Saturday, July 26, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 5

BAB 5

            Usai menunaikan solat Subuh, kain telekung dan sejadah dilipat dengan kemas. Kemudian Villa mendekati katil dan melabuhkan punggung di birai katil. Fikirannya masih memikirkan tentang peristiwa semalam. Wajahnya diraup beberapa kali menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Inilah pertama kali mereka tiga beradik bergaduh besar. Tiba-tiba Villa teringat kembali perbualan terakhir dia dan kakaknya.

Lapan tahun yang lalu ……

            Simbol pintu dipulas dengan cermat. Kasut sneaker yang dipakai diletak di atas rak kasut. Villa berjalan menuju ke biliknya. Beg dan buku diletak di atas meja tulisnya. Getah rambut diambil. Rambut separas bahu diikat menjadi satu. “Aaaa…laparnya.” Villa memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Inilah padahnya jika pergi ke kuliah tanpa bersarapan pagi.  Perutnya asyik berkeroncong semasa kuliah Mr Scott. Nasib baik 2 jam saja. Kalau tak, boleh pengsan dibuatnya. Selepas tamat kuliah, dialah orang pertama yang keluar dari dewan kuliah.  Dia lebih suka memasak dari membeli di luar.

            Langkahnya diatur pantas ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari peti sejuk. Tiba-tiba telefon bimbit Villa berbunyi, dengan pantas Villa menjawab panggilan itu. Senyuman meleret di wajahnya.

            “Kak Long! I miss you.”  Jerit Villa apabila menjawab panggilan itu. Hatinya gembira tak terkata

            “Hish ..budak ni. Baru 2 tahun tinggal di Michigan dah lupa beri salam.” Chempaka mula membebel.

            “Opss…sorry. Assalamualaikum….”

            “Waalaikumussalam.  Inilah yang Kak Long nak dengar. Walaupun kita merantau di Negara orang, budaya dan agama kita …jangan sesekali kita lupa. Ingat tu.”

            “Baiklah, Prof Chempaka.” Villa ketawa kecil. Inilah padahnya kalau bercakap dengan pensyarah bahasa, literasi dan terjemahan USM. Ada saja yang hendak ditegur dan diperbetulkan. Villa sudah lali dengan semua itu. Bak kata orang tua-tua, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

            “Baru habis class ke?” soal Chempaka. Dia tahu pagi ni Villa ada kelas dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi. Villa ada beri timetable class untuk semester ni padanya. Kata Villa,  senang untuk call.

            “Abang Long dan anak-anak tengah buat apa?”

            “Tengah buat apa lagi, tidur ler. Dah lupa ke perbezaan zon waktu antara Malaysia dan USA?”
            “Eh, betul la.” Villa menggaru kepalanya. Macam mana aku boleh lupa. Sini pagi, dah tentu sana dah malam.

            “Kata genius.” Perli Chempaka. Ada sedikit nada ketawa dihujungnya.

            “Nobody perfect sis, remember!”

            “I know. Dah breakfast?” soal Chempaka.

            “Belum lagi.  Tak sempat nak prepare breakfast sebab bangun lewat. Don’t worry, Kak Long. Sekarang ni Villa nak masak nasi goreng.  Kill two birds with one stone. Masak breakfast sekali dengan lunch.”

            “Yalah! Ada saja alasannya. Itulah orang zaman sekarang, ambil mudah saja. Tahu tak, betapa pentingnya jika kita breakfast setiap hari. Antaranya membekalkan tenaga, boleh kurangkan berat badan dan yang penting sekali mencegah penyakit jantung.  Kalau Villa tak sempat nak breakfast, bawa roti atau biskut dan letak dalam beg.  Kan senang!  Jangan suka tahan lapar. Dapat gastric, villa jugak yang susah.” Nasihat Chempaka dengan panjang lebar.

            “Ya, Villa akan ikut nasihat Kak Long. Oklah, Kak Long. Esok Villa call Kak Long. Perut Villa dah berkeroncong ni. Dah keluar bermacam-macam irama. Irama Malaysia ada. Rock ada. K-Pop pun ada.“ Villa memegang perutnya. Ini dah kali ketiga perutnya berbunyi.  “Assalammualaikum …..” Villa ingin mematikan talian.

            “Villa.”

            Dahi Villa sedikit berkerut. “Ya, Kak Long.”

            “Study hard, okey! Makan minum mesti jaga. Makan tepat pada waktunya. Jangan lupa solat. Jangan nak ter…miss solat pulak. Always be happy, my dear sis. I love you. Villa , satu-satunya adik Kak Long. Villa tahu kan! Kak Long harap Villa sayang anak-anak Kak Long sepertimana Kak Long sayangkan Villa.” Kata Chempaka dengan lembut.

            “Kak Long, kenapa cakap macam tu?” Hatinya Villa resah. Kenapa tiba-tiba Kak Long cakap seperti ni.  Gerak hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

            “Nothing. Oklah. Kak Long dah mengantuk ni. Dah lewat. Esok nak kerja. Masaklah cepat, nanti perut tu bunyi irama Bollywood pulak.” Chempaka berseloroh. Dia cuba tukar topic. Dia sedar nada suara Villa tidak ceria seperti tadi.

            “Kak Long.”

            “Hish…..tak ada apa-apalah. Kak Long dah mengantuk ni. Assalammualaikum….”
            “Walaikumussalam.” Jawab Villa sebelum menamatkan talian. Buat seketika Villa termenung. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.  Di corong telinganya masih kedengaran kata-kata dari kakaknya. Itulah kali terakhir dia berbual dengan kakaknya.

            “Mak Su.”

            Villa tersedar. Dengan pantas Villa mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari. Dia menoleh. Zain tersenyum ke arahnya.

            “Zain dah solat?” soal Villa seraya bangun menghampiri Zain yang sedang berdiri di muka pintu bilik.

            “Dah!” ringkas jawapan Zain. “Mak Su, Zain lapar.” Zain membuat muka kasihan.

            “Ala kasihannya. Baby boy Mak Su lapar ye.” Villa memegang kedua-dua belah pipi Zain yang tembam itu.

            “Mak Su! Zain tak suka Mak Su panggil Baby Boy.” Bibir Zain sudah muncung ke depan.

            “Sorry! Sorry!Mak Su lupa.”

            “Mak Su kena janji, jangan panggil Baby Boy lagi.”

            “Ya! Ya. Mak Su janji. Jom kita turun bawah. Nak masak apa ye?” Villa tersenyum. Tangan kecil Zain digenggam lembut seiringan melangkah menuju ke anak tangga.  Zain turut sama tersenyum.

                                                            ******************

            Sebuah kereta Ferarari Spyder berwarna hitam berhenti di dalam kotak parking yang bertanda VVIP. Fairuz berlari  sebaik sahaja melihat kelibat Raja Awwadi yang keluar dari perut kereta mewah itu. Kehadiran Raja Awwadi menjadi perhatian pekerja di situ.

            “Good Morning, boss.” Kata Fairuz.

            “Morning, Fairuz.” Raja Awwadi melangkah masuk sambil diiringi oleh Fairuz. Dua orang pengawal keselamatan yang ada di situ memberi tabik hormat sebaik sahaja melihat Raja Awwadi. Kehadiran Raja Awwadi menarik perhatian pekerja di situ.

            Langkahnya terhenti. Sebuah lif telah dikhaskan untuk dirinya sahaja. Dia tak suka bercampur dengan orang lain. Pintu lif terbuka. Raja Awwadi masuk bersama Fairuz. Pintu lif terbuka apabila mereka tiba di tingkat 8. Tingkat teratas Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Satu tingkat dijadikan pejabatnya yang juga dikhaskan untuk dirinya seorang.  Terdapat bilik meeting, pantry, gim dan swimming pool di tingkat itu. Manakala interior design pejabat mengikut citarasa Raja Awwadi sendiri. Mesti exclusive dan glamorous .  Raja Awwadi duduk di atas kerusi yang berwarna hitam. Komputer riba jenama Apple dibuka.  Email dibuka.  Itulah rutin hariannya yang pertama apabila mula bekerja.  Raja Awwadi melihat ke arah Fairuz yang masih tercegat di situ.

            “Ada apa lagi, Fairuz?” Wajah Raja Awwadi serius.  Air muka Fairuz kelihatan resah.

            Wajah garang Raja Awwadi membuatkan Fairuz mula teragak-agak. Tapi kalau aku tak beritahu, masalah lain yang timbul “Bos, tadi Cik Bella call.” Beritahu  Fairuz. Dia tahu Raja Awwadi tak suka nama Cik Bella disebut.

            “Apa perempuan tu nak?”

            “Cik Bella nak cakap dengan bos.”

            “Cakap saja, I sibuk. “

            “Dah bos, saya dah beritahu tetapi Cik Bella kata kalau bos still tak nak angkat call dia …dia akan adakan press conference dan umumkan yang bos dan dia akan bertunang tak lama lagi.” Jelas Fairuz.

            “Ridiculous.  Biarkan. Kalau dia berani buat press conference, you suruh lawyer company kita saman dia. “

            Dahi Fairuz berkerut. Pelik dengan reaksi majikannya. Selalunya bila nama Cik Bella disebut, terus saja naik angin. “Bos, okey ke?”

            “Of course, I’m okey. Kenapa?” Raja Awwadi hairan.

            “Maksud saya, bos tak marah ke? Selalunya kalau sebut nama Cik Bella, bos mesti melenting. Tapi bos nampak tenang saja. Maksud saya, sejak kebelakangan ni bos dah jarang marah selepas bos kena tegur dengan Mak Su Zain hari tu.” Fairuz nampak perubahan Raja Awwadi sejak beberapa hari yang lalu.

            “Fairuz!” Tiba-tiba meninggikan suaranya. Matanya bulat melihat Fairuz.

            “Ok, bos! Saya ada kerja lain lagi. “ Dengan cepat, Fairuz menukar topic.  Hish…menyesal aku tegur. Tak pasal-pasal,  angin monsoon dah datang balik. Lebih baik aku beredar dari sini. Fairuz mula mengatur langkah.  Selepas beberapa tapak, Fairuz berhenti. “Oh ya boss, hari ini birthday nenek bos. Bos nak saya order bungo ros seperti selalu ke?” tanya Fairuz. Hari ini merupakan hari jadi Raja Khalida yang ke 79 tahun.  Selalunya setiap kali hari jadi Raja Khalida, dialah person in charge untuk uruskan semuanya termasuklah bunga, hadiah dan dinner sempena hari jadi nenek bos.

            “Today!” Raja Awwadi terkejut. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu. Macam mana aku boleh lupa birthday nenek? Pagi tadi aku straight saja datang ofis tanpa wish birthday kat nenek. Confirm nenek merajuk kat aku nanti.

            Fairuz menggeleng kepala. Dari reaksi bos mesti bos lupa birthday Raja Khalida.  Kasihan nenek bos! “Bos, nak saya arrange seperti selalu ke?” soal Fairuz.

            “No need, Fairuz. Tentang bunga dan hadiah, biar I belikan. I mahu you reserve one penthouse suit di GB Hotel Kuala Lumpur malam ni. Tentang menu makanan, you arrange. I tak kisah apa-apa pun but must be healthy, okey! Atau lebih senang, you suruh Chef Yaakub masak. Dia tahu makanan kegemaran nenek I.” kata Raja Awwadi dengan panjang lebar. Dia tahu nenek makan masakan Chef Yaakub. Kata nenek, masakan Chef Yaakub sesuai dengan citarasanya.

            “Yes, bos.”

            “One more thing, cancel semua appointment I petang ni.” Sempat lagi ekor matanya mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 8.30 pagi. Aku ada masa lagi untuk berfikir tentang hadiah yang aku perlu belikan untuk nenek. Dua tahun lepas, aku dah hadiahkan set barang kemas. Tahun lepas pulak, aku hadiahkan beg Channel yang berharga RM150 ribu.  Tahun ni, aku nak beri hadiah apa? Semua benda nenek dah ada.

            “Yes, bos. Kalau tak apa-apa lagi, saya keluar dulu.”

            Raja Awwadi hanya mengangguk.  Selepas melihat kelibat Fairuz berlalu, Raja Awwadi terus bangun. Dia mula resah. 

                                                ***********************

            “Villa, kes Zarina tak settle lagi ke?” tanya Fatimah. Dia sedar sejak kebelakangan ni Villa jarang tersenyum. Asyik termenung saja. Dah jarang buat lawak antarabangsa.

            “Belum.” Lemah jawapan Villa. Dia sudah hilang arah. Dia sudah tak tahu bagaimana cara untuk menyedarkan Zarina. Nasihat aku langsung tak didengar. Villa mengambil pen dan fail. “Kak Fatimah, kalau ada apa-apa cari saja Villa di bilik stor. Villa nak check stok kat belakang.” Beritahu Villa sebelum melangkah lemah menuju ke stor. Fikirannya masih memikirkan hal Zarina dan Henry.

            Suzie mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, kasihan Kak Villa. Sekarang ni dah jarang dengar Kak Villa ketawa. Asyik muka masam saja.”

            “Itulah dugaan namanya, Suzie. Kak Fatimah yakin. Villa dapat tempuhi dugaan kali ni. Kita doakan yang terbaik untuk keluarga Villa”

            Suzie mengangguk setuju.

            Loceng pintu tiba-tiba berbunyi apabila pintu kedai dibuka. “Selamat datang ke Bougainvillea Florist.” Kata Fatimah dan Suzie serentak sebaik sahaja melihat seorang pelanggan lelaki melangkah masuk.

            “Can I help you, sir?” soal Suzie sambil tersenyum.

            “Hmmm…..Actually bunga ni untuk birthday nenek I. Dia suka orchids. I tak kisah you nak wrapping macam mana but make it look beautiful and unique. Lain dari yang lain. Tentang harga, I tak kisah. Make it quick sebab I ada hal selepas ni.”

            “Ya. Aaa… Encik boleh tunggu di sana. Encik nak air ke? Mineral water or coffee?” Fatimah menunjukkan sofa putih yang terletak di hujung sudut kedai. Tempat itu dikhaskan untuk pelanggan menunggu.

            “No! I tak minum di tempat macam ni.” Jawab lelaki itu terus berlalu pergi dan duduk di sofa.

            Suzie membuat mimic muka, kurang senang dengan sikap lelaki itu. “Muka handsome tetapi berlagak lebih. Orang berbudi kita berbahasa, betul tak?”

            “Hish, perlahan sikit suara tu. Kalau dia dengar, teruk nanti kita kena complain. Customer macam tu, jangan nak cari pasal. “ tegur Fatimah. Dia sudah masak dengan perangai pelangaan seperti ini. Lebih teruk dari ni pun, dia pernah jumpa.

            “Tapi ….”

            “Dah. Pergi ambil bunga orkid tu.” Fatimah mencelah. Otaknya ligat berfikir. Gubahan yang unik?  Lain yang lain? Hish, susah betul kalau dapat pelanggan macam ni.

            “Yalah!” jawab Suzie dengan lemah.

            Sekali lagi loceng di pintu berbunyi, dua orang wanita melangkah masuk. Suzie dan Fatimah tersenyum. Begitu murah rezeki mereka hari ini, pelanggan datang tanpa henti.

            “Welcome ….” Fatimah tercengang apabila wanita yang berbaju gaun merah separas lutut itu mencelah.

            “Hey, mana mak cik perempuan perampas tu? I nak jumpa dengan dia. Sekarang!”  jerit wanita itu secara tiba-tiba. Anak matanya meliar ke pelbagai sudut mencari.

            “Aaaa…Maaf, Cik! Siapa sebenarnya Cik nak jumpa?” soal Fatimah secara lagi. Apa masalah wanita ni? Terjah masuk kedai orang lepas tu nak naik angin pulak.
            “Hey, you pekak ke? I nak jumpa mak cik perampas tunang I. Mana dia, hah?” jerit wanita itu sekali lagi.

            Air muka Fatimah dan Suzie berubah. Sekarang mereka sudah tahu siapa yang dicari oleh wanita yang berambut perang yang sedang berdiri di hadapan mereka. Pandangan mereka bertaut dan melihat ke arah bilik stor.

            “Aniza, calm down. Jangan ikutkan perasaan marah you tu.” Wanita yang memakai kemeja jeans bersuara.

            “Kak Ira tak faham perasaan Niza sekarang ni. Lebih baik Kak Ira diam. “ tengking Aniza. Wajahnya merah menahan geram. Dia sudah tak peduli lagi.  Dia ingin bersemuka dengan ibu saudara perempuan yang memusnahkan kebahagiaannya. Sebenarnya dia mahu bersemuka dengan wanita bernama Zarina tetapi Henri menghalang dia dari berjumpa. Kata Henri, dia takut aku akan apa-apakan  perempuan. Begitu sekali sikap Henri membela perempuan tu walaupun mereka berdua hanya berkenalan selama 3 bulan , pada hakikatnya hubungan aku dan Henri dah hampir 5 tahun.  Begitu mudah Henri melupakan cinta dan kasih sayang aku padanya. Di saat akhir, Henri sanggup membatalkan perkahwinan kami kerana perempuan tu. Itu yang membuatkan aku bengang.

            “Aniza!” Ira memegang tangan Aniza. Dia tak mahu sepupunya bertindak terburu-buru.

            Aniza tidak mempedulikan kata-kata Ira.  Pasu bunga yang ada di atas meja, diambil dan dihempas ke lantai. Pecah berderai. Serpihan kaca bertaburan di lantai.

            Fatimah dan Suzie terkejut.

            “Mana dia? I nak jumpa dia. Kalau tak, I musnah kedai bunga ni” Jerit Aniza lagi. Dia tak dapat kawal emosinya.  

            “What is going on here?” Villa terkejut melihat apa yang berlaku. Semasa dia berada di dalam stor, dia terdengar ada suara wanita menjerit. Yang lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu membaling pasu bunga ke lantai. Dia berjalan mendekati Fatimah dan Suzie.

            “You! You mak cik perempuan yang rampas tunang I kan!” Jari telunjuknya tepat dituju ke arah wanita yang memakai cermin mata berbingkai hitam. Wajah perempuan tu ada iras dengan wanita itu. Sah, dia mak cik perempuan tu.

            Villa tergamam. Matanya tepat melihat wanita itu. Adakah wanita ni tunang Henri? Macam mana dia boleh tahu? Mungkin ke Datin Yusni beritahu? Villa mula resah

            “Mana anak saudara you, hah? I nak jumpa dia.  I nak ajar dia cukup-cukup. Berani dia rampas tunang I. Hey, kat luar sana ….banyak lelaki yang boleh nak dibuat suami tetapi kena anak saudara you rampas bakal suami I. Dah tak a da lelaki lain ke?”

            “Saya minta maaf bagi pihak Zarina di atas apa yang berlaku. Saya …”

            “You ingat I datang sini semata-mata nak dengar perkataan maaf dari you, hah! Hidup I musnah disebabkan anak saudara you.  Mahligai perkahwinan yang I impikan selama 5 tahun ni hancur berderai dalam sekelip mata saja. Cinta dan kasih sayang yang kami pertahankan hilang begitu saja disebabkan kehadiran anak saudara you yang tak guna tu. Di mata Henri sekarang ni, I adalah orang luar. Setiap kenangan kami bersama dah tak ada apa-apa erti bagi Henri. Janji Henri untuk membahagiakan I dilupakan begitu saja. Di mata Henri sekarang ni hanyalah anak saudara you.  Dengan mudah saja, Henri batalkan wedding kami sedangkan kami akan berkahwin bulan depan.  Semua persiapan dah complete. Kad dah pun diedarkan.  Maruah keluarga I dipijak begitu saja. Apa yang I nak jawab dengan saudara mara I nanti.You tahu tak apa perasaan I, hah?  I rasa diri I dikhanati. You faham tak? ” Dengan deras butiran jernih mengalir keluar dari kelopak matanya. Hatinya benar-benar sakit.  Tiada sesiapa dapat merasai apa yang dia rasa sekarang ni. Dia terlalu mencintai Henri. Dia tak dapat menerima hakikat yang Henri tidak mencintai dirinya lagi. Dia tak boleh hidup tanpa Henri. Jiwanya terseksa. Aniza mengusap dadanya beberapa kali.

            “I akan pastikan semuanya akan kembali keadaan asal semula. Henri akan kembali semula pada you. Perkahwinan you dan Henri akan berjalan seperti yang telah ditetapkan.  I janji. Zarina tidak akan menjadi orang ketiga dalam hubungan you all berdua.” Kata Villa bersungguh-sungguh supaya dapat menyakinkan wanita itu. Dia sedih melihat keadaan wanita itu. Wajah pucat lesi seolah-olah tidak tidur beberapa hari.   Villa rasa bersalah.

            “Easy for you to say, you ingat I percaya cakap you ke? You tu ibu saudara dia. Jangan nak tipu I. You ingat I bodoh ke?”  marah Aniza. Mustahil wanita ni akan menyebelahi dirinya. Aniza terus membaling pasu ke arah Villa. Pasu itu tepat mengena kepala Villa sebelum jatuh ke lantai dan pecah.

            Semua orang yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Villa tak mengelak dan membiarkan pasu tepat mengena kepalanya.

            “Villa.” Fatimah mendekati Villa. Dia terkejut melihat darah mengalir di dahi Villa. Pantas Fatimah mencapai tisu dan mengelap darah di dahi Villa.

            “I’m fine, Kak Fatimah.” Kata Villa dengan lemah. Dia mengambil tisu dari tangan Fatimah. Dahinya sedikit berkerut. Pedih.

            “Get out! Keluar sekarang sebelum I call polis. Keluar.” Jerkah Suzie. Dia merenung mereka berdua yang masih tercegat di situ.  Kenapa pula perempua ni lepaskan kemarahan kat Kak Villa? Yang bersalah ialah Zarina. Sepatutnya pasu itu ditujukan pada Zarina bukannya Kak Villa.

            “Niza, jom keluar sekarang.” Ira menarik Aniza keluar. Aniza masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia tak sengaja.  Langkah mereka terhenti apabila nama Aniza dipanggil.

            “Cik Aniza,  apa yang I cakapkan tadi bukannya kata-kata kosong. I akan kembalikan semula mahligai you. Untuk pengetahuan you,Zarina seorang anak yang baik. Dia akan kembalikan Henri semula ke pangkuan you. Percayalah“ kata Villa. Wajahnya kelihatan tenang.  Kemudian Villa melangkah meninggalkan mereka dan berjalan masuk ke biliknya.

            “Tunggu apa lagi! Silakan” marah Suzie.  Pintu kedai sudah dibuka. Sebaik mereka berdua keluar, Suzie menutup pintu dengan kasar.  Dia mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, Suzie tak puas hati. Kenapa pulak Kak Villa yang kena? Dia tak tahu ke, orang yang menentang kuat hubungan Zarina dan Henri ialah Kak Villa. Hish ….geram betul. Zarina tu tak habis-habis bawa masalah kat Kak Villa. “ Suzie mencekak pinggang.

            “Dah. Kunci mulut tu. Kak Fatimah nak tengok Villa sekejap.” Pesan Fatimah sebelum kelibatnya hilang di sebalik pintu.

            Suzie melepaskan keluhan dengan kuat. “Nasib baik, tak ada customer ….” Matanya tepat melihat bunga orkid yang diletakkan di atas meja, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Macam mana aku boleh terlupa? Perlahan-lahan anak matanya melirik ke arah lelaki yang sedang duduk dan memerhati ke arahnya. Wajahnya serius dan tiada secalit senyuman.  “Oh my god!” Suzie tersengih. Matilah aku.

             

5 comments:

eija said...

oho.. nape villa tak nak megelak kcian dia.. abis lah raja awwadi dh npk.. agak2 apa pdgan raja awwadi yek.. wahh nie yg tak sbar nie..

kak bykn lg babak ttg villa n raja awwadi bersama..

baby mio said...

best nak lagi.

salmi fasliena said...

Urgh...sambung lg please. ..terdera jiwa bila baca sikit2 ni...

cik baba said...

best...

Azaren said...

Nobody perfect sis, remember!” ->> Nobody's perfect
Bos nak saya order bungo ros seperti selalu ke? Typo. Jadi oghang nismilan lak Fairuz ni.
Dia sudah masak dengan perangai pelangaan seperti ini. Typo.
Perempua. Typo

Post a Comment