Sunday, June 16, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untuk Mu Bab 6


Bab 6

            Setelah usai Subuh, Fatini bangun dan lipat kain telekung. Anak mata melihat Baiduri yang begitu nyenyak tidur di atas katil. Dia tersenyum seraya letak semula sejadah di kerusi.

            Langkah diatur perlahan-lahan menuju ke katil. Dia tak mahu Baiduri terjaga. Punggung dilabuh ke birai katil dengan penuh berhati-hati. Baiduri nampak comel bila tidur.

            Fatini teringat semula pertemuan dia dengan Laila beberapa bulan yang lalu.

Beberapa bulan yang lalu ….

            Pandangan mata Fatini tertarik dengan aksesori wanita yang dijual di booth itu. Dia memang sukakan gelang, cincin dan rantai. Dia suka kumpul semua itu. Nampak saja aksesori yang unik dan menarik, dia terus beli tanpa berfikir dua kali. Mungkin ini kelemahan dia sebagai wanita.  Tudung yang dipakainya dibetulkan selepas ditiup angin.

            “Kak Fatini! Is that really you?”

            Fatini menoleh. Spek hitam ditanggalkan. Matanya terbuka luas. “Laila!”

            “Yeah! It’s me! Tak sangka jumpa Kak Fatini di sini. What are you doing here? Vacation ke?” Senyuman Laila semakin lebar. Dulu dia dan Fatini housemate selama dua tahun. Tak sangka pula selepas tiga tahun mereka jumpa semula.

            “Tak la. Akak sambung PHD kat Zurich University.”

            “Really? Bestnya ….”

            Budak perempuan berusia dua tahun yang rambutnya bertocang dua berdiri di sebelah Laila menarik perhatiannya.  “Siapa si comel ni? Anak Laila ke?”

            “Ya. Baiduri … Salam, auntie!”

            Fatini tersenyum bila Baiduri dekati dan hulurkan tangan. Tangan kecil itu dicapai. Dicium tangan Fatini.

            “Pandainya…..” puji Fatini. Telatah Baiduri mencuit hatinya. “Bila Laila kahwin?”

            “Selepas study degree, Laila kenal Anas. Dia lelaki baik. Kami serasi. Tak tahu la pulak macam mana tiba-tiba saja saya terus setuju nak kahwin. Mungkin dah jodoh kot.” Laila tersenyum. Dia betul-betul bersyukur kerana dapat kenali Anas.  Mereka berkenalan hanya lima bulan dan tiba-tiba saja Anas melamarnya.  Dia terus setuju lamaran itu kerana dia percaya Anas adalah pasangan hidupnya.

            “Walaupun dah lambat, congratulations from me.”

            “Thank you. So apa kata kita borak kat sana.” Tangan kanan ditunjukkan ke arah café yang berada tidak jauh dari mereka berdiri.

            Selepas pelayan café itu ambil pesanan, mereka berdua sambung berbual.

            “Kak Fatini dah last semester ke?”

            “Ya. Sekejap jer kan.”

            “Aaa…. Kak Fatini still ambil pil tidur lagi ke?” tanya Laila dengan berhati-hati. Dia bimbang jika pertanyaannya menguris hati Fatini. Dia masih ingat lagi apabila terjumpa Fatini tak sedarkan diri di dalam bilik dengan tangan memegang botol pil tidur yang sudah kosong.

            “Tak. Akak dah tak ambil pil tidur. Selepas apa yang dah jadi hari itu, akak dah tak sentuh pil tu lagi. Dulu mental akak lemah. Stress sangat. Akak dah terlalu penat dengan masalah akak sebab itu akak ambil jalan mudah. Akak dah putus asa. Akak fikir itu saja jalan penyelesaian.” Beritahu Fatini. Dia tertekan pada masa itu. Alif  pulak kerap ganggu dia di rumah dan kampus. Sikap obsess dan panas baran Alif  buatkan Fatini rasa lebih tertekan. Dia malu dengan semua orang terutama kali teman serumahnya. Malam itu, dia terus tekad dan telan semua pil tidur dalam botol itu. Yang pasti, dia takkan dapat lihat wajah Alif lagi.

‘Tapi sekarang ni, akak dah kuat. Akak dekatkan diri dengan Allah Taala. Akak yakin Allah Taala akan lindungi akak . Apa-apa pun, akak kena tabah tempohi dugaan ni.” Fatini pandang Laila. Kalaulah Laila tak masuk dalam bilik tidur dia malam tu, mesti dia dah jadi arwah sekarang ni. Dia terhutang budi dengan Laila.

            “Family tahu tak pasal hal ni?” tanya Laila. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),  anggaran lebih kurang sejuta manusia mati akibat bunuh diri dalam setahun. Kadar membunuh diri juga berbeza mengikut bangsa dan negara. Keinginan untuk membunuh diri timbul bila seseorang itu dalam keadaan tertekan. Masalah yang dihadapi mungkin mudah bagi individu lain tetapi ia bagaikan bebanan yang terlalu besar untuk mereka.

            “Tak tahu.” Jawab Fatini dengan senyuman tawar. Dia tak mahu keluarganya tahu.

            “Lelaki tu still ganggu lagi ke?” tanya Laila. Dia takkan pernah lupa lelaki yang bertubuh sasa itu. Setiap kali datang ke rumah sewa mereka, lelaki itu mesti mengamuk dan kadang-kadang tu bertindak kasar pada Fatini jika Fatini enggan ikut cakapnya. Ternyata lelaki itu begitu obsess dengan Fatini.

            “Ya. Dua tahun akak stay kat Zurich ni, dah empat kali akak pindah rumah. “

            “Eee…. Dengar saja pun, dah menyakitkan hati. Psiko betul lelaki itu.” Laila mengetap bibir.  Tangan kanan digenggam erat.

            “Hal akak tu tolak ke tepi sekarang ni kita nak borak pasal Laila pulak. Hmm…. Husband Laila orang mana?”

            “Malaysia.” Jawab Laila. Dia tahu Fatini tak mahu cakap pasal Alif.

            “Malaysia! Malaysia, negeri mana?”

            “Orang KL.”

            “KL …. Nanti balik KL, boleh la jumpa akak.”

            “Anas memang orang KL tapi anak yatim piatu. Dia tak ada saudara mara di Malaysia sebab itu kami jarang balik sini.”

            “Ya ke? Kalau tak, boleh la raya nanti datang rumah akak. Tapi it’s okey, kalau Laila nak datang Malaysia, datang la. Boleh tinggal di rumah akak.” Pelawa Fatini. Laila sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

            “Insya Allah. Tapiiiii……..”

            Dahi Fatini sedikit berkerut. Kenapa bunyi tapi tu panjang sangat? Air muka Laila pun berubah lain seperti ada masalah. “Laila ada masalah ke?”

            “Mana ada masalah …” tipu Laila. Pada hakikatnya, ada bebanan berat dalam hati Laila. Berbulan-bulan, dia pendam semua itu. Dia tak mahu bebankan Fatini dengan masalah dia

            “Laila, kalau ada masalah jangan pendam seorang diri. Apa-apa pun share masalah tu . Jangan jadi macam akak.” Nasihat Fatini. Selama ini dia ingat dia mampu selesaikan masalah dia dan Alif seorang diri tetapi ternyata dia silap. Hari demi hari masalah itu menjadi racun dalam hidupnya. Dia tak mahu Laila lalui semua tu. “Cerita la. Akak akan bantu apa yang patut.”

            “Sebenarnya …..hujung bulan Januari tahun ni, Anas dapat panggilan dan terus pulang ke Malaysia.  Katanya hal keluarga. Tapi dulu sebelum kahwin, dia cakap dia tak ada family. Bila saya tanya, dia cakap … Balik dari Malaysia nanti, dia cerita semuanya. Tiga hari selepas itu, Anas ada call. Dia cakap dia dah beli tiket pulang ke Zurich.  Lepas hari tu, saya terus lost contact dengan Anas. Saya tunggu Anas tapi Anas tetap tak pulang.” Cerita Laila dengan wajah sedih. Masih lagi terdengar suara Anas buat kali terakhir malam itu.

            “ Berkali-kali saya call tapi masuk voicemail.”

            “Tak cuba cari di Malaysia ke?” soal Fatini.

            “I know this might sound stupid …. Actually,  saya tak tahu langsung pasal masa lampau Anas. Pasal keluarga dia? Pasal mak ayah dia? Memang saya tak tahu. Anas seorang perahsia. Dia tak suka saya tanya pasal latarbelakang dia. So saya hormat permintaan , lagipun Anas lelaki yang baik, bertanggungjawab dan penyayang. Tak pernah sekali pun berkasar dengan saya. Dia seorang suami dan ayah yang baik.”

            “Dah jadi macam ni, baru saya rasa menyesal sangat-sangat. Bimbang kalau sesuatu yang tak baik terjadi kat Anas.”

            “Takkanlah satu pun info pasal Anas, Laila tak tahu?”

            Laila mengeluh. Sekilas pandang pada Baiduri . Sekarang ini semakin kerap Baiduri mencari ayahnya. “ Yang ada hanya alamat dalam kad pengenalan. Memang ada niat nak pergi Malaysia cari Anas tapi takut sesat  pulak.  Sebab belum pernah sampai lagi sana.”

            “Kalau macam tu, Laila ikut akak balik Malaysia lepas akak graduate. Itupun kalau Anas still tak balik lagi. Akak akan tolong Laila cari Anas.” Tangan kanan Laila dicapai dan dipegang lembut.

            “Sekarang ni Laila banyakkan berdoa demi kesihatan dan keselamatan Anas yer …”

            Laila angguk kepala perlahan-lahan. Kelopak mata mula berair menahan sebak. Tubuh Baiduri ditarik rapat dengannya. Dipeluk tubuh anaknya dengan erat. Kini hanya Baiduri seorang , dia ada.

            Fatini yang hanya memerhati turut sama simpati dengan apa yang terjadi pada Laila. Dia janji akan cuba cari Anas untuk Laila.

            Lamunan Fatini tersentak apabila terdengar suara kecil memanggil dirinya. Dia tersenyum lihat Baiduri terjaga. “Sayang umi nak susu ke?”

            “Susu! Susu!” kata Baiduri.

                                                *********************

            Fawz dan Fatihah menuruni anak tangga dengan penuh hati-hati. Mereka tak mahu kehadiran mereka dihidu Puan Rokiah. Sejak semalam, mereka elakkan diri dari ibu mereka. Mana taknya, Puan Rokiah tak henti-henti bertanya hotel mana Fatini menginap.

            Kepala Fawz dijenguk sedikit . Tiada sesiapa pun di ruang tamu. “Line clear!”

            Tanpa membuang masa, Fawz dan Fatihah melangkah laju menuju pintu utama.

            “Aaaa… Nak ke mana pulak tu?”

            Langkah mereka berdua terhenti apabila ada suara menegur dari belakang. Air muka Fawz dan Fatihah berubah pucat lesi.

            “Mama tanya, nak pergi mana? Jumpa Along ke?”  Sekali soalan itu diulang.

            Tubuh mereka berdua perlahan-lahan bergerak menghadap Puan Rokiah yang sedang mencekak pinggang menanti jawapan.

            “Jumpa kawan la, mama!” jawab Fatihah.

            “Tak payah nak tipu.  Ini mesti nak jumpa Along kan! Kenapa susah sangat nak beritahu  mama, hah? Takkan salah kot seorang mama nak jumpa anak dia? Dah la mama call, tak jawab. Mama mesej pun, tak dibalas. Ini nak jumpa pun, tak boleh. ”

            “Ini bukan pasal salah atau tak? Ini amanah, mama! Along dah pesan jangan beritahu sesiapa pun di mana dia tinggal termasuk mama dan abah.” Giliran Fawz pula menjawab.

            “Lagipun, cikgu pernah cakap. Amanah seseorang itu kena pelihara.” Tambah  Fatihah lagi.

            Puan Rokiah mengetap bibir dan memandang anak kembarnya. “Kalau macam tu, ustazah kat sekolah pernah cakap kan …… syurga seorang anak di telepak kaki ibu kan!”

            Air muka Fatihah dan Fawz berubah serta-merta.

            “Sekarang beritahu mama,  apa nama hotel Along menginap sekarang ni?” tanya Puan Rokiah dengan wajah serius.

            Fatihah dan Fawz memandang satu sama lain. Mulut digigit rapat. Serba salah jadinya.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...