Tuesday, August 12, 2014

Namaku Bougainvillea Bab 6

BAB 6

            Mazlina sedang menikmati minum petang seorang diri di taman yang berkonsepkan moden tropika. Suasana tropika membuatkan jiwa Mazlina berasa tenang dan persekitarannya begitu mendamaikan  Dia berasa seolah-olah berada di resort mewah dengan adanya kolam renang membiru di hadapannya. Deretan Pinanga patula disepanjang kolam renang mendamaikan lagi suasana yang menghijau.

            “Auntie!”  Mazlina mengetap bibir dan membuat mimic muka. Dia sedar siapa pemilik suara itu. Kedamaian dan ketenangan yang sedang dinikmati tadi hilang begitu saja.

            Bella berdiri di hadapan Mazlina dengan wajah muram. “Auntie! Plan Bella tak menjadi. Lepas tu, dia kata dia akan sue Bella jika Bella keluarkan artikel palsu tentang hubungan kami berdua.” Bella melabuhkan punggung di kerusi besi dengan kasar. Dia geram.

            “Auntie dah cakap dari awal lagi kan, Bella yang tak nak dengar . Orang macam Adi tu takkan mudah untuk diperangkap. Dia 10 kali ganda lebih cerdik dari Bella, tahu tak. “

            “Ala, auntie! Please, tolonglah.” Bella merayu.

            “Bella, carilah orang lain. Lupakan saja Adi tu. Dia tu kuda liar yang susah nak dijinakkan. Buang masa saja.” Pujuk Mazlina. Sebenarnya dia malas nak masuk campur terutamanya hal yang berkaitan dengan anak tirinya.

            “Auntie kena tolong Bella. Auntie dah lupa janji auntie dan arwah mama Bella ke? “

            Mazlina mengeluh kuat. Ya, memang aku ada janji dengan arwah kakak aku untuk menolong Bella mencapai impiannya. Tetapi bukan impian yang ada kaitan dengan Adi. Argh…malas betul.

            “Auntie!” panggil Bella. Hairan melihat Mazlina yang termenung seketika.

            “Baiklah.” Jawab Mazlina dengan lemah. Nak ke tak nak, aku kena buat jugak. “Tetapi ini last auntie tolong Bella, ingat tu!” tegas Mazlina. Dia malas nak campur urusan cinta antara Bella dan Adi. Jika ikutkan hati, dia tak suka Bella berkahwin dengan Adi. Baginya Bella tak sesuai dengan Adi.

            Dahi Bella sedikit berkerut. “Ya tapi plan auntie mesti menjadi. Kalau tak, Bella tak nak cakap dengan auntie lagi di sini.” ugut Bella seperti kanak-kanak kecil.

            “Ikut suka hati, Bella. Biar auntie fikir dulu. Bagi masa kat auntie.”

            “Baiklah. Tetapi auntie kena pastikan plan auntie perfect dan menjadi. Yang pasti, tahun ni Bella berkahwin dengan Abang Adi.” Suara Bella berbunyi riang. Dia sudah mula mengimpikan bagaimana kehidupan mereka selepas berkahwin. Pasti bahagia. Yang pasti, ramai orang akan cemburu dengan perkahwinan aku. Bella ketawa kecil pula.

            Mazlina menggelengkan kepala.  “Sempat lagi budak ni berangan. Tak menjadi, baru padan muka.” Kata Mazlina dengan suara perlahan. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena! Mazlina mencebek mulut.

           
                                                *************************

           
            “Kak Long, Tijah tengok mereka berdua tu lain macam saja seolah-olah sedang merancang sesuatu.”  Raja Khatijah bersuara sebaik sahaja duduk di sebelah kakaknya yang sedang membaca majalah wanita.  Semasa dia keluar dari ruang dapur, kebetulan dia melalui taman moden tropika yang merupakan tempat kesukaan Mazlina.  Dia ada dengar Bella menyebut nama Adi tetapi sayang dia tak dapat dengar perbualan mereka berdua.

            “Plan apa? Biarlah.”

            “Tapi Kak Long ….mereka ada sebut nama Adi, entah-entah mereka sedang plan sesuatu kat Adi. Mereka tu kan licik. Kak Long nak ke Si Bella tu jadi isteri Adi?“ Raja Khatijah runsing.

            “Oh please, perempuan macam Bella tu tak layak bergelar isteri Adi. Kak Long lebih relakan kahwinkan Adi dengan tukang kebun, tahu tak” Raja Khalida menutup majalah yang dibacanya dengan kasar.  Perasaan marah membuak-buak di dada apabila mendengar nama Bella.

            “Nenek nak kahwinkan Adi dengan tukang kebun, biar betul?” Raja Awwadi ketawa. Kebetulan hari ini dia balik awal semata-mata untuk celebrate birthday nenek kesayangannya. Dia menyorok  sejambak bunga orkid di belakang badannya. Kononnya nak surprise nenek.

            Raja Khalida membuat mimic muka sebagai tanda merajuk. Pandangan dialih ke arah lain. Dia sedih kerana satu-satunya cucu tunggal terlupa ucapkan selamat hari lahir padanya.

            “Nenek!” Raja Awwadi mendekati Raja Khalida.

            Tiba-tiba Raja Khatijah menampar belakang badan Raja Awwadi. “Budak bertuah ni, birthday nenek sendiri boleh lupa. Itulah orang muda sekarang, pentingkan kerjaya dari keluarga sendiri.” Kata Raja Khatijah seraya senyuman terukir di bibir sebaik sahaja melihat sejambak bunga orkid di belakang badan Raja Awwadi.

            “Aduh, bisanya. “ Raja Awwadi menggosok belakang badan. 

            “Pujuk nenek Adi cepat.”

            “Baiklah..” Raja Awwadi melutut secara tiba-tiba di hadapan Raja Khalida yang sedang duduk.

            Raja Khalida tercengang.

            “Happy Birthday, nenek!” Raja Awwadi menghulurkan sejambak bunga kegemaran neneknya. “Ambillah! Nenek, Adi tak lupa birthday nenek. Pagi tadi ada hal di office. Tengok, sekarang ni baru pukul 3.00 petang. Adi balik awal semata-mata kerana nak celebrate birthday nenek. For your info, Adi cancel semua appointment petang ni. Especially because of you, nenek. Look, bunga ni Adi sendiri pergi ke kedai dan pilih untuk nenek. Sebelum ni, Fairuz yang order tetapi hari ini Adi buat sendiri. Malam ni, kita bertiga dinner di GB Hotel. Adi dah suruh chef kegemaran nenek masakkan semua lauk kegemaraan nenek termasuklah gulai lemak ikan patin.” Bersungguh-sungguh Raja Awwadi memujuk buah hatinya.  Nenek ni, kalau dah merajuk susah betul nak pujuk.  Umpan aku jangan haraplah nak mengena. “Nenek!” Raja Awwadi memanggil dengan nada suara manja. Masih juga tiada reaksi.

            Raja Khalida masih kaku mendiamkan diri. Wajahnya masam. Wajah Raja Awwadi tidak dipandangnya.

            Pandangan Raja Awwadi beralih. “Nenek Tijah, say something.” Dia cuba meraih simpati dari nenek saudaranya.

            “Sorry, ini bukan masalah Nenek Tijah ye.”

            Wajah Raja Khalida dan Raja Khatijah dipandang.  Pasti mereka berdua dah berpakat nak kenakan aku. Argh …terpaksalah aku pujuk guna taktik lain pulak. “Ok! Nenek, Adi minta maaf. Hmm…beginilah, Adi akan beri satu wish untuk nenek. Wish tu nenek boleh minta apa saja dari Adi, Adi akan tunaikan.”

            “Apa saja! Tak kisah apa-apa pun.” Akhirnya Raja Khalida bersuara. Anak matanya yang tadi suram, bercahaya secara tiba-tiba.

            Raja Awwadi tersenyum lebar. Yes, berjaya. “Ya.”

            “Satu saja ke?” Wajah Raja Khalida menjadi masam semula. Dia memandang ke arah lain sekali lagi.

            Dahi Raja Awwadi sedikit berkerut. Dah bagi betis, nak peha pulak. Nasib baiklah nenek sendiri. Nak bagi ke tak? Kalau bagi lebih, entah benda pelik apa pula yang nenek minta. Argh….tak kisah la. Hari ni birthday nenek, anggap saja hadiah aku untuk nenek. “Baiklah. Dua saja. Tak boleh lebih nenek. Tak ada sesi tawar-menawar selepas ni lagi.” Tegas Raja Awwadi.

            Raja Khalida kembali tersenyum mendengar persetujuan dari Raja Awwadi. “Baiklah. Hmmm…Wish nenek yang pertama, nenek nak renovate Taman Bali ni bertukar menjadi Taman Malaysia. Nenek nak Adi sponsor semua kosnya. Boleh?”

            “Renovate lagi?” Raja Awwadi menggaru kepala yang tak gatal. Rambutnya menjadi sedikit kusut. Matanya menjelajah di setiap sudut di situ.

            “Kak Long, dua tahun lepas kan dah renovate taman ni. Membazir!” Raja Khatijah bersuara. Masih elok dan cantik lagi taman ni.

            “Kali ni, Kak Long mahu tentukan apa yang Kak Long nak untuk Taman Malaysia. Hanya tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Malaysia saja yang boleh menghiasi Taman Malaysia. Taman yang lain dari konsep taman yang sedia ada. Different and unique.” Raja Khalida dah mula terbayang konsep Taman Malaysia. Tiba-tiba saja dia dapat idea.

            “Kalau macam tu, nenek suruhlah mereka tanam sekali pokok durian. “ perli Raja Awwadi. Taman Malaysia! Dari mana pulak datangnya konsep taman seperti itu. Selalunya konsep taman yang aku dengar seperti taman bali, taman inggeris dan taman jepun. Inilah akibatnya jika selalu menonton tv.

            “Bagus idea, Adi tu. Hmmm…Selain pokok durian, nenek akan suruh mereka tanam pokok manggis, pokok manga dan macam-macam lagi pokok buah-buahan. And ……nenek suruh mereka bina pondok sekali. Baru perfect. Kita letak pondok tu di tengah-tengah. Mesti best kalau musim durian, boleh kita tidur di pondok tu tunggu durian luruh. Wah, mesti best.” Raja Khalida tersenyum melihat raut wajah cucunya yang dah berubah pucat.

            Terkebil-kebil mata Raja Awwadi melihat gelagat neneknya. Biar betul nenek ni! Itu bukan taman , dah jadi dusun kalau macam tu. Nenek bergurau kot? Kalau betul, teruklah. “Nenek, bergurau kan.”

            “Kak Long , dah! Lebih-lebih pulak ….” Raja Khatijah mencelah. Dia tahu kakaknya bergurau dengan Raja Awwadi. Ada ke patut nak tanam pokok durian di sini?

            Raja Khalida ketawa. Dia puas kerana dapat kenakan cucunya.

            “Hish …nenek ni, suka sangat kenakan Adi.”

            “Kalau nenek nak tanam pokok durian, lebih baik nenek beli tanah jadikan dusun. Nenek saja nak test Adi. Nenek acah sikit saja, Adi dah cuak” Dia mengambil sejambak bunga orkid dari tangan Raja Awwadi. “Thank you.”

            “You’re welcome, my lovely nenek.  So ada satu lagi kupon yang nenek tak guna. Next time, nenek beritahu. Oklah, esok Adi suruh Fairuz call Puan Haliza dan jumpa nenek esok. Nenek bincanglah konsep apa yang nenek nak. Tak kisah lah…..Taman Malaysia ke? Taman Melayu Tropika ke? Taman Asia Tenggara ke? Tapi budget mesti kurang dari RM70 ribu.” Beritahu Raja Awwadi lagi.

            “Itu mesti perli nenek, kan!” Raja Khalida membuat mimic muka.

            “Ya ke?” Tiba-tiba anak mata Raja Awwadi membesar.  “Oklah, nenek. Adi nak masuk berehat. Selepas solat maghrib, kita keluar. Nenek Tijah pun sama. Kena siap on time, okey! ” Anak mata dikenyitkan sebelum melangkah masuk ke dalam mahligai mewah. Tali leher dilonggarkan.

            Setelah kelibat Raja Awwadi hilang dari pandangan, Bella datang menghampiri mereka yang sedang berbual. “Abang Adi dah balik ke?” soal Bella. Dia melihat di sekeliling. Memang betullah, tadi aku dengar  suara Abang Adi. Tetapi mana dia? Sekejap saja dah hilang.

            Raja Khalida dan Raja Khatijah masih berbual. Mereka berpura-pura tak mendengar soalan. Semakin rancak mereka berbual seolah-olah Bella tiada di situ.

            “Nenek!” jerit Bella. Geram dan sakit hati. Aku ni macam tak wujud saja. Bella mengetap bibir. Semakin hari semakin menyampah aku tengok dua orang tua ni. Tanpa membuang masa, Bella terus mengangkat kaki meninggalkan Raja Khalida dan Raja Khatijah.

            “Nenek! Aku bukan nenek kau. Ikut suka hati dia, panggil aku nenek.” Raja Khalida bersuara. Dia memandang ke arah Bella yang sudah jauh meninggalkan mereka. Wajah Raja Khalida masam mencuka.

            “Muka tembok! Spesis tak tahu malu.” Raja Khatijah menyampuk. Dia pun tak suka dengan perangai Bella. “Kak Long, Tijah rasa Kak Long kena kahwinkan Adi tu cepat-cepat.  Perempuan tu dah macam desperate sangat nak kahwin dengan Adi. Tijah takut kalau mereka tu rancang nak perangkap Adi” Kebimbangan yang selama ini akhirnya diluahkan.

            “Kak Long tahu. Nanti kita fikirkan caranya.” Hakikatnya kebelakangan ni, dia rasa tak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang akan menimpa keluarganya.

                                                ******************************

            Langsir sliding door ditarik sedikit ke tepi. Zakri memerhati gelagat ibu saudaranya dari jauh. Pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran Mak Su. Itu rutin Mak Su jika ada masalah. Dia terkejut melihat dahi Mak Su yang ditampal. Kata Mak Su, dia terjatuh. Tetapi aku tak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh Mak Su. Gerak hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang telah terjadi hari ini. Zakri mengeluarkan telefon bimbit jenama Lenovo miliknya. “Aku nak telefon siapa? Kak Fatimah ke? No …No….Kak Fatimah tu takkan beritahu aku apa yang terjadi.  Suzie …..Oh ya, Suzie! Suzie mesti tahu.” Zakri tersenyum. Nasib baik dia ada simpan no telefon pekerja baru yang berketurunan Baba Nyonya yang baru saja 5 bulan bekerja di situ.
            Zakri tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Suzie. Pada mulanya Suzie enggan menceritakan hal sebenarnya tetapi akhirnya Suzie mengalah dan menceritakan segala-gala yang berlaku. Zakri terkejut mendengarnya dan berterima kasih pada Suzie. Sebelum mereka mengakhiri perbualan mereka, Zakri berpesan supaya jangan beritahu sesiapa yang dia tahu tentang hal ini. Ini rahsia antara mereka berdua.

            “Kali ni, aku takkan biarkan Kak Long buat sesuka hati.” Zakri memegang erat telefon bimbitnya. Sekilas matanya melihat jarum pandek yang menunjukkan pukul 11.30 malam.

                                    *****************************************

            Zarina membuka pintu dan menekas suis lampu biliknya. Dia  terkejut melihat Zakri yang sedang duduk di birai katil.  Zarina mengusap dadanya. Hampir tersentap jantung Zarina melihat adiknya.

            “Apa kau buat di dalam bilik aku ni? Bilik kau ada kan!” marah Zarina. Sling beg berjenama Bonia diletakkan dengan kasar di atas meja solek.

            “Zack tunggu Kak Long. Kak Long tahu tak sekarang ni pukul berapa?”  soal Zakri. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 1.00 pagi. Zakri tahu kakaknya sengaja balik lewat kerana mahu elakkan diri dari Mak Su.

            “Hey, kau ni dah jadi Mak Su ke? Suka hatilah aku nak balik pukul berapa pun. Aku tak menyusahkan kau. lebih baik kau masuk ke bilik kau dan tidur. Esok kau sekolah kan.”

            “Kenapa Kak Long jadi macam ni? Kak Long dah banyak berubah. Sekarang ni semakin degil, selfish dan kurang ajar.” Zakri meninggikan suaranya.

            “Zack” jerkah Zarina. Dia terkejut .

            “Kalaulah arwah mama dan papa masih hidup, mereka pasti kecewa dengan sikap Kak Long sekarang ni.”

            “Kau tu adik aku, aku kakak kau. Siapa kau nak tegur aku?” Anak matanya bulat merenung Zakri.  Berasap telinga mendengar kata-kata Zakri.

            “Kakak! Oooo….sekarang  ni baru nak mengaku kakak  tetapi selama ini ada ke Kak Long jalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak? Ada ke? Selama ni Kak Long hanya tahu pentingkan diri sendiri saja. Kebajikan kami langsung Kak Long tak peduli.  Ada hati mengaku diri tu kakak, layak ke?” sindir Zakri. Selama ini aku pendam segala-galanya, dah tiba masanya aku luahkan. Biar Kak Long tahu dan sedar. Kalau Kak Long tak mahu bercakap dengan aku lagi, aku tak kisah. Lantaklah!

            Zarina tercengang. Dia terkejut apabila disindir oleh Zakri. “Zack tahu kenapa Kak Long  ……..”
            “Jangan jadikan Mak Su sebagai alasan, Kak Long.” Tengking Zakri.
Wajahnya serius merenung Zakri.

            Zarina kaku. Pertama kali, Zakri menengking dirinya.

            “Ya, memang Mak Su korbankan segala-galanya kerana kita. Memang itu hakikatnya. Sepatutnya kita hargai pengorbanan Mak Su bukannya menyusahkan hidup Mak Su. Zack dah muak dengan perangai Kak Long. Tak habis-habis datangkan masalah pada Mak Su. Kalau Kak Long rasa lelaki itu lebih penting daripada kami, go ahead …Marry him.  I don’t care. Zack dah malas nak ambil berat tentang hal Kak Long. Kak Long dah besar kan! Masa depan Kak Long biarkan Kak Long tentukan sendiri tetapi kalau tersalah langkah jangan nak salahkan kami pula. Itu masalah Kak Long sendiri. Kak Long yang cari kan!  Walaupun bunyinya macam tak ikhlas  ….. but i hope you will be happy with him.” Kata Zakri dengan panjang lebar.  Renungannya masih tak berganjak. “One more thing, jangan babitkan Mak Su dalam masalah Kak Long.  Cukuplah dengan apa yang terjadi hari ni. Kak Long sampaikan pesanan  Zack pada lelaki itu,  jaga tunang tu baik-baik ….jangan biar dia datang lagi ke kedai Mak Su buat kecoh. Kalau dia nak baling pasu pun, cari orang yang sepatutnya …. bukannya Mak Su. Nasib baik luka sikit jer. Kalau tak, Zack tak akan lepaskan Kak Long dan lelaki itu.  Pandai buat masalah tanggunglah sendiri. Tahu menyusahkan orang saja.” Tegas Zakri. Lantas bangun dan berlalu keluar dari bilik Zarina.

            Zarina masih kaku berdiri. Wajahnya diraup beberapa kali. Aniza serang Mak Su di kedai ke? Tetapi macam mana dia tahu tentang Mak Su …..Zarina mengambil telefon bimbit dan mendail no telefon Henri.

                                    *******************************

            Mata Villa tak berkelip-kelip melihat pintu pagar yang tersergam megah di hadapannya.  Dari jauh sebuah mahligai yang seumpama istana berdiri gah tidak jauh dari pintu pagar. Sebelum memasuki kediaman itu, mereka perlu mendapat kebenaran dari guard dahulu. Beberapa minit kemudian mereka berdua dibenarkan masuk. Kereta Toyota vios milik  Puan Haliza bergerak menyusuri jalan yang dihiasi dengan pohon ru di sepanjang perjalanan. Mulut Villa membentuk perkataan O tanpa disedari.

            “Besarnya buka mulut tu….” Tegur Puan Haliza. Nak tergelak pun ada melihat reaksi Villa.

            “Kak Liza ……rumah siapa ni? Besarnya …….Ini kalau buat airport pun boleh. Luasnya ” Dia kagum melihat landskap kediaman itu.

            “Hish ….ke situ pulak. Ini rumah Puan Sri Raja Khalida. Important client. Dah 5 tahun, Puan Sri guna khidmat akak. Setakat ni, dia puas hati dengan kerja akak. Sebab tu, dia nak guna khidmat akak lagi.”

            “Alhamdulilah …….rezeki Kak Liza melimpah-limpah lagi kali ni.  Terima kasih sebab call Villa, boleh juga Villa dapat income lebih sikit. “ Villa tersengih. Sebenarnya dia bekerja part time di syarikat lanskap milik  Haliza. Hanya sekadar untuk menambah pengetahuan. Hampir setahun, dia bekerja dengan Kak Liza.Sebaik saja mendapat call dari Kak Liza, dia terus terima. Sekurang-kurangnya, dia dapat melupakan masalahnya untuk seketika. Cap hitam diperbetulkan agar menutupi kesan lupa di dahinya. “Kak Liza, Puan Sri Raja Khalida ni jutawan ke? Yalah, rumah sebesar ni hanya jutawan saja yang mampu. Business apa?” soal Villa ingin tahu. Dia memandang wanita yang berusia hampir 40 an itu.

            “Global Bersatu Corp Berhad milik Puan Sri tetapi sekarang ni empayer syarikatnya diuruskan oleh cucu tunggalnya, Raja Awwadi.  Alah …shopping complex yang Villa selalu pergi tu di Bangsar salah satu dari cawangan milik mereka. Mereka juga ada rangkaian hotel yang bertaraf 5 bintang di Malaysia. Oversea pun ada. “ beritahu Puan Haliza.

            Sedikit demi sedikit wajah Villa berubah. Bibir dirapatkan. Masalah besar ni! Aduh, kenapa mesti aku jumpa lagi dengan mamat Audi tu?  Tak ada orang lain ke aku nak jumpa? Kuat betul jodoh aku dengan dia ….Jodoh, hish! Apa yang aku mengarut ni? Aku dan dia bagai langit dan bumi. Oh please! Takkanlah aku nak hadap muka mamat Audi tu lagi. Confirm dia tak suka aku selepas aku tegur dia tempoh hari. Takkanlah aku ni tarik diri dari projek ni, kasihan pulak kat Kak Liza.

            “Villa, kenapa senyap saja ni?” tanya Puan Haliza. Hairan.

            “Tak adalah. Aaaa…cucu Puan Sri tinggal sekali ke?” soal Villa.

            “Dah tentu tinggal sekali. Kenapa? Villa nak try Raja Awwadi ke? Kalau Villa nak mengorat Raja Awwadi, simpan saja hasrat Villa tu. Cari saja lelaki lain. Memanglah dia handsome dan kaya tapi perangai dia lain sikit. Dia tak suka perempuan. Akak ni dah banyak kali kena marah, nasib baik Puan Sri ada backup akak. Hal kecil pun nak diperbesarkan” cerita Puan Haliza. Dia menekan brek kereta setelah tiba di mahligai mewah itu.

            “Villa tahu.”

            “Eh, macam mana Villa boleh tahu? Villa kenal Raja Awwadi ke?” soal Puan Haliza terkejut.

            “Bulan lepas, Villa terlanggar kereta dia.” Beritahu Villa seraya tersenyum.

            “Apa!” Puan Haliza tercengang.

            “Nanti Villa cerita kat Kak Liza. Mesti Puan Sri tengah tunggu kita.”

            “Ok. Lepas urusan kita settle, Villa mesti cerita kat akak dari A to Z. Jangan ada tinggal satu pun.” Wajah Villa ditatap.

            “Roger, madam.” Villa ketawa kecil. Pintu kereta dibuka. Mereka berdua berjalan seiringan memasuki kediaman itu. Kedatangan mereka disambut oleh pembantu rumah Raja Khalida. Mereka berdua dibawa menuju ke ruang tamu yang terletak di sayap sebelah kiri kediaman itu. Dia kagum dengan interior design kediman itu. Konsep moden kontemporari memang sesuai dengan kediaman ini. Yang pasti material yang digunakan adalah berkualiti. Perabot ditempah khas mengikut tema dan rona bagi setiap ruang. Nampak mewah! Nak sentuh pun takut.

            Langkahnya terhenti melihat dua orang wanita sedang menanti kedatangan mereka berdua. Senyuman dihadiahkan ke arah mereka.

            “Puan Sri, saya kenalkan Villa. Dia assistant saya, dia akan tolong saya dalam projek ni. Kalau Puan Sri ada apa-apa kemusykilan, Puan Sri boleh tanya Villa. Bab-bab penjagaan pokok, dia lebih arif. “ Puan Haliza bersuara selepas mereka bersalaman.

            “Staff baru you ke? Sebelum ni, I tak nampak pun.” Soal Raja Khalida. Dia memandang wanita yang memakai seluar jeans lusuh dan t-shirt putih. Dia memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah.

            “Dah setahun, Villa kerja dengan saya. Sebelum ni, dia tolong saya handle projek lain. Puan Sri, jangan bimbang. Villa banyak pengalaman.”

            “Puan Sri, walaupun saya macam ni. Bab kerja saya tip top. Saya gerenti taman Puan Sri akan menjadi taman yang paling cantik dan lain dari yang lain. Kawan-kawan Puan Sri pasti jealous bila tengok taman ni nanti. Satu dalam sejuta. Dan yang pasti, taman ni nanti akan dipilih menghiasi majalah LAMAN. Taman Puan Sri pasti terkenal. Tup ..tup …Puan Sri pun boleh tumpang terkenal juga. Saya dan Kak Liza pun boleh tumpang glamour jugak.” Kata Villa bersungguh-sungguh sambil tersengih. Dia faham maksud di sebalik pandangan wanita high so yang sedang berdiri di hadapannya. Dia sedar penampilannya pasti mengundang keraguaan. Yang pasti, Villa selesa dengan penampilannya. Simple.

            Raja Khatijah menutup mulut menahan ketawa.

            Wajah Raja Khalida berubah. Dahinya berkerut. Anak mata dikecilkan. Air mukanya lebih serius. Budak ni betul ke tak?

            “Maafkan saya, Puan Sri. Villa memang macam ni. Terlebih ramah. “ Puan Haliza memegang tangan Villa. “Aaaa….Villa pergi ambil gambar taman yang nak renovate tu. Lepas tu datang sini balik.” Puan Haliza memberi arahan. Dia sedar perubahan wajah Raja Khalida. Dia tahu Raja Khalida susah nak percaya dengan orang luar.

            “Baiklah. Tapi Kak Liza, ini baru first time Villa datang sini. Istana ni besar, Villa tak tahu taman tu di mana. Kalau Kak Liza suruh Villa cari, belum tentu Villa jumpa.” Terkebil-kebil matanya melihat Puan Haliza.

            “Betul cakap Villa tu, Liza. Aaaa….sekejap. Tuti …..Tuti…..” Raja Khatijah memanggil pembantu rumahnya. “Tuti, tolong bawa Villa ke Taman Bali.” Beritahu Raja Khatijah apabila pembantu rumah datang menghampiri mereka.

            “Baik, Datin. Cik, boleh ikut saya.” Kata Tuti.

            “Terima kasih, Datin.” Ucap Villa sebelum berlalu pergi mengekori Tuti. “Awak dah lama ke kerja di sini, Tuti. Mesti gaji awak banyak kan” Soal Villa seraya berjalan seiringan dengan Tuti. Walapun baru kenal, Villa begitu ramah berborak dengan Tuti.

            “Maaf, Puan Sri. Dia memang terlebih ramah. Orang tak kenal pun, dia boleh berbual macam dah lama kenal. Mulut memang bising sikit tapi hati dia baik. Bab kerja dia memang serius.” Puan Haliza menggaru kepala yang tak gatal.

            “It’s okey! I tak kisah tetapi I nak dia tahu buat kerja. Jangan tahu cakap saja.” Tegas Raja Khalida.

            “Don’t worry, Puan Sri. I berani jamin, Puan Sri akan berpuas hati dengan kerja Villa.” Puan Haliza cuba yakinkan Raja Khalida.

            “By the way, boleh I tahu nama penuh dia? Nama dia pelik. Villa? First time I dengar nama seperti itu.” Raja Khatijah mencelah. Tiba-tiba dia berminat dengan wanita  bernama Villa.

            “Oooo….Nama penuh dia lain dari yang lain sikit.”

            “Maksud you, Vanilla ke?” teka Raja Khatijah.

            “Bukan, Datin. Nama penuh dia …..Bougainvillea.” Puan Haliza cuba tersenyum.

            “What?” Anak mata Raja Khalida membesar. Aku tersalah dengar ke?

            “Bougainvillea. You must be kidding, right! Takkanlah nama dia bunga kertas kot. “ Raja Khatijah tak percaya. Pandai betul, Liza buat kelakar kat aku.

            “I’m serius, Datin. Nama penuh dia memang Bougainvillea Bt. Yahya. Pada mulanya, saya pun tak percaya tapi bila tengok IC dia. Memang betul nama penuh dia. Nama scientific untuk bunga kertas.”

            “Wow …..” Raja Khatijah ketawa kecil. Ada juga ibu bapa beri nama anak sempana nama scientific bunga. Kalau Melur ke? Melati ke? Orang boleh terima lagi. Tetapi Bougainvillea, memang satu dalam sejuta.

            “Are you sure her name is Bougainvillea Bt. Yahya?” soal Raja Khalida. DIa seolah-olah terkejut. Raja Khatijah menoleh. Dia berasa pelik dengan soalan kakaknya.

            “Ya, Puan Sri! Kenapa?” soal Puan Haliza hairan.

            “Tak ada apa-apa. Boleh kita start sekarang?” Dia mengubah topic lain. Dia tak mahu Haliza syak sesuatu. Nama wanita itu telah menarik perhatiannya. Dia ingin tahu latar belakang wanita ini dengan lebih terperinci.

            “Boleh.” Jawab Puan Haliza. Dia segera mengeluarkan buku dan pen. Dia perlu tahu konsep taman yang Raja Khalida inginkan dengan lebih terperinci.

                                    *****************************************

            Villa mengeluarkan kamera berjenama Nikon dari perut beg galas. Dia memerhati di sekeliling. Villa memegang batang pokok palma yang ada di situ. “Sayangnya kalau nak buang pokok-pokok ni.”Bibir Villa dimuncung ke depan.

            Villa mula mengambil gambar taman itu dari pelbagai sudut. Dah macam jurugambar professional. Sesekali dia melihat gambar diambilnya. Jika dia tak puas hati, dia akan delete. Lensa camera dihalakan pula ke arah arca berbentuk batu karang di sudut kiri. Badan Villa menjadi kaku secara tiba-tiba. Seorang lelaki sedang berjalan ke arah taman itu. Dengan serta merta, Villa menyorok di sebalik deretan rimbunan pokok buluh yang ada di situ. “Hish, awalnya mamat Audi ni balik. Bukan ke dia sepatutnya ada di ofis. “ bebel Villa. Aku ni dah macam pencuri saja. Macam aku pulak yang ada buat kesalahan besar. Tetapi tak apalah,  daripada aku bergaduh dengan mamat Audi tu lebih baik aku elakkan diri dari jumpa. Rumah ni kan besar. Mesti tak jumpa ….lagipun taman ni akan siap dalam masa  3 minggu saja.  Tiba-tiba Villa menadah tangan . “Ya Allah, Ya Tuhanku! Janganlah biarkan kami berdua berjumpa. Amin.” Villa berdoa.  Anak matanya masih lagi memerhati gerak-gerak Raja Awwadi. Kelihatan Raja Awwadi menaiki anak tangga yang berada tidak jauh dari situ. Mungkin bilik dia di atas kot. Mulai minggu depan aku kena berhati-hati. Ya, Villa. Kau kena berhati-hati.

            “Cik Villa, kenapa Cik Villa sembunyi di situ?” Mata Tuti tak berkelip melihat Villa yang sedang menyorok di sebalik deretan pokok buluh. Di tangannya ada segelas air oren.

            “Aaaaa……Saya nak check kekuatan pokok  buluh ni sebenarnya.” Villa memegang pokok buluh itu dan digoncang beberapa kali seraya tersengih. “Rasanya pokok ni baru berusia 2 tahun. Muda lagi.” Villa terus keluar dan mendekati Tuti.

            “Ini airnya.Jemput minum, Cik Villa.” Gelas diletakkan di meja batu yang berbentuk empat segi


            “Thank You, Tuti.” Villa tersengih macam kerang busuk. Eee…Malunya. Mesti Tuti ingat aku ni tak betul.

Saturday, July 26, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Assalammualaikum ......

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Dan juga saya ingin memohon jika ada terkasar bahasa. Kosong kosong yer.




Salam Sayang,

Azimah Lily .....:)

Namaku Bougainvillea Bab 5

BAB 5

            Usai menunaikan solat Subuh, kain telekung dan sejadah dilipat dengan kemas. Kemudian Villa mendekati katil dan melabuhkan punggung di birai katil. Fikirannya masih memikirkan tentang peristiwa semalam. Wajahnya diraup beberapa kali menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Inilah pertama kali mereka tiga beradik bergaduh besar. Tiba-tiba Villa teringat kembali perbualan terakhir dia dan kakaknya.

Lapan tahun yang lalu ……

            Simbol pintu dipulas dengan cermat. Kasut sneaker yang dipakai diletak di atas rak kasut. Villa berjalan menuju ke biliknya. Beg dan buku diletak di atas meja tulisnya. Getah rambut diambil. Rambut separas bahu diikat menjadi satu. “Aaaa…laparnya.” Villa memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Inilah padahnya jika pergi ke kuliah tanpa bersarapan pagi.  Perutnya asyik berkeroncong semasa kuliah Mr Scott. Nasib baik 2 jam saja. Kalau tak, boleh pengsan dibuatnya. Selepas tamat kuliah, dialah orang pertama yang keluar dari dewan kuliah.  Dia lebih suka memasak dari membeli di luar.

            Langkahnya diatur pantas ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng dikeluarkan dari peti sejuk. Tiba-tiba telefon bimbit Villa berbunyi, dengan pantas Villa menjawab panggilan itu. Senyuman meleret di wajahnya.

            “Kak Long! I miss you.”  Jerit Villa apabila menjawab panggilan itu. Hatinya gembira tak terkata

            “Hish ..budak ni. Baru 2 tahun tinggal di Michigan dah lupa beri salam.” Chempaka mula membebel.

            “Opss…sorry. Assalamualaikum….”

            “Waalaikumussalam.  Inilah yang Kak Long nak dengar. Walaupun kita merantau di Negara orang, budaya dan agama kita …jangan sesekali kita lupa. Ingat tu.”

            “Baiklah, Prof Chempaka.” Villa ketawa kecil. Inilah padahnya kalau bercakap dengan pensyarah bahasa, literasi dan terjemahan USM. Ada saja yang hendak ditegur dan diperbetulkan. Villa sudah lali dengan semua itu. Bak kata orang tua-tua, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

            “Baru habis class ke?” soal Chempaka. Dia tahu pagi ni Villa ada kelas dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi. Villa ada beri timetable class untuk semester ni padanya. Kata Villa,  senang untuk call.

            “Abang Long dan anak-anak tengah buat apa?”

            “Tengah buat apa lagi, tidur ler. Dah lupa ke perbezaan zon waktu antara Malaysia dan USA?”
            “Eh, betul la.” Villa menggaru kepalanya. Macam mana aku boleh lupa. Sini pagi, dah tentu sana dah malam.

            “Kata genius.” Perli Chempaka. Ada sedikit nada ketawa dihujungnya.

            “Nobody perfect sis, remember!”

            “I know. Dah breakfast?” soal Chempaka.

            “Belum lagi.  Tak sempat nak prepare breakfast sebab bangun lewat. Don’t worry, Kak Long. Sekarang ni Villa nak masak nasi goreng.  Kill two birds with one stone. Masak breakfast sekali dengan lunch.”

            “Yalah! Ada saja alasannya. Itulah orang zaman sekarang, ambil mudah saja. Tahu tak, betapa pentingnya jika kita breakfast setiap hari. Antaranya membekalkan tenaga, boleh kurangkan berat badan dan yang penting sekali mencegah penyakit jantung.  Kalau Villa tak sempat nak breakfast, bawa roti atau biskut dan letak dalam beg.  Kan senang!  Jangan suka tahan lapar. Dapat gastric, villa jugak yang susah.” Nasihat Chempaka dengan panjang lebar.

            “Ya, Villa akan ikut nasihat Kak Long. Oklah, Kak Long. Esok Villa call Kak Long. Perut Villa dah berkeroncong ni. Dah keluar bermacam-macam irama. Irama Malaysia ada. Rock ada. K-Pop pun ada.“ Villa memegang perutnya. Ini dah kali ketiga perutnya berbunyi.  “Assalammualaikum …..” Villa ingin mematikan talian.

            “Villa.”

            Dahi Villa sedikit berkerut. “Ya, Kak Long.”

            “Study hard, okey! Makan minum mesti jaga. Makan tepat pada waktunya. Jangan lupa solat. Jangan nak ter…miss solat pulak. Always be happy, my dear sis. I love you. Villa , satu-satunya adik Kak Long. Villa tahu kan! Kak Long harap Villa sayang anak-anak Kak Long sepertimana Kak Long sayangkan Villa.” Kata Chempaka dengan lembut.

            “Kak Long, kenapa cakap macam tu?” Hatinya Villa resah. Kenapa tiba-tiba Kak Long cakap seperti ni.  Gerak hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

            “Nothing. Oklah. Kak Long dah mengantuk ni. Dah lewat. Esok nak kerja. Masaklah cepat, nanti perut tu bunyi irama Bollywood pulak.” Chempaka berseloroh. Dia cuba tukar topic. Dia sedar nada suara Villa tidak ceria seperti tadi.

            “Kak Long.”

            “Hish…..tak ada apa-apalah. Kak Long dah mengantuk ni. Assalammualaikum….”
            “Walaikumussalam.” Jawab Villa sebelum menamatkan talian. Buat seketika Villa termenung. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.  Di corong telinganya masih kedengaran kata-kata dari kakaknya. Itulah kali terakhir dia berbual dengan kakaknya.

            “Mak Su.”

            Villa tersedar. Dengan pantas Villa mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari. Dia menoleh. Zain tersenyum ke arahnya.

            “Zain dah solat?” soal Villa seraya bangun menghampiri Zain yang sedang berdiri di muka pintu bilik.

            “Dah!” ringkas jawapan Zain. “Mak Su, Zain lapar.” Zain membuat muka kasihan.

            “Ala kasihannya. Baby boy Mak Su lapar ye.” Villa memegang kedua-dua belah pipi Zain yang tembam itu.

            “Mak Su! Zain tak suka Mak Su panggil Baby Boy.” Bibir Zain sudah muncung ke depan.

            “Sorry! Sorry!Mak Su lupa.”

            “Mak Su kena janji, jangan panggil Baby Boy lagi.”

            “Ya! Ya. Mak Su janji. Jom kita turun bawah. Nak masak apa ye?” Villa tersenyum. Tangan kecil Zain digenggam lembut seiringan melangkah menuju ke anak tangga.  Zain turut sama tersenyum.

                                                            ******************

            Sebuah kereta Ferarari Spyder berwarna hitam berhenti di dalam kotak parking yang bertanda VVIP. Fairuz berlari  sebaik sahaja melihat kelibat Raja Awwadi yang keluar dari perut kereta mewah itu. Kehadiran Raja Awwadi menjadi perhatian pekerja di situ.

            “Good Morning, boss.” Kata Fairuz.

            “Morning, Fairuz.” Raja Awwadi melangkah masuk sambil diiringi oleh Fairuz. Dua orang pengawal keselamatan yang ada di situ memberi tabik hormat sebaik sahaja melihat Raja Awwadi. Kehadiran Raja Awwadi menarik perhatian pekerja di situ.

            Langkahnya terhenti. Sebuah lif telah dikhaskan untuk dirinya sahaja. Dia tak suka bercampur dengan orang lain. Pintu lif terbuka. Raja Awwadi masuk bersama Fairuz. Pintu lif terbuka apabila mereka tiba di tingkat 8. Tingkat teratas Gemilang Bersatu Corp. Berhad. Satu tingkat dijadikan pejabatnya yang juga dikhaskan untuk dirinya seorang.  Terdapat bilik meeting, pantry, gim dan swimming pool di tingkat itu. Manakala interior design pejabat mengikut citarasa Raja Awwadi sendiri. Mesti exclusive dan glamorous .  Raja Awwadi duduk di atas kerusi yang berwarna hitam. Komputer riba jenama Apple dibuka.  Email dibuka.  Itulah rutin hariannya yang pertama apabila mula bekerja.  Raja Awwadi melihat ke arah Fairuz yang masih tercegat di situ.

            “Ada apa lagi, Fairuz?” Wajah Raja Awwadi serius.  Air muka Fairuz kelihatan resah.

            Wajah garang Raja Awwadi membuatkan Fairuz mula teragak-agak. Tapi kalau aku tak beritahu, masalah lain yang timbul “Bos, tadi Cik Bella call.” Beritahu  Fairuz. Dia tahu Raja Awwadi tak suka nama Cik Bella disebut.

            “Apa perempuan tu nak?”

            “Cik Bella nak cakap dengan bos.”

            “Cakap saja, I sibuk. “

            “Dah bos, saya dah beritahu tetapi Cik Bella kata kalau bos still tak nak angkat call dia …dia akan adakan press conference dan umumkan yang bos dan dia akan bertunang tak lama lagi.” Jelas Fairuz.

            “Ridiculous.  Biarkan. Kalau dia berani buat press conference, you suruh lawyer company kita saman dia. “

            Dahi Fairuz berkerut. Pelik dengan reaksi majikannya. Selalunya bila nama Cik Bella disebut, terus saja naik angin. “Bos, okey ke?”

            “Of course, I’m okey. Kenapa?” Raja Awwadi hairan.

            “Maksud saya, bos tak marah ke? Selalunya kalau sebut nama Cik Bella, bos mesti melenting. Tapi bos nampak tenang saja. Maksud saya, sejak kebelakangan ni bos dah jarang marah selepas bos kena tegur dengan Mak Su Zain hari tu.” Fairuz nampak perubahan Raja Awwadi sejak beberapa hari yang lalu.

            “Fairuz!” Tiba-tiba meninggikan suaranya. Matanya bulat melihat Fairuz.

            “Ok, bos! Saya ada kerja lain lagi. “ Dengan cepat, Fairuz menukar topic.  Hish…menyesal aku tegur. Tak pasal-pasal,  angin monsoon dah datang balik. Lebih baik aku beredar dari sini. Fairuz mula mengatur langkah.  Selepas beberapa tapak, Fairuz berhenti. “Oh ya boss, hari ini birthday nenek bos. Bos nak saya order bungo ros seperti selalu ke?” tanya Fairuz. Hari ini merupakan hari jadi Raja Khalida yang ke 79 tahun.  Selalunya setiap kali hari jadi Raja Khalida, dialah person in charge untuk uruskan semuanya termasuklah bunga, hadiah dan dinner sempena hari jadi nenek bos.

            “Today!” Raja Awwadi terkejut. Wajahnya berkerut memikirkan sesuatu. Macam mana aku boleh lupa birthday nenek? Pagi tadi aku straight saja datang ofis tanpa wish birthday kat nenek. Confirm nenek merajuk kat aku nanti.

            Fairuz menggeleng kepala. Dari reaksi bos mesti bos lupa birthday Raja Khalida.  Kasihan nenek bos! “Bos, nak saya arrange seperti selalu ke?” soal Fairuz.

            “No need, Fairuz. Tentang bunga dan hadiah, biar I belikan. I mahu you reserve one penthouse suit di GB Hotel Kuala Lumpur malam ni. Tentang menu makanan, you arrange. I tak kisah apa-apa pun but must be healthy, okey! Atau lebih senang, you suruh Chef Yaakub masak. Dia tahu makanan kegemaran nenek I.” kata Raja Awwadi dengan panjang lebar. Dia tahu nenek makan masakan Chef Yaakub. Kata nenek, masakan Chef Yaakub sesuai dengan citarasanya.

            “Yes, bos.”

            “One more thing, cancel semua appointment I petang ni.” Sempat lagi ekor matanya mengerling ke arah jam dinding. Baru pukul 8.30 pagi. Aku ada masa lagi untuk berfikir tentang hadiah yang aku perlu belikan untuk nenek. Dua tahun lepas, aku dah hadiahkan set barang kemas. Tahun lepas pulak, aku hadiahkan beg Channel yang berharga RM150 ribu.  Tahun ni, aku nak beri hadiah apa? Semua benda nenek dah ada.

            “Yes, bos. Kalau tak apa-apa lagi, saya keluar dulu.”

            Raja Awwadi hanya mengangguk.  Selepas melihat kelibat Fairuz berlalu, Raja Awwadi terus bangun. Dia mula resah. 

                                                ***********************

            “Villa, kes Zarina tak settle lagi ke?” tanya Fatimah. Dia sedar sejak kebelakangan ni Villa jarang tersenyum. Asyik termenung saja. Dah jarang buat lawak antarabangsa.

            “Belum.” Lemah jawapan Villa. Dia sudah hilang arah. Dia sudah tak tahu bagaimana cara untuk menyedarkan Zarina. Nasihat aku langsung tak didengar. Villa mengambil pen dan fail. “Kak Fatimah, kalau ada apa-apa cari saja Villa di bilik stor. Villa nak check stok kat belakang.” Beritahu Villa sebelum melangkah lemah menuju ke stor. Fikirannya masih memikirkan hal Zarina dan Henry.

            Suzie mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, kasihan Kak Villa. Sekarang ni dah jarang dengar Kak Villa ketawa. Asyik muka masam saja.”

            “Itulah dugaan namanya, Suzie. Kak Fatimah yakin. Villa dapat tempuhi dugaan kali ni. Kita doakan yang terbaik untuk keluarga Villa”

            Suzie mengangguk setuju.

            Loceng pintu tiba-tiba berbunyi apabila pintu kedai dibuka. “Selamat datang ke Bougainvillea Florist.” Kata Fatimah dan Suzie serentak sebaik sahaja melihat seorang pelanggan lelaki melangkah masuk.

            “Can I help you, sir?” soal Suzie sambil tersenyum.

            “Hmmm…..Actually bunga ni untuk birthday nenek I. Dia suka orchids. I tak kisah you nak wrapping macam mana but make it look beautiful and unique. Lain dari yang lain. Tentang harga, I tak kisah. Make it quick sebab I ada hal selepas ni.”

            “Ya. Aaa… Encik boleh tunggu di sana. Encik nak air ke? Mineral water or coffee?” Fatimah menunjukkan sofa putih yang terletak di hujung sudut kedai. Tempat itu dikhaskan untuk pelanggan menunggu.

            “No! I tak minum di tempat macam ni.” Jawab lelaki itu terus berlalu pergi dan duduk di sofa.

            Suzie membuat mimic muka, kurang senang dengan sikap lelaki itu. “Muka handsome tetapi berlagak lebih. Orang berbudi kita berbahasa, betul tak?”

            “Hish, perlahan sikit suara tu. Kalau dia dengar, teruk nanti kita kena complain. Customer macam tu, jangan nak cari pasal. “ tegur Fatimah. Dia sudah masak dengan perangai pelangaan seperti ini. Lebih teruk dari ni pun, dia pernah jumpa.

            “Tapi ….”

            “Dah. Pergi ambil bunga orkid tu.” Fatimah mencelah. Otaknya ligat berfikir. Gubahan yang unik?  Lain yang lain? Hish, susah betul kalau dapat pelanggan macam ni.

            “Yalah!” jawab Suzie dengan lemah.

            Sekali lagi loceng di pintu berbunyi, dua orang wanita melangkah masuk. Suzie dan Fatimah tersenyum. Begitu murah rezeki mereka hari ini, pelanggan datang tanpa henti.

            “Welcome ….” Fatimah tercengang apabila wanita yang berbaju gaun merah separas lutut itu mencelah.

            “Hey, mana mak cik perempuan perampas tu? I nak jumpa dengan dia. Sekarang!”  jerit wanita itu secara tiba-tiba. Anak matanya meliar ke pelbagai sudut mencari.

            “Aaaa…Maaf, Cik! Siapa sebenarnya Cik nak jumpa?” soal Fatimah secara lagi. Apa masalah wanita ni? Terjah masuk kedai orang lepas tu nak naik angin pulak.
            “Hey, you pekak ke? I nak jumpa mak cik perampas tunang I. Mana dia, hah?” jerit wanita itu sekali lagi.

            Air muka Fatimah dan Suzie berubah. Sekarang mereka sudah tahu siapa yang dicari oleh wanita yang berambut perang yang sedang berdiri di hadapan mereka. Pandangan mereka bertaut dan melihat ke arah bilik stor.

            “Aniza, calm down. Jangan ikutkan perasaan marah you tu.” Wanita yang memakai kemeja jeans bersuara.

            “Kak Ira tak faham perasaan Niza sekarang ni. Lebih baik Kak Ira diam. “ tengking Aniza. Wajahnya merah menahan geram. Dia sudah tak peduli lagi.  Dia ingin bersemuka dengan ibu saudara perempuan yang memusnahkan kebahagiaannya. Sebenarnya dia mahu bersemuka dengan wanita bernama Zarina tetapi Henri menghalang dia dari berjumpa. Kata Henri, dia takut aku akan apa-apakan  perempuan. Begitu sekali sikap Henri membela perempuan tu walaupun mereka berdua hanya berkenalan selama 3 bulan , pada hakikatnya hubungan aku dan Henri dah hampir 5 tahun.  Begitu mudah Henri melupakan cinta dan kasih sayang aku padanya. Di saat akhir, Henri sanggup membatalkan perkahwinan kami kerana perempuan tu. Itu yang membuatkan aku bengang.

            “Aniza!” Ira memegang tangan Aniza. Dia tak mahu sepupunya bertindak terburu-buru.

            Aniza tidak mempedulikan kata-kata Ira.  Pasu bunga yang ada di atas meja, diambil dan dihempas ke lantai. Pecah berderai. Serpihan kaca bertaburan di lantai.

            Fatimah dan Suzie terkejut.

            “Mana dia? I nak jumpa dia. Kalau tak, I musnah kedai bunga ni” Jerit Aniza lagi. Dia tak dapat kawal emosinya.  

            “What is going on here?” Villa terkejut melihat apa yang berlaku. Semasa dia berada di dalam stor, dia terdengar ada suara wanita menjerit. Yang lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu membaling pasu bunga ke lantai. Dia berjalan mendekati Fatimah dan Suzie.

            “You! You mak cik perempuan yang rampas tunang I kan!” Jari telunjuknya tepat dituju ke arah wanita yang memakai cermin mata berbingkai hitam. Wajah perempuan tu ada iras dengan wanita itu. Sah, dia mak cik perempuan tu.

            Villa tergamam. Matanya tepat melihat wanita itu. Adakah wanita ni tunang Henri? Macam mana dia boleh tahu? Mungkin ke Datin Yusni beritahu? Villa mula resah

            “Mana anak saudara you, hah? I nak jumpa dia.  I nak ajar dia cukup-cukup. Berani dia rampas tunang I. Hey, kat luar sana ….banyak lelaki yang boleh nak dibuat suami tetapi kena anak saudara you rampas bakal suami I. Dah tak a da lelaki lain ke?”

            “Saya minta maaf bagi pihak Zarina di atas apa yang berlaku. Saya …”

            “You ingat I datang sini semata-mata nak dengar perkataan maaf dari you, hah! Hidup I musnah disebabkan anak saudara you.  Mahligai perkahwinan yang I impikan selama 5 tahun ni hancur berderai dalam sekelip mata saja. Cinta dan kasih sayang yang kami pertahankan hilang begitu saja disebabkan kehadiran anak saudara you yang tak guna tu. Di mata Henri sekarang ni, I adalah orang luar. Setiap kenangan kami bersama dah tak ada apa-apa erti bagi Henri. Janji Henri untuk membahagiakan I dilupakan begitu saja. Di mata Henri sekarang ni hanyalah anak saudara you.  Dengan mudah saja, Henri batalkan wedding kami sedangkan kami akan berkahwin bulan depan.  Semua persiapan dah complete. Kad dah pun diedarkan.  Maruah keluarga I dipijak begitu saja. Apa yang I nak jawab dengan saudara mara I nanti.You tahu tak apa perasaan I, hah?  I rasa diri I dikhanati. You faham tak? ” Dengan deras butiran jernih mengalir keluar dari kelopak matanya. Hatinya benar-benar sakit.  Tiada sesiapa dapat merasai apa yang dia rasa sekarang ni. Dia terlalu mencintai Henri. Dia tak dapat menerima hakikat yang Henri tidak mencintai dirinya lagi. Dia tak boleh hidup tanpa Henri. Jiwanya terseksa. Aniza mengusap dadanya beberapa kali.

            “I akan pastikan semuanya akan kembali keadaan asal semula. Henri akan kembali semula pada you. Perkahwinan you dan Henri akan berjalan seperti yang telah ditetapkan.  I janji. Zarina tidak akan menjadi orang ketiga dalam hubungan you all berdua.” Kata Villa bersungguh-sungguh supaya dapat menyakinkan wanita itu. Dia sedih melihat keadaan wanita itu. Wajah pucat lesi seolah-olah tidak tidur beberapa hari.   Villa rasa bersalah.

            “Easy for you to say, you ingat I percaya cakap you ke? You tu ibu saudara dia. Jangan nak tipu I. You ingat I bodoh ke?”  marah Aniza. Mustahil wanita ni akan menyebelahi dirinya. Aniza terus membaling pasu ke arah Villa. Pasu itu tepat mengena kepala Villa sebelum jatuh ke lantai dan pecah.

            Semua orang yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Villa tak mengelak dan membiarkan pasu tepat mengena kepalanya.

            “Villa.” Fatimah mendekati Villa. Dia terkejut melihat darah mengalir di dahi Villa. Pantas Fatimah mencapai tisu dan mengelap darah di dahi Villa.

            “I’m fine, Kak Fatimah.” Kata Villa dengan lemah. Dia mengambil tisu dari tangan Fatimah. Dahinya sedikit berkerut. Pedih.

            “Get out! Keluar sekarang sebelum I call polis. Keluar.” Jerkah Suzie. Dia merenung mereka berdua yang masih tercegat di situ.  Kenapa pula perempua ni lepaskan kemarahan kat Kak Villa? Yang bersalah ialah Zarina. Sepatutnya pasu itu ditujukan pada Zarina bukannya Kak Villa.

            “Niza, jom keluar sekarang.” Ira menarik Aniza keluar. Aniza masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dia tak sengaja.  Langkah mereka terhenti apabila nama Aniza dipanggil.

            “Cik Aniza,  apa yang I cakapkan tadi bukannya kata-kata kosong. I akan kembalikan semula mahligai you. Untuk pengetahuan you,Zarina seorang anak yang baik. Dia akan kembalikan Henri semula ke pangkuan you. Percayalah“ kata Villa. Wajahnya kelihatan tenang.  Kemudian Villa melangkah meninggalkan mereka dan berjalan masuk ke biliknya.

            “Tunggu apa lagi! Silakan” marah Suzie.  Pintu kedai sudah dibuka. Sebaik mereka berdua keluar, Suzie menutup pintu dengan kasar.  Dia mendekati Fatimah. “Kak Fatimah, Suzie tak puas hati. Kenapa pulak Kak Villa yang kena? Dia tak tahu ke, orang yang menentang kuat hubungan Zarina dan Henri ialah Kak Villa. Hish ….geram betul. Zarina tu tak habis-habis bawa masalah kat Kak Villa. “ Suzie mencekak pinggang.

            “Dah. Kunci mulut tu. Kak Fatimah nak tengok Villa sekejap.” Pesan Fatimah sebelum kelibatnya hilang di sebalik pintu.

            Suzie melepaskan keluhan dengan kuat. “Nasib baik, tak ada customer ….” Matanya tepat melihat bunga orkid yang diletakkan di atas meja, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Macam mana aku boleh terlupa? Perlahan-lahan anak matanya melirik ke arah lelaki yang sedang duduk dan memerhati ke arahnya. Wajahnya serius dan tiada secalit senyuman.  “Oh my god!” Suzie tersengih. Matilah aku.

             

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...