Sunday, August 4, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 25


            Dato Syed Mohd Kadir berpaling apabila pintu bilik diketuk. Dia terkejut melihat wanita yang masuk ke biliknya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat. Wanita itu tersenyum.
            “Assalamualaikum, abah!” Alina tersenyum dan terus salam Dato Syed Mohd Kadir.
            Dato Syed Mohd Kadir tercengang dengan sikap Alina yang tiba-tiba berubah. “Waalaikumussalam.” Mata masih tepat melihat kea rah Alina. Dia tidak percaya. Kebelakangan ini sikap Alina begitu dingin terhadapnya tetapi kenapa hari ini dia tiba-tiba menjadi mesra seperti pertama kali aku berjumpa dengannya.
            “Abah, dah makan tengah hari ke?” soal Alina terus duduk di kerusi yang bersebelahan katil Kadir.
            “Sudah! Aaa…Lina, tak marah abah lagi ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir.
            “Marah!” Alina terkejut dengan soalan ayahnya. Marah! Bila pulak aku marah pada abah? Tiba-tiba Alina teringat kakak-kakaknya, Alina hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah agak dah. Mesti Along dan Angah bersikap dingin pada abah. Bila masanya Along dan Angah dapat memaafkan abah? Abah bukannya sihat sangat.
“Aaa…itu dulu. Sekarang tidak lagi!” Alina tersenyum. Tangan ayahnya digenggam erat.
            Dato Syed Mohd Kadir tersenyum bila mendengar jawapan anak tunggalnya. “Ibu Lina tidak datang sekali ke?”
            “Tak! Ibu ada hal.” Jawab Alina. ibu masih sibuk mengemas barang-barang di rumah baru malah kedatangannya melawat abah tidak diketahui oleh Along dan Angah. Dia beritahu mereka yang dia keluar membeli barang tetapi sebenarnya dia melawat ayahnya di hospital. Hanya ibu sahaja yang tahu. Oleh itu, dia tidak boleh berada di sini terlalu lama.
            Tiba-tiba pintu bilik Dato Syed Mohd Kadir diketuk, Dr. Nazri masuk. Dia terkejut dengan kehadiran Alina di bilik itu. Alina hanya tersenyum.
            “Why are you here, Lina?” soal Dr. Nazri.
            Dahi Alina berkerut bila mendengar pertanyaan Dr. Nazri! Pelik . “Is it wrong for me to visit my father?”
            “No. Beberapa hari yang lalu, awak bersikap dingin pada saya, Uncle Kadir dan Zahari seperti awak benci kepada kami. Awak bercakap kurang ajar pada Uncle Kadir. Takkan awak sudah lupa semua itu. Sekarang ini awak datang ke sini seolah-olah tiada apa-apa berlaku.” Marah Dr. Nazri.
            “Nazri!” tegur Dato Syed Mohd Kadir. Dia tidak mahu Nazri bergaduh dengan Alina.
            “I’m so sorry” Alina meminta maaf bagi pihak kakak kembarnya.
            Dr. Nazri berasa pelik dengan kelakuan Alina. Tenang sahaja.
Alina menundukkan kepalanya. Apa lagi yang Along dan Angah buat sepanjang ketiadaan aku di sini? Alina menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. “Abah, Lina minta maaf jika Lina pernah terkasar bahasa pada abah. Kebelakangan ini mood Lina tidak berapa baik. Lina minta maaf ye!” Alina memegang tangan erat tangan ayahnya. Hanya perkataan maaf yang mampu dituturkan oleh Alina.
            Dato Syed Mohd Kadir hanya tersenyum. Dia gembira kerana Alina tidak bersikap dingin pada dirinya lagi. Dia berjanji dia akan menyayangi Alina selama-lamanya. Alina adalah satu-satunya zuriat yang dia ada sekarang.
            “Dr. Nazri! Lina minta maaf ye.” Ucap Alina dengan lembut.
            Dr. Nazri hanya menganggukkan kepalanya. Alina ni macam Dr. Jekyll dan Mr. Hyde. Orang yang sama tetapi mempunyai dua personality iaitu baik dan jahat. Alina seperti ini ke?
            Alina sedar Dr. Nazri sedang merenungnya. Pasti Dr. Nazri rasa aku ni pelik! Ini semua gara-gara Along dan Angah. Asyik wujudkan masalah sahaja. Alina tiba-tiba bangun. “Abah, Lina balik dulu ye! Lina tak boleh tinggalkan ibu lama-lama. Abah faham kan dengan keadaan ibu sekarang ni.”
            “Abah, faham! Lina balik cepat. Temankan ibu Lina. Esok Lina boleh datang lagi.”
            Alina terus bersalam dengan ayahnya. “Lina balik dulu ye! Esok Lina datang lagi.” Alina tersenyum sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Dia perlu segera beredar dari situ sebelum mereka syak sesuatu. Ahh…pasti sekarang ni mereka sudah syak sesuatu. Langkah Alina diatur laju tanpa mempedulikan seorang lelaki yang sedang melihatnya dari jauh.

                                    ***********************************

            “Assalamualaikum! Uncle, apa khabar?” tegur Iskandar apabila melangkah masuk ke bilik itu. Cermin mata hitam berjenama Emporio Armani 9704 ditanggalkan.
            “Sihat!”  jawab Dato Syed Mohd Kadir.
            “What’s up, my friend?” tegur Iskandar melihat Dr. Nazri sedang memeriksa Uncle Kadir.
            “Good. Ponteng kerja ke?”
            “Hish….kau ingat aku ni kaki ponteng kerja ke? Kerja aku di pejabat tu berlonggok, kau tahu tak! Takkan ler aku nak terperap duduk di sana. Sesekali nak jugak aku menghirup udara yang bersih dan nyaman.” Iskandar terus duduk tanpa dipelawa oleh Kadir.
            “Betul ke atau kau sebenarnya nak larikan diri daripada Sofea!” Dr. Nazri ketawa. Dia kenal sangat dengan Iskandar. Sejak kecil lagi mereka bersahabat baik, buruk baik Iskandar semua dia tahu.
            “Shisss….Kau jangan sebut nama tu, nanti tak pasal-pasal dia muncul kat sini. Nanti kau pun teruk jugak kalau dia bawa Suziela bersama.” Iskandar membuat mimic muka.
            Dr. Nazri terdiam. Betul juga, kata Is. Nanti tak pasal-pasal aku kena layan kerenah Suziela yang mengada-ada tu.
            Dato Syed Mohd Kadir ketawa melihat telatah mereka berdua. Selama ini Iskandar, Zahari dan Nazri telah dianggapnya seperti anaknya sendiri. Hidupnya sunyi.Telatah mereka bertiga menjadi pengubat kesunyian di dalam hatinya. Kartika dan anak-anaknya langsung tidak mempedulikan dirinya seolah-olah dirinya tidak wujud. Kasihan pulak melihat mereka berdua yang mangsa buruan cinta anak-anak tirinya.
            “Uncle rasa lebih baik kamu berdua kahwin cepat. Bila kamu berdua sudah berkahwin pasti Sofea dan Suziela tidak akan ganggu kamu berdua lagi.”
            “Uncle pasti ke? Sorry, uncle! I have to say this. Mereka berdua tu jenis manusia yang tidah faham bahasa dan jenis tidak kenal erti putus asa.”
            Dato Syed Mohd Kadir ketawa. Dia faham apa yang Iskandar cuba katakan. Sofea dan Suziela memang degil. Sudah beberapa kali dia melarang mereka dari mengganggu Iskandar dan Nazri tetapi tidak diendahkan langsung.  “Tadi, Iskandar ada terserempak dengan Alina tak? Alina baru saja keluar tadi.”
            “Tak! Is tak jumpa sesiapa pun masa datang ke sini.” Jawab Iskandar . Sewaktu dia berjalan menuju ke bilik Uncle Kadir, dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun tetapi dia ternampak Aleya. Apa dia buat di sini? Ada saudara mara dia yang sakit ke?
            “Kamu berdua belum berjumpa lagi kan? Auntie Munirah pun, Iskandar tak pernah jumpa lagi kan?”
            “Belum, Uncle!”
            “Uncle Kadir, saya keluar dulu. Saya nak periksa pesakit lain pula. Petang nanti saya datang tengok Uncle.”
            “Baiklah!” jawab Dato Syed Mohd Kadir melihat kelibat Dr. Nazri hilang dari pandangannya.
“Selepas ini, Is ada hal ke?”
            “Hmm…pukul 1.00 petang ni, Is perlu berjumpa dengan arkitek import dari London.”
            “Aleya!”
            “Ya, Aleya! Ada lagi beberapa perkara yang perlu dibincangkan. Uncle jangan risau! Projek hotel 5 bintang di Pulau Langkawi pasti akan berjalan dengan lancar. Is akan pastikan hotel kita bertaraf antarabangsa.” Yakin Iskandar.
            Dato Syed Mohd Kadir tersenyum. Iskandar seorang yang kuat berusaha dan bercita-cita tinggi. Sikap Iskandar seperti dirinya. Sebab itulah dia mengamanahkan Iskandar memangku jawatannya sehingga dirinya pulih. Dia percaya dan yakin kemampuan Iskandar menguruskan syarikatnya. 30 peratus saham di syarikatnya adalah milik Tengku Ismail. Jadi Iskandar juga berhak ke atas syarikatnya juga.
            “Hubungan Uncle dan Auntie Munirah dah bertambah baik ke?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
            Dato Syed Mohd Kadir mengeluh. “Tiada apa-apa perubahan.Berdasarkan kepada gerak-gerinya, dia tetap bertegas untuk bercerai dengan Uncle. Semua ini salah Uncle! Jika dulu Uncle layan Auntie dengan baik, pasti semua ini takkan berlaku. Uncle menyesal Is.” Nada suara Dato Syed Mohd Kadir berubah sebak.
            “Perkara itu dah lama berlaku, Uncle. Setiap orang pasti melakukan kesilapan. Yang penting sekarang ini adalah bagaimana untuk memikat Auntie Munirah supaya hatinya terbuka untuk menerima Uncle kembali. Hati wanita seumpama pintu yang berkunci so Uncle perlu menjadi kunci untuk membuka pintu hati Auntie Munirah. Dulu kan Uncle playboy. Takkan la Uncle sudah lupa macam mana nak memikat.”
            “Hish….itu dulu. Sekarang ni Uncle dah tua, Is.”
            “Itu namanya romantic, Uncle. Mulai sekarang, Uncle ada matlmat. Matlamat Uncle adalah untuk memenangi hati Auntie Munirah. Uncle beri bunga ke? Present ke? Kereta ke? Ataupun makan malam yang romantic antara Uncle dan Auntie Munirah? Kalau Uncle buat macam tu, Is percaya hati Auntie Munirah akan cair . Believe me!”
            “Masalahnya sekarang ni, Uncle tak tahu apa yang Auntie Munirah suka. Sepanjang 2 tahun kami tinggal bersama, Uncle tidak pernah ambil tahu pasal dia. Bunga kegemaran dia? Makanan kesukaan dia? Hobi dia? Segala-gala tentang dirinya, Uncle tak tahu. Tarikh lahir dia pun Uncle, tak tahu. Uncle memang kejam kan, Is.” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum hambar.
            Iskandar menyentuh lembut bahu Kadir. “Semua itu belum terlambat lagi, Uncle. Inilah masa untuk Uncle perbaiki segala-galanya. Jika Uncle tak tahu, Uncle boleh tanya Alina atau Uncle upah orang untuk selidik  tentang Auntie Munirah. Pasti Uncle ingin tahu kehidupan Auntie Munirah selama 26 tahun di London kan. Sekarang ini Uncle kena belajar mengenali Auntie Munirah dengan lebih dekat.Setiap perkara tentang Auntie Munirah, Uncle mesti tahu” Jelas Iskandar.
            Dato Syed Mohd Kadir  menganggukkan kepalanya. Kata-kata Iskandar ada benarnya. Mulai hari ini, aku perlu berubah. Aku perlu kuat demi Munirah dan Alina. Aku akan suruh orang siasat tentang Munirah dan Alina. Aku nak tahu macam mana kehidupan mereka di London selama ini.
            “Jadi sekarang ini, Uncle mesti sembuh cepat. Ikut nasihat Dr. Nazri, mesti makan ubat tepat pada waktunya. Uncle mesti jaga kesihatan dengan baik. Jangan stress, okey!” Iskandar tersenyum. Dia sentiasa berdoa agar hubungan antara Uncle Kadir dan Auntie Munirah bertaut kembali walaupun dia belum lagi berjumpa Auntie Munirah tetapi dia yakin Auntie Munirah seorang wanita yang baik dan dapat membahagiakan Uncle Kadir satu hari nanti.

                                                ***************************
            Sudah 20 minit Aleya duduk di situ, kelibat Iskandar masih juga belum muncul. Aleya mengemaman bibirnya menahan geram. Matanya dilirikan kea rah jam tangan berjenama Christian Dior Crystal miliknya. Janji jumpa pukul 1.00 petang di Secret Recipe Ampang Point. Sekarang ni batang hidup pun tak nampak lagi. Lelaki ini cuba mainkan aku ke?
            “Maaf terlambat! Tadi saya melawat pak cik saya di hospital.” Jelas Iskandar apabila tiba di situ. Butang kot bajunya dibuka sebelum duduk di hadapan Aleya.
            “Can I start now?” kata Aleya tanpa mempedulikan kata-kata Iskandar.
            “Pak Cik saya, Dato Syed Mohd Kadir! Pasti awak kenal kan.” Iskandar tersenyum.
            “I don’t know him! Now, can we start?”tegas Aleya. Lelaki ini memang sengaja nak bazirkan masa aku.
            “Awak ni sentiasa bersikap dingin! Awak ada masalah ke” soal Iskandar. Kenapa wanita ini sering bersikap dingin lebih-lebih pada aku? Mungkinkah wanita ini menyukai aku dalam diam? Selalunya wanita kalau bersikap dingin pada seseorang pasti dia menyukai orang itu. Azman pernah beritahu aku. Wanita seperti ini ada juga. Iskandar tersenyum lebar.
            “No! Tengku, tujuan saya datang ke sini adalah untuk menunjukkan draf bangunan Hotel Tengku yang saya sudah perbaiki semalam. Tentang masalah orang lain, saya tak mahu ambil tahu.”
            “Baiklah! Saya mengalah. Awak nak makan apa? Saya belanja. Hmm….kek di sini semua sedap. Saya selalu lepak dengan kawan-kawan di sini. Awak nak kek berperisa apa? Ada yogurt cheese cake, New York cheese cake, chocolate mud cake, chocolate strawberry cake dan Durian cheese cake! Aaa…awak pasti tak pernah makan buah durian kan! Awak mesti rasa Durian cheese cake!”
            “Tengku! Saya sudah kenyang. Kalau Tengku nak makan, Tengku makan selepas urusan kita selesai.” Aleya merenung lelaki itu. Aleya sedaya-upaya menahan kemarahannya. Aleya ingin selesaikan segala-galanya  hari ini juga.
            “Saya lapar! Saya belum makan tengahhari lagi. Selepas kita makan, baru kita berbincang pasal perkara ni. Oh ya, apa awak buat di hospital tadi? Ada suadara mara awak yang sakit ke?” Iskandar tiba-tiba teringat .
            “Hospital!” Aleya terkejut. Bila pulak aku pergi hospital? Aku datang sini dari rumah. Mata Aleya tiba-tiba menjadi bulat. Acu! Aleya mengetap bibirnya menahan geram. Nampaknya Acu telah berbohong dengan aku. Kata pergi beli barang, rupa-rupanya melawat lelaki itu.
            “Ya, hospital! Awak melawat siapa?” soal Iskandar ingin tahu.
            Aleya tiba-tiba terus bangun. “We’ll discuss later. I have something to do.” Kata Aleya terus mencapai fail dan begnya. Dia paling tidak suka kalau orang berbohong padanya.
            “Apa!” Iskandar tercengang. Aleya terus meninggalkannya. Mata Iskandar terkebil-kebil, dia tak faham apa yang telah berlaku. Tadi beriya-iya nak bincang, sekarang ni pulak beriya-iya nak balik. Dia ni ada masalah mental ke?

                                    **************************************

            Langkah Aleya diatur pantas sebaik saja keluar dari kereta. “Acu! Acu!” panggil Aleya apabila tiba di ruang tamu. Matanya melirik ke semua sudut di rumah itu. “Acu! Acu! Acu!”
            “Along, kenapa ni? Suara Along boleh buat rumah ni bergegar.” Alisa tiba-tiba muncul dari dapur. Dia sedang memasak di dapur sewaktu mendengar kakaknya menjerit nama adiknya. Sudip di tangannya masih dipegang.
            “Acu mana, Angah?” soal Aleya.
            “Ada.” Jawab Alisa berpaling ke arah dapur. Alina berjalan tergesa-gesa keluar dari dapur. Dia tengah memotong sayur ketika itu.
            “Ya, Along! Apa halnya?” Alina hairan.
            “Why did you lie to me?” Bulat mata Aleya merenung adiknya.
            “Aaa….apa yang Along cakapkan ini?” Wajah Alina berubah.
            “Stop pretending that you don’t know anything. I ask you again why did you lie to me?” tegas Aleya. Dia mendekati Alina. Alisa bingung. Dia tak faham apa yang berlaku. Apa yang membuatkan kakaknya mengamuk secara tiba-tiba?
            “So you know, right!” Alina sudah dapat meneka. Pasti Along sudah tahu aku berbohong padanya.
            “ Yes! You know I hate people lie to me.”
            “I know it’s my fault. I’m afraid you angry to me if you know I’m going to visit him.  I miss him. Salah ke seorang anak melawat ayahnya yang sedang sakit?” ucap Alina dengan lembut.
            “It’s his problem. Acu tahu tak, tindakan Acu ini membawa keburukan pada kita semua. We need to stay low profile.”
            “Apa yang Along merepek ni. Along! Dia ayah kita. Walaupun Along dan Angah tidak mengaku abah, ayah kandung kita, Acu tetap mengaku abah sebagai ayah kandung Acu.Kenapa Along dan Angah begitu kejam pada abah?”
            Alisa hanya menggelengkan kepalanya.
            “Listen here! Mulai sekarang, Along tak akan benarkan Acu dan ibu berjumpa abah lagi. Faham tak! Tinggal saja di rumah buat sementara waktu ni. Kalau Acu rindu sangat pada lelaki itu, Acu boleh call dia tetapi jangan sesekali beritahu dia, kita tinggal di mana. Understood! Angah, pastikan Acu dan ibu tidak ke mana-mana sewaktu Along tiada.” Tegas Aleya. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
            “Along!” jerit Alina. Dia tidak suka dengan sikap Aleya terhadapnya.
            “Along buat semua ini untuk kebaikan kita semua.”
            “Kebaikan kita semua atau kepuasan hati Along dan Angah sahaja?” nada suara Alina berubah. Dia sudah tak tahan dengan sikap kedua-dua kembarnya.
            “Acu!” Alisa terkejut dengan kata-kata Alina. Dia tak sangka Alina sanggup bercakap seperti itu sedangkan mereka membesar bersama-sama.
“Kami lakukan semua ini untuk keselamatan kita semua. Acu tahu kan! Bagaimana sikap perempuan tu terhadap kita semua? Dia takkan berhenti selagi hatinya tidak puas melihat kita semua hancur. Angah tahu perempuan tu sedang plan sesuatu terhadap kita. Perempuan tu hanya menunggu masa yang sesuai sahaja. Semasa Acu balik tadi … ada tak sesiapa mengekori Acu?” Renungannya masih tidak berganjak dari merenung Alina.
Alina terdiam. Lidahnya kelu. Dia tak terfikir pun semua itu.
“ Acu tak terfikir semua itu kan?” nada suara Alisa meninggi. “Jika sesuatu terjadi pada Acu, apa yang akan terjadi pada ibu. Ada Acu fikir ke? Kalau Acu rindu sangat kat lelaki itu, just call him. Kami tak halang pun. Acu fikirlah baik-baik. Jangan emosional sangat. ” Alisa terus masuk ke dapur. Sakit hatinya bila mendengar kata-kata Alina tadi.
            Alina kaku. Kata-kata Alisa ada benarnya. Air matanya tiba-tiba mengalir. Dia sudah tersalah anggap pada kakaknya.
            “Acu, apa halnya ni? Apa yang berlaku? Kamu bertiga bergaduh ke?” Munirah segera keluar dari biliknya selepas sahaja menunaikan solat zohor. Bising. Munirah melihat kea rah Alina yang sedang menangis. Munirah bingung. Apa yang telah berlaku?

                                    *********************************

            Khatijah mengerling anak matanya ke arah jam dinding di ruang tamu. Pukul 8.00 pagi di sini. Dia perlu memastikan waktu di Malaysia sebelum menelefon Munirah. Dia terlupa menelefon Munirah semalam. No telefon Munirah did ail.
            “Assalammualaikum! Bonsoir (Selamat Petang).”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Munirah dengan lemah. Fikirannya masih memikirkan apa yang berlaku tenggahari tadi.
            Sedikit dahi  Khatijah berkerut. “ Ca va? (Apa khabar?)”
            “Je ne vais pas tres bien. (Saya tak sihat).” Keluh Munirah.
            “Pourquoi? (Kenapa)” soal Khatijah risau.
            “Nothing! Aaaa….kenapa kau tak beritahu aku yang Alisa dan Alina nak datang sini?” Munirah sengaja mengubah topik perbualannya.
            “Eh…Lisa beritahu aku, dia dah call Leya  tentang kedatangan mereka berdua ke Malaysia. Leya tak beritahu kau ke?” Khatijah hairan.
            “Tak! Pasti dia terlupa. Kebelakangan ni, Along sibuk siapkan projek hotel milik Dato’ Kadir. 24 jam asyik bekerja. Risau aku dibuatnya.”
            “Leya mesti ingin siapkan projek itu secepat mungkin. Setelah selesai, kau dan anak-anak kau boleh balik ke sini. Sudah dua bulan kau kat sana. Aku sunyi tau.” Ujarnya dengan nada suara sedih.
            “Aii….laki kau kan ada! Anak-anak kau pun ada.”
            “Huh….Sejak laki aku ambil PHD lagi, jarang aku jumpa dia. Entah tesis apa dia nak buat lagi, aku pun tak tahu. Pangkat doctor falsafah yang dah ada,pun tak cukup lagi ke?  Aku hairan betul. Asyik nak belajar saja.” Bebel Khatijah.
            “Alah ….kau ni! Dah minat dia. Dia kan salah seorang pensyarah di Universiti Oxfard. Tak hairanlah jika dia nak belajar lagi. Aa….Joey dan Yatt?”
            “Sekarang ni kan cuti semester! Apa lagi, melancong la dengan kawan-kawan mereka. Joey melancong ke Switzerland manakala Yatt pula melancong ke Paris. Tinggalah aku seorang diri. Sedih tau.”
            “Aku dah nak balik pun. Kau jangan bimbang! Restoran kita macam mana?” tiba-tiba Munirah teringatkan Restoran yang diusahakan bersama Khatijah.
            “Okey! Aucun probleme. (Tiada masalah.) Ah…. Kau jangan cuba nak ubah topic lagi.  Apa masalah kau ni? Jangan cuba nak sorokkan dari aku. Beritahu aku sekarang!” soal Khatijah. Dia sedar sejak tadi Munirah cuba elakkan diri dari menjawab pertanyaannya.
            “Tiada apa-apa la. Kau ni suka sangat serkap jarang.”
            “Ye lah, serkap jarang. Aku kenal kau dah lama. Kau ada masalah kan. Beritahu aku. Kalau tak, malam ni aku naik flight pergi ke Kuala Lumpur.” Ugut Khatijah.
            “Kau ni….suka ugut aku kan! Ye lah…..Aku beritahu kau.  Sebenarnya tadi,  semasa aku tengah sembahyang Zohor aku terdengar anak-anak aku bergaduh. Selepas selesai sembahyang aku terus keluar dari bilik, aku nampak Acu menangis. Bila aku tanya, dia cakap tiada apa-apa. Terus dia masuk bilik. Inilah pertama kali mereka bertiga bergaduh. Semasa makan tengahhari, mereka bertiga tak bercakap langsung. Diam. Aku risau, Khaty. Mereka tak pernah macam ni?” Munirah meluahkan apa yang bersarang di hati sejak tadi. Dia tak suka melihat anak-anaknya bermasam muka antara satu sama lain.
            “Kau tahu tak sebab apa mereka bergaduh?” soal Khatijah.
            “Tak.”
            “Alah …kau jangan risau. Anak-anak kau tu dah besar. Mereka bertiga tu bijak. Mereka bergaduh sekejap saja. Gaduh-gaduh sayang katakan. Nanti baiklah mereka bertiga tu.” Pujuk Khatijah.
            “Aku pun harap begitulah.” Jawab Munirah dengan lemah.
            “Oklah! Aku nak pergi restoran ni. Nanti aku call kau lagi. Prends soins de toi ! (Jaga diri baik-baik).  Au revoir! (Bye).”

            “Au revoir!” Munirah tersenyum. Sedikit sebanyak panggilan Khaty mengurangkan keresahan aku tadi. Munirah menoleh ke pintu bilik Aleya, Alisa dan Alina. Sudah hampir dua jam, Munirah duduk seorang diri di ruang tamu. Tiada sesiapa pun keluar. Munirah mengeluh kuat.

3 comments:

eija said...

2 lah lina.. Slalu btindak tanpa bfkir..kan aleya dah mgamuk.. Tp aleya btl2 mcm singa garang gila...cuak beb klo dpt kakak mcm 2..

Unknown said...

please sis lily...sambung la lagi..huhuhu x sabor nak baca ending kalau boley cepat2 la jd kan sebuah novel ..x sabor nak baca ending yg gempak ni... :)

eija said...

Aiii nape xsbug lg nie...ari2 jeguk..huhu

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...