Monday, February 29, 2016

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku Bab 10

BAB 10

Seminggu kemudian …..


            Anak mata dikecilkan sedikit melihat barang-barang keperluan dapur yang penuh di atas meja makan. “Mak, banyaknya barang. Nak buat kenduri ke?” Satu persatu barang di dalam beg plastic dikeluarkan. Ada bawang, ada halia, ada bawang putih, ada serai ….. macam-macam lagilah. Mak oiii, banyak betul.Ini kalau buat kenduri 5 hari 4 malam, belum tentu habis.

            Hajah Salmiah menoleh seraya tangan basah dilap dengan kain putih. Dia baru selesai basuh daging lembu yang nak dimasak untuk makan tengahhari nanti. “ Daging korban banyak. Mak Teh hang bagi! Pak Akob bagi! Mak Jah pun bagi. Dalam peti ais tu penuh dengan daging. Simpan lama-lama tak elok. Mak ingat nak masak daging rebus lepas tu cicah air asam. Mesti sedap. Lepas tu mak nak masak daging dendeng, daging goreng lada hitam, daging pattaya dan daging masak hitam. Menu hari ni semua daging.”

            Liya terkejut besar. “Mak……. Takkanlah mak nak masak semuanya daging. Mak tahu tak kalori daging berapa? Tinggi, mak! Tak pasai-pasai orang rumah ni tumbang lepas tu masuk hospital sekali. Kalau nasib tak baik boleh ting tong nanti. Tak ka naya nanti!”

            “Hish… mulut hang ni! Itu mak tahu. Lepas makan tu mak buat jus untuk turunkan kolestrol. Kita semua minum la. Tadi mak tengok kat TV. Apa nama dia …. Aaa…. Spicy juice. Nampak macam sedap ja. Betik, nenas, tauge, bawang putih dan air asam jawa, kita blend sekali. Aaa… nanti turunlah kolestrol.” Beritahu Hajah Salmiah bersungguh-sungguh.

            “Mak…..” Liya rasa macam nak menangis saja. Air muka terus berubah keruh. Gulp…. Air liur yang ditelan rasa pahit. Liya terus  menepuk dahi. Punggah ! Spicy juice! Mampus aku! Entah apa rasanya. Aku dah la tak suka tauge. Tak dapat bayangkan nak blend semua tu. Tak ke naya! Lepas minum nanti boleh jamin ke selamat. Mak ni…. Lepas pencen suka sangat tengok TV, asyik terpengaruh. Ada saja resipi jus baru.  Aku tak mau minum. Tak nak ….. Aku mesti cari alasan. Mata meliar kiri kanan mencari idea. Aaa… dapat. “Mak, sat gi Liya tak join makan sekali. Liya tolong mak masak  ja, Liya kena jumpa Pak Saad ketua kampung. Ada hal katanya. “

            “Hal apa pulak? Tengok ni banyak lauk ni, sapa nak makan.”

            “Balik nanti Liya makan. Tu … ayah ada, abang ada lepas tu hari ni kan kawan abang nak balik. Aaaa….. mesti habis semua ni tapi mak simpanlah sikit kat Liya. Kempunan Liya nanti. “ Liya tersengih. Dalam hati Liya ketawa, kini giliran abang pulak. Selalunya aku la terkena, awai-awai lagi abang aku dah lepaskan diri dari minum air jus mak. Kali ni biaq dia kena. Baru padan muka. Puas hati aku. “So…. Mak nak Liya buat apa dulu?” tanya Liya. Semakin lebar senyuman Liya. Dia tak sabar nak tolong. Lengan baju sudah dilipat. Bersedia untuk memasak.

                                    ************************************

            Setelah selesai membersihkan kandang, Liya terus menyandarkan diri di tiang. Peluh di dahi dikesat menggunakan tuala kecil yang diikat di leher. Fuh…. Basah lencun baju aku ni. Mana taknya, hampir sejam bersih kandang ni. Sarung tangan getah ditanggalkan. “Man! Dan! Pi rehat dulu. Lepas 10 minit kita bersih kandang sebelah tu pulak.” Beritahu Liya pada dua orang pekerjanya.

            “OK, kak!” jawab Man dan Dan serentak.

            “Liya!”

            Liya menoleh. “Ya…. Aku kat sini.” Sahut Liya. Dia keluar dari kandang lembu.

            Ghani datang menghampiri Liya. “Kat sini hang rupanya. Puas aku cari. Tekak ni dah sikit asyik panggil nama hang saja.”

            “Tu la …. Ada teknologi tapi tak mau nak guna. Phone kan ada, call ja. Eee…. Itu pun nak aku bagitau ka!”

            Ghani menepuk tahu secara tiba-tiba. “Betui jugak cakap hang. Aku lupa la. He he he ….”

            “Pasai pa?”

            “Pasai kolam takungan najis! Aku rasa kena besarkan lagi. Semalam hujan,  kolam tu terus penuh. Takut melimpah nanti.” Beritahu Ghani. Dia baru saja balik dari melihat kolam takungan najis di ladang mereka. Tujuan kolam takungan najis dibina untuk elakkan najis mencemari sungai, mata air dan kawasan berhampiran.

            “Aku pernah terfikir jugak. Lagipun bilangan lembu dan kambing makin bertambah. Kandang pun nak kena tambah lagi. Ghani, aku cadang nak beli tanah arwah Mak Jun kat sebelah tu. Yang dekat kaki bukit tu. Dari dok terbiar macam tu.”

            “Tapi tanah tu kan dah jadi milik anak arwah Mak Jun yang dok Kuala Lumpur tu.”

            “Tahu. Tu yang aku nak jumpa Pak Saad. Kot-kot Pak Saad ada no phone depa. Boleh aku contact. Bincang dulu. Kalau dapat beli, aku cadang nak bina kandang lagi. Empat ke lima kandang macam tu la. Sekali dengan kandang kambing. Okey tak?“ cadang Liya.

            “Aku ikut ja. Hang tu bos. Yang pasti jangan lupa up sikit gaji aku.” Ghani tersengih. Sepanjang beberapa tahun bekerja dengan Liya, alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Kata orang kerja dengan adik beradik, susah sikit. Iyelah kalau dah bergaduh, boleh tutup syarikat tu. Hati orang kita tak tahu kan. Tapi Liya lain, dia tahu jaga hati pekerjanya. Kebajikan pekerja dijaga.  Majoriti pekerja di sini, anak-anak jati kampung ni. Asalkan ikhlas dan rajin bekerja, Liya akan terima. Lagipun gaji jugak lumayan. Siap dua kali bonus. Siapa tak nak! Semakin lebar Ghani tersenyum melihat Liya.

            “Dah aku agak! Hang memang …. pantang ada peluang.” Liya ketawa kecil melihat gelagat sepupu yang setahun lebih tua darinya.

            “Dah ada peluang, rebat la.” Ghani turut sama ketawa. Tiba-tiba teringat sesuatu, Ghani berhenti ketawa. “Eh… hang tak balik rumah ke? Bukan ke Mak Lang buat makan-makan sikit kat rumah. Tadi mak aku call, suruh aku bawa Zaiton dan anak-anak pi rumah hang. Mak Lang jemput semua. Adik-beradik ja la. Tapi hang buat apa kat sini? Tak tolong Mak Lang ka? Aaaa.. aku tahu ni mesti nak lari . Maklumlah malas nak buat keja.”

            “ Eh! Eh! Excuse me , jangan main-main tuduh. Sebelum datang sini, aku dah tolong mak aku masak. Tuduh tanpa bukti berdosa tau.”

            “Betui ni hang tak nak ikut aku balik? Nanti Mak Lang tanya aku nak jawab apa?” tanya Ghani. Iyelah aku ni pekerja tapi balik awal dari bos. Memang tak boleh la…. Confirm kena marah.

            “Cakap ja aku jumpa Pak Saad sebab nak beli tanah. Habis citer! Kalau mak aku tanya lebih-lebih, suruh calling ja.”

            “Roger bos. Aaaa….. tak sabar aku nak makan masakan Mak Lang. Rasanya dah lama jugak Mak Lang tak buat makan-makan kat rumah.  Semua makanan Mak Lang masak, semuanya sedap. Kalau Mak Lang buat gulai kawah batang pisang, pasti ramai orang beratur kat rumah hang minta gulai kawah batang pisang mak hang.  Sekali cuba nak beratus kali.” Puji Ghani melambung-lambung.

            “Sedap! ……Aaaa…… sedap!” sinis Liya sambil tersengih. Memanglah mak masak sedap tapi apa yang menanti selepas ini aku ja yang tahu. Inilah peluang hang minum minuman kesihatan mak aku tu. Aku cakap hang tak pernah nak percaya, biar hang rasa. Baru padam muka hang. Liya ketawa di dalam hati.

            “Lain macam ja aku tengok. Ini mesti ada apa-apa! Cakap cepat!” Ghani mengecil mata dan dapat rasakan sesuatu tak kena.

            “Ada apa? Tak ada apa-apa pun. Baliklah cepat. Nanti Zaiton merajuk, hang jugak yang susah. Lepas aku habis bersihkan kandang sebelah tu, aku jumpa Pak Saad dulu sebelum balik. Baliklah” suruh Liya. Cerdik jugak aku ni! Ada peluang terus aku tukar topic!  Kalau tanya lebih-lebih kantoi pulak nanti. Baik aku kona topik ke tempat lain.
            “Ya tak ya jugak. Aku terlupa pulak pasai  Zaiton .Aku balik dulu“ Bergegas Ghani meninggalkan Liya.

            “Takut bini rupanya!” Liya tersengih melihat telatah Ghani. Liya menoleh melihat pekerja-pekerjanya yang sedang berehat. “Man! Dan! Lekas! Kita sambung kerja. Habis cepat, boleh kita balik cepat.”

            Man dan Dan yang sedang berehat terus bangun dan melangkah ke kandang yang nak dibersihkan seterusnya.


                                    *******************************
           
            “Assalammualaikum ….” Selipar terus ditanggal. Liya melangkah masuk melalui pintu dapur. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Kosong! Sunyi! Aik…. Mana depa semua? Pintu ternganga luas tapi orang tak ada pun. Bahaya betul! Kalau penyagak masuk, tak ke naya? Tiba-tiba Liya memegang perut yang berbunyi. “Lapar!” Laju saja langkah dituju ke dapur. Satu persatu tudung periuk dibuka. Liya tersenyum lebar . “Ada lagi ! Sayang jugak mak kat aku. “ Liya mencapai senduk  dan pinggan. Dia sudah tak sabar nak menjamu selera.

            “Baru balik ke?”

            Liya terkejut. Mata terkebil-kebil melihat lelaki yang tersenyum padanya. Siapa mamat ni?  Entah- entah ….. Liya terus membuka langkah silat dengan senduk dan pinggan yang masih ada di tangan. “Berani hang masuk rumah orang! Siang-siang hari pun berani nak mencuri. Tahulah aku nak ajar hang nanti. “ Wajah Liya serius.

            Lelaki itu turut sama terkejut.

            “Liya!” sergah Hajah Salmiah yang baru saja melangkah ke dapur.

            “Mak! Jangan dekat. Tu… tu… pencuri!”

            Hajah Salmiah menoleh dan terus ketawa. “Hang ni dah buang tabiat ka? Handsome macam ni hang kata pencuri. Ni bukan pencuri! Hang tak kenal ka? Cuba tengok betui-betui…. Ini Adli! Kawan abang hang tu. Ala… yang penyewa baru tu?”

            “Apa!” Anak mata dikecilkan. Biar betul! Liya cuba bayangkan semula lelaki yang datang dua minggu lalu. Ada jambang! Rambut panjang! Bila buang semula ….. aaaa…. Betullah! Kalau ni tak ada jambang lagi. Rambut pun dah potong dan disikat kemas. “Aaaa … Betul la!” Kepala disengetkan sedikit ke kiri. Liya membetulkan semula posisi dia berdiri. Rasa malu pulak!

            “Apa yang kecoh ni? Dalam bilik dah dengar.” Hazri turut sama ada di situ.

            “Ni ha….Liya ingat Adli ni pencuri!”  beritahu Hajah Salmiah.
            “Muka handsome macam ni hang ingat pencuri! Confirm! Mata hang ada problem. Esok abang bawa hang pi check mata, kot-kot la ada something wrong.”

            “I’m fine! Mata Liya still lagi terang dengan jelas. “ Liya mencebik bibir Tak abis-abis nak naikkan darah aku. Pandangnya berlari ke arah Adi. “Adi, Liya minta maaf. Nasib baik tak belasah tadi. Itulah lain kali jangan simpan rambut dan jambang panjang sangat. Orang tak tak kenal nanti. Macam sekarang ni barulah handsome.”

            “Saya pun salah jugak. Saya minta maaf. Tak sangka pula Liya boleh terkejut tadi.”

            Tiba-tiba saja badan Liya menjadi kaku! Suara tu ….. suara tu macam aku pernah dengar. Mustahil! Mustahil! Takkanlah …… Jantung Liya berdenyut kencang dan pandangannya masih tak berganjak memandang wajah Adi. Masa seolah-olah terhenti seketika.

            “Eee… skema betul! Tak payah nak buat drama minta maaf kat sini! Jom! Banyak barang kau tak kemas lagi.” Hazri menarik lengan Adi agar keluar bersama.

            Hajah Salmiah mendekati Liya. “Ehemm….” Hajah Salmiah berdehem beberapa kali. Dia sedar Liya tak lepas memerhati Adi.  “Sudah! Sudahlah tu! Kalau Liya nak, mak boleh tolong pinangkan Adi untuk Liya.”

            Liya tersedar! “aaaa… hish, mak ni! Ke situ pulak! Tak baik tu, kacau kebahagiaan orang lain. Kasihan kat girlfriend dia nanti.”

            “Kacau apa bendanya? Dah putus pun!”

            “Apa!”

            “Liya ada chance la! Kalau Liya nak mak boleh tolong.”

            “Hish …. Mak ni! Liya lapar. Tadi makan bihun sup ja dengan Pak Saad. Kenyang sekejap ja. ” Dengan serta merta Liya terus menukar topik perbualan. Dengan pantas tangan  membuka rice cooker, nasi disenduk masuk ke dalam pinggan. Dalam masa yang sama, dahi berkerut berfikir. Suara tu! Memang betul suara dia. Aku kena siasat hal ini. Aku nak tahu.

            

3 comments:

Kim said...

Nak Lagi. Kempunan la nak tunggu entry baru.

eija said...

Fuh kak lama nya tgu n3 msuk.. Apa jd kt dorg yg mnum jus tu ek.. Dh hansem pun adi kn bgus..

Unknown said...

Lamanya nak tunggu entry baru...kak, ada novel baru akak tak kat pesta buku nanti...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...