Wednesday, June 12, 2013

Satu Dua Tiga 2013

Bab 18


            “Assalamualaikum …ibu.” Aleya tersenyum selepas panggilan telefon dijawab. Dia baru saja tiba di KLIA. Selepas ini, dia akan menaiki pesawat ke Pulau Langkawi pula.
            “Waalaikumussalam …Along dah tiba di Malaysia ke?” Nada suara Munirah riang. Dia teringin berjumpa dengan anak sulungnya. Dah sebulan tak berjumpa. Dia sangat rindukan Aleya.
            “Baru saja. Ibu, sihat? Macam mana dengan tangan ibu? Dah okey sikit ke?”
            “Ibu sihat. Tangan yang patah ni …it take time to recover.”
            “Along …minta maaf ibu sebab tak dapat berjumpa dengan ibu.” Aleya berasa bersalah. Sepatutnya aku jumpa ibu tetapi mamat tu ….nak sangat jumpa aku petang ni .
Hish…menyampah aku! Nasib baiklah, kau tu client aku. Jika tak, dah lama aku lenyek kau jadi pankek.
            “Tak apa. Ibu faham. Dah kerja kan!”
            Tiba-tiba Aleya mengeluh dengan kuat.
            “What wrong, Along?” Dahi Munirah sedikit berkerut apabila mendengar keluhan Aleya. Along ada masalah ke?
            “Ibu …Sebenarnya, client Along adalah Syarikat Jaya Bersatu.”
            “Apa! Itu syarikat Dato’ Kadir.” Munirah terkejut besar. Aleya tak pernah pun cerita pada aku tentang hal ini.
            “Yeah, I know!”
            “Along akan berjumpa dengan Dato’ Kadir ke?” Munirah resah.
            “Tak. Along akan  berurusan dengan Tengku Iskandar.”
            “Iskandar!”
            “Anak tiri Auntie Maria.”
            “Ooo…..Macam mana Along boleh terima projek tu? Maksud ibu …..”
            Sebelum sempat Munirah menghabiskan kata-katanya, Aleya mencelah. “Honestly, I don’t want to accept this project ….but he keeps annoying me. Along tak mahu ada apa-apa kaitan dengan lelaki tu. Huh …ini adalah projek pertama dan terakhir Along dengan Syarikat Jaya Bersatu. Along akan siapkan kerja Along dengan segera. Selepas tu, Along akan balik ke KL.” Jelas Aleya.
            “Baiklah.”
            “Can I ask you something?”
            “Apa dia?”
            “Hmmm….Sebelum ni, ibu dan Acu ada jumpa dengan Tengku Iskandar tak?”
Soal Aleya ingin tahu. Jika Iskandar pernah jumpa Acu, apa alasan yang aku nak beri ni? Wajah kami sama.Pasti dia tahu aku ni ….anak lelaki tu.
            “Tak! Ibu tak pernah jumpa pun Iskandar. Ibu hanya jumpa Maria dan Tengku Ismail saja.”
            “Baguslah.” Aleya menarik nafas lega.
            “Kenapa? Takut ke?” Munirah tersenyum. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Aleya sekarang ni.
            “No. Along tak mahu keadaan menjadi kelam-kabut saja. Angah tengah buat apa, ibu?” soal Aleya.
            “Pergi market.”
            “Oo…Ok, I have to go now. Take care, ibu. Kirim salam pada Angah ye.” Ujur Aleya sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.
           
                                                ****************************

Alisa menutup pintu kereta Mazda miliknya dengan kasar. Matanya tepat merenung banglo mewah yang tersergam indah di hadapannya. Kalau diikuti hati, mahu saja aku bom rumah tu! Alisa menggengam erat tangannya menahan marah. Darah yang masih mengalir di tangan kirinya tidak dipedulikan langsung. Walaupun terasa sakit tapi Alisa membiarkannya, apa yang penting sekarang ni adalah bersemuka dengan perempuan tua. Perasaan marah sudah tidak dapat ditahan lagi. Sewaktu dia ingin melintas jalan pergi ke pasar untuk membeli barang dapur tiba-tiba saja ada kereta Iswara Merah bergerak laju ke arahnya. Nasib baiklah dia sempat mengelak tetapi tangan kirinya luka. Bajunya kotor dengan tanah merah. Orang ramai yang berada di situ menolongnya malah mereka ingin menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan tetapi dia menolak. Alisa tahu kereta Iswara itu memang ingin melanggar dirinya. Alisa tahu siapa dalangnya.
            Langkah laju masuk ke dalam banglo mewah menuja ke ruang makan. Alisa tahu waktu begini penghuni di banglo mewah ini sedang bersarapan. Tekaannya tetap sekali. Datin Kartika sedang bersarapan bersama suaminya. Zahari turut sama berada di situ.
            “Lina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut melihat Alina yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Pakaiannya kotor. Rambutnya juga berserabut. Mata Dato’ Syed Mohd Kadir melihat lengan Alina yang berdarah. Segera Dato’ Syed Mohd Kadir bangun dan menghampiri anak tunggalnya. Zahari juga terkejut.
            Kartika terkejut bila melihat kehadiran Alina malam Alina sedang merenung tajam ke arahnya. “Kau! Apa kau buat di sini, hah!”
            “Kenapa? Datin ingat Lina dah mati ke?” soal Alina dengan kasar. Sekarang ni dia sudah lupa peranannya untuk menjadi adiknya.
            Langkah Dato’ Syed Mohd Kadir terhenti bila mendengar kata-kata Alina. Dia menoleh ke arah Kartika yang tergamam. Wajahnya berubah pucat.
            “Lain kali kalau nak upah orang pilih orang yang boleh harap buat kerja. Suruh dia bawa lebih laju kalau nak langgar orang.”
            “Apa semua ni, Kartika?” Dato’ Syed Mohd Kadir jerit Kadir. Dia merenung Kartika seperti ingin ditelannya hidup-hidup. Adakah Kartika telah mengupah orang untuk mebunuh anak tunggalnya?
            “Abang, jangan dengar cakap dia! Dia sengaja nak fitnah Tika!”
            Alisa tiba-tiba ketawa. “Apa motif Lina nak fitnah Datin?” soal Alisa dengan kasar. Sekarang ni sudah tiada lagi perasaan hormatnya pada wanita ini. “Sebab Lina nak rampas harta Datin ke? Hey, Lina dan ibu tak ingin la semua ni! Harta! Duit! Kami tak nak walau sesen pun! Kami tak tamak macam Datin.Apa yang kami ada sekarang ni sudah cukup. Kami bersyukur tetapi disebaliknya bagi Datin, harta dan duit yang Datin ada sekarang ni masih belum cukup lagi. Datin ingat semua itu boleh dibawa bila Datin mati ke? ”
            Dato’ Syed Mohd Kadir dan Zahari terkejut mendengar kata-kata Alina. Sikap Alina berubah serta merta. Katanya-katanya kasar. Ini bukan Alina yang mereka kenal. Garang!
            Mulut Kartika melopong bila mendengar kata-kata Alina. Budak ni memang kurang ajar. “Macam ni cara kau bercakap dengan orang tua ke? Mak kau tak ajar ke supaya hormat pada orang kau!”
            “Sebelum Datin nak membabitkan ibu Lina dalam hal ini, Datin cermin diri Datin dulu. Lihat anak-anak Datin macam mana! Lebih teruk dari Lina! Hidup macam orang putih. Pakaian terdedah sana sini. Berpakaian dan tidak berpakaian sama saja. Bila tibanya malam, berparti  sehingga tak ingat waktu. Sekarang ni tidur membuta sehingga tak sedar matahari dah terpacak atas kepala. So jangan samakan Lina dengan anak-anak kau! One more thing, anak-anak Datin tak pernah hormat ibu Lina so kenapa pulak Lina nak hormat Datin?”
            “Kau!” jerit Kartika. Panas telinganya mendengar kata-kata keramat dari Alina.
            “Lina belum habis cakap lagi, Datin!” Alisa meninggikan suaranya. Matanya bulat merenung wanita itu. “Lina nak beri amaran terakhir pada Datin. Sekali lagi Datin ganggu Lina dan ibu Lina, Lina takkan teragak-agak untuk sumbat Datin ke dalam penjara.”
            “Kau jangan nak ugut aku, Alina!”
            “Datin, Lina berdiri di sini bukannya hanya bercakap kosong. Sebab bukti ada di tangan Lina, segala rahsia Datin Lina. So, Lina nak ingatkan sekali lagi. Jika ada terlintas sedikit pun di kepala otak Datin untuk merancang membunuh kami berdua. Baik, Datin
matikan saja hasrat tu. Datin nak tahu sebab apa? Sebabnya Lina dah laporkan hal ini kepada pihak polis dan jika terjadi sesuatu pada kami, orang pertama yang polis akan tangkap ialah Datin.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alina. Wajah Kartika berubah sebaik saja mendengar perkataan polis. Kartika mula gelabah.
            “Kau…tak ada bukti! Kau cuba nak buat semua orang di sini salah faham dengan aku kan!”  Kartika melihat ke arah suaminya yang sedang merenungnya.
            “Datin, orang yang ada di sini semuanya dah besar! Boleh berfikir dengan sendiri siapa nak fitnah siapa. Lagipun mereka semua dah lama mengenali Datin dari saya. Malah mereka lebih arif tentang perangai semulajadi Datin.”
            “Alina!”jerkah Kartika. Jika begitu pasti mereka semua akan menyebelahi Alina sebab selama ini suaminya dan Zahari berpihak pada Alina.
            “Jerit! Jerit! Itu saja Datin tahu. Datin ni memang muka tak tahu malu. Sekali lagi, Datin ganggu ibu dan Lina. Lina tahu macam mana nak ajar Datin. Pasti Datin tak mahu nama Datin terpampang di muka hadapan suratkhabar kan! Sebelum Lina pergi, Lina nak nasihatkan  Datin! Bertaubatlah. Belajarlah tentang ilmu agama! Belajar tentang dosa dan pahala.! Belajarlah menjadi isteri yang baik. Kita hidup di muka bumi ni hanyalah sementara, satu hari juga kita akan kembali kepada-Nya. Rumah kata pergi, kubur kata mari! Renung-renungkan!” nasihat Alisa. Dia sengaja membuat mimic muka agar Datin Kartika bengang dengan dirinya. Zahari yang berada di situ cuba menahan diri dari ketawa. Kata-kata Alina betul-betul tepat kena di muka Datin Kartika. Siapa yang tak terasa?
            “Kau!” Kartika terus bangun dan mengatur langkah ingin mendekati Alina. Budak ni memang nak kena penampar dengan aku! Ada hati nak ajar aku semua ni?
            “Kartika!” jerkah Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia sudah tak tahan lagi dengan perangai Kartika.
            Langkah Kartika terhenti kerana terkejut ditengking oleh Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Berapa kali aku mesti cakap pada kau supaya jangan ganggu Munirah dan Alina” Kata-kata aku, kau langsung tidak diendahkan. Aku nak kau dan anak-anak kau kemas barang-barang dan berambus dari sini.” Marah Dato’ Syed Mohd Kadir
            “Abang!” Kartika tergamam. Bibirnya terketar-ketar.
            “No! Nobody leaves this house. Datin Kartika is  your wife. How could you chase her out from your house like what you did to my mother and you want to repeat it again?” Alisa merenung Kadir. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Agaknya begini juga cara ibu dihalau keluar dari rumah ini.
            “Lina! Abah tak bermaksud begitu!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dengan reaksi anaknya. Dia cuba memegang tangan Alina tetapi Alina sempat mengelak.
            “Don’t touch me!” marah Alisa. Matanya mula berair. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. “We will go back to London soon. No matter what happens we’re leaving this place.”tegas Alisa terus melangkah meninggalkan rumah. Dia perlu tinggalkan rumah ini dengan segera. Panas! Benci!
            “Lina!” jerit Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia cuba mengejar anaknya namun dadanya tiba-tiba berasa sakit. Zahari terus bangun dan mendekati Dato’ Syed Mohd Kadir. “Uncle, Zahari rasa lebih baik kita pergi ke hospital.” Zahari risau.
            “Uncle, okey! Don’t worry! Alina.” Sayu hatinya bila memikirkan Alina. Nampaknya Alina sudah membenci dirinya.
            “Uncle, jangan risau. Zahari akan jumpa Alina.”pujuk Zahari. Dia takut penyakit jantung Uncle Kadir akan bertambah teruk.
            Kartika masih tercegat di situ. Dia tidak faham dengan apa yang dicakapkan oleh Alina tadi tetapi dia tahu Alina marah pada suaminya berdasarkan kepada reaksi dan cara Alina bercakap dengan suaminya. Pasti ini berita baik! Jika Alina membenci Abang Kadir ini bermaksudnya harapan untuk mereka bersama sudah hancur. Kartika tersenyum.

           
                                    ****************************

            Aleya melihat lukisan bangunan yang dilukisnya. Ke mana-mana sahaja, dia pasti akan membawa buku lukisan sebesar kertas A4. Jika dia mendapat idea atau ilham, dengan serta merta dia akan melukis. Aleya melihat ke arah lautan yang terbentang luas itu. Aleya tersenyum. Cermin mata hitamnya tidak ditanggalkan. Dia bimbang jika terserempak dengan orang yang mengenali dirinya terutamanya sesiapa yang mengenali Dato’ Kadir.
Inilah pertama kali dirinya menjejakkan kaki di negara yang bernama Malaysia. Dirinya berasa asing dengan semua ini. Namun sebaik saja melihat keindahan pantai itu, dirinya begitu kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. Senyuman terukir di bibir Aleya. Keresahan yang bersarang di hatinya sejak pagi tadi sudah hilang. Dia berasa tidak sedap hati seolah-olah ada perkara yang akan atau telah terjadi. Aleya bimbang akan keselamatan ibu dan adiknya.
“Termenung jauh nampak? Teringat kekasih hati ke atau membawa hati yang telah luka?” tegur satu suara yang tidak dikenalinya.
Aleya berpaling ke belakang.. Ada seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya. Mamat mana pulak ni? Kacau daun saja! Pertanyaan lelaki itu tidak diendahkan oleh Aleya. Buku lukisannya itu ditutup dengan kasar. Aleya terus bangun.
“Cik! Cik nak pergi mana?” lelaki itu terus menghalang perjalanan Aleya. Langkah Aleya terhenti. Lelaki itu direnungnya. Lelaki itu menanggalkan cermin matanya. Dia tersenyum melihat Aleya. Sudah lama dia memerhatikan gadis ini. Tingkah laku wanita ini menarik perhatiannya sejak dari tadi lagi.
“Excuse me! Do I know you?” Aleya merenung lelaki itu. Hmm…macam pernah nampak mamat ni. Berkerut dahi Aleya bila berfikir. Ya, dialah Tengku Iskandar. Wakil Jaya Bersatu yang akan aku jumpa pada pukul 5 nanti!
“ Persahabatan takkan bermula tanpa perkenalan kan!” Iskandar tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun kemas. Dia menghulurkan tangannya.
Nalurinya begitu kuat untuk mengenali wanita yang bercermin mata hitam ini.
            “Kata-kata awak memang benar.  But I don’t talk with strangers.” Tegas Aleya. Gatal juga mamat ni. Nampak perempuan saja terus naik miang. Tangan yang dihulurkan oleh Iskandar tidak disambut oleh Aleya.
            “Come on! Awak bukan kanak-kanak lagi. Tidak memerlukan kebenaran sesiapapun untuk berkawan.”
            “Awak silap! Di dunia ni ada banyak jenis lelaki, spesis yang awak tak pernah jumpa pun, pasti awak akan jumpa seperti sekarang. Saya tak sama seperti mana-mana wanita yang awak pernah kenal. You’re not my type. Sebab lelaki seperti awaklah, dah banyak wanita telah dikecewakan. Awak ingat saya ni bodoh sangat ke sehingga nak masuk ke dalam jerat yang awak telah sediakan, Tengku Iskandar.”
            Iskandar terkejut apabila namanya disebut oleh wanita itu. Aku ni terkenal sangat ke? Semua orang tahu nama aku. Tiba-tiba Iskandar berasa bangga.
            “Jangan perasaan ye!  I know you because you also know me!” Aleya menanggalkan cermin mata hitamnya. “See you again!” Aleya terus berlalu pergi meninggalkan Iskandar yang masih tercengang.
            Dahi Iskandar berkerut. Siapa dia? Salah seorang bekas kekasih aku ke? Tak! Aku tak pernah jumpa dia lagi. Siapa dia? Suara dia macam pernah dengar saja.

                                                ******************

            “Assalamualaikum!” Iskandar terkejut bila ada orang memberi salam kepadanya. Dia seolah-olah tidak percaya melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. “Waalaikumussalam.”
            “Can I?” Aleya menunjukkan ke arah kerusi yang dekat dengannya.
            “Sure!” Iskandar tersenyum. Akhirnya dia datang juga pada aku, hari tu jual mahal sangat.
            Aleya terus duduk. Dia sedar Iskandar sedang merenung dirinya. Dasar lelaki miang! Ikut hati mahu saja aku penumbuk lelaki ini. Biar dia sedar diri sikit. “You’re not my type and I not your type. Understand.”
            “No!”
Aleya melirik matanya ke arah lain bila mendengar kata-kata Iskandar yang masih tersenyum simpul. “Let’s me ask you one question, Tengku Iskandar! Why you come here? I mean why you come to Langkawi?”
“Business!” ringkas jawapan Iskandar. Matanya tertawan dengan pasangan mata berwarna coklat milik wanita itu. Sejuk hati bila memandang.
“Who?”
“You, my lovely lady!” Iskandar mengenyitkan matanya padanya Aleya.
Aleya mengenggam erat tangannya. Macam mana la aku ni berurusan dengan lelaki ini selepas ini. Sekarang ini pun perangai dia cukup menyampah. Aleya terus mengambil fail yang berada di sebelahnya dan terus mengetuk  kepala Iskandar. Aleya langsung tidak peduli tentang orang ramai yang berada di Coffee House itu. “Sekarang ni awak dah kembali normal kan!”
Iskandar terkejut dengan tindakan wanita itu yang tiba-tiba mengetuk kepalanya. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Berani dia ketuk aku di hadapan orang ramai. Atau perempuan ni perempuan gila.“Kau!”
“Apa! Tujuan saya pulang ke Malaysia kerana di atas permintaan awak. Saya tak ada masa nak dengar kata-kata manis dari awak.”
“Saya!” Dahi Iskandar berkerut. Apa la yang perempuan ni cakap? Dah gila ke perempuan ni? Harap muka saja cantik rupa-rupanya ada masalah mental. Baik aku pergi dari sini! Iskandar terus bangun.
“Where are you going?”
“Saya rasa awak dah silap orang. Saya tak kenal awak pun. Saya….”
Aleya terus mencelah. “Tengku Iskandar! Saya tak ada masa nak bermain dengan awak. Selepas urusan di sini selesai, saya ingin pulang ke London dengan segera. Banyak lagi kerja saya di sana yang saya tangguhkan kerana awak. So stop playing around.” Aleya meninggikan suaranya.
London! Awak Aleya! Nur Aleya Kadir.” Soal Iskandar. Dia terus duduk. Matanya tepat merenung wanita yang berpakaian kemeja biru. DIa baru sedar siapa wanita ini.
“Yes! I’m Aleya! Sekarang awak dah tahu siapa saya kan!”
Iskandar ketawa. Lucu betul. Rupa-rupanya inilah arkitek yang terkenal itu. Cantik tetapi garang.
Aleya mengetap bibirnya menahan geram. Apa yang lucunya ni? Sah, lelaki ni ada masalah mental. Gila! “Awak ni ada masalah mental ke?”
Ketawa Iskandar semakin kuat bila mendengar soalan Aleya. Tiba-tiba Aleya bangun, fail yang berada di tangannya dihempas dengan kuat. “Awak ni betul ke nak berurusan dengan saya atau awak nak saya ketuk kepala awak dengan fail ni lagi.” Tegas Aleya. Wajahnya sudah berubah merah.
Ketawa Iskandar mati sebaik saja mendengar amaran Aleya. Mak oii, garangnya! Iskandar membetulkan kedudukkannya. Tali lehernya dibetulkan. Dia bimbang jika diketuk sekali lagi.“Baiklah! Kita mulakan.”

                                    ********************************

Khatijah mengerling mata ke arah jam dinding di ruang tamu rumahnya. Sekarang ni pukul 1 petang. Pasti di Malaysia sudah menunjukkan pukul 8 malam. Jari jemarinya pantas mendial no telefon Munirah.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Munirah. Senyuman lebar menghiasi wajah bujur sirih miliknya.
“Comment allez-vous?” soal Khatijah.
Munirah ketawa kecil apabila Khatijah bertutur dalam bahasa Perancis. Apa khabar adalah maksudnya. “Bien, merci.” Jawab Munirah. Selain bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris, mereka berdua juga bertutur dalam bahasa Perancis.
“Progress?”
“About what?”
“Hmm….macam biasa la. Dah settle ke belum?”
“Kau rasa?”
Khatijah mengeluh. “Belum lagi kan.” Dia berjalan menuju ke balkoni di biliknya. Sejuk! Dia membetulkan baju sejuk yang dipakainya.
“ Aku pun tak tahu bila semua ini akan berakhir…..”
“Jika kau harapkan, Dato’ Kadir ceraikan kau dengan cara baik….aku rasa kau terpaksa la menetap di Malaysia.”
“Kau ni, Khaty! Selalu lemahkan semangat aku. Sepatutnya kau beri sokongan moral kat aku.” Munirah membuat mimic muka. Kurang senang dengan kata- kata Khatijah.
“I’m just being honest. Mustahil dia akan ceraikan kau. Kau tahu kan! Dia ada sebab kenapa tak mahu ceraikan kau! First,  perkahwinan antara dia dan perempuan tu tidak memberi kebahagiaan. Second, dia perlukan cinta dan kasih sayang seorang isteri. Dia kesunyian. Dia sudah tiada sesiapa lagi. Bagi dia, hanya kau yang dapat memberikannya semua itu. Third, dia tiada zuriat bersama perempuan tu. Alina adalah satu-satu pewarisnya. Kau rasa dia nak biarkan Lina mengikut kau balik ke London? Tak. Dia takkan biarkan itu berlaku. Dia sudah kehilangan 25 tahun masanya untuk bersama Lina, mustahil dia akan lepaskan peluang yang ada.” Jelas Khatijah dengan panjang lebar.
Munirah terdiam seketika. Dia mengeluh dengan kuat. Kata-kata Khaty ada juga kebenarannya. Aku tetap pilihan kedua selepas Kartika. Hakikat itu takkan berubah. Munirah sedih. “Aku sedar, Khaty. Aku adalah pilihan kedua dia.” Nada suara Munirah bergetar.
“Munirah!”  Air muka Khatijah berubah. Pasti Munirah terasa dengan kata-kata aku. Dia tak ada niat untuk melukai hati sahabat baiknya. “ Je suis desole(e)… I’m so sorry.”
“Bukan salah kau. Memang betul kata kau. Aku akan bincangkan perkara ini sekali lagi dengan dia tetapi ….ini yang terakhir. Kalau dia masih enggan, aku akan balik dengan Alisa dan Aleya dengan segera. Hati aku tak tenteram sejak balik ke sini. Mungkin tempat aku di sana. Di sana, aku ada kau.”
“Tetap sekali.” Khatijah tersenyum.
“Alina? “ tiba-tiba Munirah teringat anak bongsunya.
“She’s fine. Don’t worry about her. Lina ni senang sikit. Tak banyak kerenah.  Lisa? Bagaimana pula dengan Lisa?” soal Khatijah. Tiba-tiba dia ingin tahu tentang Alisa. Dengan perangai Alisa, mustahil dia dapat berlakon sebagai Alina dalam tempoh yang lama.
“Lisa! Serabut kepala aku apabila memikirkan tentang Alisa. Dia hanya dapat bertahan menjadi Lina dalam masa 3 hari saja. Selepas tu, kembali pada perangai asal. Pasti Dato’ Kadir berasa pelik dengan perubahan sikap Alina sekarang ni.”
Khatijah tiba-tiba ketawa.
“Kenapa pulak kau ketawa?” Dahi Munirah sedikit berkerut.
“Padan muka dia. Aku pasti Lisa mesti bersikap acuh tak acuh dengan Dato’ Kadir kan! Biar dia rasa. Dia ingat membesar anak-anak ni senang.”
Munirah turut sama ketawa. Dia teringat apabila Alisa meletakkan garam di dalam air kopi Dato’ Kadir. Pada waktu itu, Dato; Kadir datang melawat di hospital. Berubah muka Dato’ Kadir. Dengan wajah selamba, Alisa buat tak tahu saja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kebetulan Munirah nampak Alisa sengaja memasukkan garam ke dalam minuman Dato Kadir.
“Kenapa? Lisa ada buat sesuatu ke?” soal Khatijah ingin tahu.
”Troublemaker!”  Munirah masih ketawa. Lucu.
“Kongsilah dengan aku. Aku nak tahu ….”

“Baiklah. Aku cerita kat kau.” Munirah menceritakan segala-galanya pada Khatijah. Sesekali terdengar ketawa Khatijah di setiap perbualan mereka. Buat seketika, Munirah lupa masalah yang dihadapinya sekarang ini.

2 comments:

eija said...

hahaha..grang btl aleya yek...pdan muka is kena ketuk...datin nie kejam btl..dh lah bdoh tp blgak..ish grram nya...

wanee said...

cpt smbg yer

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...