Friday, November 25, 2022

PA Aku Ratu Sejuk Beku - Bab 8

 

Bab 8

 

            JAM dinding ofis dikerling sekali lagi. Jarum pendek baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Aziz menyandarkan diri di kerusi pejabat dan kemudian menyambung semula bermain games di telefon pintarnya.

            Sikit lagi! Eeee… Cepat! Cepat! Sikit lagi! Cepat laaaa….” kata Aziz dengan wajah yang serius.

            Tiba-tiba pintu ofis terbuka, Aziz terkejut dan meletak telefon pintarnya ke tepi. Nasib baik tak terpelanting telefon pintarnya kerana terkejut. Dia berpura-pura berlakon dan membaca fail yang ada di atas meja.

            Cik .. Cik Adriana tak boleh masuk macam ni!” Kedengaran suara Azhar.

            Aziz mendongak kepala. Ciss… Ingatkan mummy tadi! Apa pulak Adriana ni buat kat sini. Aziz merenung wanita tinggi lampai berbaju gaun melebihi lutut dengan gaun terbelah sehingga ke peha.

            Hey, Azhar! Baik you buat kerja you, I ada hal nak cakap dengan bos you! Penting, tahu tak?” Adriana merenung Azhar dengan wajah tak puas hati. Berani betul anak driver ni! Ada hati nak ajar dia! Tak sedar diri!

            Adriana! Azhar just buat kerja dia. You kalau nak jumpa I, kena buat appointment dulu. Jangan main redah saja! Ini ofis bukan rumah!” Aziz bersuara.

            Adriana hampiri Aziz.

            My Abang Aziz! I datang sebab nak welcome you jadi sebahagian AB Group. Tak salah kan!” Suara Adriana terus berubah manja.

            Tak payah nak welcome sangat! I ada banyak kerja nak buat so you dah welcome kan, apa kata you balik ofis you dan sambung kerja you. I pun nak sambung kerja I.”

            Abang Aziz ni sombong betul! Okeylah… I takkan ambil masa you tapi lunch nanti kita keluar sama-sama . I belanja you makan untuk raikan first time you kerja di sini.”

            Otak Aziz ligat memikirkan alasan. Tak ingin la dia nak makan dengan Adriana ini! Dah serik! Dulu pernah first time makan dengan Adriana, memang taubat tak nak makan dah. Mana taknya, tangan Adriana tu dah macam ulat bulu, asyik merayap saja. Tak reti duduk diam. Dia memang tak suka perempuan gatal macam Adriana. Sepatutnya lelaki yang kuat menggatal, terbalik la pulak.

            No! Today  bos ada lunch meeting.” Diana tiba-tiba melangkah masuk. Wajah memang ketat habis. Dia bertentang mata dengan anak bongsu Datin Annisa.

            Azhar menarik nafas lega melihat Diana.

            Adriana mendengus geram. Menyampah melihat Diana. Berlagak nak mampus.

            So tunggu apa lagi, silakan keluar. I ada hal dengan bos!” tegas Diana.

            Adriana mengetap bibir. Geram apabila dihalau sebegitu.

            Atau you nak security escort you keluar dari bilik ini.” Diana bersuara lagi.

            Wajah Adriana berubah. Dia terus berlalu keluar dengan wajah bengang.

            Ada sedikit senyuman di wajah Aziz. Rasa gembira apabila Adriana beredar dari situ. Bagus jugak Diana ni, ada jugak gunanya.

            Let’s go!” ajak Diana tiba-tiba.

            Nak pergi mana?”

            First impression tu penting. You should say hello to everyone! Semua staff wajib kenal you. You MD AB Group!”

            Apa! Hari ini first day, saya kerja! Bagi saya rileks dulu, first thing first awak kena bagi saya sesuaikan diri dengan environment baru kat sini!” Aziz memberi alasan. Dia malas lebih-lebih lagi nak berkenalan dengan semua orang dalam bangunan ini. Ingat bangunan ni kecik, ada 20 tingkat! Memang kerja gila.

            Like it or not, you have to meet them! Atau you nak I panggil Cik Adriana balik ke sini! She will love to be here, right!” Wajah Diana serius.

            Aziz cepat-cepat bangun. Terkejut apabila nama Adriana dipetik.

            Okey, jom! Nak pergi tingkat mana dulu!” Aziz melangkah keluar dan Diana mengekori dari belakang.

            Azhar menahan diri dari ketawa. Memang kelakar tadi.

            Azhar! Hurry up!” terdengar suara Diana memanggil.

            Kelam kalut Azhar keluar seraya menutup pintu bilik ofis Aziz.

                                                            ***************************

            TIBANYA di bilik ofis, Datin Annisa terus baling telefon pintarnya kea rah sofa. Dada masih berombak laju kerana marah. Dia masih tak dapat melupakan apa yang Diana cakapkan tadi. Diana tu memang sudah melampau. Ada hati nak kick out dia dari AB Group, jangan harap la. Datin Annisa terus mencekak pinggang. Dia mula fikirkan plan bagaimana nak singkirkan Diana dari AB Group.

            Pintu bilik terbuka dan Adriana meluru masuk.

            Mama! You should do something about Diana! Diana tu dah melampau! Sampai bila mama nak biarkan Diana tu bermaharajalela kat sini. Tadi Diana tu halau Adriana keluar dari bilik Aziz, siap ugut nak panggil security lagi.” cerita Adriana. Dia memang tak puas hati dengan perangai Adriana. Nampak sangat nak tunjuk kuasa. PA saja kot.

            Datin Annisa mengetap bibir. Otaknya serabut dengan masalah. Datang pulak satu masalah lain. Aziz dah mula kerja kat sini, dah tentu Adriana akan cuba apa saja cara nak mengorat Aziz. Dia memang tak suka dengan Aziz. Nak restu jadi menantu, no way! Dia lebih suka kalau Adriana berbaik semula dengan Daniel.

            Tiba-tiba pintu terbuka sekali lagi.

            Datin Annisa tersenyum lebar melihat kedatangan anak sulungnya. Dah lama dia tak jumpa Aizat! Rindu!

            Mama! Betul ke Diana dah berhenti kerja? Auntie Ida cakap Diana dah tak jadi PA dia lagi.”

            Wajah Datin Annisa terus berubah apabila mendengar soalan Aizat. Ini seorang lagi. Tergila-gilakan Diana. Beberapa kali cinta Aizat ditolak tapi tetap tak putus asa mengejar Diana. Perempuan muka ketat sejuk beku tu jugak Aizat boleh jatuh cinta, pelik betul! Stress betul, bila anak-anaknya sukakan orang yang dia tak suka.

            Abang ni tak habis-habis dengan Diana! Sampai Penang saja, terus cari Diana. Tak ada orang lain ke nak cari?” Adriana bersuara.

            Apa masalah kau, hah? Suka hatilah aku nak cari siapa pun! Jangan sibuk!” marah Aizat. Dia merenung adiknya.

            Diana tu dah jadi PA Abang Aziz sekarang ni!” beritahu Adriana.

            What! Aziz dah balik ke?” Wajah Aizat nampak terkejut.

            Ya!”

            Ofis Aziz tingkat berapa?” tanya Aizat.

            Adriana mendengus kuat. Jangan harap la dia nak beritahu. Dia memang tak suka Diana. Dia segera keluar.

            Hey, Adriana! Aku tanya ni! Nak pergi mana pulak tu? Kau tak jawab soalan aku lagi.” jerit Aizat. Dia terus mengejar adiknya.

            Keluahan kuat dilepaskan. Kedua-dua tangan Datin Annisa menggigil kerana geram. Kehadiran dia di situ tak dipedulikan oleh Aizat dan Adriana.

            Dua-dua beradik sama saja, buat aku ni macam tunggul kayu! Ada anak pun, menyusahkan saja!” Datin Annisa bersuara. Wajah jelas bengang.

 

                                                *******************************

 

            KELUHAN kuat dilepaskan. Aziz terus melabuhkan punggungnya di sofa. Dia baru saja balik dari berkenalan dengan semua orang. Penat nak mampus! Ramai betul staff AB Group. Muka ni rasa kebas pun ada, iyalah asyik nak kena senyum saja.

            Bos! Air sejuk!” Azhar menghulurkan botol air mineral.

            Thanks!” Aziz segera buka penutup botol dan meneguk air itu. Lega tekak ini selepas minum air. Hilang terus rasa dahaga.

            Pintu diketuk beberapa kali dan Diana masuk dengan membawa beberapa buah fail di tangannya.

            Wajah Aziz berubah. Apa lagi la Diana ni nak? Seminit pun tak bagi dia rehat. Mesti ada saja kerja nak bagi. Stress betul!

            Ini info pasal AB Jewels, AB Hotel, AB Nasi Kandar dan AB Convinence Store! You wajib  tahu selok belok semua business operations AB Groups. Baca dan ingat! Lepas tu you dah boleh balik.”

            Terus saja wajah Aziz bercahaya selepas dengar perkataan balik. Maksudnya dia boleh balik awal. Segaris senyuman di wajahnya. Yahoo, boleh balik awal!

            Balik pukul 5 petang! Ikut office hour! Bukan balik awal! Faham!”

            Wajah Aziz berubah keruh serta merta. Terus saja mendung! Mulutnya terkumit-kumit. Macam-macam sumpah seranah keluar, siap dengan jampi lagi. Marah punya pasal.

            Diana meletakkan semua fail itu atas meja.

            Lunch meeting hari ini …..” Azhar bersuara. Setahu dia, Aziz tak ada lunch meeting dengan sesiapa pun. Dia ada tengok schedule Aziz pagi tadi tapi bila Diana beritahu kat Adriana yang Aziz ada lunch meeting, dia terkejut jugak.

            Tak ada! Lunch meeting tak ada. You boleh keluar lunch dengan bos!” jawab Diana.

            Okey!”

            Bos kalau tak ada apa-apa I keluar dulu!” kata Diana. Dia terus berlalu keluar.

            Selepas saja Diana keluar, Aziz terus bangun.

            Kalau tak ada apa-apa, I keluar dulu!” Sengaja Aziz ejek cari Diana bercakap.

            Azhar ketawa kecil.

            Argh…. Baru sehari kerja, dah stress! Dapat pulak PA macam Diana tu. Lagi bertambah stress!” Aziz mendekati meja dan diselek fail yang dibawa Diana tadi.

            Bos! Jangan la nak stress sangat. Jom kita pi lunch. Dah waktu lunch ni, kita pi makan kat AB Nasi Kandar. Fuh, memang sedap ! Confirm stress hilang.” ajak Azhar.

            Aku memang nak ajak makan kat sana pun. Aku nak try jugak. Jom! Jom!”  Tiba-tiba Aziz teringat, dia teringin nak makan kat situ. Lagipun perut dia pun sudah mula berbunyi, yang penting perut perlu diisi. Wajah Aziz kembali ceria.

            Azhar mengikuti Aziz keluar. Kalau bab makan saja, laju betul! Azhar tersengih.

 

                                    ****************************************

            MENU yang ada ada tangan dibelek. Aziz membaca satu persatu menu yang tertulis di situ. Macam-macam ada. Set tandoori pun ada! Roti naan pun ada! Set briyani pun ada. Aziz mula rambang mata. Lapar pun pasal, semuanya nampak sedap. Semuanya nak telan.

            Bos, try nasi kandar ayam berempah set! Sedap! Wajib cuba.” cadang Azhar. Dia selalu makan dengan mak ayahnya.

            Ya ke? Kalau macam tu, aku ikut saja. Air…. pulak! Aku nak teh tarik la. Panas!” Aziz tersengih.

            Azhar terus mengangkat tangan dan seorang pelayan datang ke meja mereka berdua. Pelayan itu mengambil oder mereka dan terus berlalu pergi.

            Wah, ramainya orang time lunch ni!” Aziz memanjangkan lehernya. Hampir seluruh meja penuh dengan orang. Famous sangat ke nasi kandar ni? Tak sangka baru tiga tahun buka dah ada 25 buah cawangan di sekitar utara Semenanjung Malaysia.

            Sebab tu la depa ambil tiga lot kedai! Dulu satu lot kedai ja! Sebut saja AB Nasi Kandar, semua orang tau!” cerita Azhar.

            Beberapa minit kemudian, minuman dan makanan sampai. Bau saja sudah buat perut Aziz berkeroncong, dia terus menadah tangan membaca doa makan.

            Makan! Makan!” jemput Aziz.

            Azhar tersengih lihat telatah Aziz makan. Macam tak makan breakfast pun ada. Lahap betul Aziz makan. Mulut Aziz tak henti-henti memuji. Azhar mula menjamah.

            Selesai makan, Aziz menyisip air teh tarik buat kali terakhir.

            Alhamdulilah, kenyang! Memang sedap! Thumbs up!” kata Aziz. Tisu dicapai dan mulut dilap.

            Stress dah hilang kan! Jom, balik! Dah nak dekat pukul dua.” ajak Azhar. Dikerling ke arah jam tangannya. Lambat balik nanti kena marah pulak. Dia dapat membayangkan Diana menunggu kepulangan mereka berdua dengan wajah bengis. Bulu roma terus meremang.

            Awal lagi la. Lepak la dulu, kelam kabut nak balik buat apa! Aku ni bos besar kat ofis tu! Suka hati aku la nak balik ofis pukul berapa! ” jawab Aziz. Hakikat sebenar dia malas nak balik ke pejabat.

            Bos ni sengaja kan nak cari pasal dengan Cik Diana!”  Azhar mula susah hati.

            Eh! Eh! Diana tu PA ja! Pangkat aku lagi besar, Azhar patut ikut cakap aku bukan Diana tu! Diana patut tahu sapa bos! Aku ni bos dia, faham!” tegas Aziz. Dia akan tunjukkan pada Diana siapa kepala kuasa. Jangan harap la dia nak ikut cakap Diana saja. Tangan terus diangkat memanggil pelayan.

            Bos ni memang sengaja cari penyakit!” kata Azhar dengan suara perlahan. Dia melihat Aziz oder lagi makanan dan minuman. Dia hanya mampu melepaskan keluhan

                                                ***********************************

            MAK ETON yang ada di ruang tamu tersenyum melihat kepulangan Aziz dan Azhar. Yang jelas wajah Aziz nampak keletihan. Pukul 9 malam baru balik.

            Lambatnya balik, banyak sangat ka kerja? Takkan first day dah banyak kerja?” tanya Mak Eton.

            Azhar menoleh melihat Aziz.

            Asalnya boleh balik awal, Abang Aziz buat hal pulak. Kononnya nak tunjuk kat Kak Diana, sapa bos kat AB Group! Jawabnya balik lambat la!” beritahu Azhar. Mereka berdua balik ofis pukul 4 petang, Diana sudah terpacak menunggu mereka berdua di pintu masuk lobi.

            Mulut Aziz terus muncung. Sakit hati bercampur geram apabila memikirkan perangai Diana!

            Aaa… La ni hang dah tahu kan sapa bos!” kata Mak Eton diakhiri dengan ketawa.

            Mak Eton ni kan, tak habis-habis nak backup Diana tu!” kata Aziz. Muka dah macam kena makan cuka. Masam!

            Sapa suruh hang cari pasal dengan Diana. Aaa… Pi naik atas mandi sembahyang lepas tu turun makan! Mak Eton masak nasi tomato dengan ayam masak merah. Hampa dua makan sama-sama nanti. ”

            Nasi tomato! Sedapnya. Perut memang dah lapar ni.” Aziz tersengih. Matanya terpandang ke arah gelas kosong di meja kecil ruang tamu.

            Ada tetamu ke tadi, Mak Eton?” tanya Aziz.

            Hmm… Aizat! Baru lima minit balik.” jawab Mak Eton. Gelas kosong itu diambil.

            Wajah Aziz nampak terkejut. Apasal pulak Aizat datang rumah!

            Abang Aizat tunggu Kak Diana balik ka?” Azhar bertanya.

            Mak Eton tersenyum kelat.

            Kenapa Aizat tunggu Diana?” tanya Aziz dengan wajah terpinga-pinga.

            Laaa… Mesti Azhar lupa nak cerita kat hang! Aizat tu tergila-gilakan Diana. Macam Adriana tergila-gila kat hang.”

            Apa! Aizat playboy tu sukakan Diana! Biar betul! Perempuan muka ketat sejuk beku macam tu Aizat suka. Mata Aizat ada masalah ka!” Aziz terkejut dan tak percaya.

            Hang tu yang ada masalah. Diana tu baik orangnya. Jangan tengok orang dengan mata kasar!” tambah Mak Eton lagi.

            Tengok backup Diana lagi. Tak apa la, dalam rumah ni, Aziz seorang saja jahat.” Mulut Aziz kembali muncung. “ Aziz naik atas dulu!”

            Mula la nak berdrama Si Aziz tu.” Kata Mak Eton. Dia melihat Aziz mendaki anak tangga ke tingkat atas.

            Mak ni! Macam la tak kenal perangai Abang Aziz tu. Biaq la. Nanti lama-lama, Abang Aziz akan kenal siapa Kak Diana!”

            Mana Diana? Tak balik sama-sama dengan hampa ka?” tanya Mak Eton. Dia baru teringatkan Diana.

            Kat ofis lagi! Ada banyak kerja nak kena settle katanya.”

            Itu seorang lagi! Kat kepala otak tu, asyik ingat kerja saja.” Mak Eton mula membebel.

            Mak! Dari mak dok pot pet pot pet laguni, kan baik mak pi perangat nasi dengan lauk sekali. Makan panas-panas lagi sedap!” Azhar tersengih. Tangan diletakkan di bahu Mak Eton.

            Mak jugak yang kena perangat! Hang tak reti nak perangat sendiri ka!” Mak Eton menjeling.

            Azhar tersengih seraya sama-sama berjalan dengan Mak Eton ke dapur.




 

 

 

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...