Monday, June 10, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untuk Mu Bab 5


Bab 5

            Puan Rokiah tersenyum lebar melihat kedatangan Alif ke rumahnya. “Jemputlah minum. Auntie ada masak cucur jagung pagi ni. Makanlah.” Pinggan berisi cucur jagung ditolak agar dekat sedikit dengan Alif .

            “Terima kasih! Mesti sedap. Apa-apa pun auntie masak dah tentu sedap. Sebab itu Fatini pandai masak macam auntie.” Puji Alif. Sebiji cucur jagung diambil dimasukkan ke dalam mulut.

“Sedap , auntie!”

Puan Rokiah tersipu-sipu malu apabila dipuji. Senyuman semakin lebar. Alif memang pandai ambil hatinya. Berbeza  dengan anak-anaknya yang selalu buat dia marah setiap hari.

“Aaa.. Sebelum terlupa. Ada hadiah kat auntie. Alif baru jer balik dari China.” Dihulurkan kotak merah pada Puan Rokiah.

Kotak merah itu diambil dan dibuka Puan Rokiah. Mata terbuka luas melihat gelang tangan jade itu. “Cantiknya! Terima kasih, Alif. Mesti mahal ni.”

Alif tersenyum puas.  “Auntie! Nak tanya sikit, betul ke …. Fatini dah balik Malaysia?”

Puan Rokiah terdiam. Anak mata bertemu dengan anak mata Alif. Jantung mula berdegup kencang. “ Ya. Dah balik. Tiga hari lepas. Auntie pun terkejut .”

“Kalau Fatini dah balik,  boleh tak Alif nak ajak Fatini keluar?”

Puan Rokiah mengetap bibir. Nampak sangat yang Alif masih tak tahu pasal anak yang dibawa balik oleh Fatini. Hatinya berbelah bagi samada nak beritahu perkara itu pada Alif. Tiba-tiba dia teringat pesanan suaminya supaya jangan masuk campur urusan Fatini dan Baiduri. “Sebenarnya Fatini bergaduh dengan Uncle lepas tu terus keluar rumah.”

Air muka Alif terus berubah. “Fatini pergi mana?”

“Tak tahu! Sampai sekarang auntie call, dia tak jawab.”

Wajah Alif bertukar hampa. “So Auntie sempat tak bincang dengan Fatini pasal lamaran Alif tu?”

“Tak sempat! Auntie minta maaf , Alif.  Auntie akan try call Fatini lagi.  Alif tunggu saja berita baik dari Auntie. Kali ini Auntie pujuk Fatini terima lamaran Alif. Percaya cakap auntie ni.” Pujuk Puan Rokiah. Dia tak mahu lagi hampakan perasaan Alif. Dah lima kali, lamaran Alif ditolak Fatini. Kasihan pulak  kat Alif. Apa-apa pun, dia akan pastikan Fatini terima lamaran Alif. Dia malu setiap kali berdepan dengan Puan Sri Jelita.

Alif tersenyum lebar. Dia yakin kali ini Fatini akan jadi miliknya. Dia takkan biar Fatini lari lagi.

“Orang kalau dah tak suka, sampai mati pun takkan suka.”

Alif dan Puan Rokiah menoleh apabila dengar suara Fadlan yang baru saja melangkah masuk.

“Angah!” Puan Rokiah jegil mata pada Fadlan. Bibir digigit rapat.

“Angah cakap benda yang betul, mama! Kalau Along betul-betul sukakan Abang Alif, dah lama Along terima lamaran Abang Alif. Kalau tak silap, dah lima kali kan lamaran Abang Alif  …. Along tolak.  Beginilah, kita hidup ni …. Kenalah belajar terima kenyataan . Belajar redha dengan takdir Allah Taala.” Fadlan tersenyum sinis ke arah Alif.

Pandangan tajam Alif tepat pada lelaki tinggi berkulit sawo matang itu. Alif tahu adik-beradik Fatini memang tak sukakan dia. Lebih-lebih lagi dia dan Fadlan bekerja di syarikat penerbangan yang sama.

“Angah! Mulut tu jaga sikit. Better Angah naik atas sekarang.” Marah Puan Rokiah.

“Mama pun satu. Tak habis-habis sebelahkan orang luar.”

“Faid Fadlan!” Puan Rokiah terus sebut nama penuh Fadlan dengan wajah merah menahan marah.

“Ok! Fine! Angah naik atas sekarang tapi ……” Pandangan Fadlan beralih pada Alif. “ Owner kereta Honda Jazz warna hitam kat luar tu.  Aku harap Abang Alif suruh orang tu stop follow aku.” Wajah Fadlan serius. Semasa keluar rumah nak jumpa Fatini, dia sedar ada kereta ekori dari belakang.  Untuk buktikan teori dia, Fadlan sengaja singgah isi minyak di stesen minyak. Kereta Honda Jazz itu turut sama berhenti tak jauh dari situ. Fadlan tahu itu mesti kerja Alif . Mesti Alif upah orang ekori dia untuk tahu di mana Fatini sekarang ini. Sebab itu, Fadlan patah balik ke rumah. Demi keselamatan Fatini, dia batalkan hasratnya untuk berjumpa kakaknya.

Wajah Alif berubah pucat. “Apa … Apa… Fadlan cakap ni! Abang Alif tak faham.”

Fadlan hanya tersenyum melihat sandiwara Alif. Dia terus naik ke atas bilik.

“Auntie! Alif tak pernah pun upah orang follow Fadlan. Percayalah cakap Alif , Auntie.” Alif membuat muka tak bersalah.

“Alif , jangan bimbang. Auntie percaya kat Alif. Auntie kenal sangat perangai anak auntie macam mana.”
“Thank you, auntie! Auntie seorang saja yang baik dengan Alif.” Kata Alif untuk meraih simpati. Ini bukan pertama kali dia berlakon depan Puan Rokiah. Dalam hati, Alif tersenyum puas.

                                    ***************

Pandangan Fatini tepat ke arah mahligai mewah yang dikelilingi tembok-tembok batu itu. Baiduri didukung dengan erat. Hari ini Fatini buat keputusan untuk datang ke sini lagi. Tak salah kalau mencuba. Entah-entah kali ini ada orang yang kenal Anas.  Fatini tersenyum apabila kepala Baiduri lentok di dadanya.

Langkah diatur menuju ke pondak pengawal. Kali ini Fatini bawa gambar Anas bersama. Mungkin kalau dia tunjuk gambar, ada orang kenal Anas.

“Assalammualaikum ….” Fatini dekati pengawal yang sedikit berumur itu.

“Waalaikumussalam.” Jawab pengawal yang berusia dalam lingkungan 50an itu.

“Pak cik! Saya nak tanya sikit …. Aaaa…….Pak cik, pernah jumpa tak orang ni? Nama dia Anas.” Gambar ditunjukkan pada pengawal itu.

            Dahi pengawal itu sedikit berkerut. “Maaf, Puan! Pak Cik tak pernah jumpa orang dalam gambar ni.”

            “Betul ke tak pernah jumpa? Cuba pak cik tengok betul-betul! Mungkin dia pernah datang sini?”

            “Maaf, Puan! Memang tak pernah jumpa.”

            Fatini mengeluh. Dipandang ke arah Baiduri. Nampaknya pencarian dia tak membuahkan hasil hari ini. “ Terima kasih, Pak Cik!” Fatini tersenyum sebelum melangkah pergi.

            Bunyi hon kereta mengejutkan Fatini dan Baiduri. Kereta BMW Z4 berwarna merah berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua.  Fatini baru sedar yang dia menghalang laluan masuk kereta itu. Dengan segera, dia bergerak ke tepi. Cermin gelap menyukarkan Fatini untuk tahu siapa pemandunya.

            Kereta mewah itu bergerak laju memasuki mahligai mewah itu. Pandangan Fatini masih pada kereta mewah itu.

                                                ***************************

            Kepala digeleng beberapa kali melihat telatah Fatihah dan Jamal. Hampir sepuluh minit, Fawz perhatikan pasangan dua sejoli itu. Kata nak jumpa sekejap saja, konon nak bagi souvenir  dari Greece.  Alah semua tu alasan saja.

            Telefon pintar miliknya berbunyi. Fawz tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefon . “ Angah! Dah sampai hotel ke?”

            “Assalammualaikum ….”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Fawz. Terlupa nak beri salam dulu pulak.

            “Dah banyak kali abang pesan kan! Bagi salam dulu kalau jawab phone.”

            “Ya! Janji tak buat lagi. Angah dah sampai hotel ke?”

            “ Ada masalah sikit. Masa Angah on the way, ada kereta follow Angah.  Tak sangka pulak, Abang Alif sanggup upah orang follow Angah semata-mata nak tahu mana Along sembunyi.” Fadlan bergerak ke tingkap. Dia lihat Alif sedang marah seseorang melalui telefon. Mungkin tak puas hati sebab plan tak menjadi.

            “Wah! Sampai macam tu sekali nak cari Along.”

            “Fawz pun kena hati-hati jugak. Angah akan datang tengok Along bila keadaan dah reda. Pesan kat Along supaya hati-hati. Oklah! Nanti Angah call lagi.”

            “Baiklah! Anything, call tau.” Kata Fawz sebelum tamatkan talian. Dia mula susah hati fikirkan kakaknya. Sampai bila kakaknya dapat bertahan dengan perangai Alif tu? Dah hampir 10 tahun,  kesabaran seorang manusia ada batasnya.  Bila teringatkan amaran abangnya, Fawz terus tekan bunyi hon kereta.

            Fatihah dan Jamal menoleh.

            Fawz memberi isyarat menggunakan tangan untuk beritahu adik kembarnya tahu yang mereka sudah lewat ambil Fatini. Dalam masa yang sama, Fawz risau lebih-lebih lagi Fatini dan Baiduri sedang tunggu di bus stop.

            “Orang nak dating sekejap pun tak boleh.” Fatihah merunggut selepas masuk ke dalam perut kereta. Isyarat flying kiss dihadiahkan pada kekasih hatinya.

            “Nak dating lain kali pun boleh. Sekarang ini kita kena ambil Along . Abang Alif tengah meroyan cari Along sampaikan upah orang follow Angah.”

            “Apa!”

            “Nasib baik, Angah sedar.”

            “Psiko betul Abang Alif tu! Jenis ketegaq nak mampus! Spesis lelaki macam nilah buat kaum wanita rasa terancam.” Bebel Fatihah.

            “Kau tak payah nak pot pet pot pet panjang. Kita singgah KFC dulu sebelum ambil Along.” Kata Fawz. Dia teringat pesanan Fatini tadi.

            “KFC untuk Baiduri.  Aiii…. Budak tu dah jatuh cinta dengan KFC sekarang ni. Hari-hari nak KFC.”

            Kereta Myvi mula bergerak dan menuju ke destinasi seterusnya. Kereta berhenti di tempat letak kereta. Fatihah turun dan berjalan masuk ke KFC. Sementara menunggu Fatihah, Fawz betulkan cermin belakang kereta. Matanya terhenti melihat kereta Proton Wira berwarna putih yang berada tidak jauh darinya. Dia perasaan yang dia nampak kereta itu semasa berhenti di traffic light sebelum belok memasuki simpang ke KFC. Fawz mula rasa tak sedap hati.

            Fawz terkejut bila pintu dibuka.

            Fatihah masuk dengan bag plastik KFC. “Kenapa?”  tanya Fatin. Dia hairan apabila wajah Fawz pucat lesi.

            “Rasanya kita kena follow.”

            “Apa!” Fatihah menoleh ke kiri dan kanan.

            “Jangan tengok! Hishhh….” Marah Fawz.

            “Kita nak buat apa sekarang ni? Cepat betul tahu kita kat mana!”

            Fawz mengetap bibir. Anak mata tepat pada Fatihah. “Kau ada upload apa-apa kat IG tak?” tanya Fawz secara tiba-tiba. Maklumlah Fatihah selalu update status kat IG.  Makan apa? Ada kat mana? Shopping apa? Semua tu wajib.

            Wajah Fatihah berubah. Alamak,  dia ada upload status yang dia nak jumpa kekasih hati sebelum jumpa Jamal. Siap share location lagi.  Anak mata sedikit bergerak ke arah lain. Dia tak berani bertentang mata dengan Fawz.

            “Fatin Fatihah.……” jerit Fawz sekuat hati.

            “Sorry la! Tak sangka pulak nak jadi macam ni!”  Fatihah membuat muka sedih untuk meraih simpati.

            Pandangan tajam masih pada Fatihah.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...