan semua ini lagi. Munirah takkan minta satu sen pun duit dari awak. Munirah nak kita berpisah secara baik.” Jelas Munirah dengan lembut. Selepas keluar dari hospital, telefon bimbit Samsung  miliknya tidak henti berbunyi. Munirah tahu siapa pemanggilnya. Alisa tidak membenarkan dia menjawab panggilan itu tetapi hari ini dia menjawab panggilan tersebut kerana menyangka panggilan tersebut dari Maria. Nama Maria tertera di skrin telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Munirah terus menjawab panggilan tersebut namun sangkaanya meleset sama sekali sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah Kadir.
            “Tidak! Abang takkan berpisah dengan Munirah sampai mati pun Munirah tetap isteri abang.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir. Perkataan cerai begitu sensitive baginya. “Munirah, cuba Munirah fikir tentang Alina! Anak kita.”
            “Mereka sudah besar. Mereka tidak membantah bila Munirah membuat keputusan ini.”
            “Mereka?” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut. Mereka? Siapa lagi yang Munirah maksudkan?
            Munirah tergamam. Aku sudah terlepas cakap. “Aaa…Alina! Mereka tu Munirah maksudkan Alina.” Munirah cuba menutup kesalahannya.
            “Ooo…Abang ingatkan abang ada anak lain selain Alina!” Dato’ Syed Mohd Kadir  mengeluh.
            Munirah menelan air liurnya. Pahit! Kalaulah dia tahu selain Alina ada lagi Aleya dan Alisa pasti  dia berkeras enggan ceraikan aku.
            “Munirah!” panggil Dato’ Syed Mohd Kadir. Senyap.
            Munirah tersentak bila namanya dipanggil. “Ya”
            “Munirah walau apa yang terjadi, abang tetap takkan cerai Munirah. Talak terletak di tangan suami. Selagi abang masih bernyawa abang takkan ceraikan Munirah. Abang takkan lakukan perkara yang sama lagi. Di mana Munirah dan Alina bersembunyi sekarang ini, abang tetap akan cari sehingga dapat.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir  sebelum mematikan perbualan mereka.
            Munirah tercengang. Kata-kata terakhir Dato’ Syed Mohd Kadir  membuat hati Munirah resah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Munirah terkejut.
            “Kenapa ni ibu macam nampak hantu saja?” kata Alisa menutup pintu rumah. Dia memandang kea rah ibunya yang terkejut melihat dirinya.
            “Angah! Lain kali kalau masuk rumah, berilah la salam! Ini main masuk saja. Mana ibu tak terkejut.”
            “Mulut Angah ni dah kebas beri salam tapi tiada siapa jawab pun. Ibu cakap dengan siapa tadi.” Alisa melihat telefon bimbit yang dipegang oleh ibunya.
            “Khaty!” bohong Munirah. Kalaulah Alisa tahu siapa sebenarnya yang menelefon sebentar tadi pasti Alisa akan mengamuk.
            “Oooo…Auntie Khaty rupanya. Mesti dia rindu kat ibu.”
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya. “Angah pergi mana tadi?” soal Munirah.
            “Jumpa kawan sekejap.” Pantas Alisa menjawab. Dia tak mahu ibu tahu yang dia sebenarnya berjumpa dengan Datin Kartika. “Ibu, Angah nak pergi sembahyang Asar dulu. Selepas tu Angah masak dan kita makan sama-sama ye!” Alisa tersenyum. Langkahnya diatur kemas berjalan menuju ke biliknya.
            Munirah merenung Alisa dengan pandangan yang pelik. Dia dapat rasakan Alisa cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Perlahan-lahan Munirah duduk di sofa. Dahinya berkerut. Munirah mengeluh kuat. Sekarang ni fikirannya berserabut memikirkan Dato’ Kadir dan juga anaknya.

                                                ****************************

            Dato’ Syed Mohd Kadir  meletakkan telefon bimbit Nokia 8500 milik di dalam poket bajunya. Langkahnya diatur kemas menuju ke balkoni di biliknya. Dato’ Syed Mohd Kadir melihat awan hitam sedang berarak menuju ke destinasinya. Pasti petang ni akan hujan. Namun fikirannya masih memikirkan tentang Munirah. Wanita yang menjadi pilihan keluarganya.
            “Apa! Kahwin dengan anak Pak Rahman!” Dato’ Syed Mohd Kadir  terkejut bila ayahnya, Tan Sri Harun menyampaikan hasratnya untuk menjodohkan dia dengan anak tukang kebun rumah mereka. Matanya tepat merenung ayahnya. “Abah sedar tak, apa abah cakapkan tadi. Pak Rahman tu tukang kebun rumah kita! Tukang kebun. Mereka tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita.”
            “Kadir! Jaga sikit bahasa kamu tu! Pak Rahman dan keluarganya bukan orang lain. Mereka sebahagian dari keluarga kita. Sudah lama Pak Rahman berkhidmat dengan keluarga kita sejak kamu kecil lagi, Pak Rahman sudah bekerja dengan kita.Keluarga kita terhutang budi pada Pak Rahman. Kamu jangan lupa tentang siapa yang selamatkan kamu sewaktu kamu hampir lemas semasa kamu kecil.”marah Tan Sri Harun. Kata-kata anak tunggalnya itu benar-benar mengguris hatinya. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Ketika itu mereka sekeluarga sedang bercuti di rumah persinggahan mereka di Johor. Pak Rahman adalah pekerja yang bekerja di rumah persinggahannya di Mersing,Johor.
            “Itu Kadir tahu. Abah tak payah la nak mengingatkan Kadir tentang semua itu. Kalau iya pun, abah nak balas budi Pak Rahman kenapa mesti abah suruh Kadir kahwin dengan anak Pak Rahman. Banyak lagi cara abah boleh lakukan untuk membalas budi Pak Rahman. Bagi tanah ke? Duit ke? Rumah ke? Syarikat ke? Semua itu abah boleh beri kan! Kenapa mesti paksa Kadir kahwin dengan perempuan itu?”
            “Kadir!” Tan Sri Harun terus bangun dari sofa.
            “Kadir, ibu tak sangka Kadir sanggup cakap begitu. Ibu tak pernah ajar Kadir merendah-rendahkan maruah orang lain. Hutang budi kita pada Pak Rahman tak boleh diukur dengan wang ringgit.” Puan Sri Farhana bersuara. Sejak pulang dari belajar luar negara, perangai anak tunggalnya itu berubah sama sekali. Kaki mabuk! Kaki perempuan!
            “Dengan mengahwinkan Kadir dengan perempuan itu, bukan tindakan yang bijak. Mereka tu hanya nakkan nama dan harta kita saja. Dasar mata duitan. Sanggup jualkan anak sendiri demi wang ringgit. Entah-entah anak perempuan Pak Rahman tu perangainya seperti perempuan pisau cukar di luar sana. Low class.” Hina Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia berkeras takkan setuju dengan hasrat ayahnya itu. Nak jadi apa pun jadilah.
            Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Dato’ Syed Mohd Kadir. Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Matanya tepat merenung ibunya yang sedang merenungnya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
            “Kadir! Kamu jangan samakan Munirah dengan perempuan-perempuan yang berdampingan dengan  kamu. Munirah budak baik. Kadir tak kenal Munirah lagi, jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan! Ibu percaya Munirah adalah wanita yang sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kamu, Kadir.” Marah Puan Sri Farhana. Baginya Munirah adalah wanita yang baik.
            “Ibu! Orang yang nak kahwin adalah Kadir bukannya ibu. Kadir tetap tak setuju. Ini keputusan muktamad Kadir. Kadir takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu. Apa ni jadi, jadilah!” jerit Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo yang tersergam indah itu Tan Sri Harun dan Puan Sri Farhana kecewa dengan sikap anak mereka.
            Lamunan Dato’ Syed Mohd Kadir  terganggu bila mendengar ketukan pintu. Dia menoleh. Pintu bilik terbuka. Dato’ Syed Mohd Kadir  tersenyum bila melihat kedatangan Zahari. Wasiatnya perlu diubah.
            “Assalammualaikum, Uncle” Zahari melangkah dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Waalaikumussalam ….Duduklah, Zahari!”
            “Jauh uncle termenung …..Ada apa-apa ke?”
            ‘Tak adalah. Hanya terkenang perkara lalu. Oh ya, tentang Fuad! Di mana Fuad sekarang ni?
            “selepas bersara, Uncle Fuad balik ke kampung halamannya ….di Aru, Perlis.”
            “Kalau begitu, jom kita pergi sekarang.” Tiba-tiba Dato’ Syed Mohd Kadir bangun. Dia ingin bersemuka dengan Fuad.
            “But Uncle ….Uncle Fuad sedang menunaikan umrah sekarang ni. Next week baru Uncle Fuad balik.” Beritahu Zahari. Pasti Uncle kecewa sekarang ni.
            “Apa!” Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir berubah. Dia mengeluh kuat.
            “Selepas Uncle Fuad balik, kita akan berjumpa dia di sana. Uncle, jangan risau. Uncle mesti berjumpa dengan Uncle Fuad. Dia mesti jelaskan segala-galanya pada Uncle. Aaa….masih tiada berita mengenai Auntie Munirah dan Alina ke?”
            “Uncle dah mati akal sekarang ni? Panggilan Uncle pun tidak dijawab. Kenapa mesti mereka menyembunyikan diri dari Uncle? Apa salah Uncle? Perangai Alina sejak kebelakangan ni banyak berubah. Lina tak peramah seperti dulu. Perangai Alina pun pelik semacam. Tak sama semasa awal perkenalan dulu.” Dato’ Syed Mohd Kadir meluahkan apa yang tersimpan di hatinya. Hatinya sedikit terguris. Dia kembali duduk di sofa.
            “Zahari pun sama, Uncle. Perangai Alina lain macam saja. Sekelip mata berubah seperti orang lain.”
            “Mungkin Alina marah kat Uncle di atas semua yang terjadi terhadap Munirah.”
            “Sabarlah, Uncle. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua yang berlaku.” Zahari cuba memujuk Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Ok! Shall we?” Dato’ Syed Mohd Kadir kembali tersenyum. Dia hampir sahaja terlupa tujuan kedatangan Zahari di situ.
            Zahari hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda sedia.
           

                                    **********************************

            Munirah meletakkan secawan kopi di hadapan ayahnya yang sedang duduk di pangkin kayu. Munirah melihat ayahnya yang begitu asyik merenung laut biru yang terbentang luas. Kehadirannya di situ tidak disedari. Pasti ayah masih memikirkan permintaan Tan Sri Harun.
            “Ayah, kopi dah siap.” Akhirnya Munirah bersuara. Kalau dah sejuk, pasti tak sedap.
            Pak Rahman menoleh dan tersenyum melihat anak tunggalnya. “Kenapa Munirah tak goreng pisang awak yang ayah bawa balik dari kebun tu?” soal Pak Rahman . Hanya air kopi saja. Waktu  ni kalau makan pisang goreng mesti sedap.
            “Tak masak lagi, ayah. Esok pagi baru Munirah boleh goreng.” Munirah tersengih. Pisang goreng adalah makanan kegemaran ayahnya. Setiap kali minum petang, pisang goreng mesti disertakan bersama.
            “Ya ke?” nada suara Pak Rahman hampa. Dia minum air kopi dengan perlahan-lahan. Setelah selesai minum, Pak Rahman meletakkan kembali cawan itu di atas piring.
“Tentang permintaan Tan Sri Harun ……”
            Munirah memandang tepat ke arah ayahnya. “Kita ni pipit, ayah. Mereka tu enggang. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Kita orang kampung. Tiada pangkat. Tiada harta. Lagipun Munirah belajar sampai STPM je.” Jelas Munirah. Permintaan majikan ayahnya, Tan Sri Harun begitu berat untuk diterimanya.    
            “Jadi, Munirah menolak hasrat mereka.”
            “Ya, ayah!Mungkin Tuan Syed Kadir mempunyai pilihannya sendiri. Munirah tahu Tan sri dan Puna Sri telah banyak berjasa kepada keluarga kita. Kos pembedahan jantung ayah pun mereka yang tanggung. Munirah sedar semua itu.Munirah takkan lupa jasa mereka seumur hidup.”
            Pak Rahman mengeluh. Dia pun sependapat dengan Munirah. Dia tak akan memaksa Munirah. Dia hormati keputusan Munirah. “Jika begitu keputusan Munirah, ayah faham Esok ayah akan telefon Tan Sri Harun. “ Pak Rahman mengangguk kepalanya beberapa kali. Walaupun begitu berat untuk menolak permintaan Tan Sri Harun, namun dia harus memikirkan kebahagiaan Munirah.  Dia tak akan memaksa Munirah.
            “Terima kasih, ayah” Munirah tersenyum lebar. Hilang sedikit perasaan resah yang terbuku di hati.
            “Ibu!”
            Munirah terkejut apabila Alisa memegang tangannya secara tiba-tiba. Lamunannya terhenti. “Angah, jangan selalu buat ibu terkejut. Hampir nak tercabut jantung ibu.” Munirah mengurut dadanya beberapa kali.
            “Ibu, berangan ke? Dah banyak kali Angah panggil ibu tapi ibu buat tak tahu je.” Dahi Alisa sedikit berkerut. Apa yang sedang difikirkan oleh ibu? Tentang lelaki tu ke?
            “Salah ke kalau ibu berangan?” Munirah tersengih. Dia membetulkan kedudukan di kerusi. Selesa sikit.
            “Tak salah malah digalakkan lagi!”
            Munirah ketawa kecil. “Cantik-cantik ni, nak pergi mana? Ada date ke?” usik Munirah melihat Alisa memakai kemeja merah berbunga putih.
            “Tak ada masa nak date. Ibu, Angah nak kejap jap. Beli novel. Boring la. Ibu nak ikut tak?”
            “Hmm…malas la. Angah pergi la.”
            “Ok. Ibu ada apa-apa nak pesan?”
            “Nothing.”
            “Ok! Angah pergi sekejap je.” Alisa menghulurkan tangan dan bersalam dengan ibunya sebelum berlalu keluar. 

2 comments:

eija said...

gila lah datin kartika 2..siap bela ank ikan..mmg btl2 xigat allah..ish..yg munirah nie..awat lah nk tgu mx diceraikn.. mx fasak xleh ke... alahai sje nk mrumitkn keadaan..

Unknown said...

bila nak terbitkan kat pasaran..xsabar nak baca sampai ending.....

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...