Monday, July 1, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untukmu Bab 7


Bab 7

            Pintu KFC ditolak. Fatini dan Baiduri keluar dari KFC. Genggaman jari Fatini pada Baiduri begitu erat sekali Fatini gembira lihat Baiduri tersenyum lebar selepas perut kenyang makan KFC. Habis lincin dimakan dan siap melompat lagi apabila makanan sampai. Ternyata perasaan seorang ibu melihat anaknya makan adalah satu perasaan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata.

            “Dah kenyang?”

            Baiduri mendongak kepala pandang Fatini. “ Kenyang!” jawab Baiduri dengan senyuman comel. Dia berjalan seiringan dengan Fatini melalui laluan rumah kedai.

            Tiba-tiba Fatini rasa lain macam. Dia mula tak sedap hati. Fatini berhenti dan menoleh ke belakang. Tiada sesiapa pun.  Mungkin perasaan dia saja kot. Dia menyambung semula langkahnya.

            Dahi semakin berkerut. Jantung mula berdenyut laju. Perasaan ni? Perasaan ini perasaan yang sama dia rasa setiap kali diekori. Perasaan yang dia rasa setiap kali diekori  Alif .Selalunya instinct dia tepat sekali.  Sekali lagi, Fatini berhenti. Dia menoleh ke belakang. Mata meliar di segenap pelosok mencari. Kosong! Tak ada siapa pun.

            Pandangan mata Fatini terhenti melihat bayang yang ada di sebalik tiang yang ada tak jauh dari mereka. Air muka Fatini berubah. Dia mula rasa takut. Dia perlu beredar dari sini. Dia takut jika sesuatu terjadi pada Baiduri. Didukung Fatini secara tiba-tiba. Tanpa membuang masa, Fatini berlari dari situ. Apa pun yang terjadi, dia mesti balik ke hotel. Hanya itu tempat selamat bagi dia dan Baiduri.

                                                ********************

            Hilman mendekati wanita yang masih memegang gelas yang berisi air berwarna merah. Wajah wanita itu kelihatan tegang seraya mata memandang ke luar tingkap.

            “Sayang, what’s wrong?” tanya Hilman.

            “I masih tak dapat lupakan wajah perempuan yang datang hari tu. She gave me bad vibes.” Wajah Nurin masih berkerut fikirkan wanita bertudung litup yang berdiri di depan pintu pagar hari tu. Dia mula rasa tak sedap hati.

            “Ala… perasaan you saja. Kat guard hari tu cakap, dia tanya pasal alamat rumah ni saja. Dia tersalah rumah.”

            “Pertama kali, mungkin kebetulan …. Tapi kalau kali ke-dua, itu bukan kebetulan. Malam ni Pak Kob masuk kerja, suruh Pak Kob jumpa I.” Pesan Nurin. Diminum air merah itu sehingga habis.

            “Okey!” jawab Hilman. Diambil gelas kosong itu dari tangan Nurin. “ More?”

            Nurin angguk kepala perlahan-lahan. Dipandang ke arah lelaki yang sudah sepuluh tahun bersamanya. Hilman pandai ambil hatinya. Dia gembira bersama Hilman. Tak kisahlah apa pun orang lain cakap, yang pasti hatinya sentiasa puas bersama Hilman. Apa saja yang dia nak, Hilman akan tunaikan.

            Nurin terkejut apabila pintu rumah dibuka secara tiba-tiba.

            Seorang lelaki bertubuh sasa melangkah masuk dengan wajah marah. Pandangan tajam hanya pada Nurin.

            Nurin tersenyum. Dia tak sangka lelaki ini akan jejakkan kaki di rumah ini. “ Long time no see!” Pandangan menggoda Nurin masih pada lelaki yang rambutnya panjang separas bahu. Kali terakhir dia jumpa lelaki ini pada hari pengebumian suaminya beberapa bulan yang lalu. “What’s bring you here, Dato’ Romzi!”

            “Kau tahu kan kenapa aku datang sini?”

            “Well …. Let me guess, you nak ajak I lunch date dengan you?” Nurin kenyit sebelah matanya.

            Romzi mendengus dengan wajah meluat. “Aku tak ada selera nak makan dengan perempuan spesis pelacur macam kau. Mata aku ni belum buta lagi.” Sindir Romzi. Dia cuba menahan rasa marah yang meluap-luap setiap kali berhadapan dengan wanita yang memusnahkan keluarganya.

            Nurin cuba kawal air mukanya. Dia cuba kekalkan senyuman di bibir. Ini bukan pertama kali, Romzi gelarkan dirinya pelacur.

            “Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan benarkan kau buat sesuka hati selepas ini. I will fight like hell to get back what belong to my nephew. Semua ini bukan milik kau, kau kena ingat. Aku akan pastikan kau akan merempat di tepi jalan dan aku akan buat hidup kau merana. Kau tunggu dan lihat.” Wajah Romzi serius. Dia terus berlalu keluar dengan kedua-dua tangan digenggam erat.

            Wajah Nurin berubah selepas Romzi keluar.

            “Now, you have his attention.” Hilman keluar selepas Romzi berlalu pergi tinggalkan Nurin seorang diri. “So, what’s your plan? Orang macam Dato’ Romzi tu kau kena jaga-jaga. Apa dia cakap, dia pasti buat!” Gelas air itu dihulur semula pada Nurin.

            Tiba-tiba Nurin tersenyum. “Semua lelaki sama saja. Kelemahan mereka semua saja sama, tiada mana lelaki tolak wanita cantik macam I. Tak mustahil kalau satu hari nanti Romzi melutut depan I. Romzi akan pastikan dia jatuh cinta dengan I. Ini Nurin, tiada mana-mana lelaki dapat lari dari I.” kata Nurin dengan penuh yakin.

            “Sayang, jangan terlalu yakin sangat. Dato’ Romzi tu lain sikit. Dia bencikan you.”

            “Don’t worry, I yakin benci itu akan bertukar cinta.” Nurin pandang ke arah Hilman. Dia tahu Hilman cemburu sebenarnya.  Dipegang tangan Hilan dengan mesra. “Jangan la jelous! Apa pun yang terjadi, you tetap lelaki special dalam hidup I. Malam ni stay dengan I yer.” Kata Nurin dengan mengenyit mata pada Hilman.

            Wajah Hilman yang tadi masam bertukar ceria. Tubuh Nurin ditarik dan dipeluk dengan erat.

                                                *********************
            Suasana masih sunyi sepi walaupun sudah sepuluh minit kereta BMW bergerak meninggalkan rumah mewah milik Dato’ Azad. Wajah Romzi masih kelihatan tegang.

            “Boss! Dah okey ke?” tanya Farid yang merangkap sebagai PA Romzi.  Dia mulanya teragak-agak untuk bertanya. Maklumlah setiap kali jumpa Nurin, mood Romzi pasti bertukar jadi ribut.

            Romzi tundukkan sedikit kepalanya. Rambut menutupi sebelah wajah diselak ke tepi. Dipandang ke arah Farid yang sedang duduk di sebelahnya.

            “Dah okey sikit.”

            “Boss nak saya buat apa?”

            “Aku nak 5% saham Tuah Group yang perempuan tu jual tu, kau beli semula saham tu balik dari Tan Sri Halim. Tak kisah berapa harga sekali pun, kau dapatkan semula saham tu.”

            “Baik, boss! Tapi dulu kan, boss cakap tak nak ada kaitan langsung dengan Tuah Group. Kenapa tiba-tiba saja boss  …..”

            Romzi mencelah terlebih dulu. “Pendirian aku tetap sama tapi Tuah Group milik anak saudara aku. Aku takkan biarkan perempuan tu bolot semua harta abang aku. Aku akan pertahankan apa yang sepatutnya milik anak saudara aku. Dua puluh peratus saham aku dalam Tuah Group akan aku berikan pada anak saudara aku. Yang pasti, aku akan hancurkan hidup perempuan tu sepertimana dia hancurkan family aku. ” tekad Romzi. Gara-gara kewujudan Nurin, keluarganya berpecah belah.

            “Jadi boss akan terima tawaran Dato’ Yassin?” tanya Farid. Dia masih teringat kedatangan Dato’ Yassin, salah seorang pemegang saham dalam Tuah Group. Dato’ Yassin cuba pujuk Romzi untuk kerja semula di Tuah Group kerana bimbangkan prestasi syarikat itu selepas Nurin ambil alih jawatan CEO. Kata Dato’ Yassin, syarikat kini mengalami banyak kerugian. Dato’ Yassin bimbang jika keadaan ini berterusan, Tuah Group boleh jatuh muflis.

            Romzi hanya mendiamkan diri.

                                    ********************************

            Fatini bangun dari katil dengan berhati-hati. Dia bimbang jika pergerakkannya buat Baiduri terjaga.  

            Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Fatini tersenyum. Pasti Fadlan dah sampai. Fadlan dah janji akan jumpa dia malam ini sebelum Fadlan fly ke Dubai. Fatini berjalan ke arah pintu dan langkah terhenti. Dia teringat pesanan Fatihah beberapa hari yang lalu.

            Pandangan masih ke arah pintu. Loceng masih tak henti berbunyi. Fatini mula rasa tak sedap hati. Debaran mula terasa.  Wajah Alif terus muncul. Tangan mula rasa sejuk. Dia mula rasa takut.

            “Sayang! Bukalah pintu. I tahu you ada kat dalam tu. Fatini, please open this door.”

            Jantung Fatini hampir saja terhenti mendengar suara Alif. Langkah diundur ke belakang beberapa tapak agar jauh dari pintu. Ditutup mulutnya agar tidak keluarkan bunyi. Dia tak mahu Alif tahu dia ada dalam bilik. Ditoleh ke arah Baiduri yang masih tidur. Dia harap sangat Baiduri tak bangun.

            “Fatini! Bukalah pintu. Tengok ni, I bawa bunga poney kegemaran you.  Lepas tu I bawa chicken grill yang you suka makan di PJ. Carrot cake pun, I beli. Kita boleh makan sama-sama. Bukalah pintu ni, sayang. Kita dah lama tak jumpa kan.  I miss you so much.”

            Tubuh Fatini masih kaku. Memanglah kalau tengok, memang Alif ni romantik orangnya. Semua benda yang dia suka, Alif tahu. Lebih-lebih lagi, Alif pandai ambil hati orang, ditambah pulak dengan mulut manis. Tapi hakikat sebenarnya hanya dia yang tahu siapa Alif.

            Tiba-tiba pintu diketuk dengan lebih kuat.

            “Fatini! Buka pintu ni sekarang. I tahu you ada kat dalam. Atau you nak I pecahkan pintu ni, hah! Fatini buka pintu ni .” Suara Alif terus berubah. Dia menjerit seperti orang gila.

            Langkah Fatini diundur lagi. Rasa takut semakin menghantui jiwanya. Kelopak mata mula berair. Tombol pintu mula dipulas dengan kasar seolah-olah Alif cuba merempuh masuk.

            “Open this damn door, Fatini. Jangan buat I hilang sabar.” Alif masih tak putus asa. Dia akan pastikan Fatini buka pintu. Walauapa yang terjadi, dia mesti jumpa Fatini. Kini, pintu bilik itu ditendang pula. Dia sudah hilang sabar .

            “Abang Alif!” jerit Fadlan. Ada dua orang security guard bersamanya. Kebetulan masa dia naik lif tadi, mereka bertiga keluar di tingkat yang sama.

            Air muka Alif berubah dengan kehadiran Fadlan.

            “Encik, kami terima aduan yang encik buat bising di sini. Sila ikut kami ke lobby sekarang.” Salah seorang security guard itu bersuara.

            “Sorry! I takkan buat lagi. Hanya salah faham saja. Betul tak, Fadlan?” Alif mula panik dan pandang ke arah Fadlan agar menolongnya.

            Fadlan mendengus. Dia lihat beberapa bag plastik dan jambangan bunga yang ada di lantai. “ Dia ni stalker kakak I. Better awak tangkap dia dan heret ke balai polis. Kalau dibiarkan, dia akan buat kacau dalam hotel ni.” Kata Fadlan.

            “Hey, Fadlan!” jerkah Alif dengan wajah bengang. Dia cuba hampiri Fadlan tetapi sempat ditahan oleh security guard tadi. Alif terkejut apabila kedua-dua tangannya dipegang mereka. Berkali-kali dia cuba meronta tapi gagal. Alif menjerit seperti orang gila. Dia tak peduli dengan pandangan penghuni hotel di tingkat itu. Suara Alif saja menarik perhatian orang.

            Setelah Alif beredar, Fadlan mengetuk pintu bilik hotel kakaknya. “Along! Ini Angah. Abang Alif dah tak ada. Security guard dah bawa dia pergi. You’re safe right now. Please open the door.” Kata Fadlan. Dia tahu pasti kakaknya ketakutan sekarang.

            Pintu dibuka perlahan-lahan. Fatini terus peluk Fadlan dan menangis teresak-esak. Dia memang takut dengan sikap panas baran Alif. Jika dia tak ikut kehendak Alif, pasti Alif akan bertindak agresif.  Dah banyak kali dia kena tampar dan pukul apabila dia enggan ikut kehendak Alif.

            “It’s okey, Along! Don’t cry. Angah ada.” Pujuk Fadlan. Ditepuk bahu Fatini dengan lembut.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...