BAB 5
Usai
menunaikan solat Subuh, kain telekung dan sejadah dilipat dengan kemas.
Kemudian Villa mendekati katil dan melabuhkan punggung di birai katil.
Fikirannya masih memikirkan tentang peristiwa semalam. Wajahnya diraup beberapa
kali menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Inilah pertama kali mereka tiga
beradik bergaduh besar. Tiba-tiba Villa teringat kembali perbualan terakhir dia
dan kakaknya.
Lapan tahun yang lalu ……
Simbol
pintu dipulas dengan cermat. Kasut sneaker yang dipakai diletak di atas rak
kasut. Villa berjalan menuju ke biliknya. Beg dan buku diletak di atas meja
tulisnya. Getah rambut diambil. Rambut separas bahu diikat menjadi satu. “Aaaa…laparnya.”
Villa memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Inilah padahnya jika pergi ke
kuliah tanpa bersarapan pagi. Perutnya
asyik berkeroncong semasa kuliah Mr Scott. Nasib baik 2 jam saja. Kalau tak,
boleh pengsan dibuatnya. Selepas tamat kuliah, dialah orang pertama yang keluar
dari dewan kuliah. Dia lebih suka
memasak dari membeli di luar.
Langkahnya
diatur pantas ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari
peti sejuk. Tiba-tiba telefon bimbit Villa berbunyi, dengan pantas Villa
menjawab panggilan itu. Senyuman meleret di wajahnya.
“Kak Long!
I miss you.” Jerit Villa apabila
menjawab panggilan itu. Hatinya gembira tak terkata
“Hish
..budak ni. Baru 2 tahun tinggal di Michigan dah lupa beri salam.” Chempaka
mula membebel.
“Opss…sorry.
Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam. Inilah yang Kak Long nak dengar. Walaupun
kita merantau di Negara orang, budaya dan agama kita …jangan sesekali kita
lupa. Ingat tu.”
“Baiklah,
Prof Chempaka.” Villa ketawa kecil. Inilah padahnya kalau bercakap dengan
pensyarah bahasa, literasi dan terjemahan USM. Ada saja yang hendak ditegur dan
diperbetulkan. Villa sudah lali dengan semua itu. Bak kata orang tua-tua, masuk
telinga kanan keluar telinga kiri.
“Baru habis
class ke?” soal Chempaka. Dia tahu pagi ni Villa ada kelas dari pukul 9 pagi
hingga pukul 11 pagi. Villa ada beri timetable class untuk semester ni padanya.
Kata Villa, senang untuk call.
“Abang Long
dan anak-anak tengah buat apa?”
“Tengah
buat apa lagi, tidur ler. Dah lupa ke perbezaan zon waktu antara Malaysia dan
USA?”
“Eh, betul
la.” Villa menggaru kepalanya. Macam mana aku boleh lupa. Sini pagi, dah tentu
sana dah malam.
“Kata
genius.” Perli Chempaka. Ada sedikit nada ketawa dihujungnya.
“Nobody
perfect sis, remember!”
“I know. Dah
breakfast?” soal Chempaka.
“Belum
lagi. Tak sempat nak prepare breakfast
sebab bangun lewat. Don’t worry, Kak Long. Sekarang ni Villa nak masak nasi
goreng. Kill two birds with one stone.
Masak breakfast sekali dengan lunch.”
“Yalah! Ada
saja alasannya. Itulah orang zaman sekarang, ambil mudah saja. Tahu tak, betapa
pentingnya jika kita breakfast setiap hari. Antaranya membekalkan tenaga, boleh
kurangkan berat badan dan yang penting sekali mencegah penyakit jantung. Kalau Villa tak sempat nak breakfast, bawa
roti atau biskut dan letak dalam beg.
Kan senang! Jangan suka tahan
lapar. Dapat gastric, villa jugak yang susah.” Nasihat Chempaka dengan panjang
lebar.
“Ya, Villa
akan ikut nasihat Kak Long. Oklah, Kak Long. Esok Villa call Kak Long. Perut
Villa dah berkeroncong ni. Dah keluar bermacam-macam irama. Irama Malaysia ada.
Rock ada. K-Pop pun ada.“ Villa memegang perutnya. Ini dah kali ketiga perutnya
berbunyi. “Assalammualaikum …..” Villa
ingin mematikan talian.
“Villa.”
Dahi Villa
sedikit berkerut. “Ya, Kak Long.”
“Study
hard, okey! Makan minum mesti jaga. Makan tepat pada waktunya. Jangan lupa
solat. Jangan nak ter…miss solat pulak. Always be happy, my dear sis. I love
you. Villa , satu-satunya adik Kak Long. Villa tahu kan! Kak Long harap Villa
sayang anak-anak Kak Long sepertimana Kak Long sayangkan Villa.” Kata Chempaka
dengan lembut.
“Kak Long,
kenapa cakap macam tu?” Hatinya Villa resah. Kenapa tiba-tiba Kak Long cakap
seperti ni. Gerak hatinya dapat
merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Nothing.
Oklah. Kak Long dah mengantuk ni. Dah lewat. Esok nak kerja. Masaklah cepat,
nanti perut tu bunyi irama Bollywood pulak.” Chempaka berseloroh. Dia cuba
tukar topic. Dia sedar nada suara Villa tidak ceria seperti tadi.
“Kak Long.”
“Hish…..tak
ada apa-apalah. Kak Long dah mengantuk ni. Assalammualaikum….”
“Walaikumussalam.”
Jawab Villa sebelum menamatkan talian. Buat seketika Villa termenung. Dia
memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.
Di corong telinganya masih kedengaran kata-kata dari kakaknya. Itulah
kali terakhir dia berbual dengan kakaknya.
“Mak Su.”
Villa
tersedar. Dengan pantas Villa mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari. Dia
menoleh. Zain tersenyum ke arahnya.
“Zain dah
solat?” soal Villa seraya bangun menghampiri Zain yang sedang berdiri di muka
pintu bilik.
“Dah!”
ringkas jawapan Zain. “Mak Su, Zain lapar.” Zain membuat muka kasihan.
“Ala
kasihannya. Baby boy Mak Su lapar ye.” Villa memegang kedua-dua belah pipi Zain
yang tembam itu.
“Mak Su!
Zain tak suka Mak Su panggil Baby Boy.” Bibir Zain sudah muncung ke depan.
“Sorry!
Sorry!Mak Su lupa.”
“Mak Su
kena janji, jangan panggil Baby Boy lagi.”
“Ya! Ya.
Mak Su janji. Jom kita turun bawah. Nak masak apa ye?” Villa tersenyum. Tangan
kecil Zain digenggam lembut seiringan melangkah menuju ke anak tangga. Zain turut sama tersenyum.
******************
Sebuah
kereta Ferarari Spyder berwarna hitam berhenti di dalam kotak parking yang
bertanda VVIP. Fairuz berlari sebaik
sahaja melihat kelibat Raja Awwadi yang keluar dari perut kereta mewah itu.
Kehadiran Raja Awwadi menjadi perhatian pekerja di situ.
“Good
Morning, boss.” Kata Fairuz.
“Morning,
Fairuz.” Raja Awwadi melangkah masuk sambil diiringi oleh Fairuz. Dua orang
pengawal keselamatan yang ada di situ memberi tabik hormat sebaik sahaja
melihat Raja Awwadi. Kehadiran Raja Awwadi menarik perhatian pekerja di situ.
Langkahnya
terhenti. Sebuah lif telah dikhaskan untuk dirinya sahaja. Dia tak suka
bercampur dengan orang lain. Pintu lif terbuka. Raja Awwadi masuk bersama
Fairuz. Pintu lif terbuka apabila mereka tiba di tingkat 8. Tingkat teratas
Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Satu tingkat dijadikan pejabatnya yang juga dikhaskan
untuk dirinya seorang. Terdapat bilik
meeting, pantry, gim dan swimming pool di tingkat itu. Manakala interior design
pejabat mengikut citarasa Raja Awwadi sendiri. Mesti exclusive dan glamorous . Raja Awwadi duduk di atas kerusi yang
berwarna hitam. Komputer riba jenama Apple dibuka. Email dibuka.
Itulah rutin hariannya yang pertama apabila mula bekerja. Raja Awwadi melihat ke arah Fairuz yang masih
tercegat di situ.
“Ada apa
lagi, Fairuz?” Wajah Raja Awwadi serius. Air muka Fairuz kelihatan resah.
Wajah
garang Raja Awwadi membuatkan Fairuz mula teragak-agak. Tapi kalau aku tak
beritahu, masalah lain yang timbul “Bos, tadi Cik Bella call.” Beritahu Fairuz. Dia tahu Raja Awwadi tak suka nama Cik
Bella disebut.
“Apa
perempuan tu nak?”
“Cik Bella
nak cakap dengan bos.”
“Cakap
saja, I sibuk. “
“Dah bos,
saya dah beritahu tetapi Cik Bella kata kalau bos still tak nak angkat call dia
…dia akan adakan press conference dan umumkan yang bos dan dia akan bertunang
tak lama lagi.” Jelas Fairuz.
“Ridiculous.
Biarkan. Kalau dia berani buat press
conference, you suruh lawyer company kita saman dia. “
Dahi Fairuz
berkerut. Pelik dengan reaksi majikannya. Selalunya bila nama Cik Bella
disebut, terus saja naik angin. “Bos, okey ke?”
“Of course,
I’m okey. Kenapa?” Raja Awwadi hairan.
“Maksud
saya, bos tak marah ke? Selalunya kalau sebut nama Cik Bella, bos mesti
melenting. Tapi bos nampak tenang saja. Maksud saya, sejak kebelakangan ni bos
dah jarang marah selepas bos kena tegur dengan Mak Su Zain hari tu.” Fairuz
nampak perubahan Raja Awwadi sejak beberapa hari yang lalu.
“Fairuz!”
Tiba-tiba meninggikan suaranya. Matanya bulat melihat Fairuz.
“Ok, bos!
Saya ada kerja lain lagi. “ Dengan cepat, Fairuz menukar topic. Hish…menyesal aku tegur. Tak pasal-pasal, angin monsoon dah datang balik. Lebih baik
aku beredar dari sini. Fairuz mula mengatur langkah. Selepas beberapa tapak, Fairuz berhenti. “Oh
ya boss, hari ini birthday nenek bos. Bos nak saya order bungo ros seperti
selalu ke?” tanya Fairuz. Hari ini merupakan hari jadi Raja Khalida yang ke 79
tahun. Selalunya setiap kali hari jadi Raja
Khalida, dialah person in charge untuk uruskan semuanya termasuklah bunga,
hadiah dan dinner sempena hari jadi nenek bos.
“Today!”
Raja Awwadi terkejut. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu. Macam mana aku
boleh lupa birthday nenek? Pagi tadi aku straight saja datang ofis tanpa wish birthday
kat nenek. Confirm nenek merajuk kat aku nanti.
Fairuz
menggeleng kepala. Dari reaksi bos mesti bos lupa birthday Raja Khalida. Kasihan nenek bos! “Bos, nak saya arrange
seperti selalu ke?” soal Fairuz.
“No need,
Fairuz. Tentang bunga dan hadiah, biar I belikan. I mahu you reserve one
penthouse suit di GB Hotel Kuala Lumpur malam ni. Tentang menu makanan, you
arrange. I tak kisah apa-apa pun but must be healthy, okey! Atau lebih senang,
you suruh Chef Yaakub masak. Dia tahu makanan kegemaran nenek I.” kata Raja
Awwadi dengan panjang lebar. Dia tahu nenek makan masakan Chef Yaakub. Kata
nenek, masakan Chef Yaakub sesuai dengan citarasanya.
“Yes, bos.”
“One more
thing, cancel semua appointment I petang ni.” Sempat lagi ekor matanya
mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 8.30 pagi. Aku ada masa lagi untuk
berfikir tentang hadiah yang aku perlu belikan untuk nenek. Dua tahun lepas,
aku dah hadiahkan set barang kemas. Tahun lepas pulak, aku hadiahkan beg Channel
yang berharga RM150 ribu. Tahun ni, aku
nak beri hadiah apa? Semua benda nenek dah ada.
“Yes, bos.
Kalau tak apa-apa lagi, saya keluar dulu.”
Raja Awwadi
hanya mengangguk. Selepas melihat
kelibat Fairuz berlalu, Raja Awwadi terus bangun. Dia mula resah.
***********************
“Villa, kes
Zarina tak settle lagi ke?” tanya Fatimah. Dia sedar sejak kebelakangan ni
Villa jarang tersenyum. Asyik termenung saja. Dah jarang buat lawak
antarabangsa.
“Belum.”
Lemah jawapan Villa. Dia sudah hilang arah. Dia sudah tak tahu bagaimana cara
untuk menyedarkan Zarina. Nasihat aku langsung tak didengar. Villa mengambil
pen dan fail. “Kak Fatimah, kalau ada apa-apa cari saja Villa di bilik stor.
Villa nak check stok kat belakang.” Beritahu Villa sebelum melangkah lemah
menuju ke stor. Fikirannya masih memikirkan hal Zarina dan Henry.
Suzie
mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, kasihan Kak Villa. Sekarang ni dah jarang
dengar Kak Villa ketawa. Asyik muka masam saja.”
“Itulah
dugaan namanya, Suzie. Kak Fatimah yakin. Villa dapat tempuhi dugaan kali ni.
Kita doakan yang terbaik untuk keluarga Villa”
Suzie
mengangguk setuju.
Loceng
pintu tiba-tiba berbunyi apabila pintu kedai dibuka. “Selamat datang ke
Bougainvillea Florist.” Kata Fatimah dan Suzie serentak sebaik sahaja melihat
seorang pelanggan lelaki melangkah masuk.
“Can I help
you, sir?” soal Suzie sambil tersenyum.
“Hmmm…..Actually
bunga ni untuk birthday nenek I. Dia suka orchids. I tak kisah you nak wrapping
macam mana but make it look beautiful and unique. Lain dari yang lain. Tentang
harga, I tak kisah. Make it quick sebab I ada hal selepas ni.”
“Ya. Aaa…
Encik boleh tunggu di sana. Encik nak air ke? Mineral water or coffee?” Fatimah
menunjukkan sofa putih yang terletak di hujung sudut kedai. Tempat itu
dikhaskan untuk pelanggan menunggu.
“No! I tak
minum di tempat macam ni.” Jawab lelaki itu terus berlalu pergi dan duduk di
sofa.
Suzie
membuat mimic muka, kurang senang dengan sikap lelaki itu. “Muka handsome
tetapi berlagak lebih. Orang berbudi kita berbahasa, betul tak?”
“Hish,
perlahan sikit suara tu. Kalau dia dengar, teruk nanti kita kena complain.
Customer macam tu, jangan nak cari pasal. “ tegur Fatimah. Dia sudah masak
dengan perangai pelangaan seperti ini. Lebih teruk dari ni pun, dia pernah
jumpa.
“Tapi ….”
“Dah. Pergi
ambil bunga orkid tu.” Fatimah mencelah. Otaknya ligat berfikir. Gubahan yang
unik? Lain yang lain? Hish, susah betul
kalau dapat pelanggan macam ni.
“Yalah!”
jawab Suzie dengan lemah.
Sekali lagi
loceng di pintu berbunyi, dua orang wanita melangkah masuk. Suzie dan Fatimah
tersenyum. Begitu murah rezeki mereka hari ini, pelanggan datang tanpa henti.
“Welcome
….” Fatimah tercengang apabila wanita yang berbaju gaun merah separas lutut itu
mencelah.
“Hey, mana
mak cik perempuan perampas tu? I nak jumpa dengan dia. Sekarang!” jerit wanita itu secara tiba-tiba. Anak
matanya meliar ke pelbagai sudut mencari.
“Aaaa…Maaf,
Cik! Siapa sebenarnya Cik nak jumpa?” soal Fatimah secara lagi. Apa masalah
wanita ni? Terjah masuk kedai orang lepas tu nak naik angin pulak.
“Hey, you
pekak ke? I nak jumpa mak cik perampas tunang I. Mana dia, hah?” jerit wanita
itu sekali lagi.
Air muka
Fatimah dan Suzie berubah. Sekarang mereka sudah tahu siapa yang dicari oleh
wanita yang berambut perang yang sedang berdiri di hadapan mereka. Pandangan
mereka bertaut dan melihat ke arah bilik stor.
“Aniza,
calm down. Jangan ikutkan perasaan marah you tu.” Wanita yang memakai kemeja
jeans bersuara.
“Kak Ira
tak faham perasaan Niza sekarang ni. Lebih baik Kak Ira diam. “ tengking Aniza.
Wajahnya merah menahan geram. Dia sudah tak peduli lagi. Dia ingin bersemuka dengan ibu saudara
perempuan yang memusnahkan kebahagiaannya. Sebenarnya dia mahu bersemuka dengan
wanita bernama Zarina tetapi Henri menghalang dia dari berjumpa. Kata Henri,
dia takut aku akan apa-apakan perempuan.
Begitu sekali sikap Henri membela perempuan tu walaupun mereka berdua hanya
berkenalan selama 3 bulan , pada hakikatnya hubungan aku dan Henri dah hampir 5
tahun. Begitu mudah Henri melupakan
cinta dan kasih sayang aku padanya. Di saat akhir, Henri sanggup membatalkan
perkahwinan kami kerana perempuan tu. Itu yang membuatkan aku bengang.
“Aniza!”
Ira memegang tangan Aniza. Dia tak mahu sepupunya bertindak terburu-buru.
Aniza tidak
mempedulikan kata-kata Ira. Pasu bunga
yang ada di atas meja, diambil dan dihempas ke lantai. Pecah berderai. Serpihan
kaca bertaburan di lantai.
Fatimah dan
Suzie terkejut.
“Mana dia?
I nak jumpa dia. Kalau tak, I musnah kedai bunga ni” Jerit Aniza lagi. Dia tak
dapat kawal emosinya.
“What is
going on here?” Villa terkejut melihat apa yang berlaku. Semasa dia berada di
dalam stor, dia terdengar ada suara wanita menjerit. Yang lebih mengejutkan
lagi apabila wanita itu membaling pasu bunga ke lantai. Dia berjalan mendekati
Fatimah dan Suzie.
“You! You
mak cik perempuan yang rampas tunang I kan!” Jari telunjuknya tepat dituju ke
arah wanita yang memakai cermin mata berbingkai hitam. Wajah perempuan tu ada
iras dengan wanita itu. Sah, dia mak cik perempuan tu.
Villa
tergamam. Matanya tepat melihat wanita itu. Adakah wanita ni tunang Henri? Macam
mana dia boleh tahu? Mungkin ke Datin Yusni beritahu? Villa mula resah
“Mana anak
saudara you, hah? I nak jumpa dia. I nak
ajar dia cukup-cukup. Berani dia rampas tunang I. Hey, kat luar sana ….banyak
lelaki yang boleh nak dibuat suami tetapi kena anak saudara you rampas bakal
suami I. Dah tak a da lelaki lain ke?”
“Saya minta
maaf bagi pihak Zarina di atas apa yang berlaku. Saya …”
“You ingat
I datang sini semata-mata nak dengar perkataan maaf dari you, hah! Hidup I
musnah disebabkan anak saudara you.
Mahligai perkahwinan yang I impikan selama 5 tahun ni hancur berderai
dalam sekelip mata saja. Cinta dan kasih sayang yang kami pertahankan hilang
begitu saja disebabkan kehadiran anak saudara you yang tak guna tu. Di mata
Henri sekarang ni, I adalah orang luar. Setiap kenangan kami bersama dah tak
ada apa-apa erti bagi Henri. Janji Henri untuk membahagiakan I dilupakan begitu
saja. Di mata Henri sekarang ni hanyalah anak saudara you. Dengan mudah saja, Henri batalkan wedding
kami sedangkan kami akan berkahwin bulan depan.
Semua persiapan dah complete. Kad dah pun diedarkan. Maruah keluarga I dipijak begitu saja. Apa
yang I nak jawab dengan saudara mara I nanti.You tahu tak apa perasaan I,
hah? I rasa diri I dikhanati. You faham
tak? ” Dengan deras butiran jernih mengalir keluar dari kelopak matanya.
Hatinya benar-benar sakit. Tiada sesiapa
dapat merasai apa yang dia rasa sekarang ni. Dia terlalu mencintai Henri. Dia
tak dapat menerima hakikat yang Henri tidak mencintai dirinya lagi. Dia tak
boleh hidup tanpa Henri. Jiwanya terseksa. Aniza mengusap dadanya beberapa
kali.
“I akan
pastikan semuanya akan kembali keadaan asal semula. Henri akan kembali semula
pada you. Perkahwinan you dan Henri akan berjalan seperti yang telah
ditetapkan. I janji. Zarina tidak akan
menjadi orang ketiga dalam hubungan you all berdua.” Kata Villa
bersungguh-sungguh supaya dapat menyakinkan wanita itu. Dia sedih melihat keadaan
wanita itu. Wajah pucat lesi seolah-olah tidak tidur beberapa hari. Villa
rasa bersalah.
“Easy for
you to say, you ingat I percaya cakap you ke? You tu ibu saudara dia. Jangan
nak tipu I. You ingat I bodoh ke?” marah
Aniza. Mustahil wanita ni akan menyebelahi dirinya. Aniza terus membaling pasu
ke arah Villa. Pasu itu tepat mengena kepala Villa sebelum jatuh ke lantai dan
pecah.
Semua orang
yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Villa tak mengelak dan
membiarkan pasu tepat mengena kepalanya.
“Villa.”
Fatimah mendekati Villa. Dia terkejut melihat darah mengalir di dahi Villa.
Pantas Fatimah mencapai tisu dan mengelap darah di dahi Villa.
“I’m fine,
Kak Fatimah.” Kata Villa dengan lemah. Dia mengambil tisu dari tangan Fatimah.
Dahinya sedikit berkerut. Pedih.
“Get out!
Keluar sekarang sebelum I call polis. Keluar.” Jerkah Suzie. Dia merenung
mereka berdua yang masih tercegat di situ.
Kenapa pula perempua ni lepaskan kemarahan kat Kak Villa? Yang bersalah
ialah Zarina. Sepatutnya pasu itu ditujukan pada Zarina bukannya Kak Villa.
“Niza, jom
keluar sekarang.” Ira menarik Aniza keluar. Aniza masih terkejut dengan apa
yang berlaku. Dia tak sengaja. Langkah
mereka terhenti apabila nama Aniza dipanggil.
“Cik
Aniza, apa yang I cakapkan tadi bukannya
kata-kata kosong. I akan kembalikan semula mahligai you. Untuk pengetahuan
you,Zarina seorang anak yang baik. Dia akan kembalikan Henri semula ke pangkuan
you. Percayalah“ kata Villa. Wajahnya kelihatan tenang. Kemudian Villa melangkah meninggalkan mereka
dan berjalan masuk ke biliknya.
“Tunggu apa
lagi! Silakan” marah Suzie. Pintu kedai
sudah dibuka. Sebaik mereka berdua keluar, Suzie menutup pintu dengan
kasar. Dia mendekati Fatimah. “Kak
Fatimah, Suzie tak puas hati. Kenapa pulak Kak Villa yang kena? Dia tak tahu
ke, orang yang menentang kuat hubungan Zarina dan Henri ialah Kak Villa. Hish
….geram betul. Zarina tu tak habis-habis bawa masalah kat Kak Villa. “ Suzie
mencekak pinggang.
“Dah. Kunci
mulut tu. Kak Fatimah nak tengok Villa sekejap.” Pesan Fatimah sebelum
kelibatnya hilang di sebalik pintu.
Suzie
melepaskan keluhan dengan kuat. “Nasib baik, tak ada customer ….” Matanya tepat
melihat bunga orkid yang diletakkan di atas meja, tiba-tiba dia teringat
sesuatu. Macam mana aku boleh terlupa? Perlahan-lahan anak matanya melirik ke
arah lelaki yang sedang duduk dan memerhati ke arahnya. Wajahnya serius dan
tiada secalit senyuman. “Oh my god!”
Suzie tersengih. Matilah aku.
5 comments:
oho.. nape villa tak nak megelak kcian dia.. abis lah raja awwadi dh npk.. agak2 apa pdgan raja awwadi yek.. wahh nie yg tak sbar nie..
kak bykn lg babak ttg villa n raja awwadi bersama..
best nak lagi.
Urgh...sambung lg please. ..terdera jiwa bila baca sikit2 ni...
best...
Nobody perfect sis, remember!” ->> Nobody's perfect
Bos nak saya order bungo ros seperti selalu ke? Typo. Jadi oghang nismilan lak Fairuz ni.
Dia sudah masak dengan perangai pelangaan seperti ini. Typo.
Perempua. Typo
Post a Comment