Saturday, January 16, 2016

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 9

                                                                           Bab 9

Langkah diatur menuju ke arah seorang wanita yang sedang bermain telefon bimbit. Bahu wanita itu disapa dengan lembut . “Sorry! I’m late!” kerusi terus ditarik. Adli melabuh punggungnya di kerusi dan tersenyum melihat adik sepupunya, Zalika Anis.

            “Dah 2 jam Anis tunggu!” Zalika merunggut. Telefon bimbit dihempas di meja dengan kasar. Wajah masam mencuka.

            “Sorry, okey! Abang dah cakap kan, jumpa kat rumah tapi Anis nak jugak jumpa abang hari ini kat luar. You know, Perlis dan KL jauh. Abang bukan superman. Satu saat dah boleh sampai sini.”Adli tersenyum. Dia sudah masak dengan perangai sepupu kesayangannya. Dia seorang saja boleh lambat, kalau orang lain lambat mulalah nak membebel.

            Bibir Zalika dicebik. “Abang Adli, jangan nak buat lawak bodoh kat sini. Kat rumah tak selamat. Abang sedar tak masalah abang Adli besar! Pasal Kak Rita!” Semakin serius wajah Zalika. Disebabkan hal inilah aku terus balik ke Malaysia. Aku terkejut bila mama beritahu yang Abang Razman akan bertunang dengan Kak Rita. Setahu aku, Kak Rita couple dengan Abang Adli bukan Abang Razman. Aku nak tahu apa yang berlaku? Aku nak penjelasan. Bila cakap dalam phone, ada saja alasan. Yang buat aku sakit hati, bila aku call tiada sesiapa pun yang angkat. Kak Rita pun sama, tak angkat langsung call aku.

            Adli mengeluh. “Dari jauh Anis datang semata-mata hal ini. Bazir masa Anis saja.”

            “Bagi Anis, tak membazir pun. I care about you. Dari Perth, Anis sanggup ambil flight datang  sini semata-mata kerana abang. I know you need me right now.”

            Hati Adli tersentuh dengan kata-kata Zalika. Sejak kecil lagi, mereka berdua memang rapat. Maklumlah kami berdua saja cucu Dato Karim yang tidak menjejaki langkah keluarga kami. Aku lebih suka menjadi pensyarah manakala Zalika seorang pereka fesyen terkenal di Australia. Sebab itulah kami rapat.

            “So…. Takkanlah abang nak quit macam tu saja. Abang patut fight balik, dapatkan Kak Rita semula.”

            “You sound like him!” Adli tersenyum kelat. Dia teringat perbualan dia dan Hazri.

            “Siapa?” Dahi Zalika berkerut.

            “Nothing! Kenapa orang fikir yang abang tak pernah fight untuk dapatkan Rita? I did. Of course I did. Puas abang pujuk , puas abang rayu tapi Rita tetap dengan keputusan dia. So apa abang nak buat kalau Rita dah tak suka abang lagi. Abang pun ada maruah, Anis. Kita tak boleh paksa orang yang dah tak suka kita. Lagipun Rita dah banyak berubah.” Ujur Adli. Walapun pahit, itulah kenyataan yang harus aku terima. Nak buat macam mana, mungkin tak ada jodoh.

            “Ada lagi cara lain, abang! Apa kata abang beritahu kat Pak Long dan Mak Long ? Kalau abang nak, Anis boleh beritahu ” Zalika memberi cadangan.

            “Jangan, Anis! Abang tak nak masalah lebih complicated.” Tegah Adli. Dia tak mahu keadaan kucar-kacir.

            “Sekarang ni masalah dah lebih complicated. Inilah masalah abang, baik sangat! Bagi muka kat Abang Razman sebab itu Abang Razman berani buat apa saja kat abang. Abang Razman tahu abang couple dengan Kak Rita sejak sekolah lagi tetapi dia tetap nak rampas Kak Rita. Abang jenis apa Abang Razman tu? Ikut hati nak saja Anis belah dan tengok hati dia warna apa? Kenapa busuk sangat hati Abang Razman? Eee… geram! Marah! Tengok, Anis orang luar pun dah sakit hati. Abang pulak boleh releks saja. Takkanlah abang nak tengok saja Abang Razman dan Kak Rita bertunang and then kahwin. Lepas tu pulak, dapat title kak ipar.  Eeee……. Gross”

            “Hal ini dah melibatkan ramai pihak. Saudara mara pun dah tahu. Abang redha, Anis. Abang terima. Mungkin dah tertulis jodoh abang dan Rita setakat ni saja. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang tentukan. Abang pasrah. Abang harap Anis faham dan terima semua ini”Kepala ditundukkan sedikit. Dia cuba mengawal air mukanya. Dia benar-benar sedih. Cinta yang aku agungkan selama ini hilang dalam sekelip mata. Aku tak nak Anis lihat aku menangis. Aku mesti kuat menempuhi rintangan ini. Ya Allah, jika ditakdirkan Rita bukan jodoh hambaMu ni aku terima qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk Ku. Tabahkanlah hatiku ni. Berilah aku kekuatan untuk tempuhinya. Bibir digigit rapat. Dia cuba menenangkan perasaannya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan.

            “Abang!” Zalika rasa bersalah. Dia pun turut sama sedih.

            Tiba-tiba saja melihat Zalika semula, ada senyuman kelat di dibibirnya. “Okey, stop talking about this anymore.  How long you going to be here?” Adli cuba menukar topic perbualan mereka.

            “Why? Abang takut Anis rosakkan majlis pertunangan mereka ke?”

            “Anis….” Suara Adli sedikit meninggi.

            “I don’t know! So.. abang dah fikir panjang ke nak menetap di Perlis?” tanya Zalika. Dia tahu hal ini pun dari Mak Long, Datin Nora.  Walaupun Abang Adli bukan anak kandung tetapi dia anggap Abang Adli seperti anaknya sendiri selepas ibu kandung Abang Adli meninggal dunia. Kenapa perangai Abang Razman tak macam Mak Long? Hish….. Semakin aku fikir perangai abang Razman semakin meluat aku nak tengok muka dia. Hati busuk!

            “Dah. Bagi abang keputusan ini terbaik bagi untuk semua pihak. ”

            “Iyelah tu, Anis nampak yang terbaik lebih untuk Abang Razman saja. Bagilah dia menang. Naik tocang nanti. Nampak sangat abang tu larikan diri dari masalah.” Zalika membuat mimic muka tanda tak setuju. Pandangan dialihkan ke arah lain. Eee…. Menyampah betul. Apa-apa pun aku mesti jumpa Kak Rita, dia tak boleh buat Abang Adli macam ni. Zalika masih tidak mengalah. Wajahnya serius memikirkan sesuatu.

            Adli tersenyum. “Abang lapar. Makan dululah. Waiter!” panggil Adli melambai tangan ke arah pelayan restaurant itu. “Abang dengar lamb chop kat sini sedap. You need to try.” Pujuk Adli. Dia tahu itu makanan kegemaran Zalika.

            “Really?”

            “Anis! Next time keluar, pakai baju elok sikit.” Tegur Adli. Dia menggeleng kepala perlahan-lahan. Dia kurang senang melihat cara pemakaian Zalika. Mini skirt pandek yang dibelah tepi dipadankan bersama t-shirt tanpa lengan. Memang menjolok mata. Dari tadi dia sedar setiap pelanggan lelaki dalam restaurant itu pasti curi pandang ke arah Zalika. Lelaki! Sebagai lelaki, dia faham di sebalik jelingan mereka.

            “What’s wrong? Fashion okey! You never understand.” Zalika membelek bajunya. Elok saja!

            Adli mengeluh. Si Anis ni cakaplah banyak kali pun, memang tak faham pun. “ Of course I never understand. Sini Malaysia bukan Australia. Banyak buaya darat kat sini. Waiter!” panggil Adli sekali lagi. Perut ni dah mula berkeroncong. Adli melambai tangan beberapa kali.

                                    ********************************

            Kereta Volkswagen Beetle berwarna merah dipakir sebelah kereta Volkswagen Polo. Zalika keluar dari perut kereta. Dia berhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.

            “Abang masuklah dulu, Anis nak jawab call mummy.” Beritahu Zalika agar Adli tidak menunggu masuk ke rumah bersama-sama.

            “Okey! Kirim salam kat Mak Lang.” Adli tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Sunyi sepi. Mungkin dah tidur kot. Sempat lagi Adli menjeling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.

            “Balik jugak! Aku ingatkan kau dah tak nak balik.”

            Tiba-tiba badan Adli kaku bila disapa dari belakang. Bukan ke dia outstation minggu ni? Macam mana pulak dia ada? Kalau boleh aku tak mahu tengok muka dia lagi. Tak nak! Aku tak ada mood nak dengar cakap dia. Tangan digenggam erat.Cuba mengawal kemarahan yang kini sedang membuak-buak. Dia beristigfar  Sebelum keadaan lebih teruk lagi, baik aku blah dari sini.

            “Nak ke mana tu?” Sengaja Razman meninggikan suara bila melihat Adli yang ingin beredar dari situ. “Aaaa….. aku tahu kau mesti malu nak jumpa aku kan! Iyelah buah hati kau pilih aku dari kau. Hmm.. kasihan.” Semakin sinis senyuman Razman.

            Langkah Adli terhenti secara tiba-tiba. Air muka Adli berubah. Semakin erat genggaman tangan Hazri. Terasa ringan! Sejak kecil lagi, Razman tak pernah sukakan aku. Aku adik dia tapi dilayan seperti musuh. Ada saja jalan dia buat untuk sakitkan hati aku. Aku tak tahu apa dia tak puas hati dengan aku. Bila ditanya, jawapannya hanya satu. Aku benci kau! Itulah ayat keramat dia. Memanglah arwah ibu aku isteri kedua tetapi arwah ibu tak pernah control papa. Malah arwah ibu selalu ingatkan papa lebihkan mama dari dirinya sendiri. Papa lebih banyakkan masa bersama mama dan Razman daripada arwah ibu dan aku. Tetapi kenapa pulak Razman nak benci aku. Papa sayangkan dia lebih dari aku.

            “Malu! Wah….Abang Razman memang muka tak tahu malu. Hello! Orang yang patut malu, abang Razman tahu tak? Rampas girlfriend adik sendiri. Tak ada hati perut langsung.” Zalika tiba-tiba muncul.

            Razman menoleh dan terkejut dengan kehadiran Zalika. Dia merenung gadis tinggi lampai itu. Ee… bila pulak budak ni balik? Menyemak betul! “Jangan mulut tu sikit, Anis. Kau sedar tak aku ni abang sepupu kau? Tak ada adab langsung.” Marah Razman. Dia bengang.

            Dahi Adli mula berkerut. Alamak, perang dah nak meletus! Mereka berdua memang tak boleh jumpa langsung, asyik gaduh kerjanya. Macam anjing dengan kucing.

            Zalika tiba-tiba ketawa mengejek. “Sebut pasal adab pulak? Sepatutnya Abang Razman patut belajar pasal adab. Belajar hormat hak orang lain! Jangan main nak rampas saja. “ perli Zalika.

            “Kau!” jerkah Razman.

            Adli memegang tangan Zalika secara tiba-tiba. “Enough! Anis, jom naik atas.” Tangan Zalika terus ditarik. Adli tak nak mereka gaduh besar lebih-lebih lagi mama dan papa ada. Tak pasal-pasal nanti mereka bangun.

            Razman mengetap bibir rapat seraya mata merenung gelagat Adli dan Zalika.

            “Tapi….. Anis tak abis cakap lagi.” Zalika meronta dan tak berpuas hati. Ada banyak benda aku nak cakap dengan Abang Razman!

            “Anis!” Kata-kata Zalika tidak dipedulikan, semakin erat genggaman Adli.

            Zalika terdiam. Dia hanya mengekori jejak Adli  mendaki anak tangga sehinga tingkat satu. Wajah masam mencuka kerana tak puas hati.

                                                **********************************

           
            Air orange diteguk perlahan-lahan dan kemudian satu demi helaian majalah itu dibaca dengan khusyuk. Wajah Zalika serius membaca. Inilah ada port kegemarannya setiap kali menginap di rumah bapa saudaranya, Dato Latif. Tenang! Sejuk mata memandang lebih-lebih bila balkoni ini menghadap ke arah pantai. Lautnya membiru terbentang luas. Patutlah Pak Long buat rumah di tepi pantai. Memang strategic! Kalau boring, boleh jugak main pasir pantai nanti.

            “Bila kau nak balik?”

            Zalika menoleh. Soalan Razman hanya dijawab dengan jelingan. Zalika kembali semula membaca majalah. Argh… rosak mood aku pagi-pagi ni. Majalah diselak dengan kasar.

            “Kau dah pekak ke?” Razman mula meninggikan suara.

            “Ada apa?” jawab Zalika dengan kasar. Sekeping roti  diambil dan dimakan perlahan-lahan,

            “Kau dah beritahu mama dan papa kan?”

            “Kenapa takut ke?”

            “Kau! Aku tak takutlah kat kau.”

            “Kalau tak takut, tak payah nak gelabah. Relekslah….”

            Razman mengetap bibir menahan geram. Reaksi balas Zalika buat darahnya semakin mendidih. Buat endah tak endah saja seolah-olah aku ni orang luar dalam rumah ini. Dengan kasar, Razman merampas majalah Zalika.

            Zalika terkejut dan tak semena-mena terus bangun. Wajah merah padam merenung Razman. “Apa masalah Abang Razman, hah? Lepas cari pasal dengan Abang Adli, nak cari pasal dengan Anis pulak.” Marah Zalika. Dia masih ingat pesanan Abang Adli supaya jangan bergaduh dengan Abang Razman lagi. Memang aku nak elak tapi dia sendiri yang cari pasal.

            “Aku nak kau balik Perth esok!” Razman memberi arahan.

            “What! Perth! Why? Aaa…. Anis tahu! Takut Anis rosakkan majlis pertunangan Abang Razman dan Kak Rita kan?”

            Air muka Razman terus berubah.

            “Atau takut Anis beritahu Pak Long dan Mak Long tentang apa Abang Razman dah buat. Anis tahu Abang Razman memang sukakan Kak Rita sejak dulu lagi but Kak Rita pilih Abang Adli dari Abang Razman. Kasihan tapi Abang Razman tahu tak kenapa Kak Rita pilih Abang Adli? Biar Anis beritahu, sebab hati Abang Adli tak sebusuk Abang Razman.”

            “Anis!” jerkah Razman. Nafasnya turun naik.

            “Tak sangka Abang Razman sanggup rampas Kak Rita dari Abang Adli. Abang Razman rosakkan hubungan mereka. Tahun depan, mereka dah plan nak kahwin tapi disebabkan Abang Razman …. Apa yang mereka rancangkan hancur macam tu saja. Tergamak Abang Razman buat kat adik kandung sendiri macam tu. Abang Razman tahu Kak Rita orang penting dalam hidup Abang Adli but still nak rampas Kak Rita jugak. You not human but animal!” jerkah Zalika. Dia berdiri di hadapan Razman.

            Razman terus mengangkat tangan dan ingin menampar Zalika.

            “Razman!” tegah Datin Nora yang kebetulan ada di situ. Dia telah dengar segala-galanya. Dia memandang ke arah Razman.

            Razman terkejut dan segera menurunkan tangan. Razman mula gementar.

            “Betul ke? Betul ke Rita girlfriend Adli.” Datin Nora terus memegang tangan Razman untuk kepastian. Dia benar-benar terkejut.

            Razman masih diam membisu.

            Zalika terus menundukkan kepala. Rasa bersalah. Alamak…. Mak Long dah tahu. Matilah aku! Apa aku nak jawab kat Abang Adli nanti? Matanya meliar ke kiri dan kanan.

            “Razman! Tell me! Razman, betul ke Rita girlfriend Adli?”

            “Ya! So what? Memang Rita girlfriend Adli tapi sekarang Rita bakal tunang Man. Rita yang setuju nak kahwin dengan Man. Man tak paksa Rita pun, itu pilihan Rita. So technically , Man tak rampas Rita dari Adli pun. Man tak salah pun.” Akhirnya Razman mengaku. Dia menarik tangan yang dipegang Datin Nora dengan kasar.

            “Man! Apa Man dah buat ni?” nada suara Datin Nora sebak. Dia sedih dengan perangai anak tunggalnya. Dia tak sangka sejauh itu Razman sanggup buat kat Adli.

            Zalika mendekati Datin Nora. Tangan Datin Nora digenggam lembut. Mesti Mak Long sedih. Iyalah, dapat anak macam Abang Razman. Tahu buat orang menangis saja. Tak jaga langsung perasaan ibu. Dah lupa ke, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Semakin geram pulak aku tengok perangai Abang Razman .

            “Buat apa, mama! Man tak buat apa-apa pun. Kalau mama nak beritahu papa, beritahulah! Man tak takut. Yang pasti Man akan bertunang dan kahwin dengan Rita. Perkahwinan kami tetap akan berlangsung. Suka atau tak, Rita bakal menantu mama. Bakal isteri Man!” Razman masih bertegas dengan pendiriannya. Air mata ibunya langsung tak dipedulikan.

            Datin Nora menggeleng kepala beberapa kali. Air mata deras mengalir.

            “Abang Razman, stop it. Mak Long ada high-pressure blood. ” Tegah Zalika. Dia bimbang melihat wajah ibu saudaranya kini bertukar pucat. Baru dua minggu lepas Mak Long keluar hospital sebab tekanan darah tinggi naik. Iyalah, perangai Abang Razman tu buat orang naik angin saja. 

            “Argh….” Razman terus berlalu pergi meninggikan mereka berdua.

            Selepas beberapa saat Razman pergi, Datin Nora tiba-tiba rebah dan terus pengsan.

            “Mak Long! Mak Long!” panggil Zalika. Dia mula cemas. Masih tiada response.  Wajah Datin Nora dipegang dan diusap lembut. Sejuk! “Mak Long! Mak Long! Bibik! Bibik!” jerit Zalika sekuat hati. Dia bimbang jika sesuatu terjadi.

           
                                    *************************************

            Zalika menyandarkan diri di kereta BMW berwarna merah. Keluhan dilepaskan dengan kuat. Mujurlah tiada apa-apa yang serius kat Mak Long. Disebabkan hal itu, Abang Adli lecture aku. Nak bernanah telinga aku dengarnya. Iyalah memang salah aku pun tapi bukan salah aku 100% pun. Abang Razman yang mulakan dulu. So not my fault!

            “Anis!”

            Zalika menoleh.

            Rita mendekati Zalika. Tangan dihulurkan untuk salam tetapi ditepis oleh Zalika.

            “Kenapa terima pinangan Abang Razman?”

            Rita mengeluh. Dia memandang wajah Zalika. “Apa kata kita cakap kat tempat lain! Tempat ini tak  sesuai.” Rita memandang keadaan di parking basement syarikat ayahnya.

            “No! So tell me, kenapa Kak Rita terima pinangan Abang Razman? I mean, Kak Rita bercinta dengan Abang Adli but now ………. Kak Rita akan kahwin dengan Abang Razman. Cuba Kak Rita terangkan kat Anis. Bila Anis tanya dalam phone, Kak Rita cakap tak ada jodoh.  Anis tak percaya. Something must happened, am I right? Abang Razman ada ugut Kak Rita ke? Atau Abang Razman ada buat sesuatu kat Kak Rita. So tell me, Anis boleh tolong. Anything! Asalkan Kak Rita tak kahwin dengan Abang Razman. Listen, Abang Adli cinta Kak Rita seorang saja. Both of you love each other.  Masih ada masa untuk Kak Rita batalkan pertunangan ni.  Anis akan tolong.” Pujuk Zalika. Dia tahu betapa pentingnya wanita ini dalam hidup Adli. Tangan Rita digenggam erat dengan penuh harapan.

            “Anis……” Rita rasa serba salah. “I’m so sorry! Kak Rita tak boleh. Keluarga Kak Rita dah terima.”

            “Don’t worry about that! Mak Long dah tahu hal ini.”

            “Apa!.....” Nada suara Rita bergetar. Dia terkejut. “Auntie Nora dah tahu. Macam mana Auntie Nora boleh tahu? Anis beritahu Auntie Nora ke?”  Bahu Anis dicengkam dengan kuat. Wajah Rita gelisah.

            “Kak Rita!” Zalika tercengang melihat perubahan sikap Rita. Bahu terasa sakit.

            “Anis sedar tak apa Anis dah buat?” jerkah Rita.

            Bibir Zalika sedikit bergetar. Dia terkejut bila dijerkah seperti itu. Inilah pertama kali Rita meninggikan suara padanya.  Aku tak buat apa-apa pun! Kenapa Kak Rita marah aku? Aku just nak tolong saja. Hatinya rasa sebak.

            “Ini last warning! Kak Rita tak nak Anis masuk campur dalam hal ini. Kak Rita nak kahwin dengan sesiapa pun, itu masalah Kak Rita bukan Anis. “ marah Rita. Bahu Zalika dilepaskan dengan kasar. Rita terus masuk ke dalam keretanya tanpa mempedulikan Zalika yang masih berdiri di situ. Kereta BMW 381i bergerak laju keluar dari parking basement.

            Tanpa disedari air mata Zalika mengalir. Dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Kenapa reaksi Kak Rita macam tu? Selama ini tak pernah Kak Rita marah kat aku. Kami rapat.  Aku tak faham. Terus melenting bila dapat tahu Mak Long dah tahu hal sebenar? Lepas tu pulak tiba-tiba beri warning kat aku? Niat aku hanya nak tolong. Salah ke? Zalika mengesat sisa-sisa air mata kasar.  Takkanlah Kak Rita betul-betul sukakan Abang Razman. Mustahil. Kak Rita yang aku kenal sejak 10 tahun lalu bukan begini orangnya.  Orangnya baik, lemah lembut dan penyayang. Yang pasti orang yang dicintai Kak Rita hanya Abang Adli. Kenapa dia berubah? Atau memang betul cakap Abang Adli yang Kak Rita dah berubah. Bibir digigit rapat.

             
           
           
            

4 comments:

Azimah Lily said...

syura yuzairah ... Insya Allah, mungkin tahun ni novel baru akak publish. Doakan yer... :)

eija said...

Takpe zulaika biarkn jer anis tu nti jgn dia thegeh2 nk rujuk blik sudah..

Syura yuzairah said...

insyaa allah...aamiin kak.

Lobak lobak said...

amin......in sha allah..sy pun minat menulis ckit bila rajin..hehehe..leh lawat blog sy jgk kak yer..hehehe....

http://mylobak.blogspot.my/2016/04/forexmudahbyjo.html

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...