Thursday, May 2, 2019

Dia Helena Isabella Bab 12


Bab 12

            Damien berjalan menuju kereta Mazda yang dipakir di tempat letak kereta tingkat dua. Wajah kelihatan letih. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluarnya. Balik saja dari China, dia akan terus pergi Kedah. Pakaian semua sudah siap sedia dalam kereta. Fikirannya hanya Nina saja. Dia tak sanggup kehilangan Nina.  Dia terkejut apabila ada seorang memeluknya dari belakang. Nina ke? Ada senyuman di wajah Damien.

            “Sayang, you nak pergi mana? Laju betul you jalan. Penat I kejar.” Kedua-dua tangannya begitu erat memeluk pinggang Damien.

            Sebaik saja dengar suara Izza, air muka Damien terus berubah. Tubuh Izza ditolak kasar. “You tak faham bahasa ke? Kita dah break up. Jangan ganggu I lagi, boleh tak?” Damien terus naik angin.

            “Damien! You tak boleh buat I macam ni? You janji nak bertanggungjawab.”

            “Bertanggungjawa apa? I tahu, Izza. Selain I, you ada jantan lain. One more thing, I nak ingatkan you. Jangan kacau kakak I. Disebabkan you, kakak I mengamuk kat I. Tak pasal-pasal I terlibat sama.” Damien teringat panggilan dari Helena. Sakit telinga dengar Helena membebel. “Kakak I pesan kalau dia jumpa you lagi, dia akan cincang you hidup-hidup.”

            Izza menelan air liur. Rasa takut mendengar amaran dari Helena.Dia masih tak lupa wajah Helena ketika mengamuk. Renungan sangat tajam macam pisau.

            Tiba-tiba bunyi mesej masuk dan Damien terus baca. Dahi sedikit berkerut. Dia lihat gambar Emma yang duduk posing di halaman rumah Damien. Tergamam beberapa saat. “Emma!”

            “Emma? Siapa Emma?” Izza terkejut apabila nama perempuan lain disebut Damien. Dia cuba rampas telefon tapi tak dapat.

            Damien malas nak melayan kerenah Izza. Dia terus masuk ke dalam perut kereta dan cepat-cepat kunci kerana takut Izza masuk.

            Izza cuba buka pintu tapi berkunci. Tingkap kereta diketuk beberapa kali. “Damien, open this damn door! Damien!” jerit Izza. Dia yakin Damien ada perempuan lain. Dia tak boleh biarkan Damien buat dia macam ni. Habis madu sepah dibuang. Dengan perempuan lain, Damien boleh buat macam itu tapi bukan dia. Izza masih ketuk tingkap kereta Damien walaupun waktu itu kereta Damien bergerak keluar dari petak parking.Namun Damien langsung tak endahkannya. Kereta Damien terus bergerak tinggalkan Izza. Kerana terlalu marah, Izza baling beg tangannya.

            “Jangan ingat you dapat lari dari I, Damien!” jerit Izza. Wajah merah menahan geram apabila dirinya dilayan seperti sampah.

                                                ***************************

            Kereta dipakir di garaj kereta. Damien keluar dan bergegas jalan apabila melihat pintu rumah terbuka. Wajah kembali ceria. Mesti Nina dah balik.Mesti Nina dah maafkan dia. “Nina! Nina!” panggil Damien berulang kali.

            No! It’s me!” Emma keluar dan terus memeluk Damien. Dari KLIA terus ke sini, mujurlah bagasi dia ada. Selepas pulangkan bagasi di Lost and Found International kaunter, tiba-tiba Helena nak datang sini. Katanya nak buat spot-check tapi sebenarnya dia tahu Helena risaukan Damien. Makan minum macam mana? Selalunya Nina yang sediakan. Nak buat macam mana sendiri cari pasal. Ada isteri baik tapi tak tahu nak hargai. Isteri dah lari baru padan muka. Helena nampak saja garang tapi penyayang orangnya.

            Senyuman Damien terus mati.

            Emma memeluk Damien dengan erat.Dia gembira dapat jumpa abangnya. “I miss you, Damien!”

            Damien membalas pelukan adiknya. “I miss you too! Bila sampai? Kenapa tak call?” Damien tersenyum. Dia menggosok bahu Emma dengan lembut.

            Belum sempat Emma nak menjawab, tiba-tiba saja ada tangan menarik tangan Emma sehingga pelukkan terlerai. Satu tamparan kena pipi Emma. Emma tergamam.

            “Siang-siang hari peluk boyfriend orang, tak tahu malu ke?” jerkah Izza dengan wajah marah. Dalam diam ,dia ekori Damien pulang ke rumah. Dia terkejut melihat ada wanita lain yang peluk Damien. Api cemburu tak dapat dibendung lagi. Dengan serta merta dia keluar dari perut kereta. Yang pasti, dia kena ajar perempuan yang cuba rampas kebahagiaan dia.

            Damien turut sama terkejut. Semuanya berlaku cepat sekali. “You dah gila ke?” jerkah Damien.

            Pipi kanan masih terasa pedih. Kesannya memang terasa. Air mata mula bertakung. Emma terus menangis sekuat hati. “Gaby! Gaby!” teriak Emma sambil menjerit nama Helena.

            You too much, Izza! Yang you tampar adik I, dah kenapa hah?”

            “Adik?” Membesar anak mata Izza. Dia melihat Emma dan Damien berulang kali. Dia baru sedar mereka berdua ada iras-iras. Muka Izza cuak. Dia tak tahu nak cakap apa-apa.

            Tangisan Emma semakin kuat.Damien cuba pujuk tapi semakin dipujuk semakin menjadi-jadi Emma menangis.

            “Apa halnya ni?” tanya Helena bergegas keluar. Dari dalam dia sudah dengar Emma menangis. Emma memang terkenal dengan Ratu Menangis. Tak boleh kena sikit, nak menangis kerjanya.

            Semakin besar mata Izza melihat Helena. Teringat amaran Helena! Izza terus lari tinggalkan Damien dan Emma.

            “Gaby!” Emma terus berlari ke arah Helena dan tunjuk pipi kanan yang berbekas.

            Helena terkejut lihat pipi Emma. Ada bekas berwarna merah. Dibelek pipi adiknya. “Siapa tampar ni?” Dengan serta merta, Helena melihat ke arah Damien. Pandangan tajam melihat Damien dengan wajah bengis.

            Damien menoleh ke belakang. Kelibat Izza sudah tiada. Damien meraup wajah berkali-kali. Matilah kali ini. Apa dia nak jawab? Ini Izza punya pasal. Tak pasal-pasal dia nak hadap semua ini.


Note :  Assalammualaikum to my dear readers .....

Terima kasih saya ucapkan pada semua yang tak pernah jemu singgah ke blog saya selama ini. Ada berita baik nak kongsi bersama. Novel Dia Helena Isabella akan diterbitkan tak lama lagi. Atas berkat sokongan anda semua, Novel Dia Helena Isabella lulus pernilaian .... Thank you so much, gojesss......

Salam Sayang:
Azimah Lily

2 comments:

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

Wah! tahniah sis Azimah Lily.. Xsabar nk tngu novel nie

Azimah Lily said...

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) Terima kasih ....

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...