Wednesday, November 6, 2013

Satu Dua Tiga 2013

                                                          BAB 35 (Part 2)

            Aleya menutup pintu keretanya. Semua beg telah dikeluarkan. 2 jam lagi pesawat akan berlepas. Aleya terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.

            “Cuaca baik kan hari ini!” tegur Zahari sambil tersengih.

            “Rasanya sekejap lagi mendung la.” Alisa membuat mimic muka. Dia dah datang!

            “Ya ke? Kalau hujan baguslah! Lagi bagus kalau ribut pasti penerbangan akan tergendala kan!”

            “Kau!” Alisa menunding jari pada Zahari.

            “Aiii…..awal-awal pagi dah bergaduh! Ada apa-apa ke ni?” usik Alina. Macam anjing dan kucing. Berjumpa saja mula bergaduh!

            “Acu jangan cuba nak naikkan darah Angah yang telah mendidih ni!” Alisa mengalihkan pandangannya. “Dr. Nazri! Rasanya Alina perlukan bantuaan awak. Maklumlah, tengok beg yang dibawanya terlalu banyak. Kasihan dia kan! Pasti awak tak mahu menjadi lelaki yang tidak gentlemen di mata Alina kan!” giliran Alisa pula.

            “Maaf!” Dr. Nazri terus mendekati Alina dan membantunya membawa beg yang berada di tangan Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir Dr.Nazri.

            “Thank you!” kata Alina pada Dr. NAzri . Perlahan-lahan pandangannya dialihkan pada Alisa. Angah ni memang sengaja nak balas dendam.

            “You’re welcome!” Alisa pula yang menjawabnya. Dia sengaja membuat mimic muka untuk menyakiti hati Alina.

            Iskandar melihat kea rah Aleya yang hanya mendiamkan diri. Wajahnya serius. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Aleya semalam. Tiba-tiba sahaja menyuruh menghantar Uncle Kadir. Kenapa? Bukan ke dia begitu membenci Uncle Kadir? Sepatutnya dia tidak mengambil peduli tentang Uncle Kadir. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran Aleya, aku tak faham la.

            Aleya sedar Iskandar sedang merenung ke arahnya. Pandangannya dialihkan kea rah lain. What’s his problem?

            “Jom! Nanti terlewat pula!” kata Munirah. Alina membantu Munirah begitu juga Aleya.

            “Auntie pergi dulu, nanti Is menyusul kemudian. Ada barang tertinggal di kereta.” Kata Iskandar. Dia terlupa sesuatu.
                                                ***************************

            Mereka sudah berada di entrance KLIA. Alisa terus mendekati Aleya apabila sedar Dato’ Kadir sedang menanti mereka. Tanpa berlengah, Alina terus bersalam dengan Dato Syed Mohd Kadir. Dato Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia mengusap lembut rambut anak bongsunya. Dato Syed Mohd Kadir melihat ke arah Munirah yang tersenyum ke arahnya.

            “Along! Angah! Salam Dato’ Kadir. Kita dah nak berlepas ni.” Arah Munirah. Dia tak mahu anaknya menjadi seorang anak yang derhaka.

            “What!” Alisa meninggikan suaranya. “Kenapa kami mesti bersalam dengan lelaki ini?”

            “Angah!”

            “Alisa, awak sedar tak banyak mata sedang memerhati ? Awak memang suka buat kecoh kan! Suka tarik perhatian” kata Zahari. Disebabkan oleh suara Alisa, orang ramai yang berada di situ melihat kea rah mereka.

            Alisa memandang ke sekelilingnya. Memang benar kata Zahari! Aleya menarik Alisa mendekati. “Just do it.”

            “Tapi Along!” Alisa enggan menuruti kata-kata ibunya.

            “Angah mahu ke ibu berubah  fikiran secara tiba-tiba dan membuat keputusan tinggal di sini lagi.” Bisik Aleya.Dia tidak mahu membuat kecoh di sini lebih-lebih lagi di tempat awam. Kenapa semenjak dia menjejakkan kakinya di sini hatinya berada tidak sedap! Berdebar-debar seolah-olah ada perkara yang akan berlaku. Dahi Aleya berkerut.

            Wajah Alisa berubah. “Baiklah!” Dengan cepat Alisa bersetuju, dia tak mahu berada di sini lagi. Rimas! Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang mulutnya seperti burung kakak tua.

            Alisa dan Aleya bersalaman dengan Dato’ Kadir buat pertama kalinya. DIa hampir menanggis apabila memegang tangan mereka berdua.  Alisa teragak-agak menghulurkan tangannya. Sebaik sahaja tangannya menyentuh tangan Dato’ Kadir, ditarikanya dengan pantas. Munirah hanya mampu mengelengkan kepalanya dengan kerenah Alisa. Giliran Aleya pula, dia menoleh kea rah Munirah yang memerhati. Dia hanya ingin menjaga hati ibunya sahaja. Aleya menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan Dato’ Kadir. “ I buat semua ini disebabkan oleh ibu!” kata Aleya secara tiba-tiba.Dato’ Kadir hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Aleya
.
            Munirah mengeluh. Mereka berdua ni sama sahaja.

            “Ibu masuk dulu. Along baru teringat Along tertinggal sesuatu di dalam kereta.” Kata Aleya secara tiba-tiba. Macam mana aku boleh terlupa kunci rumah, Dia memberi tiket penerbangan dan passport pada Alina sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.

            “Angah nak ikut!” kata Alisa terus mengekori Aleya yang sedang melintasi jalan. “Along, tunggu!”

            Aleya berpaling apabila mendengar suara Alisa dan berdiri menanti Alisa. Dia melihat tiada kereta dan dia berdiri di tengah jalan.

            “Nak melarikan diri macam la orang tak tahu.” Kata Alina. Deruan enjin kereta menarik perhatian Alina. Dia menoleh dan melihat sebuah kereta wira putih bergerak laju ke arah Aleya dan Alisa yang tidak sedar akan kehadiran kereta itu.

            “Along! Angah! Kereta!” jerit Alina. Dia tergamam melihat kereta itu semakin laju menghampiri mereka berdua.

            Aleya dan Alisa berpaling dan terkejut melihat kereta itu sedang bergerak laju menghampiri mereka berdua. Aleya menoleh ke arah Alisa yang berada di sisinya. Dengan sekuat tenaga yang ada Aleya menolak Alisa ke tepi. Aleya melihat kereta itu begitu dekat dengannya. Alisa jatuh terduduk di tepi jalan.

            “Along!” jerit Munirah. Hampir saja tersentap jantungnya melihat Aleya berdiri di situ manakala kereta masih bergerak laju menghampiri anaknya.

            Kereta itu semakin dekat. Dekat! Aleya memejamkan matanya. Aleya terkejut apabila tubuhnya ditarik ke tepi. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Kini, dia berada di dalam dakapan Iskandar. Aleya memegang lengan Iskandar. Tangannya masih terketar-ketar.

            Dato Syed Mohd Kadir  menarik nafas lega melihat Iskandar menarik Aleya ke tepi . Jika tiada Iskandar, entah apa yang akan terjadi pada Aleya.

            Zahari terus menghampiri Alisa yang masih terduduk di tepi jalan. “Awak taka pa-apa ke?” soal Zahari.

            “I’m ok!” kata Alisa mencuba untuk bangun tetapi kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit.

            “Kaki awak terseliuh ke?” soal Zahari risau. Dia membantu Alisa bangun.

            “Sikit saja. Along?” Alisa melihat ke arah Aleya. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada Along! “Pemandu kereta gila! Tak nampak orang ke? Dia ingat sini Litar Sepang ke?” bebel Alisa. Seketika Alisa terlupa akan persengketaan mereka berdua

            Zahari tersenyum melihat Alisa. Tak habis-habis membebel.
            “Ibu tunggu sini. Acu nak tengok Along dan ANgah! Abah tolong jaga ibu!” Alina segera menghampiri Alisa yang dekat padanya. Dr. Nazri mengekori Alina

            “Baiklah!” kata Dato Syed Mohd Kadir. Dia melihat wajah Munirah yang kelihatan risau dengan apa yang berlaku tadi. Dato Syed Mohd Kadir  menggenggam erat tangannya. Kali ini dia memang sudah melampau! Kartika!

            “Aleya, awak selamat sekarang ni! Kereta tu sudah tiada.” Kata Iskandar. Mujurlah tadi dia sempat menarik Aleya. Aleya masih lagi berada di dalam dakapannya.

            Aleya membuka matanya perlahan-lahan. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di dalam dakapan Iskandar. Wajahnya bertukar merah. Segera dia menjarakkan dirinya dari Iskandar. Aleya melihat kea rah lain. Dia malu untuk bertentangan mata dengan Iskandar. Kenapa aku berperasaan seperti ini? Walauapapun Iskandar telah menyelamatkannya. “Aaa…Terima kasih.” Ucap Aleya. Dia menoleh kea rah Alisa. Dia menarik nafas lega melihat Alisa selamat. Kaki Aleya pantas melangkah meninggalkan Iskandar.

            Dahi Iskandar berkerut. Dia terkejut dengan kelakuan Aleya tadi. Malu! Dia malu ke? Tak sangka wanita keras seperti Aleya ni ada juga perasaan malu. Rupa-rupanya dia ada perasaan juga. Iskandar tersenyum. Dia mengatur langkah mengikuti langkah Aleya yang mendekati Alisa.

            “Along! Are you ok?” soal Alina. Dia risau.

            “I’m fine! Angah!” Aleya melihat Alisa.

            “I’m ok cuma terseliuh sikit.” Alisa tersenyum. Dia memeluk Aleya. “Nasib baik, tiada apa-apa yang terjadi pada Along. Jika tidak, Angah akan bersalah seumur hidup Angah.”

            Aleya mengusap bahu Alisa perlahan-lahan. “That’s my job as your older sister.” Aleya tersenyum dan matanya dialihkan pada ibunya yang sedang memerhati kea rah mereka. Ibu pasti terkejut dengan apa yang terjadi tadi.

            Munirah membalas senyuman yang dilemparkan kepadanya. Hatinya masih tidak tenang. Selagi mereka tidak pergi dari sini, nyawa anak-anaknya dalam bahaya. Nalurinya kuat mengatakan apa yang berlaku sebentar tadi adalah angkara Kartika. Wanita seperti Kartika sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan dirinya tidak tergugat. Aku mesti bawa anak-anak pergi dari sini. Setiap detik begitu berharga lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan anak-anaknya.


           


              

3 comments:

eija said...

fuhyoo nsb baik xde pape blaku..gila btl.. nie msti agkara kartika.. cpt lah korg blik.. klo x...entah apa lg yg kartika akan rcgkn.. bhaya btl.. aleeya cm ada bunga2 cinta bkal bputik jer..hihi

kak thx utk n3.. tp napa pendek sgt kak..xsmpt nk fiil dh bersabug..huhu..

Unknown said...

lagi,,lagi dan lagi n3..... :)

wanee said...

bila nak update lagi???????

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...