Assalammualaikum ......
Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Dan juga saya ingin memohon jika ada terkasar bahasa. Kosong kosong yer.
Salam Sayang,
Azimah Lily .....:)
Saturday, July 26, 2014
Namaku Bougainvillea Bab 5
BAB 5
Usai
menunaikan solat Subuh, kain telekung dan sejadah dilipat dengan kemas.
Kemudian Villa mendekati katil dan melabuhkan punggung di birai katil.
Fikirannya masih memikirkan tentang peristiwa semalam. Wajahnya diraup beberapa
kali menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Inilah pertama kali mereka tiga
beradik bergaduh besar. Tiba-tiba Villa teringat kembali perbualan terakhir dia
dan kakaknya.
Lapan tahun yang lalu ……
Simbol
pintu dipulas dengan cermat. Kasut sneaker yang dipakai diletak di atas rak
kasut. Villa berjalan menuju ke biliknya. Beg dan buku diletak di atas meja
tulisnya. Getah rambut diambil. Rambut separas bahu diikat menjadi satu. “Aaaa…laparnya.”
Villa memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Inilah padahnya jika pergi ke
kuliah tanpa bersarapan pagi. Perutnya
asyik berkeroncong semasa kuliah Mr Scott. Nasib baik 2 jam saja. Kalau tak,
boleh pengsan dibuatnya. Selepas tamat kuliah, dialah orang pertama yang keluar
dari dewan kuliah. Dia lebih suka
memasak dari membeli di luar.
Langkahnya
diatur pantas ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari
peti sejuk. Tiba-tiba telefon bimbit Villa berbunyi, dengan pantas Villa
menjawab panggilan itu. Senyuman meleret di wajahnya.
“Kak Long!
I miss you.” Jerit Villa apabila
menjawab panggilan itu. Hatinya gembira tak terkata
“Hish
..budak ni. Baru 2 tahun tinggal di Michigan dah lupa beri salam.” Chempaka
mula membebel.
“Opss…sorry.
Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam. Inilah yang Kak Long nak dengar. Walaupun
kita merantau di Negara orang, budaya dan agama kita …jangan sesekali kita
lupa. Ingat tu.”
“Baiklah,
Prof Chempaka.” Villa ketawa kecil. Inilah padahnya kalau bercakap dengan
pensyarah bahasa, literasi dan terjemahan USM. Ada saja yang hendak ditegur dan
diperbetulkan. Villa sudah lali dengan semua itu. Bak kata orang tua-tua, masuk
telinga kanan keluar telinga kiri.
“Baru habis
class ke?” soal Chempaka. Dia tahu pagi ni Villa ada kelas dari pukul 9 pagi
hingga pukul 11 pagi. Villa ada beri timetable class untuk semester ni padanya.
Kata Villa, senang untuk call.
“Abang Long
dan anak-anak tengah buat apa?”
“Tengah
buat apa lagi, tidur ler. Dah lupa ke perbezaan zon waktu antara Malaysia dan
USA?”
“Eh, betul
la.” Villa menggaru kepalanya. Macam mana aku boleh lupa. Sini pagi, dah tentu
sana dah malam.
“Kata
genius.” Perli Chempaka. Ada sedikit nada ketawa dihujungnya.
“Nobody
perfect sis, remember!”
“I know. Dah
breakfast?” soal Chempaka.
“Belum
lagi. Tak sempat nak prepare breakfast
sebab bangun lewat. Don’t worry, Kak Long. Sekarang ni Villa nak masak nasi
goreng. Kill two birds with one stone.
Masak breakfast sekali dengan lunch.”
“Yalah! Ada
saja alasannya. Itulah orang zaman sekarang, ambil mudah saja. Tahu tak, betapa
pentingnya jika kita breakfast setiap hari. Antaranya membekalkan tenaga, boleh
kurangkan berat badan dan yang penting sekali mencegah penyakit jantung. Kalau Villa tak sempat nak breakfast, bawa
roti atau biskut dan letak dalam beg.
Kan senang! Jangan suka tahan
lapar. Dapat gastric, villa jugak yang susah.” Nasihat Chempaka dengan panjang
lebar.
“Ya, Villa
akan ikut nasihat Kak Long. Oklah, Kak Long. Esok Villa call Kak Long. Perut
Villa dah berkeroncong ni. Dah keluar bermacam-macam irama. Irama Malaysia ada.
Rock ada. K-Pop pun ada.“ Villa memegang perutnya. Ini dah kali ketiga perutnya
berbunyi. “Assalammualaikum …..” Villa
ingin mematikan talian.
“Villa.”
Dahi Villa
sedikit berkerut. “Ya, Kak Long.”
“Study
hard, okey! Makan minum mesti jaga. Makan tepat pada waktunya. Jangan lupa
solat. Jangan nak ter…miss solat pulak. Always be happy, my dear sis. I love
you. Villa , satu-satunya adik Kak Long. Villa tahu kan! Kak Long harap Villa
sayang anak-anak Kak Long sepertimana Kak Long sayangkan Villa.” Kata Chempaka
dengan lembut.
“Kak Long,
kenapa cakap macam tu?” Hatinya Villa resah. Kenapa tiba-tiba Kak Long cakap
seperti ni. Gerak hatinya dapat
merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Nothing.
Oklah. Kak Long dah mengantuk ni. Dah lewat. Esok nak kerja. Masaklah cepat,
nanti perut tu bunyi irama Bollywood pulak.” Chempaka berseloroh. Dia cuba
tukar topic. Dia sedar nada suara Villa tidak ceria seperti tadi.
“Kak Long.”
“Hish…..tak
ada apa-apalah. Kak Long dah mengantuk ni. Assalammualaikum….”
“Walaikumussalam.”
Jawab Villa sebelum menamatkan talian. Buat seketika Villa termenung. Dia
memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.
Di corong telinganya masih kedengaran kata-kata dari kakaknya. Itulah
kali terakhir dia berbual dengan kakaknya.
“Mak Su.”
Villa
tersedar. Dengan pantas Villa mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari. Dia
menoleh. Zain tersenyum ke arahnya.
“Zain dah
solat?” soal Villa seraya bangun menghampiri Zain yang sedang berdiri di muka
pintu bilik.
“Dah!”
ringkas jawapan Zain. “Mak Su, Zain lapar.” Zain membuat muka kasihan.
“Ala
kasihannya. Baby boy Mak Su lapar ye.” Villa memegang kedua-dua belah pipi Zain
yang tembam itu.
“Mak Su!
Zain tak suka Mak Su panggil Baby Boy.” Bibir Zain sudah muncung ke depan.
“Sorry!
Sorry!Mak Su lupa.”
“Mak Su
kena janji, jangan panggil Baby Boy lagi.”
“Ya! Ya.
Mak Su janji. Jom kita turun bawah. Nak masak apa ye?” Villa tersenyum. Tangan
kecil Zain digenggam lembut seiringan melangkah menuju ke anak tangga. Zain turut sama tersenyum.
******************
Sebuah
kereta Ferarari Spyder berwarna hitam berhenti di dalam kotak parking yang
bertanda VVIP. Fairuz berlari sebaik
sahaja melihat kelibat Raja Awwadi yang keluar dari perut kereta mewah itu.
Kehadiran Raja Awwadi menjadi perhatian pekerja di situ.
“Good
Morning, boss.” Kata Fairuz.
“Morning,
Fairuz.” Raja Awwadi melangkah masuk sambil diiringi oleh Fairuz. Dua orang
pengawal keselamatan yang ada di situ memberi tabik hormat sebaik sahaja
melihat Raja Awwadi. Kehadiran Raja Awwadi menarik perhatian pekerja di situ.
Langkahnya
terhenti. Sebuah lif telah dikhaskan untuk dirinya sahaja. Dia tak suka
bercampur dengan orang lain. Pintu lif terbuka. Raja Awwadi masuk bersama
Fairuz. Pintu lif terbuka apabila mereka tiba di tingkat 8. Tingkat teratas
Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Satu tingkat dijadikan pejabatnya yang juga dikhaskan
untuk dirinya seorang. Terdapat bilik
meeting, pantry, gim dan swimming pool di tingkat itu. Manakala interior design
pejabat mengikut citarasa Raja Awwadi sendiri. Mesti exclusive dan glamorous . Raja Awwadi duduk di atas kerusi yang
berwarna hitam. Komputer riba jenama Apple dibuka. Email dibuka.
Itulah rutin hariannya yang pertama apabila mula bekerja. Raja Awwadi melihat ke arah Fairuz yang masih
tercegat di situ.
“Ada apa
lagi, Fairuz?” Wajah Raja Awwadi serius. Air muka Fairuz kelihatan resah.
Wajah
garang Raja Awwadi membuatkan Fairuz mula teragak-agak. Tapi kalau aku tak
beritahu, masalah lain yang timbul “Bos, tadi Cik Bella call.” Beritahu Fairuz. Dia tahu Raja Awwadi tak suka nama Cik
Bella disebut.
“Apa
perempuan tu nak?”
“Cik Bella
nak cakap dengan bos.”
“Cakap
saja, I sibuk. “
“Dah bos,
saya dah beritahu tetapi Cik Bella kata kalau bos still tak nak angkat call dia
…dia akan adakan press conference dan umumkan yang bos dan dia akan bertunang
tak lama lagi.” Jelas Fairuz.
“Ridiculous.
Biarkan. Kalau dia berani buat press
conference, you suruh lawyer company kita saman dia. “
Dahi Fairuz
berkerut. Pelik dengan reaksi majikannya. Selalunya bila nama Cik Bella
disebut, terus saja naik angin. “Bos, okey ke?”
“Of course,
I’m okey. Kenapa?” Raja Awwadi hairan.
“Maksud
saya, bos tak marah ke? Selalunya kalau sebut nama Cik Bella, bos mesti
melenting. Tapi bos nampak tenang saja. Maksud saya, sejak kebelakangan ni bos
dah jarang marah selepas bos kena tegur dengan Mak Su Zain hari tu.” Fairuz
nampak perubahan Raja Awwadi sejak beberapa hari yang lalu.
“Fairuz!”
Tiba-tiba meninggikan suaranya. Matanya bulat melihat Fairuz.
“Ok, bos!
Saya ada kerja lain lagi. “ Dengan cepat, Fairuz menukar topic. Hish…menyesal aku tegur. Tak pasal-pasal, angin monsoon dah datang balik. Lebih baik
aku beredar dari sini. Fairuz mula mengatur langkah. Selepas beberapa tapak, Fairuz berhenti. “Oh
ya boss, hari ini birthday nenek bos. Bos nak saya order bungo ros seperti
selalu ke?” tanya Fairuz. Hari ini merupakan hari jadi Raja Khalida yang ke 79
tahun. Selalunya setiap kali hari jadi Raja
Khalida, dialah person in charge untuk uruskan semuanya termasuklah bunga,
hadiah dan dinner sempena hari jadi nenek bos.
“Today!”
Raja Awwadi terkejut. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu. Macam mana aku
boleh lupa birthday nenek? Pagi tadi aku straight saja datang ofis tanpa wish birthday
kat nenek. Confirm nenek merajuk kat aku nanti.
Fairuz
menggeleng kepala. Dari reaksi bos mesti bos lupa birthday Raja Khalida. Kasihan nenek bos! “Bos, nak saya arrange
seperti selalu ke?” soal Fairuz.
“No need,
Fairuz. Tentang bunga dan hadiah, biar I belikan. I mahu you reserve one
penthouse suit di GB Hotel Kuala Lumpur malam ni. Tentang menu makanan, you
arrange. I tak kisah apa-apa pun but must be healthy, okey! Atau lebih senang,
you suruh Chef Yaakub masak. Dia tahu makanan kegemaran nenek I.” kata Raja
Awwadi dengan panjang lebar. Dia tahu nenek makan masakan Chef Yaakub. Kata
nenek, masakan Chef Yaakub sesuai dengan citarasanya.
“Yes, bos.”
“One more
thing, cancel semua appointment I petang ni.” Sempat lagi ekor matanya
mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 8.30 pagi. Aku ada masa lagi untuk
berfikir tentang hadiah yang aku perlu belikan untuk nenek. Dua tahun lepas,
aku dah hadiahkan set barang kemas. Tahun lepas pulak, aku hadiahkan beg Channel
yang berharga RM150 ribu. Tahun ni, aku
nak beri hadiah apa? Semua benda nenek dah ada.
“Yes, bos.
Kalau tak apa-apa lagi, saya keluar dulu.”
Raja Awwadi
hanya mengangguk. Selepas melihat
kelibat Fairuz berlalu, Raja Awwadi terus bangun. Dia mula resah.
***********************
“Villa, kes
Zarina tak settle lagi ke?” tanya Fatimah. Dia sedar sejak kebelakangan ni
Villa jarang tersenyum. Asyik termenung saja. Dah jarang buat lawak
antarabangsa.
“Belum.”
Lemah jawapan Villa. Dia sudah hilang arah. Dia sudah tak tahu bagaimana cara
untuk menyedarkan Zarina. Nasihat aku langsung tak didengar. Villa mengambil
pen dan fail. “Kak Fatimah, kalau ada apa-apa cari saja Villa di bilik stor.
Villa nak check stok kat belakang.” Beritahu Villa sebelum melangkah lemah
menuju ke stor. Fikirannya masih memikirkan hal Zarina dan Henry.
Suzie
mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, kasihan Kak Villa. Sekarang ni dah jarang
dengar Kak Villa ketawa. Asyik muka masam saja.”
“Itulah
dugaan namanya, Suzie. Kak Fatimah yakin. Villa dapat tempuhi dugaan kali ni.
Kita doakan yang terbaik untuk keluarga Villa”
Suzie
mengangguk setuju.
Loceng
pintu tiba-tiba berbunyi apabila pintu kedai dibuka. “Selamat datang ke
Bougainvillea Florist.” Kata Fatimah dan Suzie serentak sebaik sahaja melihat
seorang pelanggan lelaki melangkah masuk.
“Can I help
you, sir?” soal Suzie sambil tersenyum.
“Hmmm…..Actually
bunga ni untuk birthday nenek I. Dia suka orchids. I tak kisah you nak wrapping
macam mana but make it look beautiful and unique. Lain dari yang lain. Tentang
harga, I tak kisah. Make it quick sebab I ada hal selepas ni.”
“Ya. Aaa…
Encik boleh tunggu di sana. Encik nak air ke? Mineral water or coffee?” Fatimah
menunjukkan sofa putih yang terletak di hujung sudut kedai. Tempat itu
dikhaskan untuk pelanggan menunggu.
“No! I tak
minum di tempat macam ni.” Jawab lelaki itu terus berlalu pergi dan duduk di
sofa.
Suzie
membuat mimic muka, kurang senang dengan sikap lelaki itu. “Muka handsome
tetapi berlagak lebih. Orang berbudi kita berbahasa, betul tak?”
“Hish,
perlahan sikit suara tu. Kalau dia dengar, teruk nanti kita kena complain.
Customer macam tu, jangan nak cari pasal. “ tegur Fatimah. Dia sudah masak
dengan perangai pelangaan seperti ini. Lebih teruk dari ni pun, dia pernah
jumpa.
“Tapi ….”
“Dah. Pergi
ambil bunga orkid tu.” Fatimah mencelah. Otaknya ligat berfikir. Gubahan yang
unik? Lain yang lain? Hish, susah betul
kalau dapat pelanggan macam ni.
“Yalah!”
jawab Suzie dengan lemah.
Sekali lagi
loceng di pintu berbunyi, dua orang wanita melangkah masuk. Suzie dan Fatimah
tersenyum. Begitu murah rezeki mereka hari ini, pelanggan datang tanpa henti.
“Welcome
….” Fatimah tercengang apabila wanita yang berbaju gaun merah separas lutut itu
mencelah.
“Hey, mana
mak cik perempuan perampas tu? I nak jumpa dengan dia. Sekarang!” jerit wanita itu secara tiba-tiba. Anak
matanya meliar ke pelbagai sudut mencari.
“Aaaa…Maaf,
Cik! Siapa sebenarnya Cik nak jumpa?” soal Fatimah secara lagi. Apa masalah
wanita ni? Terjah masuk kedai orang lepas tu nak naik angin pulak.
“Hey, you
pekak ke? I nak jumpa mak cik perampas tunang I. Mana dia, hah?” jerit wanita
itu sekali lagi.
Air muka
Fatimah dan Suzie berubah. Sekarang mereka sudah tahu siapa yang dicari oleh
wanita yang berambut perang yang sedang berdiri di hadapan mereka. Pandangan
mereka bertaut dan melihat ke arah bilik stor.
“Aniza,
calm down. Jangan ikutkan perasaan marah you tu.” Wanita yang memakai kemeja
jeans bersuara.
“Kak Ira
tak faham perasaan Niza sekarang ni. Lebih baik Kak Ira diam. “ tengking Aniza.
Wajahnya merah menahan geram. Dia sudah tak peduli lagi. Dia ingin bersemuka dengan ibu saudara
perempuan yang memusnahkan kebahagiaannya. Sebenarnya dia mahu bersemuka dengan
wanita bernama Zarina tetapi Henri menghalang dia dari berjumpa. Kata Henri,
dia takut aku akan apa-apakan perempuan.
Begitu sekali sikap Henri membela perempuan tu walaupun mereka berdua hanya
berkenalan selama 3 bulan , pada hakikatnya hubungan aku dan Henri dah hampir 5
tahun. Begitu mudah Henri melupakan
cinta dan kasih sayang aku padanya. Di saat akhir, Henri sanggup membatalkan
perkahwinan kami kerana perempuan tu. Itu yang membuatkan aku bengang.
“Aniza!”
Ira memegang tangan Aniza. Dia tak mahu sepupunya bertindak terburu-buru.
Aniza tidak
mempedulikan kata-kata Ira. Pasu bunga
yang ada di atas meja, diambil dan dihempas ke lantai. Pecah berderai. Serpihan
kaca bertaburan di lantai.
Fatimah dan
Suzie terkejut.
“Mana dia?
I nak jumpa dia. Kalau tak, I musnah kedai bunga ni” Jerit Aniza lagi. Dia tak
dapat kawal emosinya.
“What is
going on here?” Villa terkejut melihat apa yang berlaku. Semasa dia berada di
dalam stor, dia terdengar ada suara wanita menjerit. Yang lebih mengejutkan
lagi apabila wanita itu membaling pasu bunga ke lantai. Dia berjalan mendekati
Fatimah dan Suzie.
“You! You
mak cik perempuan yang rampas tunang I kan!” Jari telunjuknya tepat dituju ke
arah wanita yang memakai cermin mata berbingkai hitam. Wajah perempuan tu ada
iras dengan wanita itu. Sah, dia mak cik perempuan tu.
Villa
tergamam. Matanya tepat melihat wanita itu. Adakah wanita ni tunang Henri? Macam
mana dia boleh tahu? Mungkin ke Datin Yusni beritahu? Villa mula resah
“Mana anak
saudara you, hah? I nak jumpa dia. I nak
ajar dia cukup-cukup. Berani dia rampas tunang I. Hey, kat luar sana ….banyak
lelaki yang boleh nak dibuat suami tetapi kena anak saudara you rampas bakal
suami I. Dah tak a da lelaki lain ke?”
“Saya minta
maaf bagi pihak Zarina di atas apa yang berlaku. Saya …”
“You ingat
I datang sini semata-mata nak dengar perkataan maaf dari you, hah! Hidup I
musnah disebabkan anak saudara you.
Mahligai perkahwinan yang I impikan selama 5 tahun ni hancur berderai
dalam sekelip mata saja. Cinta dan kasih sayang yang kami pertahankan hilang
begitu saja disebabkan kehadiran anak saudara you yang tak guna tu. Di mata
Henri sekarang ni, I adalah orang luar. Setiap kenangan kami bersama dah tak
ada apa-apa erti bagi Henri. Janji Henri untuk membahagiakan I dilupakan begitu
saja. Di mata Henri sekarang ni hanyalah anak saudara you. Dengan mudah saja, Henri batalkan wedding
kami sedangkan kami akan berkahwin bulan depan.
Semua persiapan dah complete. Kad dah pun diedarkan. Maruah keluarga I dipijak begitu saja. Apa
yang I nak jawab dengan saudara mara I nanti.You tahu tak apa perasaan I,
hah? I rasa diri I dikhanati. You faham
tak? ” Dengan deras butiran jernih mengalir keluar dari kelopak matanya.
Hatinya benar-benar sakit. Tiada sesiapa
dapat merasai apa yang dia rasa sekarang ni. Dia terlalu mencintai Henri. Dia
tak dapat menerima hakikat yang Henri tidak mencintai dirinya lagi. Dia tak
boleh hidup tanpa Henri. Jiwanya terseksa. Aniza mengusap dadanya beberapa
kali.
“I akan
pastikan semuanya akan kembali keadaan asal semula. Henri akan kembali semula
pada you. Perkahwinan you dan Henri akan berjalan seperti yang telah
ditetapkan. I janji. Zarina tidak akan
menjadi orang ketiga dalam hubungan you all berdua.” Kata Villa
bersungguh-sungguh supaya dapat menyakinkan wanita itu. Dia sedih melihat keadaan
wanita itu. Wajah pucat lesi seolah-olah tidak tidur beberapa hari. Villa
rasa bersalah.
“Easy for
you to say, you ingat I percaya cakap you ke? You tu ibu saudara dia. Jangan
nak tipu I. You ingat I bodoh ke?” marah
Aniza. Mustahil wanita ni akan menyebelahi dirinya. Aniza terus membaling pasu
ke arah Villa. Pasu itu tepat mengena kepala Villa sebelum jatuh ke lantai dan
pecah.
Semua orang
yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Villa tak mengelak dan
membiarkan pasu tepat mengena kepalanya.
“Villa.”
Fatimah mendekati Villa. Dia terkejut melihat darah mengalir di dahi Villa.
Pantas Fatimah mencapai tisu dan mengelap darah di dahi Villa.
“I’m fine,
Kak Fatimah.” Kata Villa dengan lemah. Dia mengambil tisu dari tangan Fatimah.
Dahinya sedikit berkerut. Pedih.
“Get out!
Keluar sekarang sebelum I call polis. Keluar.” Jerkah Suzie. Dia merenung
mereka berdua yang masih tercegat di situ.
Kenapa pula perempua ni lepaskan kemarahan kat Kak Villa? Yang bersalah
ialah Zarina. Sepatutnya pasu itu ditujukan pada Zarina bukannya Kak Villa.
“Niza, jom
keluar sekarang.” Ira menarik Aniza keluar. Aniza masih terkejut dengan apa
yang berlaku. Dia tak sengaja. Langkah
mereka terhenti apabila nama Aniza dipanggil.
“Cik
Aniza, apa yang I cakapkan tadi bukannya
kata-kata kosong. I akan kembalikan semula mahligai you. Untuk pengetahuan
you,Zarina seorang anak yang baik. Dia akan kembalikan Henri semula ke pangkuan
you. Percayalah“ kata Villa. Wajahnya kelihatan tenang. Kemudian Villa melangkah meninggalkan mereka
dan berjalan masuk ke biliknya.
“Tunggu apa
lagi! Silakan” marah Suzie. Pintu kedai
sudah dibuka. Sebaik mereka berdua keluar, Suzie menutup pintu dengan
kasar. Dia mendekati Fatimah. “Kak
Fatimah, Suzie tak puas hati. Kenapa pulak Kak Villa yang kena? Dia tak tahu
ke, orang yang menentang kuat hubungan Zarina dan Henri ialah Kak Villa. Hish
….geram betul. Zarina tu tak habis-habis bawa masalah kat Kak Villa. “ Suzie
mencekak pinggang.
“Dah. Kunci
mulut tu. Kak Fatimah nak tengok Villa sekejap.” Pesan Fatimah sebelum
kelibatnya hilang di sebalik pintu.
Suzie
melepaskan keluhan dengan kuat. “Nasib baik, tak ada customer ….” Matanya tepat
melihat bunga orkid yang diletakkan di atas meja, tiba-tiba dia teringat
sesuatu. Macam mana aku boleh terlupa? Perlahan-lahan anak matanya melirik ke
arah lelaki yang sedang duduk dan memerhati ke arahnya. Wajahnya serius dan
tiada secalit senyuman. “Oh my god!”
Suzie tersengih. Matilah aku.
Friday, July 18, 2014
Namaku Bougainvillea Bab 4
BAB 4
Zakri tersenyum
melihat gelagat Zubir yang sedang merenung papan catur. Inilah rutin harian
mereka berdua setiap hari Sabtu petang. Bermain catur! “Cepatlah jalan! Dah 5
minit ni.”
“Hish….sekejap,
biar Zubir fikir!” Sedikit hari Zubir berkerut. Berfikir. Eee… yang mana satu
aku nak jalan ni! Bishop atau knight! Zubir teragak-agak. Yang pasti untuk
dekati King Abang Ngah, aku kena korbankan salah satu buah catur aku. Argh
…..Aku kena yakin. Strategi aku pasti akan menjadi.Kali ini aku mesti menang.
Buah catur Bishop putih berjalan mendekati buah catur Queen hitam. Zubir
tersenyum.
Zakri masih
tersenyum lagi. “Sorry! Nice move but checkmate.” Zakri menggerakkan buah catur
rook hitam mendekati buah catur king putih. Zakri ketawa.
Air muka
Zubir berubah. Masih tercengang. Macam mana aku boleh terlepas pandang buah
catur rook hitam? Argh..geramnya. “One more!” kata Zubir. Dia masih tak berpuas
hati.
“Tadi Zubir
kata nak main 5 round saja. Tak nak,
okey!” Zakri mengeleng.
“Please,
Abang Ngah! Sekali saja.” Zubir merayu.
“Tak nak!
Next week pulak. Kenapa? Masih tak berpuas hati lagi ke? Abang Ngah dah cakap
kan, tiada siapa dapat kalahkan Abang Ngah dalam chess.”
“Perasaan.”
Zubir menceber.
Zakri
ketawa.
“Ini
airnya.” Villa meletakkan dua gelas air jus tembikai di atas meja. “ Siapa
menang?” soal Villa.
“Tentulah
Zack yang juara.”
“Iyelah
….Kalau Abang Ngah lawan dengan Mak Su, confirm Abang Ngah kalah. Abang Ngah
dah lupa ke? Dalam masa 5 minit, Mak Su dapat kalahkan Abang Ngah.” Giliran
Zubir pulak ketawa.
“Sukalah
tu….” Zakri menjeling ke arah Zubir yang sedang ketawa.
“Mak Su
lawanlah dengan Abah Ngah. Biar Abang Ngah putih mata pulak.”
“Hish …Tak
naklah. Dulu bolehlah….Sekarang ni otak Mak Su dah beku. Dah malas nak fikir.
Lagipun Mak Su ada date dengan baby boy.” Villa menjiuh bibir ke arah Zain yang
sedang menunggu di meja kecil yang tidak jauh dari mereka berdua. “Kalau baby
boy merajuk, susah Mak Su nak pujuk nanti.
Oh ya, Mak Su minta diri dulu ye.” Villa tersengih seraya mengenyitkan
mata pada Zakri dan ZUbir.
Langkah
Villa terhenti sebaik sahaja melihat Zarina berjalan menuju ke kereta Myvi
berwarna kuning. “Ina! Ina nak pergi
mana?” jerit Villa. Matanya masih tidak berganjak memerhati gerak geri Zarina.
Villa mula berasa resah.
Zarina
terus masuk ke dalam perut kereta. Dia berpura-pura tak mendengar pertanyaan
ibu saudaranya. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu bergerak laju
meninggalkan rumah teras dua tingkat itu.
“Abang
Ngah, tengok tu! Kak Long sengaja buat-buat tak dengar soalan Mak Su. Semakin melampau perangai Kak Long sekarang
ni.” Zubir mengetap bibir. Sakit hatinya melihat Mak Su dilayan seperti itu
seolah-olah Mak SU tak wujud.
Zakri
mendiamkan diri. Dia tak tahu bagaimana cara nak nasihatkan kakaknya.
Villa
melepaskan keluhan kuat. Kakinya kembali mengorak langkah mendekati Zain yang
sedang menunggunya. “Mak Su, Zain dah sediakan bahan-bahan yang Mak Su nak.”
Zain tersenyum lebar.
Villa
membalas senyuman Zain. Rambut Zain diusap dengan lembut.
“Mak Su nak
ajar Zain tanam pokok apa?” soal Zain. Dia tak sabar untuk belajar.
“Pokok
Bromeliad” Villa menunjukkan anak pokok Bromeliad yang diambil dari pokok induk
Bromeliad.
“Bromeliad.”
Zain menyebut nama pokok itu.
Villa
ketawa kecil. Cutenya!
“Kenapa Mak
Su nak tanam pokok ni.” Zain membelek anak pokok Bromeliad.
“Pokok ni
dapat hasilkan oksigen dan juga dapat singkirkan udara tercemar pada waktu
malam. Dalam erti kata lain , pokok ni boleh bersihkan ruang udara kita yang
kotor atau tercemar.” Terang Villa.
“Oooo….kalau
macam tu Zain nak satu pokok ni! Letak dalam bilik Zain. Mesti udara bilik Zain
bersih, betul tak Mak Su.”
“Ya.” Villa
ketawa kecil. Tingkah laku Zain mencuit hati. “Kita mulakan ye. Kita ambil pot.
Masukkan sabut ke dalam pot. Kemudian Zain letak anak pokok di tengah-tengah
pot , lepas tu Zain penuhkan pot dengan sabut ni.” Villa menunjukkan caranya. Zain mengikuti satu
persatu langkah yang diajar oleh Villa.
“Okey!
Selepas tu, Zain mesti tuangkan air ke dalam pot ni . Jangan penuh sangat. Okey
…dah siap.” Villa menepuk tangan.
“Senangnya.”
Kata Zain.
“Tapi Zain
kena ingat, bila air tu nampak nak
kering saja …..Zain kena siram air di dalam pot ni. Nanti bila pokok ni dah
besar, Zain mesti ubah ke dalam pasu. Kalau Zain nak tahu, pokok ni ada bunga.
Cantik bunganya. So, Zain kena jaga baik-baik.”
“Betul ke
cantik, Mak Su.”
“Betul. Mak
Su tak tipu.”
“Okey! Zain
jaga pokok ni baik-baik.” Zain membelek pot bunga itu. Dia tak sabar menunggu
pokok ini berbunga. “Mak Su, Zain nak bagi pokok ni untuk Abang Ngah dan Abang
Zubir…..boleh tak?”
“Boleh.
Untuk Kak Long tak ada ke?” soal Villa.
“Kak Long
tak suka Zain. Kak Long mesti tak suka pokok ni.” Jawab Zain. Dia kembali
menyambung kerjanya.
Villa
terkejut dengan jawapan Zain. Dahi Villa sedikit berkerut. Villa sedar hubungan
Zain dan Zarina tak begitu rapat. Zain lebih rapat dengan Zakri dan Zubir. Sejak kecil lagi, Zarina tak pernah rapat
dengan Zain. Zarina lebih suka menjauhkan diri dari mereka. Dulu aku tak berani
menegur Zarina kerana aku percaya Zarina akan berubah satu hari nanti namun
sangkaan aku meleset sama sekali. Jarak antara Zarina dan adik-adiknya semakin
jauh. ‘ Aku tak boleh biarkan. Aku mesti
buat sesuatu. Aku tak mahu Ina lakukan kesilapan dan musnahkan masa hadapannya.
Aku tak boleh berdiam diri lagi. Aku ibu saudara dia. Zarina adalah
tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kak Long dan Abang Long kepada aku.’
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. No telefon Datin Yusni didail.
*****************************************
Villa
menarik nafas lega sebaik sahaja melihat signboard tandas. Dia sudah tak tahan
lagi. Hampir dua jam Villa dan Zain berjalan di shopping kompleks. Hanya mereka
berdua sahaja. Zakri dan Zubir ada aktiviti di sekolah. Kerana terlalu bosan
tinggal di rumah, Villa membawa Zain berjalan-jalan di shopping complex yang
dibuka berdekatan rumahnya. Hanya window shopping saja. Pengunjung semakin ramai memenuhi GB Mall. Villa
bergegas menuju ke tandas seraya memegang tangan Zain.
“Zain
tunggu Mak Su di sini. Mak Su pergi toilet sekejap saja. Don’t go anywhere just
stay here, okey?”
“Okey!”
Zain tersenyum. Sebaik sahaja mendapat
green light dari Zain, Villa bergegas masuk ke dalam toilet. Wajah Villa berubah
sebaik sahaja melihat orang yang sedang
beratur untuk memasuki tandas. “Alamak …ramainya. Aduh, parah kalau macam ni.”
Villa beratur di belakang seorang wanita yang memakai baju t-shirt berwarna
merah. Nak ke tak nak, aku kena beratur
jugak. Dah critical ni.
Zain
menyandar diri di dinding yang tidak jauh dari tandas perempuan. Air mukanya
sudah berubah menjadi masam. “Mana Mak Su ni? Lamanya.” Bibir sudah muncung ke
depan. Jeritan riang kanak-kanak menarik perhatian Zain. “Clown” Zain kembali
tersenyum lebar. Ada seorang badut
sedang melakukan persembahan kepada kanak-kanak yang ada situ. Ramai
kanak-kanak mengeliling badut itu. Dengan senang badut itu membentuk belon
menjadi arnab dan memberi belon itu pada setiap kanak-kanak yang ada di situ. Zain
mula melangkah menghampiri badut itu.
Tiba-tiba
Zain terjatuh apabila dirinya dilanggar oleh seseorang. Zain jatuh terduduk.
“Hey,
budak! Buta ke? Yang kau langgar aku, kenapa?” Lelaki itu merenung Zain seperti
ingin ditelan hidup-hidup. Tangan kananya masih melingkar dipinggang teman
wanita yang berdiri di sebelahnya.
Zain bangun
dan membetulkan seluarnya. “Zain tak langgar Uncle. Uncle yang langgar Zain
tadi. Uncle yang salah. Kalau kita berjalan, kita mesti tengok depan.” Jawab
Zain.
“Kurang
ajar! Kau cuba nak ajar aku
ke?” jerkah lelaki itu tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ.
“Alah,
sayang! Sudahlah. Dengan budak kecil pun you nak bergaduh.” Wanita yang berada
di sebelah lelaki itu bersuara. Dia sedar banyak mata yang memerhati ke arah
mereka. Dia memegang tangan lelaki itu agar beredar dari situ.
“Argh, you
jangan masuk campur.” Lelaki itu menepis tangan teman wanitanya. Tiba-tiba
lelaki itu memegang t-shirt Polo yang dipakai oleh Zain. “Hey, budak. Kau sedar
tak, kau tu budak kecil. Kau tak layak nak ajar aku. Mak bapak aku pun tak pernah
nak tegur aku. “
Dahi Zain
sedikit berkerut. “Kenapa mak bapak Uncle tak tegur Uncle? Mereka dah tak ada
di dunia ni lagi ke?” soal Zain. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki itu.
“Hish…budak
ni! Mak bapak aku masih hidup lagi, tak mati lagi. Mulut kau memang tak ada
insurans. Mana mak bapak kau, hah? Biar aku ajar mereka bagaimana nak didik
anak macam kau ni.” Matanya meliar mencari kelibat ibu bapa budak lelaki ni.
“Kenapa Uncle
suka marah? Mak Su kata kalau kita cepat marah nanti hati kita cepat hitam. Bila
hati kita hitam, Allah dah tak sayang
kat kita lagi.” Jelas Zain.
“Budak ni
memang dah nak kena dengan aku.” Lelaki itu sudah tidak dapat menahan marah
lagi. Berani budak kecil ni nak ajar
aku. Tangan kanan diangkat. Dia terkejut
apabila tangannya dipegang oleh seseorang. Tangan kananya itu dikilas ke
belakang. “Sakit! Lepaslah.” Lelaki itu meronta dilepaskan.
Raja Awwadi
melepaskan tangan lelaki itu. Langkah
lelaki itu berundur beberapa tapak. Raja Awwadi berdiri di hadapan budak lelaki
itu. Kebetulan hari ini dia datang meninjau keadaan GB Mall yang baru dibuka
bulan lepas. Sambutan begitu mengalakkan. Begitu ramai orang mengunjungi GB
Mall ini. Keputusannya untuk membuat salah satu cawangan GB di sini memang
tepat. Pasti jualan berlipat kali ganda. Kehadirannya ditemani oleh Fairuz.
Dari mula lagi dia memerhati, pada mulanya dia malas nak campur tetapi apabila
melihat lelaki itu ingin menampar budak lelaki itu, dia tak boleh mendiamkan
diri lagi. Budak lelaki itu tak bersalah. Ini shopping complex aku, aku tak
boleh biarkan lelaki itu buat sesuka hati.
“Hey, kau
siapa? Jangan masuk campur urusan aku dengan budak ni.” Jerkah lelaki itu.
Renungannya tepat ke arah Raja Awwadi.
“I pemilik
GB Mall, Raja Awwadi. Kenapa? You ada masalah dengan I ke? Atau you nak I
panggil polis datang sini.” Jawab Raja Awwadi. Mukanya serius. Berani lelaki ni
buat kecoh di sini.
Lelaki itu
terdiam. Dia mula resah. Wajahnya pucat lesi. Dia melihat penampilan lelaki tu.
Lain dari yang lain. Berpakaian lengkap dengan suit jenama
Emporio Armani
“I minta
maaf. Boyfriend I ni panas baran sikit Err…kami gerak dulu.” Teman wanitanya
terus menarik tangan teman lelakinya agar beredar dari situ.
Raja Awwadi
menoleh. “ Ayah dan emak mana?” soal Raja Awwadi seraya tersenyum.
“Zain anak
yatim piatu. Zain tak ada emak ayah.” Jawab Zain dengan nada suara perlahan.
Raja Awwadi
terdiam seketika. “Habis tu, Zain datang dengan siapa?”
“Mak Su.”
“Mana Mak
Su Zain?” soal Raja Awwadi dengan lembut.
Ada ke patut tinggalkan anak saudara macam tu saja? Tak ada
tanggungjawab langsung. Sekarang banyak kanak-kanak hilang, dia tak tengok
berita ke? Setiap hari ada saja kes budak hilang.
“Mak Su
pergi toilet. Mak Su suruh Zain tunggu di luar tapi Zain tak dengar cakap Mak
Su. Bila Zain nampak clown tu, terus Zain datang sini.” Cerita Zain.
“Bos, mesti
mak cik budak ni tengah tercari-cari.” Fairuz mencelah. Dia melihat keadaan
sekeliling.
Raja Awwadi
mengusap rambut Zain perlahan-lahan.
“Beginilah. Zain ingat tak no telefon Mak Su? Biar Uncle call Mak Su.”
Soal Raja Awwadi. Dia mengeluarkan telefom bimbit iphone dari poket seluarnya.
“Ingat. O11
……” Zain menoleh sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Zain tersenyum lebar. “Mak Su.” Jerit Zain
seraya melambai tangan ke arah Villa.
Raja Awwadi
mengamati wajah wanita yang sedang berlari ke arah mereka. Anak matanya
membesar secara tiba-tiba. Bukan ke dia yang aku jumpa hari tu?
“Zain.”
Villa terus memeluk Zain dengan erat. Tangisan Villa semakin kuat. Air matanya
begitu laju membasahi pipi.Dia bersyukur kerana dapat berjumpa Zain
semula. Dia terkejut apabila Zain tiada
di situ. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.
Dia dah seperti orang gila. Terjerit-jerit memanggil nama Zain.
“Mak Su.”
Zain bersuara. Pelukan terlerai. “Mak Su jangan menangis lagi. Zain minta maaf
sebab tak dengar cakap Mak Su. Mak Su …..” Zain mengelap sisa-sisa air mata
Villa. Dia rasa bersalah.
“Zain mesti
janji dengan Mak Su, okey! Jangan buat perangai macam ni lagi.” Tegas Villa.
Dia mengesat air matanya.
“Zain
janji. Zain tak suka tengok Mak Su sedih.” Tangan kanan diangkat seperti
mengangkat sumpah.
Villa
tersenyum seraya tangannya mengusap lembut rambut Zain.
Raja Awwadi
masih memerhati gelagat mereka berdua. Tanpa disedari hatinya tersentuh dengan
melihat kasih sayang antara mereka berdua.
“Mak Su,
tadi ada Uncle langgar Zain lepas tu Uncle terus marah Zain tetapi nasib baik nice Uncle
tolong Zain.” Beritahu Zain seraya tangannya memegang tangan Raja
Awwadi.
Raja Awwadi
terkejut apabila budak kecil itu memegang tangannya secara tiba-tiba.
Mata Villa
terkebil-kebil melihat lelaki yang bertubuh sasa itu. Alamak, kenapa aku mesti terserempak dengan
mamat ni lagi? Selepas kejadian hari tu,
Villa baru ingat siapa lelaki tu. Dia ada baca artikel mengenai lelaki itu di
majalah. Pewaris Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Salah seorang tokoh korporat
yang berjaya di Malaysia. Yang pasti, dia telah salah sangka terhadap lelaki
itu . Sebab itulah dia tak mahu terserempak dengan lelaki ini lagi. Namun,
sangkaannya meleset. Mereka berjumpa akhirnya. Dengan pantas Villa menarik
tangan Zain agar melepaskan tangan lelaki itu.
Villa membetulkan cermin mata berbingkai hitam yang dipakainya. “Encik,
terima kasih sebab tolong anak saudara saya.” Villa berlagak seolah-olah itu
adalah pertama kali mereka berjumpa. “Zain, dah ucapkan terima kasih pada Uncle
ke?”
“Belum.”
Zain memandang Raja Awwadi. “Thank you, Uncle.” Senyuman Zain meleret.
Raja Awwadi
hanya menganggukkan kepalanya. Anak matanya masih tidak lepas memandang wanita
itu. Oooo….kau pura-pura tak kenal aku ye.
“Jom
balik.” Villa ingin beredar dari situ segera. Dia tak mahu mencari masalah
dengan lelaki ini.
“You nak
pergi mana? I tak habis cakap lagi.” Raja Awwadi bersuara secara tiba-tiba.
Jangan harap aku lepaskan kau hari ini. Kau pijak maruah aku hari tu, aku
takkan lupa.Ooo…Aku ni tokoh korporat yang terkenal, suka hati kau tuduh aku
penipu.
Villa
mengetap bibir dan berpaling. Wajahnya masih bersahaja. Suka atau tak aku kena hadap muka mamat ni
jugak. Eee…malapetaka dah datang.
Fairuz
hairan.
“Tak sangka
kita boleh terserempak di sini. I tahu you masih ingat I lagi kan! Jangan nak
berpura-pura tak kenal I, Cik Florists.” Wajahnya tegang.
“ Dah tentu
sekali I ingat you, Encik Audi. I minta maaf sebab terlanggar kereta you hari
tu. Tentang duit repair yang I bagi hari tu, cukup tak? Kalau tak cukup I boleh
beri lagi.”
“You ingat
I nak sangat duit you tu, hah. “ Tiba-tiba Raja Awwadi meninggikan suara.
Villa
terkejut begitu juga dengan Fairuz dan Zain.
“Apa
masalah you sebenarnya? You tak malu ke? Menjerit di tempat awam ni. Kita boleh
berbincang dengan cara baik.” Tegur Villa. Banyak mata yang sedang memandang ke
arah mereka.
“GB Mall
milik I. I nak buat apa pun, itu hak I.
I nak menjerit ke? Melalak ke? Itu I punya pasal”
Villa
menggeleng. Villa melihat Zain dan teringat sesuatu. “Zain pusing belakang kemudian tutup
telinga.”
“Kenapa Mak
Su?” Zain hairan.
“Zain buat
je. Nanti Mak Su belanja Zain makan ice cream. Sekejap saja. Okey?” pujuk
Villa. Takkanlah aku nak biarkan Zain lihat perangai lelaki yang tak budi pekerti
langsung. Perangai lelaki ini tidak boleh menjadi contoh teladan yang baik pada
Zain. Aku tak nak Zain terikut perangai lelaki. Dah macam barbarian aku tengok.
“I tengah
bercakap dengan you, you dengar tak.” Tengking Raja Awwadi.
“Boss…”
tegur Fairuz. Dia mula gelabah. HIsh, bos ni kalau bab bergaduh dengan orang ..dialah
yang paling handal.
“Fairuz,
you jangan masuk campur.”
Fairuz
terdiam.
“Ya, I
dengar. Apa yang you tak puas hati lagi dengan I? I dah minta maaf kan. So tell
me!” Nada suara Villa masih bersahaja. Lelaki panas baran macam ni , kita kena
slow talk dengan dia. Jangan lawan api dengan api, marak jadinya. Lebih baik
lawan api dengan air, barulah cool.
“You
sengaja berpura-pura tak ingat kan! Atau you nak I ingatkan you.” Suara Raja
Awwadi semakin tinggi. Dia masih tak berpuas hati.
Villa
tersenyum nipis. “Oooo…maksud you semasa I kata you penipu hari tu ke?”
“Ya. Itu
bukan kata tapi you fitnah I. Hey perempuan, I CEO Gemilang Bersatu Corp
Berhad. Ikut sedap mulut you saja you tuduh I penipu. Muka I ni nampak macam
muka penipu ke? One more thing, suit Emporio Armani tu I beli
bukan pinjam. Kereta Audi R8 yang you langgar hari tu merupakan kereta ke 12 yang I beli tahun ni. You tahu tak? Itulah
perempuan bila bercakap ikut suka hati saja. ” Bulat anak mata Raja
Awwadi merenung wanita itu.
Villa hanya
mampu menggeleng kepala. Bila tengok mamat ni, nak tergelak pun ada. Perangai
mengalahkan budak-budak kecil. Zain pun tak macam ni. Benda kecil pun nak
diperbesarkan. Confirm mamat ni nak aku minta maaf. “I minta maaf jika kata-kata I hari tu
menyinggung perasaan you. I tak tahu siapa you pada waktu tu. I’m so sorry,
okey!” Dengan mudah Villa meminta maaf. Baginya jika dia bersalah, dia akan
terus minta maaf. Jika dilayan mamat ni
entah semua hartanya dia cerita kat aku. Ada harta banyak sikit terus lupa
diri. Dia dah lupa ke, apa yang dia miliki sekarang ni sebenarnya hanya
pinjaman. Dengan sekelip mata, semua itu itu boleh hilang. Allah tu Maha
Mengetahui . Janganlah kita megah dan taksub dengan apa yang kita ada sekarang
ni.
Raja Awwadi
terkejut dan kaku buat seketika. Matanya terkebil-kebil melihat wanita itu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wanita itu
kelihatan tenang dan bercakap lembut dengan aku. Kalau perempuan lain, bila aku
tengking terus saja mereka menangis tapi perempuan ni lain sikit.
Villa masih
tersenyum. Dia sedar. Semakin ramai orang memerhati ke arah mereka berdua. ‘Mereka
ingat kami ni sedang shooting drama ke? Teruklah kalau macam ni. Lebih baik aku
blah cepat.’ Anak matanya tepat ke arah lelaki yang sedang berdiri di
hadapanya. “You dah dengar kan! So ….can
I go right now?”
“What
ever!” kata Raja Awwadi acuh tak acuh.
Villa ingin
memulakan langkah tetapi berpaling secara tiba-tiba. “Sebelum tu I minta maaf
dulu, I sedar I tak layak untuk beri nasihat dengan orang terhormat macam you. “ Tiba-tiba
Villa berjalan mendekati lelaki itu. “Belajar kawal perasaan marah you tu .
Tidak salah jika you marah tetapi marah mesti kena dengan tempat dan waktunya.
You tahu tak, semulia-mulia manusia adalah orang yang sabar menahan
kemarahan. You tak rugi pun malah I
percaya diri you akan lebih dihormati dan jiwa you akan sentiasa tenang.” Villa
mengawal tone suaranya. Villa berhati-hati dalam menuturkan kata-katanya. Dia
bimbang jika ada orang mendengarnya. Niatnya bukan untuk mengaibkan lelaki itu.
Hanya teguran sesama umat. Yang penting hatinya ikhlas. “Sekali lagi I minta jika kata-kata I tadi
menyinggung perasaan you. I have to
go. Assalammualaikum.” Kata Villa
sebelum melangkah pergi. Tangan kecil
Zain di capai lembut dan digenggam kemas. Mereka berdua berjalan berpegangan
tangan meninggalkan Raja Awwadi yang masih kaku berdiri di situ.
‘Waalaikumussalam.”
Jawab Fairuz. Dia kagum dengan sikap wanita itu. Kelihatan tenang. Walaupun ditengking
dan dimalukan oleh bos, wanita itu masih mampu tenang dan tidak cepat melatah.
Malah wanita ini juga tidak lokek meminta maaf. Jika hendak dibanding dengan
bos aku ni, jangan haraplah dia nak minta maaf walahpun dah jelas dia yang
salah.Fairuz menoleh. Hairan apabila bosnya masih diam membisu. Selalunya
setiap kali berbalah, dialah juara. Dahi Fairuz berkerut. “Boss.” Panggil
Fairuz. Masih tiada response. Pelik ni. Dah kena sampuk ke bos aku ni.
“Bos” Nada
suara ditinggikan.
Raja Awwadi
terkejut. Dia menoleh ke arah lelaki yang memakai cermin mata.
“Perempuan
tu dah pergi.” Beritahu Fairuz.
“I tak
tanya pun.” Jelingan maut dihala kepada Fairuz. Dia tak peduli dengan mata-mata
yang sedang memerhati ke arahnya. Langkahnya diatur pantas meninggalkan ruang
legar GB mall.
Fairuz
menggaru kepala yang tak gatal. “Aku tak faham dengan boss aku ni.” Dengan
segera Fairuz mengekori Raja Awwadi.
*************************************************
“Mak Su,
kenapa Mak Su jumpa Abang Henri? Apa niat
Mak Su sebenarnya? Jadi betullah, Mak Su nak pisahkan kami berdua. Ina dah
warning Mak Su kan! Memang betullah Mak Su tak nak lihat Ina bahagia. Mak Su
kejam” marah Zarina sebaik sahaja Villa
dan Zain melangkah masuk ke dalam rumah.
Zain
terpinga-pinga.
“Ina, boleh
tak kita cakap hal ni di tempat lain?” Nada
suara Villa sedikit perlahan. Villa mengerling anak matanya ke arah Zain. Dia
tak mahu Zain mendengarnya.
“Kenapa nak
cakap di tempat lain pulak? Ina tak kisah pun kalau Zain tahu.” Tengking
Zarina. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Henri. Katanya dia baru
saja berjumpa dengan Mak Su dan Mak Su mahu mereka berdua berpisah. Kata Mak Su
lagi, mereka berdua tak akan bahagia jika berkahwin tanpa restu keluarga. Itu
yang membuatkan Zarina naik angin. Sepatutnya Mak Su menyokong kehendak aku
tetapi tidak pula malah Mak Su meminta aku dan Abang Henri berpisah. Mak Su
memang tak sayangkan aku.
“Ina!”
Giliran Villa meninggikan suara.
Zarina
terkejut apabila Villa meninggikan suara. Dia diam seketika.
“Zain naik
atas dulu, nanti Mak Su naik.”
Segera Zain
mengangguk kepala dan meninggalkan mereka berdua.
“Mak Su
memang tak mahu lihat Ina bahagiakan? Mak Su nak Ina jadi macam Mak Su kan! Tak
kahwin sampai bila-bila.” Tuduh Zarina bertubi-tubi.
“Astaghfirullahalazim.
Ina, Mak Su ibu saudara Ina. Kenapa Ina boleh fikir macam tu sekali?
Kebahagiaan Ina adalah perkara yang
begitu penting dalam hidup Mak Su. I
really want you to be happy.” Villa memegang kedua-dua tangan Zarina dengan lembut.
Setiap kali selepas sembahyang, dia tak pernah lupa untuk berdoa agar kehidupan
mereka akan ditemani dengan cahaya keimanan, kebahagiaan dan kegembiraan.
“Tetapi
kenapa Mak Su tak boleh terima Abang Henri?” Matanya masih merah menahan marah.
“Ina,
listen! Ina masih muda lagi. Masih ada banyak lagi pekara yang Ina belum
experience lagi. Ada banyak perkara Ina nak buat kan. Ina suka traveling kan!
Banyak tempat Ina boleh belum lawati lagi. Kalau Ina study kat UK, satu benua
eropah Ina boleh travel. Itu yang Ina
impikan selama ini kan.” Villa masih cuba memujuk. Walaupun hubungannya dan
Zarina tak begitu rapat tetapi itu tidak bermakna dia tidak mengetahui impian
anak saudaranya itu.
Ina menarik
tangan yang dipegang dengan kasar. “Mak Su, Ina bukan budak kecil lagi. Taktik
Mak Su tu tak akan menjadi. Bila-bila masa saja Ina boleh traveling tetapi
Abang Henri ….satu dalam sejuta. I love him. Do you get it? “
“Ina,
please. Dengar cakap Mak Su ni, kebahagian yang lahir disebabkan kesengsaraan
orang lain …..Itu bukan kebahagiaan, Ina.”
“Kenapa Ina
tak boleh bahagia, Mak Su? Why?” jerkah Zarina. “Ooooo….disebabkan Abang Henri
tu tunang orang. Sebab itu Mak Su tak dapat terima hubungan kami. Sebab itu ke?
Ina tak kisah, Mak Su. As long as he loves me, I don’t care. “
Kelopak
mata Villa mula berkaca-kaca. Begitu mudah Zarina menerima apa yang berlaku.
Kerana cinta, Zarina sanggup melukai hati orang lain.
“Nak kahwin
dengan tunang orang! Kak Long dah gila ke?” Zubir mencelah secara tiba-tiba. Kebetulan
dia dan abangnya baru balik dari sekolah. Mereka mendengar segala-galanya
dengan jelas. Mereka berdua berdiri di muka pintu.
Serentak
Zarina dan Villa berpaling, mereka terkejut.
Zakri
mendekati Zarina. “Kak Long, betul ke?”
“Ya, aku
nak kahwin dengan tunang orang. Kenapa? Apa masalahnya? Abang Henri belum
kahwin so Abang Henri berhak memilih siapa yang bakal menjadi isterinya. Yang pasti, aku pilihannya.” Kata Zarina tanpa ada perasaan bersalah.
“Kak Long,
dia dah ada tunang. Cubalah berfikir
secara rasional. Jangan ikut perasaan Kak Long saja. Perasaan tunang dia dan
keluarga tunang dia, Along ada fikir tak?”
nasihat Zakri.
“Itu bukan
masalah aku. Yang penting Abang Henri akan putuskan pertunangan dan berkahwin
dengan aku.”
“Kak Long
tak ada maruah diri ke? Zubir tak sangka nilai maruah diri Kak Long begitu
murah sekali. Disebabkan seorang lelaki dan disebabkan cinta ….Kak Long sanggup
menjadi pihak ketiga atau lebih tepat lagi …..perosak kebahagiaan orang lain.”
Kata Zubir dengan nada suara mengejek.
Anak mata
Zarina membulat. Darahnya mengeledak mendengarnya. “Hey budak kecil! Lebih baik
kau diam. Ini hal aku, kau tak payah nak masuk campur.” Marah Zarina. Jika
ikutkan hati, mahu saja aku tarik mulut Zubir ni.
“Ya, memang
Zubir masih budak-budak lagi tetapi sekurang-kurangnya Zubir dapat bezakan
antara baik dan buruk.” Jawab Zubir.
“ Kak Long,
cubalah fikir. Jangan terlalu ikutkan kata hati. Cinta memang buta tetapi Kak
Long kena fikirkan perasaan orang di sekeliling juga. Fikir tentang kami!
Jangan merampas kebahagiaan orang lain, tolonglah. Kami tak mahu lihat seumur
hidup Kak Long akan dilabel perampas. Apa kata orang sekeling nanti?”
“Itu mulut
mereka. Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun. Mulut manusia sampai bila-bila
tak boleh ditutup.”
Villa
menundukkan kepala. Suara anak-anak saudaranya bertengkar antara satu sama lain
membuatkan hati Villa berasa sakit. Kehadiran Villa di situ tidak dihiraukan.
Semakin rancak mereka bertiga bertengkar. “ Stop it! Mak Su kata berhenti!
Berhenti.” Villa meninggikan suaranya. Matanya tepat ke arah mereka bertiga
yang terkejut.
“Masuk
bilik sekarang.” Villa memberi arahan.
“Tetapi
…..” Zarina cuba bersuara .
“Mak Su
kata masuk bilik sekarang kan! Masuk! Kesabaran Mak Su ada hadnya Ina.” Tegas
Villa.
Zakri terus
menarik Zubir agar mengikutinya masuk ke dalam balik. Dia tak mahu naikkan lagi
kemarahan ibu saudaranya.
Zarina
menjeling ke arah Villa sebelum meninggalkan Villa keseorang di ruang tamu.
Villa
melangkah menuju ke sofa dan duduk. Keluhan dilepaskan. Hatinya terkilan dengan
apa yang terjadi sebentar tadi.
DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 9
Bab 9 SAMBIL berjalan ke dapur, Widad mengikat rambutnya menjadi tocang satu. Dibetulkan rambutnya agar tersisir rapi. Dia m...
-
Bab 8 Alina tersenyum bila melihat ayahnya sedang berdiri di balkoni. “Termenung jauh nampak!” tegur Alina sambil berjalan mend...
-
Assalammualaikum.... Kepada semua pembaca Rahsia Hati... Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...
-
BAB 1 Aina membetulkan kedudukan rambut palsu berwarna blonde yang dipakainya sebelum melangkah keluar dari balai tiba di KLIA...