Wednesday, November 27, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 37(Part1)

            “Kesihatan Uncle sekarang ini semakin baik.” Dr. Nazri tersenyum selepas memeriksa tekanan darah Dato Syed Mohd Kadir.

            “Alhamdulilah. Ini semua jasa Nazri! Uncle ikut semua nasihat yang diberikan oleh Zahari.” Dato Syed Mohd Kadir  membetulkan lengan baju kemejanya. Dalam tempoh sebulan ini, tahap kesihatannya semakin baik. Dia ingin sembuh dengan cepat. Dia perlu mencari Munirah dan anak-anaknya yang hilang entah ke mana.

            “Nazri yakin satu hari nanti Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah. Ini semua hanya bergantung pada takdir.”

            “Uncle tahu!” Dato Syed Mohd Kadir  cuba tersenyum.

            “Assalammualaikum!” Iskandar tiba-tiba muncul di muka pintu rumah Uncle Kadir. Zahari berada di belakangnya. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu.

            “Waalaikumussalam!” jawab Dato Syed Mohd Kadir  dan Dr. Nazri serentak.

            “Macam mana dengan keadaan Uncle hari ini?” soal Iskandar.

            “Getting better!” jawab Dato Syed Mohd Kadir.

            “Zahari, kenapa dengan kaki kau tu?” soal Dr. Nazri melihat cara Zahari berjalan.

            Zahari mengeluh sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu. Iskandar hanya tersengih. “Ini kerja anak Uncle Kadir, Alisa.”

            “Alisa!” Dato Syed Mohd Kadir  terkejut apabila nama anaknya disebut.

            “Alisa! Aku tak faham!” kata Dr. Nazri tercengang.

            “Ya,Alisa! Siapa lagi. Aku rasa mereka sekeluarga dah balik ke Malaysia. Kebetulan aku terserempak Tina dan Alisa di restoran. Rupanya selama ini Tina berhubung dengan Alisa. Geramnya. Aku tanya di mana dia tinggal, tup…tup! Ini jawapannya.” Zahari menarik seluar di kaki kananya untuk menunjukkan kesan lebam di kakinya.

            Iskandar ketawa. Dr. Nazri hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setiap kali Zahari berjumpa Alisa pasti mereka berdua akan bergaduh. Macam anjing dan kucing.

            “Yang buat aku lebih geram lagi bila Tina tak mahu beritahu aku di mana mereka tinggal sekarang ni. Aku tahu Tina tahu di mana mereka berada sekarang ni! Dia dah lupa ke aku ni abang dia.” Kata Zahari. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Puas aku bertanya, Tina tidak mahu beritahu.

            “Kau jangan risau, Zahari! Jika benar mereka berempat ada di KL, kita akan jumpa mereka tak lama lagi.” Iskandar tersenyum. Perkara itu dia akan uruskan sekarang ni.

            “Uncle, jangan bimbang. Tak lama lagi Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah, Alina, Aleya dan Alisa.” Dr. Nazri melihat kea rah Uncle Kadir.

            “Kau ke atau Uncle Kadir yang tak sabar jumpa mereka? Macam la kami ni tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran kau sekarang ni!” Usik Zahari. Dia mengenyitkan matanya pada Dr. Nazri! Isi hati kau tu aku dah lama tahu. Zahari tersengih.

            Dato Syed Mohd Kadir turut sama tersenyum. Hatinya lega selepas mendapat tahu isteri dan anak-anaknya berada di Malaysia. Akhirnya aku dapat bertemu dengan mereka. Kali ini aku akan berusaha agar mereka dapat menerima aku menjadi sebahagian dari keluarganya. Setiap hari selepas menunaikan solat, dia sering berdoa agar hati mereka terbuka untuk menerima dirinya. Keluarganya akan lengkap selepas ini.

            Iskandar turut sama tersenyum melihat reaksi Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Uncle Kadir sekarang ini. Dia harap kali ini semuanya akan berjalan dengan lancar.

                        *****************************************

            Alisa melabuhkan punggungnya di sofa. Dia melihat kearah Alina yang berada di sebelahnya yang begitu khusyuk menonton drama. Setiap hari Selasa pukul 9.00 malam merupakan masa tontonan untuk Alina. Dia sudah angau dengan drama tu. Alisa membuat mimic muka. “Along pergi mana?” soal Alisa. Semasa dia berada di dalam bilik, dia terdengar bunyi enjin kereta.

            “Along keluar dengan ibu!”

            “Ke mana?” soal Alisa.

            “Rumah abah!”

            “Apa!” Suara Alisa tiba-tiba meninggi! Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ini? “Kenapa? Kenapa?” soal Alisa lagi.

            “Kenapa? Angah, cuba Angah fikir sampai bila kita nak melarikan diri? Sehingga bila? 5 tahun! 10 tahun! Kita tak buat apa-apa kesalahan pun tetapi kenapa mesti kita yang harus melarikan diri! Kita bukannya criminal. Kenapa?” soal Alina. Dia juga sudah rimas dengan semua ini. Nak pergi ke mana-mana pun, ada limit!

            Alisa tercengang dengan pertanyaan Alina.

            “Dengan melarikan diri macam ni, perkara ini tetap juga tak selesai. Lebih cepat perkara ini selesai, ia akan menyenangkan kedua-dua belah pihak.” Kata Alina.

            “Acu ingat perkara ini akan selesai dalam sekelip mata saja ke?”
            “Tak! Acu tahu semua ini mengambil masa yang lama tetapi kita mesti berani menghadapinya. Walaubagaimana besar risikonya, kita tetap juga perlu tempuhinya. Along dan ibu juga turut sama berfikir seperti itu. Dah tiba masanya kita keluar dari sini! Semua ini!” tegas Alina.

            “Acu rasa Dato’ Kadir akan menceraikan ibu begitu saja ke?” Alisa merenung adiknya. Dia masih tidak berpuas hati.

            “Tak! Sama ada Dato’ Kadir akan menceraikan ibu atau tidak. Itu semua terletak di tangan abah. Dia yang berhak melafazkan cerai. Acu, tak kisah semua ni! Yang penting bagi Acu sekarang ini ialah perkara ini semua mesti berakhir. Finish! The end!”

            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat. “Honestly, Acu! Angah juga bosan dengan semua ini.”

            Alina tersenyum. Dia memegang lembut tangan Alisa. “ Acu tahu!”


            “Angah harap perkara ini dapat diselesaikan.” Alisa hanya mampu tersenyum kelat.

5 comments:

eija said...

alaaa kak.. ckit nya n3.. huhu.. xbyk aksi..

NuRul DieLa said...

Satu Dua Tiga 2013 xde jaul kat kedai ke??

eija said...

aiii xde lg ke n3 br kak..

shzakiah said...

Lamanye.... n3 almost a month please next plse.....

Amira Mohd Nor said...

x de lagi ker n3 baru? harap2 cepat2 laa upload bab seterusnya yea writer =)

Post a Comment