Thursday, August 2, 2018

Dia Helena Isabella Bab 3


BAB 3

            Sudah hampir dua jam, Helena duduk di dalam bilik pejabat. Fokus hanya pada kerjanya. Banyak kerja menimbun di atas meja. Baru pergi seminggu, dah penuh satu meja. Agaknya sebulan aku bercuti, alamatnya memang tak nampak meja. Banyak surat yang perlu dibaca. Ada jugak document yang nak kena disemak. Ada pulak report yang nak kena buat. Kerja jadi Assistant Project Manager bukannya senang, berlambak tanggungjawab yang nak dipikul. Orang kata jadi boss goyang kaki saja, cakap memanglah senang.  Orang yang kena nilah yang rasa pahit manisnya. Jadi main contractor bukannya mudah.  Nak layan kerenah client! Nak layan kerenah consultant lagi! Aaaa… kerenah subcon  pun nak kena hadap. Macam-macam ragamlah. Sekarang ni, jawatan QA/QC enginner aku pegang buat sementara waktu. Workload aku memang bertambah jawabnya.  Aku selalu berdoa supaya jawatan tu cepat diisi, kurang sikit bebanan kerja aku.

            “Tuk! Tuk! Tuk!” Miza tersengih.

            “Masuklah. Cepatnya kau balik. Kata nak visit site?”

            “Nak hujan. So cepat-cepatlah aku balik. Ni kunci kereta kau.” Kunci kereta Toyota Hilux diletakkan di atas meja Helena.

            “Bila company nak bagi aku kereta? Dah nak dekat enam bulan. Masa offer job kat sini, macam-macam janji. Kalau aku nak bulan bintang, mesti boleh. Dah janji kan. Sekarang habuk pun tak dak!”

            “Kereta aku kan ada. Itu pun kereta company.”

            “Kalau tiba-tiba kita nak guna kereta time tu jugak macam mana?”

            “Hish… kau ni banyak songeh betul. Dah banyak kali kan aku suruh call Mrs Liew. Tanya dia …. Call banyak kali sampai dia menyampah dengar suara kau. Confirm kau dapat kereta.”

            “Alah…. Helena, kau tolonglah aku. Kau staff kesayangan Mr Ang. Kau cakap mesti Mr Ang tolong.” Miza mulakan titiknya.

            “Banyak cantik muka kau. Kau yang nak kereta tu kan, kau usahalah.”

            “Hish…. Berkira kau ni! Kedekut kalau bab tolong ni.”

            “Ehhh… Kau jangan lupa, siapa yang tolong kau up gaji kau ….” Helena mengingatkan.

            “Tahu …. Nanti aku call Mrs Liew.”

            “Bagus!”

            Tiba-tiba telefon bimbit Helena berbunyi. “Morning, Mr Lee… Yes. Hmmm… Yes….Okey. Bye.” Helena terus menamatkan talian.

            “Mr Lee consultant ke?”

            “Yer….”

            “Nak apa?”

            “Nak apa lagi, jumpa akulah.” Helena terus bangun. Telefon bimbit dimasukkan dalam poket seluar jeans.

            “Ini mesti nak introduce kat kau staff baru dia.” Teka Miza.

            “Dah! Dah! Keluar cepat. Aku nak keluar ni.” Helena menarik tangan Miza agar bangun.

            “Tapi kau jangan lupa tau, kita lunch sama-sama.” Miza ingatkan Helena.

            “Iye… siapa lagi aku nak keluar makan selain kau. Kat sini staff perempuan kita bertiga saja. Si Saloma keluar makan dengan tunang dia. Tinggal aku dengan kau saja.”

            “Mana nak tahu kut kut … Mr Lee nak belanja kau.”

            Helena tertawa. Geli hati dengar. “Eh…. Macamlah kau tak kenal perangai Mr Lee. Jangan harap dia nak belanja. Aku jugak nak kena keluar duit nanti belanja dia. Cepatlah keluar. Nanti aku lewat.” Helena terus menarik Miza keluar dan pintu bilik ditutup.

                                    *******************************
            Helena membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Lagipun site office consultant bukanlah jauh sangat. Bersebelahan saja cuma amik masa dua minit saja. Boleh kira exercise jugak. Udara pun nyaman. Maklumlah suasana kampung. Awan pulak mendung.

            Pintu bilik yang terdapat nama Mr Lee Tan diketuk. Terdengar suara Mr Lee menyuruh dia masuk. Tombol pintu dipulas.

            Morning, Mr Lee.” Helena tersenyum sebaik saja masuk.

            “Helena! Masuklah. I nak kenalkan you dengan staff baru I.”

            Pandangan Helena beralih ke arah lelaki yang duduk di hadapan Mr Lee.

            Lelaki itu menoleh dan tersenyum secara tiba-tiba. “Is that you, Helena? What a small world? Long time no see.”  Lelaki itu terus bangun.

            “Syafiq, you kenal Helena ke?” tanya Mr Lee dengan nada suara terkejut.

            Badan Helena terus kaku. Dia terkejut melihat Syafiq. Tak sangka jumpa di sini. Tak sangka pulak kerja di tempat yang sama. Eeee… Aku harap sangat aku tak jumpa kau sampai bila-bila. Punyalah besar negara Malaysia ni, kat sini jugak aku nak hadap muka kau. Darah Helena tengah mendidih sekarang ini.

            “Kami study kat Singapore sama-sama.” Jawab Syafiq.

            “Kami tak rapat sangat. En Syafiq just senior I masa study dulu.” Cepat-cepat Helena mencelah sebelum ada info Syafiq tokok tambah nanti.

            Air muka Syafiq terus berubah. Dia terkejut dengar kata-kata Helena.

            “Baguslah kalau macam tu. Senang you all berurusan nanti. Syafiq, Helena ni Assistant Project Manager main con kita. Kiranya Helena ni bos ketiga di ofis dia. Kalau Mr Ang dan Mr Lai tak ada, you boleh refer through Helena. Kalau dah kenal, tak masalah kan. So Helena, come join us for lunch?” ajak Mr Lee.

            “Aaaa… Sorry, Mr Lee. I ada hal kat site. Next time, Mr Lee? Rain check maybe!” tipu Helena.

            “Oooo… I see! It’s okey next time! Tapi you kena belanja kami nanti.”

            Of course, I akan belanja. So….” Helena berpura-pura melihat jam tangan kononnya dia sudah terlambat. “I pergi dulu.” Helena segera minta diri dan terus keluar. Sebaik saja keluar, wajah bertukar masam. Langkah diatur laju seperti ribut. Pintu office consultant ditolak dengan kasar.

            Helena dengar namanya dipanggil beberapa kali namun dibiarkan saja seolah-olah tak dengar. Tak sanggup rasanya nak hadap muka lelaki itu. Benci! Helena terkejut apabila tangan kirinya dipegang.

            Don’t touch me!” jerkah Helena. Dipandang wajah Syafiq dengan wajah garang.

            “Okey! Okey! I’m so sorry.” Syafiq mengangkat kedua-dua tangan. Dia sedar kesalahan dia. “I panggil you banyak kali tapi you tak dengar.”

            “Memang aku sengaja tak dengar ,so what! Hey, kau dengar sini baik-baik. Tak payah nak beramah mesra dengan aku, aku tak suka. Sekarang ini aku ni kita berdua professional, buat kerja masing-masing. Anggap saja kita tak pernah kenal.” Awal-awal lagi Helena memberi amaran. Dia tak mahu semua orang di sini tahu pasal hubungan mereka.

            “Dah lapan tahun, you masih marahkan I lagi ke?”

            “Arghhh… tak kisahlah berapa tahun pun, kau ingat aku senang-senang boleh lupa apa kau dah buat kat aku. Aku ingat sampai mati.”

            “Helena, you dah banyak berubah.” Syafiq nampak perubahan Helena. Memang drastik. Dulu Helena lemah lembut orangnya. Jarang Helena marah, inikan pula nak tinggikan suara.

            Of course. Kau ingat aku masih Helena yang sama ke? Senang ditipu! Senang diperbodohkan! No way, cukuplah sekali. Sekarang ini mata aku dah terbuka luas. Aku dah tahu menilai siapa yang benar-benar ikhlas nak kawan dengan aku. So…. Aku hidup dengan cara aku, kau hidup dengan cara kau. Boleh kan!”

            Belum sempat Syafiq menjawab, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi hon. Sebuah kereta Toyota Hilux berhenti tak jauh dari mereka.

            Helena menoleh. Dia melambai ke arah Miza. Bagus, tepat pada masanya. “ Got to go! Not nice seeing you.” Helena mendengus kuat. Dia terus berlalu tinggalkan Syafiq.

            Sebaik saja masuk ke dalam kereta, Miza menoleh. Dia nampak apa yang berlaku tadi. Berdasarkan gaya mereka, mereka seperti sedang bergaduh. Mustahil, mereka kan baru kenal. Baru saja Miza ingin membuka mulut, terlebih dulu Helena bersuara.

            “Nantilah…. Balik nanti aku cerita. Sekarang ni mood aku tak baik. Jom makan. Aku nak kau bawa aku tempat makan yang paling sedap. Aku belanja kau.”  Kata Miza dan terus pejam mata. Dia perlu tenangkan perasaan dia.

            Miza terdiam dan terus memandu. Dia tak berani  bersuara lagi. Air muka Helena dah jelaskan semuanya. Memang mood Helena tak elok. Kalau tak elok, mesti dia nak makan. Katanya itu saja cara nak hilangkan stress. Mujurlah badan dok kurus macam tu. Mulut aku ni rasa gatal nak bertanya, aku dapat rasa mereka berdua kenal sebelum ni. Siapa Syafiq dalam hidup Helena?  Misteri ni! Sesekali mata Miza memandang ke arah Helena.


No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...