Sunday, May 25, 2025

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

 

πŠπŽπŒππˆπ‹π€π’πˆ 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - ππŽπ’π“π€π‹π†πˆπ€ - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐒𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚π₯𝐚𝐦 𝐑𝐞π₯𝐚𝐒𝐚𝐧.

Kami kumpulkan karya-karya cerpen dari penulis-penulis terbaik Karyaseni. Selamat membaca dan semoga terhibur.

β€’ Fatinilam Sari Ahmad - Bintang Subuh
β€’ PyNat Mouri - Hujan Rindu
β€’ Hana Ilhami - Rendang Burung Buat Siti
β€’ Umi Kalsom - Pengantin Ganti
β€’ Weeda Airiza - First Love
β€’ E-Man Sufi - Mendamai Takdir
β€’ Azimah Lily - Cinta Sehala
β€’ Syamnuriezmil - Hari Untuk Menikmati
Hidup
β€’ Rehan Makhtar - Jejak Ke Syurga
β€’ Umie Nadzimah - Bukan Gadis Buangan
β€’ Norzailina Nordin - Terukir Untukmu

πƒπ€ππ€π“πŠπ€π π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐋 πƒπˆ πππ€πŠπ‹. 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐧𝐒 𝐚𝐀𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐒 𝐬𝐭𝐨𝐀 𝐝𝐒 𝐖𝐨𝐫π₯𝐝 π“π«πšππž π‚πžπ§π­π«πž

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2025 DI WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR

KEJUTAN DEMI KEJUTAN AKAN KAMI BERIKAN.. TERUSKAN BERSAMA KARYASENI

Jumpa anda sekali lagi tahun ini 2025 di Pesta Buku Antarabangsa 2025 - World Trade Centre Kuala Lumpur.

Pasti lebih meriah dan lebih terbaik. Kami berada di tempat baru yang lebih luas dan selesa.





CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 5)

 


Dua minggu berlalu…..

            Aiman memandang ke arah Emma yang sedang rancak berbual dengan Janna dan geng di dalam kelas.  Dahinya sedikit berkerut. Memang pelik perangai Emma sejak dua minggu yang lalu. Emma tak datang langsung menegur Rauf. Kalau tak, awal-awal lagi Emma sudah ada di sebelah Rauf.

            β€œKau gaduh dengan Emma ke?” tanya Aiman.

            Rauf yang sedang membaca nota terus menoleh melihat Aiman.

            β€œTak la.” Jawab Rauf

            β€œHabis tu kenapa Emma tak datang dekat dengan kau langsung?” Aiman hairan.

            β€œMana aku tahu, kau tanyalah dia.” Jawab Rauf lagi. Wajah jelas selamba.

            β€œKau ni cakap macam tak ada perasaan, macamlah Emma tu orang luar. Emma tu cinta gila-gila dekat kau, kau tak rasa pelik ke bila Emma berubah macam ini? Hari itu last aku jumpa Emma, Emma excited sangat nak jumpa kau, siap suruh aku kirim salam lagi dekat kau. Emma ada mesej atau call kau tak masa cuti hari itu?” Aiman menggelengkan kepala.

            β€œAda tapi aku tak jawab dan tak balas pun mesej dia.” Jawab Rauf. Dia kembali membaca nota dia.

            β€œPelik! Memang pelik.” Kata Aiman. Dia memandang Emma sekilas pandang sebelum melihat ke arah telefon pintarnya semula.

            Rauf mengangkat wajahnya perlahan-lahan dan melirikkan matanya ke arah Emma supaya tidak disedari oleh Aiman yang duduk di sebelah dia.

            Aiman menyedari kelakuan Rauf. Ada sedikit senyuman di bibir Aiman.  


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 4)

 


    Tibanya di rumah sewa, Emma masuk ke dalam bilik tidurnya yang dikongsi dengan Janna. Bag galas diletakkan di atas meja study dan dia melihat semula jadual kelas untuk esok.

            Emma menoleh setelah menyedari Janna masuk.

            β€œMacam mana? Perut dah okey ke?” tanya Emma. Sebaik saja sampai ke rumah, Janna terus berlari ke tandas.

            β€œ Fuh lega dah lepas, nasib baik perut meragam masa sampai rumah.” Janna terus duduk di katil dia selepas menutup pintu bilik.

            β€œKau macam mana dah okey ke?” Janna bertanya pula.

            Emma tersentak dengan soalan Janna.

            β€œ Cuba cerita apa dah jadi sebenarnya? Share dengan aku. Hari ini seharian kau tak sebut nama Rauf, kat kelas pun kau tak dekat langsung dengan Rauf. Selama ini, kau selalu berkepit dengan Rauf. Duduk sebelah Rauf, lunch dengan Rauf, bercakap dengan Rauf tapi hari ini kau langsung tak buat semua tu. Semua orang pelik dengan perangai kau hari ini. Pagi tadi sebelum pergi kuliah, kau happy sangat sebab nak jumpa Rauf. Tiba-tiba sekelip mata kau berubah, kenapa? Rauf ada cakap something kat kau? Rauf sakitkan hati kau?” tanya Janna bertubi-tubi. Dia risau sebenarnya.

            Air muka Emma berubah keruh dan kemudian dia terus menangis.

            Janna terkejut. Dia mendekati Emma.

            Emma memeluk Janna dan terus menangis.

            β€œMenangis sampai hati kau puas, Emma!” Janna mengusap bahu sahabat baiknya itu.

            Selepas lima minit, Emma berhenti menangis dan bertenang. Dia merungkai pelukkan mereka berdua.

            β€œCiter kat aku, apa dah jadi ni?” tanya Janna lagi.

            Emma menceritakan apa yang berlaku pagi ini dekat Janna.

            β€œMasa itu buat aku terfikir, Rauf tak pernah pun senyum dan ketawa bila dengan aku. Kenapa? Sebab Rauf tak pernah suka aku. Aku usaha macam mana pun, kalau orang dah tak suka, sampai bila-bila takkan suka. Saat itu sekelip mata, mata aku terbuka, hati aku terbuka, aaaa…. Cinta aku ini cinta sehala, Rauf takkan toleh ke belakang tengok aku pun, aku saja yang asyik pandang dari belakang. Aku pentingkan diri sendiri dan abaikan perasaan Rauf. Mesti Rauf rimas kan, aku asyik ikut dia ke mana-mana saja. Aku dah fikir masak-masak, Janna. Aku akan lepaskan Rauf, memang hati ini sakit dan sedih tapi demi kegembiraan Rauf, aku mengalah. Cinta tak semestinya untuk dimiliki, aku reda, first love is one you never forget.” Emma meluahkan perasaan dia. Baki air mata yang mengalir dikesat dengan jarinya.

            Janna menahan diri dari bersedih selepas mendengar cerita Emma.

            β€œSo aku tekad tahun ini, aku nak fokus belajar saja. Dah tahun ketiga kan, tak boleh main-main lagi. Perlahan-lahan aku cuba lupakan Rauf, masa yang akan jadi penentu segala-galanya kan!”  tambah Emma lagi. Dia cuba tersenyum kelat.

            β€œ Tepat sekali. Kau jangan fikir pasal Rauf, Rauf yang rugi sebab tak tahu hargai kau. So malam ini kita makan sate, aku belanja kau sempena kau nak mulakan hidup baru.” Janna tersenyum. Dia cuba memujuk hati Emma.

            β€œWow, sate! Memang favourite aku tu.” Emma ketawa kecil. Dalam hati, dia mengucapkan selamat tinggal dekat Rauf.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 3)

 



      Setelah Puan Arini keluar, Emma mengemas barang-barang dia dan dimasukkan ke dalam bag galasnya.

            β€œSo girls, kita nak lunch kat mana?” tanya Emma. Perut dia mula berkeroncong lapar. Dia melihat ke arah Janna, Zaleha, Pamela dan Wani yang merupakan teman sekelas dan jugak teman serumah dia.

            Janna terus bangun.

            Zaleha, Pamela dan Wani turut sama terkejut.

            β€œKau tak sihat ke hari ini? Tak pernah-pernah kau nak lunch dengan kami, selalunya kau ikut Rauf dengan Aiman pergi lunch.” Tanya Janna. Dia rasa pelik dengan perangai Emma.

            β€œSekali sekali aku nak jugak lunch dengan korang, lagipun kelas ini bukan ramai pun geng perempuan.” Jawab Emma. Tak mustahil kalau mereka rasa dia pelik sebabnya selama ini, dia selalu lunch dengan Rauf dan Aiman. Dia akan mengikut ke mana saja Rauf dan Aiman pergi sepanjang berada di universiti.

            β€œKau gaduh dengan Rauf ke?” tanya Pamela dengan dahi berkerut.

            β€œMana ada gaduh pun, jom makan! Aku lapar la, breakfast tadi aku makan roti saja.” Emma bangun dan menggosok perutnya beberapa kali. Tanpa mempedulikan pandangan kawan-kawannya, Emma mengatur langkah keluar.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 2)

 



     Selepas memparkir keretanya, Emma mempercepatkan langkah menyusuri koridor menuju ke dewan kuliah pagi ini. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan Rauf, hatinya berbunga-bunga apabila memikirkan pujaan hatinya.

            Langkah Emma tiba-tiba terhenti, pandangan tepat ke arah Rauf yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di koridor. Hatinya tersentak apabila melihat Rauf tersenyum dan ketawa. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu, sepanjang dua tahun Rauf tak pernah pun senyum dan ketawa sebegitu dekat dia.

            Emma mengubah laluan dan berjalan ke arah tandas perempuan. Mujurlah tiada orang, dia melihat dirinya di cermin. Dia berfikir seketika dengan wajah serius.

            β€œSelama ini sikit pun Rauf tak pernah senyum dan ketawa dekat aku. Bila aku cakap, Rauf hanya cakap sepatah lepas itu terus diam. Aku ada sebelah pun, Rauf buat macam aku tak wujud pun. Entah-entah selama ini Rauf rimas dengan aku sebab itu Rauf tak pernah senyum dan ketawa. Aku ke penyebabnya?” Emma bercakap seorang diri. Bila difikirkan dia hanya memikirkan dirinya saja tanpa memikirkan pasal Rauf.

            Emma terkejut apabila telefon pintarnya berbunyi. Dia segera menjawab.

            β€œWaalaikumssalam. Ya, Janna. Aku dah sampai, aku kat toilet. Jap gi aku masuk.” Jawab Emma. Dia melihat jam tangannya sudah pukul 8.30 pagi. Alamak, kelas dah nak bermula. Selepas menamatkan panggilan Janna, Emma berlari anak-anak memasuki dewan kuliah itu.

            Emma melihat tempat duduk kosong di belakang Janna. Dia terus duduk di situ.

            β€œFuh, nasib baik aku sempat sebelum Puan Arini datang.” Kata Emma.

            Janna menoleh ke belakang dengan wajah terpingga-pingga.

            β€œApa hal pulak kau duduk di sini?” tanya Janna dengan wajah terkejut.

            β€œAku duduk kat sini sebab aku nak belajar la.” Jawab Emma tanpa menyedari yang semua orang di dalam dewan kuliah itu melihat ke arahnya.

            β€œSelalunya kau …..” Belum sempat Janna menghabiskan ayatnya bertanya, dia terkejut mendengar suara pensyarah mereka. Dia cepat-cepat memandang ke hadapan.

            Emma mengeluarkan buku nota dan pencil case dari bag galasnya. Tumpuan dia ke arah Puan Arini yang berdiri di hadapan mereka.


Thursday, May 22, 2025

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI) (PART 1)

 

         


       Emma membasuh kereta Perodua Viva miliknya dengan bersungguh-sungguh. Dia memastikan tiada kotoran di kereta itu. Maklumlah petang ini, dia akan pulang ke rumah sewanya di Pulau Pinang. Dua hari lagi bermulalah kehidupan dia sebagai pelajar tahun ketiga di USM Nibong Tebal dalam jurusan kejuruteraan awam.

            β€œOi… Orang sebelah basuh kereta ke?”

            Emma menoleh ke rumah sebelah dan melihat Aiman yang tersengih.

            β€œTak la aku tengah basuh lori tanah.” Jawab Emma dengan wajah selamba.

            β€œSuka sangat loyar buruk dengan aku!” Aiman menggelengkan kepala. Dia dan Emma sama-sama belajar di universiti yang sama malah dalam jurusan yang sama.

            β€œDah soalan kau tak masuk akal langsung, kau nampak kan aku tengah basuh kereta kan! Aaa…. Bila kau nak balik rumah sewa kau?” soal Emma.

            β€œEsok pagi, ni mesti kau nak tanya bila Rauf balik sana kan?” jawab Aiman dan kemudian ketawa. Dia tahu Emma memang tergila-gilakan kawan baiknya, Rauf.

            β€œ Baguslah kalau kau faham. Hmm… Cinta hati aku balik bila?” tanya Emma. Pertama kali jumpa dengan Rauf, dia terus jatuh cinta. Lelaki tinggi lampai berkulit kuning langsat itu adalah cinta pertama dia. Rauf seorang yang pendiam dan bijak. Bagi dia, Rauf adalah lelaki idaman yang dia cari-cari selama ini namun sayang cintanya berkali-kali ditolak oleh Rauf tetapi dia tetap tidak berputus asa untuk memiliki cinta Rauf selagi hati Rauf masih belum berpunya.

            β€œSama aku jugak, esok pagi. Kau bila balik pulak?”

            β€œAku balik petang ini sebab housemates aku semuanya balik petang ini, esok kami nak bersihkan rumah sewa kami, dah tinggal lama kan, mesti berhabuk dengan kotor. Nanti jumpa Rauf, kirim salam sayang aku dekat dia.” Jawab Emma. Dia tersenyum meleret.

            β€œYalah! Tak habis-habis aku jadi posmen karat kau. Tahun ini dah masuk tahun ketiga, kau still lagi nak mengorat Rauf lagi ke? Sudah-sudahlah tu, cinta kau rasanya dah kali keberapa Rauf tolak? Dah lebih seratus kan?” kata Aiman. Walaupun beberapa kali ditolak oleh Rauf, Emma tetap tidak putus asa malah cuba mendekati Rauf. Memang keras kepala betul anak sulung Pak Cik Umar dan Mak Cik Hidayah. Dia memandang wanita kecil molek dan bertudung litup di hadapannya.

            β€œEh… tolong sikit, cinta aku baru 95 kali ditolak Rauf. Kau jangan nak sebar berita palsu pulak. Cinta aku dekat Rauf tulus dan sejati, aku ini jenis setia pada yang satu. Datanglah lelaki handsome macam Chris Evans nak mengorat aku, hati aku takkan berubah seinci pun. Hanya Rauf di hati aku dan sentiasa abadi sehingga ke nafas yang terakhir.” Emma membetulkan kata-kata Aiman.

            β€œWek… Nak termuntah aku dengar, suka hati kau lah. Aku masuk dulu.” Kata Aiman. Dia terus meninggalkan Emma.

            β€œIngat tau, kirim salam aku dekat Rauf.” Pesan Emma sebelum Aiman masuk ke dalam rumah.

            β€œYa…” sahut Aiman dengan kuat.

            Emma tersenyum gembira dan kembali menyambung kerjanya membasuh kereta pada pagi ini. Dia sudah tak sabar mahu memulakan sesi kuliah yang baru tahun ini. Yang paling penting, dia sudah tidak sabar berjumpa Rauf. Walaupun orang mengata dia terhegeh-hegeh dekat Rauf, dia sikit pun tak peduli asalkan dia ikhlas menyukai Rauf.

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  πŠπŽπŒππˆπ‹π€π’πˆ 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - ππŽπ’π“π€π‹π†πˆπ€ - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐒𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚π₯𝐚𝐦 𝐑𝐞π₯𝐚𝐒𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...