Sunday, June 22, 2014

Namaku Bougainvillea ....Bab 2

BAB 2

            Pintu bilik pejabat ditutup dengan kasar. Sebaik sahaja tiba di meja, Raja Awwadi mengeluarkan beberapa keping duit kertas RM50 dari poket seluarnya. “Perempuan tak guna! Dia ingat aku nak sangat duit dia. Dia tak kenal lagi aku siapa! Ini Raja Awwadi Mukriz. Setakat duit RM800 ni, aku tak pandanglah. “ Raja  Awwadi mengetap bibir.  Ini Raja Awwadi Mukriz. CEO Gemilang Bersatu. Berpulu-puluh buah shopping kompleks terkemuka di seluruh Malaysia adalah milik aku . Selain itu Hotel Gemilang adalah miliknya juga. Sekarang ini dia mula berjinak-jinik menceburi bidang hartanah. Namanya juga tersenarai di antara jutawan yang terkaya dan berpengaruh di Malaysia. Dalam usia 34 tahun,  dia mempunyai kekayaan sebanyak RM15 billion.

            Raja Awwadi menoleh ke arah pintu sebaik sahaja mendengar ketukkan pintu.

            Fairuz masuk bersama Mary Lee.

            “Apa halnya?” soal Raja Awwadi dengan kasar. Dia terus melabuhkan punggung. Matanya tepat merenung pekerjanya.
           
            “Bos, tender untuk projek taman tema air di Pahang …..” Mary Lee teragak-agak untuk memberitahu. Dia kenal sangat dengan perangai Raja Awwadi. Mary melirik matanya pada Fairuz.
           
            “Kita gagal dapat tender tu.” Fairuz bersuara bagi pihak Marya Lee.

            “What!” jerkah Raja Awwadi seraya menghempas fail yang berada di atas meja dengan kuat. “Hey, Mary! Kau tak reti buat kerja ke? Dah 15 tahun, you kerja di sini ….task macam ni pun you tak tahu nak handle ke? I dah beritahu you kan! Walaupun apa yang terjadi I nak projek ni, tak kisahlah dengan apa cara sekalipun. Yang penting, I nak tender ni. Inilah perempuan! Kerja senang macam ni pun tak tahu nak handle.  Menyusahkan I saja. Mary, mulai hari ni ……You’re fired! Keluar! Berambus. I tak nak tengok muka you di sini” jerkah Raja Awwadi.  Perkara yang sepatutnya miliknya pasti akan menjadi miliknya. Perkataan gagal tiada dalam kamus hidupnya. Lagipun projek ini akan memberi impak yang besar sekiranya dia Berjaya mendapat tender projek ini. Projek tema air di Pahang akan menjadi Taman Tema air yang terbesar di Asia Tenggera. Kerana itulah dia perlu dapatkan projek ini. Tak kiralah jika terpaksa gunakan cara kotor. Yang penting hatinya puas.

            “Bos, please! Give me one more chance. I akan dapatkan tender tu, believe me. “ Mary Lee merayu kelopak matanya mula berair.

            “Sorry, Mary! Dalam kamus hidup I, tiada peluang kedua. Lebih baik you pergi kemaskan barang you sebelum I call security heret you keluar dari sini.  So pilih yang mana satu you nak. Get out.” Tegas Raja Awwadi .

            “Boss….”

            “Get out!” jerkah Raja Awwadi sekali lagi.

            Mary Lee berlalu keluar dari bilik sambil menangis teresak-esak.

            “Boss…..Ini first time Mary gagal dapatkan tender,sebelum ni dah banyak tender projek Mary dapatkan untuk company ni.” Fairuz bersuara.

            “Fairuz, you jangan nak bela Mary Lee. Kalau you rasa tindakkan I ni tak adil, you boleh resign.” Pandangannya tepat ke arah Fairuz yang sudah 10 tahun menjadi pembantu peribadinya.

            Fairuz terdiam.

            “Siapa yang dapat tender tu?” soal Raja Awwadi.

            “Dato Yazid.”

            “Oooo….Dato’ Yazid.  I nak you siasat kelemahan Dato Yazid selepas tu you tahu nak buat apa kan, fairuz.” Raja Awwadi tersengih.

            “Baik boss!” Fairuz akur dengan arahan Raja Awwadi.

            “You boleh keluar.”

            Fairuz berlalu keluar.

            Raja Awwadi bangun dan berjalan menuju ke tingkap kaca. Dia melihat ke luar. Dia tersenyum bila melihat Hotel Gemilang yang bertaraf 5 bintang tersergam megah di tengah-tengah Kuala Lumpur. “Zaharah, aku akan pastikan kau menyesal kerana tinggalkan aku disebabkan Robert. Kau pilih Robert sebab dia lebih kaya dari aku. Kau memang perempuan mata duitan.  Argh…semua perempuan sama saja.” Kedua-dua tangannya digenggam erat. Dia takkan lupakan apa yang Zaharah pernah lakukan. Kerana itulah, dia berdendam dengan kaum wanita. Baginya mereka semua sama seperti Zaharah. Hatinya sudah tertutup untuk menerima cinta.

                       
                                    ***********************************

            Villa menolak pintu kedai bunganya dengan lemah. Setiap kali ingatkan peristiwa  tadi, sakit hati dibuatnya. Melayang duit aku. RM800 pulak tu. Bukannya sikit. Ada juga manusia macam tu. Argh…..aku tak nak jumpa dia lagi. Menyampah !

            “Lewat balik! Kenapa? Macam ada masalah saja.” Soal Fatimah sebaik sahaja melihat Villa melangkah masuk. Mulut muncung semacam saja.

            “Kereta accident tadi.”

            “Sekali lagi!” Suzie yang sedang mengubah bunga terkejut dengan kata-kata Villa.

            “Setakat ni dah kali ketiga kereta kamu tu accident. Sebelum nak memandu tu baca doa menaiki kenderaan tak?” soal Fatimah. Dia merenung majikannya. Dah 5 tahun, dia bekerja di sini.  Baginya Villa adalah majikan yang pandai menjaga kebajikan pekerjannya. Walaupun Villa muda 15 tahun darinya,  Villa menghormatinya seperti seorang kakak.

            Villa tersengih.

            “Itulah budak zaman sekarang. Asyik nak cepat saja. Doa tu pendek saja. Insya-Allah selepas baca doa ni perjalanan kita akan selamat dengan izin-Nya. “
Fatimah memulakan syarahan agamanya.

            Suzie menahan ketawa. Matanya tepat pada Villa.

            “Baiklah, Kak Fatimah. Villa akan baca setiap kali Villa nak drive kereta. Jangan bimbang selepas ni Villa akan bawa kereta dengan lebih berhati-hati.” Villa meletakkan beg dan kunci keretanya di atas meja.  “Kak Fatimah, ada tempahan ke?”

            “Ada. Client tu nak set love bouquet. Katanya nak purple roses dan white Eustomas.’




            “Berapa stalks roses nak?” soal Villa seraya mengambil paper wrappers dan reben.

            “36 stalks.” Jawab Fatimah yang sedang mengubah basket flower yang ditempah.

            “Wow! 36 stalks! Ini mesti kes nak melamar.” Suzie mencelah. Dia mendekati Villa yang sedang mengira bilangan bunga rose.

            “Tak semestinya, Suzie. Kadang-kadang tu ada maksud yang sebaliknya. Ragam manusia ni kita tak dapat baca.”

            “Tepat sekali.” Jawab Fatimah.

            Dahi Suzie berkerut. Tak faham. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Dia baru saja bekerja sebulan di sini.

            Villa tersenyum. “Kak Fatimah, ini tempahan dari Mat Romeo tu ke?” soal Villa. Dia hanya meneka saja.

            “Ya. Dia nak kita tulis di kad tu ….eh, sekejap. Kak Fatimah tak ingat la. Biasalah kalau bahasa orang putih ni, Kak Fatimah tak ingat la.” Fatimah mengeluarkan sekeping kertas yang ada di dalam apron yang sedang dipakainya . “Dear Salina .Sorry! We cannot be together because I don’t love you anymore. Love Ethan.”
            “Ouch! Power betul ayat tu.” Suzie tercengang.

            “So moral of  the story, jangan terlibat dengan Mat Romeo ni.  Merana jiwa, tahu tak?” kata Villa. Tangannya begitu ligat mengubah bunga.

            “Eee….Tak naklah, Kak Villa. Minta simpang.” Suzie menggelengkan kepala.

            Loceng pintu berbunyi. Serentak mereka bertiga menoleh ke arah seorang wanita yang melangkah masuk. Langkah wanita yang berusia dalam lingkungan 50an mendekati mereka bertiga yang berada di kaunter.

            “Boleh saya bantu? Puan nak buat tempahan bunga ke?” soal Suzie. DIa mengambil buku nota kecil dan pen. Dia sudah bersedia untuk menoleh.

            “Aaa…..Sebenarnya saya nak cari seseorang. Hmmm…namanya Villa.”

            Fatimah dan Suzie menoleh ke arah Villa.

            Matanya Villa terkebil-kebil melihat wanita itu. ‘Aku tak pernah kenal pun mak cik ni. Kenapa tiba-tiba dia nak cari aku?’“Aaaa….Saya Villa. Ada apa yang boleh saya bantu puan.”

            “Saya Datin Yusni. Ibu Henri.” Datin Yusri memperkenalkan dirinya. Wajahnya merenung wanita yang memakai cap dan jaket lusuh berwarna biru tua.

            Kepala yang tak gatal digaru beberapa kali. ‘Henri? SIapa pulak tu?’ Villa menelan air liurnya. Kelat.  “Aaaa…Maaf, Datin. Saya tak kenal Henri.” Kata Villa. Mungkin datin ni tersalah orang kot.

            “You memang tak kenal Henri tetapi anak saudara you kenal Henri.” Wajah Datin Yusri serius.

            “Anak saudara saya? Yang mana satu, Datin? Saya ada 4 orang anak saudara.”

            “Zarina. Dia kekasih gelap anak I.” Matanya masih tak berganjak dari merenung wanita muda itu.

            Suzie dan Fatimah saling memandang antara satu sama lain.

            “Kekasih gelap!”  Melopong mulut Villa. Hampir saja tersentap jantungnya.

            “I rasa lebih baik kita berbincang di tempat lain. “ kata Datin Yusri. Dari reaksi wanita ini, dia pasti tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Dia perlu berbincang secara baik dengan wanita bernama Villa.

            “Ya. Di hadapan kedai saya ada Coffee house, kita berbincang di sana.” Kata Villa. Wajahnya pucat lesi. Apa Ina dah buat sekarang ni? Kekasih gelap? Bukan ke pagi tadi dia umumkan nak kahwin? Tetapi kenapa Zarina dilabel sebagai kekasih gelap. Dia ada hubungan dengan suami orang ke? Villa mula gelisah.

            “Villa pergi saja. Hal kedai biar Kak Fatimah dan Suzie uruskan.”  Kata Fatimah.

            “Baiklah. Villa keluar sekejap saja.”  Kata Villa sebelum mengekori Datin Yusni keluar.

                                    ************************************

            Villa meletakkan mug yang berisi air milo. Pandangan dihala ke arah air terjun buatan yang terletak di luar rumah. Pertemuan dia dengan Datin Yusni petang tadi membuatkan Villa rasa dirinya gagal menjadi seorang ibu saudara yang baik. Dia gagal memikul tanggungjawabnya. Dia benar-benar terkejut mendengar cerita yang disampaikan oleh Datin Yusni.  Selepas dia berjumpa dengan Datin Yusni, beberapa kali dia cuba hubungi Zarina tetapi gagal. Dia perlu dengar penjelasan Zarina, sebaik-baiknya dia perlu mendengar cerita bagi pihak Zarina pula. Dia tak boleh buat kesimpulan secara tiba-tiba.

            Keluhan kuat dilepaskan. Villa melihat telefon bimbitnya. “Sekali lagi.” No telefon Zarina didail. Villa berharap kali ini Zarina menjawab panggilannya.  Bunyi deringan masih kedengaran. Masih tiada jawapan. Wajahnya diusap beberapa kali. “Ina, kenapa buat Mak Su macam ni? Apa salah Mak Su, Ina? Entah-entah dia keluar dengan Henri. Please Ina, jangan buat Mak Su macam ni.” Villa mula susah hati. Sekali lagi no telefon didail tetapi Zarina masih gagal dihubungi.  Villa masih tidak mengalah. Dia cuba hubungi Zarina sekali lagi namun hasilnya tetap sama.

            Villa menyandarkan diri di kerusi besi. Ikatan rambut dibetulkan agar nampak kemas.  Villa mula berputus asa.  “Takkanlah Ina bersama Henri! Takkanlah mereka …..” Raut wajah Villa sudah berubah. Dia sudah mula berfikir perkara buruk. “Astaghfirullahalazim. Apa yang kau fikir ni?” Villa memukul kepalanya beberapa kali. “Itulah tengok drama banyak sangat. Inilah jadinya. Tahu fikirkan yang bukan-bukan saja. Think positive, Villa.  Kau mesti percaya dengan Ina. Dia tahu bezakan perkara yang baik dan buruk. Dia pandai jaga diri. Ya, aku mesti percaya dan yakin dengan anak saudara aku. Aku tak boleh duduk sahaja, aku kena buat sesuatu. Aku mesti kosongkan minda aku. Kalau tak aku asyik fikir perkara yang bukan-bukan.” Tanpa membuang masa, Villa bangun.



            Villa mengambil beberapa pot kecil. Tanah yang terdiri daripada campuran pasir dan tanah gambut dimasukkan ke dalam pot kecil.  Kemudian Villa menggunakan lidi dan cucuk pada tanah agar lubung untuk penanaman terbentuk. Keratan batang pokok Portulaca grandiflora ditanam di antara jarak 2cm atau 3cm antara satu sama lain.  Selepas proses semaian selesai, Villa menyiram air ke dalam pot untuk lembapan. “Selamat membesar. Saya janji saya akan jaga awak dengan baik.” Kata Villa  seraya tersenyum melihat pokok itu. Sementara menunggu Ina balik, lebih baik aku tanam pokok.  Secara tak langsung, aku boleh hilangkan stress. Villa menyambung semula kerjanya.  Dari jauh, Villa tidak sedar kelakuannya diperhatikan oleh seseorang dari tingkat atas.

            “Tak tidur lagi?” tegur Zakri menghampiri Zubir yang sedang berdiri di tingkap.

            “Tak.” Matanya masih memerhati ibu saudaranya yang sedang menanam pokok.

            “Ada apa?” soal Zakri.

            “Sekarang ni mesti Mak Su ada masalah. Kalau tak, Mak Su tak akan semai pokok pada waktu tengah malam macam ni. Ini semua disebabkan Kak Long” 

            Zakri melihat ke luar tingkap. Inilah tabiat Mak Su. Setiap kali ada masalah,  pasti dia akan menyemai pokok. Kadang-kadang tu sampai pukul 2.00 pagi.Katanya dapat hilangkan stress. “Kak Long tak balik lagi ke?” soal Zakri. Dia baru saja keluar dari bilik.  Hampir dua jam Zakri study.Maklumlah, tahun ini dia akan menghadapi SPM.  Dia perlu bersedia sepenuhnya.

            “Belum.” Nada suara Zubir mendatar. Zabur menoleh. “Kak Long tu kakak kandung kita ke?” Tanya Zubir secara tiba-tiba. Raut wajahnya serius.

            “Kenapa Zubir cakap macam tu?”

            “ sebab Kak Long tak sayang Mak Su seperti mana kita bertiga sayangkan Mak Su.” Jawab Zubir.  Walaupun umur aku baru 14 tahun, dia tahu ada sesuatu yang tak kena antara Kak Long dan Mak Su. “Abang Ngah, Zubir masuk dulu. Dah mengantuk.”

            “Pergilah tidur dulu.” Kata Zakri. Bahu Zubir ditepuk lembut sebelum Zubir melangkah masuk ke dalam bilik. Kini giliran Zakri memerhati gerak-geri ibu saudaranya. “Mak Su.” Keluhan kuat dilepaskan. Matanya sempat lagi melirik ke arah jam dinding yang tepat menunjukkan pukul 11.00 malam.

            

3 comments:

eija said...

cian kt maksu.. di usia yg muda dh terpksa mjga 4 org anak saudara.. dugaan.

Anonymous said...

Pliss2 writer smbung lagi..

Azaren said...

Typo
- Sekarang ini dia mula berjinak-jinik menceburi bidang hartanah.
- Datin Yusri - sepatutnya Yusni hehe

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...