Thursday, May 2, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untukmu Bab 4


Bab 4

            Anak tangga diturun satu persatu. Langkah diatur terus ke ruang makan. “Morning!” tegur Fadlan. Dia tersenyum melihat ibu bapanya yang sedang bersarapan pagi.

            “Morning .” balas Dr. Abu Talib.

            “Ini perfume yang mama nak tu.” Fadlan letak botol minyak wangi yang dipesan ibunya. Ditarik kerusi dan duduk di sebelah ibunya. Dia baru saja pulang dari Perth.

            “Thank you. Tapi botol perfume yang Alif bagi lagi besar.” Puan Rokiah belek botol minyak wangi itu. Dua minggu lepas, Alif ada datang rumah dan hadiahkan minyak wangi kegemaran dia.  Alif memang baik. Setiap kali pulang fly dari mana-mana, pasti Alif akan datang ke rumah dan bawakan hadiah padanya. Pandai betul Alif ambil hati dia.

            “Mama! Berapa kali Angah nak pesan, kalau nak sesuatu beritahu Angah jer. Jangan minta kat Abang Alif tu! Angah mampu beli apa pun barang mama nak!” Air muka Fadlan terus berubah. Dia memang tak suka ibunya terima hadiah dari Alif kerana dia tahu niat Alif yang sebenarnya. Kerana nak dapatkan Fatini. Alif sanggup buat apa saja.

            “Mama tak minta pun. Orang bagi, mama ambil jerlah. Tak baik tolak pemberian orang, tahu tak?”

            “Kalau pemberian tu ikhlas, boleh la terima. Tapi pemberian kalau harapkan pembalasan,  jangan ambil. Dah banyak kali Angah pesan kan!”  Fadlan naik angin . Dipandang wajah Puan Rokiah.

            “Alif tu baik orangnya. Kenapa Angah tak suka sangat kat Alif tu? Mama tengok Alif tu ikhlas orangnya.  Along dan Angah sama saja. Suka fitnah Alif macam-macam.” Giliran Puan Rokiah pula naik angin dengan anak keduanya.

            “Bukan fitnah , mama! Tapi kenyataan! Depan mama bukan main lagi baik tapi belakang mama …..  perempuan keliling pinggang.  Minum arak! Kaki clubbing lepas tu ……”

            “Angah!” jerkah Puan Rokiah. “Kalau tak suka pun, jangan fitnah Alif sampai macam tu sekali. Alif tu baik orangnya! Datang dari keluarga yang baik-baik. Dia takkan buat semua tu. Along dan Angah memang suka burukkan nama baik Alif kan. Mama tak pernah didik anak mama macam ni. Mana mama nak letak muka ni kalau Puan Sri Jelita tahu? Mama tak nak hubungan mama dan Puan Sri Jelita ada masalah disebabkan Along dan Angah.”

            “Inilah masalah mama! Percayakan orang luar lebih dari anak sendiri.” Fadlan terus bangun . Hilang terus selera nak makan. Fadlan terus bangun dan tinggalkan ruang makan dengan wajah merah padam menahan marah apabila Puan Rokiah membela Alif.

            “Angah! Angah! Nak pergi mana tu? Mama tak habis cakap lagi.” Jerit Puan Rokiah.

            “Kiah!” Dr. Abu Talib bersuara. Dia hanya diamkan diri saja tadi.

            “Abang! Abang nampak sendiri perangai anak teruna abang macam mana?” Puan Rokiah mengadu pada Dr. Abu Talib.

            “Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin.” Kata Dr. Abu Talib sebelum bangun tinggalkan  Puan Rokiah. Dia sudah habis sarapan.

            Puan Rokiah mengetap bibir.  “Anak beranak sama saja. Dua kali lima.” Dia sambung semula makan nasi goreng yang dimasaknya. Dia cuba tenangkan api yang membara dalam hatinya.

                                                ************************

            Pintu diketuk dua kali sebelum tombol pintu dipulas. Kepala dimasukkan sedikit apabila pintu dibuka. “Assalammualaikum ……” Langkah diatur memasuki bilik kecil yang dijadikan seperti pejabat.

            “Waalaikumussalam.” Jawab Zahid dan Intan serentak. Mereka berdua tersenyum melihat Fatini. Hampir dua tahun tak jumpa Fatini selepas sambung PHD di Switzerland.

            “Weiii…. Comelnya budak ni!” Pandangan mata Intan tetap pada Baiduri yang didukung oleh Fatini. Dia hampiri Baiduri dan hulurkan tangan untuk ambil Baiduri . “Budak ni lagi comel dari dalam gambar la.” Kata Intan. Kini Baiduri didukung oleh Intan.  “Dia mau kat aku la.”

            “Dia dengan sesiapa pun tak kisah.” Jawab Fatini seraya letak bag yang mengundungi barang keperluan Baiduri seperti pampers, pakaian salinan, botol susu dan macam-macam lagi. Bila dah jadi seorang ibu, semua ini perlu dibawa ke mana-mana.

            “Abang, comel kan!” Intan menoleh ke arah suaminya Zahid.

            “Memang comel!” Zahid setuju dengan kata Intan.

            “Weiii….. Fatini, aku booking Baiduri ni jadi menantu aku bila besar nanti.” 

            “Weiii….. No booking, okey! Anak aku ni kecik lagi.” Fatini terus ambil semula Baiduri dari tangan Intan. Kalau Baiduri dah besar nanti, dia nak Baiduri kahwin dengan orang yang Baiduri suka. Dia tak nak Baiduri jadi seperti dirinya.

            “ Kedekut!”

            Fatini jelir lidah pada Intan.

            “BFF tapi baru jumpa dah nak gaduh.” Zahid geleng kepala.  Mereka bertiga sahabat baik sejak sekolah menengah lagi.  Persahabatan mereka tetap kukuh hingga sekarang malah mereka buka hipster café bersama-sama. Sudah hampir 6 tahun, mereka bertiga uruskan business ni.  Alhamdulillah hipster café mereka dapat sambutan dan akan buka cawangan yang ke 4 di Bangi pula.

            “Alaa…. Gaduh-gaduh manja.”  Fatini terus duduk di sofa. Dia sudah janji nak jumpa Intan dan Zahid di hipster café cawangan Petaling Jaya. Lagipun dia rindu nak berborak dengan Intan dan Zahid. Walaupun sering berhubung dengan what’sapp tetapi perasaan tu tak sama.

            Intan terus duduk di sebelah Fatini. “Mana adik-adik kembar kau?”

            “Ada hal. Nak jumpa kawan katanya. Lepas dua jam nanti mereka ambil aku.” Jawab Fatini seraya letakkan Baiduri di sofa. Dikeluarkan teddy bear kegemaran Baiduri dan Baiduri ketawa melihat teddy bear itu. Dipeluk dan dicium teddy bear itu berulang kali.

            “Baguslah. Boleh kita borak lama-lama. So apa plan kau nak cari Anas lepas ni?” tanya Zahid.

            “Itulah … Aku tengah fikir sekarang ni. Alamat tu saja harapan aku. Dah jadi macam ni, otak aku terus blur.”

            “Apa kata kau upah PI?” Zahid beri cadangan.

            “Private Investigator?”

            “Ya! Kau upah diorang cari maklumat pasal Anas.”

            “Boleh percaya ke? Mahal tak upah dia? Aku tak pernah upah PI sebelum ni.”

            “Don’t worry. Aku ada kawan PI. Kalau kau setuju, aku suruh dia jumpa kau.”

            “Boleh la! Apa-apa pun , aku kena ikhtiar.”

            “Wei…. Entah-entah Anas tu tipu kawan kau tu.  Masa nak tackle, cakap bujang tapi kat Malaysia dah ada anak bini.  Bila bini kat sini dah tahu, terus dia tinggalkan kawan kau kat sana.” Intan suarakan pandangan dia.

            “Ishh… Tak baik cakap macam tu. Sayang tahu tak, cakap macam tu dah kira fitnah. Kita tahu tak apa sebenarnya dah berlaku kat Anas tu.” Zahid menyampuk.
            “Alah…. Semua laki sama saja! Habis madu sepah dibuang.”

            “Tak semua lelaki macam tu. Masih ada lagi lelaki baik kat dunia ni.”

            “Abang kan lelaki. Memang confirm abang backup kaum sejenis abang kan. Peranga lelaki ni bukan boleh diduga. Abang pun sama.Dulu sebelum kahwin nampak elok saja. Lepas kahwin berubah sepenuhnya. Lepas makan, terus tinggal pinggan cawan. Biar macam tu saja. Kita pulak nak kena kutip lepas tu basuh. Dah la kita jugak yang masak.”

            “Eh… Mengata abang pulak. Sayang pun sama jer. Baju-baju dah pakai asyik campak merata tempat. Tak reti langsung masukkan dalam bakul baju. Hari-hari abang kena kutip.” Zahid tak mengaku kalah. Masing-masing buka aib sendiri.

            “Guys! Stop it! Takkan nak gaduh depan Baiduri kot.” Dijuih bibir ke arah Baiduri yang masih bermain dengan teddy bear.

            Intan dan Zahid terus berdiam diri.

            “Bergaduh hari-hari tapi anak dah empat orang.” Fatini tersenyum.

            “Ala… gaduh manja. Kau tak kahwin lagi, apa kau tahu.” Intan turut sama tersenyum. Dia dan Zahid memang selalu bergaduh tetapi sekejap jer.

            “Lupa pulak, kau nak minum apa?” tanya Zahid. Dia terus bangun.

            “Fresh orange.”

            “Baiduri?”

            “Tak payah! Nanti aku buat susu kat dia.” Ditoleh ke arah Fatini yang masih bermain.

            “Oklah! Kau boraklah dulu.” Zahid terus keluar tinggalkan Intan dan Fatini.

            “Kau dah balik Malaysia, Alif ada ganggu kau lagi ke?” tanya Intan.

            “Mesti dia fly mana-mana ler tu. Aman hidup aku kalau dia tak ada.”

            “Auntie still paksa kau kahwin dengan Alif lagi ke?”

            Fatini angguk kepala perlahan-lahan.

            “Aku tak faham betul dengan auntie. Asyik backup Alif tu saja. Kau tu anak kandung dia. Patutnya auntie backup kau.”

            “Dah nasib aku, Intan. Nak buat macam mana? Satu pun cerita aku, mama aku tak percaya. Alif tu jenis mulut manis. Pandai ambil hati mama aku sebab tu mama aku sayangkan Alif tu dari anak dia sendiri.” Fatini cuba tersenyum. Hakikatnya dia  kecik hati dengan sikap ibunya sendiri.

            Intan mengusap bahu sahabatnya perlahan-lahan. Dia kasihan dengan nasib Fatini. Sejak kenali Alif, hidup Fatini tak pernah aman. Hari-hari kacau hidup Fatini. Alif begitu obsess dengan Fatini. Hidup Fatini sentiasa dibelenggu dengan ketakutan.

            “Well! Don’t worry about me, Intan. Aku dah kuat sekarang ni. Sejak Baiduri hadir dalam hidup aku, mental dan fizikal aku dah kuat. Kalau aku tiada, siapa lagi yang nak jaga Baiduri nanti. Aku takkan biarkan Alif hantui hidup aku lagi.” Fatini cuba tersenyum. Ikutkan hati dia ingin balik putar masa supaya hari itu dia tak ikut ibunya pergi kenduri rumah Puan Sri Jelita. Kalau dia tak pergi, dia takkan jumpa Alif waktu itu.  Sejak hari itu, Alif mula sukakan dia. Alif sanggup tukar sekolah semata-mata ingin dekat dengannya. Mana-mana lelaki yang rapat masa sekolah, teruk dibelasah oleh Alif kerana cemburu. Menyesal pun ada tetapi apa boleh buat. Takdir yang temukan mereka berdua.

            Tiba-tiba Zahid meluru masuk. Wajah pucat lesi seperti nampak hantu. “Fatini! Alif  datang.” Beritahu Zahid. Tadi pekerjanya beritahu yang ternampak Alif di tempat parkir kereta. Disebabkan kejadian beberapa tahun yang lalu, semua pekerja café kenal dengan Alif.

            “Apa!” Fatini terkejut dan terus bangun. Jantungnya turut berdegup laju.  Dia mula gelisah.

            “Better kau keluar ikut pintu belakang.” Kata Intan. Kalau Alif jumpa Fatini, tak tahulah apa Alif akan buat pada Fatini lagi. Tiada siapa boleh jangka dengan sikap panas baran Alif yang seperti bom itu.

            “Tapi ….” Fatini serba salah jadinya. Kali terakhir Alif datang sini , teruk café ini jadinya selepas Alif mengamuk mencari dirinya. Habis kerusi meja dimusnah oleh Alif. Kali ini tak tahu apa pula Alif kan buat.

            “Alif tu biar kami uruskan. Tahulah kami nak buat macam mana. Kau bawa Baiduri keluar ikut pintu belakang tu. Cepat!” Intan mengambil Baiduri dan diserahkan pada Fatini.

            Fatini capai bag Baiduri sebelum dirinya ditarik oleh Intan. Pintu belakang kedai dibuka. Intan bawa Fatini keluar . “Cepat! Lari! Nanti sampai hotel, kau call aku.” Pesan Intan.

            Fatini angguk kepala beberapa kali. Langkah diatur laju melalui jalan belakang. Dipeluk erat tubuh Baiduri yang masih pegang teddy bearnya.  Hakikatnya Fatini takut kalau Alif tahu pasal Baiduri.

                                                ****************************

            Kolar baju pekerja café itu ditarik dekat dengannya. Alif bertambah berangg apabila dirinya dihalang pekerja itu dari memasuki belakang café itu. “ Kau siapa nak halang aku, hah?” jerkah Alif. Dia tak peduli dengan mata-mata yang berada dalam café itu.

            “Encik, saya minta maaf. Itu kawasan larangan. Hanya staf sini saja boleh masuk.

            “Pergi jahanam dengan kawasaan larangan kau tu.” Marah Alif . Pekerja itu ditolak dengan kasar sehingga terjatuh di lantai. Pekerja-pekerja café yang lain bantu pekerja café yang jatuh tadi.

            Alif cuba melangkah tepi sekali lagi dirinya dihalang oleh beberapa orang pekerja café itu. Alif mengetap bibir memandang mereka. “ Fatini, I tahu you kat dalam tu. Sebelum I jahanamkan café ni lagi, baik you keluar.” Jerit Alif. Apa-apa pun yang terjadi, dia mesti jumpa Fatini hari ini. Dia terkejut apabila dapat tahu yang Fatini sudah pulang ke Malaysia. Ikutkan dua minggu lagi, baru Fatini balik.

            “Wah…. Senang betul kau nak jahanamkan café orang kan! Mentang-mentanglah, family kau banyak duit. Suka hati kau jer nak musnahkan periuk nasi orang.” Intan bersuara. Dia dekati Alif bersama suaminya.

            “Like I care. Mana Fatini? I tahu Fatini ada di sini.”

            “Fatini tak ada. Lagi dua minggu, baru dia balik.” Bohong Zahid.

            “Bohong! Korang sengaja sembunyikan Fatini kan!”

            “Hey, Alif! Kau tak faham bahasa ke?  Kau nak cakap aku cakap bahasa apa supaya kau faham, hah! Kami tak jumpa Fatini pun. Baik kau berambus dari sini sebelum aku report polis.” Intan naik angin.

            “Nak report! Reportlah! I tak peduli. Selagi I tak jumpa Fatini …..” Alif mencapai kerusi yang ada dekat dengannya. “ I akan musnahkan café ni.” Alif angkat kerusi itu.

            “Buatlah! Kau buatlah apa kau nak buat tapi kau perlu tahu …..” Intan tunjuk ke arah camera yang ada di setiap sudut café itu.

            Wajah Alif berubah.

            “Kali ni, aku takkan report polis tapi aku akan upload kat internet. Biar jadi viral. Biar satu Malaysia tahu siapa kau sebenarnya terutama sekali Auntie Rokiah.”  Tambah Intan lagi. Dia tahu kalau dia buat laporan polis pun, kes tu senyap macam tu saja. Maklumlah keluarga Alif ada connection.

            Dengan segera kerusi itu diletak semula, wajah Alif bertukar pucat lesi selepas diugut Intan. Pandangannya masih pada wanita yang bertudung litup itu. “ Fine! I percaya cakap you, Intan. But you beritahu bestfriend you tu, I akan cari dia sampai jumpa. Menyoroklah kat mana pun, I tetap akan jumpa dia jugak.” Kata Alif sebelum berlalu pergi keluar dari café itu.

            Langkah diatur ke kereta dengan wajah marah. Alif berhenti secara tiba-tiba. Dikeluarkan telefon pintarnya. Didail no telefon seseorang. “Aku ni! Aku ada job kat kau.” Kata Alif dengan wajah serius.

Dia Helena Isabella Bab 12


Bab 12

            Damien berjalan menuju kereta Mazda yang dipakir di tempat letak kereta tingkat dua. Wajah kelihatan letih. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluarnya. Balik saja dari China, dia akan terus pergi Kedah. Pakaian semua sudah siap sedia dalam kereta. Fikirannya hanya Nina saja. Dia tak sanggup kehilangan Nina.  Dia terkejut apabila ada seorang memeluknya dari belakang. Nina ke? Ada senyuman di wajah Damien.

            “Sayang, you nak pergi mana? Laju betul you jalan. Penat I kejar.” Kedua-dua tangannya begitu erat memeluk pinggang Damien.

            Sebaik saja dengar suara Izza, air muka Damien terus berubah. Tubuh Izza ditolak kasar. “You tak faham bahasa ke? Kita dah break up. Jangan ganggu I lagi, boleh tak?” Damien terus naik angin.

            “Damien! You tak boleh buat I macam ni? You janji nak bertanggungjawab.”

            “Bertanggungjawa apa? I tahu, Izza. Selain I, you ada jantan lain. One more thing, I nak ingatkan you. Jangan kacau kakak I. Disebabkan you, kakak I mengamuk kat I. Tak pasal-pasal I terlibat sama.” Damien teringat panggilan dari Helena. Sakit telinga dengar Helena membebel. “Kakak I pesan kalau dia jumpa you lagi, dia akan cincang you hidup-hidup.”

            Izza menelan air liur. Rasa takut mendengar amaran dari Helena.Dia masih tak lupa wajah Helena ketika mengamuk. Renungan sangat tajam macam pisau.

            Tiba-tiba bunyi mesej masuk dan Damien terus baca. Dahi sedikit berkerut. Dia lihat gambar Emma yang duduk posing di halaman rumah Damien. Tergamam beberapa saat. “Emma!”

            “Emma? Siapa Emma?” Izza terkejut apabila nama perempuan lain disebut Damien. Dia cuba rampas telefon tapi tak dapat.

            Damien malas nak melayan kerenah Izza. Dia terus masuk ke dalam perut kereta dan cepat-cepat kunci kerana takut Izza masuk.

            Izza cuba buka pintu tapi berkunci. Tingkap kereta diketuk beberapa kali. “Damien, open this damn door! Damien!” jerit Izza. Dia yakin Damien ada perempuan lain. Dia tak boleh biarkan Damien buat dia macam ni. Habis madu sepah dibuang. Dengan perempuan lain, Damien boleh buat macam itu tapi bukan dia. Izza masih ketuk tingkap kereta Damien walaupun waktu itu kereta Damien bergerak keluar dari petak parking.Namun Damien langsung tak endahkannya. Kereta Damien terus bergerak tinggalkan Izza. Kerana terlalu marah, Izza baling beg tangannya.

            “Jangan ingat you dapat lari dari I, Damien!” jerit Izza. Wajah merah menahan geram apabila dirinya dilayan seperti sampah.

                                                ***************************

            Kereta dipakir di garaj kereta. Damien keluar dan bergegas jalan apabila melihat pintu rumah terbuka. Wajah kembali ceria. Mesti Nina dah balik.Mesti Nina dah maafkan dia. “Nina! Nina!” panggil Damien berulang kali.

            No! It’s me!” Emma keluar dan terus memeluk Damien. Dari KLIA terus ke sini, mujurlah bagasi dia ada. Selepas pulangkan bagasi di Lost and Found International kaunter, tiba-tiba Helena nak datang sini. Katanya nak buat spot-check tapi sebenarnya dia tahu Helena risaukan Damien. Makan minum macam mana? Selalunya Nina yang sediakan. Nak buat macam mana sendiri cari pasal. Ada isteri baik tapi tak tahu nak hargai. Isteri dah lari baru padan muka. Helena nampak saja garang tapi penyayang orangnya.

            Senyuman Damien terus mati.

            Emma memeluk Damien dengan erat.Dia gembira dapat jumpa abangnya. “I miss you, Damien!”

            Damien membalas pelukan adiknya. “I miss you too! Bila sampai? Kenapa tak call?” Damien tersenyum. Dia menggosok bahu Emma dengan lembut.

            Belum sempat Emma nak menjawab, tiba-tiba saja ada tangan menarik tangan Emma sehingga pelukkan terlerai. Satu tamparan kena pipi Emma. Emma tergamam.

            “Siang-siang hari peluk boyfriend orang, tak tahu malu ke?” jerkah Izza dengan wajah marah. Dalam diam ,dia ekori Damien pulang ke rumah. Dia terkejut melihat ada wanita lain yang peluk Damien. Api cemburu tak dapat dibendung lagi. Dengan serta merta dia keluar dari perut kereta. Yang pasti, dia kena ajar perempuan yang cuba rampas kebahagiaan dia.

            Damien turut sama terkejut. Semuanya berlaku cepat sekali. “You dah gila ke?” jerkah Damien.

            Pipi kanan masih terasa pedih. Kesannya memang terasa. Air mata mula bertakung. Emma terus menangis sekuat hati. “Gaby! Gaby!” teriak Emma sambil menjerit nama Helena.

            You too much, Izza! Yang you tampar adik I, dah kenapa hah?”

            “Adik?” Membesar anak mata Izza. Dia melihat Emma dan Damien berulang kali. Dia baru sedar mereka berdua ada iras-iras. Muka Izza cuak. Dia tak tahu nak cakap apa-apa.

            Tangisan Emma semakin kuat.Damien cuba pujuk tapi semakin dipujuk semakin menjadi-jadi Emma menangis.

            “Apa halnya ni?” tanya Helena bergegas keluar. Dari dalam dia sudah dengar Emma menangis. Emma memang terkenal dengan Ratu Menangis. Tak boleh kena sikit, nak menangis kerjanya.

            Semakin besar mata Izza melihat Helena. Teringat amaran Helena! Izza terus lari tinggalkan Damien dan Emma.

            “Gaby!” Emma terus berlari ke arah Helena dan tunjuk pipi kanan yang berbekas.

            Helena terkejut lihat pipi Emma. Ada bekas berwarna merah. Dibelek pipi adiknya. “Siapa tampar ni?” Dengan serta merta, Helena melihat ke arah Damien. Pandangan tajam melihat Damien dengan wajah bengis.

            Damien menoleh ke belakang. Kelibat Izza sudah tiada. Damien meraup wajah berkali-kali. Matilah kali ini. Apa dia nak jawab? Ini Izza punya pasal. Tak pasal-pasal dia nak hadap semua ini.


Note :  Assalammualaikum to my dear readers .....

Terima kasih saya ucapkan pada semua yang tak pernah jemu singgah ke blog saya selama ini. Ada berita baik nak kongsi bersama. Novel Dia Helena Isabella akan diterbitkan tak lama lagi. Atas berkat sokongan anda semua, Novel Dia Helena Isabella lulus pernilaian .... Thank you so much, gojesss......

Salam Sayang:
Azimah Lily

DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 6

  Bab 6             USAI solat Subuh, Atan terus menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak pagi ...