Dia Ketuk Pintu Hatiku (Penerbitan Karya Seni)
Syukur alhamdulillah, akhirnya buku ke-4 saya iaitu DIA KETUK PINTU HATIKU terbitan Karyaseni berada di pasaran. Saya dapat idea menulis karya ni semasa makan angin di Perlis. Tup tup tup ... dapat idea! He he he !
Saya share blurb novel ni yer ...
Nur Hasliya meneruskan hidup
dalam trauma yang dihadapinya setelah terselamat daripada kemalangan ngeri.
Pintu hatinya untuk lelaki tertutup setelah kejadian ngeri tersebut. Namun,
kehadiran Adli, merangkap sahabat abang kembarnya mengetuk hatinya untuk jatuh
cinta lagi.
Shahrul Adli melarikan diri
ke Perlis setelah cintanya dikhianati kekasih hati, Rita dan abangnya sendiri.
Namun, ketika hatinya kian terubat, Rita hadir menagih kembali cintanya. Adli
buntu. Tiada siapa yang boleh membantunya melarikan diri daripada pujuk rayu
Rita melainkan Liya.
“Ini Liya. Bakal isteri aku.
Kami akan bertunang dan berkahwin tak lama lagi. I dah move on. So kita
masing-masing ikut haluan sendiri. So, jangan buat kecoh di sini.” – SHAHRUL
ADLI
“So nak buat macam mana
sekarang ni?” – NUR HASLIYA
“Kita kahwin!” – SHAHRUL ADLI
Kerana budi, Liya sanggup
menerima cadangan Adli untuk mengahwininya walaupun dia tahu hati Adli hanya
untuk Rita. Sehinggalah pada hari janji terpateri, Adli melarikan diri bersama
Rita. Liya kelu seribu bahasa. Bagaimana mampu dia mengharungi hidup dengan
tohmahan orang kampung sekali lagi? Setelah mengetahui cerita sebenar, Adli
menjejaki Liya sehingga ke rantau orang.
“Hati manusia ni kompleks.
Sekarang dia cakap cinta. Esok lusa cakap simpati pula. Cukuplah sekali hati
aku disakiti dan dikhianati. Kepercayaan aku kat dia dah hilang. Dia cakap
apa-apa pun aku dah tak percaya. Sekarang ni, aku nak fokus kat diri aku
sendiri. Aku tak nak fikir pasal orang lain. Aku harap sangat hangpa semua
faham.” – NUR HASLIYA
Dapatkah Liya terima Adli
semula? Adakah cinta atau simpati yang dirasai oleh Adli selepas mengetahui
cerita sebenar? Berjayakah Adli mengetuk pintu hati Liya buat kali kedua?
Kerana budi, aku jatuh
hati...
Nak tahu jalan cerita selanjutnya .......?
Dapatkan segera di Penerbitan Karyaseni. Oder telah dibuka.
Dengan harga SM RM20 & SS RM23. Ada diskaun lagi.
POSTAGE PERCUMA lagi..... Rugi kalau tak beli !
Caranya ... Boleh muat turun aplikasi Karyaseni di Google Play/App Store .....
Atau .... boleh terus PM @makcikkaryaseni di Facebook.
Cepat oder sementara stok masih ada .....
4 comments:
hi i ould like to purchase the novel, i tried purchasing through karya seni app seems not to be working
Best Novel ni.. keep up the great work sis..
h risya .... hi, risya! You can contact me through my fb. Sorry for late reply.
Diana ismail .... terima kasih, Diana.
Post a Comment